Bab 3 - Sejarah tingkatan 2
-
Upload
shamsuddin-frans -
Category
Education
-
view
1.014 -
download
3
Transcript of Bab 3 - Sejarah tingkatan 2
Hak cipta: Shamsuddin
Akhir kurun ke-19 merupakan zaman kemunculan imperialis baru.
Wujudnya persaingan Perancis, Jerman, Amerika Syarikat & Rusia untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan.
Kebimbangan ini mendorong British meluaskan pengaruhnya ke NNMU
Bertujuan menghalang Siam menyerahkan atau membenarkanmana-mana kuasa lain bertapak di selatan Siam.
Isi kandungannya;1) Siam tidak akan menyerahkan NNMU kpd kuasa lain tanpa
izin British.2) British mengakui hak Siam ke atas NNMU3) British akan membantu Siam jika diserang musuh
Walau bagaimanapun perjanjian ini gagal kerana sultan-sultan masih menjalin hubungan dengan kuasa lain.
PERJANJIAN SULIT 6 APRIL 1897
Bertujuan menghalang kuasa lain meluaskan pengaruhnya Isi kandungannya;
1) British mengiktiraf NNUM di bawah naungan Siam2) Kerajaan Siam melantik beberapa orang warga British
sebagai penasihat Sultan 3) Kelantan & Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi
kepada kuasa asing
PERJANJIAN PERISYTIHARAN BRITISH-SIAM 1902
Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan NNUM kepada British
Isi kandungannya;
1) Siam menyerahkan NNMU kpd British.
2) Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya
tanpa kebenaran British
3) British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam
( kuasa yang diberikan kepada British untuk mengadili
rakyatnya mengikut perundangan British bukannya Siam)
PERJANJIAN BANGKOK 1909
NEGERI PENASIHAT TINDAKAN
Kedah GeorgeMaxwell
• Menyerapkan sis. Pentdbrn Barat• Menimbulkan konflik dgn
anggota Majlis Mesyuarat Negeri
Perlis KaptenMeadoweFrost
• Mengukuhkan kuasanya dgnmenggubal undang-undang & memperkenalkan jabatan baru, iaitu Jbtn. Hasil & Cukai, Mahk. Tinggi & Mahk. Kadi
• Turut menguasai Jbtn. Kewangan
Kelantan J.S Mason • Menguasai Mahk. Tinggi, Jbtn.Polis & Pjbt Tanah
Terengganu W.L. Conlay & J.L Humphreys
• Peringkat awal hanya berkuasadlm hal ehwal luar
• Namun semasa Humphreys, semua jbtn dikuasai British
Hubungan persahabatan Johor dengan British & kebijaksanaan pemerintah menyebabkan Johor hanya menerima penasihat British pada tahun 1914.
TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM (1825-1862)
Mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri Memajukan ekonomi Johor melalui Sistem Kangcu
(Kemasukan orang Cina dari Singapura utk mengusahakan ladang lada hitam)
SULTAN ABU BAKAR (1862-1895)
Memodenkan pentadbiran Johor (Mahkamah, pos & JKR) Menjaga kebajikan rakyat (Hospital, sekolah & jln raya) Menjamin keamanan (Menubuhkan polis & tentera) Mengadakan Perj. Persahabatan dengan British pada 1885 dan
mengiktiraf Johor sebgi negeri yang bebas & merdeka. Kedudukannya lebih tinggi drp Pesuruhjaya Tinggi British Johor hanya menerima pegawai British bukannya penasihat Mengisytiharkan perlembagaan negeri (Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor.
Strategi British untuk menguasai Johor bermula sejak Perj. Persahabatan 1885, apabila hal ehwal luar Johor diletakkan di bawah kawalan British.
Bagi mengukuhkan pengaruhnya, British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor yang turut dianggotai oleh orang British untuk menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati sultan ttg hal-hal pentadbiran.
Lembaga ini tlh menasihati sultan Johor supaya meminjam 200 ribu dolar untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura.
Naun, Dato’ Abdul Rahman Andak yang menyedari muslihat British tlh mengagalkan rancangan ini supaya tidak membuat pinjaman.
Ini menyebabkan British mencadangkan Dato’ Abdul Rahman dibersarakan dan di hantar ke London.
Akhirnya, Sultan Ibrahim terpaksa meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan pihak British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Pada 1914, Douglas Campbell dilantik sebgi penasihat British.