Bab 4 tempat kediaman

6
Tempat Kediaman Pengertian Tempat Kediaman Tempat kediaman ialah tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan dan keselamatan. Contoh tempat kediaman ialah rumah ataupun asrama. Jenis Ruang Tempat Kediaman Setiap tempat kediaman mempunyai ruang-ruang tertentu supaya dapat memberi keselesaan kepada ahli keluarga. Tempat kediaman terbahagi kepada tiga jenis ruang iaitu: (a) Ruang sosial (b) Ruang kerja (c) Ruang persendirian Fungsi Ruang Setiap ruang tempat kediaman mempunyai fungsi yang berbeza. Fungsi ruang-ruang tersebut adalah seperti berikut: Ruang Fungsi Contoh Sosial Berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga Melayan tetamu Menjamu selera • Bilik istirahat • Ruang tamu • Bilik makan Kerja Melakukan aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan Menyimpan barang-barang Melakukan kerja-kerj a pembersihan dan penyenggaraan Melakukan kerja-kerja mendobi • Dapur • Stor • Garaj • Tempat mendobi Persendirian Tempat berehat dan menyimpan wardrobe Membersih dan mengemas diri Bilik tidur • Bilik mandi dan tandas Keselesaan Tempat Kediaman Faktor Keselesaan Tempat Kediaman Faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan sesebuah tempat kediaman adalah seperti berikut: 1. Pengudaraan Kedudukan tingkap, pintu dan kekisi membantu pengudaraan di tempat kediaman. Teknologi seperti alat penghaw dingin dan kipas membantu pengudaraan. 2. Pencahayaan Pencahayaan untuk ruang di tempat kediaman boleh diperoleh daripada sumber cahaya matahari dan cahaya lampu. Tingkap, pintu, dan kekisi yang mencukupi membenarkan seberapa banyak cahaya untuk menerangi setiap ruang.Terdapat tiga jenis pencahayaan lampu iaitu: 1.1. Pencahayaan am -Menerangi seluruh ruang tanpa sebarang halangan, seperti lampu pendarfluor dan mentol. 1.2. Pencahayaan tidak langsung - Dihasilkan apabila cahaya yang menghala ke siling dibalikkan ke ruang sekitarnya seperti lampu hiasan dinding dan lampu hiasan siling. 1.3. Pencahayaan terus (langsung) - Dihasilkan daripada cahay lampu yang memancar ke satu arah tertentu sahaja seperti lampu meja. 3. Lantai dan penutup lantai

Transcript of Bab 4 tempat kediaman

Page 1: Bab 4 tempat kediaman

Tempat Kediaman

Pengertian Tempat KediamanTempat kediaman ialah tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan dan keselamatan. Contoh

tempat kediaman ialah rumah ataupun asrama.

Jenis Ruang Tempat KediamanSetiap tempat kediaman mempunyai ruang-ruang tertentu supaya dapat memberi keselesaan

kepada ahli keluarga. Tempat kediaman terbahagi kepada tiga jenis ruang iaitu:(a) Ruang sosial(b) Ruang kerja(c) Ruang persendirian

Fungsi RuangSetiap ruang tempat kediaman mempunyai fungsi yang berbeza. Fungsi ruang-ruang tersebut adalah

seperti berikut:

Ruang Fungsi ContohSosial • Berehat dan berinteraksi antara ahli

keluarga• Melayan tetamu• Menjamu selera

• Bilik istirahat• Ruang tamu• Bilik makan

Kerja • Melakukan aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan

• Menyimpan barang-barang• Melakukan kerja-kerj a pembersihan dan

penyenggaraan• Melakukan kerja-kerja mendobi

• Dapur• Stor• Garaj• Tempat mendobi

Persendirian • Tempat berehat dan menyimpan wardrobe

• Membersih dan mengemas diri

• Bilik tidur• Bilik mandi dan tandas

Keselesaan Tempat Kediaman

Faktor Keselesaan Tempat KediamanFaktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan sesebuah tempat kediaman adalah seperti berikut:

1. PengudaraanKedudukan tingkap, pintu dan kekisi membantu pengudaraan di tempat kediaman. Teknologi seperti alat penghaw dingin dan kipas membantu

pengudaraan.

2. PencahayaanPencahayaan untuk ruang di tempat kediaman boleh diperoleh daripada sumber cahaya matahari dan cahaya

lampu. Tingkap, pintu, dan kekisi yang mencukupi membenarkan seberapa banyak cahaya untuk menerangi setiap ruang.Terdapat tiga jenis pencahayaan lampu iaitu:

1.1. Pencahayaan am -Menerangi seluruh ruang tanpa sebarang halangan, seperti lampu pendarfluor dan mentol.

1.2. Pencahayaan tidak langsung - Dihasilkan apabila cahaya yang menghala ke siling dibalikkan ke ruang sekitarnya seperti lampu hiasan dinding dan lampu hiasan siling.

1.3. Pencahayaan terus (langsung) - Dihasilkan daripada cahay lampu yang memancar ke satu arah tertentu sahaja seperti lampu meja.

3. Lantai dan penutup lantai

Page 2: Bab 4 tempat kediaman

Lantai akan kelihatan lebih menarik jika diberi kemasan yang sesuai. Lantai perlu dibersihkan mengikut jenis dan kemasannya. Ciri lantai yang baik ialah tahan lasak, tidak licin, rata, cantik, dan mudah dibersihkan.

Pemilihan penutup lantai dilakukan mengikut jenis ruang dan fungsinya supaya lebih selesa dan mudah penjagaannya. Pelbagai jenis penutup lantai boleh digunakan untuk menjadikan ruang kelihatan lebih menarik.

4. Skema warnaPemilihan warna yang sesuai akan menambahkan keceriaan ruang sesebuah tempat

kediaman. Skema warna boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu warna lembut, warna terang, dan warna gelap.

Warna KesanWarna lembut:

• Biru muda• Hijau muda• Ungu muda

• Ruang kecil kelihatan lebih besar.• Siling yang rendah kelihatan tinggi.• Suasana lebih sejuk, tenang, dan harmonis.

Warna terang:• Merah• Kuning• Jingga

• Ruang kecil kelihatan besar.• Siling yang rendah kelihatan tinggi.• Suasana ruang ceria.

Warna gelap:• Biru tua• Perang tua• Hijau tua

• Ruang besar kelihatan kecil.• Siling yang tinggi kelihatan rendah.• Suasana ruang tenang dan redup.

5. Alatan dan kelengkapan Pilihan alatan dan kelengkapan mestilah sesuai dengan fungsi dan saiz ruang berkenaan.

Alatan dan kelengkapan terdiri daripada perabot, peralatan elektrik, dan hiasan tambahan.Alatan kelengkapan rumah hendaklah disusun dengan rapi agar tidak mengganggu laluan

atau menghalang peredaran udara. Hiasan tambahan seperti kusyen, langsir, gubahan bunga, dan hamparan akan menambahkan lagi keceriaan ruang.

6. Keselamatan

Keselamatan merupakan faktor yang sangat penting dalam pengurusan tempat kediaman. Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah:

• Susun atur alatan dan kelengkapan tidak menghalang laluan.• Peralatan elektrik dan peralatan yang tajam digunakan dengan cara yang betul dan

disimpan di tempat selamat.• Pastikan jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang supaya dapat mengelakkan kemalangan.• Sediakan alat pemadam api yang perlu diperiksa setiap tahun.

Penjagaan Tempat Kediaman

Pembersihan Tempat KediamanKerja-kerja pembersihan tempat kediaman boleh dilaksanakan sama ada secara harian,

mingguan ataupun berkala.

Alatan Agen Pencuci(a) Penyapu (a) Sabun

• Penyapu rami (b) Detergen• Penyapu lidi (c) Bahan peluntur• Penyapu buluh (d) Pembasmi kuman

(b) Berus

Page 3: Bab 4 tempat kediaman

• Berus dawai• Berus sabut• Berus plastik• Berus tandas• Berus siling

(c) Mop(d) Vakum(e) Penadah sampah

Penjagaan Tempat Kediaman

a) Membersih Ruang Tempat Kediaman1 Pastikan suis kipas dimatikan.2 Tutup atau simpan makanan.3 Gunakan alat dan agen pencuci yang sesuai.4 Pembersihan ruang bahagian atas dilakukan dahulu seperti membersihkan sawang, kipas, dan hiasan dinding.5 Kemudian lakukan pembersihan ruang bahagian bawah seperti menyapu lantai, memvakum permaidani, mengelap tingkap, dan mengemop lantai.6 Lap alatan dan kelengkapan dengan air suam bersabun.

b) Mengemas Ruang Tempat Kediaman1 Buka semua tingkap dan pintu.2 Susun dengan kemas buku, surat khabar, majalah, dan alatan mengikut kesesuaian.3 Mengelap dan menggilap alatan dan kelengkapan tempat kediaman.4 Jemur permaidani yang telah divakum.

c) Menghias Ruang Tempat Kediaman1 Pilih hiasan yang sesuai dengan keperluan, kegunaan, dan saiz ruang.

2 Susun atur perabot mengikut kreativiti agar suasana lebih ceria.3 Hiasan tambahan seperti gubahan bunga, hiasan dinding, cermin dinding, dan bingkai gambar hendaklah sesuai dengan saiz dan fungsi ruang.4 Jenis dan bentuk lampu serta pencahayaan akan mempengaruhi seni hiasan dalam sesebuah ruang.5 Warna hiasan mestilah sesuai dengan skema warna ruang.

d) Membuang SampahUntuk mengekalkan kebersihan tempat kediaman, sistem pembuangan sampah yang betul

perlu dilaksanakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah:1 Sisa makanan berbentuk cecair dibuang ke dalam longkang.2 Sampah berbentuk pepejal hendaklah dibungkus dengan plastik dan dibuang ke dalam tong sampah bertutup.3 Tin-tin kosong dan kaca yang pecah hendaklah ditanam atau dikitar semula.4 Tong sampah dicuci dengan ubat pembasmi kuman dan dijemur di bawah sinaran cahaya matahari.

Page 4: Bab 4 tempat kediaman

e) Mencegah Serangga dan Haiwan Perosak1 Pastikan setiap ruang dan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih dan kemas.2 Makanan hendaklah disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat.3 Alatan memasak dan pinggan mangkuk hendaklah dicuci segera untuk mengelakkan kehadiran serangga dan haiwan perosak.4 Semua almari dan laci makanan mestilah selalu dibersihkan.5 Semua sampah sarap dibuang segera untuk mengelakkan pembiakan serangga dan haiwan perosak.

Susun Atur Alatan dan Kelengkapan

Faktor yang Perlu Diambil Klra Semasa Menyusun Atur Alatan dan Kelengkapan

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyusun atur alatan dan kelengkapan. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:a. Saiz ruang

Pastikan alat dan kelengkapan berpadanan dengan saiz ruang. Susun atur alatan dan kelengkapan yang sesuai akan menjadikan ruang kecil kelihatan lebih luas.

b. Saiz PerabotPemilihan saiz perabot perlu bersesuaian dengan saiz ruang. Pastikan perabot yang diletakkan

di sesebuah ruang sesuai mengikut keperluan dan tidak mengganggu pergerakan.

c. Skema warnaPemilihan warna alatan dan kelengkapan perlu sesuai dengan saiz dan warna sesebuah

ruang. Contohnya jika ruang dapur kecil, kabinet yang dipilih harus berwarna lembut supaya ruang dapur kelihatan luas.

d. KeceriaanKeceriaan sesebuah ruang dapat diwujudkan dengan pemilihan alatan, kelengkapan, hiasan

tambahan, dan skema warna yang sesuai. Warna sofa, langsir, dan kusyen tabur mestilah sesuai dengan warna ruang untuk menceriakan sesebuah ruang.

e. KeselamatanSusun atur alatan dan kelengkapan yang betul atau teliti tidak menghalang laluan dan dapat

mengelakkan kemalangan.

f. Kumpulan ahli keluargaPastikan susun atur alatan dan kelengkapan sesuai dengan kumpulan ahli keluarga seperti

bayi, kanak-kanak, dan orang tua. Susun atur alatan dan kelengkapan hendaklah memberi ruang yang selesa dan selamat untuk pergerakan kanak-kanak dan orang tua.

Menyusun Atur Alatan dan Kelengkapan di Ruang Dapur

Penyusunan alatan dan kelengkapan yang betul dapat menjimatkan masa dan tenaga, memudahkan pergerakan, serta melancarkan kerja di dapur, bagi mengelakkan kemalangan. Oleh itu, kelengkapan serta susun atur alatan perlu sesuai agar keselamatan terjamin.

Page 5: Bab 4 tempat kediaman

Antara alatan dan kelengkapan yang terdapat di ruang dapur ialah meja kerja, peti sejuk, sink, dan dapur.

Alatan dan KelengkapanKedudukanMeja kerja• Diletakkan berhampiran dengan sink, peti sejuk, dan dapur untuk mengurangkan pergerakan.

• Diletakkan pada ketinggian yang sesuai supaya memberi keselesaan semasa bekerja.Sink• Diletakkan berhampiran tingkap untuk

mendapatkan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.• Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya memudahkan kerja

penyediaan makanan.• Diletakkan jauh daripada dapur untuk mengelakkan percikan air.Peti sejuk• Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya menj imatkan masa

dan tenaga semasa proses penyediaan makanan.• Diletakkan jauh dari dapur memasak untuk mengelakkan haba daripada dapur merosakkan peti sejuk.Dapur• Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan semasa memasak.

• Diletakkan jauh dari tingkap dan pintu untuk mengelakkan tiupan angin.• Diletakkan pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja.

Page 6: Bab 4 tempat kediaman

Antara alatan dan kelengkapan yang terdapat di ruang dapur ialah meja kerja, peti sejuk, sink, dan dapur.

Alatan dan KelengkapanKedudukanMeja kerja• Diletakkan berhampiran dengan sink, peti sejuk, dan dapur untuk mengurangkan pergerakan.

• Diletakkan pada ketinggian yang sesuai supaya memberi keselesaan semasa bekerja.Sink• Diletakkan berhampiran tingkap untuk

mendapatkan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.• Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya memudahkan kerja

penyediaan makanan.• Diletakkan jauh daripada dapur untuk mengelakkan percikan air.Peti sejuk• Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya menj imatkan masa

dan tenaga semasa proses penyediaan makanan.• Diletakkan jauh dari dapur memasak untuk mengelakkan haba daripada dapur merosakkan peti sejuk.Dapur• Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan semasa memasak.

• Diletakkan jauh dari tingkap dan pintu untuk mengelakkan tiupan angin.• Diletakkan pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja.