Bab 3:Perniagaan dalam negeri

75
BAB 3: PERNIAGAAN DALAM NEGERI

description

Nota mengenai tajuk perniagaan dalam negeri direka khusus buat anak didik saya iaitu pelajar 4 TM.Namun begitu saya sedia berkongsi dengan sesiapa yang berminat

Transcript of Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Page 1: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

BAB 3: PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Page 2: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

MAKSUD PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan yang dijalankan antara penduduk di sesebuah negara Contoh: Kedai runcit, kedai kasut, kedai buku dan lain –lain lagi

Page 3: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Perniagaan dalam negeri dibahagikan kepada :

Perniagaan Borong

• Bentuk perniagaan berskala besar

• Membeli secara pukal daripada pengeluar

• Menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada peruncit

Perniagaan Runcit

• Terdiri daripada peniaga runcit kecil-kecilan dan perniagaan runcit besar –besaran

• Peniaga runcit kecil-kecilan membeli dalam kuantiti kecil daripada pemborong dan menjual barang dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir

• Perniagaan runcit besar-besaran akan membeli secara pukal daripada pengeluar

Page 4: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

SALURAN AGIHAN

PENGGUNA

EJEN PERUNCIT

PEMBORONG

PENGELUAR

Page 5: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

JENIS SALURAN AGIHAN

Pengeluar

Pemborong

Peruncit

Pengguna

CONTOH: Nelayan jual kepada pemborong ikanPemborong ikan jual kepada peniaga ikanPeniaga ikan jual kepada pengguna untuk di masak

Page 6: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

PENGELUAR EJEN PERUNCIT PENGGUNA

CONTOH: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)menerbitkan buku Ejen pemasaran memasarkan buku terbitan DBP kepada kedai bukuKedai buku menjual buku keluarab DBP

Pembeli membeli buku DBP daripada kedai buku

Page 7: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

PENGELUAR

PEMBORONG

PENGG

UNAContoh: Kilang batu bata mengeluarkan batu bata untuk pasaran tempatan

Kedai batu Hock Chuan Seng membeli batu bata daripada kilang untuk dijual kepada kontraktor rumah Kontraktor Hasan membeli batu bata daripada kedai bagi membuat

rumahnya.

Page 8: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

PENGELUAR

PERUNCIT

PENGGUNA

Contoh: Pengeluar makanan menjual hasil keluaran kepada pasaraya besar seperti giant

Pasaraya giant menjual produk makanan yang dibeli daripada pengeluar Pengguna membeli produk makanan di Giant

Page 9: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

PENGELUAR

EJEN

PENGGUNA

Contoh: Penjual insurans melantik beberapa ejen untuk menjual insurans Ejen insurans akan menjual insurans kepada pembeli berpotensi

Page 10: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

PENGELUAR

PENGGUNA

Biasanya melibatkan perkhidmatan seperti Doktor, tukang jahit. Peguam dan sebagainya

Page 11: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

PERNIAGAAN RUNCIT

Sesebuah perniagaan yang menjual pelbagai barang kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna tersebut.

Page 12: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

FUNGSI PERUNCIT DALAM SALURAN AGIHAN

Memberi khidmat nasihat

dan menyampaikan

maklumat

Menyedia kemudahan

kredit

Mendirikan premis

perniagaan berhampiran

pelanggan

Mengurus stok

Menjual pelbagai jenis

barang

Memecahkan Pukal

Perkhidmatan selepas jualan

Melakukan kerja-kerja

akhir

Mengagihkan barang-barang

Page 13: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

JENIS-JENIS PERNIAGAAN RUNCIT• A) Peruncit kecil-kecilan

Peruncit tanpa kedai Peruncit berkedai

Penjaja

Kedai am.Contohnya kedai

runcit

Pengerai

Kedai khusus.Contohnya

kedai buku

Page 14: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Ciri perniagaan runcit kecil-kecilan

Pemilikan Mudah dibentuk

Mudah diurus

Modal yang kecil

Kos Overhed rendah

Perkhidmatan selepas jualan

Layanan peribadi

Lokasi perniag

aan

Page 15: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan perniagaan runcit kecil-kecilan

KELEBIHAN

a) Mudah dibentuk kerana modal

yang kecil dan prosedur yang

kurang perlu dipatuhi

b) Mudah diurus kerana saiz

perniagaan yang kecil

c) Lokasi yang berdekatan dengan

pengguna

d) Menyediakan kemudahan kredit

kepada pelanggan setia

KEKURANGANa)Modal yang kecil menghadkan perkembangan perniagaanb)Peniaga kurang modal untuk melakukan promosi jualan untuk menarik minat pelangganc)Tanggungan kerja yang berat dan liabiliti yang tidak terhadd)Tidak memperolehi diskaun tunai kerana tidak membeli secara pukal.

Page 16: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

b) Peruncit besar-besaran

Kedai sejajara)mempunyai sepuluh atau lebih cawangan diseluruh negarab) Contoh: Anakku, Bata

Pasaraya besara) Sebuah

bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung

b) Contoh: pasaray a Cowboy, Tunas Manja

Gedung aneka jabatan

a) Perniagaan rUncit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkatb) Contohnya The Store

Pasarayaa)Perniagaan runcit yang menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbungb)Contohnya Pasaraya Giant

Koperasi runcit

a) Syarikat berhad ditubuhkan mengikut ordinan koperasi Malaysia

b) Contoh: Koperasi guru, Koperasi Polis

Page 17: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan kedai jaras

Kelebihan Kekurangan

1. Urusniaga dijalankan secara tunai atau kad kredit

1.Kesukaran mengawal keran cawangan terletak dimerata tempat

2. Membolehkan pengkhususan pembahagian kerja dilaksanakan

2. Kos pengangkutan dan kendalian yang tinggi

3.Menikmati diskaun niaga yang tinggi 3.Pilihan pengguna adalah terhad

4. Menjimatkan kos kerana overhed boleh dikongsi oleh semua cawangan lain

4. Melibatkan modal yang besar

5.Membolehkan mobiliti kakitangan dari satu cawangan ke cawangan lain.

5.Keputusan hanya boleh dibuat oleh ibu pejabat

Page 18: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan Pasar Raya Besar

Kelebihan Kekurangan

1. Kos sewa rendah dan bilangan kakitangan kurang

1. Margin keuntungan adalah rendah kerana harga barang yang dijual murah

2.Kadar perolehan yang besar kerana pelanggan membeli barang secara mingguan

2. Kedudukan pinggir bandar menyukarkan pelanggan tidk berkenderaan mengunjunginya

3.Kadar pusingan stok dan pengaliran tunai yang tinggi

3.Perlu menjual barang dalam volum yang besar untuk membiyai kos operasi yang tinggi

4.Menyediakan pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung

Page 19: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan pasarayaPengguna Peniaga

1.Menjimatkan masa dan kos kerana barang keperluan berada di bawah satu bumbung

1.Menikmati pengkhususan dan pembahagian kerja mengikut seksyen

2.Bebas memilih pelbagai jenis dan jenama barangan

2.Menjimatkan kos pengurusan sistem layan diri

3. Harga berrpatutan dan lebih murah terutama semasa musim jualan murah

3.Penggunaan iklan dapat menarik pelanggan dan melariskan jualan

4.Terdapat kemudahan seperti tandas , surau, troli dan lain-lain

4.Tiada risiko hutang lapok kerana urusniaga dijalankan secara tunai atau kad kredit.

5. Suasana membeli-belah yang selesa

Page 20: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kekurangan pasarayaPengguna Peniaga

1.Lokasi pasaraya yang jauh dari tempat tinggal menyebabkan pembaziran dari segi kos dan masa

1.Melibatkan modal yang besar

2.Harga barang adalah tetap dan tidak boleh tawar menawar

2. Prosedur penubuhan yang rumit

3.Tidak menyediakan perkhidmatan selepas jualan

3.Risiko kecurian dan kerosakan barang yang tinggi kesan amalan layan diri dan peragaan terbuka

4. Barang makanan segar yang tidak tahan lama

Page 21: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan gedung aneka jabatanPelanggan Peniaga

1.Menjimatkan masa dan tenaga kerana segala barang keperluan terdapat dalam satu bangunan

1.Pembelian secara pukal memberikan diskaun niaga yang tinggi dan dapat menawarkan harga barangan yang murah kepada pelanggan

2.Terdapat kemudahan untuk keselesaan pengguna seperti tandas, surau, pawagam, mesin ATM dan sebagainya

2. Pentadbiran menjadi cekap kerana pengkhususan dan pembahagian kerja dapat diamalkan

3. Semua barangan diletakkan tanda harga bagi mengelakkan pelanggan tertipu

3.Risiko kerugian dapat dikawal kerana terdapat banyak jabatan

4.Jualan secara tunai dapat mengelakkan masalah hutang lapuk5. Menjimatkan kos promosi kerana dengan satu iklan dapat meliputi semua jabatan

Page 22: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kekurangan gedung aneka jabatanPelanggan Peniaga

1. Tiada layanan peribadi kerana mengamalkan layan diri

1. Menanggung kos overhed yang tinggi bagi membiyai sewa bangunan , perhiasan kedai dan lain-lain

2. Tidak boleh membeli barang secara kredit

2. Modal yang besar dan prosedur rumit bagi menubuhkan perniagaan

3. Tiada tawar menawar kerana harga barang adalah tetap

3. Saiz perniagaan yang besar menyukarkan urusan kawalan dan pengurusan

4. Lokasi di pusat bandar menyukarkan pelanggan yang berada di luar kawasan bandar

4.Risiko kecurian dan kerosakan barang tinggi kerana peragaan secara terbuka.

Page 23: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Bentuk lain

peruncitan

Mesin Peruncitan automatik

Contoh: Mesin menjual air &

mesin peruncitan tiket komuter

Pesanan MelMenjual barang melalui pos atau

perkhidmatan kurier.Contoh: Buku

Readers Digest. Majalah dan sebagainya

FrancaisIndividu atau

syarikat diberi hak untuk menjual barang syarikat

IndukContoh: 7 Eleven,

KFC dan sebaginya

Jualan LangsungMenjual barang

terus kepada pengguna melalui jurujual atau ejen

dari pintu ke pintu

Contoh : Avon, Amway dan lain-

lain

E-DagangPerniagaan yang

dijalankan sepenuhnya melalui

talian internetContoh:

www.cari.com.my

Kedai katalogMempromosikan

barang atau perkhidmatan

melalui katalog .Contoh

Katalog cat.

Televisyen InteraktifTV1 menggabungkan

fungsi televesyen dengan komputer peribadi secara

interaktifContoh program smart

shop

Page 24: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan mesin peruncitan automatik- Peniaga

Kelebihan Kekurangan

1.Perkhidmatan operasi 24 jam dan dapat beroperasi tanpa pengawasan

1.Kos pemasangan dan pemeliharaan mesin adalah mahal

2.Menjimatkan kos upah pekerja kerana mengamalkan khidmat layan diri

2. Muatan mesinlah terhad ad

3. Memperluaskan saiz pasaran dan meningkatkan jualan kerana mesin mudah diletakkan di tempat yang strategik

3. Barangan dan saiz yang dijual menggunakan mesin adalah terhad kepada barangan tertentu sahaja

4. Kos pengurusan rendah kerana tidak perlu menyewa premis untuk berniaga

4.Keselamatan dan risiko kerosakan tinggi kerana terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab

Page 25: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan mesin peruncitan automatik- Pengguna

Kelebihan Kekurangan

1. Memudahkan kerana menawarkan perkhidmatan 24 jam

2. Pilihan terhad kerana barangan terhad kepada barangan yang ditawarkan oleh mesin sahaja

2.Tiada caj tambahan serta harga yang tetap dan saksama

2.Barangan yang rosak tidak boleh ditukar atau dikembalikan

3. Cara pembelian mudah dan bebas daripada gangguan jurujual

3.Pembayaran terhad kepada wang syiling dan wang kertas sahaja.

4. Menjimatkan kos, masa dan tenaga kerana tidak perlu mengunjungi kedai untuk membeli barang

Page 26: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan FrancaisKelebihan Kekurangan

1.Francaisor berpeluang mengembangkan perniagaan

1. Francaisi perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor.

2.Risiko kegagalan rendah kerana mendapat sokongan pengurusan dan kewangan daripada francaisor

2.Francaisi terikat dengan perjanjian francais dan bergantung kepada francaisor

3.Francaisor menaggung sebahagian kos overhed seperti promosi,latihan staf dan iklan

3. Francaisi sukar mengembangkan perniagaan –tiada inovasi dan inisiatif sendiri

Page 27: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan jualan langsung

Kelebihan Kekurangan

1. Penjual dapat menjual terus dengan pembeli sasarannya

2. Liputan pasarannya dapat dikembangkan ke kawasan pedalaman

3. Penjual tidak perlu memiliki premis perniagaan yang besar.

4. Sesuai untuk produk yang memerlukan khidmat nasihat, tunjuk ajar cara penggunaan dan perkhidmatan selepas jualan

1.Pembeli dikenakan bayaran yang lebih bagi menaggung kos atas khidmat ejen jualan2.Barang-barang tertentu sahaja sesuai dijual melalui kaedah ini3.Penjual memerlukan modal yang besar4. Penjual membiayai kos overhed yang tinggi seperti kos latihan ejen, kos cetakan katalog dan lain-lain.

Page 28: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan E- dagangPeniaga Pelanggan

1.Kos operasi murah disebabkan peniaga hanya melakukan urusniaga secara atas talian dan tidak melibatkan penyewaan bangunan dan upah pekerja

1.Pilihan pelanggan adalah pelbagai disebabkan dapat menembusi pasaran global.

2.Liputan jualan adalah luas dan besar-besaran meliputi pengguna internet di seluruh dunia

2.Menikmati barang berkualiti tinggi pada harga yang lebih murah

3. Sistem pembayaran secara prabayar dapat mengelakkan daripada hutang lapuk

3. Dapat membeli-belah dengan selesa dari rumah atau pejabat.

4.Menjimatkan kos pentadbiran . 4. Memperoleh maklumat yang releven terperinci dan terkemas kini dengan segera

5. Meminimumkan belanja memproses , mengagih dan mengiklankan maklumat berasaskan kertas

5.Memupuk amalan pegangan tunai yang minimum di kalangan pengguna kerana urusan pembayaran menggunakan kad kredit

Page 29: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kekurangan e-dagangPeniaga Pelanggan

1.Menghadapi persaingan sengit daripada laman web lain

1.Membeli secara prabayar tanpa melihat barang sebenar boleh mendedahkan pengguna kepada penipuan

2.Perang harga sering berlaku dan akhirnya merugikan peniaga

2.Undang-undang siber tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada pembeli

3.Kos membangunkan laman web agak mahal

3. Kaedah bayaran melalui kad kredit mungkin mengakibatkan kebocoran no poin dan boleh dicuri pakai oleh pihak lain

4. Laman web boleh dicerobohi , dirosakan atau ditiru oleh penceroboh internet

4.Terpengaruh dengan tawaran yang terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran

5. Proses globalisasi pasaran akan lebih menguntungkan peniaga di negara maju berbanding peniaga di negara kurang maju

Page 30: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan Televisyen InteraktifPeniaga Pelanggan

1.Tidak memerlukan lokasi yang strategik.Hanya memerlukan gudang dan talian telefon

1.Dapat membeli-belah di samping menonton televisyen di rumah

2.Kos pengurusan rendah kerana tidak perlu menyewa atau menghias kedai

2. Boleh membuat pesanan serta merta dengan menelefon terus kepada peniaga

3.Dapat menunjukkan cara penggunaan barang secara terus kepada pengguna

3. Boleh mengambil masa untuk membuat pertimbangan dan pilihan

4.Reaksi penonton boleh dijadikan maklumbalas untuk memperbaiki produk pada masa hadapan

4.Menjimatkan masa, kos dan tenaga

5.Kesan audio visual lebih meyakinkan pelanggan untuk membeli

5. Dapat mengetahui cara penggunaan barang atau produk di kaca televisyen sebelum membeli

Page 31: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kekurangan Televisyen InteraktifPeniaga Pelanggan

1.Kos pengambaran produk sangat mahal

1.Terdedah kepada unsur penipuan kerana membeli tanpa melihat barang

2.Kos siaran melalui televisyen lebih mahal berbanding media lain

2.Barang yang dihantar tidak seperti yang disiarkan.

3.Peniaga terpaksa memilih waktu siaran yang kurang mahal untuk menjimatkan kos

3.Urusniaga mengambil masa panjang terutama dalam proses penghantaran barang

4.Siaran iklan perlu kerap diulangi untuk mendapatkan reaksi penonton

Page 32: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan kedai katalog

Kelebihan Kekurangan

1.Liputan lebih luas kerana boleh menggunakan katalog bercetak yang diposkan atau diedarkan kepada pelanggan atau melalui katalog internet.

1.Harga barang lebih mahal kerana telah mengambil kira faedah yang dikenakan mengikut skim bayaran ansuran.

2. Tawaran skim bayaran ansuran yang fleksibel

2.Kos promosi yang tinggi bagi cetakan dan edaran katalog supaya maklumat perlu sentiasa dikemaskini mengikuti aktiviti promosi yang dijalankan

3.Peniaga menikmati margin keuntungan yang tinggi kerana mengambil kira kadar faedah yang dikenakan kepada pelanggan

3.Hanya sesuai untuk jenis perniagaan tertentu seperti baju, cat dan sebagainya.Tidak sesuai bagi barangan yang cepat rosak.

4. Perkhidmatan selepas jualan disediakan

5.Kaedah promosinya lebih menarik dan berkesan

Page 33: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Perniagaan Borong

• Aktiviti membeli stok secara pukal daripada pengeluar dan kemudian memecahkan pukal sebelum menjual kepada pelbagai peruncit

Beli daripada pengeluar Jual kepada peruncitMemecah pukal

Page 34: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Fungsi pemborong

Fungsi pemborong kepada pengeluara) Membeli secara pukal dan

memecah pukalb) Mengurangkan kos

pergudanganc) Mengurangkan kos

pengangkutand) Pengendalian pasarane) Memberi maklumat pasaran

Fungsi pemborong kepada peruncit

a) Membekalkan beraneka jenis barang

b) Memberi kemudahan kreditc) Menghantar barang kepada

peruncitd) Menyimpan stok yang mencukupie) Memberi mmaklumat dan nasihat

Page 35: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

• Fungsi pemborong kepada pengguna

a) Menstabilkan harga barangb) Menyediakan bekalan yang

berterusanc) Menyampaikan maklumatd) Memecah pukale) Mempelbagaikan pilihan

Page 36: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Jenis PemborongPEMBORONG

Pemborong Saudagar Ejen

Pemborong berfungsi

penuh

Pemborong berfungsi

terhad

Ejen Pengeluar Ejen Penjual Broker

a) Pemborong Amb) Pemborong Khususc) Pemborong Satu

Barisan

a) Pemborong Pesanan Melb) Pemborong Pesanan Berwakilc) Pemborong Perkhidmatan Pengangkutand) Pemborong Bayar dan Bawae) Pemborong Jober Para

Page 37: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

• Pemborong Saudagar

• Pemborong saudagar dikategorikan kepada:a) Pemborong Berfungsi Penuh:Berperanan memecah pukal, memberikan bantuan

kewangan,menyediakan kemudahan pegudangan dan pegangkutan, menyampaikan maklumat pasaran, melakukan promosi dan membeli dan menjual barang.Terdapat tiga kumpulan utama pemborong berfungsi penuh.

I. Pemborong Am: Menjual pelbagai jenis barang yang mungkin tidak ada kaitan antara satu sama lain.Contohnya pemborong menjual barang keperluan harian seperti gula dan alatan pertukangan juga.

II. Pemborong Khusus: Menjual satu jenis barang sahaja .Contohnya pemborong baju kemeja menjual pelbagai jenama baju kemeja seperti Crocodile, Durban, Orlando dan sebagainya

III. Pemborong satu barisan: Membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis dan berkaitan antara satu sama lain.Contohnya menjual barang basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya

Pemborong Saudagar ialah pemborong yang membeli pelbagai jenis barang daripada pengeluar atau pengeluar dan menjual kepada peruncit.Mempunyai hak milik ke atas barang yang dibeli dan menaggung risiko pada kerugian.

Page 38: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

b) Pemborong Berfungsi terhad: Menjalankan beberapa sahaja fungsi pemborong untuk mengurangkan kos pengendalian.Terdapat lima jenis pemborong berfungsi terhad:

I. Pemborong pesanan mel: Menjalankan urus niaga melalui pos.Pemborong pesanan menghantar borang pesanan bersama katalog menerusi pos.Pelanggan akan membuat pesanan dan bayaran dan pemborong akan menghantar barangan melalui pos juga.Contoh barang yang sesuai ialah kosmetik, buku, majalah dan barang biasanya bersaiz kecil, ringan dan tidak mudah rosak

II. Pemborong pesanan berwakil: Menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar.Pemborong bertindak sebagai wakil pengeluar dan tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang dijual dan tidak perlu menyediakan kemudahan pergudangan.Antara barang yang sesuai dijual ialah bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan sebagainya.

III. Pemborong perkhidmatan pengangkutan: Menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori, lori kontena dan treler bagi mengangkut barang berkuantiti besar bagi pihak pengeluar.Contohnya Kontena nasional, Neplina dan lain-lain

IV. Pemborong bayar dan bawa: Menjual barang pada harga yang murah dan secara tunai.Pelruncit datang membeli di premis dan mengangkut sendiri barang yang dibeli itu sendiri.Contohnya Giant, Carrefour dan Mydin.

V. Pemborong jober para: Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit dan bertanggungjawab memperagakan barang secara rapi dan kemas di atas- rak-rak.Contoh barangan seperti roti, aiskrim dan surat khabar

Page 39: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

• Ejen

• Ejen dikategorikan kepada:a) Ejen pengeluar :Wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang

menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain.Ejen pengeluar bertanggungjawab mengedarkan barabg-barang ke kawasan baru yang belum diterokai.Contoh ejen seperti Proton Edar yang memasarkan kereta buatan proton.

b) Ejen Penjual: Memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran.Ejen penjual akan merancang pemasaran, menetapkan harga dan membuat promosi.Pengeluar memberi komisen kepada ejen berdasarkan perkhidmatan yang disediakan.

c) Broker: Pihak yang menemukan penjual dengan pembeli.Pengeluar melantik broker untuk mengendalikan urusan jual beli namun broker tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan.Broker tidak berkongsi untung tetapi diberikan komisen.Contoh : Broker tanah dan broker saham

Orang tengah yang dilantik oleh prinsipal untuk menjual barang pada pihaknya.Ejen tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang dijual dan tidak menaggung sebarang risiko kerugian.Tingkat harga jualan adalah ditentukan oleh prinsipal.

Page 40: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Pengambilalihan fungsi pemborong

Faktor membolehkan pengambilalihan fungsi

pemborong

Kemunculan perniagaan runcit besar-besaran seperti Tunas manja,

pasaraya borong sakan

Bentuk lain peruncitan seperti belian secara internet dan mesin

peruncitan automatik

Penubuhan kedai jaras

sepert BATA

Perlantikan ejen oleh pengeluar seperti barang komputer dan

elektrik

Barang yang dipesan khas oleh pengguna sepertti

perabot dan pakaian

Penubuhan agensi pemasaran kerajaan

seperti FAMA dan BERNAS

Page 41: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Dokumen Perniagaan dalam negeri

• 1.Peringkat sebelum urusniaga a) Surat tanya:surat dihantar pembeli kepada penjual untuk mendapatkan maklumat tentang barang dan syarat pembelian

Page 42: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

b) Surat jawapan: surat yang dihantar oleh penjual kepada pembeli bagi menjawab pertanyaan bakal pelanggannya.

c) Sebut harga/ senarai harga dan katalog: Menunjukkan harga barangan yang diminta oleh pembeli beserta maklumat tambahan seperti syarat –syarat serta cara pembayaran.

Page 43: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Syarat serahan-terdiri daripada syarat masa serahan dan syarat bayaran

angkutan

• a) Syarat masa serahan adalah keterangan penjual berkaitan masa dan tarikh barang diserahkan kepada pembeli.

Syarat masa serahan

Maksud

Serahan sedia Barang dihantar kepada pembeli sebaik sahaja pesanan diterima

Serahan segera Barang dihantar kepada pembeli dalam masa dua atau tiga hari selepas pesanan diterima

Serahan hadapan atau serahan tertunda

Barang dihantar kepada pembeli pada suatu tarikh akan datang

Page 44: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

b) Syarat bayaran angkutan adalah menerangkan pihak yang bertanggungjawab membayar kos pengangkutan

Syarat bayaran angkutan Maksud

Angkutan dibayar/Ang. dibayar Penjual telah mengambil kira kos angkutan dalam harga barang.Pembeli tidak perlu membayar kos angkutan barang yang dipesan.

Angkutan hadapan/Ang.Had Penjual tidak memasukkan kos angkutan dalam harga barang.Pembeli dikehendaki membayar kos angkutan

Percuma ke atas kapal/P ke D.K Penjual telah membayar semua kos memuatkan barang ke dalam kapal.Pembeli hanya dikehendaki membayar kos insurans dan tambang kapal.

Percuma ke atas gerabak/P ke D.G Penjual telah membayar semua perbelanjaan angkutan barang sehingga ke dalam gerabak kereta api di bandar penjual.Kos membawa barang perniagaan ke premis dari stesen kereta api perlu dibayar oleh pembeli

Kos Insurans dan tambang/K.I.T Penjual telah memasukkan kos insurans dan tambang ke kedai pembeli ke dalam harga barang

Page 45: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Syarat Pembayaran: Cara pembeli menjelaskan hutang atau bayaran.Syarat pembayaran terbahagi kepada:

Syarat Pembayaran Maksud

Bayaran waktu terima /B.W.T Pembeli perlu membuat bayaran semasa menerima barang.

Tunai waktu pesan/T.W.P Pembeli perlu membuat bayaran semasa membuat pesanan barang

Tunai segera atau Bayaran segera Pembeli perlu membuat bayaran dalam tempoh dua atau tiga hari selepas menerima barang.

Penerimaan dalam tempoh tertentu Pembeli boleh membeli barang pada harga yang dinyatakan dalam sebut harga untuk suatu tempoh tertentu sahaja.Selepas tamat tempoh, harga dan syarat lain dikenakan

Dengan akaun yang disahkan atau diakui sahaja

Penjual hanya memberikan kredit kepada pelanggan tetapnya dan pembeli yang mempunyai rekod kredit yang baik

Page 46: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Syarat Diskaun• Diskaun tunai: potongan daripada amaun bersih yang diberi oleh penjual

kepada pembeli kerana menjelaskan hutangnya dalam tempoh yang ditetapkan atau membeli secara tunai

Contoh Pengiraan: En. Ali telah membeli gula pasir bernilai RM 4000 daripada Pemborong

Maju pada 8 Januari 2010.Pemborong telah memberikan diskaun tunai 3%, 5 hari dan 5%, 8 hari.Kira jumlah perlu dibayar sekiranya En. Ali menjelaskan bayaran p ada 16hb Januari 2010

Harga invois = RM 4OOO(-) Diskaun tunai (RM 4000X 8/100) = RM 320Jumlah perlu dibayar = RM 3 680

Page 47: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

• Diskaun niaga: potongan harga daripada harga asal dalam sebut harga atau senarai harga.Ia diberikan kepada peniaga yang membeli dalam kuantiti yang banyak atau secara pukal

Contoh Pengiraan: En. Lawi telah membeli stok perabot bernilai RM 80 000 daripada

kilang perabot YZ.Syarikat YZ telah menawarkan diskaun niaga sebanyak 15%.Kira jumlah perlu dibayar sekiranya oleh En. Law.

Harga invois = RM 80 000(-) Diskaun tunai (RM 80 000 X 15%) = RM12 000Jumlah perlu dibayar = RM 68 000

Page 48: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

2. Peringkat semasa urusniaga

• a) Borang pesanan- Dokumen yang digunakan oleh pembeli untuk memesan barang daripada penjual.

Page 49: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

2. Nota makluman- dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memaklumkan barang yang dipesan telah dihantar.

Page 50: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

3.Nota Serahan-dokumen yang dikirimkan oleh penjual bersama-sama barang yang dipesan oleh pembeli .Pembeli dikehendaki menandatangani ketiga-tiga salinan yang disediakan dan menyimpan salinan asal.Tujuan nota serahan ialah

Page 51: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

3.Nota kiriman-dikenali juga sebagai nota konsainan.Digunakan jika penjual menggunakan perkhidmatan pengangkutan swasta bagi tujuan penghantaran barang kepada pembeli.Nota kiriman ini dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan kepada penjual dan disediakan dalam 3 salinan.Satu salinan disimpan oleh penjual sebagai bukti penghantaran.Pembeli menandatangani kedua-dua salinan sebagai bukti penerimaan.

Page 52: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

2. Invois proforma –mengandungi butiran tentang harga,kuantiti dan jenis barang serta jumlah bayaran.Proforma invois digunakan untuk:a) Menuntut bayarn secara sopan daripad pembeli sebelum menghantar barangb)Menggantikan sebutharga untuk sementara waktuc) Bagi barang yang diuji dahulu sebelum dibeli.d) Dalam perniagaan antarabangsa bertujuan memberitahu pengimport tentang anggaran harga untuk dipesan

Page 53: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

2. Invois –dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli dalam urusniaga secara kredit.Dokumen ini menyenaraikan harga semua barang yang telah dibeli oleh pembeli dan jumlah hutang yang perlu dijelaskan.

Page 54: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

3.Nota Debit- dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memaklumkan akaunnya telah didebitkan dan memberitahu bahawa dia perlu membuat bayaran tambahan.Keadaan yang memerlukan penjual mengirimkan nota debit:a) Pembeli dikenakan bayaran pengangkutanb) Barang yang dihantar kepada pembeli tidak dicatatkan dalam invoisc) Pembeli gagal memulangkan bekas kosong yang belum dikenakan bayarane) Bayaran serahan atau cukai jualan tertinggal dalam invoisf) Harga dalam invois kurang daripada yang dicatatkan dalam senarai harga

Page 55: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

3.Nota kredit- dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memaklumkan akaunnya telah dikreditkan dan memberitahu bahawa jumlah bayaran telah berkurang.Keadaan yang memerlukan penjual mengirimkan nota kredit kepada penjual:a) Pembeli memulangkan barang yang rosak, pecah, salah saiz dan lain-lainb) Pembeli memulangkan bekas kosong yang sudah dikenakan bayaranc) Pembeli diberikan komisen atau diskaun kerana membeli dengan kuantiti yang banyak.d) Harga dalam invois lebih tinggi daripada yang dicatatkan daripada harga sebenar

Page 56: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Penyata akaun-salinan akaun pembeli atau penghutang di dalam lejar penjual.

Peringkat selepas urusniaga

• Tujuannyaa) Meminta peruncit(pembeli) menjelaskan hutangnya secara

sopan.b) Memaklumkan segala kesilapan atau ketertinggalan dan

pembetulan yang dibuatc)Membolehkan peruncit(pembeli) menyemak dan

membandingkan maklumat dalam penyata akaun dengan akaunya sendiri

Page 57: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Peringkat selepas urusniaga• Resit- dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli sebagai pengakuan bahawa

penjual telah menerima pembayaran dan pembeli telah membuat pembayaran.

• Tujuannyaa) Meminta peruncit(pembeli) menjelaskan hutangnya secara

sopan.b) Memaklumkan segala kesilapan atau ketertinggalan dan

pembetulan yang dibuatc)Membolehkan peruncit(pembeli) menyemak dan

membandingkan maklumat dalam penyata akaun dengan akaunya sendiri

Page 58: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kaedah Jualan

• a.Jualan Tunai

Aktiviti menjual barang yang dibayar secara tunai.Peniaga akan menerima wang daripada pembeli dengan serta merta pada masa barang diserahkan.Tunai terdiri daripada tunai, cek,draf bank, kad kredit dan kiriman wang.

Page 59: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan jualan tunaiPenjual Pembeli

1. Peniaga mendapat pulangan segera daripada pelaburan yang dibuat

1.Pembeli dapat terus menggunakan barang setelah menjelaskan bayaran

2.Peniaga dapat mengelak daripada mengalami risiko hutang lapuk

2.Pembeli dapat membeli barang dengan harga yang lebih rendah

3.Peniaga dapat menjual dengan harga yang lebih rendah atau boleh memberi diskaun niaga yang lebih tinggi kepada pelanggannya

3.Pembeli dapat memupuksifat berjimat- cermat kerana membeli mengikut kemampuan sahaja.

Page 60: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kekurangan jualan tunaiPenjual Pembeli

1. Peniaga mungkin kehilangan pendapatan daripada faedah yang diperolehi daripada jualan kredit

1.Pembeli tidak dapat membeli barang yang bernilai tinggi kerana harga yang mahal dan terpaksa membayar sekaligus

2.Peniaga sukar menjual barang yang bernilai tinggi kerana pembeli tidak mampu membayar secara tunai.

2.Pembeli terpaksa mengumpulkan wang untuk satu tempoh tertentu sebelum dapat memiliki sesuatu barang

Page 61: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kaedah Jualan

• b.Jualan KreditAktiviti menjual barang secara hutang.Pembeli membeli barang dahulu dan membayar kemudian.Pembeli membayar hutangnya sekaligus atau secara ansuran. Terdapat dua jenis jualan kredit iaitu sewa beli dan bayaran tertunda

Page 62: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Sewa Beli

• Kaedah membeli barang dan membayar secara ansuran

• Pembeli dianggap penyewa sehingga semua ansuran dibayar.Hak milik barang adalah kepunyaan pemberi sewa.

• Pembeli perlu membayar wang pendahuluan dan dibenarkan menggunakan barang setelah menandatangani perjanjian sewa beli.

Page 63: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan sewa beli kepada penjual

Kelebihan Kekurangan

1. Meningkatkan jualan khasnya barangan mewah seperti kereta,

1.Memerlukan modal besar untuk pembiyaan sewa beli

2.Keuntungannya meningkat hasil pertambahan nilai jualan dan hasil daripada faedah yang dikenakan

2.Menaggung hutang lapuk sekiranya pelanggan gagal membayar

3.Dapat mewujudkan kesetiaan pelanggan dengan pemberian kredit secara mingguan atau bulanan

3.Kos pengurusan yang tinggi kerana perlu mengemas kini rekod penghutang dan dokumen yang berkaitan

4.Barng boleh ditarik balik jika ansuran tidak dijelaskan

4.Prosess undang-undang yang rumit semasa menuntung hutang

Page 64: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan sewa beli kepada pembeli

Kelebihan Kekurangan

1. Taraf hidup meningkat kerana dapat menggunakan barang mewah dan mahal

1.Terpaksa membayar harga yang lebih tinggi kerana dikenakan faedah

2.Perjanjian sewa beli memaksa pembeli untuk berjimat-cermat dan merancang kewangan

2.Menggalakkan tabiat membeli secara berlebihan

3.Boleh menggunakan barang tersebut untuk menghasilkan pendapatan walaupun harga belum dijelaskan sepenuhnya seperti kereta dan jentera

3. Menaggung kos dokumentasi kredit seperti surat perjanjian dan

4.Menaggung kerugian sekiranya barang ditarik balik

Page 65: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Bayaran tertunda

• Pembeli dikehendaki membayar ansuran pertama(deposit) sebelum membawa balik barang

• Barang menjadi hak milik pembeli sebaik sahaja bayaran pertama dibuat walaupun bayaran penuh belum dijelaskan

• Penjual boleh mendakwa pembeli di mahkamah untuk menuntut baki yang belum dijelaskan

• Sesuai bagi barangan murah seperti barang elektrik dan perabot.

Page 66: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan bayaran tertunda kepada penjual

Kelebihan kekurangan

1.Meningkatkan jualan barang tertentu seperti perabot dan alat elektrik

1.Memerlukan modal besar untuk pembiyaan bayaran tertunda

2.Keuntungan meningkat hasil pertambahan nilai jualan

2.Menaggung hutang lapok sekiranya pelanggan gagal membayar kerana barangan yang dijual tidak boleh ditarik balik

3.Memperoleh pendapatan tambahan daripada faedah yang dikenakan

3.Kos pengurusan yang tinggi kerana perlu mengemas kini rekod penghutang dan dokumen yang berkaitan

4.Dapat mewujudkan kesetiaan pelanggan dengan pemberian kredit secara mingguan atau bulanan

4.Proses undang-undang yang rumit semasa menuntut hutang

Page 67: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan bayaran tertunda kepada pembeli

Kelebihan Kekurangan

1.Dapat menggunakan barang dengan membayar sedikit wang pendahuluan sahaja

2.Terpaksa membayar harga lebih tinggi kerana dikenakan faedah

2.Meninggikan taraf hidup kerana dapat menikmati barang mahal dan berkualiti

2. Menggalakkan tabiat membeli secara berlebihan

3. Menjalani kehidupan lebih selesa dengan pelbagai jenis barang

3.Menaggung kos dokumentasi kredit seperti surat perjanjian dan setem

4.Mengalami kerugian jika barang ditarik balik oleh penjual

Page 68: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Perbezaan antara bayaran tertunda dengan sewa beli

Bayaran Tertunda Sewa Beli

1.Lebih sesuai bagi barangan yang nilai jualan semulanya murah

1.Sesuai bagi barang yang mahal dan nilai jualan semulanya tinggi

2.Membolehkan barang menjadi milik pembeli sebaik sahaja bayaran deposit dibayar

2.Memberi hak milikan barang kepada pembeli setelah kesemua ansuran dijelaskan

3.Barangan yang dijual tidak boleh ditarik balik sekiranya pembeli gagal menjelaskan baki ansuran tetapi pembeli boleh didakwa di mahkamah

3. Barang yang dijual secara sewa beli boleh ditarik balik jika pembeli gagal membayar baki ansuran

Page 69: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kaedah Jualan

• c) Jualan prabayar

Membayar harga sesuatu barang terlebih dahulu sebelum barang atau perkhidmatan diterima atau digunakan.Contohnya seperti kad tambah nilai, kad ‘Touch n go’.

Page 70: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan jualan prabayar kepada penjual

Kelebihan Kekurangan

1.Risiko hutang lapok dapat dielakkan kerana pembeli membuat bayaran sebelum menggunakan barangan

1.Memerlukan modal besar kerana menggunakan teknologi tinggi

2.Aliran tunai dapat diperoleh dengan cepat daripada pelaburan yang dibuat

2.Menghadapi kerumitan penyelenggaraan kerana kaedah jualan ini baru dan berasaskan teknologi tinggi

3.Menghadapi risiko penipuan atau pemalsuan kad prabayar

Page 71: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan jualan prabayar kepada pembeli

Kelebihan Kekurangan

1.Menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu lama untuk menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan

1.Pengguna terpaksa menjelaskan keseluruhan harga barang sebelum menggunakannya

2.Menjimatkan kos tambang jika pembeli membeli menerusi televisyen atau internet

2.Golongan berpendapatan rendah tidak berpeluang menggunakan barang yang tidak disediakan

3.Pengguna tidak dapat memeriksa kualiti barang yang dibeli atau digunakan

Page 72: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kaedah Jualan

• d)Jualan konsainanKonsainor (pembekal) menghantar barang kepada konsaini (pembeli) untuk dijual dengan syarat barang yang tidak habis dijual akan dipulangkan segera.Konsaini akan menjual barang menggunakan namanya sendiri .Kutipan jualan akan diserahkan kepada konsainor selepas ditolak komisen yang dijanjikan dan belanja jualan

Page 73: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan jualan konsinan kepada konsainor

Kelebihan Kekurangan

1.Keuntungan meningkat kerana pemasaran lebih berkesan dengan pelantikan ejen

1.Terlalu bergantung kepada ejen untuk membuat pemasaran

2.Dapat menumpukan masa untuk merancang,mengurus dan menjalankan penyelidikan

2.Semakin tinggi jualan, semakin tinggi komisen perlu dibayar

3.Meluaskan pasaran dengan melantik ejen di luar kawasan

3.Sukar mengawal ejen yang terlalu ramai

Page 74: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Kelebihan dan kekurangan jualan konsainan kepada konsaini

Kelebihan Kekurangan

1.Menerima komisen 1.Perlu jualan yang besar jika mahu komisen yang tinggi

2.Tidak perlu mengeluarkan kos barang 2.Tidak bebas untuk meletakkan harga barang dan tidak dapat mengurus jualan barang mengikut kehendak sendiri kerana terikat dengan syarat yang ditetaplakn oleh konsainor

3.Boleh memulangkan barang yang tidak habis dijual

4.Dapat mempelbagaikan barang niaga tanpa meningkatkan kos

Page 75: Bab 3:Perniagaan dalam negeri

Faktor pemilihan kaedah jualan

Jenis Barang Aliran tunai

Peraturan dan undang-undang

Saiz pasaran Kemudahan pembayaran

Kemampuan pembeli

Persaingan