BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5...

10
1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep ketuhanan dalam kepelbagaian agama berdasarkan pandangan agama masing-masing. ( PLO1:C2) 2. Menghuraikan bentuk ketuhanan agama masing-masing melalui penulisan dan pembentangan tugasan. (PLO3 : P2) 3. Mematuhi nilai baik yang diperolehi dari kepercayaan ketuhanan dalam agama masing-masing melalui penglibatan aktiviti dan pelaksanaan tugasan .(PLO8:A3) ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan Agama lahir seiring dengan penciptaan manusia kerana agama adalah satu keperluan kepada manusia yang membawa manusia kepada mengenali Tuhan. Perbincangan ketuhanan pastinya menyentuh ketuhanan dalam agama-agama yang wujud di dunia sama ada agama samawi mahupun agama budaya. Antara ketuhanan agama besar yang akan dibincangkan adalah agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh. Perbezaan amat jelas antara ketuhanan agama samawi dan agama budaya. Agama samawi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan bentuk ketuhanan monotesime mutlak manakala agama budaya pula mempunyai bentuk ketuhanan yang pelbagai. 2.0 Agama Islam 2.1 Latarbelakang Agama Islam

Transcript of BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5...

Page 1: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

1

BAB 5

KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep ketuhanan dalam kepelbagaian agama berdasarkan

pandangan agama masing-masing. ( PLO1:C2)

2. Menghuraikan bentuk ketuhanan agama masing-masing melalui penulisan dan

pembentangan tugasan. (PLO3 : P2)

3. Mematuhi nilai baik yang diperolehi dari kepercayaan ketuhanan dalam agama

masing-masing melalui penglibatan aktiviti dan pelaksanaan tugasan .(PLO8:A3)

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

Agama lahir seiring dengan penciptaan manusia kerana agama adalah satu keperluan

kepada manusia yang membawa manusia kepada mengenali Tuhan. Perbincangan

ketuhanan pastinya menyentuh ketuhanan dalam agama-agama yang wujud di dunia

sama ada agama samawi mahupun agama budaya. Antara ketuhanan agama besar

yang akan dibincangkan adalah agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh.

Perbezaan amat jelas antara ketuhanan agama samawi dan agama budaya. Agama

samawi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan bentuk ketuhanan monotesime

mutlak manakala agama budaya pula mempunyai bentuk ketuhanan yang pelbagai.

2.0 Agama Islam

2.1 Latarbelakang Agama Islam

Page 2: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

2

Agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap

kepada agama samawi yang terdahulu yang telah diturunkan kepada para rasul

sebelumnya bermula dari nabi Adam AS sehingga nabi Isa AS. Diturunkan oleh Allah

S.W.T kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS. Wahyu pertama

diterima pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masehi di Gua Hira‟, Jabal Nur

(Bukit Cahaya). Allah S.W.T menurunkan wahyu berterusan selama 23 tahun. Selepas

kewafatan Nabi Muhammad S.A.W wahyu tersebut dikumpul, ditulis dan dibukukan

secara sistematik oleh para sahabat.

2.2 Ketuhanan Menurut Agama Islam

Ketuhanan dalam agama Islam dijelmakan dalam kalimah syahadah yang

menjadi tonggak keislaman seseorang. Dalam kalimah syahadah iaitu “Tiada Tuhan

melainkan Allah” terkandung konsep tauhid. Sebagaimana agama samawi yang

terdahulu, ketuhanan berbentuk tauhid menjadi intipati akidah yang menentukan bentuk

ibadah dan akhlak penganutnya. Tauhid bermaksud kepercayaan bahawa Allah SWT

adalah Tuhan yang Maha Esa, yang wajib disembah, menjadikan, memiliki dan

mentadbir alam serta seluruh isinya, tiada makhluk lain yang serupa denganNya.

Umat Islam diajar mengenal Allah S.W.T melalui kefahaman terhadap nama-

nama (asma‟) dan sifat-sifat Allah S.W.T yang Maha Agung dan Maha Sempurna.

Memahami dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah S.W.T dan mengenal

kebesarannya melalui makhluk ciptaanNya yang terdapat di alam ini . Terdapat

sembilan puluh sembilan nama, 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil bagi Allah S.W.T

yang wajib diketahui dan difahami oleh seorang muslim.

Allah S.W.T merupakan Tuhan yang berhak dan wajib disembah dan dalam

pengibadatan serta permohonan kepadaNya tanpa memerlukan perantaraan. Allah

S.W.T Maha Pengasih dan Penyayang yang Maha Mendengar akan setiap permintaan

hambaNya.

Page 3: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

3

Ketuhanan dalam agama Islam berbentuk Monoteisme Mutlak iaitu mempercayai

dan menyembah Allah S.W.T, Tuhan yang Esa.

3.0 Agama Kristian

3.1 Latarbelakang Agama Kristian

Secara umumnya, agama Kristian merupakan agama yang dikembangkan dari agama

yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Oleh itu ia juga dikenali sebagai agama Isa yang

disebarkan dalam kalangan orang Romawi. Nama agama Kristian mengambil nama

Jesus iaitu nama Nabi Isa A.S yang telah diberikan oleh pengikutnya.

Jesus merupakan putra Maryam binti Imran, berketurunan Bani Israel dan

Galilea daripada keturunan Nabi Daud A.S. Dalam agama Islam, Jesus dikenali sebagai

Isa Ibn Maryam atau al-Masih yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membawa Bani

Israel beriman kepada Allah S.W.T.

Islam menyatakan bahawa Nabi Isa telah diangkat ke langit selepas baginda

diselamatkan dari hukuman mati disalib. Manakala penganut Kristian percaya bahawa

Jesus Kristus telah mati disalib dan kematiannya dianggap suci kerana menjadi

penebus dosa umat manusia.

Menurut sejarah, orang Romawi sebelum kedatangan agama Kristian, mereka

menganuti agama yang mempunyai unsur agama Yunani. Orang Yunani mempercayai

bahawa alam ini telah dicipta oleh para dewa. Bagi agama ini, dewa dewi disamakan

dengan manusia iaitu mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. Kelebihan mereka hanya

dari segi kesempurnaan kejadian dan mempunyai kuasa yang luar biasa. Kepercayaan

lama ini sedikit sebanyak wujud dalam akidah dan amalan agama Kristian seperti

kepercayaan kepada Tritunggal, Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak.

Page 4: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

4

3.2 Ketuhanan Menurut Agama Kristian

Secara umumnya konsep ketuhanan dalam agama Kristian pada mulanya

berbentuk monoteisma mutlak. Seterusnya ia dikembangkan oleh pemimpin-pemimpin

gereja menjadikan sebahagian besar penganut Kristian berpegang kepada konsep

Triniti iaitu:

a. Tuhan bapa yang merupakan Pencipta sekalian alam yang ada di Syurga.

b. Anak Tuhan iaitu Jesus merupakan Tuhan atau firman yang hidup bersama-

sama manusia yang datang ke dunia sebagai „juruselamat‟. Mengikut Kristian,

Jesus mati disalib di atas kayu palang. Kematian beliau sebagai korban untuk

menebus dosa manusia.

c. Ruhul kudus iaitu „Roh Allah‟ yang boleh masuk ke dalam peribadi orang suci.

Dalam Kristian, penyaliban Jesus juga merupakan salah satu pokok

keimanannya. Seseorang belum menjadi Kristian sekiranya tidak mengimani Triniti dan

penyaliban Jesus. Penyaliban Jesus salah satu daripada rukun iman yang mutlak,

maka lambang kayu salib diletakkan ditempat yang penting dalam Kristian. Setiap

orang Kristian memuliakan salib dan ia diletakkan di dalam gereja serta dijadikan pusat

penumpuan. Oleh itu salib amat penting kedudukannya dalam kalangan penganut

Kristian.

4.0 Agama Hindu

4.1 Latarbelakang Agama Hindu

Agama Hindu dikatakan antara agama tertua di dunia sebagaimana agama

seangkatan dengannya seperti agama Mesopotamia dan agama Yunani. Walau

bagaimanapun tiada catatan yang menunjukkan tarikh atau tahun sebenar agama

Hindu lahir. Diberi nama sempena nama Sungai Sindus (Indus) iaitu tempat asal

Page 5: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

5

penganutnya. Ia telah dibawa dan diperkenalkan oleh Bangsa Arya yang datang dari

daerah Asia tengah ke lembah sungai Sindu.

Dalam catatan sejarah, tidak ditemui individu yang mengaku sebagai pencipta

atau pengasas agama Hindu. Malah agama Hindu termasuk dalam agama ciptaan

manusia. Catatan-catatan sejarah silam juga menunjukkan tidak ada penganut agama

Hindu yang mengetahui siapa pengasas agama ini.

4.2 Ketuhanan Menurut Agama Hindu

Dalam agama Hindu Tuhan disebut sebagai Brahma iaitu nama Tuhan Tunggal

yang wujud dengan sendirinya, Maha Esa dan Maha Kuasa yang bersifat azali, tiada

awal dan tiada akhir, yang menciptakan dan menjadi asal dari sekalian alam.

Bagaimanapun dengan beredarnya masa, terdapat penganut Hindu yang telah

mengubah kepercayaan ketuhanan yang satu kepada kepercayaan berbentuk trimurti

atau bertuhan tiga. Mereka memberi nama kepada tuhan yang tiga berdasarkan

tugasnya masing-masing. Trimurti terdiri dari:

a. Brahma iaitu tuhan yang mencipta

b. Visynu iaitu tuhan yang memelihara

c. Siva iaitu tuhan yang memusnah

Menurut Agus Hakim (1979), apabila diperhatikan dalam kitab Veda, kitab suci

agama Hindu, tidak ada dinyatakan Tuhan yang berbilang, hanya menyatakan

ketuhanan Brahma semata-mata. Vishnu dan Siva ada dinyatakan tetapi bukan

sebagai Tuhan, ia lebih cenderung dinyatakan sebagai sifat Tuhan. Visynu adalah sifat

kasih sayang dan memelihara, siva pula sifat maha kuasa dan memusnahkan. Terdapat

dalam kalangan pendeta telah mengkhayalkan dalam fikiran mereka untuk meletakkan

kedua sifat tuhan itu sebagai tuhan yang ke dua dan ketiga.

Oleh itu ditemui di kuil-kuil agama Hindu patung-patung yang menggambarkan

Trimurti. Patung Brahma yang mempunyai empat muka dan empat tangan dan di

sisinya terdapat dua patung iaitu tuhan Visynu dan Siva.

Page 6: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

6

Akhirnya, pada hari ini ketuhanan dalam agama Hindu agak sukar untuk

dijelaskan kerana ia telah berubah dan mempunyai berbagai bentuk dan sumber.

Apabila muncul satu bentuk aliran yang disebut sebagai perbilangan maka ketuhanan

dalam agama Hindu didapati berbentuk politeisma iaitu mempercayai banyak tuhan.

Mempercayai setiap satu kekuatan tabi‟ie seperti air, api, sungai, gunung dan lain-lain

boleh memberi faedah atau membahayakan. Semuanya dianggap mempunyai roh dan

jiwa. Oleh itu perlu dipuji serta didekati melalui perbuatan-perbuatan ibadah dan

persembahan korban. Akhirnya wujudnya kepercayaan kepada tuhan dan dewa yang

berbilang yang memberi kesan dalam kehidupan manusia. Antara nama-nama tuhan

yang terkemuka iaitu Varuna di langit, Indra di udara dan Agni di bumi.

5.0 Agama Buddha

5.1 Latarbelakang Agama Buddha

Buddhisme merupakan aliran keagamaan yang diasaskan oleh Sidharta dan

dikembangkan pada abad ke 6 Masehi S.M. Sidharta Gautama telah dilahirkan pada

563 S.M. adalah seorang putra raja. Semasa beliau dilahirkan, seorang pendeta

menyatakan bahawa beliau merupakan utusan dewa yang kelak akan menjadi

pemimpin dan petunjuk bagi semua makhluk menolong segenap rohani manusia

daripada samsara (sengsara). Firasat tersebut membayangkan Sidharta akan menjadi

seorang ahli agama. Justeru ayahandanya mengawal pergerakan beliau kerana beliau

berhasrat supaya Sidharta akan menjadi seorang raja bagi meneruskan pemerintahan

Kerajaan Kosala.

Walau bagaimanapun suatu ketika semasa beliau keluar berburu beliau telah

menyaksikan beberapa keadaan manusia di luar istana. Kesakitan, tua, kematian dan

kemiskinan dilihat telah menjadikan seseorang hidup dalam kesengsaraan. Hatinya

menjadi amat sedih menyebabkan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan

istana dan tidak memberi penumpuan kepada kehidupan untuk menjadi pembesar

Page 7: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

7

negara. Pengembaraannya telah membawa beliau menemui ramai pendeta, hidup

bertapa dalam hutan tanpa makan, minum dan tempat tinggal yang selesa. Beliau

berusaha mencari sesuatu yang dirasakan kurang dalam kehidupannya iaitu

mendapatkan makna hakikat nikmat hidup. Dalam pengembaraan itu juga Sidharta

telah mengunjungi biara untuk mendapatkan jawapan kepada pencarian tersebut.

Penganut Buddha mempercayai kesungguhan Sidharta memberi penumpuan

pemikiran terhadap mencari jawapan kepada makna hakikat nikmat hidup bertahun

lamanya menyebabkan beliau mendapat Bhodi iaitu satu tahap ilmu pengetahuan yang

tinggi dan sempurna serta mendapat jalan untuk melepaskan diri dari kekangan karma.

Terdapat dua pandangan mengenai asal nama agama Buddha. Ada pandangan yang

menyatakan nama agama Buddha diambil dari perkataan Bhodi merujuk kepada tahap

pencapaian tersebut. Terdapat juga pandangan yang menyatakan nama agama

Buddha diambil sempena nama pokok Bodhi, iaitu pokok tempat beliau berteduh untuk

bermeditasi dan berjaya mencapai makna kebahagiaan dan kegembiraan hidup.

Akhirnya Sidharta telah menyebarkan fahaman dan ajaran Buddha kepada pelajarnya

dan ia berkembang sehingga hari ini.

5.2 Ketuhanan Menurut Agama Buddha

Agama Buddha mempunyai hubungan erat dan persamaan dengan agama

Hindu dari aspek prinsip-prinsipnya kerana sepanjang pengembaraan Sidharta beliau

telah bertemu dengan pendeta-pendeta yang menganut agama Hindu. Bagaimanapun

dalam agama Buddha konsep ketuhanan tidak dibincangkan sebagaimana dalam

agama Hindu kerana agama Buddha tidak bertitik tolak dari Tuhan, hubunganNya

dengan alam serta seluruh isinya. Ia lebih memberi tumpuan kepada aspek etika dan

ajaran-ajaran moral.

Walau bagaimanapun pengkaji agama melihat, dalam agama Buddha terdapat

kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib. Kepercayaan ini dianggap sebagai

pengganti kepada konsep ketuhanan . Antaranya:

Page 8: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

8

a. Konsep Nirvana dianggap pencapaian tertinggi dalam kehiudpan manusia dan

perlepasan diri dari segala penderitaan dapat melihat segala rahsia kewujudan

dalam, punca-punca kehidupan semula di dunia dan penderitaan. Orang yang

mencapai Nirvana telah menjadi Buddha. Pada tahap ini seorang Buddha

mempunyai berbagai-bagai kuasa ghaib. Konsep ini dianggap sebagai pengganti

kepada konsep ketuhanan yang mempunyai kuasa ajaib dan amat berkuasa.

b. Kepercayaan terhadap roh dan hantu. Percaya manusia yang jahat apabila mati

akan hidup semula sebagai hantu.

c. Konsep dewa-dewa. Penganut Buddha juga mempercayai kewujudan dewa-

dewa yang banyak bagi menjelaskan perkara-perkara di luar kebiasaan yang

wujud di dunia.

6.0 Agama Sikh

6.1 Latar belakang Agama Sikh

Agama Sikh dicipta oleh seorang bernama Guru Nanak dan gurunya, Kabir.

Agama ini telah dianuti oleh penduduk di utara India berhampiran Pakistan yang

dikenali sebagai daerah Punjab. Agama ini dilihat mempersatukan pelbagai unsur dua

agama besar di India iaitu Islam dan Hindu serta tambahan-tambahan oleh Guru Nanak

dan tokoh-tokoh yang mendahuluinya.

Guru Nanak dilahirkan dalam keluarga berbangsa Hindu yang menerima

pengaruh Islam. Beliau banyak terpengaruh dengan ajaran dan sajak ciptaan Kabir

seorang yang banyak belajar tentang Islam dan Hindu.

6.2 Ketuhanan Menurut Agama Sikh

Ajaran yang dibawa oleh Guru Nanak adalah berteraskan keesaan Tuhan. Beliau

menentang keras kehidupan berkasta dalam kalangan orang Hindu. Nama Tuhan

adalah Nam. Nam mempunyai banyak sifat. Tuhan ini terdiri daripada dua aspek iaitu

Page 9: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

9

Tuhan Nirguna dan Tuhan Sirguna. Sifat Tuhan Nirguna menyamai sifat Tuhan dalam

kepercayaan Islam. Manakala Tuhan Sirguna pula menyerupai Tuhan yang disembah

oleh penganut agama Hindu. Namun, Tuhan yang disembah oleh penganut agama Sikh

hanyalah Tuhan Nirguna.

Dalam penciptaan, Tuhan Nirguna dipercayai menghasilkan dua perkara

daripada dirinya. Pertama adalah bunyi abadi yang dikenali dengan nama Shabada dan

yang kedua adalah cahaya Jot. Daripada kedua benda ini lahir Tuhan Sirguna.

Seterusnya, Tuhan Sirguna mencipta seluruh makhluk dengan menggunakan dirinya.

Oleh itu, Tuhan Sirguna menjelma atau wujud dalam setiap kejadian dan makhluk.

Dalam rumah ibadat agama Sikh tidak ada berhala kerana ajarannya melarang

penyembahan berhala. Titik pusat bagi rumah ibadat ialah buku suci (Adi Granth) yang

dibaca dengan irama dan nada yang indah. Kitab Adi Granth menjadi petunjuk kepada

penganut agama Sikh dan penyambung kepada perkembangan agamanya yang

mempunyai sejarah, budaya dan adat tersendiri.

7.0 Kesimpulan

Naluri mempercayai kewujudan Tuhan atau suatu kuasa yang lebih hebat dari makhluk

telah sedia ada dalam diri setiap manusia. Bertitik tolak dari naluri tersebut manusia

terus mencari Tuhan bagi menemui kebenaran yang hakiki. Tidak ada pihak yang

berhak menyekat kehendak manusia untuk terus mencari kebenaran ketuhanan. Bagi

yang telah menemui kebenaran tersebut maka naluri untuk menambah keyakinan

ketuhanan akan mendesak untuk mencari bukti kebenaran samada berbentuk aqli

mahupun naqli. Justeru perbincangan mengenai ketuhanan akan terus mendapat

tempat dalam kalangan mereka yang mencintai kebenaran hakiki.

AKTIVITI

1. Huraikan konsep ketuhanan agama anda.

Page 10: BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN …author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4662/BAB 5 KONSEP... · 1 BAB 5 KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA HASIL PEMBELAJARAN

10

2. Bentangkan konsep ketuhanan agama anda bersama rakan yang berlainan agama

dalam kumpulan.

3. Senaraikan nilai baik yang diperolehi dari kepecayaan ketuhanan dalam agama

anda masing-masing.

RUJUKAN

1. Gazali Darusalam, (2001), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (DS36.86 .G52 2001 n.24)

2. Shalaby, Ahmad (2001), Agama Islam: Perbandingan Agama, Singapura:

Penerbitan Pustaka Nasional, (BP171 .S52 2001)

3. Agus Hakim, (1979), Perbandingan Agama: Pandangan Islam Mengenai

Kepercayaan Majusi-Shabiah-Yahudi-Kristen-Hindu & Budha, (BL80.2 .A38 1979

N1)

4. Sulaiman Abdullah, (1989), Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut Islam, Al-Ikhlas,

(BP166.2 .S94 1989)

5. Mohd. Rosmizi Abd Rahman. 2005. Panduan memilih agama. Bentong, Pahang:

PTS Millennia.