Bab 3 Adab Dengan Pemimpin

download Bab 3 Adab Dengan Pemimpin

of 41

Transcript of Bab 3 Adab Dengan Pemimpin

BAB 3 ADAB DENGAN PEMIMPIN

1. Konsep Pemimpin

a. Takrif Pemimpin : orang yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin atau mengetuai sesebuah organisasi atau Negara.

b. Pemimpin Negara berperanan penting memastikan kestabilan dan perlaksanaan undang-undang Negara terlaksana

c. Menurut Islam, hukum mentaati pemimpin (Ulul Amri) adalah wajib selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

d. Ciri-ciri pemimpin yang baik :

i. Beriman dan bertakwa

ii. Berilmu

iii. Adil dan amanah

iv. Tegas melaksanakan syariat Allah

v. Berwawasan dan bercita-cita tinggi

2. Tanggung jawab Pemimpin

a. Menjaga agama agar Islam dapat dilaksanakan dalam pengurusan pentadbiran Negara.

b. Berlaku adil.

c. Menyediakan keperluan asas kepada rakyat

d. Menjaga keselamatan Negara dari ancaman musuh

e. Berusaha untuk membangunkan Negara.

3. Adab Rakyat Terhadap Pemimpin

a. Wajib mentaati pemimpin.

b. Bekerjasama dan membantu pemimpin untuk mencapai wawasan Negara

c. Memberi sokongan padu kepada pemimpin

d. Rakyat berhak menasihati dan menegur pemimpin dengan cara yang baik dan mengikut saluran yang betul.

e. Melaksanakan dasar kerajaan demi kebaikan umum.

4. Faedah Beradab Terhadap Pemimpin

a. Masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap kestabilan dan pembangunan Negara

b. Memupuk hubungan yang baik antara rakyat dan pemimpin

c. Rakyat hidup aman dan harmoni

d. Pembangunan dalam negara dapat dilaksanakan

e. Dapat meningkatkan imej Negara di mata dunia.

5. Implikasi Tidak Beradab Terhadap Pemimpin

a. Berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan

b. Pembangunan Negara sukar dicapai kerana ekonomi terjejas

c. Memberi peluang kepada musuh Negara

Tajuk: 34 Adab Dengan Pemimpin 1. Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab memimpin sesebuah organisasi negara. 2. (a) (b) (c) (d) (e) 3. (a) (b) (c) (d) Tanggungjawab pemimpin: menjaga dan memelihara agama; berlaku adil terhadap rakyat; menyediakan keperluan asas kepada rakyat; menjaga keselamatan negara; berusaha membangunkan negara. Adab rakyat terhadap pemimpin: wajib mentaati pemimpin selagi tidak disuruh melakukan maksiat; berkerjasama dan membantu pemimpin; memberikan sokongan yang padu; melaksanakan dasar-dasar kerajaan.d. Kemanan tergugat dan akhirnya Negara akan musnah. atau

Select Version: Bahasa MelayuEnglish Isnin, 5 Disember 20119 Muharram 1433 Hijrah 821 Pembaca Online Log Masuk Username Password Remember Me Forgot your password? Forgot your username? Create an account FamiliKenali KamiIklanDirektoriKomunitiRadioHantar ArtikelSoal JawabFacebookTwitterRSS LAMAN BERITA MALAYSIA DUNIA ADVERTORIAL TAZKIRAH SAINS & ISLAM REMAJA & CINTA DAKWAH NASIHAT BULAN ISLAM INSPIRASI MOTIVASI SINAR HIDAYAH KEMBARA HIDUP TOKOH IM KOYUBE PENDIDIKAN TIPS BELAJAR UNIVERSITI KERJAYA TIPS JEJAK KELUARGA PERKAHWINAN IBU BAPA RESEPI GAYA HIDUP KESIHATAN KEPIMPINAN KEWANGAN BISNES PERNIAGAAN INTERNET TIPS PERNIAGAAN KARYA FAN WORDS

LIRIK & LAGU KOMIK CERPEN PUISI KREATIF TEKNOLOGI WEB GAJET DESIGN E-KAD FACEBOOK WALLPAPER TEMPAHAN DESIGN CETAK ONLINE FOTOGRAFI FOTO JOURNAL LENSA HATI SOAL JAWAB TANYA USTAZ TANYA DOKTOR TANYA KAUNSELOR HALAMAN: DAKWAH KITA ADALAH PEMIMPIN Kita Adalah Pemimpin SAB, 03 DIS 2011 09:22 | MYLITTLEPENCIL | SRINKANDI MALAM

Kita bakal pemimpin bukan? Bukan lagi pemimpin di tempat-tempat yang khusus, malah kita pemimpin dunia. Bukan lagi pemimpin pada masa-masa tertentu, malah pada setiap masa untuk diri kita sendiri terutamanya. Pemimpin yang berjaya, seharusnya mempunyai matlamat yang jelas dan cara kerja atau strategi yang sukses demi mencapai sebuah kemenangan yang nyata dan disegani. Haruskan seorang pemimpin itu disegani? Ya, seharusnya selagi dia tidak melanggar segala undang-undang yang telah digariskan Allah S.W.T. Ya, seharusnya selagi dia tidak menjadikan nafsu sebagai cara kerja memimpinnya. Dan kita para daie adalah pemimpin yang sebenarnya. Kitalah yang mengendalikan dakwah. Memimpin manusia untuk mengenali apa erti lurusnya sebuah jalan. Mengajar manusia untuk lebih memahami apa erti sebenar sebuah kebenaran. Meletakkan manusia untuk berada di tempat yang bercahaya. Jalan yang lurus, itulah jalan yang mesti ditempuh. Jalan yang lurus, itulah jalan yang mesti diikut.

Jalan yang lurus, itulah jalan yang penuh kesusahan. Jalan yang lurus, itulah jalan yang tidak akan memberikan erti kepuasan dengan cepat. Jalan lurus inilah mengajar para daie untuk terus berusaha. Kerana apa? Kerana inilah tugas pemimpin. Perlu memuaskan hati rakyatnya. Dan untuk bumi ini, Islam itulah adalah kepuasan untuk penduduknya. Iman itu adalah cahayanya. Tidak cukup hanya dengan keadilan undang-undang, jika sebelumnya tidak wujud Iman. Tidak cukup hanya dengan kuasa yang ada jika sebelumnya tidak wujud Iman. Kerana dengan Iman, undangundang akan tercipta dengan sendirinya. Lihat sahaja sirah terdahulu. Apabila larangan meminum arak diturunkan, serta-merta bandar Mekah itu banjir dengan minumanminuman keras. Mereka bertegas mencampakkan botol-botol arak yang ketika itu berada dalam tangan mereka. Dari Anas Bin Malik A.S : "Aku memberikan minuman khamar kepada Abu 'Ubaidah dan Ubay bin Ka'ab, lalu datang orang mengatakan:" Sesungguhnya minuman keras telah dilarang". Maka Abu 'Ubaidah berkata: "Hai Anas! Berdirilah dan tumpahkanlah minuman keras itu!" Lalu saya tumpahkan kesemuanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Inilah kuasa Iman yang lebih tinggi kuasanya dari kuasa hakim-hakim seluruh dunia. Kuasa Iman yang tinggi mampu menundukkan apa jua jenis kuasa dunia. Sebut apa jua peraturan, jika tiada Iman sebelumnya, anda akan melihat betapa ramai ummat manusia akan melanggarinya. Kerana itu, ummat manusia sekarang ini kian tidak mengerti betapa pentingnya Iman. Iman hanya dianggap sebuah objek yang diguna pakai apabila tiba masanya atau Iman hanya diletakkan pada tempat yang difikirkan sesuai. Maka, seharusnya menjernihkan Iman kita terlebih dahulu sebelum berusaha menjernihkan iman manusia yang lainnya. Barulah pemerintahan itu akan tersinar kesuciannya.Dan lebih terjamin kuasanya ! Ajar manusia erti kebinasaan. Ajar manusia erti kehancuran. Inilah simboliknya keadaan tanpa Iman. Besarnya pengaruh kebinasaan ini sehingga kita akan terlupa betapa pentingnya nilai dan harga sebuah Iman. Seharusnya kita mengenali jiwa-jiwa pemimpin agung yang sudah terbukti sejarah hidup mereka penuh kegemilangan. Kenali kelebihan mereka. Kenali cara kerja mereka. Kenali matlamat mereka. Kenali potensi-potensi diri mereka. Paling penting, kenali betapa sucinya perjuangan mereka!

Bagaimana Rasulullah S.A.W memimpin sehingga namanya, peribadinya masih diketahui sehingga kini? Bagaimana As-Syahid Hassan Al-Banna mampu mengubah dunia sehingga namanya dikenali sehingga kini? Bagaimana Syeikh Ahmad Yassin memegang tampuk kekuasaan sehingga dia disegani sehingga kini? Bukalah lembaran sejarah hidup mereka. Tidak lari ke mana perjuangan mereka melainkan hanya dengan berlandaskan Iman semata! Tidak lari ke mana melainkan kematian mereka itu satu kemulian yang dibualkan para penghuni langit dan dunia! Inilah pemimpin yang berkuasa dengan kuasa yang sebenarnya. Tidak perlukan kuasa mata wang, kuasa pangkat. Hanya perlukan kuasa Iman untuk memonopoli dunia. Inilah juga, corak kepimpinan yang harus kita ikuti. Corak kepimpinan yang diredhai, yang lebih tulus dan mulus perjalanannya! Dalam mengenali jiwa seorang pemimpin, jiwa rakyat tidak seharusnya kita lupakan. Jiwa-jiwa mereka yang diperintah, diberi penelitian yang lebih dalam membina jiwa-jiwa mereka. Mendidik mereka untuk cintakan jalan yang kita cintai. Mentarbiyyah mereka untuk mendekatkan diri dengan apa yang kita dekati. Kenali ragam mereka. Tahu keinginan mereka. Ikat hati mereka dengan kuasa yang kita ada. Iman dan dakwah. Kita juga tahu betapa susah ingin memberi kefahaman kepada manusia yang sebelum ini tidak mengetahui dengan jelas apa sebenarnya tanggungjawab mereka bukan Apatah lagi menaklifkan sesuatu tugasan yang sememangnya berat dan payah. Dan tugas itu ibarat menjadi satu paksaan, bukan lagi dengan kerelaan hati yang sedia ada. Sebut sahaja paksaan, sudah terasa benar pahitnya. Bukankah jiwa-jiwa rakyat harus kita ikat dengan kasih dan sayang. Kasih dan sayang inilah yang melahirkan kerelaan hati mereka untuk bersama-sama turut serta bersama kita. Pancaran kebenaran, diiringi sinar keikhlasan, mampu menggegarkan jiwa-jiwa mereka. Allah S.W.T juga memerintah kita dengan kasih dan sayang. Masih mahukan kita memerintah manusia tanpa ikatan hati yang kuat dan kukuh? Pemimpin itu akan sentiasa menjadi tauladan bagi orang yang diperintahnya. Dia ibarat sumber cahaya menerangi kebenaran. Dia ibarat sumber tenaga memberi semangat kepada rakyatnya. Di sinilah betapa pentingnya qudwah hasanah. Rasulullah S.A.W juga mendahului dakwahnya dengan sifat-sifat yang mulia. Gelaran al-Amin yang diberikan merupakan satu kelebihan yang nyata.

Seluruh penduduk Mekah mengenali Baginda S.A.W. Malangnya, setelah datangnya Islam, gelaran itu seolah telah menghilang, semacam tidak pernah wujud. Walhal pada hakikatnya, al-Amin pada diri Baginda S.A.W tidak pernah hilang! Malah, Baginda S.A.W berterusan menjadi ikutan para sahabat yang lainnya. Maka, lahirlah para sahabat yang tidak kurang juga hebatnya. Abu Bakar A.S yang terkenal dengan kelembutannya. Umar A.S yang terkenal dengan ketegasannya. Betapa penting seorang daie itu menanamkan keinginannya untuk memimpin ummat manusia. Bukan gilakan kuasa, tetapi gilakan kemenangan agar Islam tertegak di atas muka bumi ini. Tohmahan yang tinggi mengajar seorang daie itu tidak gentar dengan cabaran. Apa yang perlu ditakuti adalah jika seorang daie itu tidak pernah melakukan sebarang percubaan. Hanya menantikan kemenangan datang bertandang tanpa usaha untuk menang! Ini namanya daie yang goyang kaki! Daie yang tidak kenal fungsi seorang daie. Inilah seorang daie yang tidak optimis. Dia tidak merasakan dialah pemimpin yang telah bersedia untuk mewaqafkan dirinya untuk Islam. Dia merasakan masih penting untuk memenuhi kehendak dirinya berbanding kehendak Islam itu sendiri. Sewajarnya, dia memikirkan Islam dan dakwah terlebih dahulu berbanding dirinya. Dia merasakan banyak dosanya itu akan terhapus dengan terkorbannya dia di atas jalan kebenaran ini. Dia akan berusaha dengan usaha yang semaksimum mungkin. Inilah baru pemimpin yang sebenar! Pemimpin yang tahu harga nilai dirinya. Pemimpin yang tahu menyusun kepentingan urusannya. Iradah qawiyah akan sentiasa dijadikan titik tolak untuk mencapai kemenangan. Iradah qawiyah atau kemahuan yang kuat ini mampu mengalahkan satu batalion tentera yang sedang berharapkan kemenangan. Demikianlah, hakikat diri seorang pemimpin manusia. Pemimpin yang mahu menjadikan Islam itu undang-undang dunia. Kita adalah daie yang harus tahu ke mana hala tujunya dalam memimpin manusia. Kerana itulah, dakwah adalah sebaik-baik jalan kerja! Sekian. Dari hati seorang manusia yang juga mahu memimpin manusia satu hari nanti. Glosari 1) Iradah Qawiyah=keinginan yang kuat yang tidak disusupi satu kelemahan pun. -Artikel iluvislam.com Sumber Grafik: Google Image Biodata Penulis

Si Pensel Kecil merupakan seorang pelajar dalam bidang perubatan. Beliau menulis di http://mylittlepencil.wordpress.com.

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! Lagi...

Advertisement - ILIN1 Advertisement - ILIN2

Apabila Kita Marah ISN, 05 DIS 2011 09:29 | AHMAD FAIZ

| SRINKANDI MALAM

Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku. Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima gelombang marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan. Mereka juga mungkin menyalah tafsir gelombang marah tersebut. Tentang Marah Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku." Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari) Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah: (a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu. (b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah. (c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orangorang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134) Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut? Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta? Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita. Diam Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:

Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad) Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak. Istia'zah Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201) Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T. Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:

Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya: Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: , tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih) Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul. Duduk Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud) Wudhuk Sabda Rasulullah S.A.W: Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya) -Artikel iluvislam.com

Sumber Grafik: Google Image Biodata Penulis Ahmad Faiz bin Muhamad Sabri merupakan lepasan Maahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis. Kini penuntut jurusan perubatan tahun akhir Universiti Kaherah di bumi Mesir.

Jadilah Hamba Yang Ikhlas RAB, 23 NOV 2011 16:00 | AD-DIEN

| NURILLA88

Setiap umat Islam wajib meyakini dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. Kita sememangnya tahu akan ibadah yang difardhukan ke atas umat Islam yang telah akil baligh dan cukup syaratnya. Namun begitu, ramai dalam kalangan umat Islam yang kurang menitik beratkan aspek ikhlas dalam ibadah kepada Allah s.w.t. Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan, dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi taala. Ikhlas juga beerti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t : "Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5) Jika kita amati benar-benar, sekurang-kurangnya kita telah mengucap kata ikrar dan janji sewaktu di awal permulaan solat. Hal ini sekurang-kurangnya berulang lima kali dalam sehari jika kita membaca doa iftitah. "Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mantadbir sekalian alam." (al-An'am:162) Setiap amalan yang ikhlas kerana Allah s.w.t akan diangkat dan diterima olehNya. Amalan yang dilakukan dengan tidak ikhlas pula bukan sahaja tidak diterima malah menjurus kepada kemurkaan Allah s.w.t. Niat dan keikhlasan adalah saling berkait rapat. Keikhlasan akan terbit dari apa yang diniatkan. Hal ini telah disebut dalam hadith daripada Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau

wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu"(Riwayat Bukhari dan Muslim) Keikhlasan adalah terbit daripada hati dan disudahi dengan tindakan. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat atau berpura-pura. Sesungguhnya, amalan yang berpura-pura tidaklah dikira ikhlas kerana Allah s.w.t. Niat hati yang ikhlas sudah cukup untuk membuahkan ganjaran pahala disisi Allah s.w.t sekalipun amalan tersebut belum dilakukan. Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan keburukan serta telah menjelaskannya di dalam Kitab-Nya. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan mampu lebih banyak lagi. Sesiapa yang telah berniat untuk berbuat keburukan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan satu keburukan untuknya."(riwayat Muslim) Kejayaan dan kemenangan seringkali bersama dengan amalan yang disertakan dengan keikhlasan keranaNya. Mereka yang ikhlas akan menuju kepada suatu jalan kebaikan, bersih daripada sikap keangkuhan, dan terselamat daripada jatuh ke lembah keduniaan yang pastinya akan membaca kepada kemusnahan serta kehancuran. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain mengetahuinya (dan hanya itulah balasannya). Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya dilihat oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain melihatnya (dan hanya itulah balasannya)."(riwayat Bukhari dan Muslim) Pujian dan celaan sering kali menjadi ujian dan cabaran yang besar buat insan yang beramal dengan ikhlas. Keikhlasan tidak menyebabkan diri terpengaruh atau terjejas ketika dipuji atau dikritik. Jika melakukan amalan hanya untuk mengharapkan pujian, maka keikhlasannya adalah diragui. Adapun begitu, jika dengan pujian membuatkan keikhlasannya tidak berubah, maka itu adalah suatu kebaikan buat seseorang muslim. Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Bagaimanakah tentang seseorang yang berbuat kebajikan, lalu ada orang memujinya, sedangkan niatnya ikhlas kerana Allah?. Baginda menjawab: itu adalah kegembiraan awal yang diberikan kepada seorang Mukmin"(riwayat Muslim) Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang ikhlas kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan. Ingatlah, setinggi mana pun kedudukan kita, sebanyak mana harta yang kita ada dan semulia mana kita disisi manusia, kita hakikatnya hanyalah hamba yang lemah dan tidak berdaya. Moga keikhlasan menjadi asbab untuk meraih redha Allah, wallahua'lam. - Artikel iluvislam.com

y Soeharto merupakan pemimpin yang berilmu. Hal ini di buktikan dia sangatmementingkan ilmu dan beliau memplopori proyek wajib belajar y Pemimpin yang terampil. Hal ini di buktikan dia sudah berhasil meredamkrisis dan oposisi (kelompok politik terorganisasi yang memberikanpandangan yang berbeda dengan pemerintah) y Pemimpin yang demokrasi. Beliau sangat peduli dengan kesehatanmasyarakatnya , dan beliau mengeluarkan progam keluarga berencana (KB) Sri Mulyani (orang yang diharapkan jadi pemimpin) Orang yang di harapkan menjadi pemimpin adalah Sri Mulyani . y Sri Mulyani wanita ini wanita yang beriman karena selama ia menjabatsebagai mentri keuangan. Ia tidak bernah menggalapkan uang tersebut . y Sri Mulyani termasuk pemimpin yang berilmu. Hal ini di buktikan denganpengalaman pendidikanya dan pengalaman kerja selama ini. y Beliau termasuk pemimpin yang demokrasi. Di buktikan dengan dia maumenerima pendapat saat di sidang dalam kasus Bank Century. y Pemimpin yang terampil. Hal ini dibuktikan saat dia hijrah ke Atlantasebagai konsultan di USA. Sejak 2001 dalam rangka kerjasama untukmemperkuat institusi daerah. Banyak juga menulis buku y Pemimpin yang bermoral. Wanita ini di anggap baik oleh warga sekitar .Sering tampil baik di hadapan pers. Mengapa Negara Kita Membutuhkan Pemimpin Karena pada saat ini warga indonesia belom bisa memimpin diri sendiri. Dantentunya warga indonesia memerlukan pemimpin yang beriman , bermoral, berilmu, terampil, dan demokratis, agar indonesia pada tahun berikutnya dapat menjadinegara yang maju seperti amerika dan sangat di kenal oleh negara-negaralain.Pemimpin yang beriman itu perlu agar pengikutnya dapat beriman juga,bermoral juga perlu agar rakyat bisa bermoral juga,terampil agar bangsanyabisa maju,demokratis agar aspirasi masyarakat bisa di laksanakan. Mengapa Budaya Demokrasi Harus Dipertahankan Agar aspirasi msayarakat dapat terpenuhi , dan tidak ada masalah antarapemerintah dan masyarakat. Agar masyarakat mampu mengeluarkan ide-idenyadan menjadikan ini negara yang makmur , tentram dan maju .Karna sistem pemerintahan Indonesia sekaligus landasan Idiil Indonesiaadalah "Demokrasi Pancasila jadi , jika di rubah . Maka tidak akan sesuai dengannegara kita .

Tanda Tanda Masyarakat Menerapkan Demokrasi y Pemerintahan berdasarkan kehendak dan kepentingan rakyat banyak. y Adanya pemisahan pembagian kekuasaan. y Adanya tanggung jawab dari pelaksanaan kegiatan pemerintahan. y Pemerintah selalu berada dalam pengawasan rakyat. y Negara itu menjamin adanya HAM. y Adanya kebebasan individu. y Adanya Hukum. y Adanya pemilu yang LUBER JURDIL. y Adanya kesempatan rakyat untuk memperoleh pendidikan. y Adanya kebebasan berpendapat di muka umum. Upaya Pemerintah y Meningkatkan intensitas dan kualitas pelaksanaan pengawasan dan auditinternal, eksternal, dan pengawasan masyarakat. y Menata dan menyempurnakan kebijakan sistem, struktur kelembagaan danprosedur pengawasan yang independen, efektif, efisien, transparan danterakunkan. y Meningkatkan tindak lanjut temuan pengawasan secara hukum. y Meningkatkan koordinasi pengawasan yang lebih komprehensif.

Di Mana Dia Di Hatimu? KHA, 07 APR 2011 23:37 | PAHROL MOHAMAD JUOI

| WANN

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka. Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita." Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya. Ketika di ambang maut? Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?" Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH." Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda. Ketika tiada siapa mengetahui? Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambingkambing yang banyak ini?" "Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja." "Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji. "Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu. Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya. Ketika kamu tiada jawatan? Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya. Lalu, di mana Dia dihati kita? Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku? Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan? ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku! Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu); "Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki." Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA? Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA? Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukumhakam-MU? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya? Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?" Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..." Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali. Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?" Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA." Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua. Dan kita akan terus mengemis kasih... - Artikel iluvislam.com Biodata Kolumnis Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! Lagi...

Advertisement - ILIN1 Advertisement - ILIN2 ARTIKEL INSPIRASI Tudung Labuh Itu Kolot? 07.12.11 Cikgu Dalam Kehidupan Anda 06.12.11 Ibrah Seekor Burung 05.12.11 Umat Islam Perlu Lahirkan Ramai Tenaga Pakar 05.12.11 Be Good to Yourself 04.12.11 Celupan Allah 04.12.11 Terima Kasih Ayah 02.12.11

Anak-Anak Kecil 02.12.11 Wasilah Dakwah Kontemporari 02.12.11 Bagaimana Memperbaiki Diri Menjadi Peniaga Yang Lebih Baik 02.12.11 Advertisement - ILIN3A

Advertisement - ILIN3B

Perang Ahzab: Hubungan Ketua Dan Ahli ISN, 27 JUN 2011 14:58 | ABDULFATTAH

| CINCAUGORENG

Perkongsian ini adalah mengenai kepentingan taat kepada pemimpin atau ketua dalam soal dasar dan prinsip. Namun harus ditekankan di sini bahawa taat yang dimaksudkan ialah dalam perkaraperkara yang tidak melibatkan dosa dan tidak bertentangan dengan agama. Sepertimana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya". (An-Nisa', 4: 59) Para sahabat begitu taat dengan Rasulullah S.A.W sehingga mana dalam suatu peristiwa di mana Rasulullah S.A.W telah mengeluarkan arahan bahawa mereka akan pergi berperang tanpa dinyatakan dengan teliti peperangan tersebut. Namun para sahabat tanpa membantah menuruti arahan Rasulullah S.A.W sehinggalah di pertengahan jalan barulah mereka mengetahui dengan siapa mereka berperang. Dalam persatuan atau jemaah, kepimpinan sangat penting sehinggakan Saidina Umar Al-Khatab R.A pernah berkata "Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan." Penting untuk setiap ahli dalam sesebuah persatuan mentaati setiap keputusan yang telah diputuskan secara bersama semasa mesyuarat. Maksudnya seharusnya tiada lagi mesyuarat selepas mesyuarat atau dengan kata lain perbincangan yang cuba menyangkal dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat. Ini terbukti dalam sirah nabawi semasa dalam perang Ahzab yang merupakan perang paling memeritkan dalam sejarah Islam. Masyarakat muslimin ketika itu telah mengadakan mesyuarat bersama Rasulullah S.A.W bagi membicangkan strategi memerangi orang-orang kafir. Dalam mesyuarat itu Rasulullah telah mencadangkan satu cadangan tetapi cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh Salman al-Farisi dan mencadangkan orang-orang Islam menggali parit bagi mengurangkan serangan daripada orang-orang kafir yang sangat ramai jika dibandingkan dengan orang-orang Islam ketika itu. Cadangan ini diterima oleh Rasulullah S.A.W lalu tentera Islam termasuk Baginda S.A.W sendiri bekerjasama menggali parit tersebut dengan bersungguh-sungguh walaupun cuaca sejuk dan kekurangan bekalan makanan agar ia dapat disiapkan sebelum ketibaan musuh.

Baginda telah bersama-sama menggali, mengangkut dan membuang tanah serta memecah batubatu. Semasa kerja memecahkan batu dijalankan, seorang sahabat menemui Rasulullah S.A.W dan

memberitahu baginda bahawa mereka tidak berupaya lagi memecahkan sebiji batu yang besar setelah banyak kali mencuba. Rasulullah S.A.W pergi kepada batu tersebut dan berkata "Wahai batu, kamu jangan menjadi penghalang kepada kemenangan Islam!". Nabi Muhammad S.A.W diberi mukjizat oleh Allah. Baginda telah memecahkan batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh orang muslimin. Nabi Muhammad S.A.W memecahkan batu itu dengan tiga pukulan sahaja. Semasa kerja menggali parit dijalankan, kaum muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Nabi Muhammad S.A.W dan orang muslimin telah mengikat perut mereka dengan ketulan batu untuk menahan lapar. Seorang sahabat telah terlihat batu yang diikat pada perut Rasulullah S.A.W dan terus meluru pulang dan menyuruh isterinya memasakkan seekor kambing untuk diberi makan kepada Rasulullah S.A.W (betapa hebatnya kasihnya terhadap Rasulullah yang merupakan pemimpinnya). Namun Rasulullah S.A.W telah menjemput semua kaum muslimin yang sedang menggali parit ketika itu untuk turut sama makan sehinggan sahabat tersebut berasa takut kerana dikhuatiri makanan tidak mencukupi. Tetapi Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu seekor kambing dan sedikit gandum telah dapat mengenyangkan kaum Muhajirin dan Ansar. Bahagian makanan itu tidak berkurangan sedikit pun. Betapa hebatnya pengajaran daripada kisah di sebalik perang Ahzab dalam konteks ketaatan kepada kepimpinan.

Artikel iLuvislam.com

Kaedah Komunikasi Yang Positif ISN, 13 JUN 2011 15:53 | MUNA DATO' FADZIL | FIRA FAHMI

Komunikasi sesama kita merupakan salah satu seni pembinaan personaliti. Ia termasuklah komunikasi ringkas dengan kawan-kawan dan rakan sekerja yang biasanya membawa impak yang besar kepada hati insan yang mendengarnya.Fokus artikel kali ini adalah alternatif-alternatif yang berkesan yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi ketika berkomunikasi dengan orang lain. Selalunya apakah antara ayat-ayat yang kita akan gunakan sekiranya kita mahu meminta pertolongan daripada orang lain atau sekiranya kita ingin meminta tolong dia seseorang membuat sesuatu? Kebanyakan dari kita , tanpa disedari, selalu mengucapkan dialog tanpa kita fikir kesannya terhadap orang lain, kerana cara itu sering menjadi tabiat kita dari hari ke hari. Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011) Contoh ayat suruhan: Saya nak awak selesaikan minit mesyuarat semalam. Cara Alternatif: Saya nak minta tolong /perlukan pertolongan awak siapkan minit mesyuarat semalam untuk edaran segera. Di dalam penyataan ini, kita masih menyatakan kita minta dia melakukan sesuatu(dengan nada yang baik dan bersopan) walaubagaimanapun dalam masa yang sama, kita memberitahunya kenapa ia perlu disiapkan atau dilaksanakan. Kebanyakan kita hanya tahu menyuruh orang lain membuat itu dan ini, tapi kita lupa memberitahu mereka kenapa perkara tersebut perlu dilakukan. Ini menyebabkan, orang lain kadang-kadang berada dalam keadaan kabur dan tidak mengerti permintaan kita. Jika kita sebagai ketua didalam sebuah organisasi, tidak salah sekiranya kita menggunakan keduadua frasa di atas, namun frasa yang kedua lebih menampakkan sikap anggun atau berhemahnya kita dalam meminta tolong seseorang melakukan tugas. Tapa disedari kita dapat mendidik orang bawahan kita melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Akhirnya aura berhemah ini akan berkembang di sekeliling kita. Dalam situasi kita menunggu email atau surat daripada seseorang. Kita sering bertanya mereka dengan soalan-soalan sepeti ini: Contoh: Dah hantar ke email ke? / Kenapa tak hantar lagi? Dalam keadaan begini kita meletakkan kesalahan kepada orang lain. Sekiranya benar mereka sudah menghantar email tetapi ada masalah teknikal, pasti mereka tersinggung dengan pertanyaan mengapa dan kenapa. Oleh itu, sebagai alternatif kita boleh cuba bertanya begini: Saya masih belum terima email yang dijanjikan ... ( ayat seterusnya)

Dalam keadaan kedua, kita merujuk kepada masalah kita iaitu dengan memahami dan membuat sangkaan bahawa mungkin dia telah menghantar dan berlakunya masalah teknikal dan bukannya menuduh orang lain walaupun benar dia masih tidak menghantar email itu kepada kita. Dengan cara ini, sekiranya benar dia sudah menghantar email, dia akan memberi respon yang responsif dan bukannya defensif. Namun, sekiranya dia masih belum menghantar email tersebut, dia akan segera melakukannya kerana dia dengan sendirinya menyedari bahawa kelambatan dia telah menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu. Ini merupakan cara teguran yang dapat membina personaliti seseorang dengan lebih baik di dalam komunikasi. Kurangkan bertanya mengapa dan kenapa di dalam komunikasi kecuali kita mahu menghukum seseorang dalam keadaan yang seadilnya, ianya (pernyataan pertama) memang wajar digunakan. Sentiasa berfikir sekiranya mahu berbicara, dan selalu merujuk ayat itu kepada kita sebelum kita melafazkannya. Dengan berlatih, penguasaan komunikasi akan menjadikan kita lebih berhemah.Usahlah kita sering mencari kesalahan orang lain tetapi gunakanlah pendekatanpendekatan positif agar dapat memberikan impak yang lebih baik kepada masyarakat. "Practice makes perfect".

Sumber imej : Google Image -Artikel Iluvislam.com

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! Lagi...

Bukan Senang Menjadi Pemimpin JUM, 04 FEB 2011 15:45 | IQHAMZI

| DORAEMONG13

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah. Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu. Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda. Tetapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tetapi Allah tukar peranan masing-masing. Seolah-olah Allah berkata, "Hai Musa! Engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut." Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut. Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, "Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja." Berjaya tak? Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, "Kalau nak aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita." Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu. Nabi Musa tidak tahan, baginda tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan baginda sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, "Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita." Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya. Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir membunuh seorang budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, baginda bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi baginda diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya. Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah.

Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul. Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat 'ulul azmi' adalah mereka yang paling sabar. Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan. Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sedikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sedikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin. Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat. Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu baginda layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati baginda tidak layak. Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar dikelilingnya, pun tidak dapat gelaran 'Ulul Azmi'. Mengapa? Baginda sujud itu bukan memimpin. Baginda dengan tuhan saja. Dengan tuhan baginda rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah. Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah baginda mendapat darjat 'Ulul Azmi'. Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian. Oleh itu, janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia. - Artikel iluvislam.com

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! Lagi...

Kau...Aku...Pemimpin RAB, 15 DIS 2010 16:22 |

Setiap dari kita merupakan pemimpin. Pimpinan bermula dari tanggungjawab memimpin diri kita sendiri, keluarga, jiran, memimpin ahli masyarakat dan seterusnya memimpin negara. Kita kelak akan disoal dan dipertanggungjawab tentang kepimpinan dan amanah yang kita pikul. Berikut beberapa ciri-ciri pemimpin yang baik sebagai perkongsian. 01.Cinta dan minat sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan. Terapkan cinta, minat dan rasa tanggungjawab terhadap pasukan dan organisasi dalam diri setiap ahli. Berikut Rukun 3T dan Prinsip 3K yang boleh diamalkan. Rukun Usrah 3T : Ta'aruf, Tafahum dan Takaful a. Ta'aruf- Saling kenal mengenal. Berkenalan dalam erti sebenarnya memerlukan masa yang berterusan dan rasa ukhuwah yang tinggi. b. Tafahum- Saling memahami satu sama lain. Ikatan persaudaraan yang terjalin menuntut rasa kesefahaman dalam diri dan rasa tanggungjawab membantu sesama ahli. c. Takaful- Tolong menolong membantu kearah kebaikan dan gerakan dakwah. Prinsip amar makruf dan nahi munkar menjadi pegangan. Prinsip 3K : Kebersamaan, Kesefahaman dan Kebanggaan a. Kebersamaan Wujudkan kebersamaan dan rasa kesatuan dalam pasukan dan ahli kumpulan. Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama untuk ditangani. Wujudkanlah rasa kekitaan. "Kau + Aku = Kita" "Kita hendaklah bersama..", "Program kita menghadapi masalah...".. "Syarikat kita perlu mencapai.." b. Kesefahaman Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing yang menyumbang pencapaian pasukan. Justeru, ahli pasukan perlu saling memahami dan menghargai pendapat serta kebajikan sesama ahli pasukan. c. Kebanggaan "Aku bersyukur dan bangga berada dalam kumpulan/pasukan ini". "Aku bangga Kelantan menang piala Malaysia. Aku bangga jadi anak Kelate" Naikkan semangat ahli pasukan tentang kejayaan-kejayaan terdahulu dan peluang serta potensi pasukan untuk mencapai kejayaan bersama.

02.Tetapkan matlamat bersama dan buat yang terbaik mencapainya bersama-sama dalam satu pasukan. Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa. 03.Sikap yang positif dan sokongan moral yang berterusan. Murah dengan senyuman, meluangkan masa berkongsi dan menyelesaikan masalah ahli pasukan, memberi pujian ikhlas atas usaha dan pencapaian ahli, melazimi ucapan terima kasih, ganjaran seperti belanja makan dan sebagainya. 04.Nilai-nilai yang baik diterapkan dalam kepimpinan. Wujudkan nilai bersama yang menjadi pegangan dan amalan pasukan. Nilai tersebut perlulah sentiasa diulang-ulang atau ditampal, agar menjadi amalan setiap ahli. Contohnya ESQ melandaskan 7 nilai utama : Jujur, Tanggungjawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil dan Prihatin. 05.Mengagihkan tugasan secara jujur dan teratur. Pemimpin sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan untuk berdikari dan membangunkan potensi diri. 06. Kepimpinan melalui teladan. Tingkatkan karisma diri dan bina personaliti diri unggul. Sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan berfikirlah secara matang dalam mengambil setiap keputusan. 07. Sedia bertanggungjawab atas setiap perbuatan atau tindakan ahli pasukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal. 08.Bergaul dengan orang yang berjaya dan bersahabat dengan sahabat yang baik. Pelajari rahsia kejayaan mereka. Sekian, semoga bermanfaat. Wasalam. "Learn to serve. Let go of your ego and offer assistance to others."- Danny and Marie Lena "You cannot control what happens to you, but you can control your attitude toward what happens to you, and in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you." "Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking, and don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it." ~ Steve Jobs - Artikel iluvislam.com Biodata Penulis Mohd Zulfadhli merupakan seorang penulis yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau minat membaca buku pelbagai genre dan akan berkongsi bahan yang dibaca. Merupakan graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains dan kini mengajar sebagai guru di Kelantan.

Rujukan Tambahan : Mengurus Kerja Berpasukan, Ahmad Fadzli Yusof, PTS Publications.

Masalah Komunikasi - Hilang Thiqah Sebagai Punca JUM, 29 OKT 2010 06:40 |

Di dalam organisasi, komunikasi adalah elemen terpenting untuk sebagai asas dalam hubungan antara ketua dan ahli. Arahan dan maklumat diberi adalah dalam bentuk komunikasi.

Kebiasaannya, masalah terjadi apabila arahan ketua sukar diikuti kerana halangan dalam komunikasi.

Apa itu komunikasi? Komunikasi secara umumnya ialah proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada pihak yang lain (penerima).

Menurut Harold D. Lasswell, komunikasi ialah SIAPA mengatakan APA, kepada SIAPA, melalui APA dan untuk APA.

Manakala Everett M. Rogers mentakrifkan komunikasi sebagai satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang ramai.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Memindahkan maklumat. Pembelajaran. Pengaruh. Hiburan. Sosialisasi. KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN

"Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin. Pemimpin akan ditanya mengenai hak rakyat yang dipimpinnya. Isteri menjaga hal rumah tangga akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan menjaga hak majikannya akan ditanya hal yang dipimpinnya. Kemu

sekalian adalah pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) terhadap kepimpinan kamu." - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Masalah yang ditimbulkan ahli, akan menjadi tanggungjawab seorang ketua. Maka, ketua perlu memastikan komunikasi yang berkesan berlaku antara ketua dan ahli supaya masalah tidak timbul dan seterusnya memberi beban kepada ketua.

HALANGAN KOMUNIKASI

Halangan terhadap penghantar (persekitaran, sikap, nilai, harapan). Halangan terhadap pemahaman (bahasa, tahap intelek, persepsi terhadap mesej, panjang komunikasi, kesan terhadap status). Halangan terhadap penerimaan (prejudis konflik antara penerima dan pengirim). Apa yang ingin saya tekankan, ialah berkaitan dengan konflik antara penerima dan pengirim. Hal ini berlaku kebanyakannya adalah kerana hilang rasa percaya dan keyakinan atau thiqah ahli kepada ketua.

Thiqah bermaksud keyakinan seorang ahli terhadap ketua atau pimpinan pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.

Dakwah tidak wujud tanpa qiadah, sejauh mana timbal balik thiqah antara pemimpin dan ahli merupakan kekuatan bagi sesuatu organisasi dan kekemasan strategi bagi mencapai matlamatnya serta mengatasi halangan halangannya.

Firman Allah yang bermaksud :

"Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya" - An-Nisa' : 65

MEWUJUDKAN THIQAH

Untuk membentuk thiqah di kalangan ahli:

Pemimpin perlu mengenali siapakah ahlinya sebelum ini dan mengkaji latar belakangnya. Pemimpin perlu membuat ahli yakin dengan kemampuan dan keikhlasannya. Akhlak pemimpin perlu dijaga sehingga ahli bersedia untuk menerima bahawa segala arahan yang tidak bertentangan dengan syarak yang dikeluarkan oleh pimpinan sebagai suatu keputusan mutlak yang tidak boleh dipertikai, disangsi, diabai dan diperdebatkan, disamping bersedia memberi nasihat dan menyatakan pendapat yang baik. Hujah pemimpin yang baik perlu dalam kemungkinan bahawa pendapat ahli salah dan pendapat pimpinan itu benar, dalam keadaan wujud percanggahan antara arahan pimpinan dan apa yang diketahuinya tentang soal ijtihad yang tidak dinyatakan sebarang nas syarak. MASALAH YANG BERLAKU

Seringkali tercetusnya krisis ketaatan anggota terhadap pimpinan berpunca dari sikap pimpinan yang 'cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap' . Bukankah Allah telah menempelak golongan seperti ini dalam firmannya:

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al- Baqarah : 44

Seterusnya, pemimpin memberi maklumat yang kurang jelas di kalangan ahli untuk memahami sesuatu arahan ataupun terdapat halangan dalam penyampaian mesej tersebut seperti yang telah dinyatakan di atas.

PENUTUP

Sebagai umat Islam, kita seharusnya sedar bahawa setiap diri kita adalah pemimpin. Mahu tidak mahu, kita pasti ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu, tidak kiralah ahli bawahan kita, ahli keluarga kita mahupun rakan-rakan kita atau apapun jua, masing-masing akan punya tanggungjawab.

Jagalah tanggungjawab masing-masing, supaya ia tidak menjadi beban di akhirat kelak.

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! Lagi...

Hormati Perbezaan Pendapat SEL, 12 OKT 2010 05:07 |

Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam pelbagai urusan.

Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.

Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.

Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.

Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat".

Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.

Perumpamaan

Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.

Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.

Itulah kehebatan tuhan.

Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.

Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat, walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan 'rasa betul'.

Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.

Orang-orang cerdik mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil".

Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.

Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.

Begitu juga orang yang belajar.

Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.

Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.

Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.

Sikap kita melambangkan siapa kita.

Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang berfikiran negatif dan selalunya baran.

Orang begini tidak boleh bekerja secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan masalah.

Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.

Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.

What you see is what you get

Cerdik pandai pernah mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".

Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.

Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya masalah itu pasti senyum kembali kepada kita.

Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.

Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita perlu teman untuk memberitahu.

Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.

Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.

Kesimpulan

Jadilah manusia yang cerdik dalam member pendapat dan juga menerima perbezaan pendapat.

Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.

Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.

Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi akhlak mereka.

Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.

Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau.

Ikhtilaf - perbezaan pendapat

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! Lagi...

HALAMAN: KEPIMPINAN 'GROUPTHINK' : SEPAKAT MEMBAWA BERKAT 'Groupthink' : Sepakat Membawa Berkat ISN, 04 JUL 2011 16:21 | FIRA YUSUF | MAWARYANGTINGGI

"Ada sesiapa yang tak setuju dengan cadangan ana?" Sore memancing pendapat. Semua yang hadir nyenyak dalam diam. Mesyuarat sudah hampir dua jam berlangsung.

"Diam tanda setuju, jadi kita proceed dengan agenda yang seterusnya.." sambung Sore.

Dalam diam itu sebenarnya ramai ahli yang tidak bersetuju atau kurang pasti.

Namun demi menjaga keharmonian susana, segala kritik dan saran dilepas buang, yang tinggal hanya pendapat yang terus menjadi usul tanpa tapisan atau kritikan.

'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'

"Buat apa beli susu low fat nih? Susu ni membazir je beli, baik beli susu full fat lepas tu tambah air, jadi la low fat" Nisa memberi cadangan separuh arahan.

"OK, kak" jawab junior-junior serumah tanda hormat pada kakak senior.

Lebih dari itu tidak nampak logiknya pada 'arahan' yang diberi.

'HORMAT YANG TUA, SAYANG YANG MUDA'

*****

YES BOSSS!

Merujuk kedua-dua situasi di atas, baik dalam kehidupan berorganisasi formal mahupun sekadar bertunjangkan kehidupan sehari-hari di rumah, mereka tidak dapat lari daripada diserang penyakit 'Yes BOSSS!' atau dalam bahasa budaya korporatnya GROUPTHINK.

Mengikut seorang sosiologis, beliau mendefinasikan groupthink sebagai;

A mode of thinking that people engage in when they are deeply involved in acohesive in-group, when the members' strivings for unanimity override their motivation to realistically appraise alternative courses of action. William H. Whyte Dalam kes ini, ahli sesebuah organisasi tidak cakna dalam memberikan kritikan membina yang mungkin bertentangan dengan keputusan atau pun arahan di dalam organisasi tersebut menyebabkan kurangnya daya saing serta daya fikir inovatif.

Bilamana penyakit ini menyerang, ahli hanya berfungsi untuk meluluskan segala cadangan dalam mesyuarat, mengiakan perkara-perkara yang tidak seharusnya menjadi ikutan malah lebih teruk lagi jika penyakit ini membarah sehinggakan menjadi punca kepada menyahindividuasikan (deindividuation) peribadi ahli.

MEMUSUHI KRITIKAN

Tatkala kritikan dianggap mengancam keharmonian sesebuah organisasi, kuncup keputusan yang dicapai sebenarnya tidak didasari oleh konsep mesyuarah ataupun syura'.

Binasalah pemimipin yang menganggap dirinya hebat pabila orang bawahannnya sentiasa menantinantikan arahannya tanpa banyak bicara.

Jika dilihat dalam konteks bernegara, konsep groupthink mampu ditegah melalui sistem kerajaan dan pembangkang.

Di sini, peri pentingnya institusi pembangkang menyaingi gerak kerja institusi kerajaan sendiri. Tapi malangnya apabila merujuk kepada keadaan di Malaysia, insitusi pembangkang dihina serta dicerca sehingga dituduh tidak taat kepada negara hanya kerana menentang dasar kerajaan yang jelas tidak memanfaatkan rakyat.

Lebih malang lagi, peluang parti lawan menjadi pembangkang dilepas sia apabila secara rakusnya merampas kekuasaan melalui jalan belakang seperti yang berlaku di Perak.

Jauh sekali dipinggirkan, institusi pembangkang harus diperkukuhkan dengan cara membentuk kabinet bayangan dan berkempen dengan cara memperkenalkan polisi-polisi yang mampu menyaingi pihak kerajaan serta diberi peluang untuk bersuara 'on equal ground'.

DOKTRINASI

Berbalik kepada permasalahan dalam berorganisasi, seringkali sindrom groupthink ini timbul tatkala kita tersilap langkah meyerapkan fikrah dalam wajah doktrinasi ... dan ternyata, dalam proses doktrinasi tersebut bukanlah fikrah yang diterapkan, namun perkara-perkara yang bersifat luaran diberi penekanan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Sindrom itik serati hidup subur dalam kekangan doktrin-doktrin senior. Mahasiswa yang analitikal sifatnya menjadi jumud serta beku pemikiran. Hanya mengikut telunjuk serta kata-kata senior tanpa mampu berfikir sendiri. Jadilah seperti kebanyakkan jemaah pak turut dan minah 'dok' ikut!

Menyedari isu groupthink bukan persoalan siapa betul atau siapa salah namun lebih kepada isu yang memerlukan penyelesaian bersama.

Langkah semudah merangsang pemikiran bedasarkan hujah dan fakta berbanding doktrinasi pemikiran mampu sedikit sebanyak menyuntik nyawa akal ahli-ahli jemaah.

Kegagalan kita untuk mengguna pakai kepelbagaian rencam fikiran dalam kalangan ahli jemaah akan menyebabkan matlamat membentuk muslim profesional tinggal kekal sebagai slogan yang sedap didengar namun mustahil untuk dicapai. Maka...

"Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?" - [al-Baqarah 2: 76]

- Artikel iluvislam.com

Sumber Gambar: Google Images

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! Lagi...