BAB 5 lan.doc

download BAB 5 lan.doc

of 19

Transcript of BAB 5 lan.doc

BAB 5

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN5.1PendahuluanBab ini mengandungi lima bahagian yang terdiri dari ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian, cadangan kajian lanjutan dan rumusan. Perbincangan dalam ringkasan meliputi tujuan kajian diadakan, bentuk kajian dilaksanakan, sampel, alatan ( instruman ) serta kaedah penganalisaan data kajian. Bahagian perbincangan dapatan kajian pula adalah mengenai adakah dapatan kajian selari dengan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh para sarjana pendidikan. Seterusnya dapatan kajian akan disenaraikan dalam bahagian kesimpulan dapatan kajian serta cadangan implikasi dapatan kajian dibuat. Batasan-batasan kajian diperjelaskan dalam cadangan kajian lanjutan dan cadangan mengatasi batasan diajukan. Perbincangan ini akan memfokuskan kepada keberkesaan kaedah pembelajaran Kontekstual dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Kesimpulan kajian akan dirumuskan di akhir bab ini.

5.2 Ringkasan KajianKajian ini dilakukan bagi melihat keberkesanan penggunaan pendekatan Kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR ) bagi tajuk Elektrik dan Elektronik kepada pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh seramai 45 orang iaitu 15 orang pelajar lelaki dan 35 orang pelajar perempuan telah digunakan sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati signifikan skor markah ada berlaku pertambahan selepas pendekatan Kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan pakej statistik SPSS 17.0 untuk mengenalpasti sejauhmana berlaku peningkatan prestasi akademik dan mengesan minat pelajar terhadap pendekatan Kontekstual semasa kerja amali di bengkel Kemahiran Hidup. Dapatan kajian dikutip dari soalan soal selidik yang terdapat sebanyak 36 soalan dengan skala ordinal iaitu 1 untuk Sangat tidak setuju, 2 Tidak setuju, 3 Tidak pasti, 4 Setuju dan 5 Sangat setuju. Manakala dapatan daripada soal selidik digunakan untuk melihat hubungan antara minat dan pencapaian pelajar terhadap Kemahiran Hidup, pandangan terhadap pembelajaran Kontekstual dan pencapaian ujian pos. Dapatan kemudian dianalisa dengan menggunakan program SPSS Versi 17.0 dan Excel. Dapatan dari analisa seterusnya telah menjawab persoalan kajian dan menguji hipotesis-hipotesis nul yang dikemukan dalam kajian ini.

5.3 Perbincanngan Dapatan Kajian.

Kajian ini telah menunjukkan betapa kuatnya perkaitan penggunaan pendekatan Kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar mendapat markah yang lebih baik dalam akademik. Pengajaran secara Kontekstual ialah proses pengajaran yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia pekerjaan. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan pelajar, pengajar dan bahan pengajaran. Selain daripada itu, pengajaran ini juga menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara pelajar dengan pelajar yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di kelas sebagai simulasi kepada tempat kerja. Pelajar juga disediakan dengan aplikasi amali untuk dipelajari (Hull D, 1995).Kaedah pengajaran secara Kontekstual menurut Hull D.(1997) mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah guru menghubung kaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubung kaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar. Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan. Ciri yang kedua ialah pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah memperolehi pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah Wan Kadir,1997).Ciri yang ketiga dalam pengajaran secara Kontekstual ialah aplikasi. Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti - aktiviti yang membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar.Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar. Ciri yang keempat pula ialah bekerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti L.S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi kumpulan. Ciri yang kelima ialah pemindahan pembelajaran iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru. Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara Kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan.

Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan ( Hull D, 1997 ). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Menurut Hull D. (1995), persoalan-persoalan yang timbul dalam sistem pendidikan telah menyebabkan perubahan perlu dibuat. Persoalan-persoalan tersebut ialah adakah sekolah, politeknik dan industri bekerjasama menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada kebanyakkan pelajar? Adakah kebanyakkan pelajar menengah dan pusat pengajian tinggi menghargai pendidikan mereka semasa di sekolah? Adakah mereka berpuas hati dengan pendidikan yang mereka perolehi selepas tamat persekolahan?Adakah pelajar mempunyai peluang seluas-luasnya untuk memasuki politeknik dan pusat pengajian tinggi lain serta pusat-pusat latihan? Adakah pelajar lepasan sekolah mempunyai persediaan yang mencukupi untuk memasuki pasaran buruh dalam kurun ke 21?. Adakah sekolah mempunyai matlamat untuk memenuhi keperluan majoriti pelajar dengan mempamerkan pendekatan dan pembelajaran yang berkesan?. Adakah pelajar mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis karier yang membolehkan mereka memilih karier yang diminati?.

5.4Kesimpulan Dapatan Kajian.Daripada dapatan kajian ini dapatlah disimpulkan seperti berikut :

1.Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian keseluruhan akademik pelajar sebelum mereka menjalankan pendekatan Kontekstual dengan selepas pendekatan tersebut dijalankan.

2.Pelajar menampakkan minat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan mereka lebih celik setelah Pendekatan Kontekstual dijalankan.

3.Pelajar dapat mengesan di mana kelemahan mereka kerana tidak pernah melihat beberapa jenis peralatan yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Melalui pendekatan Kontekstual ini pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan seronok.4.Berlaku peningkatan dalam permarkahan pencapaian akademik pelajar-pelajar dari semasa kesemasa. Peningkatan ini mungkin akan bertambah baik pada masa pelajar berada pada tahun 5 nanti walaupun pada tahun 4 kini tidak dapat diperlihatkan dengan jelas.

5.5 Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini menunjukkan kaedah pembelajaran Kontekstual dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dapatan ini menunjukkan kaedah Kontekstual dapat dilaksanakan di dalam pengajaran Kemahiran Hidup. Guru mata pelajaran Kemahiran Hidup perlu menyedari kepentingan pendekatan pengajaran ini yang mementingkan penguasaan terhadap apa yang dipelajari seterusnya mengubah amalan pengajaran yang terlalu menekankan penghabisan sukatan pelajaran dalam jangka masa yang diberi.

Dapatan ini juga menyumbangkan kepada satu lagi kaedah yang sesuai dalam pengajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini juga dapat membantu individu yang terlibat secara langsung dalam pembentukan dan perancangan kurikulum dan sukatan mata pelajaran di sekolah. Pendedahan dan latihan hendaklah disediakan kepada guru dan bakal guru untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang kaedah Kontekstual supaya ianya akan lebih berkesan bila dilaksanakan di dalam bilik darjah nanti. Untuk kejayaan yang menyeluruh, pelbagai pihak hendaklah mempunyai peranan yang tersendiri. Berikut dicadangkan saranan-saranan kepada pihak pelajar, ibubapa, guru dan pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Adalah diharapkan dengan saranan ini, segala kelemahan yang terdapat dalam kajian ini akan dapat dibaiki untuk kejayaan yang lebih besar lagi. Antara cadangan untuk menambahkan lagi kualiti pencapaian pelajar adalah seperti berikut.

5.5.1 Implikasi Kepada Pelajar.

Daripada hasil kajian ini didapati Pendekatan Kontekstual ini dapat membantu pelajar untuk mengenal pasti konsep pembelajaran dan dapat membangkitkan pemahaman mereka seterusnya membantu mereka dalam pembelajaran selanjutnya. Pelajar juga dapat menyusun konsep dengan lebih baik sehingga mudah untuk keperluan ujian, mendapat idea baru, mampu berfikir secara kreatif, spesifik, logik dan menjadikan mereka lebih memahami konsep pembelajaran semasa.

Pelajar juga dapat mengklasifikasikan idea yang telah diperolehi dalam bentuk amali dan projek. Faedah yang paling baik ialah pelajar dapat belajar bagaimana mengorganisasikan sesuatu mulai dari mendapatkan maklumat, fakta dan konsep ke dalam suatu konteks pemahaman, sehingga membentuk pemahaman yang yang lebih baik kepada mereka. ( Gawith, 1988; Bruce, et al; 1993; Sia.A.P.1995 ).

Pelbagai perkara perlu diberi perhatian oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penggunaan kaedah Kontekstual ini akan dapat mewujudkan pengajaran Kemahiran Hidup yang lebih berkesan. Antara perkara-perkara yang perlu awal diberi perhatian ialah :

i. Pelajar harus memberi tumpuan dan perhatian dari peringkat asas bagi aras-aras tertentu seperti pengetahuan dan pemahaman dalam mempelajari topik-topik yang dianggap sukar.ii. Pelajar harus tahu kaedah mencatat nota ringkas untuk mencatat isi-isi penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.iii. Pelajar juga mesti memahami dengan jelas dari peringkat awal setiap topik sebelum beralih ke topik yang seterusnya yang mungkin lebih sukar.iv. Sentiasa mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan serta guru selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan keberkesanan hasil pelajaran.v. Mengikuti dan memahami setiap kaedah dan cara pengajaran yang disampaikan oleh guru dan cuba menghubung kaitkannya dengan pelajaran yang lalu.vi. Pelajar seharusnya lebih kerap berjumpa dengan guru dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi di dalam pelajaran mereka. Melalui perbincangan ini pelajar akan dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.vii. Pelajar perlu menjadikan amalan membaca sebagai amalan rutin untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang boleh membantu di dalam bidang pekerjaan yang bakal diceburi.viii. Pelajar perlu bijak membahagikan masa dan merancang setiap kerja yang akan dilakukan serta memperuntukkan masa yang sesuai untuk membuat ulangkaji pelajaran.

5.5.2 Implikasi Kepada Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memastikan dan membantu anak-anak mereka memilih bidang-bidang yang ingin diceburi dan seterusnya dapat menjadikan pemikiran anak-anak menjadi lebih kreatif dan kritis. Robiah Sidin ( 1998 ), mengemukakan beberapa soalan untuk menilai suasana pembelajaran serta sokongan ibu bapa dan masyarakat dalam bidang reka cipta, sains dan teknologi di kalangan belia. Hasil dapatan beliau, ibu bapa menyokong anak-anak belajar dan mendalami bidang ini, tetapi sokongan mereka lebih kearah memberikan sokongan moral, motivasi dan menyediakan kewangan untuk kelas-kelas tuisyen dan membeli bahan pelajaran.

Ibu bapa mempunyai peranan tertentu bagi membantu dan memberikan dorongan kepada anak-anak mereka agar peningkatan pemahaman dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ini dapat ditingkatkan. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah seperti berikut:i.Ibu bapa seharusnya menumpukan sepenuh perhatian kepada perkembangan pelajaran anak-anak agar dapat mengesan punca-punca kelemahan yang dihadapi oleh anak-anak.

ii.Ibu bapa perlulah menjadikan sekolah sebagai tempat yang selalu dikunjungi bagi berjumpa guru-guru untuk berbincang mengenai pelajaran anak-anak.iii.Ibu bapa juga seharusnya mendapatkan sumber-sumber rujukan untuk anak-anak contohnya melanggan majalah atau buku-buku yang berkaitan dengan palajaran agar dapat menanam minat dan sikap yang positif terhadap mata pelajaran yang berkaitan.

iv.Ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup juga adalah salah satu mata pelajaran yang penting dan tidak dipandang remeh dan diperlekehkan.

5.5.3Implikasi Kepada Guru

Dapatan kajian ini dapat membantu guru untuk mencernakan dan memulai sesuatu topik pengajaran serta mengolahkannya dengan lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Ia juga membantu guru untuk mengingat kembali konsep pengajaran, membuat pola catatan kerja untuk keperluan pengajaran. Guru juga dapat membuat dianogsis apa-apa yang telah diketahui pelajar dalam bentuk struktur yang mereka bangunkan sama ada dalam bentuk kerja amali atau projek.

Dapatan kajian juga membantu guru andainya miskonsepsi pelajar sebagai contoh dalam ujian akan tergambar kemampuan pelajar mengolah ideanya dalam bentuk projek atau persembahan. Di samping itu guru juga dapat menyedarkan pelajar akan konsep yang dipelajari, dimana projek yang dibuatnya adalah benar atau masih salah dapat dibaiki kesalahannya dan ianya dapat diterima oleh pelajar dengan terbuka.

Akhirnya guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna jika Pendekatan Kontekstual dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat digabung jalinkan bagi menghasilkan suatu keputusan yang bermutu. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil oleh guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar ialah:

i.Guru hendaklah sentiasa bersedia membantu dan memandu pelajar ke arah mempelajari kaedah yang sesuai bagi sebarang penyelesaian masalah pelajaran.

ii.Guru seharusnya berusaha untuk mendapatkan sumber rujukan untuk kegunaan pelajar kerana tidak semua pelajar mampu untuk membeli buku-buku rujukan.

iii.Guru hendaklah menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

iv.Bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru perlulah divariasikan mengikut kesesuaian.

v.Guru bimbingan dan kaunseling juga dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

5.5.4Implikasi kepada Pengurusan Sekolah

Pihak pengurusan sekolah juga tidak ketinggalan dalam memperolehi kesan hasil kajian ini melalui penekanan kepada penyediaan prasarana seperti bangunan baru, bekalan elektrik, peralatan di bengkel Kemahiran Hidup dan segala peralatan dan keperluan semasa projek hendak dijalankan. Ini adalah sesuai dengan peningkatan keprofesionalisma kemahiran teknologi kepada pelajar sebagai persediaan pada masa akan datang. Pihak ini juga perlu mengadakan penyelidikan lanjutan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dibidang kemahiran kepada pelajar-pelajar sejak di sekolah rendah lagi. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, perkara-perkara berikut perlulah diberikan perhatian:

i.Pihak pentadbir hendaklah menyediakan bahan, peralatan dan mesin yang mencukupi dan terkini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

ii.Pihak pentadbir juga perlu berhubung dengan sekolah-sekolah lain yang mencapai keputusan yang lebih baik supaya boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud.

iii.Pihak pentadbir sekolah hendaklah mengadakan kursus kemahiran belajar, khas untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.

iv.Pihak pentadbir sekolah perlulah meningkatkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam perpustakaan seperti memperbanyakkan bahan-bahan rujukan dan lain-lain keperluan yang lain.

v. Menganjurkan kursus-kursus kerjaya berkaitan Kemahiran Hidup supaya dapat menarik minat pelajar untuk mendalami mata pelajaran berkaitan kemahiran ini. 5.5.5 Implikasi kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

Bidang Vokasional merupakan sistem pendidikan yang mempunyai beberapa cabang atau bahagian yang memerlukan perhatian khusus daripada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pendidikan di negara kita ini. Hal ini demikian kerana bagi memastikan tenaga pengajar dan pelajar tidak ketinggalan dalam aspek kemahiran dan pengetahuan terkini. Menyedari hakikat ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mengambil langkah yang drastik dengan membuat beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap keperluan prasarana atau kemudahan asas yang mencukupi dan bertepatan bagi memastikan hasrat suci dan murni ini tercapai, sekali gus pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Pemantauan dan pemerhatian secara berterusan terhadap segala kemudahan asas seperti bilik darjah, perabot, bekalan air, kelengkapan bengkel, kerusi dan meja diperlukan agar semuanya berada dalam keadaan sempurna dan tidak ada cacat celanya.

Menurut Omar Abdul Rahman ( 1991 ), strategi yang perlu dilaksanakan oleh sistem pendidikan ke arah memenuhi objektif untuk meningkatkan bidang teknologi ialah dengan menyediakan alat dan sumber yang mencukupi serta wajar bagi pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diberikan keutamaan bagi menambah baik kemahiran dan pengetahuan sedia ada guru dan pelajar. Antaranya ialah:

i. Menganjurkan kursus peningkatan teknik pengajaran kepada guru-guru Kemahiran Hidup. Dengan ini semua guru akan mendapat pendedahan dan pengetahuan yang amat berharga dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran mereka.

ii. Memperkenalkan modul-modul terkini yang dihasilkan oleh guru-guru cemerlang Kemahiran Hidup yang boleh membantu guru di kelas atau bengkel Kemahiran Hidup.

iii. Menganjurkan lawatan ke kawasan-kawasan perindustrian yang ada kaitan atau hubungan langsung dengan kursus atau mata pelajaran Kemahiran Hidup.

iv. Peruntukan atau bajet yang diperlukan oleh sekolah-sekolah untuk membeli segala peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mesti disalurkan agar proses mendidik pelajar tidak terbantut. Walau bagaimanapun, pemantauan mestilah dilakukan oleh pihak berkuasa pelajaran dalam memastikan peruntukan ini tidak disalah gunakan oleh pentadbir sekolah seperti membeli kelengkapan mata pelajaran lain.

5.5.6 Implikasi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Impian untuk menjadi sebuah negara maju yang duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan negara-negara maju lain di dunia menjelang 2020 nanti, Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran dan onak duri. Antara bidang yang perlu diberikan perhatian ialah pendidikan kerana ia akan menjadi penanda aras maju atau mundurnya sesebuah negara itu. Menyedari betapa pentingnya bidang pendidikan ini dalam memacu pembangunan negara, pihak berwajib iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia mesti mengambil langkah-langkah seperti berikut:

i. Memohon peruntukan atau bajet yang mencukupi daripada kerajaan dan menyalurkan kepada pihak-pihak yang terlibat terutama dalam bidang Kemahiran Hidup.

ii. Melengkapkan bengkel-bengkel Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah seluruh negeri dengan media-media pengajaran seperti LCD, komputer dan sebagainya.

iii. Menaik tarafkan bengkel-bengkel Kemahiran Hidup dengan kemudahan infrastruktur terkini.

iv. Mengadakan usaha sama dengan universiti-universiti atau kolej-kolej kemahiran luar negara agar teknik-teknik pengajaran terkini dapat diaplikasikan dalam sistem pendidikan kemahiran di negara kita.

5.6Cadangan Kajian Lanjutan

Secara amnya, kajian yang dijalankan ini boleh dianggap berjaya dan memuaskan. Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat dan jitu, beberapa aspek perlu diperhalusi dan dikenal pasti kelemahan dan kekurangannya. Oleh itu, bagi keberkesanan yang menyeluruh, aspek-aspek dan perkara-perkara berikut perlu dipatuhi apabila melakukan kajian seterusnya. Antaranya:

i. Menggunakan sampel yang lebih besar. Contohnya, kajian yang dilakukan seharusnya lebih daripada sebuah sekolah iaitu dengan mengambil sampel dari sekolah-sekolah lain di sekitar atau berdekatan.

ii. Jangka masa kajian hendaklah dipanjangkan lagi dan tidak terhad kepada lima minggu sahaja. Apabila tempoh atau jangka masa kajian dipanjangkan, aspek-aspek kajian seperti skop kajian dan sampel kajian dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan sempurna. Sebenarnya, kekangan masa ini menyulitkan pengkaji untuk membuat kajian dengan lebih tepat dan menghasilkan dapatan yang diingini dan disahkan.

iii. Kajian-kajian lanjutan seharusnya melibatkan tajuk-tajuk lain dan disediakan modul pembelajaran secara Kontekstual agar perlaksanaan kaedah tersebut lebih sempurna. Selain itu, aspek pencapaian pelajar, aspek perubahan sikap pelajar dari segi motivasi perlu juga dikaji.

iv. Adalah lebih baik kajian akan datang menjadikan guru sebagai sampel kajian, untuk menilai amalan pembelajaran iaitu guru sebagai pelaksana pembelajaran kaedah Kontekstual.

v. Kajian akan datang juga seharusnya menjadikan pelajar yang bermasalah sebagai sampel kajian. Hal ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah ini untuk merawat palajar yang bermasalah.

5.7RumusanUsaha yang gigih perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah khususnya kemahiran membuat amali dan projek. Untuk mencapai peningkatan sama ada dari segi kualiti atau kuantiti, suasana belajar yang produktif, harmoni dan menarik minat perlu di timbulkan. Kerjasama dan hubungan yang baik di antara guru dan pelajar adalah penting. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memainkan peranan penting dalam usaha untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah sama ada di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah kelak.

Hasil kajian ini mendapati pendekatan Kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kaedah yang boleh digunakan secara meluas untuk memberi implikasi yang baik kepada prestasi dan minat belajar kepada pelajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bagi menambah tarikan kepada pendekatan Kontekstual ini, kaedah-kaedah lain bolehlah digabung dan disesuaikan dengan topik-topik tertentu yang hendak diajar.

PAGE