Bab 4- Rangkaian Sosial
-
Upload
zulliana-hazmi -
Category
Documents
-
view
281 -
download
3
Transcript of Bab 4- Rangkaian Sosial
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
1/23
BAB 4
RANGKAIAN SOSIAL
4.1 PENGENALAN
Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada
pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi
kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan
aktiviti orang lain. Selain dari itu, ianya juga ditakrifkan sebagai sebagai sebuah kumpulan
individu bersama kumpulan tertentu, sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan.
Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai
cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video,
perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Di antara
perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah Facebook, Twitter,
MySpace, Bebo, Facebook dan Friendster. Walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana
terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian secara online adalah yang
paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang sangat
aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan.
Bartlett-Bragg (2006) mendefinisikan rangkaian sosial sebagai ruang lingkup applikasi
yang meluaskan kumpulan interaksi dan berkongsi ruang untuk berkolaborasi, hubungan sosial
dan mengumpul pertukaran maklumat dalam persekitaran berasaskan web. Definisi ini memberi
kefahaman tentang reka bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
alatan dan aktiviti yang tersedia melalui rangkaian sosial. Boyd dan Ellison (2007) pula
mendefinasikan rangkaian sosial sebagai perkhidmatan berasaskan web yang membenarkan
individu-individu untuk membina profil umum atau separa-umum dalam sistem terbatas disamping menyatakan senarai pengguna lain dengan orang yang mereka berkongsi suatu
hubungan, dan melihat dan menjelajah senarai hubungan mereka dan yang dibuat oleh orang
lain dalam sistem.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
2/23
31
Terdapat banyak produk yang diklasifikasikan sebagai alatan rangkaian sosial. Jenis produk
yang digunakan oleh pendidik dapat dikategorikan mengikut aktiviti produk berkaitan. Alatan
rangkaian sosial adalah bersifat baca/tulis, yang memberikan perkhidmatan interaktif kepada
pengguna dalam talian. Oleh itu, pengguna boleh mengawal data dan maklumat sendiri
(Maloney, 2007). Teknologi ini menjadikan perkongsian isi kandungan dalam kalangan
pengguna dan peserta menjadi lebih mudah berbanding masa dulu dan mengubah cara
dokumen dicipta, digunakan, dikongsi dan disebarkan. Alatan rangkaian sosial juga dilihat
mempunyai peranan penting untuk mengubah proses pengajaran dan pembelajaran (Alexander
& Levine, 2008). Alatan rangkaian sosial yang memberi perkhidmatan khusus dalam pendidikan
termasuklah blog, mikroblog, wiki, social bookmarking, perkongsian media dan laman rangkaian
sosial.
Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan
kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada
pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara
individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Pengetahuan yang
dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan
penambahbaikan berterusan bersama-sama para penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras
tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi danpenerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson et. al, 2009).
Penggunaan Media sosial dalam pembelajaran adalah konsep yang mengunakan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan
pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies(ICT)
yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian
mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Dalam konteks
dunia hari ini teknologi maklumat konvensional seperti akhbar, televisyen dan radio telah
menjadi agen utama kepada perhubungan dan penyebaran berita masayarakat. Namun dengan
perkembangan arus globalisasi dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sekitar tahun 1960-
an, jaringan internet mula menjadi media alternatif menggantikan yang arus perdana seperti
televisyen dan radio. Internet atau lebih spesifik dikenali sebagai World Wide Web(www) yang
ditawarkan melalui komputer telah membawa implikasi yang besar dalam perkembangan dunia
komunikasi malah diklasifikasi sebagai media sosial yang pantas berkembang (Nur Azween
Zakaria & Nidzam Sulaiman, 2008).
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
3/23
32
Penggunaan komputer dan internet mula bertapak di arena pendidikan dengan
memperkenalkan alat pandang dengar, radio pendidikan dan TV pendidikan. Alat pandang
dengar mula diperkenalkan pada tahun 1949. Tujuannya ialah untuk pembinaan dan penerbitan
bahan bantuan mengajar, membekalkan maklumat dan lain-lain. Namun begitu radio
pendidikan lebih awal mempeloporinya iaitu pada tahun 1946 di bawah Jabatan Penyiaran,
Kementerian Penerangan. Pada tahun 1972 Kementerian Pendidikan telah mengadakan stesyen
atau siaran televisyen pendidikan bagi tujuan memodenkan pengajaran sehinggalah
penggunaan komputer dan internet diperluaskan pada tahun awal 1990-an (V. Pang, 1992 ).
Teknologi komunikasi dan maklumat dianggap sebagai media sosial yang menyalurkan serta
menyediakan pelbagai maklumat kepada massa. Menurut Shaikh Mohd Saifudden (2002),
teknologi yang dikenali sebagai ICT ini sebenarnya adalah rangkuman dua kompenen teknologi
iaitu teknologi maklumatdan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat merujuk kepada
kaedah untuk menyimpan, memproses dan menganalisis data sehingga menjadi maklumat
yang berguna. Manakala teknologi komunikasi pula ialah sebagai kaedah untuk menyampaikan
data dan maklumat dari seseorang kepada seseorang yang lain dan dari satu tempat ke tempat
yang lain. Oleh itu, jelaslah berdasarkan huraian ini ICT adalah teknologi yang
memberi kemudahan kepada pengguna untuk berkomunikasi dan memperolehi
maklumat.Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagaiaplikasi berasaskan Internet.
Media sosial ini bukan hanya perpustakaan maklumatuntuk memudahkan pengedaran
maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu. Media ini juga merupakan alat
yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Tambahan pula, dengan teknologi Web 2.0, bentuk
penggunaan Internet telah berubah dan banyak yang boleh dilakukan dengan media sosial ini
(Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, 2010). Ini secara tidak langsung menunjukkan media
sosial sekarang lebih bersikap mudah untuk menggunakannya atau mesra pelanggan. Secara
tidak langsung, perkembangan ini berjaya menarik lebih ramai pengguna mengaplikasikannya.
Oleh sebab itu Levinson (2009) menyebutnya sebagai new new medialebih sosial daripada
media sosial yang menunjukkan perbezaan berbanding media sosial klasik seperti e-mel dan
laman web. Media ini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban dan
berasaskan teks, tetapi kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk
menyampaikan kandungan media dan menyediakan kemudahan interaksi antara pembaca
dengan penulis.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
4/23
33
Data daripada Internet World Statatistic (www.internetworldstats.com) menunjukkan
jumlah pengguna media sosial ini meningkat saban tahun. Antara tahun 2000 hingga 2009,
statistik menunjukkan peningkatan pengguna Internet di seluruh dunia 339.3% dan 42.4%
pengguna Internet adalah dari Asia. Malaysia tergolong dalam Top 10 di Asia dengan 16.9 juta
pengguna pada tahun 2009. Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati
laman web yang berpengkalan di U.S), terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati
oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Untuk pemerhatian ini, penulis hanya paparkan
10 laman web teratas sahaja :
Ranking Senarai Laman Web
1 facebook.com
2 google.com.my
3 yahoo.com
4 google.com
5 youtube.com
6 blogger.com
7 live.com
8 wikipedia.org
9 msn.com
10 myspace.com
Jadual 1 : Paparan 10 laman web teratas yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna
Internet di Malaysia
Berdasarkan kepada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa pengguna-pengguna
internet di Malaysia lebih cenderung melayari laman-laman web yang berunsurkan media
sosial. Perkara ini lebih jelas lagi apabila statistik dari laman web
socialbakers.commelaporkan, jumlah pengguna laman sosial facebook di Malaysia kini
melebihi 12 juta orang. Jumlah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Menurut Kajian Norizan et al (2010) penggunaan laman sosial facebook menjadi
semakin popular di Malaysia sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Ini kerana,
kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband, Streamyx, P1 Wimax dan Unifi
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
5/23
34
semakin meluas dikalangan masyarakat telah berkembang kepada peningkatan pengguna di
negara ini.
Jesteru pihak sekolah melalui para pendidik harus memanfaatkan peluang ini dengan
mempelbagaikan bahan-bahan ilmiah dalam media sosial agar dapat dimanfaatkan oleh
pengguna bagi tujuan pembelajaran. Para pendidik juga harus memanfaatkan ruang-ruang
perbincangan dalam media sosial supaya dapat digunakan sebagai kaedah P&P bersama
dengan pelajar. Perkara ini disokong oleh Wan Zah Wan Ali (2009) dengan menyatakan bahawa
dalam perkembangan ICT masa kini, tidak dapat dinafikan komputer dan internet mempunyai
kesan yang besar kepada sesebuah negara. Perkembangan yang berlaku ini tidak harus disia-
siakan oleh guru dan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka
seterusnya mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi menarik minat pelajar terhadap
Pendidikan.
Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara manusia bekerja. Ia juga
dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi
untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Becker (1991)
menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk
mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran danpembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan,
mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis
dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah
mendapatkan maklumat. Menurut Ab. Halim et al. (2006), sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang diintergrasi dengan penggunaan komputer membolehkan pelajar
menggunakan pengkalan atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesaian kepada
pelbagai masalah. Data dapat di manipulasi dengan mudah, diuji daripada beberapa perspektif,
membuat tekaan serta mengujinya. Keupayaan multimedia membolehkan pelajar menerokai
idea mereka dengan menggabungkan grafik, animasi, video dan bunyi dalam dokumen mereka.
Menurut Ab. Halim et al. (2006) lagi, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik,
bermakna dan menyeronokkan jika guru menggunakan media Melalui teknologi terkini, pelbagai
laman web tempatan yang dibangunkan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
6/23
35
4.2 CARA BERKESAN PENGGUNAAN RANGAKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH
Cara yang paling berkesan adalah untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan
menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja pendidik supaya menjadi lebih mudah dan
berkesan. Secara tidak langsung, produktiviti dapat dipertingkatkan serta pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Komputer juga mampu melakukan banyak perkara
di luar kemampuan manusia (Musa Muhamad. 2001). Kehadiran teknologi multimedia dan
internet adalah anugerah istimewa kepada dunia Pendidikan. Aktiviti pendidikan menjadi lebih
berkembang, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi seumpama ini. Keupayaan
menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidaklagi melalui perantaraan antara guru dan pelajarnya sahaja, malah boleh dilakukan dengan
menggunakan komputer dan bilik-bilik kelas bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu,
sebaliknya boleh dilakukan menerusi alam maya. Hal ini kerana, masyarakat sekarang banyak
bergantung kepada alat-alat elektronik dalam kehidupan mereka.
Penggunaan komputer dan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran juga
memberi satu suasana yang fleksibel. Pelajar boleh berhubung dengan guru dan rakan dalam
bentuk serentak (synchronous) dan tertangguh (asynchronous) melalui ruangan perbualan
(chat) atau surat eletronik (e-mail). Ini bermakna pelajar mempunyai ruang untuk
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Perbincangan secara maya membantu
pelajar bertukar-tukar pendapat dengan selesa tanpa kekangan masa dan ruang. Pangkalan
data di dalam komputer boleh menyimpan pelbagai maklumat yang mudah untuk dicapai oleh
para pelajar pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah (Jamaludin, 2005).
Terdapat beberapa kelebihan penggunaan media sosial dalam pembelajaran antaranya
menjadikan pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja.
Pelajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum-forum
perbincangan, email, facebook dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga mudah menghubungi
rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi
secara online terutamanya melalui forum perbincangan dalam facebook dan email group. Selain
itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-
sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan
kemudahan web. Menurut Muhammad Haron Husaini et al. (2010) penggunaan teknologi
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
7/23
36
menjana minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar
yang mempunyai kelemahan dalam aspek pelajaran yang tertentu.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakan media sosial adalah konsep yang
mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu
perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication
Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat
penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi.
Perkara Ini disokong oleh (Abdul Razak Abdul Mutalib & Ezry Fahmy Eddy Yusuf, 2009) yang
menyatakan bahawa Media massa bentuk baru ini telah diiktiraf sebagai salah satu medium
untuk menyampaikan maklumat pada masa terkini. Gambaran maklumat dan informasi yang
dipaparkan berupaya mempengaruhi minda, pemikiran dan seterusnya kepada tindakan
tertentu. Dalam dunia pendidikan semua ahli akademik mesti menguasai teknologi maklumat
terkini dan para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Robiah & Nor Sakinah (2007) berpendapat perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Hal ini
memberikan pendedahan kepada guru tentang proses pembelajaran dan pengajaran
menggunakan teknologi masa kini khususnya media sosial yang seringkali menjadi media yang
popular generasi masa kini.Sidek Ab Aziz (2009) menjelaskan e-pembelajaran juga didefinasikan sebagai
penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapat menukar cara seseorang
memperolehi kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang baru dan ia juga dapat
dikatakan sebagai integrasi teknologi maklumat kedalam sistem pembelajaran yang dapat
digunakan tanpa terhad kepada faktor tempat dan masa. Pengajaran berasaskan laman web
merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai potensi untuk menghasilkan
pengajaran yang lebih bermakna.Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak
yang berlainan berbanding pengajaran konvensional dan penggunaannya melalui laman web
yang berkaitan dengan maklumat topik akan memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat
rujukan tanpa mengira masa dan waktu. Lambakan maklumat yang terdapat didalam internet
boleh dimanafaatkan oleh guru dan pelajar dalam kebijaksanaan memilih bahan-bahan yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (Md Yusuff Daud et al,2006).
Kaedah pembelajaran dengan mengaplikasikan media sosial membolehkan pelajar
mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
8/23
37
mudah. Nota atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh
melalui Web dan media sosial di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa
serta dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dlam ingatan. Ini kerana
pengunaan media sosial dan pelbagai media yang dinamik membolehkan sesorang memahami
sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima
ke ingatan untuk jangka masa yang panjang. Kajian saintifik membuktikan proses ingatan yang
berlaku dalam otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai
pengukuhan dengan mengunakan pelbagai jenis media seperti audio,grafik terutamanya laman
web sebagaimana dinyatakan oleh Latifah Sidek et al.(2010).
Penggunaan aplikasi Internet memberikan wadah baru atau inovasi baru kepada guru
untuk menarik minat pelajar membaca dan mengumpulkan maklumat. Berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Descy (1998), terdapat empat kelebihan penggunaan laman web dalam
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran:
i. Penghantaran maklumat menjadi mudah dan membolehkan pelajar yang
memerlukan maklumat menyalin dan menyimpannya.
ii. Bahan yang ditawarkan melalui laman web mudah untuk dikemaskini
berdasarkan perkembangan semasa.
iii. Bahan yang diberi kepada para pelajar mudah untuk dikawal melalui kata laluantertentu.
iv. Perisian yang menggunakan laman web tidak memerlukan platform yang khusus.
Pengguna boleh menggunakan komputer biasa berdasarkan aplikasi windows.
Antara kelebihan penggunaan media sosial untuk pembelajaran kepada pelajar adalah seperti
berikut :
i. Menggalakkan pembelajaran secara bebas dan aktif serta meningkatkan
tanggungjawab kendiri di kalangan pelajar.
ii. Pelajar dapat mengakses internet atau media sosial tanpa mengira masa dan
tempat.
iii. Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menggetahui maklumat secara lebih
mendalam dan tidak hanya terikat kepada kurikulum sahaja.
iv. Dapat memperkembangkan gaya pembelajaran aras tinggi.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
9/23
38
v. Pelajar dapat mencari pelbagai sumber maklumat tanpa batasan dengan
tempoh waktu yang singkat.
vi. Dapat mempertingkatkan keyakinan, kefahaman serta kemahiran analitikal
dikalangan pelajar.
vii. Dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan pelajar supaya berlumba-lumba
mencari maklumat sebanyak mungkin.
viii. Pelajar dapat menghubungi guru atau rakan sekelas mereka serta
membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online
terutamanya melalui forum perbincangan.
Bagi menjayakan penggunaan ICT dan aplikasi media sosial dalam bidang pendidikan,
penglibatan semua pihak dari pihak pentadbiran atasan hinggalah peringkat bawahan perlu
memainkan peranan serta haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi
halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam
bidang pendidikan. Sekarang sudah tiba masanya guru menggunakan kemudahan internet yang
ada di sekolah atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Janganlah kita
membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata.
Pembelajaran di sekolah menggunakan media sosial amat sesuai dengan paradigmakonstruktif. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran
berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Maka tidak boleh disangkal
lagi penggunaan media sosial adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim
digunakan.
4.3 GARIS PANDUAN BAGI MEWUJUDKAN RANGAKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH.
Media sosial adalah suatu medium komunikasi yang sangat pantas untuk masyarakat masa kini.
Ia menjadi sebati dengan kehidupan kita seperti udara yang kita sedut atau dengan kata lain
menjadi suatu keperluan yang penting dalam masyarakat kita. Malah ada sekolah yang telah
mengambil langkah mewujudkan panduan penggunaan laman sosial di sekolah mereka untuk
pelajar dan kakitangan.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
10/23
39
Terdapat beberapa langkah yang telah dicadangkan oleh Steven Anderson dalan artikelnya
yang akan dibincangkan seterusnya.
1. Memeriksa Kebudayaan Sekolah
Langkah yang pertama adalah memeriksa kebudayaan sekolah anda. Ini adalah penting
untuk memahami kepercayaan ataupun pandangan masyarakat tempatan terhadap
laman sosial. Ini boleh dilakukan dengan mengkaji produk laman sosial yang sedang
digunakan oleh pelajar,guru-guru, ibubapa dan pentadbir serta mengkaji bagaimanakah
laman sosial tersebut boleh dimanfaatkan untuk komunikasi yang lebih baik. Kita juga
boleh mengkaji apakah perkara yang membimbangkan pihak sekolah terhadap
penggunaan laman sosial.
2. Menubuhkan Jawatankuasa PenggeraK
Langkah yang kedua adalah mewujudkan jawatankuasa penggerak. Jawatankuasa ini
haruslah terdiri daripada guru-guru yang menggunakan laman sosial sebagai
pendekatan di sekolah dan juga guru yang tidak mengunakan teknik ini. Jawatankuasapenggerak haruslah menjadikan pentadbir tertinggi sekolah sebagai penasihat, terdiri
daripada seorang guru wakil setiap bilik darjah serta beberapa orang wakil pelajar.
Kumpulan ini haruslah sentiasa telus dan terbuka dalam perbincangan yang bakal
diadakan walau apapun pandangan yang dinyatakan dan keputusan yang dibuat. Selain
itu ahli- ahli jawatankuasa juga perlu memahami dengan jelas matlamat jawatankuasa
yang ditubuhkan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan realistik, web untuk
jawatankuasa penggerak boleh diwujudkan untuk memuatnaikkan nota-nota yang
diperlukan, hasil perbincangan semasa mesyuarat dan ahli juga boleh berkongsi
maklumat yang didapatkan dari sumber yang berlainan di laman ini.
3. Membuat Kaji Selidik
Langkah seterusnya adalah membuat kaji selidik mengenai dasar- dasar semasa
kerajaan atau kementerian yang sedia ada berkaitan dengan penggunaan laman sosial
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
11/23
40
di sekolah. Jika ada dasar-dasar yang telah ditetapkan dan harus diikuti, jawatankuasa
penggerak boleh mewujudkan garis panduan penggunaan laman sosial di sekolah agar
ia membantu dengan berkesan dalam pembelajaran selaras dengan dasar-dasar
kementerian. Ini adalah satu langkah yang agak sesuai kerana teknologi yang agak
pesat berkembang berpotensi akan mengubah dasar-dasar semasa kerajaan berhubung
dengan penggunaan laman sosial di kalangan pelajar terutamanya penggunaannya
sebagai alat penyebaran maklumat dalam proses pembelajaran
Seterusnya ahlijawatankuasa yang ditubuhkan juga boleh mengkaji selidik dasar-dasar
dan garis panduan yang sedang digunakan oleh institusi pendidikan yang lain seperti
institut pengajian tinggi awam dan swasta, kolej-kolej komuniti, politeknik, maktab
rendah sains mara dan sebagainya.. Dengan ini, kita boleh mengesan sejauh manakah
kita mengikuti dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selain itu ini juga
boleh dijadikan rujukan ketika kita mencipta garis panduan sendiri untuk sekolah sendiri.
4. Rangka Kerja dan Dokumentasi
Seterusnya adalah membuat rangka kerja dan membuat dokumentasi untuk semua
maklumat yang telah dikumpul dan digabungkan. Ini adalah proses yang sangat sukardan memerlukan kerjasama daripada ahlijawatankuasa. Rangka yang dibuat
berkemungkinan akan terdiri daripada yang banyak dan memerlukan pemerhatian yang
sangat teliti dan berterusan untuk menghasilkan dokumen yang berkualiti. Selain itu,
rangka kerja tersebut haruslah boleh difahami dan sentiasa tersedia untuk dilihat oleh
ahli masyarakat. Selepas rangka dan dokumentasi telah dibuat, ahlijawatankuasa
haruslah membuat jadual untuk mengadakan mesyuarat dengan kakitangan sekolah,
pentadbir, ibubapa dan ahli masyarakat untuk membincangkan rangka kerja yang telah
dibuat dan perlaksanaannya di masa akan datang.
5. Merujuk Pihak Sekolah dan Pihak Berkuasa
Rangka kerja yang telah dibuat haruslah ditunjukkan kepada pihak sekolah. Ini adalah
untuk memastikkan kita tidak melanggar dasar-dasar semasa, undang-undang kerajaan
dan ordinan. Pihak sekolah juga mungkin akan mengkaji dokumen yang sedia ada. Jika
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
12/23
41
terdapat pertukaran, perbincangan semula haruslah dilakukan untuk memastikan
kesahihan maklumat. Setelah semua pihak bersetuju dengan rangka kerja dan dokumen
yang telah dikemukakan, ia haruslah ditandatangani oleh pihak berkuasa mengikut
dasar atau garis panduan yang ditetapkan.
6. Pengenalan Kepada Komuniti dan Pihak Sekolah
Setelah ditandatangani, ahlijawatankuasa boleh menlancarkannya dan mendedahkannya
di kalangan masyarakat yang lebih besar. Setiap ahlijawatankuasa haruslah
menyebarkan penggunaannya kepada kumpulan-kumpulan tertentu atau pihak sekolah.
Masa haruslah diluangkan untuk mendidik pelajar, kakitangan, ibu bapa, dan
masyarakat tentang betapa pentingnya panduan itu kepada mereka.
7. Kajian Berkala
Akhir sekali, apabila garis panduan yang terlah dilancarkan kajian yang berkala haruslah
dilakukan. Garis panduan yang telah didokumentasikan haruslah menjadi dokumen yang
aktif dan sentiasa diselia dengan baik. Ini kerana, apabila produk laman sosial berubah,garis panduan haruslah berubah selaras dengannya. Oleh itu dukumen yang sedia ada
haruslah dikaji balik sekurang-kurungnya setahun sekali untuk memastikan ianya
berkembang mengikut peredaran teknologi dan pelarasan dasar-dasar semasa.
4.4 RANGAKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH; INSENTIF BAGI PENYERTAAN
Kini, pelbagai laman web rangkaian sosial telah wujud hasil perkembangan pesat dunia
internet.Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan
pesat dan seterusnya mula mengubah cara hidup mereka.Kini,terdapat pelbagai kemudahan
perkhidmatan rangkaian jalur lebar bagi memudahkan akses kepada internet seperti yang
rancak dipromosikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan Penyelia Perkhidmatan Internet
(ISP). Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research,pengguna internet di Malaysia telah
menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak ke 20.4 juta orang pada
tahun 2012.Penyertaan dalam pelbagai rangkaian sosial di internet telah menular sehingga
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
13/23
42
menjadi satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh
dunia.Laman web aplikasi sosial bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah
pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.
Sehingga kini,terdapat 170 rangkaian sosial interaktif dan aktif digunakan di seluruh dunia
seperti Facebook,Twitter,Friendster,Myspace,Tagged,dan sebagainya.Kewujudan pelbagai
laman web rangkaian sosial ini membawa banyak kebaikan terutamanya dari segi interaksi
sosial kita dengan orang lain.
Di antara insentif bagi penyertaan rangkaian sosial di sekolah ialah pelajar boleh
mendapat keyakinan sosial dari berinteraksi dengan orang lain dalam talian, yang boleh
membantu mereka berasa lebih selamat dalam situasi yang baru, seperti pergi ke kolej,
menyertai pasukan sukan, dan bertemu rakan-rakan baru. Pelajar juga boleh menjadi lebih
biasa dengan teknologi baru dan baru muncul, serta meningkatkan literasi media mereka
melalui pendedahan kepada pelbagai jenis media dalam talian yang dikongsi bersama oleh
rakan-rakan mereka. Ramai pelajar mendapati sokongan dalam komuniti dalam talian, ini
adalah benar terutamanya untuk pelajar yang mempunyai kepentingan yang unik atau berasa
terasing. Galakkan pelajar anda untuk mencari rakan- rakan lain yang berminat dalam perkara
yang sama atau boleh berurusan dengan isu-isu yang sama. Pelajar cenderung untuk
menggunakan rangkaian sosial untuk menambah bukan menggantikan hubungan merekadengan dunia sebenar dan membantu mereka belajar untuk berkomunikasi dalam pelbagai
cara.
Rangkaian sosial juga menjadi satu kaedah yang semakin penting untuk berkomunikasi
di sekolah-sekolah dan tempat kerja, oleh itu ianya adalah baik untuk pelajar bersedia untuk
berkomunikasi melalui laman web seperti Facebook dan LinkedIn.
Selain itu, mengekalkan perhubungan dengan ahli keluarga yang tinggal jauh melalui
penggunaan rangkaian sosial dalam talian. Dengan berkongsi kemas kini, foto, video, dan
mesej, ahli keluarga boleh terus berhubung walaupun hidup di seluruh negara atau dunia.
Rangkaian sosial menjadi semakin penting di sekolah-sekolah. Contohnya, Facebook, Moodle,
SecondLife, Digg, dan laman web lain yang sering digunakan oleh guru untuk berkomunikasi
dengan pelajar atau untuk out-of-kelas perbincangan. Pelajar boleh terus meneroka topik yang
mereka minati melalui rangkaian sosial dalam talian. Dengan membuat hubungan dengan orang
lain yang mempunyai minat yang sama, pelajar boleh belajar dan bertukar pengetahuan
dengan orang lain mereka mungkin tidak mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan rakan
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
14/23
43
lain. Selain itu, guru sering mengambil kesempatan daripada kebolehan rangkaian sosial pelajar
untuk mewujudkan blog kelas, forum perbincangan, video, dan banyak lagi. Dengan kerjasama
yang wujud di antara pelajar dan guru lain melalui rangkaian sosial dalam talian, pelajar dapat
membina komuniti sekolah yang lebih kukuh.
4.5 MEDIA RANGKAIAN SOSIAL SEBAGAI PENDEKATAN BARU DALAM
PENDIDIKAN
Laman rangkaian sosial merupakan salah satu aplikasi Web 2.0 yang menjadi kegilaan remaja
pada masa kini. Seperti yang diketahui, majoriti golongan remaja merupakan pelajar. Oleh itu,
para guru dan pensyarah seharusnya menggunakan medium rangkaian sosial ini untuk
mendekati para pelajar. Alat rangkaian sosial adalah seperti Facebook, MySpace, Twitter, Blog,
CyWorld dan sebagainya. Rangkaian sosial dan kemahiran untuk individu Facebook merupakan
salah satu rangkaian sosial yang sering digunakan pelajar. Pelbagai aplikasi yang terdapat di
Facebook terutamnya di samping lain-lain laman sosial seharusnya digunakan oleh pendidik di
dalam proses P&P.
Walaupun demikian, terdapat aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh
digunakan selain daripada laman social yang lebih terbuka adalah seperti berikut :-
1.Google Drive (https://drive.google.com)2.Frog VLE (http://frogasia.com)3.Edmodo (www.edmodo.com)4.Nicenet (www.nicenet.org)5.I Think (http://www.ithinkinc.com)6.Google Groups (http://groups.google.com)7.Einztein (http://einztein.com/)8.Busuu (http://www.busuu.com/)
Teknologi web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan yang mana guru dapat
memanfaatkannya untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan
pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah
mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan pengharapan terhadap teknologi
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
15/23
44
atas talian. Kebanyakan mereka menggunakan alatan tersebut di luar konteks bilik darjah dan
bukan untuk tujuan pendidikan (Pempek, et. al, 2010). Oleh itu, para guru perlu menyesuaikan
model pedagogi jika hendak menggunakan alatan rangkaian sosial untuk pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat disesuaikan dengan generasi pelajar baru ini.
Melalui rangkaian sosial pendidik sebenarnya boleh mendekati pelajar dengan membina
komuniti pembelajaran (kumpulan) dalam rangkaian yang mana para pelajar dan guru boleh
berbincang dan berkomunikasi mengenai topik pembelajaran di dalam kumpulan tersebut.
Komuniti pembelajaran yang dibina dapat meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar
dan juga sesama pelajar (Mohamed Amin Embi, 2011). Di samping itu, keistimewaan aplikasi
ini yang membolehkan teks, audio dan video dimuat naik menjadikan proses pembelajaran lebih
menarik dan berkesan. Tips-tips belajar, nota, modul dan kerja kumpulan dapat dilakukan
melalui interaksi sosial yang akhirnya dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam pembelajaran dan boleh meningkatkan kemahiran belajar mereka.
Daripada apa yang dibincangkan di atas kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya
membentuk suasana pengajaran yang berkesan. Dengan perkataan mudah, pengajaran
berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang
diharapkan oleh semua golongan pendidik terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan akan
membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula perlumempunyai strategi dan kaedah yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan
serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Aplikasi laman sosial sebagai satu inovasi dalam pengajaran mempunyai pelbagai
keistimewaan. Populariti rangkaian sosial perlu diambil peluang oleh pendidik dalam proses
perkongsian maklumat dan menggalakkan kolaboratif antara pelajar dalam proses
pembelajaran. Apa yang menariknya ialah konsep interaksi dua hala yang berlaku di antara
pendidik dan pelajar. Interaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa
walaupun di luar bilik darjah. Dengan menggunakan kemudahan ini, kemungkinan seorang
pelajar yang malu dan pendiam di dalam kelas akan menggunakan medium ini untuk
berinteraksi dengan guru tentang masalah pembelajarannya. Kemungkinan ini timbul kerana
pelajar akan merasa lebih selesa dan yakin untuk berinteraksi secara personal dengan guru
berbanding di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
16/23
45
Untuk mengaplikasikan rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, guru
perlu menyesuaikannya dengan ilmu pedagogi kerana generasi pelajar pada hari ini pastinya
telah mempunyai pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui pengalaman,
pembacaan, pemerhatian dan kebiasaan harian. Hal ini sangat penting kerana guru perlu
bertindak secara bijak dan profesional dalam menangani isu-isu yang mungkin wujud sewaktu
menggunakan rangkaian sosial sebagai media pengajaran. Umpamanya pemilihan bahan
seperti video yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Kemahiran guru dalam
mengadaptasi teknologi sebagai alat bantu mengajar dan penerapan ilmu pedagogi yang betul
akan dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif, meningkatkan motivasi pelajar dan
iklim pembelajaran yang selari dengan stail pembelajaran pelajar pada hari ini.
Penggunaan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif.
Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada pengetahuan yang
kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individuindividu
secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara
kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan
bersama-sama para penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan
pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk
dengan baik (Nelson et. al, 2009) yang dipetik dari Asniza Musa, Zaidatun Tasir (2010).Pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan
mereka sendiri. Menurut Batchelder (2010) yang dipetik dari Asniza Musa, Zaidatun Tasir
(2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial menyediakan pelajar dengan proses aktif yang
memberi makna signifikan kepada mereka. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi melalui
amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Internet dan alatan rangkaian
sosial mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat, mengumpul bahan
mereka sendiri, berkomunikasi, membina makna, dan menilai hasil akhir. Pelajar dengan
amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran aktif.
Integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan
dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran
sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan
membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama
antara pelajar daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi
pengalaman pelajar. Menurut Batchelder (2010) yang dipetik dari Asniza Musa, Zaidatun Tasir
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
17/23
46
(2010), pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian sosial turut memberi pengetahuan baru
kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan keinginan mencari maklumat
yang berterusan.
Antara saranan supaya penggunaan laman rangkaian pembelajaran sosial ini berkesan
dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran adalah:
1. Mencari cara terbaik untuk memanfaatkan nilai pendidikan dalam laman sosial. Adapendidik telah membuat kajian dimana pelajar lebih suka berada di ruangan
sembang (chat room), blog, dan sebagainya untuk membuat tugasan serta
ulangkaji. Aktiviti ini menarik minat pelajar, walaupun kepada pelajar yang jarang
menghadiri kelas.
2. Para guru atau pensyarah boleh memuatnaik tugasan/bahan pengajaran untukpelajar ke dalam laman sosial. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklumbalas
tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah
serta merta. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi
dalam subjek tersebut terus menerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam
jangka masa yang lama.
3. Menggalakkan syarikat laman dan jaringan sosial ini meningkatkan lagi nilaipendidikan. Pemimpin-pemimpin pendidik harus membuat usahasama dengan
syarikat laman dan jaringan sosial ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
4. Mengkaji semula dasar laman jaringan sosial ini. Masih banyak sekolah dan institusipengajian masih melarang dan menyekat penggunaan Internet kerana bimbang
akan pengaruh buruk yang dibawa dari Internet ke dalam pemikiran pelajar. Jadi,
untuk menjadikan ia lebih mudah, nilai pendidikan perlu diterapkan dan jelas. Hal
yang sama juga perlu diterapkan pada jaringan sosial. Dasar keselamatan masih
penting supaya para pelajar tahu tentang keselamatan yang perlu dititkberatkan
ketika melayari Internet, tahu apa yang seharusnya mereka layari di Internet agar
tidak menyimpang dari tujuan sebenarnya yang untuk mengakses ilmu
pengetahuan.
5. Para pengajar boleh menggunakan laman sosial tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam pendidikan secara langsung dengan pelajarnya berhubung dengan
subjek/kursus yang diajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
18/23
47
menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah
pembelajaran dan tugasan mereka.
4.6 KAWAN ONLINE GURU DAN PELAJAR
Perunding psikiatri Dr Milan Balakrishnan (2012) mengatakan bahawa internet adalah satu alat
komunikasi yang memberikan pelbagai informasi kepada pelajar tetapi beliau merasakan
hubungan yang mesra antara guru dan pelajar di laman rangkaian sosial adalah kurang sesuai
kerana akan mengurangkan tahap keperibadian maklumat dalam diri seseorang guru tersebut
sehingga boleh melampaui batas tugas seseorang guru. Hubungan antara guru dan pelajar
akan menjadi lebih berkesan sekiranya timbul dalam diri pelajar tersebut nilai hormat terhadap
guru tersebut.
Sebaliknya, ahli psikologi klinikal dan psychotherapist Varkha Chulani (2012) merasakan
bahawa setiap guru perlu membuat keputusan untuk beliau atau dirinya mengenai jenis
persamaan mereka dengan pelajar-pelajar mereka. "Jika guru berkenaan percaya bahawa
kedudukan mereka akan terjejas jika mereka berbaik-baik dengan pelajar-pelajar mereka di
laman rangkaian sosial, ia adalah baik untuk tidak berbaik-baik dengan mereka. Walau
bagaimanapun, jika guru percaya berinteraksi secara rangkaian sosial dengan muridnyamemberikan faedah yang betul, maka tidak ada sebab dia tidak boleh berkawan dengan
muridnya.
Kelebihan
1. Bertukar maklumat
Sosial media menyokong pembelajaran formal dengan berkhidmat sebagai platform bagi
pelajar untuk berkumpul dan berkongsi maklumat dan sumber dan secara tidak lagsung
akan mewujudkan kerjasama dan mengeratkan hubungan dari kedua-dua belah pihak.
Selain itu, pelajar itu boleh menjana kandungan pembelajaran mereka sendiri dan
mengambil kesempatan daripada pengetahuan kolektif. Keadaan ini akan menyebabkan
pelajar akan lebih tekun dan berusaha dalam mempelajari sesuatu sekiranya mereka
memintai mata pelajaran tersebut serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
19/23
48
seharian mereka. Contohnya, dalam Facebook itu sendiri para guru dan para pelajar boleh
berbincang dan dan berkomunikasi mengenai sesuatu topic pembelajaran di dalam
kumpulan tersebut. Di samping itu, guru dan pelajar boleh memuat naik nota untuk sama-
sama berkongsi maklumat (Nurfadzilah, 2010). Perkongsian yang bijak ini membantu
pelajar menerokai dan meluaskan pemahaman mereka mengenai sesuatu topik
pembelajaran.
2. Komunikasi maklumat yang efektif antara pelajar dan guru
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan sekiranya wujud interaksi antara
pelajar dan juga guru. Melalui rangkaian sosial akan menimbulkan suasana yang menarik
dan bersaing sesama pelajar. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap keyakinan
diri di kalangan pelajar yang pasif kerana mereka boleh berbincang bersama guru mengenai
sesuatu topic yang mereka kurang jelas atau kurang faham. Pelajar yang pasif akan
merasakan mereka tidak ketinggalan dalam banyak perkara kerana mereka juga turut serta
dalam aktiviti perbincangan bersama guru mereka melalui rangkaian sosial ini. Ini diakui
oleh Brandon Alconcel, Ernesto Luna, William Wiesse (2012) yang mengatakan bahawa
Social media tools and networking sites encourage students to interact with each other,share ideas and to express their creativity, helps to establish enduring relationships with real
people. A few examples are, Facebook can help students overcome isolation that otherwise
might lead them to leave school while Twitter can provide shy students with information
about events that facilitates face-to-face encounters with other students. Such personal
interactions can create and sustain a sense of belonging.
Kekurangan
1. Cyberbullying
Menurut Wikipedia, Cyberbullying ditakrifkan dalam glosari undang-undang sebagai
tindakan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokongsengaja, berulang, dan tingkah laku yang bermusuhan oleh individu atau kumpulan,
yang bertujuan untuk mencederakan orang lain.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
20/23
49
menggunakan teknologi komunikasi bagi tujuan untuk merosakkan orang lain penggunaan perkhidmatan internet dan teknologi mudah alih seperti laman web dan
kumpulan perbincangan serta mesej segera atau mesej teks SMS dengan niat untuk
mencederakan orang lain.
Contoh apa yang membentuk cyberbullying termasuk komunikasi yang bertujuan untuk
menakut-nakutkan, mengawal, memanipulasi, meletakkan, palsu kesangsian, atau
memalukan penerima. Tindakan tingkah laku yang sengaja, berulang, dan bermusuhan
yang bertujuan untuk mencederakan orang lain.
Dr Balakrishnan (2012) mengatakan bahawa berkawan dengan pelajar di laman
rangkaian sosial ibarat seperti pedang bermata dua kerana ia melibatkan sebahagian
kehidupan peribadi guru dan pelajar. Terdapat insiden di mana laman rangkaian sosial
pelajar telah digodam iaitu isi kandungan yang diposkan tidak sesuai dan imej yang tidak
baik membawa kepada situasi memalukan. Hassan (2012) juga menyuarakan kebimbangan
beliau mengatakan bahawa terlalu banyak keterbukaan boleh membuatkan pelajar
mengambil kesempatan dan akhirnya timbul rasa tidak hormat terhadap guru.
Langkah berjaga-jaga
Chulan (2012) menasihatkan para guru agar jelas dan sentiasa mengambil langkah berjaga
mengenai perhubungan di antara mereka dengan para pelajar. Ini adalah kerana bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti cyberbullyingsekiranya para guru terlalu baik
dengan para pelajar sehingga melampaui batas tanggungjawab sebagai guru. Seseorang guru
harus tahu personaliti dan watak pelajar supaya mereka sedar apa yang mungkin berlaku jika
mereka berbaik-baik dengan pelajar ini. Hassan (2012) telah menetapkan beberapa garis
panduan dalam perhubungan antara guru dan pelajar iaitu:
Mengekalkan sejumlah tetapan privasi boleh menjadi satu cara yang penting untukmengendalikan pelajar-guru hubungan talian.
Memastikan bahawa tidak ada interaksi yang keterlaluan bagi pihak pelajar iaitu,berkawan dengan pelajar dalam talian adalah satu cara untuk memberikan sokongan
kepada mereka sama ada dari segi emosi atau akademik.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
21/23
50
4.7 RANGKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH : ISU TEKNOLOGI DI DALAM KELAS
Dalam dunia digital ini, peluang pendidikan disediakan seperti tidak pernah sebelumnya.
Walaupun guru menggunakan alat dalam talian bagi memperkasakan pelajar mengambil
bahagian dalam pendidikan mereka, mereka juga boleh mendedahkan pelajar kepada bahan
yang tidak sesuai, pemangsa seksual dan buli dan gangguan oleh rakan-rakan. Guru-guru yang
tidak berhati-hati dengan penggunaan laman web menyebabkan mereka boleh jatuh ke dalam
hubungan yang tidak sesuai dengan pelajar atau menghebahkan gambar dan maklumat yang
mereka percaya dirahsiakan.
Kesan positif daripada laman rangkaian sosial dalam pendidikan adalah sangat
mendalam. Menurut kajian yang dijalankan oleh pelajar di Universiti Minnesota mengenai
penggunaan media sosial, pelajar yang sudah terlibat dalam rangkaian sosial boleh mendapat
manfaat daripada menggabungkan ia ke dalam kurikulum. Christine Greenhow, yang
merupakan penyelidik utama dalam kajian, menjelaskan mengenai impak sosial rangkaian boleh
mempunyai pada pendidikan."Dengan memahami bagaimana pelajar boleh menggunakan
teknologi rangkaian dalam kehidupan seharian mereka, kita boleh membantu menjadikan
sekolah lebih relevan, bersambung, dan bermakna kepada para pelajar."Dengan menggunakan
teknik pengajaran yang menggabungkan media sosial juga, guru mampu untuk meningkatkanpenglibatan pelajar dalam pendidikan mereka, meningkatkan kemahiran teknologi,
menyumbang kepada rasa lebih kerjasama di dalam kelas, dan membina kemahiran komunikasi
yang lebih baik.
Satu artikel bertajuk Mashable, Kes dan Untuk Media Sosial di Sekolah, juga terdapat
beberapa sebab untuk menyokong penggunaan rangkaian sosial dalam bilik darjah dan
menyediakan contoh sebenar bagaimana ia menjejaskan pendidikan dalam cara yang
positif."Setahun selepas guru gred tujuh Elizabeth Delmatoff mula juruterbang media program
sosial di Portland, kelas Oregon, 20 peratus daripada pelajar di seluruh sekolah telah
melengkapkan tugasan tambahan untuk tiada kredit, gred telah meningkat lebih daripada 50
peratus, dan ketidakhadiran kronik dikurangkan oleh lebih daripada satu pertiga. "
Selain itu, Karen Cator, dari Jabatan Pendidikan AS, dalam soalan online dan siri
jawapan yang dipaparkan di edutopia.org juga mengulas mengenai potensi rangkaian sosial
untuk memperbaiki sistem pendidikan Amerika."Fikirkan tentang bukan sahaja menggabungkan
teknologi ke dalam pengajaran anda, tetapi mewujudkan lebih dan lebih menarik tugasan
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
22/23
51
supaya kemahiran abad ke-21, jenis perkara yang pelajar perlu membangunkan dari segi
pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kerjasama, penyertaan global - yang ini dimasukkan
ke dalam tugasan. Ruang terbaik akan menggabungkan media sosial, dan berinteraksi dengan
orang lain. "
Satu lagi kajian yang dianalisis bagaimana pelajar lakukan apabila diminta untuk
menggunakan twitter untuk melakukan tugasan, mendapati bahawa pelajar yang ditanya untuk
menyumbang kepada perbincangan kelas dan tugasan yang lengkap menggunakan Twitter
meningkat sepanjang semester lebih daripada dua kali ganda sebagai kumpulan kawalan. "
Penggunaan rangkaian sosial bukan sahaja manfaat pelajar, tetapi juga menyediakan peluang-
peluang baru untuk komunikasi di kalangan guru dan pentadbir. Menurut laporan yang
dipaparkan dalam Jurnal Sistem Teknologi Pendidikan:,"Pentadbir celik Tech menggunakan blog
sebagai alat untuk menjaga ibu bapa, guru, dan pelajar yang dimaklumkan mengenai perkara
yang berlaku di sekolah-sekolah mereka."
Walaupun pemangsa seksual sering dipetik satu kebimbangan utama, Amanda Lenhart
dengan Internet dan Pusat Penyelidikan Pew American Life Project, menjelaskan, dalam satu
artikel untuk Houston Chronicle, bahawa ini adalah kurang risiko daripada ia dibuat
menjadi."Kebanyakannya pelajar berisiko sudah mempunyai sekumpulan masalah sosial dan
emosi dalam kehidupan mereka. Pelajar ini adalah orang-orang yang mungkin terlibat dalamtingkah laku yang berisiko, dapatkan bercakap seks dalam talian dan sengaja bertemu dengan
orang-orang yang lebih tua."Menurut artikel itu, "Peer-to-peer gangguan dan membuli adalah
lebih biasa ancaman kepada anak-anak dan pelajar muda dalam talian," yang merupakan
kebimbangan kedua-dua dalam talian dan di luar.
Facebook, yang kini mempunyai lebih 900 juta pengguna yang membuat laman
rangkaian sosial terbesar, bekerjasama dengan PIBG Nasional "untuk menggalakkan
penggunaan Internet bertanggungjawab dan selamat untuk pelajar, ibu bapa dan guru-
guru."Menurut laporan mengenai kerjasama itu, "PIBG Negara dan Facebook akan menubuhkan
satu program menyeluruh yang akan menyediakan maklumat, sokongan dan berita untuk
menggalakkan talian kewarganegaraan, mengurangkan cyberbullying dan keselamatan Internet
dan keselamatan terlebih dahulu." Facebook pergi untuk mewujudkan kedua-dua keselamatan
dan pendidikan yang menyediakan maklumat dan sumber untuk para pendidik dan ibu bapa
yang prihatin.
-
7/30/2019 Bab 4- Rangkaian Sosial
23/23
52
Myspace juga menubuhkan perkongsian dengan Peguam Negara, mencipta sebuah
pasukan tugas keselamatan, dan mengeluarkan senarai strategi untuk keselamatan dalam
talian. Terdapat juga laman beberapa berorientasikan pelajar dan program-program yang
diwujudkan untuk menyediakan keselamatan tanpa mengorbankan peluang rangkaian sosial.
Menurut laporan yang dikeluarkan Jun 2010 dalam Jurnal Pembelajaran Online dan Pengajaran
"Rangkaian Pendidikan" adalah satu trend baru meletus menggunakan "teknologi rangkaian
sosial untuk tujuan pendidikan."Laporan itu menekankan bahawa "laman rangkaian sosial
bertujuan untuk mengambil kesempatan ke atas populariti besar rangkaian sosial dalam talian
pada masa yang sama menyediakan satu platform yang lebih selamat dan terkawal untuk
aktiviti rangkaian sosial.
4.8 PENUTUP
Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif.
Pengetahuan dan perkongsian antara individu-individu untuk dapatkan keputusan yang baik
menghasilkan pemikiran yang kreatif (Nelson et.al, 2009 dalam ). Pembelajaran menjadi lebih
bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Menerusi
penggunaan rangkaian sosial, pelajar mendapat keyakinan baru dan pengalamanperkembangan diri yang membolehkan mereka membina pengetahuan secara kreatif, terarah
kendiri dan belajar sepanjang hayat.
Rangkaian sosial yang pada awal penggunaannya berfungsi sebagai alat perhubungan,
kini berubah menjadi satu platform yang efektif untuk menjana sesuatu revolusi. Maklumat
berbentuk fitnah, tohmahan, desakan, kutukan dan seruan kini semakin ghairah dipaparkan di
ruang siber. Fenomena yang dicetuskan oleh rangkaian sosial sudah pasti memberi cabaran
kepada negara.
Oleh itu, pendekatan terbaik perlu diambil agar teknologi tersebut boleh digunakan
secara seimbang terutamanya oleh pengguna. Mereka seharusnya dididik agar menggunakan
rangkaian sosial secara berhemah. Adalah menjadi hasrat semua pihak agar penggunaan
teknologi siber sebegini dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat, membantu
pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara. Kita semua tidak mahu teknologi
tersebut digunakan secara tidak terkawal kerana ia bakal mencetuskan suasana yang boleh
mengancam keselamatan negara (Lt. Kol. (B) Husin Jazri, 2011).