Bab 5

8
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam melaksanakan sesebuah kajian, perancangan yang rapi dan teliti perlu dirancang oleh pengkaji agar kajian yang dijalankan dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan agar kajian yang dijalankan lebih berkualiti. Sepanjang 12 minggu menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan Model Kurt Lewin sebagai panduan dan rujukan. Terdapat empat langkah yang berbentuk lingkaran di dalam model ini, iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Berikut merupakan tindakan yang telah dilakukan oleh pengkaji sepanjang tempoh kajian.

description

TESIS

Transcript of Bab 5

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKANDalam melaksanakan sesebuah kajian, perancangan yang rapi dan teliti perlu dirancang oleh pengkaji agar kajian yang dijalankan dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan agar kajian yang dijalankan lebih berkualiti. Sepanjang 12 minggu menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan Model Kurt Lewin sebagai panduan dan rujukan. Terdapat empat langkah yang berbentuk lingkaran di dalam model ini, iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Berikut merupakan tindakan yang telah dilakukan oleh pengkaji sepanjang tempoh kajian.

Rajah 2 Model Kurt Lewin (Lingkaran 1)

18

Perancangan (Minggu 1 Minggu 5) Pada peringkat perancangan, pengkaji telah memperuntukkan lima minggu bagi merancang kajian yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, pada minggu 1 dan 2, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 semasa belajar sains melalui sesi perbincangan dengan guru-guru sains yang lain. Hasil daripada perbincangan tersebut, didapati murid-murid Tahun 5 ini mengalami masalah kurang minat untuk belajar sains serta pencapaian mereka dalam subjek Sains amat lemah. Dalam tempoh ini juga pengkaji telah mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi menangani masalah ini.Pada minggu berikutnya iaitu minggu 3, pengkaji menentukan objektif penyelidikan serta membentuk soalan penyelidikan dengan merujuk kepada pensyarah penasihat. Manakala pada minggu 4, pengkaji telah mengenal pasti instrumen pengumpulan data yang sesuai dan berkesan untuk digunakan bagi mengumpul data bagi kajian ini. Pada masa yang sama pengkaji juga telah membina soalan tugasan projek untuk diedarkan kepada murid-murid (Lampiran H).Seterusnya, pada minggu 5 pengkaji membina item bagi setiap instrumen pengumpulan data yang digunakan iaitu soalan praujian, soalan pascaujian, item temu bual dan item soal selidik. Bagi memastikan item yang dibina mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan, pengkaji telah berjumpa pensyarah penasihat bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai item-item tersebut. Pada masa yang sama, penambahbaikan terhadap item-item tersebut turut dijalankan.

Tindakan (Minggu 6 Minggu 7)Pada fasa tindakan iaitu minggu 6 pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran topik Kemandirian Spesies Haiwan secara tradisional iaitu menggunakan kaedah chalk and talk selama 45 minit. Selepas murid-murid mempelajari topik ini secara tradisional, mereka dikehendaki untuk menjawab soalan praujian yang telah disediakan oleh pengkaji (Lampiran B).Seterusnya pada minggu 7, murid-murid diedarkan soalan tugasan projek buku skrap yang perlu mereka laksanakan. Kemudian, mereka dikehendaki untuk bergerak ke pusat sumber bagi mencari bahan-bahan bagi menjayakan projek ini. Pada masa yang sama, pengkaji turut memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi murid untuk mencari bahan yang sesuai dalam melaksanakan projek tersebut. Pada minggu ini, 4 waktu mata pelajaran dihabiskan di pusat sumber bagi mencari maklumat untuk menghasilkan buku skrap.

Pemerhatian (Minggu 8 Minggu 10 )Pada minggu 8, murid murid sekali lagi dikehendaki untuk menjawab pascaujian berkaitan topik Kemandirian Spesies. Soalan ujian pasca ada sama dengan soalan ujian pra. Namun bagi mengelakkan murid menhafal jawapan, pengkaji telah mengubah kedudukan soalan-soalan tersebut. Disamping itu, pada minggu 8 juga, kesemua murid diedarkan borang soal selidik untuk mengetahui sejauh mana minat mereka dalam topik Kemandirian Spesies Haiwan. Terdapat 8 soalan yang diberikan kepada murid-murid untuk menilai tahap minat mereka. Soalan soal selidik yang digunakan adalah berbentuk soalan tertutup dichotomous dan skala yang digunakan adalah ya/tidak. Pada minggu itu juga, pengkaji membuat analisis terhadap data yang diperoleh daripada kaedah praujian, pascaujian dan soal selidik.Seterusnya, pada minggu 9 seramai empat orang murid dipilih secara rawak untuk ditemu bual bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kaedah projek buku skrap yang digunakan. Pengkaji memilih dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki untuk ditemu bual bagi menjawab soalan kajian yang kedua iaitu Adakah penggunaan kaedah projek buku skrap dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik Kemandirian Spesies haiwan ?. Dalam sesi temu bual yang dijalankan, terdapat empat soalan yang diajukan kepada murid secara separa-terbuka. Sesi temubual yang dijalankan telah direkod menggunakan pita rakaman.Selepas sesi temu bual dijalankan, pada minggu 10 pengkaji membuat transkrip berkenaan temu bual tersebut. Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh murid, pengkaji juga membuat analisis terhadap transkrip tersebut bagi mengenalpasti kod dan tema yang sesuai.

Refleksi (Minggu 11 Minggu 12) Proses terakhir dalam Model Penyelidikan Kurt Lewin ialah fasa refleksi, dalam fasa ini pengkaji menggunakan tempoh masa ini untuk membuat hubungkait antara keputusan kajian yang diperoleh dengan merujuk kembali pada kajian lepas serta teori-teori pembelajaran yang berkaitan bagi membuktikan keberkesanan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains terutamanya dalam topik Kemandirian Spesies Haiwan. Dalam pada itu, pengkaji turut mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan bagi kajian yang dilakukan untuk dijadikan sumber bagi menyiapkan refleksi kajian. Sekiranya terdapat perubahan dalam kajian yang dijalankan, pengkaji akan menyambung kajian ini pada lingkaran kedua.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji sepanjang tempoh 12 minggu di sekolah dapat dirumuskan dalam Jadual 1.Jadual 1 Tindakan yang dijalankan sepanjang penyelidikan

MasaAktiviti

Minggu 1Mengenal pasti masalah yang dihadapi murid Tahun 5.

Minggu 2Mengenal pasti kaedah untuk menangani masalah.

Minggu 3Menentukan objektif kajian tindakan, membentuk soalan kajian.

Minggu 4Mengenal pasti instrumen pengumpulan data dan membina soalan tugasan projek.

Minggu 5Membina item borang selidik, item ujian dan item temu bual serta melaksanakan penambahbaikan terhadap item tersebut.

Minggu 6Sesi pengajaran dan pembelajaran topik Kemandirian Spesies Haiwan secara tradisional dan murid-murid menjalani praujian.

Minggu 7Murid diedarkan soalan tugasan projek serta menjalankan projek buku skrap.

Minggu 8Murid menduduki pascaujian dan menjawab soalan soal selidik.

Minggu 9Menjalankan sesi temu bual.

Minggu 10Membuat transkrip dapatan temu bual.

Minggu 11Menyiapkan rumusan kajian serta mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta cadangan penambahbaikan bagi kajian yang dijalankan.

Minggu 12

17