Bab 2 Potert Hubungan Etnik

41
POTRET HUBUNGAN ETNIK BAB 2

description

Malaysia ethics

Transcript of Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Page 1: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

POTRETHUBUNGAN ETNIK

BAB 2

Page 2: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

PENGENALANBab ini memfokus kepada konsep asas hubungan etnik dan aplikasinya.

Masyarakat multietnik, budaya dan agama ciri utama kebanyakkan negara.

Maka, perlu pemahaman yang tepat tentang teori dan definisi untuk menilai masyarakat yang berbeza dalam pelbagai aspek.

Page 3: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK: ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pemerintahan- perlembagaan mengikut Islam ,Undang-undang Laut Melaka & Hukum Kanun Melaka.

Perdagangan- Pemerintahan terbuka & tadbir urus pelabuhan yang cekap- jaga keselamatan pedagang melalui Undang-undang Laut Melaka--Laksamana Melaka berperanan hapuskan lanun dan perompak.

Page 4: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Corak Kependudukan- Zaman pluraliti sebab proses penghijrahan secara semulajadi dari Arab, India, China dan lain-lain.– wujud masyarakat baharu Baba Nyonya, Melayu keturunan Arab dan sebagainya.

Kepelbagaian Budaya- Melaka menjadi kota multibudaya- - pertembungan budaya besar dunia misalnya, budaya alam melayu dengan Eropah.

Page 5: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK ERA PENJAJAH BRITISHPenjajah British memperkenalkan prinsip, sistem, struktur dan dasar pentadbiran baru.

Mempunyai pengetahuan ilmu yang maju dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen.

Perdebatan ilmu (abad ke-15) – pemisahan antara agama dan sains moden.

Page 6: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Semasa penjajah British datang ke Alam Melayu – Eropah mengalami perubahan epistemologi – pemisahan antara negara (state) dan agama (church).

Majoriti menyokong sains moden dan menyebabkan agama menjadi anutan individu.

Ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia termasuk ilmu pemerintahan dan pentadbiran.

Page 7: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

KERANGKA TEORITeori merupakan satu

himpunan takrif atau konsep yang memberikan gambaran secara sistematik berkenaan

fenomena dengan memperincikan hubungan

antara pembolehubah untuk menerangkan dan meramalkan

fenomena tersebut.

Page 8: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori EkologiRobert E. Park (1950), merupakan ahli sosiologi

pertama yang membincangkan berkaitan perhubungan ras.

Beliau dipengaruhi pendekatan Charles Darwin (1859) berkaitan “kemenangan bagi yang tergagah”.

Menurut Park, manusia mempunyai dua bentuk warisan iaitu:

1. Sebagai ahli sebuah kumpulan ras akan mewarisi pusaka biologikal dengan perpindahan melalui perkahwinan sesama kumpulan.

2. Sebagai ahli kumpulan sosial, manusia akan memindahkan melalui komunikasi warisan sosial kumpulannya.

Page 9: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori Ekologi Park boleh dirumuskan dalam empat usul:

1. Penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan yang tidak sama rata, manusia yang mempunyai fenotaip yang berbeza.

2. Dalam perhubungan persaingan, manusia sedar akan ciri-ciri status yang membezakan mereka.

3. Manusia yang berstatus tinggi enggan bersaing atas dasar sama rata dengan mereka memiliki status rendah.

4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yang istimewa . Prejudis juga mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuhkan struktur kategori itu.

Page 10: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori FreudianTeori ini diaplikasikan oleh John Dollard (1937) dengan merujuk kepada konsep prejudis sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang kulit putih.

Dollard telah mengusulkan beberapa pandangan iaitu:

Page 11: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

1. Kekecewaan psikologi individu lahir daripada kehidupan sosial. Kekecewaan dapat dikurangkan dengan melakukan kekerasan khususnya ke atas sasaran tertentu.

2. Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan yang terpendam.

3. Semakin lemah kuasa kelompok minoriti, semakin sesuai kelompok ini dijadikan sasaran.

Page 12: Bab 2 Potert Hubungan Etnik
Page 13: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori Struktur Fungsionalisme

Teori ini dipelopori oleh Talcott Parsons (1975).

Antara sarjana yang menjadi pengikutnya ialah W. Lloyd Warner (1945), Gunnar Myrdal (1944) dan Kingsley Davis (1948).

Beberapa usul dalam teori ini antaranya:

Page 14: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

1. Individu bertindak kepada insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda.

2. individu mengejar kepentingannya tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam satu pola yang sama kerana wujudnya pembahagian buruh.

3. Individu juga berkongsi nilai bersama untuk memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.

Page 15: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori KelasOliver Cox (1948) mendapati masalah

hubungan ras dan etnik di US ada hubung kait dengan masalah kelas dan sistem kasta.

Cox berpandangan semua pertelingkahan ras boleh dikaitkan dengan dasar dan sikap golongan kapitalis dan orang kulit putih terhadap golongan orang bukan kulit putih dan golongan buruh.

Page 16: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Prejudis dan ideologi ras seperti sikap rendah diri dipupuk seterusnya digunakan untuk kepentingan politik dan ekonomi kapitalis.

Cox melihat perhubungan ras sebagai perhubungan proletariat –borjuis.

Cox mengusulkan beberapa perkara seperti:

Page 17: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

1. Apabila kapitalis eropah berkembang ke kawasan kaya, wujud keuntungan untuk memperoleh sumber buruh yang berbeza dan menyebabkan buruh tertindas.

2. Dalam perhubungan yang tidak sama rata, terbentuk keyakinan yang mendokong ketidaksamaan itu. Perkara ini wujud dalam masyarakat kapitalis yang memisahkan buruh kulit putih dan hitam.

3. Kategori ras wujud dalam kehidupan masyarakat kapitalis kerana:

a) menguntungkan pemerintahb) pertembungan dalam masyarakat

belum sampai pada tahap yang menunjukkan kedudukan sistem sosial sebenar yang dapat dilihat dengan jelas oleh kelas buruh.

Page 18: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori Masyarakat Majmuk

Konsep masyarakat majmuk diketengahkan oleh J.S Furnivall (1948) dam M.G Smith (1965).

Ia bertujuan mengenalpasti masyarakat yang terdapat di Asia Tenggara.

Furnivall menegaskan bahawa: 1. Setiap kumpulan berpegang kepada

agama, kebudayaan dan bahasanya, ide dan cara hidupnya sendiri.

Page 19: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

2. Individu akan bertemu, tetapi hanya di pasar untuk membeli dan menjual.

3. Wujud satu masyarakat plural yang mana mereka hidup bersebelahan tetapi berasingan, dalam unit politik yang sama.

4. Pembahagian buruh berlaku mengikut garisan ras dalam bidang ekonomi.

Page 20: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori Pasaran Buruh TerpisahTeori Edna Bonacich (1972 & 1973)

bermula daripada kesedaran terhadap perbezaan kuasa dalam pasaran buruh yang boleh mewujudkan pertelingkahan antara golongan kulit putih dan kulit hitam.

Teori Bonacich menyatakan bahawa: 1. Sesetengah pasaran buruh dipisahkan

berdasarkan garis etnik, kumpulan ras bergaji tinggi dibezakan dengan buruh bergaji murah.

Page 21: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

2. Wujud tiga kelas utama yang mempunyai kepentingan berbeza:a) Ahli kelas peniaga mahu kepada buruh murah dan lemah untuk bersaing.b) Buruh bergaji tinggi diancam oleh kewujudan buruh murah.c) Kelemahan kuasa buruh bergaji murah menakutkan buruh bergaji tinggi.

Page 22: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

3. Buruh bergaji tinggi mengukuhkan kedudukan dengan mengusir buruh murah.4. Pertelingkahan etnik berlaku kerana persaingan berdasarkan harga buruh yang berbeza.

Page 23: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori Pilihan Rasional Tentang Perhubungan Etnik

Antara tokoh yang mempopularkan teori tersebut ialah Thomas Sowell (1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton (1997) & Mansor Mohd Noor (2000).

Merupakan pendekatan teoris yang meneliti realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan.

Page 24: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Teori mengandaikan bahawa: 1. Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza.2. Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial.

3. Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebaya.

Page 25: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

4. Apabila individu membuat satu pilihan, pilihan lain akan tertutup.5. Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain.6. Apabila individu gagal mendapatkan ganjaran maksimum, dia akan mengembleng kekuatan kolektif.

Page 26: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

7. Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan, dia akan berpaling ke arah asas agama dan ketuhanan.8. Apabila individu memilih mengembleng secara kolektif berdasarkan warisan budaya, batas kumpulan akan bersifat terbuka.9. Apabila individu memilih mengembleng secara kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan juga akan bersifat terbuka.

Page 27: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Konsep Ras dan Rasisme

Ras – kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, rambut & selainnya.

Rasisme – pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata.

Page 28: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Rasisme wujud pada 2 tahap:1. Individu – kepercayaan dan sikap

individu.2. Institusi – melibatkan dasar dan

pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

Page 29: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme

Etnik – sekelompok manusia mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

Etnik – dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya – adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, ekonomi dan hiburan.

Page 30: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

Wujudnya satu kebudayaan dan subbudaya jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme – kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

Konsep ini juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok lain daripada lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Page 31: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

KONSEP BUDAYABudaya – “Budhi” (Sanskrit) + “daya” (Melayu).

“Budhi” – kecergasan fikiran dan akal.

“daya” – kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.

Budaya – tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.

Page 32: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Budaya – suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu. Ia meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap & nilai.

Budaya boleh dibahagikan kepada budaya kebendaan (material)(makanan,pakaian) dan budaya bukan kebendaan (bukan material)(Bahasa,kepercayaan).

Page 33: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Dua peranan utama pembentukan budaya:

1. Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti

2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

Page 34: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri:

1. Dipelajari2. Dikongsi3. Sejagat4. Diwarisi5. Berubah6. Mempunyai perlambangan7. Adanya pandangan semesta

Page 35: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

KONSEP PREJUDIS, STEREOTAIP & DISKRIMINASI

Prejudis – pandangan negatif mengenali ahli atau kelompok etnik tertentu – tidak diluahkan secara terbuka.

Tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.

Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi lain.

Page 36: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Stereotaip – kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik – merupakan gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.

Terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

Page 37: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Diskriminasi – perbuatan membanding-bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka (prejudis) yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik.

Page 38: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Konsep Segregasi – pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara – dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Konsep Akomodasi – proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

A + B + C = A + B + C.

KONSEP-KONSEP TAHAP HUBUNGAN ETNIK

Page 39: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Konsep Akulturasi – proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Konsep Asimilasi – proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. A + B + C = A.

Page 40: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

Konsep Amalgamasi – proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. A + B + C = D.

Page 41: Bab 2 Potert Hubungan Etnik

KESIMPULANHubungan etnik tidak wajar dilihat

dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual.

Kebanyakkan tinhkahlaku dalam kehidupan diwarnai oleh sikap negatif terhadap etnik lain.

Hubungan silang budaya berlaku dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya.