Bab 3 Motivasi & Sukan

29
MOTIVASI DAN SUKAN PENSYARAH : EN. KAMALULARIFIN BIN MUHAMED NAMA AHLI : NG KIM MOI NUR ATHIRAH HAZIRAH BT. MOHAMED SUHIMI

description

nn

Transcript of Bab 3 Motivasi & Sukan

Page 1: Bab 3 Motivasi & Sukan

MOTIVASIDAN

SUKANPENSYARAH :

EN. KAMALULARIFIN BIN MUHAMEDNAMA AHLI :NG KIM MOI

NUR ATHIRAH HAZIRAH BT. MOHAMED SUHIMI

Page 2: Bab 3 Motivasi & Sukan

MOTIVASI PENCAPAIAN

DEFINISI:- Wann (1997) pula mendefinisikan motivasi sebagai proses kebangkitan dalam diri invidu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini.

Page 3: Bab 3 Motivasi & Sukan

Dalam konteks sukan, atlet didorong oleh faktor dalaman dan luaran yang mendorong untuk menyertai sesuatu sukan.

Kejayaan dan kegagalan dalam pertandingan mempunyai interpretasi yang berbeza dalam kalangan atlet.

Contoh : kegagalan dianggap berlaku apabila jika hasil persembahan dipengaruhi oleh kualiti personaliti yang lemah seperti tiada atau tidak berbakat.

Page 4: Bab 3 Motivasi & Sukan

3 MODEL MOTIVASI

MODEL MOTIVASI

KEPERLUAN-TUJUAN

MODEL EKSPEKTASI MOTIVASI VROOM

MODEL MOTIVASI PORTER-LAWLER

TIGA MODEL MOTIVASI

Page 5: Bab 3 Motivasi & Sukan

MODEL MOTIVASI KEPERLUAN-TUJUAN

Page 6: Bab 3 Motivasi & Sukan

MODEL EKSPEKTASI MOTIVASI VRO0M

Page 7: Bab 3 Motivasi & Sukan

MODEL MOTIVASI PORTER-LAWLER

Page 8: Bab 3 Motivasi & Sukan

5 PANDUAN UNTUK MEMBINA

MOTIVASI Bina paradigma & prinsip hidup

yang mantap Kenalpasti & tetapkan matlamat

& halatuju hidup Bina pelan tindakan kejayaan diri Sentiasa tingkatkan ilmu

pengetahuan, pengalaman serta pendedahan

Tingkatkan kemahiran diri

Page 9: Bab 3 Motivasi & Sukan

1. BINA PARADIGMA & PRINSIP HIDUP YANG

MANTAP Benteng semangat juang ialah

moto diri atau falsafah hidup seseorang.

Moto atau falsafah hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai asas panduan mencapai kejayaan.

Page 10: Bab 3 Motivasi & Sukan

2. KENALPASTI & TETAPKAN MATLAMAT & HALATUJU

HIDUP Bina matlamat dan hajatuju

kehidupan anda secara bertulis agar anda lebih yakin pada diri anda

Page 11: Bab 3 Motivasi & Sukan

3. BINA PELAN TINDAKAN KEJAYAAN DIRI

Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah membuat pula pelan tindakan kejayaan diri secara bertulis.

Page 12: Bab 3 Motivasi & Sukan

4. SENTIASA TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN, PENGALAMAN SERTA

PENDEDAHAN Dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, bukan sahaja anda akan dapat mengikuti atau mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa, malah anda akan dapat pula menggunakan pengetahuan atau ilmu-ilmu baru itu untuk meningkatkan lagi keupayaan anda menangani cabaran-cabaran semasa.

Page 13: Bab 3 Motivasi & Sukan

5. TINGKATKAN KEMAHIRAN DIRI

Anda akan lebih yakin diri apabila anda mempunyai kemahiran yang tinggi atau secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja.

Page 14: Bab 3 Motivasi & Sukan

TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN

TEORI MOTIVASI

PENCAPAIAN

Model McClelland

dan Atkinson

Teori Self Efficiency

oleh Bandura

Teori Motivasi

Kecekapan Harter

Model Keyakinan

Sukan Spesifik Vealey

Page 15: Bab 3 Motivasi & Sukan

MODEL MCCLELLAND DAN ATKINSON Motivasi terbentuk berdasarkan

motif untuk mencapai kejayaan dan takut kegagalan.

Cox (2007): motif untuk mencapai kejayaan adalah lahir dari motivasi intrinsik atlet sendiri, manakala takut akan kegagalan adalah komponen kebimbangan kognitif yang wujud pada saat-saat sebelum dan semasa bermula perlawanan.

Page 16: Bab 3 Motivasi & Sukan

Oleh itu, faktor agar atlet berjaya adalah:- atlet yang mempunyai motivasi mencapai

kejayaan- Persepsi terhadap kemungkinan berjaya.- Nilai insentif positif dalam kejayaan.

MODEL MCCLELLAND DAN ATKINSON

Page 17: Bab 3 Motivasi & Sukan

TEORI SELF EFFICACY OLEH BANDURA Arkes dan Garsker (1982):

kebanyakan penyelidik melihat pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang membezakan individu yang berpencapaian motivasi tinggi dan rendah.

Bandura:keadaan yang berkaitan dengan keyakinan individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu tugasan dengan berkesan.

Page 18: Bab 3 Motivasi & Sukan

Keyakinan berkemampuan serta kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan jayanya – mempunyai keyakinan diri yang tinggi

Sebagai kayu ukur sama ada menyertai atau menjauhkan diri dari situasi yang berasaskan pencapaian

Semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu dan semakin menurun kebangkitan emosinya.

TEORI SELF EFFICACY OLEH BANDURA

Page 19: Bab 3 Motivasi & Sukan

Perlakuan atau

prestasi yang

berjaya

Pengalaman lalu

Kata-kata semangat

Kebangkitan emosi

Page 20: Bab 3 Motivasi & Sukan

i) PERLAKUAN ATAU PRESTASI YANG BERJAYA Maklumat keupayaan diri dipengaruhi

melalui pengalaman masteri individu dalam bidang yang diceburi

Jika individu melihat pengalamannya sebagai berjaya mencapai tahap masteri maka keupayaan diri akan meningkat.

Dalam konteks sukan dan aktiviti fizikal, perlakuan atau prestasi yang berjaya adalah cara yang paling penting dalam proses meningkatkan self efficacy individu (Shaharudin, 2001)

Page 21: Bab 3 Motivasi & Sukan

Kajian Feltz et.al (1999) :teknik modelling dalam pembelajaran kemahiran yang melibatkan kedua-dua kaedah demonstrasi oleh model hidup dan penglibatan terbimbing oleh atlet, telah menunjukkan hasil tahap pembelajaran masteri yang lebih tinggi berbanding jika pembelajaran dilakukan menggunakan model hidup sahaja atau rakaman video.

Page 22: Bab 3 Motivasi & Sukan

ii) PENGALAMAN LALU

Maklumat tentang keupayaan juga boleh diperoleh melalui proses perbandingan sosial.

Pengaruh terhadap keupayaan boleh ditingkatkan jika perbandingan dibuat dengan individu yang mempunyai kebolehan atau pengalaman yang lebih rendah terhadap situasi yang sama.

Page 23: Bab 3 Motivasi & Sukan

iii) KATA-KATA SEMANGAT

Robert (1992):Maklumat yang berunsurkan pujukan atau dorongan yang meyakinkan boleh diperolehi secara verbal, percakapan kendiri, imageri dan juga strategi kognitif yang lain.

Page 24: Bab 3 Motivasi & Sukan

iv) KEBANGKITAN EMOSI

Boleh beri maklumat mengenai keupyaan seseorang melalui penilaian kognitif yang dilakukan terhadap sesuatu situasi.

Cth: kaitkan kebangkitan fisiologi dengan kebimbangan dan keraguan, atau menjadi psyched-up semasa sedang bersedia untuk menghadapi perlawanan.

Page 25: Bab 3 Motivasi & Sukan

TEORI MOTIVASI KECEKAPAN HARTER

Teori ini menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan aspek kecekapan diri atlet.

Atlet yang merasakan mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi dalam sesuatu tugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soal, manakala individu yang merasakan bahawa tahap kecekapannya masih terlalu awal, atau langsung tidak mempunyai kecekapan , akan menarik diri dari tugasan tersebut.

Page 26: Bab 3 Motivasi & Sukan

Jika atlet berjaya dalam kemahiran yang ditunjukkan, maka motivasi kecekapan akan meningkat , keinginan untuk memahirkan diri dalam kemahiran juga meningkat.

TEORI MOTIVASI KECEKAPAN HARTER

Page 27: Bab 3 Motivasi & Sukan

MODEL KEYAKINAN SUKAN SPESIFIK VEALEY Teori motivasi pencapaian yang

berasaskan konsep keyakinan sukan.

Mencadangkan bahawa atlet yang berjaya dalam sesuatu sukan yang tertentu, akan merasakan keyakinan sukan, dan keyakinan tersebut boleh dibawa kedalam situasi sukan baru yang lain pula.

Page 28: Bab 3 Motivasi & Sukan

Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti sukan maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan keadaan-keadaan berikut:

1. Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu malahan ingin terus belajar.

2. Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian sesuatu program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri.

PENGGUNAAN MOTIVASI PENCAPAIAN & KEGIGIHAN

BERTANDING DALAM LATIHAN

Page 29: Bab 3 Motivasi & Sukan

3. Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu tersebut dan bukannya kepada persaingan.

4. Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri.

5. Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.

PENGGUNAAN MOTIVASI PENCAPAIAN & KEGIGIHAN

BERTANDING DALAM LATIHAN