Kepelbagaian Pelajar
description
Transcript of Kepelbagaian Pelajar
MUKADIMAH
Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera,
“Terima kasih kerana sudi membaca dan memuat turun
artikel ini. Sememangnya apa yang saya ingin berkongsi
bersama adalah untuk kecemerlangan dalam melahirkan
Modal Insan yang berguna pada masa hadapan. Saya harap
artikel ini dapat dijadikan sumber rujukan anda.”
DISEDIAKAN OLEH :
Email: [email protected]
Blog : http://amirazros.blogspot.com/
Facebook: http://facebook.com/amirazros
Laman Web: http://www.wangianpemikat.com/
PENGENALAN
Http://wangianpemikat.com/ Page 1
Artikel ini menerangkan tentang satu pendekatan bagi mengurangkan jurang
perbezaan kurikulum seluruh sekolah dengan menggunakan penggayaan dan pengajian
tertentu bagi meningkatkan pencapaian yang strategik. Proses meningkatkan mutu dalam
kurikulum sekolah ini dimulakan dengan analisa yang menyeluruh kekuatan dan
kelemahan semua dimensi sekolah itu. Ini akan menjadikan penciptaan satu misi
sekolah, strategi rancangan dengan matlamat-matlamat pengajaran yang lebih meluas,
objektif pembelajaran yang lebih khusus dan rancangan tindakan yang lebih terperinci.
Pengayaan dan pembezaan telah dipilih sebagai kaedah yang dapati meningkatkan
persekitaran pembelajaran berdasarkan hubungan yang dapat meningkatkan pencapaian
dan menyediakan pengalaman-pengalaman belajar kepada para pelajar. Selain daripada
itu, rancangan strategik juga telah dilaksanakan agar guru dapat menulis semula
kurikulum untuk bacaan, menulis, matematik dan sains sosial bagi merangkumi
pengayaan dan perbezaan secara menyeluruh.
Kaedah ini juga dapat memperkayakan lagi persekitaran pembelajaran dalam satu
program di mana guru-guru telah disediakan dengan latihan, memperagakan,
kejurulatihan, dan masa perancangan untuk mengintegrasi idea-idea baru itu dan
kemahiran-kemahiran kepada pengajaran mereka.
Artikel telah dikendalikan selama lapan tahun melalui satu asas dokumen-
dokumen yang terkumpul sepanjang tempoh itu. Maklumat telah diperolehi daripada
kakitangan, rancangan strategik, bahan-bahan professional sesi pembangunan dan
dokumen daripada Global Studies termasuk sains sosial, matematik dan membaca. Data
merujuk kepada maklumat demografi yang telah diambil daripada Profil Sekolah
Strategik Tahunan. Manakala data markah pula telah diambil daripada skor yang telah
diuji bagi pelajar-pelajar Gred 4.
PENGGAYAAN SELURUH SEKOLAH
Http://wangianpemikat.com/ Page 2
Proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi diantara guru dan murid
dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu persekitaran tertentu. Mengikut Model
Interaksi menghuraikan persekitaran sebagai alam belajar, iaitu keadaan dan organisasi
tempat murid, termasuk aspek kedudukan sosioekonomi dan budaya murid-murid yang
diajar. Mengikut teori ini keberkesanan sesuatu proses pengajaran bergantung kepada
kebijaksanaan seseorang guru menentukan objektif dan isi pelajaran yang berkaitan
dengan komponen persekitarannya, serta kecekapan menggunakan teknik mengajar yang
sesuai untuk melaksanakan proses pengajaran melalui interaksi antara guru dan murid
dengan objektif dan isi pelajaran dalam persekitarannya.
Begitu juga dengan penerimaan dan motivasi yang lahir dari pelajar adalah berkait rapat
dengan persekitaran pembelajaran. Rekabentuk kurikulum yang pelbagai yang diajar
boleh menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajarannya. Penggayaan kurikulum
mungkin menjadi pengukur dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Penulis menggunakan Model Tried yang menyediakan struktur untuk menambah
pengayaan kepada bahagian lain semasa waktu sekolah dan kurikulum. Model ini
mempunyai objektif yang berbeza dimana melalui pengalaman dan aktiviti pelajar
didedahkan dengan pelbagai jenis disiplin, tajuk dan isu yang tidak diajar didalam kelas.
Begitu juga dengan kaedah-kaedah pengajaran dan bahan-bahan yang digunakan untuk
menggalakkan pelajar mengaitkan pembelajaran dengan bidang afektif yang melibatkan
perasaan, berfikir secara kreatif, penyelesaian masalah, pemikiran kritis, afektif latihan,
dan belajar bagaimana untuk belajar (contohnya menemuduga dan pengkelasan).
Manakala pengayaan lain juga termasuk aktiviti-aktiviti risikan dan pengeluaran artistik
di mana pelajar itu memainkan peranan sebagai model bertindak dan berfikir sebagai
seorang yang mahir.
PASUKAN PENGGAYAAN SELURUH SEKOLAH
Http://wangianpemikat.com/ Page 3
Penggayaan yang digunakan untuk mendedahkan hubungan ibu bapa dan guru
untuk bekerjasama dengan guru-guru bagi menentukan jenis-jenis pengayaan yang
digunakan. Pelbagai penggayaan digunakan untuk kumpulan dan tujuan yang berbeza.
KAJIAN GLOBAL KURIKULUM
Mengikut kajian yang telah dilakukan, kurikulum pembelajaran masa kini adalah
lebih mencabar. Terbahagi kepada 3 bahagian atau unit. Iaitu Jenis 1: Aktiviti yang
melibatkan pengenalan dan isi kandungan. Jenis 2: Proses Pembelajaran Latihan dan
Jenis 3 : Minat berdasarkan praktikal. Ketiga-tiga cara pengajaran dan pembelajaran ini
menggunakan disiplin yang sama, iaitu pembelajaran sosial, bahasa dan sains.
Penulis menggunakan Jenis Pembelajaran yang berbeza untuk ketiga-tiga disiplin.
Jenis pertama pengkaji menggunakan bidang kognitif yang merangkumi segala ilmu
pengetahuan yang dipelajari disekolah. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan mental
manusia untuk memperolehi ilmu. Melalui pembelajaran kognitif ini, potensi pelajar dari
segi intelek dapat diperkembangkan. Bidang ini dibahagi kan kepada 6 peringkat,
disusun bermula dari aras kemahiran pengetahuan yang terendah kepada penilaian yang
tinggi, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sentesis dan penilaian.
Bagi kumpulan pelajar kedua, pengkaji menggunakan bidang afektif yang
mengutamakan sikap positif dan nilai murni. Proses pembelajaran jenis ini banyak
melibatkan penggunaan aspek rohani, emosi dan social pelajar. Bidang ini dibahagikan
kepada aras penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan.
Manakala bagi kumpulan ketiga, pengkaji menggunakan bidang psikomotor yang
menekankan kemahiran atau kebolehan melaksanakan sesuatu pergerakan dan
mengutamakan penggunaan aspek penggunaan fizikal manusia. Pembelajaran jenis ini
banyak melibatkan penguasaan kemahiran melalui latihan seperti Kemahiran Hidup atau
Sains. Bidang ini juga mempunyai beberapa peringkat seperti pengamatan, set, tindak
balas terbimbing, mekanisme, tindak balas kompleks, penyenaraian dan keaslian.
KEPELBAGAIAN RANCANGAN PENGAJARAN
Http://wangianpemikat.com/ Page 4
Pengkaji menggunakan Model Pengajaran untuk Kurikulum yang berbeza dari
konsep Bilik Darjah. Model ini lebih bersifat Induktif yang melibatkan tiga tahap, iaitu
produk, proses dan isi kandungan. Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul
dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.
Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi
beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan
kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing memikir, mengkaji,
mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus
kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Daripada pendekatan
Induktif ini, pengkaji menggunakan dua strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza iaitu Strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan bahan. Strategi
berpusatkan murid bermaksud murid memainkan peranan yang pentig dalam proses
pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran. Didalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin
yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran samaada secara
kumpulan atau individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak
masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah penyoalan,
tugasan, kumpulan, sumbangsaran, belajar berdikari dan simulasi.
Strategi berpusatkan bahan turut digunakan didalam model ini. Bahan pelajaran
yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan
Http://wangianpemikat.com/ Page 5
kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Pengkaji
menggunakan pemusatan bahan pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.dengan menggunakan strategi ini,
guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih
berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna
serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara
berkumpulan tanpa kehadiran guru. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah kaedah
audio-visual dengan menggunakan televisyen, perakam pita, projector dan video,
pengajaran terancang melalui mesin-mesin mengajar seperti computer dan modul yang
melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.
PENGGAYAAN DAN KEPELBAGAIAN MELANGKAU KURIKULUM
Http://wangianpemikat.com/ Page 6
Pengkaji menggunakan Model Matrix untuk Rancangan Pengajaran yang berbeza.
Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap aras-aras domain kognitif.
Pelajar dibahagikan kepada tiga level. Level 1: pelajar membaca buku yang mempunyai
tahap yang tinggi. Level 2: pelajar sederhana dan level 3: pelajar berpotensi. Pengakaji
menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif bermaksud kerjasama erat antara dua
pihak atau lebih untuk berusaha bersama bagi mencapat sesuatu matlamat yang sama.
Pembelajaran kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama kearah
mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum.
Mengikut Colen, pembelajaran kolaboratif mempunyai tiga matlamat yang utama, iaitu
matlamat intelek, matlamat soaial dan matlamat penyelesaian masalah disiplin bilik
darjah. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan,
nilai-nilai soaial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat
dikurangkan ke tahap yang minimum. Dalam kajian ini, guru, kakitangan sekolah dan
murid bekerjasama dalam satu kumpulan.
Dalam kajian ini juga pengkaji menggunakan model behavioral iaitu
Pembelajaran Penguasaan (Mastery Learning). Pendekatan ini penting untuk memastikan
pelajar dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran
yang ditentukan. Guru mencipta skop dan kemahiran yang berturutan dan
membangunkan unit dan pengajaran. Guru juga menggunakan arahan yang berbeza
menggunakan kumpulan yang fleksibel dengan penggunaaan penilaian formatif dan
sumatif. Ujuan ini digunakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian
pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menjalankan kelas tambahan selepas waktu persekolahan
Http://wangianpemikat.com/ Page 7
Mengikut tindakan yang dilakukan oleh sekolah ini, didapati sekolah mengadakan
kelas tambahan kepada para pelajar untuk menambahkan dan mengukuhkan ilmu
pengetahuan sedia ada. Kelas yang dijalankan adalah berdasarkan minat dan keperluan
akademik pelajar. Tujuan diadakan kelas ini adalah untuk menambahkan pengalaman
pembelajaran di samping para pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari ketika di dalam waktu persekolahan. Pertambahan penyertaan dari para pelajar
menunjukkan aktiviti yang dijalankan ini mendapat sambutan di kalangan para pelajar.
Ini jelas menunjukkan penglibatan guru membantu pelajar selepas waktu persekolahan
dapat memberikan impak yang positif.
Teknik Scaffolding adalah salah satu teknik yang dapat diaplikasi ketika
menjalankan aktiviti ini. Ini kerana teknik ini boleh digunakan oleh guru yang memiliki
kemahiran khususnya untuk membantu para pelajar yang kurang pengetahuan dan
pengalaman. Pendekatan ini dapat menjadikan pelajar berminat untuk melibatkan diri di
dalam kelas dengan lebih aktif. Selain daripada itu, para pelajar juga dapat
mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman pembelajaran serta
meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang perlu dicapai. Antara sumbangan
teknik ini ialah memastikan pelajar melibatkan diri dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, teknik ini adalah sebagai strategi pengajaran memberi impak
yang positif atas pembelajaran dan perkembangan intelek seseorang pelajar.
Selain itu, melalui aktiviti ini, sekolah dapat meningkatkan kecerdasan
interpersonal antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Menurut Howard
Http://wangianpemikat.com/ Page 8
Gardner, teori kepelbagaian kecerdasan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual
yang diukur melalui ujian IQ adalah sangat terbatas. Kecerdasan interpersonal
membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang di
sekeliling. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi di
antara mereka. Disamping mereka mudah untuk berkerjasama ketika kelas tambahan ini
dijalankan. Pelajar yang yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan
melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah bergaul sesama
mereka. Jadi secara tidak langsung melalui kelas tambahan ini para pelajar dapat
melakukan latihan kolaboratif, strategi pembelajaran kooperatif dan sedia berkerjasama
serta saling membantu antara satu sama lain.
Merancang Program Pembangunan Kakitangan
Program pembangunan kakitangan adalah salah satu proses yang penting di dalam
kajian ini. Ini adalah kerana kakitangan khususnya guru memainkan peranan yang
penting dalam menjayakan tindakan ini. Guru akan mempelajari “Schoolwide
Enrichment Model(Rezulli & Reis,1985) dan telah mula merancang untuk memastikan
para pelajar mendapat pelbagai pengalaman pembelajaran.
Melalui proses ini, guru telah mempelajari bagaimana untuk mengenalpasti
perbezaan serta kepelbagaian isi kandungan yang pelajar patut pelajari, proses untuk
memberi arahan yang sebenar serta proses pembelajaran yang sepatutnya dijalankan.
Latihan pembangunan telah diberikan kepada guru bagi mempelajari tentang
kepelbagaian dan perbezaan kurikulum. Guru akan dilatih untuk menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran & pembelajaran untuk diaplikasikan di dalam kelas masing-masing.
Jadi secara tidak langsung, guru akan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan para
pelajar mereka.
Di samping itu, proses memperkayakan para pelajar adalah berdasarkan minat dan
kelebihan mereka. Jadi guru perlu berhati-hati dan sensitif dengan persekitaran
Http://wangianpemikat.com/ Page 9
pembelajaran. Berdasarkan kajian ini, guru telah mendapat latihan khusus melalui
“readers’ workshop” dan “four block”. Latihan pembangunan ini telah diselia dan
berjalan seperti yang diperlukan. Guru Besar dan guru pakar dipertanggungjawab untuk
memberi latihan serta tunjuk ajar terhadap guru-guru lain. Oleh kerana kesungguhan yang
dilakukan oleh para kakitangan maka guru yang tinggi kepakarannya dapat dilahirkan
dan idea baru mengenai kurikulum dapat diaplikasi.
Melalui apa yang dijalankan oleh kajian ini, jelas menunjukkan bahawa seorang
guru perlu mempunyai kecerdasan tertentu. Terdapat pelbagai kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner. Seorang guru perlu memiliki kecerdasan
intrapersonal, interpersonal, kinestatik dan kecerdasan emosi.
Kecerdasan interpersonal amat penting dalam persekitaran guru kerana ianya
memerlukan seorang guru itu boleh berinteraksi secara harmoni dengan pelbagai lapisan
masyarakat. Selain itu, guru juga berkebolehan memahami orang lain. Kecerdasan
intrapersonal mempunyai kaitan rapat dengan kecerdasan intrapersonal. Ini kerana
kecerdasan intrapersonal mempunyai kesedran tentang diri sendiri, berfikiran
metakognitif serta berkebolehan memahami diri sendiri khususnya. Kinestatik pula
penting bagi seorang guru kerana guru perlu aktif bergerak dengan mempunyai
kemahiran fizikal seperti mengkoordinasi, keseimbangan, dan kelenturan badan. Guru
dapat menggunakan badan untuk menjana idea dan perasaan secara berkesan. Amat
penting bagi guru dalam mengawal diri mereka secara fizikal.
Bagi kecerdasan emosi pula, guru berkebolehan untuk menjadi pemimpin, dan
memotivasikan orang lain khususnya pelajar. Kecerdasan ini penting bagi mencapai
Http://wangianpemikat.com/ Page 10
sesuatu kejayaan(Mayer & Salovey). Apabila kecerdasan ini dimiliki oleh guru maka
secara automatiknya guru tersebut akan memiliki kemahiran “Soft Skill”.
Kaedah “coaching“ yang digunakan di dalam latihan ini menunjukkan guru pakar
memberikan tunjuk ajar dan latihan yang secukupnya bagi melahirkan guru yang
berwibawa dalam mendidik para pelajar. Apabila latihan sebegini diberikan maka secara
tidak langsung, guru dapat mempelajari dan menambahkan pelbagai ilmu baru yang dapat
diaplikasikan ketika mekalukan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya di sini, latihan pembangunan yang dilakukan terhadap guru dapat
membantu dalam memastikan jurang dianta pelajar dapat dikurangkan. Seorang guru itu
perlu bersedia dari segi fizikal, mental bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran
yang akan dilakukan.
MENAKSIR KEMAJUAN AKADEMIK
Http://wangianpemikat.com/ Page 11
Taksiran kemajuan akademik dibuat secara formal dan tidak formal.
Perkembangan akademik pelajar adalah diukur secara harian, mingguan, bulanan dan
tahunan asas. Peperiksaan daerah dan peperiksaan negeri, penilaian tidak formal dan
analisis kerja pelajar membantu panduan pengetahuan, meningkatkan unit-unit kurikulum
dan membantu usaha-usaha guru yang pelbagai dalam usaha merapatkan jurang
perbezaan pencapaian.
Pelajar yang bertanggungjawab adalah kunci utama dalam meningkatkan
pembelajaran dan dapat dilihat jelas dengan penyertaan pelajar-pelajar dalam penilaian
kerja mereka. Guru membangunkan portfolio-portfolio pelajar supaya guru dapat
memantau pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat mengesan
keperluan pembelajaran pelajar.
Mesyuarat rasmi antara setiap guru dan pengetua akan dikendalikan sepanjang
tahun persekolahan bagi mengkaji semula perkembangan pencapaian individu pelajar dan
membentuk cadangan untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pelajar.
Cadangan yang boleh memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pelajar adalah seperti
memberi motivasi, memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif kepada pelajar,
memberi tutoring kepada pelajar dan sebagainya.
Contohnya, secara umun kita dapat tahu bahawa setiap murid mempunyai
perbezaan dalam aspek tingkah laku, pemikiran, emosi, hala tuju dan minat. Jadi, cara
guru memotivasikan setiap murid juga adalah berbeza antara satu sama lain. Di mana
setiap pelajar memerlukan cara dan proses yang berbeza untuk memotivasikannya. Guru
haruslah mencari jalan untuk mengembangkan minat dan bakat yang ada pada pelajar
mengikut cara yang sesuai bagi setiap pelajarnya. Dalam proses pengajaran, guru
haruslah cuba sedaya upaya untuk memperkembangkan potensi dan bakat yang ada pada
pelajar dengan cara yang berlainan dan bersesuaian dengan pelajar. Ini kerana pelajar
yang pelbagai mempunyai bakat dan minat yang berlainan antara satu sama lain.
Jadi, dengan memberi motivasi kepada pelajar yang berada dalam kumpulan
pemulihan ia dapat membantu pelajar tersebut meningkatkan pencapaian akademik dan
seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik.
Http://wangianpemikat.com/ Page 12
PENUTUPAN JURANG PERBEZAAN
Kejayaan usaha-usaha meningkatkan pencapaian sekolah telah ditunjukkan di
kalangan pelajar dengan sikap positif mengenai sekolah, bertambah persetujuan dalam
pembelajaran dan pencapaian yang bertambah baik pada daerah dan penilaian negeri.
Analisis pencapaian pelajar dalam peperiksaan negeri dari 1997 hingga 2004
menunjukkan peningkatan dan berada pada tahap kecekapan. Keputusan ujian
dikategorikan kepada tiga tahap pencapaian yang termasuk pemulihan, cekap dan
matlamat.
Purata peratus pelajar yang berada pada atas matlamat membaca, menulis dan
penilaian matematik menunjukkan peningkatan dalam semua bahagian kumpulan. Jurang
perbezaan dalam pencapaian antara pelajar yang berlainan taraf sosioekonomi menjadi
sempit dari 62% kepada 10%. Semua etnik kumpulan menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian mereka. Ini adalah satu pencapaian yang baik dan dapat merapatkan jurang
perbezaan pencapaian akademik.
Data tambahan menunjukkan peningkatan dramatik oleh pelajar yang berada di
kumpulan terendah atau pemulihan pada penilaian negeri. Keputusan untuk pelajar-
pelajar daripada tahap sosioekonomi yang terendah dan berada dalam kumpulan
pemulihan telah dikurangkan dengan 28%, mengakibatkan hanya 4% pelajar yang berada
dalam kumpulan pemulihan. Ini adalah satu pencapaian yang amat memuaskan. Pelajar-
pelajar daripada taraf sosioekonomi yang lebih tinggi telah berpindah keluar daripada
kumpulan pemulihan dan mengakibatkan hanya 3% pelajar yang tinggal pada tahap
pemulihan. Ini menunjukkan pencapaian yang baik dalam usaha merapatkan jurang
perbezaan pencapaian akademik.
Analisis data oleh kumpulan etnik didapati tidak terdapat mana-mana lagi pelajar
Asia atau Afrika Amerika berada di dalam kumpulan pemulihan. Ini merupakan satu
perbezaan yang jelas kerana pada 1997 keputusan ujian di mana 23% pelajar Asia dan
21% Afrika Amerika pelajar-pelajar yang menunjukkan berada di tahap pemulihan.
Http://wangianpemikat.com/ Page 13
Pada tempoh masa yang sama, peratusan bagi pelajar-pelajar Hispanic dalam
kumpulan pemulihan dikurangkan dari 22% kepada 7% dan peratusan pelajar-pelajar
White pada kumpulan yang sama berkurangan dari 13% kepada 4%.
Bila data dikaji semula dan sosioekonomi status, peratusan pelajar-pelajar pada
matlamat yang menunjukkan perbezaan pencapaian itu telah dikurangkan secara bertulis
kepada 9%, matematik kepada 7% dan membaca kepada 30%. Walaupun jumlah
perbezaan pencapaian adalah 15% antara kumpulan pelajar-pelajar ini, ia adalah jauh
lebih baik daripada jurang daerah, yang kekal lebih tinggi pada 40%.
Data berilustrasi ini menunjukkan bagaimana satu peratusan besar pelajar-pelajar
daripada semua kumpulan etnik dan sosioekonomi dipindahkan daripada kumpulan
pemulihan dengan menunjukkan peningkatan pencapaian dalam kemajuan akademik.
Bukti ini menunjukkan kepercayaan dalam membina kekuatan pelajar dengan satu
pendekatan dan diperkayakan dengan pengalaman pembelajaran yang boleh membantu
menutup perbezaan jurang pencapaian akademik antara sosioekonomi status yang kaya
dan miskin serta antara kumpulan etnik yang berbeza.
KESIMPULAN
Http://wangianpemikat.com/ Page 14
Proses peningkatan pencapaian akademik sekolah diiringi oleh soalan ibu bapa
dan guru-guru mengenai kepercayaan tentang pembelajaran, motivasi pelajar untuk
belajar, cara pelajar untuk melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran kendiri
mereka, keperluan unsur-unsur kurikulum dan bagaimana untuk membina kekuatan
pelajar dengan tujuan meningkatkan pembelajaran dan menutup perbezaan jurang
pencapaian.
Sebagai sekolah yang melaksanakan kurikulum berdasarkan pengayaan
pengajaran dan pembelajaran dan strategi-strategi yang berbeza. Keluasan inisiatif
pengayaan pelajar-pelajar tentang pengetahuan lanjutan, pemikiran dan pandangan
terhadap dunia. Pelbagai pembezaan strategi yang telah diambil memerlukan guru-guru
untuk mengetahui setiap pelajar mereka sebagai individu yang mempunyai minat, gaya
pembelajaran, kekuatan dan keperluan akademik yang berbeza-beza.
Guru-guru haruslah menerima latihan yang luas dan pelbagai dalam semua
konsep-konsep baru dan akhirnya dapat menerima idea-idea, menghasilkan strategi dan
program,mereka sendiri serta menjadi jurulatih kepada rakan sekerja mereka dalam usaha
untuk meningkatkan pencapaiaan pelajar dan merapatkan jurang perbezaan pencapaian
akademik..
Kejayaan dalam usaha memperbaiki perbezaan jurang ini adalah jelas dilihat
dengan peningkatkan pencapaian pelajar dan pengurangan pencapaian dalam perbezaan
jurang. Ini adalah hasil daripada penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam pembelajaran
kendiri mereka, penglibatan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak mereka di sekolah dan
komitmen guru kepada pelajar mereka. Kelihatan dan kedengaran bunyi kejayaan pelajar
ditunjukkan dengan keberanian bagi mencabar dan meneroka dimensi baru dalam
pembelajaran untuk menghasilkan keputusan-keputusan yang berkesan.
Http://wangianpemikat.com/ Page 15