BAB 2

49
BAB 2 KESELAMATAN KEBAKARAN 2.1 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN 2.2 KESELAMATAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA 2.3 PELAN KESELAMATAN KEBAKARAN

description

keselamatan industri

Transcript of BAB 2

Page 1: BAB 2

BAB 2KESELAMATAN KEBAKARAN

2.1 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

2.2 KESELAMATAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA

2.3 PELAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Page 2: BAB 2

PENGENALAN KEBAKARAN

“Api” semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian.

Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.

Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba dan cahaya yang terhasilakan menghasilkan asap.

Page 3: BAB 2

SAINS KEBAKARAN

Pepatah ada menyatakan “Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubat”.

Persoalan ????“ Bagaimana Anda Hendak Menghalang

Sesuatu Jika Anda Tidak Tahu Penyebabnya”.

Justeru itu adalah wajar untuk memahami bagaimana punca kebakaran boleh berlaku.

Page 4: BAB 2

punca KEBAKARAN Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu:

bahan api untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak,

udara untuk membekalkan oksigen

suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

Page 5: BAB 2

punca KEBAKARAN Rajah 2.1 menunjukkan segitiga kebakaran di mana ketiga-tiga unsur yang bergabung akan menghasilkan kebakaran.

Rajah 2.1 Segitiga Kebakaran

OKSIGEN HABA

BAHAN API

Page 6: BAB 2

punca KEBAKARAN Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut: 1. Percikan api kimpalan, bunga api dan

sebagainya.2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.3. Kebocoran atau mampatan gas.4. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Page 7: BAB 2

punca KEBAKARAN Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut: 

1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.

2. Lebihan beban aliran kuasa3. Pemanasan setempat pada terminal

disebabkan sambungan yang longgar.

4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.

5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

Page 8: BAB 2

Bagaimana & sebab berlaku KEBAKARAN

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut;

Faktor SemulajadiKejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau, letupan gunung berapi.

Faktor KemalanganKejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri.

Faktor Sengaja DibakarKejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat.

Page 9: BAB 2

kelas KEBAKARAN Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 2.1. 

KELAS

KEBAKARANBAHAN API

ALAT PEMADAM API

PERMULAAN

A JENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk, kain

ABC(Serbuk Kering) Air

Buih

B JENIS CECAIR - minyak, gasolin, alkohol

ABC BuihCO2

Air SemburanHalon

C JENIS GAS - acetylene, ammonia, butane

ABC Air SemburanHalon (BCF)

DJENIS LOGAM - aluminium, kalsium, magnesium

ABC

Page 10: BAB 2

kelas KEBAKARAN Kelas kebakaran dapat dikenalpasti melalui simbol pada Rajah 2.2 

Rajah 2.2 Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan

A B C D

Page 11: BAB 2

CARA KEMEREBAKAN KEBAKARAN

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.

Olakan Haba Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti secair atau gas. Cecair atau gas yang panas akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan. Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.

Page 12: BAB 2

CARA KEMEREBAKAN KEBAKARAN

Rajah 2.3 Kemerabakan api secara olak haba

Page 13: BAB 2

CARA KEMEREBAKAN KEBAKARANPengaliran

Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam, batu, simen dinding bangunan dan lantai. Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar dengan sendirinya.

Rajah 2.3 Kemerabakan api secara pengaliran

Page 14: BAB 2

CARA KEMEREBAKAN KEBAKARANBahangan

Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut. Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan. Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar.

Rajah 2.4 Kemerabakan api secara bahangan

Page 15: BAB 2

CARA KEMEREBAKAN KEBAKARAN

Terus-menerus Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

Page 16: BAB 2

CARA memadam KEBAKARAN

Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya perlu untuk memisahkan gabungan tersebut. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:

Melaparkan Ini dilakukan dengan:

1.Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.

2.Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain

3. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

Page 17: BAB 2

CARA memadam KEBAKARAN

Melemaskan Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

Menyejukkan Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

Page 18: BAB 2

CARA memadam KEBAKARAN

Melemaskan Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

Menyejukkan Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

Page 19: BAB 2

CARA memadam KEBAKARAN

Memutuskan rantai tindak balas Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2, BCF dan serbuk kering

Page 20: BAB 2

Alat pemadam api Ramai orang biasa melihat alat pemadam api, tetapi tidak semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi.

Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. � Setiap alat pemadam api mestilah ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. � Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru muda.

Page 21: BAB 2

Alat pemadam api

Rajah 2.5 Alat pemadam api

Pedal penekan

Pemegang

Tabung

Pin Keselamatan

Hos

Nozel

Page 22: BAB 2

Alat pemadam api

Jadual 2.2 Jenis Alat Pemadam Api

JENIS WARNAJARAK

PANCUTAN

MASA

KESELURUHAN

PANCUTAN

CATATAN

AIRMERAH

4 meter 120 saatTidak sesuai

jenis B , E

BUIHKUNING

LANGSAT6 meter 30 - 90 saat

Boleh beku.

Tidak sesuai

jenis E

GAS

CO2HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan

DEBU

KERING BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor

Page 23: BAB 2

Alat pemadam api Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api adalah berdasarkan singkatan perkataan:

PASS P - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api

A - Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)

S - Squeeze - Pusing atau tekan pemegang

S - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

Page 24: BAB 2

Alat pemadam api

Rajah 2.6 Cara menghalakan pancutan ke punca api

Page 25: BAB 2

PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran merupakan :satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku.

Langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage ).

Page 26: BAB 2

PENCEGAHAN KEBAKARAN Pengurusan risiko kebakaran �

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :

�i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk

menyelamatkan diri (mean of escape).ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan. �iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan. �iv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara

berkala. �v. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang

berkesan.vi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang

mencukupi �vii.Mempunyai pengurusan pengendalian rumah

(housekeeping) yang bagus. �viii.Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan

elektrik dilakukan secara berkala.

Page 27: BAB 2

KELENGKAPAN AMARAN KEBAKARAN

� Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di bangunan-bangunan.

Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.

Page 28: BAB 2

KELENGKAPAN AMARAN KEBAKARAN

 Alat pecah kaca Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.

Alat pengesan haba Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran.

Page 29: BAB 2

KELENGKAPAN AMARAN KEBAKARAN

Alat pengesan asap Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.

Page 30: BAB 2

KELENGKAPAN MENENTANG

KEBAKARAN PADA BANGUNAN

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis;

i. Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.

ii. Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran.

Page 31: BAB 2

KELENGKAPAN MENENTANG

KEBAKARAN PADA BANGUNAN

Contoh Perlindungan aktif. i. Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.ii. Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering iii. Sistem pili bomba (hyderant)iv. Sistem salur Bantu mula (hosereel)v. Sistem gas CO2.vi. Sistem pemasangan tetap buih (foam)

Page 32: BAB 2

KELENGKAPAN MENENTANG

KEBAKARAN PADA BANGUNAN

Contoh Perlindungan pasif. i. Tangga terlindung. ii. Koridor terlindungiii. Pintu rintangan api iv. Ruang akses menentang kebakaran v. Lif Bomba

Page 33: BAB 2

“housekeeping”

Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku. � Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut: i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna.ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap.iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang.v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis. vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok. vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul. viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.

Page 34: BAB 2

Tubuh pasukan sukarelawan melawan

kebakaran Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan sebagainya.

� Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran.

� Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan tidak terkawal.

Page 35: BAB 2

PEMERIKSAAN & UJIAN PERALATAN /

PENDAWAIAN ELEKTRIK Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah dilantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di tempat bekerja seperti berikut:i. tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa

bekerja.ii. alat-alat pemadam api.iii. struktur bangunaniv. tempat simpanan bahan mudah terbakar.v. tahap housekeeping yang sentiasa baik.vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa

berfungsi.vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan

yang tidak digunakan.

Page 36: BAB 2

Bersambung…

Page 37: BAB 2

Pelan tindakan keselamatan

 Kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan. Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan. Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda. Objektif PTK:-

i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan.

ii. Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.

iii. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul.

iv. Pengosongan premis dilakukan dengan pantas,teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan.

Page 38: BAB 2

Pelan tindakan keselamatan  

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

Page 39: BAB 2

PROSEDUR keselamatan   Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:- i. Pencegahan- Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan.  ii. Kesediaan - Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan. iii. Tindakan- Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan. iv. Pemulihan- Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.

Page 40: BAB 2

MENGENALPASTI LOKASI KEBAKARAN  

Terdapat beberapa lokasi di sekitar anda yang mungkin berisiko tinggi untuk menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemerebakan api. Antaranya ialah:-i. Makmal sains/tempat simpanan bahan

kimiaii. Tempat memasak/makmal penyediaan

makananiii. Struktur bangunan lama yang mudah

terbakariv. Bahan binaan bangunan seperti kayu,

batu-bata dan ‘building board’.

Page 41: BAB 2

KAEDAH PENGOSONGAN BANGUNAN TERBAKAR

a) Berdasarkan carta alir – (Rujuk lampiran)

Carta Alir.docxb) Laluan keselamatan Konsep ini merupakan kemudahan struktur dalam bangunan yang memudahkan penghuni melarikan atau menyelamatkan diri daripada bahaya kebakaran dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.

Jalan keluar ini terbahagi kepada tiga iaitu: 

i. jalan keluar mendatar – struktur yang terdapat pada bangunan yang melibatkan bahagian seperti ‘protected lobby’ dan ‘protected corridor’

ii. jalan keluar menegak – elemen struktur bagi membolehkan penghuni melarika atau menyelamatkan diri keluar dari tingkat atas ke tingkat bawah terus ke tempat selamat. Contoh seperti tangga keselamatan.

iii. Jalan keluar terakhir – tempat keluar bagi jalan terus daripada sesuatu bangunan yang mengadakan akses terus ke laluan atau tangga terbuka.

Page 42: BAB 2

KAEDAH menyelamat mangsa terperangkap  

Antara kaedah-kaedah menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan terbakar ialah:

i. Lif - Jangan sekali-kali menggunakan lif semasa kebakaran kerana kemungkinan besar ianya tidak boleh digunakan. Sekiranya lif  berhenti di tingkat yang terbakar, asap dan haba akan memasuki ruang lif dan mungkin terbunuh.

- Selain itu, mungkin mangsa boleh terperangkap didalam lif disebabkan oleh bekalan elektrik terputus.

- Kita hendaklah menggunakan tangga kerana ianya selamat.

- Tangga kecemasan direka bentuk untuk melindungi penghuni-penghuni ketika melepaskan diri semasa kebakaran.

Page 43: BAB 2

KAEDAH menyelamat mangsa terperangkap  

ii. Tindakan jika terperangkap- Sekiranya asap atau api menghalang laluan kecemasan, pintu serta tempat-tempat yang terbuka hendaklah ditutup bagi menghalang kemasukan api.- Sekiranya kita berada di tingkat dua atau lebih maka jangan sekali-kali terjun ke bawah melalui tingkap. - Hubungilah pihak bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda kepada pengawai bilik kawalan balai bomba. Jangan letakkan telefon sehingga mendapat kebenaran daripada pengawai bilik kawalan bomba.- Cuba dapatkan perhatian pasukan bomba dengan mengibarkan sehelai kain putih atau mengunakan cahaya lampu picit bagi mendapatkan perhatian. - Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawahnya. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas tingkap yang telah di buka. - Jangan pecahkan tingkap. Jika asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.

Page 44: BAB 2

KAEDAH menyelamat mangsa terperangkap  

iii. Ketahui Ke arah Mana Hendak Dituju- Dalam sesetengah bangunan yang tinggi, tindakan paling selamat apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi adalah dengan menunggu didalam pangsapuri anda sehingga pasukan Bomba sampai.

- Namun begitu, terdapat bangunan yang mempunyai pelan pengungsian bangunan yang memerlukan anda untuk pergi dan berkumpul ditempat yang selamat (safe zone) sehingga ketibaan pasukan bomba untuk mengawal tindakan pengungsian bangunan.

- Adakan perbincangan dengan pihak pengurusan bangunan ataupun dengan Jabatan Bomba berhubung dengan perkara ini supaya anda tahu cara untuk bertindak lebih awal.

- Pihak pengurusan bangunan anda mesti menampal pelan pengungsian bangunan pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh semua penghuni bangunan.

Page 45: BAB 2

KAEDAH menyelamat mangsa terperangkap  

iv. Jika Loceng Penggera Kecemasan Berbunyi- Bagi bangunan yang dilengkapi dengan penggera kebakaran, sekiranya anda terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi di bangunan anda, patuhi arahan-arahan tersebut dan anda mungkin dimaklumkan supaya tidak panik.- Bergerak secara berhati-hati dengan memeriksa kepanasan setiap pintu yang anda temui serta kadar asap diruang tangga dan koridor. - Sekiranya terdapat asap,cari jalan keluar yang lain.- Sekiranya anda gagal menemui jalan keluar yang lain, kembali semula ke bilik asal anda. Lindungilah diri anda daripada asap dan tunggu sehingga anda diselamatkan.-Semasa anda keluar, pastikan semua pintu di belakang anda di tutup bagi mengelakkan asap atau api merebak.- Kerja menyelamat mangsa di bangunan tinggi mungkin mengambil masa yang agak lama. - Oleh itu, anda perlu tenang dan bersabar. Apa yang paling penting JANGAN PANIK!!!!

Page 46: BAB 2

KAEDAH menyelamat mangsa terperangkap  

v. Sentiasa Bersedia- Biasakan diri dengan bunyi loceng kecemasan bangunan anda.

- Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan dibangunan serta cara untuk menggunakannya.

- Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk melepaskan diri termasuk tingkap-tingkap serta biasakan diri dengan semua jalan keluar.

- Ketahui jalan terdekat menuju jalan pelepasan diri supaya anda mudah mencarinya walaupun dalam keadaan gelap.

-Pilih satu tempat untuk berkumpul diluar bangunan supaya anda tahu semua orang selamat.

Page 47: BAB 2

PENYEDIAAN LAPORAN KESELAMATAN KEBAKARAN  

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514, menetapkan majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja. Akta ini mewajibkan majikan merangka dan melaksanakan dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan perkiraan untuk menjayakan dasar tersebut. Laporan keselamatan dan pemberitahuan kemalangan mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di tempat kerja. Laporan kebakaran penting bagi mendapatkan perangkaan kebakaran yang tepat dan sistematik. Jabatan bomba dan penyelamat telah mengeluarkan arahan dan borang mengenai penyediaan laporan kebakaran.

Page 48: BAB 2

FORMAT LAPORAN KESELAMATAN KEBAKARAN

   Perkara-perkara yang perlu ada dalam Laporan Keselamatan Kebakaran ialah:

i. negeri dan balai yang membuat laporanii. jenis kebakaran, tarikh kejadian, masa

kejadian, tempat dan jarakiii. cara panggilan samada datang terus atau

menerusi talianiv. bilangan anggota yang bertugasv. keadaan kebakaran dan tindakan awalvi. laporan tentang kecederaanvii.nilaian harta yang terlibatviii.insurans yang berkaitan

*Contoh Laporan Kebakaran Contoh Laporan Kebakaran.pdf

Page 49: BAB 2

Tamat…TQ!!