Bab 3-Metodologi Kajian

5
27 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Metodologi merupakan kaedah yang digunakan dalam memperolehi maklumat-maklumat yang bersesuaian serta berkaitan dengan rekabentuk kajian yang dijalankan. Ia bertujuan memudahkan proses pencarian maklumat dan juga memastikan setiap maklumat yang diperolehi berkaitan dengan tajuk inovasi yang dibuat. Kesemua maklumat diperolehi dari pengumpulan data-data, kemudian disusun dan dipilih seterusnya membuat penganalisaan.

Transcript of Bab 3-Metodologi Kajian

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1PENGENALANMetodologi merupakan kaedah yang digunakan dalam memperolehi maklumat-maklumat yang bersesuaian serta berkaitan dengan rekabentuk kajian yang dijalankan. Ia bertujuan memudahkan proses pencarian maklumat dan juga memastikan setiap maklumat yang diperolehi berkaitan dengan tajuk inovasi yang dibuat. Kesemua maklumat diperolehi dari pengumpulan data-data, kemudian disusun dan dipilih seterusnya membuat penganalisaan.

Untuk memperolehi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan rekabentuk kajian serta yang mencapai objektif yang ditetapkan, penyelidikan ini dilaksanakan melalui kaedah seperti dalam Rajah 3.1.

27

Rajah 3.1 : Carta Aliran Rekabentuk Kajian

3.2REKABENTUK ALAT DRAIN CLEANING SCOOPAlat ini direkabentuk berdasarkan lakaran yang telah dibuat untuk memudahkan proses penghasilan serta penggunaanya. Longkang berbentuk V telah dipilih untuk diuji keberkesanan alat yang telah dihasilkan. Komponen-komponen yang diguna pakai untuk menghasilkan alat adalah besi R10, besi R12, besi plate , rantai besi, dan paip G.I ( Galvanized Iron Pipes ) .

Besi R12 dijadikan sebagai pemegang untuk mengangkat alat dan besi R10 pula ditempatkan bahagian belakang alat untuk dijadikan penarik alat. Besi plate digunakan bertujuan untuk menutup bahagian belakang paip G.I dan lubang ditebuk agar pengaliran air keluar. Ia bertujuan supaya sampah sarap dan air terasing. Rantai besi digunakan untuk mengikat alat dan paip G.I pula adalah komponen utama bagi menghasilkan alat ini.

3.3PENGHASILAN ALAT DRAIN CLEANER SCOOPPenghasilan alat pembersihan longkang ini bertujuan untuk memudahkan proses penyelenggaraan longkang dilakukan. Kaedah sedia ada memerlukan lebih ramai tenaga pekerja dan menggunakan masa yang agak lama berbanding dengan penggunaan alat ini.

3.4PENGUJIAN ALATPengujian alat ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan produk yang dihasilkan samaada Drain Cleaner Scoop ini dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Hasil daripada pengujian alat ini boleh merancang sistem masa depan yang lebih berkesan. Pengujian alat ini dilakukan di Pasar Kota Jembal, Kota Bharu, Kelantan pada 23 September 2012.

3.5KAJIAN SOAL SELIDIKSatu senarai soalan disediakan bagi melengkapkan Borang Soal Selidik untuk dijalankan kajian terhadap keberkesanan soal selidik ini. Bilangan Borang Soal Selidik yang diedar adalah sebanyak 10 set. Maklumat atau maklumbalas yang diterima dianalisa dengan menggunakan suatu kaedah analisa yang mudah dengan menggunakan kaedah statistik. Contoh borang soal selidik tersebut adalah di dalam Lampiran A.