Bab 2 ulul albab
-
Upload
siti-mariah -
Category
Education
-
view
75 -
download
7
Transcript of Bab 2 ulul albab
BAB 2KONSEP ULUL ALBAB
Hasil PembelajaranDi akhir pembelajaran, pelajar dapat:1. Mendefinisikan Ulul Albab dalam pelbagai konteks2. Menggariskan ciri-ciri Ulul Albab:3. Menghuraikan secara ringkas komponen utama
Ulul Albab – Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik
DEFINISI BAHASA
Pecahan daripada dua perkataan :
Ulul
- yang memiliki atau orang yang memiliki dengan sesuatu sifat
Albab
- dari kata “luub” bermaksud qalbu (mata hati), akal fikiran, intelek
“People / Men endowed with insight”- Muhamad Asad
“Men of Understanding” – Yusuf Ali
DEFINISI ULUL ALBAB (Bahasa)
Orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahami) – Abdullah Basmeh
“People of Intelligence”- Mahmoud Ayoub
DEFINISI ISTILAH
DR SIDDIQ FADZIL
YAB DATO' SERI
ABDULLAH BADAWI
YB DATO' IDRIS JUSOH PROF
MADYA DR MOHD ASRI
DR DANIAL ZAINAL ABIDIN
Dr. Siddiq Fadzil : “ilmuwan mukmin yang mampu melihat yang tersirat di balik yang tersurat, dan dapat menangkap hakikat di balik ayat (tanda-tanda)”
Definisi Ulul Albab (istilah)
YAB Dato’ Seri Ahmad Badawi : “Ulul Albab atau golongan yang berakal sempurna, sepertimana yang disebut dalam al-Quran adalah orang yang mempunyai kekuatan akal fikiran, yang menguasai sains, falsafah dan teknologi”
Definisi Ulul Albab (istilah)
Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abdidin : Ulul Albab ialah golongan yang memiliki akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang benar dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-sia.
Definisi Ulul Albab (istilah)
Daripada beberapa istilah yang diberikan, maka dapatlah disimpulkan bahawa terdapat dua komponen pentng dalam golongan Ulul Albab.
Pertama: Al-Quran adalah asas dalam melahirkan golongan Ulul Albab.
Kedua: Ulul Albab adalah seorang intelektual Muslim yang bermakna ketingggian ilmu pengetahuan yang berpandukan dengan ketajaman akal fikiran adalah kekuatan yang sangat ampuh.
Menggunakan akal dalam menilai
sesuatu
Memperbanyakkan amal soleh, berakhlak mulia dan bertaqwa
Memiliki kefahaman tentang al-
Quran dan as-Sunnah
Melakukan kebaikan dan meninggalkan
kejahatan
Berfikir dan merenung
setiap ciptaan Allah
Bersungguh-sungguh
mencari ilmu
Mengambil pengajaran dan
iktibar dari kisah kaum terdahulu
Memenuhi janji Allah Tekun beribadah
Mengambil panduan
daripada isi kandungan al-
Quran
Memperolehi hidayah dan
petunjuk Allah
Beriman dan bertaqwa,
takutkan azab Allah
CIRI-CIRI ULUL ALBAB
KOMPONEN ULUL ALBAB
QURANIK- mempunyai
pengetahuan yang tinggi tentang ilmu al-
Quran
ENSIKLOPEDIK- memiliki kemahiran
yang tinggi dam menjadi tempat rujukan dalam
pelbagai bidang pengetahuan
IJTIHADIK- mempunyai keupayaan
untuk memberikan pandangan dalam
menyelesaikan masalah umat
MODEL ULUL ALBAB
Quranik (SQ)
Ijtihadik (EQ)
Ensiklopedik (IQ)
Klip Dokumentari Al Quran dan Sains - unta.flv