Bab 5

10
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab ini membincangkan mengenai keputusan-keputusan yang diperoleh dalam kajian secara lebih mendalam. Perbincangan ini juga meliputi implikasi ujian terhadap responden kajian. Lanjutan daripada kajian ini juga, beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan. Bab ini diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan untuk kajian ini. Kajian ini telah menjawab persoalan- persoalan kajian yang telah disediakan dalam Bab 1. 5.2 Rumusan Dapatan Kajian Kaedah SSDA telah dipilih dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai. Strategi memainkan peranan yang amat penting

Transcript of Bab 5

Page 1: Bab 5

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai keputusan-keputusan yang diperoleh dalam kajian

secara lebih mendalam. Perbincangan ini juga meliputi implikasi ujian terhadap

responden kajian. Lanjutan daripada kajian ini juga, beberapa cadangan kajian

lanjutan telah dikemukakan. Bab ini diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk

laporan untuk kajian ini. Kajian ini telah menjawab persoalan-persoalan kajian yang

telah disediakan dalam Bab 1.

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

Kaedah SSDA telah dipilih dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi

mencapai matlamat yang ingin dicapai. Strategi memainkan peranan yang amat

penting dalam sesuatu situasi pembelajaran yang telah dirancang agar dapat menarik

minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sampel bagi kajian yang dipilih

adalah seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 di

Sekolah Kebangsaan Juara, Bukit Mertajam. Murid Tahun 4 ini dipilih kerana

mereka tidak menghadapi Ujian 1 yang telah dijalankan di awal tahun.

Page 2: Bab 5

Pembentukan kumpulan sama ada kawalan atau rawatan adalah berdasarkan

kelas yang sedia ada di sekolah ini. Kumpulan kawalan terdiri daripada murid-murid

yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional manakala kumpulan rawatan

pula mengikuti kelas intervensi menggunakan kaedah SSDA. Kajian ini bertujuan

untuk menentukan tahap keberkesanan kaedah SSDA terhadap prestasi murid dalam

Bahasa Melayu Tahun 4.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Aspek utama yang diberi penekanan dalam kajian ini adalah untuk melihat

keberkesanan kaedah SSDA terhadap prestasi murid dalam Bahasa Melayu Penulisan

C Tahun 4. Dapat kajian adalah seperti yang berikut:

5.3.1 Dapatan 1 : Perbandingan Prestasi

Kajian mendapati bahawa kaedah SSDA telah menunjukkan peningkatan

pencapaian murid yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kaedah

pembelajaran tradisional bagi Bahasa Melayu Penulisan C. Hal ini dapat

dilihat berdasarkan perbandingan min bagi markah ujian pra dan ujian pos

yang dijalankan bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan. Min ujian

pos bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding min skor

kumpulan kawalan yang mana min masing-masing ialah 67.25 dan 50.75. Ini

menunjukkan pelaksanaan kaedah SSDA mempunyai kesan yang baik

terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan C.

52

Page 3: Bab 5

5.3.2 Dapatan 2 : Kesan Terhadap minat

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kaedah SSDA yang digunakan dapat

menghasilkan skor sikap positif murid yang lebih tinggi berbanding murid

yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Hal ini menunjukkan

bahawa pembelajaran menggunakan kaedah SSDA dapat merangsang minat

mereka terhadap penulisan membuat ulasan Bahasa Melayu. Di samping itu

juga, kaedah SSDA ini dapat memupuk dan meningkatkan tumpuan serta

prestasi murid bagi mempelajari bidang penulisan.

5.3.3 Dapatan 3 : Kesan Terhadap Motivasi

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah SSDA yang digunakan dapat

memotivasikan murid berbanding murid yang menggunakan kaedah

pembelajaran tradisional. Hasil kajian ini juga menunjukkan kaedah SSDA

mempunyai kesan yang baik dalam meningkatkan motivasi murid untuk

belajar dan menyiapkan penulisan yang diberikan oleh guru berbanding murid

yang menggunakan kaedah tradisional.

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan murid yang menggunakan kaedah SSDA dalam

membuat ulasan memperoleh pencapaian, sikap dan minat yang lebih tinggi dan

signifikan berbanding dengan murid yang menggunakan kaedah pembelajaran

tradisional. Implikasi daripada dapatan kajian ini membuktikan bahawa kaedah

53

Page 4: Bab 5

SSDA boleh digunakan sebagai salah satu alternatif kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang diamalkan oleh kebanyakan guru pada masa kini. Dapatan kajian

ini menyokong kajian Clark, Gustkry dan Bennings (1983), yang mengatakan

bahawa pemboleh ubah utama kajian ialah motivasi dan kesannya terhadap murid.

Kumpulan murid yang menggunakan kaedah SSDA, menunjukkan prestasi yang

tinggi, kurang ketidakhadiran dan lebih bermotivasi terhadap pembelajaran.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, perlulah mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajaran khusus bagi menarik minat murid dalam mempelajari

kemahiran membuat ulasan. Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu dianggap

sebagai subjek yang mudah dan remeh. Pandangan seperti ini perlu diubah daripada

minda murid agar mereka mampu menghadapi cabaran dunia globalisasi dan

teknologi yang pesat membangun ini. Guru perlu mengaplikasikan kaedah SSDA

kerana kaedah ini telah diuji dan terbukti dapat membantu dalam peningkatan

pencapaian dan prestasi murid.

Kaedah SSDA juga didapati selaras dengan pendekatan keperluan Kurikulum

Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun

begitu, tidak seharusnya guru perlu menggunakan kaedah SSDA ini sepanjang masa

pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan kesempatan yang ada untuk

membuat persediaan dan mencari kaedah yang bersesuaian dengan murid.

54

Page 5: Bab 5

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Hasil kajian ini telah dapat memberikan gambaran tentang keberkesanan kaedah

SSDA berbanding kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu Penulisan C. Generalisasi kajian ini adalah bergantung kepada

batasan kajian yang terhad. Oleh yang demikian, kajian selanjutnya adalah

diperlukan bagi meningkatkan dan memperbaiki hasil kajian ini. Antara cadangan

yang perlu diberi perhatian termasuklah :

a) Menggunakan sampel yang lebih besar dan meluas. Kajian ini telah

dijalankan terhadap 40 orang murid sahaja. Maka, hasil kajian ini tidak

dapat diguna pakai bagi populasi lain dan persekitaran yang berbeza.

Bilangan sampel yang lebih ramai dan besar diperlukan untuk memberi

gambaran sebenar tentang hasil dapatan kajian.

b) Kajian ini hanya diaplikasikan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu

Penulisan C sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini mungkin tidak sesuai

digeneralisasikan kepada mata pelajaran lain.

c) Latar belakang sosioekonomi yang berbeza juga mempengaruhi data

kajian ini. Murid yang datang daripada keluarga yang berpendapatan

rendah kurang memberi perhatian semasa kajian ini dijalankan. Mereka

juga kurang mendapat latihan tambahan seperti murid lain yang lebih

berkemampuan. Oleh itu, kriteria pemilihan murid juga perlu diambil kira

bagi mendapatkan data yang lebih tepat bagi kajian di masa akan datang.

55

Page 6: Bab 5

d) Aspek lain yang perlu diambil perhatian ialah sejauh mana kemampuan

murid dalam mengaplikasikan kaedah SSDA dalam pembelajaran

mereka.

5.6 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan bagi menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran SSDA

terhadap pencapaian, sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu

Penulisan C. Berdasarkan reka bentuk kuasi-eksperimen yang dijalankan terhadap 40

orang murid, dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian, sikap dan minat

murid yang menggunakan kaedah ini lebih tinggi berbanding murid yang

menggunakan kaedah tradisional.

Hasil kajian ini boleh memberikan idea kepada guru untuk lebih kreatif dan

berinovasi dalam merancang sesi pengajaran. Adalah diharapkan, kaedah

pembelajaran SSDA dapat diamalkan supaya sikap dan minat murid dalam

mempelajari kemahiran membuat ulasan dalam Bahasa Melayu Penulisan C dapat

dipertingkatkan dan seterusnya membolehkan murid-murid mencapai keputusan

yang cemerlang dalam Bahasa Melayu Penulisan.

56