BAB 3.Menganalsis

16
Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera 1 BAB 3: ANALISIS DAN INTERPRETASI SASTERA Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat: Menjelaskan konsep sastera Menganalisis karya sastera Menganalisis pusi 3.1 Pengenalan 3.2 Konsep Sastera 3.3 Pendekatan Objektif : Menganalisis Karya Sastera KESIMPULAN RINGKASAN RUJUKAN

Transcript of BAB 3.Menganalsis

Page 1: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

1

BAB 3: ANALISIS DAN INTERPRETASI SASTERA

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

Menjelaskan konsep ‘sastera’

Menganalisis karya sastera

Menganalisis pusi

3.1 Pengenalan

3.2 Konsep Sastera

3.3 Pendekatan Objektif : Menganalisis Karya Sastera

KESIMPULAN

RINGKASAN

RUJUKAN

Page 2: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

2

Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa

Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama,

sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek,

rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan, dan citra masyarakat.

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya.

Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan

peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya.

Menurut (Arba’ie : 2008) sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:

S – Seni bahasa yang indah

A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang

S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang

T – Tersurat & tersirat

E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa

R – Realiti kehidupan

A – Alternatif

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan

dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan

keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang

difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah

karya itu hidup dan bertenaga.

Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi

dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan,

amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh

3.2 KONSEP SASTERA

3.1 PENGENALAN

Page 3: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

3

pembaca. (Arba’ie : 2008 : 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu

ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.

Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan

menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka.

(Arba’ie : 2008 : 1) Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan

prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber

asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan

membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti

belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang

dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau

dialami oleh pembaca.

Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan

kekosongan.(Ara’ie : 2008 : 5) Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan

sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam

mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun, tidak semua

lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik

di sebalik kata-kata yang diungkapkan.

Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan

tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu.

Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan yang

dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ianya

merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan

berhemah. (Arba’ie : 2008 : 2).

Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan,

melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya bertepatan

dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia

sejagat. (Arba’ie : 2008 : 3).

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep sastera? Berikan contoh-contoh

yang berkaitan.

Page 4: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

4

Kegiatan menganalisis karya sastera merupakan hal lumrah yang dilakukan sebagai suatu

proses pemaknaan atau pemberian makna terhadap karya sastera dalam bentuk estetik, istilah

lainnya adalah konkretisasi. Pelbagai pendekatan telah ditawarkan, salah satunya ialah

pendekatan objektif iaitu pendekatan yang menitikberatkan pada karya sastera itu sendiri.

Pendekatan ini beranggapan karya sastera sebagai sesuatu yang autonomi. Sebagai struktur

yang autonomi, karya sastera dapat difahami sebagai suatu kesatuan yang bulat dengan

unsur-unsur pembangunannya. Oleh kerana itu, untuk memahami maknanya, karya sastera

harus dianalisis berdasarkan strukturnya yang tersendiri, yakni terlepas daripada perbagai

unsur yang ada di luar struktur kepentingannya.

Pelbagai pandangan mengenai pendekatan karya sastera yang digariskan oleh para pakar

sastera. Menurut Abrams dalam Sarjono (2005 : 62), beliau ada menyatakan bahawa

kepelbagaian teori dapat difahami dan diteliti jika berpangkal pada situasi karya sastera

secara menyeluruh (the total situation of a work of art). Turut dihuraikan oleh Abrams (1979:

3-29), terdapat empat pendekatan dalam menganalisis atau mengkaji karya sastera, iaitu

pendekatan yang menonjolkan kajiannya terhadap peranan pengarang sebagai pencipta karya

sastera pula disebut sebagai pendekatan ekspresif; pendekatan yang lebih menitikberatkan

peranan para pembaca sebagai penyambut atau menghayati sastera iaitu pendekatan

pragmatik; pendekatan yang lebih berorientasikan pada aspek referensi dalam kaitannya

dengan dunia nyata iaitu pendekatan mimetik; sedangkan yang memberi perhatian penuh

pada karya sastera sebagai sesuatu struktur yang autonomi dengan kepaduan intrinsik iaitu

pendekatan objektif.

Keempat-empat pendekatan tersebut mempunyai konsep yang berbeza-beza, akan tetapi

dalam perkembangannya itu ianya saling melengkapi. Maksudnya, tidak ada satu model pun

yang tepat kerana karya sastera sebagai objek kajian hadir sangat berbeza-beza dan

mempunyai tuntutan sendiri-sendiri (Suwondo, 2001 : 53). Selanjutnya, tulisan ini terhad dan

3.3 Pendekatan Objektif : Menganalisis Karya Sastera

Page 5: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

5

hanya membincangkan pendekatan objektif dan bagaimana untuk memohon mereka pada

pembelajaran puisi.

3.3.1 Konsep Dasar Pendekatan Objektif

Pendekatan struktural dipelopori oleh kaum Formalis Russia dan Strukturalisme Prague, yang

mendapat pengaruh langsung dari teori Saussure yang mengubah kajian linguistik dari

pendekatan diakronik ke sinkronik. Kajian linguistik tidak lagi ditekankan pada sejarah

perkembangannya, melainkan pada hubungan antar unsurnya. Masalah unsur dan hubungan

antara unsur merupakan hal yang penting dalam pendekatan ini (Nurgiyantoro, 2000 : 36).

Aliran ini muncul dengan teori strukturalisme yang dikemukakan oleh antropologi Perancis,

iaitu Claudio Levi Strauss. Teori ini dikembangkan dalam linguistik oleh Ferdinand de

Saussure dengan bukunya Cours de Linguistique Generale. (Djojosuroto, 2006 : 33).

Pendekatan Objektif adalah pendekatan yang memberi perhatian penuh pada karya sastera

sebagai struktur yang autonomi, kerana itu tulisan ini terarah kepada menganalisis karya

sastera secara strukturalisme. Sehingga pendekatan strukturalisme juga dinamakan sebagai

pendekatan objektif. Semi (1993 : 67) ada menyebut bahawa pendekatan struktural

dinamakan sebagai pendekatan objektif, pendekatan formal, atau pendekatan analisis.

Strukturalisme berpandangan bahawa untuk menanggapi karya sastera secara objektif

haruslah berdasarkan pemahaman terhadap teks karya sastera itu sendiri. Proses menganalisis

diarahkan pada pemahaman terhadap bahagian-bahagian karya sastera dalam menyokong

keseluruhan, dan sebaliknya bahawa keseluruhan itu sendiri terdiri daripada bahagian-

bahagian tertentu (Sayuti, 2001 : 63). Oleh kerana itu, untuk memahami maknanya, karya

sastera harus dianalisis berdasarkan strukturnya yang tersendiri, yakni lepas dari latar

belakang sejarah, lepas dari diri dan niat penulis, dan lepas pula dari kesannya kepada

pembaca.

Jeans Peaget dalam Suwondo (2001 : 55) ada menjelaskan bahawa di dalam pengertian

struktur terkandung tiga gagasan. Pertama, idea keseluruhan (whoneles), dalam erti bahawa

bahagian-bahagian menyesuaikan diri dengan sejumlah kaedah intrinsik yang menentukan

keseluruhan struktur dan bahagian-bahagiannya. Kedua, gagasan transformasi

Page 6: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

6

(transformation), iaitu struktur itu berkait dengan prosedur transformasi yang terus-menerus

membolehkan pembentukan kata-kata yang baru. Ketiga, gagasan perseorangan (Self

Regulation), iaitu tidak memerlukan hal-hal dari luar dirinya untuk mempertahankan

prosedur transformasinya. Berikutan itu, Aristotle dalam Djojosuroto (2006 : 34) ada

menyebut terdapat empat sifat struktur, iaitu: order (urutan teratur), amplitude (keluasan yang

mencukupi), complexity (masalah yang kompleks), dan unit (kesatuan yang saling berkait).

Selaras dengan konsep asas di atas, Suwondo (2001 : 55) berpendapat memahami sastera

strukturalisme bererti memahami karya sastera dengan menolak campur tangan dari luar. Jadi

memahami karya sastera bererti memahami unsur-unsur yang membina struktur. Dengan

demikian analisis struktur bermaksud memaparkan dengan teliti kaitan unusr-unsur dalam

kesusasteraan sehingga menghasilkan makna secara menyeluruh. Rene Wellek (1958: 24)

menyatakan bahawa analisis sastera harus mementingkan segi asasnya. Senada dengan

pendapat tersebut Culler memandang bahawa karya sastera bersifat autonomi yang maknanya

tidak ditentukan oleh hal di luar karya sastera itu (Culler, 1977 : 127). Istilah lain anti sebab-

musabab dan anti tinjauan sejarah (Djojosuroto, 2006 : 35).

Analisis karya sastera dengan pendekatan strukturalisme mempunyai pelbagai kelebihan,

diantaranya;

Pendekatan struktural memberi peluang untuk melakukan kajian sastera secara lebih

terperinci dan lebih mendalam,

Pendekatan ini cuba melihat sastera sebagai sebuah karya sastera dengan hanya

mempersoalkan apa yang ada di dalam dirinya,

Memberi maklum balas kepada penulis sehingga dapat mendorong penulis untuk

menulis secara lebih berhati-hati dan teliti (Semi, 1993 : 70).

Selain mempunyai beberapa kelebihan, pendekatan ini turut mengandungi pelbagai

kelemahan. Secara terperinci, Teeuw menjelaskan empat kelemahan strukturalisme murni,

yakni:

i. Strukturalisme belum mendedahkan teori sastera yang lengkap;

ii. Karya sastera tidak boleh diteliti secara terasing dan harus difahami dalam suatu

sistem sastera dengan latar belakang sejarahnya;

Page 7: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

7

iii. Adanya unsur objektif dalam karya sastera disangsikan kerana peranan pembaca

cukup dalam turut memberi makna;

iv. Tafsiran puisi yang menitikberatkan autonomi puisi menghilangkan konteks dan

fungsinya sehingga puisi dimenaragadingkan dan kehilangan kaitan sosialnya (Teeuw,

1984 : 176).

Sekaitan dengan itu Scholes dalam Sayuti (2001 : 64) menyatakan bahawa strukturalisme

menghadapi bahaya kerana dua hal , iaitu:

i. Tidak mempunyai kelengkapan sistematik yang justru menjadi tujuan pokoknya,

ii. Menolak makna atau isi karya sastera dalam konteks budaya di seputar sistem sastera.

Hal ini disebabkan kerana analisis struktur itu merupakan kesatuan yang bulat dan utuh, tidak

memerlukan pertolongan dari luar struktur, padahal karya sastera itu tidak terlepas dari situasi

sejarah, dan sosio budaya. Di samping itu, peranan pembaca sebagai pemberi makna karya

sastera tidak boleh diabaikan. Teeuw (1983 : 61) berpendapat bahawa analisis struktur

merupakan tugas keutamaan bagi seorang penyelidik sastera sebelum ia melangkah pada hal-

hal lain. Jadi, untuk memahami karya sastera secara optimum, pemahaman terhadap struktur

merupakan tahap yang sukar dielakkan. Akibat adanya pelbagai kelemahan itulah kemudian

para pengkritik membangunkan model-model pendekatan lain sebagai reaksi strukturalisme

dengan tetap mempertahankan prinsip struktur dan membuang prinsip autonomi yang

dijelaskan dalam strukturalisme murni, seperti semiotik dan dekonstruksi.

Pada intinya, teori strukturalisme beranggapan bahawa karya sastera itu merupakan sebuah

struktur yang unsur-unsurnya saling berkaitan. Sehingga unsur-unsur itu tidak mempunyai

makna dengan sendirinya, maknanya ditentukan oleh saling keterkaitan dengan unsur-unsur

lain sehingga membentuk keseluruhan makna. Adapun tujuannya adalah mendeskripsikan

secermat mungkin keterkaitan semua unsur karya sastera yang secara bersama-sama sehingga

menghasilkan makna karya sastera secara menyeluruh.

Page 8: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

8

3.3.2 Penerapan Pendekatan Objektif

Pendekatan ini lebih banyak digunakan dalam bidang puisi (Jefferson, 1982 : 84). Tulisan ini

bermaksud melaksanakan pendekatan objektif dalam menganalisis puisi. Dalam lingkup puisi,

Pradopo (2000 : 14) menghuraikan bahawa karya sastera itu tidak hanya merupakan satu

sistem norma, melainkan terdiri daripada beberapa strata (lapis) norma. Masing-masing

norma menimbulkan lapis norma di bawahnya. Merujuk pendapat Roman Ingarden, seorang

ahli falsafah Poland, Rene Wellek dalam Pradopo (2000 : 14) menggariskan norma-norma itu,

iaitu;

i. Lapis bunyi (sound stratum), misalnya bunyi suara dalam kata, frasa, dan kalimat,

ii. Lapis maksud (units of meaning), misalnya maksud dalam fonem, suku kata, kata,

frasa, dan ayat,

iii. Lapis objek, misalnya objek-objek yang dikemukakan seperti latar, pelaku, dan dunia

pengarang.

Selanjutnya, Roman Ingarden masih menambah dua norma lagi;

Norma dunia, dan

Norma metafizik.

Waluyo (1987 : 145) menjelaskan, struktur puisi dibina oleh struktur fizikal (kaedah

pengucapan makna) dan struktur batin (makna) puisi. Secara sederhana, penerapan

pendekatan objektif dalam menganilis karya sastera dalam hal ini. Puisi, dapat dirumuskan

sebagai berikut. Pertama, menggambarkan unsur-unsur struktur karya sastera. Kedua,

mengkaji keterkaitan makna antara unusr-unsur yang satu dengan lainnya. Ketiga,

mendeskripsikan fungsi serta hubungan antara unsur (intrinsik) karya yang berkaitan.

Terdapat langkah-langkah mengkaji puisi dilakukan melalui tahap-tahap yang telah

dikemukakan oleh Waluyo (1987 : 146);

i. Menentukan struktur karya sastera,

ii. Menentukan penyair dan kenyataan sejarah,

iii. Mengkaji unsur-unsur, dan

iv. Sintesis dan interpretasi .

Dengan empat tahap tersebut, diharapkan puisi dapat difahami sebagai struktur dan sebagai

suatu kesatuan yang utuh. Selaras dengan itu, Djojosuroto (2006 : 60) mengemukakan

analisis strategi pemahaman puisi.

Page 9: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

9

Strategi tersebut bermula dengan:

Pemahaman makna kata,

Pemahaman baris dan bait, dan

Pemahaman keseluruhan makna.

3.3.3 Analisis Puisi yang dilakukan oleh Waluyo (1987 : 18)

Sajak Hamid Jabbar

AROMA MAUT

Berapa jarak antara hidup dan mati, sayangku

Barangkali satu denyut lepas, o, satu denyut lepas

Tepat saat tak jelas batas-batas, sayangku

Segalanya terhempas, o, segalanya terhempas!

(Laut masih berombak, gelombangnya entah ke mana-mana

Angina masih kembali berhembus, topannya entah ke mana,

Bumi masih beredar, getarnya sampai ke mana?

Semesta masih belantara, sunyi sendiri, ke mana?)

Berapakah jarak antara hidup dan mati, sayangku?

Barangkali hilir mudik di satu titik

Tumpang-tindih merintih dalam satu nadi, sayangku:

Sampai tetes embun pun selesai, tak menitik!

(Gelombang lain datang begitu lain.

Huraikan pendekatan dalam menganalisis atau mengkaji karya sastera

dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan.

Page 10: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

10

Topan lain datang begitu lain.

Getar lain datang begitu lain.

Sunyi lain begitu datang sendiri tak bisa lain!)

(Wajah Kita, 1981; Apresiasi Puisi, 2005)

Puisi di atas menceritakan bahawa jarak antara hidup dan mati dilambangkan dengan

barangkali satu denyut lepas. Penyair membayangkan kematian itu begitu pasti

kedatangannya. Setiap manusia yang hidup di dunia suatu saat akan menghadapi kematian.

Perpaduan bunyi yang terdapat pada larik-larik dalam puisi “Aroma Maut” lebih dominan

memperdengarkan bunyi-bunyi konsonan tak bersuara yang mengesankan bunyi-bunyi

kakafoni, seperti adanya bunyi p, s, t, dan k. Sehingga sebahagian besar bunyi-bunyi yang

terdengar begitu parau dan sangat tidak merdu. Hal ini sangat mendukung tema puisi yang

menggambarkan kematian sebagai suatu yang tidak menyenangkan untuk sebahagian besar

orang yang hidup di dunia.

Begitulah, unsur bunyi muzik dapat memperdalam erti, memperjelas tanggapan, dan

memperdalam perasaan. Menurut Slametmuljana dalam puisi bunyi kata itu, di samping

tugasnya yang pertama sebagai simbol erti dan juga untuk orkestrasi, digunakan juga sebagai

peniru bunyi atau onomatope, lambang suara (klanksymboliek), dan kiasan suara

(klankmetaphoor) (Pradopo, 2007 : 32). Bunyi-bunyi juga mempunyai suatu simbolik

sehingga dengan bunyi-bunyi dapat diciptakan suasana, perasaan, dan kesan tertentu

(Luxemburg, 1992 : 193).

Asosiasi peribadi turut memainkan peranan dalam penafsiran. Sehingga terjadi onomatope

bila suatu bunyi tertentu ditiru, seperti ‘ngiau’, ‘ngeong’, ‘dorr’, ‘crott’, dan lain sebagainya.

Wellek dan Warren (1995 : 200) menyimpulkan bahawa onomatope yakni kelompok kata

yang agak menyimpang dari sistem bunyi bahasa pada umumnya. Onomatope disebut juga

dengan peniruan bunyi. Peniru bunyi dalam puisi kebanyakan hanya memberikan saran

tentang suara sebenarnya. Onomatope menimbulkan tanggapan yang jelas dari kata-kata yang

tidak menunjukkan adanya hubungan dengan hal yang ditunjukkan dalam puisi perlu

diberikan makna yang lebih jelas.

Page 11: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

11

Contoh, seperti peniruan suara tangis manusia yang diasosiasikan menjadi bunyi angin dalam

sajak “Tuhan Telah Menegurmu” karya Apip Mustopa berikut ini.

TUHAN TELAH MENEGURMU

Tuhan telah menegurmu dengan cukup sopan

Lewat perut anak-anak yang kelaparan

Tuhan telah menegurmu dengan cukup sopan

Lewat semayup suara adzan

Tuhan telah menegurmu dengan cukup menahan kesabaran

Lewat gempa bumi yang berguncang

Deru angin yang meraung-raung kencang

Hujan dan banjir yang melintang-pukang.

(Laut Biru Langit Biru, 1977; Apresiasi Puisi, 2005)

Kata

Satuan erti yang membentuk struktur formal lingustik karya sastera adalah kata. Untuk

mencapai nilai seni pada suatu karya sastera itu, maka pengarang akan dapat menggunakan

berbagai cara, terutama alatnya yang terpenting adalah kata. Ini kerana kata dapat

menjelmakan pengalaman jiwa si pengarang dalam karya yang dihasilkannya.

Menurut Aminuddin (1995 : 201) gaya pemilihan kata atau kata-kata dalam karya sastera

merujuk kepada penggunaannya dalam teks sastera untuk menyampaikan gagasan dan nilai

estetika yang tertentu. Jadi, kata memiliki erti dan kesan yang akan ditimbulkannya. Di

antaranya adalah makna denotatif dan konotatif, pemilihan kata (diksi), bahasa kiasan dan

gaya bahasa, citraan, dan hal-hal yang berhubungan dengan struktur kata-kata atau kalimat

puisi, yang semuanya dipergunakan oleh penyair untuk melahirkan pengalaman jiwa dalam

sajak-sajaknya. Kata-kata yang telah digunakan oleh penyair ini disebut kata berjiwa, yang

tidak sama ertinya dengan kata dalam kamus yang harus melalui proses pengolahan. Dalam

kata berjiwa ini sudah dimasukkan perasaan-perasaan penyair, sikapnya terhadap sesuatu.

Kata berjiwa juga sudah diberi suasana tertentu. Kata-kata dalam setiap sajak merupakan

cerminan keperibadian penyair, iaitu suatu bentuk pengekspresiannya yang bersifat pribadi

atau individual.

Page 12: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

12

Penyair mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan pengalaman jiwanya,

misalnya pada sajak Emha Ainun Najib yang berikut ini.

PUTIH, PUTIH, PUTIH

Meratap bagai bayi

Terkapar bagai si tua renta

Di padang Mahsyar

Di padang penantian

Di depan pintu gerbang janji keabadian

Saksikan beribu-ribu jilbab

….

(Lautan Jilbab, 1989; Apresiasi Puisi, 2005)

Untuk menggambarkan penyesalannya penyair menggambarkan dirinya meratap bagai bayi,

dan menunjukkan ketidakberdayaan manusia di hadapan Tuhan, penyair menggunakan kata-

kata: terkapar bagai si tua renta. Rasa tidak berdaya orang yang sudah renta, yang tidak

sanggup mengerjakan segala sesuatunya sendiri tanpa bantuan orang lain, lebih terasa konkret

dari pada kata “lemah”.

Penggunaan kata pada puisi popular juga diupayakan untuk menimbulkan efek tertentu dan

melahirkan pengalaman jiwa penyair dalam sajak-sajaknya. Dalam hal ini ditinjau dari arti

kata yang meliputi pemilihan kata (diksi), denotasi dan konotatif, bahasa kiasan, citraan, serta

hal-hal yang berhubungan dengan struktur kata-kata atau kalimat puisi, yang semuanya

digunakan penyair untuk menggambarkan perasaan dan pengalaman jiwanya dalam tiap

sajaknya. Sama halnya dengan penyair pada umumnya, mereka yang termasuk penulis puisi

populer tentunya mempunyai cara sendiri untuk menyampaikan pengalaman jiwanya.

Pemilihan Kata

Menurut Pradopo (2007 : 54-58) pemilihan kata dalam sajak disebut diksi. Alat untuk

menyampaikan perasaan dan pikiran sasterawan adalah bahasa. Baik tidaknya tergantung

kecakapan sasetrawan dalam menggunakan kata-kata. Kehalusan perasaan sasterawan

menggunakan kata-kata sangat diperlukan. Selain itu, perbezaan erti harus dikuasai

penggunanya. Seorang penyair dapat menggunakan kata-kata yang sudah mati, tetapi harus

dapat menghidupkannya kembali. Oleh itu, penyair sangat cermat dalam memilih kata-kata

Page 13: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

13

Apakah yang dimaksudkan dengan kata dan pemilihan kata. Jelaskan secara

terperinci dengan memberikan contoh yang berkaitan.

J

kerana kata-kata yang ditulis harus dipertimbangkan maknanya, komposisi bunyi dalam rima

dan irama, kedudukan kata itu di tengah konteks kata lainnya, dan kedudukan kata dalam

keseluruhan puisi (Waluyo, 1987 : 72).

Sependapat dengan Aminuddin (1995 : 201) yang menyatakan bahawa gaya pemilihan kata-

kata dalam karya sastera adalah cara penggunaan kata-kata dalam teks sasetra sebagai alat

untuk menyampaikan gagasan dan nilai estetik tertentu. Jadi, pemilihan kata yang tepat harus

dipertimbangkan urutan katanya dari kata-kata tersebut agar makna dalam sebuah puisi,

aspek estetis juga perlu diperhatikan.

Penyair dalam puisinya kadangkala menggunakan kata-kata yang berasal dari bahasa daerah.

Selain itu, penyair juga biasa menggunakan istilah-istilah atau kata-kata dalam bahasa asing

atau perbandingan asing, serta kalimat-kalimat bahasa asing. Penggunaan kata-kata dalam

bahasa asing ini pun harus dapat memberi efek puitis. Dalam hal ini, penyair bermaksud agar

karyanya dapat difahami secara meluas dan memberi kesan kepada dunia. Oleh sebab itu,

penggunaan atau perbandingan itu harus sudah dikenali umum.

Kesimpulan

Proses makna karya sastera dapat difahami dengan menggunakan perbagai pendekatan.

Pendekatan objektif atau struktural merupakan salah satu pendekatan yang dapat digunakan

dalam menganalisis karya sastera. Meskipun analisis sastera dengan menggunakan

pendekatan objektif dalam hal ini analisis strukturalisme mempunyai beberapa kelemahan,

akan tetapi analisis struktural merupakan sesuatu yang harus dilalui, sebagai sebuah tahap

Page 14: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

14

awal dalam proses pemaknaan karya sastera. Ini kerana sebuah karya sastera hanya dapat

difahami dengan menganalisis susunan dan organisasi karya sastera tersebut.

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium

pengantarnya.

Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun

dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan

pengarangnya.

Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga

diiringi dengan unsur akaliah.

Pendekatan Objektif adalah pendekatan yang memberi perhatian penuh pada karya

sastera sebagai struktur yang autonomi, kerana itu tulisan ini terarah kepada

menganalisis karya sastera secara strukturalisme.

Pendekatan struktural dipelopori oleh kaum Formalis Russia dan Strukturalisme

Prague, yang mendapat pengaruh langsung dari teori Saussure yang mengubah kajian

linguistik dari pendekatan diakronik ke sinkronik.

Senada dengan pendapat tersebut Culler memandang bahawa karya sastera bersifat

autonomi yang maknanya tidak ditentukan oleh hal di luar karya sastera itu.

Menurut Slametmuljana dalam puisi bunyi kata itu, di samping tugasnya yang

pertama sebagai simbol erti dan juga untuk orkestrasi, digunakan juga sebagai peniru

bunyi atau onomatope, lambang suara (klanksymboliek), dan kiasan suara.

Satuan erti yang membentuk struktur formal lingustik karya sastera adalah kata.

Menurut Pradopo, pemilihan kata dalam sajak disebut diksi.

Alat untuk menyampaikan perasaan dan pikiran sasterawan adalah bahasa.

Penyair dalam puisinya kadangkala menggunakan kata-kata yang berasal dari bahasa

daerah.

Page 15: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

15

_____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit

Fajar Bakti.

Abrams, M.H. 1979. The Mirror and the lamp : Romantic Theory and the Critical Tradition.

New York : .Oxford University Press.

Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn

Bhd.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Culler, Jonathan. 1977. Structuralis Poetics. London: Methuen & Co.Ltd.

Djojosuroto, Kinayati. 2006. Pengajaran Puisi Analisis dan Pemahaman. Bandung: Nuansa

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifliey Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu Edisi Kedua.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Culler, Jonathan. 1977. Structuralis Poetics. London: Methuen & Co.Ltd.

Djojosuroto, Kinayati. 2006. Pengajaran Puisi Analisis dan Pemahaman. Bandung: Nuansa

Jefferson,Ann. 1982.Structuralism and Pos Structuralism Modern Literary Theory : A

Page 16: BAB 3.Menganalsis

Bab 3: Analisis dan Interpretasi Sastera

16

Comparative Introduction. London:Bats ford academic and Educational Ltd.

Pradopo, Rachmat Djoko dkk. 2001. Metodologi Penelitian Sastra. Yogyakarta : Hanindita

Graha Widya.

Pradopo, Rachmat Djoko. 2000. Pengkajian Puisi. Yogyakarta :Gadjah Mada University

Press.

Pradotokusumo, Partini Sardjono. 2005. Pengkajian Sastra.Jakarta : Gramedia Pustaka

Utama.

Wellek, Rene. 1990. Teori Kesusastraan. Jakarta: Gramedia.