BAB 4 Sumber Modal

35
59 BAB 4 SUMBER MODAL OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh : 1. Memahami sumber-sumber kewangan kerajaan. 2. Membeza faktor penentu pelaburan yang berbeza dengan faktor penentu tabungan. 4.1 Tabungan dan Pelaburan Mengikut klasik simpanan yang dibuat oleh rumah tangga akan dipinjam oleh pelabur untuk tujuan pelaburan. Oleh itu bocoran akibat tabungan akan disuntik kembali melalui pelaburan. Oleh itu aliran pusingan pendapatan akan seperti biasa, iaitu tidak berlakunya bocoran. Oleh sebab itu GTP akan selalu dicapai. Mengikut klasik pelaburan dan tabungan akan ditentukan sepenuhnya oleh kadar bunga benar. Mereka yang menyimpan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dalam bentuk kadar bunga. Oleh itu, semakin tinggi kadar bunga benar, semakin tinggi simpanan. Keluk tabungan juga dikenali sebagai keluk penawaran dana boleh pinjam. Klasik menganggap simpanan biasanya dalam bentuk bon. Kadar bunga benar adalah harga terhadap dana boleh pinjam. Kadar bunga benar = kadar bunga nominal - kadar inflasi Rr = Rn - π, Hubungan di antara kadar bunga benar dan penawaran dana boleh pinjam boleh ditunjukkan dalam rajah di bawah:

description

Sumber Modal

Transcript of BAB 4 Sumber Modal

Page 1: BAB 4 Sumber Modal

59 

 

BAB 4

SUMBER MODAL

 

OBJEKTIF BAB

 Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Memahami sumber-sumber kewangan kerajaan. 2. Membeza faktor penentu pelaburan yang berbeza dengan faktor penentu tabungan. 

 

4.1 Tabungan dan Pelaburan

Mengikut klasik simpanan yang dibuat oleh rumah tangga akan dipinjam oleh pelabur untuk tujuan pelaburan. Oleh itu bocoran akibat tabungan akan disuntik kembali melalui pelaburan. Oleh itu aliran pusingan pendapatan akan seperti biasa, iaitu tidak berlakunya bocoran. Oleh sebab itu GTP akan selalu dicapai. Mengikut klasik pelaburan dan tabungan akan ditentukan sepenuhnya oleh kadar bunga benar.

Mereka yang menyimpan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dalam bentuk kadar bunga. Oleh itu, semakin tinggi kadar bunga benar, semakin tinggi simpanan. Keluk tabungan juga dikenali sebagai keluk penawaran dana boleh pinjam. Klasik menganggap simpanan biasanya dalam bentuk bon. Kadar bunga benar adalah harga terhadap dana boleh pinjam.

Kadar bunga benar = kadar bunga nominal - kadar inflasi Rr = Rn - π,

Hubungan di antara kadar bunga benar dan penawaran dana boleh pinjam boleh ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Page 2: BAB 4 Sumber Modal

60 

 

Keterangan rajah:

Jika kadar bunga benar naik dari r0 ke r1, tabungan naik dari S0 ke S1 dan sebaliknya jika kadar bunga benar turun ke r2 tabungan turun ke S2.

4.2 Pelaburan Dan Permintaan Dana Boleh Pinjam

Pengusaha juga berbelanja. Biasanya perbelanjaan mereka dalam bentuk pelaburan. Selalunya perbelanjaan pelaburan adalah besar. Oleh itu, pengusaha akan meminjam untuk membuat pelaburan. Mengikut klasik keinginan untuk membuat pelaburan adalah berhubung songsang dengan kadar bunga benar. Jika kadar bunga benar naik, pelaburan jatuh dan sebaliknya jika kadar bunga benar jatuh, pelaburan naik. Hubungan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Page 3: BAB 4 Sumber Modal

61 

 

Mengikut klasik, tabungan selalu sama dengan pelaburan. Oleh sebab itu, dalam ekonomi tidak akan berlakunya bocoran. Guna tenaga penuh akan dicapai kerana semua tabungan akan digunakan semula. Oleh itu, akan wujud kadar bunga benar keseimbangan di pasaran di mana tabungan akan sama dengan pelaburan. Keseimbangan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Page 4: BAB 4 Sumber Modal

62 

 

Tabungan sama dengan pelaburan pada titik E, kadar bunga benar pada Re dan pelaburan keseimbangan pada Ie dan tabungan keseimbangan pada Se.

4.3 Perbelanjaan Kerajaan dan Permintaan Terhadap Dana Boleh Pinjam

Mengikut klasik kerajaan juga berbelanja sama ada belanja pengurusan atau belanja pelaburan. Kerajaan juga akan meminjam dari dana boleh pinjam jika ia melakukan belanjawan defisit. Di mana:

EG = g – t (T - R)

EG = belanjawan kerajaan, g = perbelanjaan kerajaan, t = cukai bersih iaitu diperoleh apabila cukai kasar tolak subsidi. Bila kerajaan berbelanja secara defisit, maka keluk permintaan terhadap dana boleh pinjam akan meningkat ke atas. Kadar bunga benar akan naik. Kenaikan kadar bunga benar akan menggalakkan rumah tangga untuk meningkatkan tabungan. Bila tabungan naik maka, penggunaan akan jatuh. Dari satu segi pula, bila kadar bunga benar naik pelaburan akan jatuh. Oleh itu, jumlah perbelanjaan swasta iaitu campuran antara kejatuhan dalam penggunaan rumah tangga dan kejatuhan dalam pelaburan firma adalah sama dengan jumlah defisit belanjawan kerajaan. Keadaan ini diterangkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Page 5: BAB 4 Sumber Modal

63 

 

Apabila belanjawan defisit dilaksanakan, keluk pelaburan akan naik dari I ke I + (g - t). Kesannya kadar bunga benar naik dari R1 ke R2. Bila R naik, tabungan naik dari S1 ke S2' maka penggunaan pula akan jatuh. Pada masa yang sama apabila R naik, pelaburan akan jatuh kerana kos meminjam naik. Keinginan melabur jatuh. Pelaburan jatuh dari I1 ke I2, Jumlah kemerosotan dalam perbelanjaan swasta ialah campuran di antara kenaikan tabungan swasta (S1,S2) dan penurunan dalam pelaburan swasta (I1,I2) yang ditunjukkan oleh defisit perbelanjaan kerajaan iaitu jarak g - t atau jarak EiF.

Apabila kerajaan melakukan belanjawan surplus pula, iaitu hasil cukai melebihi perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini akan ditabung. Kerajaan pula sekarang menawarkan dana boleh pinjam. Apabila kerajaan menabung keluk tabungan akan bergerak ke kanan, dari S ke S + (t - g). Kadar bunga benar akan jatuh dari R1 ke R2. Apabila kadar bunga jatuh, maka tabungan swasta akan jatuh, penggunaan naik dan pelaburan swasta naik. Apabila tabungan jatuh dan pelaburan naik, mengikut klasik penggunaan swasta akan naik. Analisis ini boleh diterangkan berdasarkan rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Page 6: BAB 4 Sumber Modal

64 

 

Apabila belanjawan lebihan dilaksanakan, bererti hasil cukai lebih tinggi dari perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini ditabung. Keluk tabungan naik dari S ke S + (t - g). Oleh itu, kadar bunga benar jatuh dari R1 ke R2. Apabila kadar bunga benar jatuh; tabungan swasta akan jatuh dari S1 ke S2. Pada masa yang sama pelaburan swasta naik I1 ke I2 . Apabila tabungan jatuh dan pelaburan naik, bererti perbelanjaan swasta naik. Jumlah kenaikan perbelanjaan swasta ditunjukkan oleh jarak belanjawan lebihan tadi iaitu jarak t - g atau jarak EiL.

4.4 Tabungan Isi Rumah

Perbezaan antara pendapatan boleh belanja individu (pendapatan individu selepas ditolak cukai dan ditambah bayaran pindahan diterima) dengan perbelanjaan penggunaan ialah tabungan individu. Kemampuan sesebuah isi rumah untuk menabung bergantung kepada tingkat pendapatan benar dan saiz serta komposisi ahli keluarga. Jika terdapat kemampuan untuk menabung, insentif untuk menabung pula dipengaruhi oleh keutamaan penggunaan isi rumah sama ada berbelanja sekarang atau menangguhkan penggunaan ke masa depan. Ini bergantung pula kepada pulangan yang diperoleh dengan menangguhkan penggunaan ke masa depan. Pilihan ini juga dipengaruhi oleh faktor demografi, kesan pendapatan, pulangan ke atas tabungan dan instrumen untuk menabung.

Faktor demografi

Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan negara membangun mempunyai penduduk yang ramai dan kadar kelahiran yang tinggi. Ini menyebabkan bilangan anak atau tanggungan menjadi besar yang menyebabkan isi rumah, terutamanya yang berpendapatan kecil, terpaksa membuat pertimbangan antara memenuhi keperluan asas dengan menabung atau melabur ke atas modal manusia.

Sekiranya kadar kelahiran dapat dikurangkan, dengan sendirinya beban tanggungan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung membolehkan kaum wanita, terutamanya suri rumah, menceburi pasaran buruh secara aktif. Tindakan ini akan meningkatkan pendapatan isi rumah dan meningkatkan peluang untuk menabung. Tabungan amat diperlukan sama ada untuk pembiayaan pendidikan anak atau untuk perbelanjaan membeli rumah dan sebagainya. Bagi masyarakat tradisional, tabungan juga diperlukan sebagai wang hantaran perkahwinan, untuk urusan kematian atau untuk tujuan keramaian tertentu. Sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai sistem keselamatan sosial, tabungan juga diperlukan untuk digunakan semasa hari tua dan menanggung ahli keluarga seperti ibu bapa. Tabungan juga mungkin diperlukan sebagai pusaka daripada ibu bapa kepada anak mereka.

Page 7: BAB 4 Sumber Modal

65 

 

Menurut teori penggunaan kitaran hayat, perlakuan penggunaan dan seterusnya tabungan bergantung kepada komposisi umur penduduk sesebuah negara. Kemampuan dan kecenderungan untuk menabung berubah menurut peringkat umur individu. Semasa kecil mereka adalah tanggungan keluarga mereka dan pada usia muda pula mereka adalah golongan peminjam, pada peringkat pertengahan umur mereka adalah penabung dan pada peringkat tua pula sekali lagi mereka adalah golongan makan tabungan.

Pada peringkat agregat, apabila sesebuah negara melalui perubahan daripada kadar kesuburan tinggi ke kadar kesuburan rendah, maka semakin tinggi peratusan penduduk yang beralih ke peringkat menabung. Oleh itu, tabungan individu akan meningkat. Seterusnya, sesebuah negara yang mengalami kadar kesuburan rendah untuk tempoh yang lama akan mempunyai peratusan tinggi penduduk yang agak berumur dan di samping itu jika berlaku peningkatan jangka hayat (lif expectancy), ini pula akan menekan tabungan ke bawah. Sebaliknya ada juga pendapat yang mengatakan bahawa bagi negara yang mempunyai penduduk yang panjang jangka hayatnya, penduduk akan menabung lebih banyak semasa dalam alam pekerjaan.

Kesan Pendapatan

Berhubung pendapatan, kesannya ke atas tabungan bergantung bukan sahaja kepada tingkat pendapatan tetapi juga agihan pendapatan. Isi rumah yang berpendapatan tinggi, ceteris paribus, mempunyai keupayaan (dan kecenderungan) menabung yang lebih besar kerana keperluan asas mereka telah dapat dipenuhi. Tambahan pula, sebahagian perbelanjaan penggunaan seperti perbelanjaan untuk makanan adalah kurang anjal terhadap pendapatan. Oleh itu, apabila pendapatan per kapita meningkat, peratus pendapatan yang diperuntukkan untuk tabungan juga meningkat.

Walau bagaimanapun, kecenderungan menabung sut berbeza menurut jenis pendapatan. Menurut model Kaldor, kecenderungan menabung daripada keuntungan adalah lebih tinggi daripada kecenderungan menabung daripada upah atau pendapatan perburuhan. Jika pendapat ini benar, maka pada tingkat pendapatan negara tertentu, pengagihan pendapatan upah kepada untung akan meningkatkan tabungan agregat. Bersesuaian dengan pandangan ini, tidak hairanlah jika kerajaan mempunyai dasar percukaian yang memberi keutamaan atau berpihak kepada keuntungan syarikat berbanding cukai pendapatan individu (Hess & Ross 1997).

Selain itu, menurut hipotesis pendapatan tetap, kecenderungan untuk menabung sut adalah tinggi (hampir bernilai satu) terutamanya bagi mereka yang mempunyai pendapatan sementara yang positif. Sekiranya pendapatan sementara adalah negatif, maka isi rumah akan memakan tabungan. Dengan mengambil kira naik turun yang

Page 8: BAB 4 Sumber Modal

66 

 

berlaku dalam pendapatan semen tara, maka secara purata, pendapatan semen tara akan menjadi hampir kosong. Oleh itu penggunaan banyak dipengaruhi oleh pendapatan tetap isi rumah - dan fungsi penggunaan adalah satu nisbah yang stabil kepada pendapatan tetap. Dalam jangka pendek, bahagian pendapatan yang dibelanjakan boleh berubah.

Hipotesis pendapatan tetap mempunyai implikasi ke atas kadar tabungan di negara membangun. Semasa negara mengalami pertumbuhan ekonomi pesat, pendapatan sementara boleh menjadi positif dan besar. Ini bermakna pendapatan sebenar yang diterima oleh isi rumah sentiasa lebih besar daripada anggaran pendapatan tetap mereka. Akibatnya, kadar tabungan isi rumah boleh meningkat secara mendadak dan seterusnya meningkatkan tabungan kasar negara dan pembiayaan pembentukan modal. Sebaliknya, semasa ekonomi negara mengalami kemelesetan, tabungan isi rumah akan jatuh dengan banyak.

Perkaitan hipotesis pendapatan tetap dengan ekonomi negara membangun masih didebatkan. Ini kerana isi rumah yang berada dalam kelas pendapatan rendah dan kelas menengah bawahan dikatakan cuma akan meningkatkan aspirasi penggunaan semasa apabila berlaku peningkatan pendapatan ketika era kemajuan ekonomi. Akibatnya, tabungan pada peringkat awal pembangunan ekonomi sukar meningkat.

Pulangan Pelaburan

Bagi isi rumah pula, insentif untuk menabung bukan sahaja bergantung kepada kadar faedah nominal, tetapi juga dipengaruhi oleh kadar cukai ke atas pendapatan bunga atau jangkaan kadar inflasi. Pulangan kepada tabungan pula ialah kadar faedah benar jangkaan selepas ditolak cukai. Peningkatan kadar cukai ke atas pendapatan bunga atau peningkatan kadar inflasi jangkaan akan mengurangkan insentif menabung pada mana-mana tingkat kadar faedah nominal.

Umumnya, adalah diandaikan bahawa jumlah tabungan atau penawaran dana boleh pinjam akan meningkat dengan meningkatnya kadar faedah nominal sekiranya jangkaan kadar inflasi dan jangkaan kadar cukai ke atas pendapatan faedah adalah tetap. Dengan itu, keluk penawaran bagi dana boleh pinjam akan mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

Instrumen Tabungan Isi Rumah

Kemampuan untuk menabung berkait secara langsung dengan pendapatan dan insentif untuk menabung pula berkait dengan jangkaan pulangan bersih selepas cukai. Faktor lain yang boleh mempengaruhi tabungan ialah kewujudan instrumen tabungan. Contohnya, di negara membangun, perkhidmatan bank mungkin tidak meliputi semua

Page 9: BAB 4 Sumber Modal

67 

 

kawasan luar bandar. Sekiranya ada kemudahan perkhidmatan bank sekalipun, isi rumah di negara membangun mungkin tidak biasa menabung secara tetap di bank. Bagi isi rumah yang berpendapatan rendah, syarat minimum untuk membuka akaun dengan bank menjadi faktor tolakan untuk memulakan tabungan dalam jumlah yang kecil. Oleh itu, bagi kawasan kampung dan luar bandar, salah satu cara untuk memudah dan menggalakkan tabungan dan kemudahan pinjaman adalah melalui penubuhan koperasi kredit.

Satu lagi instrumen untuk tabungan pembiayaan adalah dalam bentuk stok dan bon. Namun begitu, pasaran saham di kebanyakan negara membangun masih pada tahap rendah.

4.5 Tabungan Perniagaan

Sebahagian pelaburan perniagaan dibiayai oleh tabungan perniagaan. Pada permulaan penubuhan perniagaan, pelaburan awal dibuat dalam bentuk loji, peralatan dan jentera. Dengan berlalunya masa, modal fizikal akan mengalami susut nilai akibat penggunaan atau disebabkan oleh perubahan teknologi. Susut nilai adalah kos kepada firma dalam proses pengeluaran. Oleh itu, satu akaun yang dinamakan akaun susut nilai dibuka oleh firma perniagaan untuk mengumpul dana bagi membolehkan firma perniagaan menggantikan modal fizikal yang lama dengan yang baru apabila sampai tempoh akhir hayatnya. Dana susut nilai ini adalah tabungan perniagaan. Selain itu, keuntungan perniagaan selepas ditolak cukai dan agihan keuntungan kepada pemilik atau keuntungan yang tidak diagih adalah satu lagi sumber tabungan perniagaan.

Bagi menggalakkan tabungan perniagaan dan pelaburan langsung, kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai ke atas keuntungan, memberi kredit cukai pelaburan, taraf perintis dan lain-lain galakan. Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara juga membuka lebih banyak peluang untuk pelaburan.

Di samping itu, keadaan inflasi dalam ekonomi membuka peluang untuk firma perniagaan meningkatkan keuntungan mereka. Ini kerana biasanya, semasa inflasi, harga output dan perkhidmatan meningkat lebih tinggi daripada peningkatan gaji dan upah. Namun begitu inflasi tidak harus menjadi dasar untuk meningkatkan keuntungan firma perniagaan. Sekiranya inflasi yang mula bertapak tidak dapat dikawal, akhirnya ia akan membawa kesan negatif bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada syarikat perniagaan itu sendiri. Inflasi boleh menyebabkan penawaran dana boleh pinjam berkurangan. Kesan buruk inflasi akan berlipat ganda sekiranya kadar faedah nominal ditetapkan di bawah tingkat kadar faedah keseimbangan, yang menyebabkan dana boleh pinjam berkurangan dan kemudahan kredit menjadi terhad sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

Page 10: BAB 4 Sumber Modal

68 

 

4.6 Tabungan Kerajaan (Tabungan Awam)

Sekiranya kita membataskan tumpuan perbincangan kepada belanjawan semasa kerajaan (current government budget), iaitu perbelanjaan kerajaan ke atas barangan dan perkhidmatan ditolak perbelanjaan ke atas modal oleh kerajaan, maka tabungan awan bersih ialah lebihan imbangan belanjawan semasa kerajaan. Di negara membangun kerajaan selalunya menjalankan belanjawan defisit dan dengan itu meningkatkan permintaan untuk dana boleh pinjam.

Sebagaimana yang telah dibincangkan, wujud permintaan tinggi untuk perbelanjaan kebajikan dan kemudahan sosial semasa pendapatan penduduk umumnya adalah rendah dan semasa sebahagian besar penduduk adalah golongan muda. Perbelanjaan kerajaan dalam modal manusia, seperti perbelanjaan untuk pendidikan, kesihatan dan program pemakanan berkhasiat, dianggap sebagai penggunaan kerajaan. Perbelanjaan jenis ini perlu bagi meningkatkan lagi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Bagi negara yang mempunyai kadar pertambahan penduduk yang tinggi, beban kerajaan ke atas modal manusia menjadi semakin mencabar dalam usahanya untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang dikehendaki. Selain itu terdapat perbelanjaan semasa kerajaan untuk membiayai pengurusan khidmat awam seperti membayar gaji kakitangan awam di pelbagai jabatan kerajaan.

Satu lagi sebab kenapa kerajaan sukar mendapat hasil cukai yang banyak adalah apabila wujud aktiviti bukan pasaran secara meluas. Aktiviti ekonomi sara diri dan urus niaga secara pertukaran barang (barter trade) yang berleluasa di negara kurang membangun boleh merendahkan pengiraan pendapatan isi rumah dan menyukarkan pungutan hasil cukai jualan. Selain itu, kekurangan perbadanan yang melabur di samping pelbagai insentif yang liberal untuk menarik pelaburan korporat pula menyebabkan hasil percukaian daripada keuntungan syarikat menjadi rendah.

Satu lagi cara untuk meningkatkan hasil kerajaan adalah dengan mengenakan cukai ke atas import. Cara ini juga mungkin sesuai dengan dasar gantian import dan melindungi industri muda di negara membangun. Cukai ke atas eksport juga boleh menjadi sumber pendapatan negara sekiranya negara itu mempunyai kuasa pasaran antarabangsa ke atas produk yang dieksportnya. Cukai ke atas perdagangan antarabangsa mungkin menarik kepada kerajaan terutama apabila sumber pendapatan daripada punca lain tidak mencukupi. Namun begitu ianya boleh menimbulkan herotan dan ketakcekapan.

4.7 Cara Meningkatkan Pelaburan Domestik

Umumnya, pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan penawaran tabungan domestik dan seterusnya menyediakan dana untuk pelaburan dan pembentukan modal fizikal. Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi yang disertai kestabilan politik juga mungkin

Page 11: BAB 4 Sumber Modal

69 

 

menarik modal asing di samping menghalang aliran keluar negara tabungan domestik. Sebagai langkah tambahan, dasar tertentu untuk meningkatkan produktiviti dan pelaburan domestik perlu diambil. Terdapat lima reformasi yang dicadangkan.

Pertamanya, kadar faedah mesti mencerminkan kekurangan modal kewangan. Dengan memansuhkan kadar faedah siling, kadar faedah nominal boleh meningkat ke tahap keseimbangan pasaran. Ini seterusnya boleh meningkatkan penawaran dana boleh pinjam. Begitu juga kredit sepatutnya ditentukan oleh pasaran dan bukannya dicatu dan diatur menurut sektor keutamaan sebagaimana yang ditentukan oleh kerajaan. Untuk mencapai matlamat ini pertandingan dalam pasaran kewangan perlu digalakkan.

Walaupun cadangan ini kelihatan mudah dari segi teori tetapi dari segi amalan ia mungkin berbeza. Cadangan ini pasti menerima banyak tentangan. Ini kerana dalam usaha untuk meningkatkan pembentukan modal fizikal, pelaburan dan perindustrian, kerajaan mungkin mengambil langkah merendahkan kadar faedah dan menyalurkan kemudahan kredit kepada sektor tertentu. Oleh itu, langkah untuk meliberalisasikan sistem perbankan melalui pasaran persaingan mungkin ditentang hebat oleh pihak yang mengagih dan menerima subsidi kredit.

Cadangan kedua ialah mengawal kadar inflasi untuk mencapai kadar faedah benar positif (iaitu kadar faedah nominal selepas cukai yang melebihi kadar inflasi). Walaupun kadar faedah nominal ditentukan oleh pasaran, kadar inflasi yang tinggi dan berubah boleh mengurangkan jumlah kredit tersedia terutamanya untuk pembiayaan jangka panjang. Kadar faedah benar positif dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi, iaitu dari segi peningkatan insentif untuk menabung dan juga melalui peningkatan produktiviti keseluruhan bagi pelaburan dengan mengurangkan dana untuk projek yang kurang berdaya maju.

4.8 Dasar Belanjawan (Dasar Fiskal Dan Dasar Kewangan)

Terdapat beberapa tujuan dasar belanjawan (Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan) diperkenalkan:

1. Untuk mengawal turun naik dalam perbelanjaan agregat (AE), terutamanya jika ketidakstabilan AE disebabkan oleh komponen pelaburan yang tidak menentu.

2. Untuk mengawal turun naik dalam kegiatan ekonomi, terutamanya jika terdapat kejutan dalam pasaran yang menyebabkan wujudnya masalah deflasi atau inflasi.

3. Memajukan sektor-sektor ekonomi tertentu yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi.

Page 12: BAB 4 Sumber Modal

70 

 

4. Sebagai instrumen untuk memberikan hasil kepada kerajaan dan instrumen pengagihan pendapatan di kalangan penduduk melalui cukai yang dikenakan.

5. Untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada pertambahan pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan secara fizikal.

6. Sebagai instrumen sokongan dan galakan kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan ekonomi secara agregat.

4.9 Dasar Fiskal

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan dalam mengubah perbelanjaan kerajaan dan sistem at au kadar cukai yang terdapat di dalam negara. Dasar fiskal dibahagikan kepada 2 jenis:

1. Dasar fiskal diskrisioner (dasar fiskal budi bicara), dan

2. Penstabil automatik

4.9.1 Dasar fiskal diskrisioner

Dasar fiskal diskrisioner ialah langkah kerajaan mengubah jumlah dan corak perbelanjaannya dan mengubah sistem atau kadar cukai yang terdapat dalam ekonomi. Terdapat 3 cara untuk melaksanakan dasar fiskal diskrisioner.

1. membuat perubahan ke at as jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan.

2. membuat perubahan ke atas sistem atau kadar cukai.

3. membuat perubahan secara serentak ke atas kedua-dua instrumen tersebut.

1. Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan

Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan biasanya dibuat setiap tahun. Kerajaan boleh mengurang atau menambahkan perbelanjaannya bagi mencapai tujuan ekonomi yang ditetapkan. Perbelanjaan kerajaan biasanya dibahagikan kepada dua kategori yang besar iaitu perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan pengurusan termasuklah perbelanjaan untuk membayar gaji kakitangan awam, perbelanjaan faedah-faedah kepada kakitangan awam dan pembelian alatan, perkakas untuk menggerakkan sektor awam. Manakala perbelanjaan pembangunan meliputi pembinaan sekolah, jalan raya, sistem pengairan dan

Page 13: BAB 4 Sumber Modal

71 

 

sebagainya. Apa yang pasti perbelanjaan kerajaan akan memberikan pendapatan kepada sektor swasta, termasuklah firma dan rumah tangga. Pendapatan yang dimiliki oleh sektor ini akan digunakan ke atas barang-barang yang dikeluarkan oleh ekonomi. Maka, seperti yang telah diketahui, melalui proses pengganda pertumbuhan ekonomi akan berlaku.

2. Perubahan ke atas sistem dan kadar cukai

Perubahan dalam sistem atau kadar cukai pula meliputi perubahan keseluruhan instrumen cukai atau sebahagian instrumen cukai-cukai yang tertentu sahaja. Cukai boleh ditambah peratusnya, dimansuhkan atau diperkenalkan cukai baru. Cukai biasanya dikenakan ke atas sektor firma dan rumah tangga yang bertujuan untuk menggalakkan produktiviti firma ataupun menggalakkan peningkatan perbelanjaan agregat. Di antara contoh cukai yang biasanya mengalami perubahan ialah cukai pendapatan, cukai rokok, cukai syarikat dan cukai-cukai lain sama ada di kalangan syarikat at au di pihak pengguna.

Cukai pada amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu cukai langsung dan cukai tak langsung. Cukai langsung ialah cukai yang dikenakan secara langsung ke atas pembayar cukai. Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya cukai pendapatan individu. Bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Cukai tak langsung pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pembayar cukai, tetapi bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain. Misalnya cukai jualan, cukai keuntungan yang dikenakan kepada syarikat. Syarikat boleh memindahkan beban tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga barang yang dijual.

3. Perubahan secara serentak

Kerajaan juga boleh mengubah perbelanjaannya dan cukai secara serentak. Misalnya, jika kerajaan meningkat perbelanjaannya, dan perbelanjaan ini dibiayai oleh cukai yang dikutip. Ertinya kerajaan menaikkan perbelanjaannya dan menaikkan cukai. Jika perbelanjaan yang dibuat melebihi hasil cukai, maka kerajaan melaksanakan dasar fiskal kurangan. Jika perbelanjaan kurang dari hasil cukai, kerajaan dikatakan mengamalkan dasar fiskal lebihan. Jika perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil cukai, kerajaan dikatakan mengamalkan dasar fiskal seimbang.

4.9.2 Penstabil automatik

Dasar fiskal yang kedua dikenali sebagai penstabil automatik. Penstabil automatik ialah instrumen dasar fiskal yang boleh terdiri dari perbelanjaan kerajaan atau sistem cukai

Page 14: BAB 4 Sumber Modal

72 

 

yang sedang diamalkan di dalam sesebuah negara. Penstabil automatik berperanan membaiki ketidakstabilan kitaran perniagaan. Jika ekonomi meleset, penstabil automatik akan mengurangkan kemelesetan tadi. Jika ekonomi melambung pula penstabil automatik akan mengurangkan keadaan yang melambung itu. Rajah di bawah menunjukkan kitaran perniagaan yang berlaku jika tiada peranan penstabil automatik berbanding kitaran perniagaan yang ada peranan penstabil automatik. Kita dapati kitaran perniagaan akan lebih stabil jika wujudnya penstabil automatik dalam ekonomi.

Antara penstabil automatik yang diamalkan ialah :

i. Cukai berkadar

Iaitu peratus cukai yang dikenakan adalah sama. Tetapi jumlah cukai yang dibayar semakin meningkat. Misalnya, peratus cukai ialah 5%, jumlah cukai yang dibayar semakin tinggi jika pendapatan semakin tinggi.

ii. Cukai progresif

Iaitu peratus cukai yang dikenakan semakin tinggi jika pendapatan meningkat. Misalnya jika pendapatan RM1000, peratus cukai ialah 2%, jika pendapatan naik menjadi RM2000, peratus cukai ialah 5%, jika pendapatan naik lagi menjadi RM3000, peratus cukai ialah 10%. Kita dapati peratus dan jumlah cukai semakin tinggi. Oleh sebab itu, semasa ekonomi melambung, jumlah cukai adalah tinggi. OIeh itu penggunaan tidak akan meningkat terlalu tinggi. Maka, perbelanjaan agregat akan dapat dikawaI. Manakala semasa ekonomi meleset, jumlah cukai yang dibayar adalah semakin rendah, oleh itu penggunaan tidak akan jatuh keterlaluan. Oleh itu perbelanjaan agregat menjadi lebih stabil.

iii. Dasar harga minima dan dasar harga tetap

Dasar harga minima ialah satu polisi kerajaan dengan menetapkan harga bagi produk tertentu. Harga produk ini tidak boleh lebih rendah dari harga minima yang telah ditetapkan. Misalnya, kerajaan menetapkan harga minima bagi produk sektor pertanian. Ini bertujuan untuk menjamin pendapatan petani. Misalnya, sewaktu ekonomi meleset, harga produk pertanian cenderung merosot. Ini sudah tentu akan menurunkan pendapatan di kalangan petani. Dengan adanya dasar ini, pendapatan petani Iebih terjamin dan stabil.

iv. Skim insurans pengangguran

Skim ini mewajibkan pekerja menyumbang sejumlah bayaran (premium) tertentu semasa mereka bekerja. Sekiranya ekonomi meleset, pekerja cenderung hilang pekerjaan. Skim ini akan memberikan bantuan kewangan secara tetap sehinggalah

Page 15: BAB 4 Sumber Modal

73 

 

pekerja berkenaan mendapat pekerjaan semula. Implikasi dari skim ini ialah semasa ekonomi meleset, kemelesetan yang berlaku tidaklah terlalu serius dan sewaktu ekonomi melambung, sebahagian pendapatan akan dicarum. Oleh itu perbelanjaan agregat dapat dikawal.

4.9.3 Cukai Jualan

Cukai jualan terbahagi kepada 2 jenis iaitu cukai eksais (Excise Tax) dan cukai advalorem (Advalorem Tax).

i. Cukai eksais adalah jenis cukai yang dikutip secara tetap bagi setiap unit barangan. Biasanya harga jualan selepas cukai adalah lebih tinggi dari harga asal. Sebagai contoh, cukai ke atas rokok atau minuman keras. Dari gambar di bawah, PE dan QE adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal. Apabila cukai eksais dikenakan sebanyak t0, keluk penawaran akan berpindah ke kiri dari S0 ke St. Harga dan kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PE

t dan QEt. Gambar tersebut juga

menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna adalah (PE

tPE)(QEt) dan pengeluar adalah (PsPE)(QE

t). Di mana jumlah cukai adalah t0 (QE

t). Dari rajah ini deadweight Loss atau kerugian yang hilang (tiada siapa yang dapat) adalah TUV, di mana ditanggung oleh pengguna TUW dan pengeluar pula menanggung WUV.

Page 16: BAB 4 Sumber Modal

74 

 

ii Cukai Advalorem adalah jenis cukai yang dikutip secara berkadar atau peratusan dari harga barangan yang dikutip tersebut. Oleh itu, jika harga barangan semakin tinggi, jumlah cukai advalorem bagi barangan tersebut juga semakin tinggi. Dari gambar di bawah, PE dan QE adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal. Apabila cukai advalorem dikenakan sebanyak t % , keluk penawaran akan berpindah ke kiri dari S0 ke St. Harga dan kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PE

t dan QE

t. Gambar tersebut juga menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna adalah (PE

tPE)(QEt) dan

pengeluar adalah (PsPE)(QEt). Dimana jumlah cukai adalah kawasan PE

tPsVT atau PE

tPs (QEt). Dari rajah ini deadweight Loss atau kerugian yang hilang (tiada siapa yang

dapat) adalah TVW, di mana ditanggung oleh pengguna TUW dan pengeluar menanggung WUV.

       

iii. Cukai Tarif (Tariff Tax)

Cukai tarif adalah cukai yang dikenakan apabila sesebuah negara mengimport atau mengeksport barangan daripada atau kepada sesebuah negara lain. Untuk memudahkan perbincangan andaikan bahawa, pengutipan cukai tarif adalah secara tetap dan terdapat hanya dua buah negara sahaja yang mempunyai hubungan perdagangan.

Page 17: BAB 4 Sumber Modal

75 

 

         

Dari gambar Rajah di atas, terdapat dua buah negara yang mempunyai hubungan perdagangan secara bebas iaitu negara A dan B. Sebelum wujudnya perdagangan secara bebas, harga keseimbangan di negara A dan B, masing-masing PE

A dan PEB.

Dapat dilihat bahawa harga keseimbangan di negara A adalah lebih tinggi dari negara B. Setelah perdagangan secara bebas (Free Trade) diadakan, negara A akan memainkan peranan sebagai pengimport kerana harga keseimbangan di negaranya lebih tinggi daripada harga keseimbangan di negara B. Manakala negara B pula akan memainkan peranan sebagai pengeksport. Jika harga keseimbangan antara bangsa adalah PF, negara A akan mengimport sebanyak ab dan negara B akan mengeksport sebanyak cd, dalam keadaan keseimbangan antara bangsa, jumlah yang diimport akan seimbang dengan jumlah yang dieksport, oleh itu ab = cd. Jika negara A menetapkan tarif ke atas barangan yang diimport dari negara B, harga barangan di negara A akan lebih tinggi dari harga di negara B sebanyak unit tarif. Jika unit tarif adalah t, harga negara A adalah PA

T di mana lebih tinggi dari harga keseimbangan antara bangsa (PF). Harga di B pula adalah PB

T di mana lebih rendah dari PF, dan perbezaan di antara PA

T dan PBT adalah unit tarif (PA

T – PBT = t).

Dapat diperhatikan bahawa, setelah negara A menetapkan unit tarif (PA

T > PF), pengeluar di negara A akan cuba menghasilkan barangan tersebut dengan jumlah yang lebih banyak iaitu di e, manakala jumlah penggunaan di A pula sebaliknya, di mana ia semakin berkurang iaitu di f. Dengan itu, jumlah yang diimport oleh negara A setelah unit tarif dikenakan akan berkurang dari ab kepada ef. Bagi negara B pula, selepas unit tarif dikenakan, (PB

T < PF), pengeluar tempatan akan mengurangkan jumlah pengeluarannya dari d ke h, sedangkan jumlah penggunaan domestik pula akan bertambah dari c ke g. Dengan itu, jumlah yang dieksport oleh negara B setelah unit tarif dikenakan akan berkurang dari cd kepada gh.

Page 18: BAB 4 Sumber Modal

76 

 

Setelah negara A menetapkan unit tarif dari barangan yang diimport dari negara B, A akan mengimport sebanyak ef, dan B akan mengeksport sebanyak gh. Di mana keseimbangan antara bangsa yang baru adalah import (ef) = eksport (gh). Hasil tarif yang akan diperoleh oleh negara A adalah : unit tarif * jumlah import atau (t)(ef). iv. Harga Maksimum (Ceiling Price) Harga maksimum adalah kategori harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di mana tingkat harga adalah lebih rendah dari harga keseimbangan. (Rajah 7.1)

Rajah 7.1 Harga Maksimum Pada mulanya, harga keseimbangan adalah PE dan kuantiti keseimbangan adalah QE. Apabila harga maksimum dikenakan iaitu P0, pengeluar akan cuba menjual barangannya sebanyak Q1 dengan harga P0. Di harga P0 ini, pengguna akan membeli (minta) barangan sebanyak Q2. Dengan itu, berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1Q2. Untuk menyelesaikan masalah lebihan permintaan ini, pihak kerajaan akan menggunakan beberapa polisi penting iaitu polisi import dan polisi subsidi. 1) Polisi Import (Import policy). Polisi ini adalah dengan mengimport barangan untuk

mengatasi lebihan permintaan.

Page 19: BAB 4 Sumber Modal

77 

 

2) Polisi Subsidi (Subsidy Policy). Polisi ini adalah dengan memberi bantuan kepada pihak pengeluar tempatan, supaya mereka dapat mengeluarkan barangan untuk mengatasi lebihan permintaan tersebut.

Dalam memilih polisi yang paling sesuai, pihak kerajaan perlu memilih polisi yang menggunakan perbelanjaan paling minimum. Melalui polisi import, jika harga import adalah Pm, maka perbelanjaan untuk polisi ini adalah Pm (Q1Q2). Melalui polisi subsidi. Di tingkat harga P0, pengguna sanggup membeli barangan dengan jumlah Q2. Tetapi di tingkat Q2 tersebut, pengeluar sanggup menjual dengan harga P1. Dengan itu berlaku perbezaan harga sebanyak P1 – P0 atau dengan jarak P1P0. Oleh itu jika pihak kerajaan ingin mengekalkan harga maksimum di P0 dengan jumlah kuantiti pasaran di Q2, pihak kerajaan perlu memberi subsidi kepada pihak pengeluar untuk mengekalkan pengeluaran di Q2 di mana jumlah subsidi adalah (P1P0)(0Q2) atau di kawasan P0P1VU. Secara kesimpulan : Jika Pm(Q1Q2) < (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Import , dan Jika Pm(Q1Q2) > (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Subsidi. v. Harga Minimum

Adalah satu kaedah harga yang pihak kerajaan menetapkan di paras yang lebih tinggi dari harga keseimbangan.

Page 20: BAB 4 Sumber Modal

78 

 

Apabila harga minimum P0 dikenakan, akan berlaku lebihan kuantiti penawaran (Excess Supply) sebanyak Q2 – Q1 atau jarak Q1Q2. Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan mempunyai 2 polisi pilihan seperti berikut :

1. Polisi pembelian (Purchasing Policy)

Melalui polisi ini, pihak kerajaan akan membeli semua jumlah lebihan penawaran tersebut dengan tingkat harga minimum (P0). Maka, jumlah perbelanjaan dalam polisi ini adalah (P0)(Q2 – Q1).

2. Polisi subsidi (Subsidy Policy)

Melalui polisi ini, kerajaan akan memberi bantuan kepada pengeluar supaya dapat mengeluarkan output Q2 dengan harga minimum (P0).

Pada mulanya, di tingkat harga minimum (P0 ) ini, pengguna sanggup membeli output dengan jumlah Q1 sahaja sedangkan pengeluar sanggup menawarkan output sebanyak Q2, yang menyebabkan berlaku lebihan penawaran sebanyak Q2 – Q1.

Di tingkat output Q2 tersebut, pengguna sanggup membelinya dengan harga pasaran iaitu P1, di mana di Q2 ini berlaku perbezaan harga di antara harga pengeluar (P0) dan harga pengguna (P1) atau jarak P0P1.

Jika pihak kerajaan ingin mengekalkan tingkat output Q2 dengan harga minimum P0, kerajaan perlu memberi subsidi kepada pengeluar sebanyak (P0 – P1)(0Q2) di mana pengeluar dapat menjual kuantiti Q2 dengan harga minimum yang telah ditetapkan.

4.9.4 Dasar Fiskal dan Konsep Guna tenaga Penuh (GTP)

Sesebuah ekonomi akan berusaha supaya mencapai guna tenaga penuh. Iaitu keadaan di mana output yang paling maksima yang mampu dikeluarkan dalam ekonomi dengan tingkat teknologi yang ada. Dalam ekonomi yang telah berada dalam GTP, AE (AE = Perbelanjaan Agregat) yang wujud adalah sama dengan AE yang diingini atau AE potensi iaitu pada GTP. Oleh kerana ekonomi telah berada dalam GTP, maka dasar fiskal boleh digunakan untuk menjamin supaya permintaan agregat sentiasa berada pada paras tersebut. Jika terdapat kejutan pasaran yang boleh mengurangkan atau meningkatkan AE, maka dasar fiskal akan digunakan.

Page 21: BAB 4 Sumber Modal

79 

 

4.9.5 Dasar Fiskal dan Kesannya ke atas Aktiviti Ekonomi

Dalam jangka panjang, dasar fiskal dilihat dapat mengawal kitaran perniagaan. Dengan adanya dasar fiskal, kitaran perniagaan menjadi lebih stabil. Terutamanya penstabil automatik yang berperanan mengawal keadaan ini. Tetapi penstabil automatik juga mempunyai kelemahan. Ia tidak berupaya menyelesaikan masalah pengangguran, inflasi ataupun untuk menjana pertumbuhan ekonomi melalui pertambahan pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan. Penstabil automatik lebih menumpukan kepada mengawal kitaran perniagaan supaya tidak terlalu serius. Tambahan pula, instrumen penstabil automatik yang diamalkan juga mempunyai matlamat lain, misalnya cukai progresif dan cukai berkadar yang bertujuan untuk memberikan hasil kepada kerajaan dan mengagihkan pendapatan kepada rakyat. Dasar harga minima pula bertujuan untuk membantu pengeluar yang terlibat dalam barang-barang pengeluaran produk pertanian. Manakala skim insurans pengangguran bertujuan untuk menjamin kebajikan pekerja yang hilang pekerjaan. Oleh sebab itu, untuk mengawal inflasi dan deflasi, dasar fiskal diskrisioner dilaksanakan.

4.10 Dasar Kewangan

Dasar kewangan ialah tindakan oleh Bank Pusat atau Bank Negara untuk mempengaruhi ekonomi dengan mengawal bekalan wang dan mengubah kadar bunga dalam negara. Selain daripada melaksanakan dasar kewangan, bank negara juga mempunyai fungsi-fungsi yang lain iaitu: bertindak sebagai bank kepada kerajaan, bank kepada bank-bank perdagangan, mengawal aktiviti bank perdagangan, mengawal kadar pertukaran asing dan mengeluarkan wang syiling dan wang kertas.

Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada 2 jenis;

A. Dasar kewangan kuantitatif

B. Dasar kewangan kualitatif

4.10.1 Dasar kewangan kuantitatif

Dasar kewangan kuantitatif ialah tindakan bank negara menambah atau mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi. Semasa inflasi, kerajaan akan mengurangkan penawaran wang. Semasa deflasi pula, kerajaan akan meningkatkan penawaran wang. Di antara instrumen dasar kewangan kuantitatif ialah:

Page 22: BAB 4 Sumber Modal

80 

 

i. Operasi Pasaran Terbuka

Kerajaan, melalui Bank Pusat akan menjual atau membeli surat-surat berharga kerajaan kepada orang ramai, syarikat-syarikat dan juga institusi kewangan. Apabila orang ramai membeli surat berharga, mereka akan membayar menggunakan cek at au wang tunai. Oleh itu, kuasa beli masyarakat akan berkurangan, kerana biasanya surat-surat berharga kerajaan mempunyai tempoh matang yang melebihi setahun. Begitu juga jika bank perdagangan membeli surat berharga kerajaan, dana yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai akan berkurang. Maka penawaran wang di dalam ekonomi akan berkurang. Sebaliknya, jika bank perdagangan menjual semula surat-surat berharga ini, penawaran wang dalam ekonomi akan bertambah.

ii. Nisbah Cadangan Minima

Nisbah cadangan minima boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu nisbah cadangan berkanun dan nisbah cadangan tunai. Biasanya bank pusat akan menetapkan peratusan tertentu daripada simpanan pelanggan yang tidak boleh diberi pinjaman oleh bank perdagangan. Sekiranya Bank Pusat mendapati penawaran wang agak banyak dalam pasaran, maka bank pusat boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan nisbah cadangan berkanun atau nisbah tunai yang disimpan. Dengan kenaikan ini, keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman akan terbatas. Nisbah cadangan berkanun disimpan di bank pusat manakala nisbah cadangan tunai disimpan di bank perdagangan.

iii. Mengubah Kadar Bunga dan Kadar Diskaun

Bank pusat boleh mengarahkan semua institusi kewangan untuk mengubah kadar bunga supaya selaras dengan keperluan ekonomi. Institusi kewangan termasuk bank perdagangan juga membuat pinjaman kepada bank pusat untuk membiayai aktiviti mereka. Biasanya bank pusat sebagai sumber pinjaman terakhir. Jika pinjaman diberi, bank pusat akan mengenakan kadar bunga ke atas pinjaman tersebut. Dengan cara ini bank pusat dapat mengawal kadar bunga yang dikenakan kepada institusi kewangan selaras dengan keperluan bekalan wang dalam ekonomi.

Kadangkala bank perdagangan membuat pinjaman kepada bank pusat dengan menjual surat berharga milik bank perdagangan. Apabila bank pusat membeli surat-surat berharga tersebut, ia akan membayar pada harga yang lebih rendah daripada harga yang sebenarnya. Langkah bank perdagangan menjual surat-surat berharga ini kepada bank pusat dinamakan mendiskaunkan surat-surat berharga. Bank pusat akan menetapkan kadar diskaun dalam peratusan tertentu.

Page 23: BAB 4 Sumber Modal

81 

 

Jika Bank Pusat ingin membantu bank perdagangan, ia akan meletakkan kadar diskaun yang rendah, contohnya 5%. Oleh itu 95% tunai adalah milik bank perdagangan. Sebaliknya jika bank pusat ingin menyekat penawaran wang yang berlebihan, ia akan meletakkan kadar diskaun yang tinggi, misalnya 20%, oleh itu 80% tunai adalah milik bank perdagangan. Dengan diskaun yang tinggi, keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman akan terbatas.

iv. Funding

Iaitu langkah bank pusat menjual surat-surat berharga kerajaan yang tempoh matangnya agak panjang, biasanya melebihi 5 tahun. Ini membolehkan bank pusat mengawal penawaran wang dalam tempoh yang agak lama. Sekali gus dapat mengawal perbelanjaan agregat dalam ekonomi.

v. Simpanan Khas/ Rizab Berkanun

Bank Pusat juga boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan simpanan khas mereka yang terdapat di bank pusat. Dengan cara ini, bank pusat dapat menyekat keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

4.10.2 Dasar Kewangan Kualitatif

i. Kawalan Kredit Terpilih

Bagi tindakan ini, bank pusat akan menekankan kepada kawalan pinjaman secara langsung dengan mengenakan sekatan berupa garis panduan, arahan yang tujuannya ialah untuk mempengaruhi haluan pemberian pinjaman. Dengan langkah ini, Bank Pusat bukan sahaja dapat memastikan jumlah bekalan wang dalam ekonomi, malah boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan bank perdagangan khususnya dari segi pinjaman dan pelaburan.

Misalnya, kerajaan galakkan pinjaman diberi kepada sektor industri kecil dan sederhana, sektor industri yang berasaskan pertanian atau pinjaman yang lebih banyak ke sektor yang aktiviti-aktivitinya bertujuan untuk membangunkan masyarakat luar bandar, pinjaman untuk membeli rumah kos rendah, pinjaman kepada peniaga bumiputera, peniaga kecil dan sebagainya. Langkah ini dianggap agak berkesan kerana bank pusat dapat mempengaruhi secara langsung kegiatan bank perdagangan di samping dapat mengawal bekalan wang dalam pasaran.

Page 24: BAB 4 Sumber Modal

82 

 

ii. Pujukan Moral

Pujukan moral ialah merujuk kepada teknik tradisi Bank Pusat yang menggalakkan secara tidak rasmi sambutan sukarela yang positif dari institusi kewangan terhadap dasar yang dianjurkan oleh bank pusat dan kerajaan. Falsafah di bawah pujukan moral terletak di atas andaian bahawa perlaksanaan dasar boleh dijadikan lebih berkesan jika institusi kewangan sendiri mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan. Biasanya bank pusat akan mengadakan pertemuan at au mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan keutamaan-keutamaan kerajaan dalam sistem kewangan.

Bank pusat akan menerangkan arah tuju pinjaman yang sewajarnya diberikan. Oleh itu dalam pujukan moral, kemungkinan arahan-arahan yang dibuat adalah berkaitan dengan perubahan dalam instrumen kuantitatif atau instrumen kualitatif.

Sejak penubuhan Bank Pusat pada 26/01/1959, pengalaman Malaysia mendapati pujukan moral adalah satu strategi yang berkesan apabila ia disokong dengan dasar kewangan kuantitatif.

4.10.3 Dasar Kewangan dan Kesannya ke atas Kegiatan Ekonomi

Klasik dan Keynes mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kesan dasar kewangan ke atas ekonomi. Mengikut Klasik, apabila dasar kewangan dilaksanakan, ia hanya memberi kesan ke atas tingkat harga. Iaitu, jika bekalan wang dinaikkan, hanya harga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya, jika bekalan wang dikurangkan, harga akan turun. Pendapat ini disandarkan kepada Teori Kuantiti Wang Irvin Fisher iaitu:

MV = PY

Dimana M = bekalan wang, V = halaju peredaran wang, P = paras harga dan Y = barang siap dan separuh siap.

Oleh sebab ekonomi diandaikan mencapai guna tenaga penuh (GTP), maka V dan Y juga diandaikan tetap. Oleh itu, jika M naik 20%, harga akan naik 20%. Jika M turun 20%, harga akan turun 20%. Analisa Klasik juga disandarkan kepada Teori Baki Tunai oleh Alfred Marshall iaitu:

Md = kPY

Di mana, Md = permintaan wang, k = peratus tertentu wang yang ingin dipegang oleh orang ramai, P = paras harga dan Y = barang siap dan separuh siap.

Page 25: BAB 4 Sumber Modal

83 

 

Dalam keseimbangan pasaran wang, permintaan wang (Md) = penawaran wang (Ms), oleh itu:

Md = Ms

Ms = kPY

k & Y diandaikan tetap, maka jika M dinaikkan, tingkat harga juga akan naik. Begitu juga jika M turun, harga juga akan turun.

Keynes pula menerangkan perubahan bekalan wang akan mempengaruhi kadar bunga, kadar bunga akan mempengaruhi pelaburan, pelaburan akan mempengaruhi perbelanjaan agregat. Perbelanjaan agregat akan mempengaruhi pendapatan negara. Analisa mengenai perubahan bekalan wang dan kesannya kepada ekonomi boleh diterangkan melalui mekanisme tranmisi Keynes. Mekanisme ini diterangkan dalam rajah yang berikut:

4.10.4 Komponen Bekalan Wang

Bekalan wang boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu wang secara sempit, wang secara luas dan wang secara sangat luas.

1. Wang secara sempit

Bagi ahli-ahli ekonomi, bekalan wang secara sempit disebut M1, yang meliputi dua bentuk wang: mata wang dan deposit permintaan.

(a) Mata wang dalam edaran. Ia meliputi hanya pemegangan wang syiling dan wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Wang syiling dikeluarkan dalam bentuk logam tertentu seperti nikel dan gangsa. Di Malaysia, wang syiling terdapat dalam nilai muka 1 sen, 5 sen, 10 sen 20 sen, 50 sen dan RM1.00. Di samping itu terdapat juga wang syiling yang mempunyai nilai muka yang besar tetapi ia lebih merupakan keluaran khas untuk tujuan peringatan. Komponen wang syiling hanya mer ..pakan bahagian yang kecil daripada keseluruhan bekalan mata wan yang ada. Misalnya pada tahun 1975 peratusnya cuma 5.9% dan pada tahun 1996 juga kecil tetapi meningkat iaitu 10.3% .

(b) Deposit permintaan sektor swasta. Ia merupakan deposit semasa orang persendirian dan sektor swasta di bank-bank perdagangan yang boleh dikeluarkan melalui penggunaan cek. Ia juga dikenali sebagai wang bank (cek). Dari segi kecairan, mata wang dan cek mempunyai taraf kecairan yang sama. Kedua-duanya dapat digunakan secara langsung dalam mu niaga harian.

Page 26: BAB 4 Sumber Modal

84 

 

2. Wang secara luas

Bekalan wang ini disebut M2, atau mudah tunai sektor swasta, yang meliputi M1 dan separuh wang. Separuh wang pula meliputi:

(a) Deposit tabungan dan tetap sektor swasta di bank perdagangan (tidak termasuk

Bank Islam) dan Bank Negara.

(b) Sijil Bank Negara Malaysia yang dipegang oleh sektor swasta.

(c) Sijil Boleh Niaga yang dipegang oleh sektor swasta.

Deposit tabungan dan tetap serta sijil-sijil yang dipegang tidak diterima dalam mus niaga, tidak seperti mata wang dan deposit semasa, sebaliknya ia terpaksa ditukar dahulu kepada wang tunai. Oleh itu ia lebih sesuai sebagai penyimpan nilai kerana sifatnya yang hanya dapat memenuhi sebahagian daripada fungsi wang maka ia dinamakan separuh wang atau wang hampir.

3. Wang secara sangat luas

Bekalan wang ini disebut M3, yang komponennya meliputi:

(a) M2

(b) Deposit tabungan dan deposit tetap sektor swasta di institusi kewangan bukan bank, iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan Bank Islam.

Di samping separuh wang, terdapat nama lanjutan bagi komponen bekalan wang ini yang dinamakan separuh wang secara luas yang meliputi komponen separuh wang ditambah dengan deposit tabungan dan tetap sektor swasta di institusi kewangan bukan bank, iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan juga Bank Islam (iaitu komponen b dalam M3).

Arah aliran bekalan wang sempit di Malaysia menunjukkan kecenderungan relatif deposit semasa (cek) telah bertambah. Sebaliknya mata wang pula telah mula berkurangan melalui masa. Misalnya, bekalan deposit semasa telah bertambah daripada 50.8% pada tahun 1990 kepada 71.9% pada tahun 2000.

4.11 Struktur Institusi Kewangan

Umumnya sistem kewangan yang wujud dalam ekonomi negara pada hari ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu sistem urusan bank dan sistem pengantara kewangan bukan bank (Bank Negara Malaysia, 1979: 61).

Page 27: BAB 4 Sumber Modal

85 

 

4.11.1 Sistem Urusan Bank

Sistem urusan bank mengandungi tiga jenis institusi kewangan, yang kegiatannya di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia sendiri, Bank Perdagangan dan Institusi kewangan bukan bank yang terdiri daripada bank saudagar, syarikat kewangan, pasaran wang dan tukaran asing serta rumah diskaun.

i. Bank Negara Malaysia

Bank Pusat di Malaysia dikenali dengan nama Bank Negara Malaysia. Di negara-negara lain, Bank Pusat dikenali dengan pelbagai nama. Misalnya di Amerika Syarikat dikenali sebagai Federal Reserve Bank, di Sweden, England dan Kanada mengambil nama negara masing-masing iaitu Bank of Sweden, Bank of England dan Bank of Canada.

Sebelum Bank Negara ditubuhkan, urusan bank perdagangan di Malaysia adalah tertakluk di bawah Ordinan Syarikat 1948. Walaupun Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1959 namun kuasanya untuk mengeluarkan mata wang hanya diperoleh pada tahun 1967.

Bank Negara adalah bank kerajaan kerana ia ditubuhkan dan mewakili kerajaan dalam mencorakkan perkembangan ekonomi negara. Ia diberi tanggungjawab untuk mengawal dan mengatur kegiatan-kegiatan badan kewangan, mengawal penciptaan wang oleh sistem bank, dan mengawasi kegiatan memberi pinjaman yang dilakukan oleh bank perdagangan dan badan kewangan lain. Fungsi-fungsi utama Bank Negara Malaysia ialah:

1. Mengeluarkan mata wang. Antara fungsi penting Bank Pusat adalah mencetak wang kertas dan syiling. Bank Negara Malaysia mula diberi kuasa mencetak mata wang pada bulan Jun 1967. Sebelum itu, kuasa mengeluarkan mata wang dijalankan oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo. Unit mata wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara ialah ringgit Malaysia yang terdiri daripada 100 sen, yang sebelumnya dikenali sebagai dollar dan cent.

2. Menjaga nilai ringgit. Untuk menjaga kestabilan ringgit di luar negeri, Bank Negara telah menyimpan sebahagian besar sandaran rizab luar negeri. Pada 1992, rizab luar Bank Negara telah berjumlah lebih RM40 000 juta.

Page 28: BAB 4 Sumber Modal

86 

 

3. Bertanggungjawab terhadap dasar kewangan. Bank Negara bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bekalan wang dan kredit mencukupi bagi memenuhi permintaan ekonomi dalam negeri, tanpa melalui cara-cara yang menekan. Ia mengawal jumlah wang dan pengeluaran kredit bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan.

4. Menjadi bank dan penasihat kewangan kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Negara kepada kerajaan seakan-akan sama seperti yang biasanya dijalankan oleh bank perdagangan kepada pelanggan mereka. Ia menyediakan kemudahan:

(a) Mengurus akaun-akaun kerajaan dari segi menyediakan kemudahan-kemudahan cek, membuat pembayaran bagi pihak kerajaan, melaksanakan perniagaan pertukaran wang asing kerajaan.

(b) Sumber wang kepada kerajaan bagi menampung sebarang kekurangan dalam belanjawan kerajaan. Kemudahan ini diberi dalam bentuk pinjaman sementara yang perlu segera dibayar balik.

(c) Mengurus hutang kerajaan dari segi mendapatkan pinjaman, syarat dan masa pinjaman.

5. Bank kepada institusi kewangan swasta. Bank Negara menjadi bank kepada bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan dan lain-lain institusi.

(a) Menjadi pemeriksa bank dan bukan bank, dari segi dasar pemberian kredit, rancangan pelaburan, kedudukan harta, kualiti pengurusan dan pematuhan terhadap berbagai-bagai keperluan.

(b) Bertanggungjawab menguruskan lesen bank dan bukan bank sebelum memulakan perniagaan.

(c) Berperanan sebagai penyimpan akaun-akaun bank perdagangan dan juga syarikat-syarikat kewangan.

(i) Akaun rizab berkanun yang dikenakan kepada semua bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan yang bertujuan untuk kawalan kewangan.

(ii) Akaun penjelasan yang khusus dikenakan terhadap bank perdagangan, bertujuan untuk membuat penyelesaian dan penjelasan antara bank dalam urusan cek harian mereka.

Page 29: BAB 4 Sumber Modal

87 

 

(d) Menerima lebihan wang tunai bank perdagangan. Di samping menyenangkan, ia juga membolehkan bank-bank beroperasi dengan pegangan wang tunai yang kecil.

(e) Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan dan syarikat -syarikat kewangan dengan menawarkan kemudahan pinjaman terakhir dalam bentuk kredit sementara atau mendeposit.

ii. Bank Perdagangan

Bank perdagangan ialah kumpulan institusi kewangan yang terbesar dan terpenting di Malaysia. Kepentingan mereka terutamanya berpunca daripada penyediaan kemudahan deposit semasa yang membolehkan penggunaan cek. Pada tahun 1940-an dan 1950-an, bank perdagangan merupakan kumpulan tunggal institusi kredit yang paling penting di negeri ini. Kedudukannya sebagai sumber utama pembiayaan perdagangan tidak mendapat saingan. begitu juga dalam hal pengumpulan dana tabungan. Pada tahun 1959 terdapat 26 buah bank (dengan 111 buah cawangan). Pada akhir Julai 1997 daripada 35 bank yang terdapat di Malaysia, 22 adalah bank tempatan. 13 adalah bank asing, dengan jumlah keseluruhan cawangannya sebanyak lebih kurang 1 442 buah.

Antara bank perdagangan tempatan ialah Bank Bumiputra Commerce Berhad, Maybank Berhad, Alliance Bank Berhad, Public Bank Berhad, Perwira Affin Bank Berhad, Southern Bank Berhad, RHB Bank, Arab Malaysian Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, dan EON Bank. Manakala bank perdagangan asing pula ialah Bangkok Bank Ltd, Bank of Amerika, The Bank of Tokyo Limited, Citibank, The Hongkong and Shanghai Banking Corperation. Overseas-Chinese Banking Corporation, Overseas Union Bank Limited, Standard Chartered Bank, dan United Overseas Bank Limited.

Dua fungsi asas bank perdagangan moden ialah meminjam dan memberikan - pinjaman. Deposit yang dilakukan oleh orang ramai di dalam bank secara tidak langsung merupakan pinjaman oleh bank daripada pendeposit. Semakin banyak wang yang didepositkan di bank semakin besarlah hutang bank kepada orang ramai.

Pada umumnya, bank perdagangan menawarkan tiga bentuk akaun kepada pendeposit, iaitu semasa, tabungan, dan tetap.

1. Deposit Semasa: Akaun ini tidak menghasilkan bunga. Bank yang menerima deposit jenis ini tidak menawarkan apa-apa ganjaran kepada pendeposit,

Page 30: BAB 4 Sumber Modal

88 

 

sebaliknya pendeposit dikenakan bayaran perkhidmatan kerana kemudahan buku cek yang dikeluarkan oleh bank.

2. Deposit Tabungan: Akaun tabungan akan menikmati pulangan. Berbeza dengan Bank Islam, oleh sebab bunga jelas ditegah, pulangan bunga telah diganti dengan unsur untung. Konsep bunga yang tetap diganti dengan konsep untung rugi yang berubah-ubah. Dalam hal ini pendeposit adalah sebagai pemodal dan bank sebagai usahawan. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi mengikut persetujuan.

3. Deposit Tetap: Pendeposit dalam akaun ini tidak seperti dalam deposit semasa dan tabungan dari segi kebebasan pengeluaran wangnya. Pendeposit dalam akaun tetap ini terpaksa menunggu beberapa ketika mengikut ketetapan tempoh deposit yang dipilih. Tempoh menunggu ini dinamakan sebagai tempoh matang. Bank Islam tidak menawarkan akaun bentuk ini, sebaliknya dalam bentuk akaun pelaburan dengan pulangannya berbentuk keuntungan. Kadar keuntungan ke atas akaun pelaburan ini akan meningkat dengan peningkatan tempoh kematangan pelaburan.

Daripada wang deposit yang berbagai-bagai ini, bank akan menggunakannya bagi membiayai pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan dengan mengenakan kadar bayaran yang tertentu, iaitu bunga ataupun keuntungan mengikut ideologi bank ataupun menyertai sendiri dalam pelaburan projek-projek ekonomi. Ringkasnya, penggunaan wang bank meliputi pendahuluan dan pinjaman dan pelaburan.

(a) Pendahuluan dan pinjaman: Pemegang deposit semasa boleh mendapatkan kemudahan pinjaman pendahuluan yang jumlahnya melebihi daripada depositnya. Pinjaman ini dikenali sebagai over draf. Dalam Bank Islam, hutang kebajikan mungkin boleh dipertimbangkan bagi pendeposit akaun semasa ini, sebagai menggantikan overdraf. Berbeza dengan hutang kebajikan, overdraf dikenakan bunga sedangkan hutang kebajikan secara prinsipnya bergantung pada keikhlasan orang berhutang untuk memberikan hadiah kepada bank.

(b) Pelaburan: Pelaburan merupakan bentuk penggunaan dana bank yang kedua terbesar selepas pinjaman. Pelaburan bank perdagangan moden sebahagian besarnya terdapat dalam pembelian:

(i) Bil-bil perbendaharaan dan surat-surat jaminan kerajaan.

(ii) Surat-surat jaminan swasta.

Page 31: BAB 4 Sumber Modal

89 

 

Walaupun dinamakan pelaburan, namun sebenarnya adalah pinjaman :ana pulangannya bukan keuntungan tetapi hasil bunga. Bagi Bank Islam, oleh sebab pelaburan dalam bentuk ini menghasilkan bunga, maka Akta Pelaburan Kerajaan 1983 memberikan kemudahan pembelian sijil pelaburan kerajaan sebagai ganti surat-surat jaminan kerajaan dan bil-bil perbendaharaan. Pulangan bagi sijil-sijil ini ialah keuntungan yang dinamakan dividen.

Di samping fungsi-fungsi asas, bank juga memainkan beberapa peranan lain seperti:

(a) Menjadi pemegang amanah barang-barang atau dokumen-dokumen yang berharga bagi seseorang atau sesuatu badan.

(b) Menerima cek, draf atau lain-lain obligasi untuk pelanggan.

(c) Menolong membentuk atau mengumpulkan modal dal, menggerakkan tabungan.

(d) Menjalankan berbagai-bagai fungsi agensi seperti pemungutan dividen dan bunga ke atas sekuriti, bayaran premium insurans, pungutan sewa atau lain-lain perkhidmatan yang diamanahkan.

4.11.2 Institusi kewangan bukan bank

Institusi kewangan bukan bank tidak mempunyai kuasa untuk mewujudkan deposit semasa dan penggunaan cek untuk mengeluarkan deposit tersebut. Antara institusi kewangan bukan bank yang penting ialah syarikat kewangan dan bank saudagar.

1. Syarikat kewangan. Ia merupakan institusi kewangan kedua terpenting dalam ekonomi Malaysia selepas bank perdagangan. Ia adalah persaingan kuat bank perdagangan dalam pengambilan deposit orang ramai. Jenis deposit yang disediakan oleh syarikat ini ialah deposit tabungan dan tetap.

Kegiatan utama syarikat ini ialah pemberian pinjaman. Pinjaman kepada individu digunakan untuk membeli barang-barang pengguna tahar lama seperti alat perabot/ dapur, kenderaan bermotor dan rumah secara kaedah sewa beli.

Pada keseluruhannya, syarikat-syarikat kewangan ini mengenakan kadar bunga pinjaman yang lebih tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka daripada yang dikenakan oleh bank-bank perdagangan. Begitu juga kadar bunga yang ditawarkan oleh syarikat ini kepada pendeposit. adalah lebih tinggi daripada bank perdagangan.

Antara contoh syarikat kewangan ialah Mayban Finance, Arab Malaysian Finance, BCB Kewangan, dan Public Bank Finance.

Page 32: BAB 4 Sumber Modal

90 

 

2. Bank Saudagar. Berbeza dengan bank perdagangan, bank saudagar tidak. memberikan tumpuan deposit daripada orang ran lai. Kegiatannya tertumpu pada urusan bank borong, urusan pasaran wang, menjadi syarikat penasihat dan pembiaya. Bank mendapat upah melalui penyediaan kepakaran tertentu dalam perkhidmatan pembiayaan dan nasihat yang diberikan:

(a) Bertindak sebagai pendaftaran syarikat keluaran dan syer.

(b) Menasihati syarikat atas penyusunan semula atau percantuman syarikat.

(c) Menggalakkan pelaburan baru dan usaha sama.

(d) Menguruskan pinjaman.

(e) Jaminan dan menjalankan kajian-kajian kemungkinan.

Deposit bank saudagar diperoleh daripada bank perdagangan, syarikat kewangan dan pengantara kewangan yang lain. Walaupun kewujudan bank ini dalam ekonomi negara agak baru (sejak 1970) namun dari segi harta, bank ini telah dapat berkembang dengan pesat.

Antara bank saudagar yang terdapat di Malaysia ialah Arab Malaysian Merchant Bank, Asian Bankers Malaysia Bhd., Bumiputra Merchant Bankers Bhd, dan Chartered Merchant Bankers (M) Bhd.

4.12 Sistem Pengantara Bukan Bank

Institusi ini memperoleh wang daripada sumber tertentu (misalnya daripada kerajaan) atau melalui sumbangan caruman masyarakat (misalnya pekerja) yang kemudian meminjamkannya kepada segolongan masyarakat tertentu atau melaburkannya.

Institusi ini terletak secara langsung di bawah kawalan beberapa jabatan atau agensi kerajaan. Secara kasar, institusi pengantara kewangan bukan bank ini boleh dikelompokkan kepada lima kumpulan:

1. Institusi Tabungan (Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama, Bank Pusat Kerjasama, Syarikat-syarikat Kerjasama).

2. Institusi Pembiayaan Pembangunan (Bank Pertanian Malaysia, Bank Pembangunan Malaysia, Syarikat Permodalan dan Kemajuan Perusahaan Malaysia).

Page 33: BAB 4 Sumber Modal

91 

 

3. Kumpulan Wang Simpanan dan Pencen (KWSP, Kumpulan Simpanan Guru-guru, Tabung Angkatan Tentera, PERKESO).

4. Syarikat Insurans dan Takaful (insurans am, keluarga, nyawa).

5. Institusi Kewangan Lain (institusi kredit perumahan, LUTH, Yayasan Pelaburan Bumiputra, Unit Amanah).

4.13 Hutang Kerajaan Persekutuan

Pinjaman merupakan satu sumber yang penting bagi membiayai perbelanjaan kerajaan khasnya perbelanjaan pembangunan. Peminjaman diperlukan apabila hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan. Dalam keadaan ini kerajaan perlu membuat pinjaman daripada individu atau institusi kewangan baik di dalam negeri mahupun luar negeri. Masalah beban hutang kerajaan persekutuan berlaku akibat defisit yang besar dialami pada awal tahun 1980-an. Secara amnya hutang kerajaan Persekutuan terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu (a) Hutang dalam negeri dan (b) Hutang luar negeri.

a. Hutang dalam negeri biasanya merupakan pinjaman jangka pendek dan sederhana yang tempoh pembayaran baliknya singkat. Ia diperoleh daripada orang ramai dan institusi kewangan dalam negeri. Komponen-komponen hutang jangka pendek ini ialah bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan, sijil-sijil pelaburan dan lain-lain bentuk pinjaman dalam negeri. Pemegang-pemegang bil perbendaharaan terdiri daripada Bank Perdagangan, Bank Negara, syarikat diskaun dan lain-lain institusi dalam negeri. Surat jaminan kerajaan diperoleh daripada kerajaan Persekutuan, badan-badan awam, KWSP, BSN, Bank Perdagangan dan syarikat insurans.

b. Hutang luar negeri merupakan pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan daripada institusi kewangan luar negeri. Komponen-komponen hutang luar negeri terdiri daripada pinjaman-pinjaman pasaran, projek, kredit pembekalan dan pembiayaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pinjaman pasaran mengandungi tiga jenis alat pinjaman iaitu nota kadar terapung, pinjaman sindiket dan penerbitan bon didagangkan di pasaran kewangan antarabangsa. Sumber utama pinjaman luar negeri adalah dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Jerman Barat, Bank Dunia, Bank Perdagangan Asia dan Asia Barat. Hutang jangka panjang ini mempunyai tempoh matang lebih daripada setahun.

4.14 Arah aliran hutang kerajaan Persekutuan

Page 34: BAB 4 Sumber Modal

92 

 

Pada akhir 1960-an dan pertengahan 1970-an keadaan ekonomi yang menggalakkan telah menyebabkan kedudukan imbangan pembayaran adalah sederhana dan seterusnya kedudukan hutang kerajaan Persekutuan di tahap yang terkawal. Namun begitu kemelesetan ekonomi yang bermula pada tahun 1970-an yang menggugat pendapatan eksport negara serta faktor-faktor lain telah menyebabkan hutang kerajaan Persekutuan meningkat dengan pesatnya.

Pada 1997 hutang kerajaan Persekutuan menurun 2.1% kepada RM8 8juta (33.5% daripada KNK) dalam tahun 1997 daripada RM89 681 juta (37% daripada KNK) dalam tahun 1996. Ini terutamanya disebabkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan yang kukuh telah membolehkan kerajaan Persekutuan membiayai operasi sepenuhnya dan pada masa yang sama membolehkannya melunaskan beberapa pinjaman yang mahal.

SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan strategi harga maksima dalam Dasar Penstabil Automatik serta menggunakan rajah untuk perbincangan.

2. Bincangkan polisi-polisi yang digunakan dalam strategi harga maksimum oleh pihak kerajaan apabila berlaku lebihan penawaran atau permintaan dan kesan dari pelaksanaan strategi harga tersebut.

3. Bincangkan dasar kewangan kuantitatif seperti Nisbah Cadangan Minimum dan Mengubah Kadar Bunga Dan Kadar Diskaun.

4. Bincangkan Dasar kewangan kuantitatif seperti Operasi pasaran terbuka, Simpanan Khas / Rizab Berkanun, Funding.

5. Bincangkan cukai tarif (dibantu dengan mengguna rajah).

6. Bincangkan dasar kewangan kualitatif.

7. Tunjukkan perbezaan di antara wang secara sempit, wang secara luas

Page 35: BAB 4 Sumber Modal

93 

 

dan wang secara sangat luas dalam komponen bekalan wang.

8. Bincangkan Institusi bukan bank dan peranannya.

9. Bincangkan Jenis Cukai Jualan Advalorem, (dibantu dengan menggunakan rajah).

10. Analisakan kesan perbelanjaan kerajaan ke atas pelaburan, tabungan, kadar bunga dan penggunaan agregat. Perbincangan disokong oleh rajah apabila kerajaan berbelanja secara surplus.

11. Analisakan kesan perbelanjaan kerajaan ke atas pelaburan, tabungan, kadar bunga dan penggunaan agregat. Perbincangan disokong oleh rajah apabila kerajaan berbelanja secara defisit.

12. Bincangkan TIGA (3) cara dalam melaksanakan dasar fiskal diskrisioner serta memberi contoh yang sesuai.

13. Bincang Dan Analisiskan strategi harga minima dalam Dasar Penstabil Automatik dengan menggunakan rajah.

14. Bincangkan polisi-polisi yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam strategi harga minimum apabila berlaku lebihan penawaran atau permintaan dan kesan dari pelaksanaan strategi harga tersebut.

15. Bincang dan membuat perbandingan antara Hutang Luar Negeri Dan hutang di Dalam Negeri.

16. Terangkan secara ringkas Enam (6) tujuan, dasar belanjawan (Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan) diperkenalkan.