Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

25
1 Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) hazmanazhar© 2013 BAHAGIAN LIMA: PENSEJARAHAN MALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIF PENULISAN KOLONIAL 5.1 KONSEP PENSEJARAHAN BARAT Pensejarahan Barat dalam konteks pensejarahan Malaysia merujuk kepada penulisan sejarah negara ini yang dilakukan oleh para penulis Barat. Penulis Barat tersebut merujuk kepada para pegawai berbangsa Eropah dari kalangan negara yang pernah menjajah Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan British. Di pihak Portugis misalnya, setelah menakluk Melaka pada tahun 1511, terdapat beberapa orang pegawai Portugis di Melaka pada ketika itu yang menulis mengenai Tanah Melayu seperti Tome Pires dalam bukunya, Suma Oriental. Selain itu, Muhammad Yusoff Hashim (1986) turut memperincikan para pegawai Portugis yang membuat catatan mengenai Melaka dan alam Melayu termasuklah: 1. Joao de Barros dalam bukunya de Asia; 2. Alfonso de Alburquerque Jr. dalam bukunya The Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque Second Viceroy of India; 3. Dua karya Manuel Godinho de Eredia - 1. Report on Golden Chersonese dan 2. Description of Malacca, Meridional India and Cathay 4. Diogo do Couto - Decada Seterusnya, kemunculan kuasa kolonial British di Tanah Melayu telah merancakkan lagi penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu. Para pegawai British di Tanah Melayu, bukan sahaja hadir sebagai seorang pentadbir ke Tanah Melayu, akan tetapi turut bertindak sebagai seorang orientalis.

Transcript of Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

Page 1: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

1

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAHAGIAN LIMA:

PENSEJARAHAN MALAYSIA

DARIPADA PERSPEKTIF PENULISAN KOLONIAL

5.1 KONSEP PENSEJARAHAN BARAT

Pensejarahan Barat dalam konteks pensejarahan Malaysia merujuk kepada

penulisan sejarah negara ini yang dilakukan oleh para penulis Barat.

Penulis Barat tersebut merujuk kepada para pegawai berbangsa Eropah dari

kalangan negara yang pernah menjajah Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan

British.

Di pihak Portugis misalnya, setelah menakluk Melaka pada tahun 1511, terdapat

beberapa orang pegawai Portugis di Melaka pada ketika itu yang menulis mengenai

Tanah Melayu seperti Tome Pires dalam bukunya, Suma Oriental.

Selain itu, Muhammad Yusoff Hashim (1986) turut memperincikan para pegawai

Portugis yang membuat catatan mengenai Melaka dan alam Melayu termasuklah:

1. Joao de Barros dalam bukunya de Asia;

2. Alfonso de Alburquerque Jr. dalam bukunya The Commentaries of the

Great Alfonso Dalboquerque Second Viceroy of India;

3. Dua karya Manuel Godinho de Eredia - 1. Report on Golden

Chersonese dan 2. Description of Malacca, Meridional India and Cathay

4. Diogo do Couto - Decada

Seterusnya, kemunculan kuasa kolonial British di Tanah Melayu telah merancakkan

lagi penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu.

Para pegawai British di Tanah Melayu, bukan sahaja hadir sebagai seorang

pentadbir ke Tanah Melayu, akan tetapi turut bertindak sebagai seorang orientalis.

Page 2: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

2

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Menurut Kamaruddin Md. Said, minda orientalis dalam kalangan masyarakat kulit

putih Eropah dan Amerika Utara dibentuk oleh sistem pemikiran, kepercayaan dan

ideologi Barat ketika mereka menjajah kawasan “oriental” - iaitu satu jolokan untuk

kawasan Asia termasuklah alam Melayu.

Para orientalis Barat dalam kalangan pegawai kolonial di Tanah Melayu telah

memainkan peranan penting mereka dalam mengkaji dan menyelidik mengenai

masyarakat tempatan yang dijajah mereka dari segi budaya, bahasa, kesusasteraan,

cara hidup dan segala macam yang berkait dengan masyarakat tempatan.

Antara pegawai kolonial British yang memainkan peranan penting dalam mengkaji

dan melakukan penyelidikan mengenai masyarakat tempatan di Tanah Melayu

termasuklah Stamford Raffles, R.O Winstedt, R.J. Wilkinson, J.M. Gullick, , J.Rigby

dll.

Selain itu, terdapat juga mubaligh-mubaligh Kristian yang memainkan peranan

penting dalam menulis hal berkaitan pensejarahan Malaysia seperti W.G Shellabear

yang banyak mengkaji naskhah-naskhah kesusasteraan Melayu seperti Hikayat

Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Seri Rama dll.

Kemunculan tokoh penulis Barat yang menulis berkaitan pensejarahan Malaysia ini

telah mewujudkan satu penulisan sejarah yang bercorak euro-centric dalam

pensejarahan Malaysia.

Seterusnya, era selepas kemerdekaan negara juga menyaksikan ramai ahli

akademik Barat yang cenderung untuk melakukan kajian ke atas sejarah Malaysia

yang bersifat ilmiah. Antaranya termasuklah:

1. A.C Milner (1982) dalam kajiannya iaitu Kerajaan: Malay Politics on the

Eve of Colonial Rule;

2. Carl. A.Trocki dalam penulisannya iaitu Prince of Pirates: the

Temenggong Development of Johor and Singapore 1784-1885;

3. R. Bonney (1974) dalam penulisannya iaitu Kedah 1771-1821: The

Search for Security and Independence;

4. Andaya & Andaya (1982) dalam penulisan mereka iaitu A History of

Malaysia.

Page 3: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

3

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Kepentingan Fakta dalam Pensejarahan Barat

Berbanding dengan hasil pensejarahan tradisional Melayu seperti Hikayat Raja-raja

Pasai, Sejarah Melayu dan lain-lain yang dilihat menyimpang daripada penulisan

sejarah yang berbentuk ilmiah, penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu dilihat

lebih mementing keabsahan dan penggunaan sumber dalam penulisan sejarah.

Hal ini kerana, zaman Rennaisance di Eropah telah banyak membantu

perkembangan ilmu pengetahuan termasuklah dalam bidang sejarah.

Pada abad ke-19 misalnya, Leopold Von Ranke, seorang profesor sejarah dari

Universiti Berlin, Jerman telah memainkan peranan penting dalam perkembangan

pensejarahan moden di Barat di mana sejarah dianggap sebagai satu bidang ilmu

yang mempunyai disiplin pengkajiannya yang tersendiri.

Menerusi pensejarahan moden yang diperkenalkan Von Ranke, beliau

menganjurkan supaya sejarah haruslah “ditulis seperti yang sebenarnya terjadi” dan

setiap fakta sejarah perlulah bersandar kepada penggunaan sumber yang asli.

Kaedah pensejarahan moden yang dipelopori oleh Leopold Von Ranke telah

merebak ke seluruh Eropah dan menjadi asas kepada pensejarahan Barat pada

masa tersebut.

Disebabkan konsep pensejarahan Barat yang dilihat mementingkan sumber dan

fakta dalam pensejarahan, para pegawai British yang melakukan kajian dan

penulisan ke atas pensejarahan Malaysia telah menulis berdasarkan kaedah

pensejarahan moden yang dikemukakan oleh Leopold Von Ranke.

Kebergantungan para penulis kolonial terhadap fakta dalam penulisan mereka dapat

dilihat melalui penolakan peristiwa yang bersifat lagenda dan mitos dalam

sebahagian besar karya pensejarahan Melayu tradisional.

Kepentingan fakta dalam penulisan dapat dilihat melalui R.O Winstedt misalnya yang

telah membaca dan mengkaji teks Hikayat Hang Tuah sebelum memuatkan

analisisnya mengenai hikayat tersebut dalam bukunya A History of Malay Literature

(1939) dan membuat perbandingan dan mendapati hikayat tersebut mempunyai

pengaruh epik Ramayana.

Page 4: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

4

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Perbandingan Konsep Pensejarahan Barat dan Alam Melayu

1. Fakta VS Mitis-Legendaris

Menurut R.Roolvink, pensejarahan tradisional Melayu terpecah kepada dua

bahagian iaitu bahagian pertama yang penuh dengan mitis-legendaris iaitu hal-hal

berkait dengan mitos dan lagenda dan bahagian kedua yang lebih bersifat sejarah.

Oleh itu, pensejarahan tradisional Melayu dilihat bercampur baur di antara perkara

mitos dan lagenda yang tidak diterima dalam sejarah serta fakta sejarah yang

terselindung di sebalik hal-hal yang bersifat mitos dan lagenda tersebut.

Berbeza pula dengan konsep pensejarahan Barat, penulisan pensejarahannya dilihat

lebih berfokus dan berpandu kepada fakta sejarah dan pembuktiannya.

Pensejarahan Barat menolak penulisan yang berbentuk lagenda dan mitos dalam

penulisan seseorang sejarawan.

2. Genre Penulisan:

Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah karya

kesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi pelbagai genre penulisan seperti

sastera kitab (keagamaan), undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentuk

puisi, pelbagai cabang sastera rakyat (penglipur lara, cerita jenaka, teladan dll) serta

sastera istana.

Penulisan pensejarahan Barat pula dibuat dalam bentuk penulisan naratif dan

deskriptif yang bercorak ilmiah.

3. Tema Penulisan:

Tema penulisan dalam penulisan pensejarahan tradisional Melayu tidak lari daripada

membicarakan soal salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan dengan jatuh

bangun sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan.

aspire
Highlight
aspire
Sticky Note
target exam
Page 5: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

5

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Apabila pengaruh kolonial Inggeris mula menguasai Tanah Melayu, tema penulisan

sejarah kolonial mulai meluas. Tema penulisan sejarah di Tanah Melayu pada ketika

itu termasuklah sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu, sejarah yang berkait

dengan masyarakat, budaya, bahasa dsb.

Para pegawai kolonial mengkaji hal-hal berkaitan teks kesusasteraan Melayu,

bahasa dan ilmu-ilmu dalam bahasa Melayu, kepercayaan, adat-resam, agama dan

corak kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.

4. Penggunaan Tarikh dan Kronologi:

Karya pensejarahan tradisional Melayu tidak mementingkan penggunaan tarikh dan

kronologi dalam penulisan mereka.

Hanya karya pensejarahan Melayu seperti Tuhfat al-Nafis, Misa Melayu dan Undang-

undang Kedah yang mencatitkan penggunaan tarikh dalam penulisan mereka.

Dalam penulisan sejarah kolonial, penggunaan tarikh adalah amat penting dan tarikh

adalah merupakan sebahagian daripada fakta sejarah.

5. Bersifat Kajian dan Penggunaan Sumber:

Karya-karya pensejarahan tradisional Melayu dibuat tanpa kajian dan lebih

berpandukan kepada pemikiran dan intelek para penulisnya.

Walaupun sebahagian penulisan pensejarahan Melayu dilihat mengambil sumber-

sumber daripada penulisan lain untuk dimuatkan dalam penulisan mereka,

pernyataan sumber tidak dinyatakan dalam penulisan mereka.

Sebagai contoh, penulisan Bustanus Salatin yang menggalurkan kembali sejarah

raja-raja Melayu semestinya merujuk sumber seperti Sejarah Melayu atau sumber

Pahang dalam penulisannya, akan tetapi penulisnya, Syeikh Nuruddin al-Raniri tidak

menjelaskan mengenai sumber penulisannya.

Page 6: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

6

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Berbeza dengan penulisan kolonial, penggunaan sumber dinyatakan secara jelas

seperti penulisan Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya yang

menceritakan mengenai kemasukan pengaruh kolonial dan pentadbirannya di Tanah

Melayu yang diambil daripada rekod-rekod kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-

negeri Melayu Bersekutu sesuai dengan kedudukannya sebagai Gabenor NNMB

sebelumnya.

Selain itu, dalam melakukan kajian terhadap amalan dan kepercayaan tertentu

masyarakat Melayu, para pengkaji kolonial sanggup menemui orang-orang sumber

bagi mendapatkan fakta penulisan yang tepat seperti R.O Winstedt yang melakukan

kajian terhadap amalan perbomohan dan upacara keramat dalam kalangan

masyarakat Melayu.

Beliau telah melihat sendiri ritual-ritual perbomohan di Tanah Melayu pada masa

tersebut sebelum menulis hasil kajiannya iaitu Shaman, Saiva and Sufi: A Study of

the Evolution of Malay Magic yang diterbitkan pada tahun 1925.

Dalam membantu memahami budaya dan bahasa masyarakat tempatan juga, para

penulis kolonial turut mendapatkan bantuan daripada para pemikir tempatan.

Contohnya, W.G Shellabear telah mendapatkan bantuan daripada Sulaiman bin

Muhammed Nur dalam mengkaji hikayat Melayu seperti Hikayat Hang Tuah dan

Hikayat Seri Rama, selain berkerjasama menerbitkan Kitab Kiliran Budi, kitab

pepatah Melayu pada tahun 1909.

6. Perbezaan Sentrik dan Bias:

Dalam pensejarahan Melayu tradisional, kecenderungan penulisannya dilihat

berlegar ke arah golongan pemerintah dan istana.

Sebagai contoh, Bustanus Salatin karangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri dilihat

cenderung untuk mengagung-agungkan Sultan Acheh pada ketika itu, Sultan

Iskandar Thani manakala Tuhfat al-Nafis pula terlalu mengagungkan suku Bugis

dalam istana Riau pada ketika itu.

Page 7: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

7

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Kecenderungan ini berlaku disebabkan oleh keterikatan para penulis dan pujangga

istana terhadap titah dan perintah diraja ke atas mereka yang dititahkan untuk

menulis kitab-kitab sejarah tersebut.

Misalnya, Tun Seri Lanang telah menyelenggara dan melengkapkan kitab Sulalatus

Salatin (Sejarah Melayu) atas perintah Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah

Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah setelah dibawa oleh Orang Kaya Suguh

dari Goa/Gowa.

Dalam kalangan penulis kolonial pula, kecenderungan mereka menulis pula dapat

dilihat melalui penulisan mereka yang bersifat euro-centric.

Euro-centric merujuk kepada perspektif dan pemikiran yang melihat semua perkara

di dalam dunia ini menerusi perspektif Eropah.

Menurut Kamaruddin Md. Said (2007), doktrin euro-centric dalam kalangan pegawai

kolonial adalah disebabkan oleh sistem latihan pegawai dan institut pendidikan di

Eropah yang menanamkan doktrin bahawa bangsa Eropah adalah bertamadun dan

mempunyai martabat yang tinggi berbanding negara-negara jajahan mereka.

Sebagai contoh, ketika menulis mengenai penentangan pahlawan tempatan

terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Haji

Abdul Rahman Limbong dll, British menganggap mereka sebagai penderhaka

sedangkan para penulis tempatan kemudiannya menganggap mereka sebagai

seorang pejuang.

Page 8: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

8

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

5.2 TUJUAN PENULISAN KOLONIAL

Tujuan penulisan kolonial di Tanah Melayu dilihat mempunyai beberapa tujuan yang utama.

Antaranya termasuklah:

1. Mengangkat Martabat Penjajahan Kolonial di Tanah Melayu:

Penjajahan Eropah ke Timur seringkali berselindung di sebalik usaha

mentamadunkan manusia di Timur.

Oleh itu, adalah penting kepada penjajah kolonial dalam membuktikan kegiatan

pentadbiran mereka di Tanah Melayu yang dianggap mampu membawa kemodenan

dan ketamadunan di Tanah Melayu dari segi kemajuan ekonomi, pendidikan,

infrastruktur dan sebagainya.

Bagi membuktikan kejayaan pentadbiran mereka, penulisan sejarah adalah penting

dalam memperincikan segala pencapaian yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran

mereka di Tanah Melayu sekaligus mengangkat martabat bangsa Inggeris sebagai

bangsa yang dianggap paling bertamadun dan berkuasa di dunia pada ketika itu.

Penulisan Frank Swettenham (1907) dalam buku British Malaya telah

menggambarkan bagaimana beliau cuba menunjukkan kemampuan pentadbiran

kolonial di bawah beliau sebagai Gabenor di NNMB pada waktu tersebut.

2. Laporan dan Tujuan Rasmi:

Sebahagian daripada penulisan terhadap peristiwa sejarah dibuat atas tujuan rasmi

iaitu untuk melaporkan sesuatu peristiwa kepada pihak pentadbiran kolonial British.

Pegawai kolonial British yang berhubung terus dengan Pejabat Tanah Jajahan

British di London memerlukan mereka untuk melaporkan sesuatu peristiwa kepada

pegawai atasan.

Sebagai contoh, peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan telah dilaporkan

oleh pegawai British dan beliau dianggap sebagai seorang penderhaka.

Page 9: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

9

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

3. Kajian terhadap Masyarakat Tempatan:

Tidak dinafikan, para pegawai kolonial dilihat sangat membantu perkembangan

pensejarahan di Malaysia dalam mencakupi pelbagai aspek yang tidak ditekankan

oleh pensejarahan tradisional Melayu seperti kebudayaan, amalan, adat-resam dan

cara hidup masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu.

Sejak tahun 1887, para pegawai kolonial di Tanah Melayu menyumbang kepada

penulisan jurnal dalam pelbagai aspek berkaitan masyarakat di Tanah Melayu dari

segi bahasa, budaya, sejarah dsb dalam jurnal keluaran khas yang dikenali sebagai

Journal of the Royal Asiatic Society.

Antara pegawai kolonial yang banyak menyumbang kepada kajian terhadap

masyarakat tempatan termasuklah:

1. Stamford Raffles yang banyak mengkaji mengenai naskhah undang-

undang Melayu;

2. R.O Winstedt yang mengkaji mengenai masyarakat Melayu berkenaan

kegiatan ekonomi mereka, hikayat penglipurlara dan tatabahasa Melayu;

3. R.J Wilkilson yang mengkaji masyarakat Sakai, masyarakat Perak dan

Undang-undang 99 Perak;

4. J.M Gullick yang banyak menulis tentang masyarakat tempatan ketika era

perjuangan kemerdekaan;

5. Dan lain-lain.

4. Memahami Masyarakat Tempatan:

Antara tujuan lain para pegawai kolonial mengkaji dan menulis berkaitan dengan

penduduk tempatan adalah disebabkan keinginan mereka untuk lebih memahami

tentang masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada ketika itu.

Sebagai contoh, R.O Winstedt telah melakukan pelbagai kajian sesuai dengan

kedudukannya sebagai seorang pegawai pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu

dalam memahami kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu di Perak

termasuklah yang melibatkan ritual seperti perbomohan.

Page 10: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

10

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

5. Tujuan Ilmiah:

Sejak era Rennaisance, kemunculan universiti-universiti di Eropah telah

menggalakkan lagi kegiatan keilmuan di Eropah.

Kemunculan Universiti dengan keilmuan moden menyebabkan masyarakat Eropah

menjadi sebuah masyarakat yang berilmu.

Oleh itu, maka tidak hairanlah sekiranya tujuan penulisan oleh sebahagian tokoh

kolonial di Tanah Melayu adalah untuk memenuhi keperluan ilmiah di negara

mereka.

Sebagai contoh, menurut Kamaruddin Md. Said (2007), kajian dan penulisan R.O

Winstedt berkaitan adat perbomohan di Tanah Melayu pada masa itu adalah untuk

memenuhi tesisnya yang bertajuk Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution

of Malay Magic.

Beliau kemudiannya telah berjaya dianugerahkan Ijazah DLitt. daripada Universiti

Oxford pada tahun 1920.

6. SBRAS:

Ketika menguasai Negeri-negeri Selat, pentadbiran kolonial di Singapura pada ketika

itu telah menubuhkan satu Pertubuhan yang bernama Straits Branch of Royal Asiatic

Society yang dianggotai oleh para pegawai kolonial di NNS.

Tujuan penubuhan pertubuhan ini adalah untuk mengumpul segala maklumat yang

berkait dengan Negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu sekitarnya sebagai

dokumentasi dan penyelidikan terhadap masyarakat dan segala hal yang berkait

dengan Tanah Melayu.

Sehingga kini, SBRAS muncul antara pertubuhan yang aktif menerbitkan jurnal

berkaitan sejarah dan informasi berkait dengan Malaysia dan kini dikenali sebagai

MBRAS.

Page 11: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

11

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

5.3 CORAK PENULISAN PENSEJARAHAN KOLONIAL

Corak penulisan kolonial di Tanah Melayu adalah bersifat euro-centric.

Sebagai contoh, para penulis pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung

untuk melakukan penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial yang

dianggap sebagai membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu.

Menurut Khoo Kay Kim, hal ini terjadi kerana kebanyakan pegawai British telah

muncul sebagai pegawai merangkap penyelidik dan penulis kepada pensejarahan

kolonial di Tanah Melayu.

Para pegawai British ini pula telah didoktrinkan dengan satu bentuk pemikiran,

pandangan, penulisan, pemikiran dan penelitian yang direka bentuk oleh pelbagai

institusi pendidikan dan latihan bagi pegawai awam (dan swasta) kolonial yang telah

membina tanggapan rasmi, formal dan peribadi tentang betapa rendahnya martabat

masyarakat dan budaya peribumi berbanding ketinggian dan martabat masyarakat

dan budaya Barat. (Kamaruddin Md. Said, 2007)

Indoktrinasi ke atas para pegawai kolonial di tanah jajahan mereka ini telah

menyebabkan segala penelitian dan tulisan mereka dengan sendirinya akan

mewakili sudut pandang dan kepentingan kuasa kolonial, dan mereka tidak perlu

sensitif pada sudut pandang dan kepentingan masyarakat tempatan.

Corak penulisan yang bersifat euro-centric ini jelas dalam kebanyakan daripada

penulisan mereka.

Sebagai contoh, J.Rigby yang mengkaji Undang-undang 99 Perak dan R.J Wilkinson

yang mengkaji Undang-undang Adat Perpatih dan Temenggung menolak undang-

undang Melayu seperti Undang-undang 99 Perak dan beberapa yang lain sebagai

sebuah undang-undang lengkap seperti legal code dalam perundangan Barat.

Mereka berpendapat, undang-undang adat di Tanah Melayu sebaliknya hanya

bersifat digest iaitu hanya bersifat intisari terhadap sebuah perundangan yang boleh

diterima pakai seperti di Barat.

Page 12: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

12

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Hal ini jelas menunjukkan bagaimana para penulis kolonial cuba melihat undang-

undang adat di Tanah Melayu dari sudut perundangan kolonial sedangkan perkara

ini adalah berbeza sama sekali. (Jelani Harun, 2008)

Penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial di Tanah Melayu

juga dapat dilihat melalui penulisan para pegawai British yang dilihat mengangkat

kejayaan pentadbiran kolonial di Tanah Melayu.

Sebagai contoh, Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya secara

jelas menceritakan sebahagian pengalamannya sebagai pegawai dan Gabenor di

NNMB serta kejayaan campurtangan British di negeri-negeri Melayu.

Selain itu, penulisan euro-centric dalam kalangan pegawai British dapat dilihat

melalui ulasan R.O Winstedt terhadap Hikayat Hang Tuah. Beliau menolak

kewujudan Hang Tuah sebagai seorang Laksamana di Istana Melaka kerana

beranggapan kewujudan pengaruh sastera panji (epik Jawa) dalam Hikayat Hang

Tuah menjadikan watak Hang Tuah tidak lebih daripada sekadar mitos seperti epik-

epik Hindu-Jawa yang lainnya.

Penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial di Tanah Melayu

telah mewujudkan sikap bias mereka dalam melakukan pengadilan moral ke atas

tokoh-tokoh tertentu dalam penulisan mereka.

Para pejuang tempatan yang menentang pentadbiran kolonial British di Tanah

Melayu seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di

Terengganu, Mat Kilau di Pahang dan lain-lain dianggap sebagai penderhaka kerana

kononnya menentang Sultan mereka sendiri walhal para pejuang tersebut

menentang British dan bukannya Sultan mereka.

Hanya apabila munculnya penulisan sejarah yang bersentrikkan tempatan,

baharulah para penentang British ini diangkat sebagai para pejuang.

Page 13: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

13

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

5.4 KEBOLEHPERCAYAAN PENSEJARAHAN KOLONIAL

Kebolehpercayaan merujuk kepada kemampuan untuk mempercayai atau mengakui

akan benarnya sesuatu penulisan itu.

Dalam konteks pensejarahan kolonial di Tanah Melayu, tahap kebolehpercayaan

terhadap pensejarahan kolonial sebenarnya bergantung kepada keobjektifan

seseorang penulis itu sendiri dalam melakukan penulisannya.

Walaupun kebanyakan penulis kolonial bersifat euro-centric, hal ini tidaklah

bermakna segala pandangan dan hasil penulisan mereka harus ditolak bulat-bulat.

Malah, persoalan sentrik ini sebenarnya telah menimbulkan banyak pertikaian dan

perdebatan.

Walaupun pensejarahan bersifat euro-centric mempunyai biasnya yang tersendiri

dalam hal tertentu, John Bastin melihat pengenalan penulisan pensejarahan yang

bersentrik tempatan hanya akan menjadikan penulisan sejarah ditulis dalam

semangat nasionalisme yang sempit.

Malah, John Bastin menolak dakwaan bahawa penulisan sejarah kolonial yang

bersifat euro-centric menyebabkan penulisan sejarah menjadi bias dan tidak objektif.

Menurut pendapat J.M Gullick pula, persoalan sentrik bukanlah sesuatu yang penting

dalam penulisan sejarah.

Dalam hal yang berkait dengan kebolehpercayaan terhadap pensejarahan kolonial

ini, hasil perdebatan berkenaan sentrik penulisan sejarah di Malaysia merumuskan

bahawa kebanyakan daripada penulisan kolonial diterima dan dihargai dalam

membantu menambah rujukan terhadap pensejarahan Malaysia.

Walaubagaimanapun, sebahagian pendapat dan pandangan para penulis kolonial

yang dilihat sinikal dan terlampau objektif dalam meneliti sumber pensejarahan

tradisional Melayu seperti yang dilakukan oleh R.J Wilkinson.

Para sejarawan tempatan menolak pandangan para pengkaji kolonial yang dilihat

cuba untuk menidakkan karya-karya pensejarahan tradisional Melayu dengan

berpandangan bahawa para pengkaji kolonial itu tidak layak untuk mengkaji sebuah

karya tempatan dengan berpandu kepada euro-centric.

Page 14: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

14

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sebaliknya, walaupun karya pensejarahan tradisional Melayu seperti Sejarah Melayu

dilihat bercampur di antara persoalan sejarah, mitos dan lagenda, namun para

penulis kolonial tidak patut menidakkan sumber pensejarahan ini kerana

berdasarkan perbandingan dengan sumber sezaman dari Siam, China dll ternyata

kebanyakan peristiwa sejarah yang dicatat dalam Sejarah Melayu ada asasnya.

Oleh itu, para sejarawan tempatan melihat bahawa penulisan dan pengadilan para

penulis kolonial terhadap sesuatu isu atau perkara yang dilihat terlalu bias dan

bersentrik Eropah harus ditolak dan dilakukan semula berdasarkan disiplin ilmu

sejarah yang moden.

Selain itu, sikap pengadilan para penulis Barat yang dilihat bukan sahaja terlalu bias

akan tetapi sampai ke tahap memperlekeh pensejarahan tradisional Melayu juga

ditolak dan tidak diterima. Antaranya termasuklah pandangan J.C Bottoms terhadap

pensejarahan tradisional Melayu yang agak tidak rasional. Menurut beliau, “Sejarah

bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari ialah

lagenda, fantasi dan omong kosong”.

Walaubagaimanapun, kebanyakan penulisan kolonial masih boleh dipercayai dan

diterima sebagai salah satu sumber pensejarahan Malaysia terutamanya hal-hal

berkaitan kajian mereka mengenai cara hidup dan amalan masyarakat serta hal-hal

berkait dengan ekonomi dan pentadbiran British ketika di Tanah Melayu.

Selain itu, Tregonning dalam bukunya, “Malayan History” mengulas akan kelemahan

pensejarahan Barat yang dilihat beliau seolah-olah lebih kepada penceritaan hal

berkenaan sejarah bangsa Eropah di Tanah Melayu setelah berlegar-legar dalam

soal pentadbiran British, Stamford Raffles dan Francis Light sedangkan banyak lagi

tema pensejarahan tempatan lain yang perlu diangkat.

Pun begitu, terdapat beberapa penulis Barat yang cuba diangkat sebagai penulisan

yang bersederhana dan boleh dipercayai sebagai satu sumber pensejarahan kepada

Malaysia.

Antaranya termasuklah J.M Gullick iaitu Indigenous Political System of Western

Malaya serta Rupert Emerson dalam Malaysia: A Study In Direct and Indirect Rule

yang dilihat tidak terlalu menonjolkan sikap bias terhadap kolonial British secara

keterlaluan walaupun kajian masih berlegar mengenai pentadbiran kolonial di Tanah

Melayu sebelum merdeka.

Page 15: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

15

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Kesimpulannya, kebolehpercayaan terhadap pensejarahan kolonial bergantung

kepada cara penulisan seseorang penulis kolonial itu supaya tidak terlalu bias dan

tidak juga terlalu menulis dari luar ruang lingkup tempatan.

Di samping itu juga, penulisan kolonial dan penulisan euro-centric dalam

pensejarahan Malaysia juga penting dan perlu dikekalkan berbanding penggunaan

penulisan yang bersentrik tempatan sepenuhnya bagi mendapatkan satu sudut

pandang yang berimbang dan tidak terlalu dicengkam oleh pensejarahan yang

bersifat nasionalisme semata-mata.

Malah, hingga kini kebanyakan kajian dan penyelenggaraan para pegawai kolonial

terhadap sumber pensejarahan tradisional tempatan masih menjadi sumber rujukan

terutamanya penyelenggaraan W.G. Shellabear dalam Sejarah Melayu.

Page 16: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

16

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

5.5 TOKOH PENULIS BARAT DI MALAYSIA

1. Stamford Raffles:

Thomas Stamford Raffles (1781-1826) merupakan seorang pegawai kolonial British

di Tanah Melayu yang pernah menjadi Gabenor-Jeneral British di Bangkahulu dan

Gabenor Sumatera sebelum memainkan peranan penting dalam pertapakan British

di Singapura.

Kefasihan beliau berbahasa Melayu menyebabkan Gabenor British di India, Lord

Minto menghantar beliau ke Tanah Melayu bermula di Melaka sebagai salah seorang

pegawai kolonial British.

Dalam bidang penulisan sejarah, beliau menerbitkan beberapa buah tulisan

termasuklah:

1. History of Java, menerangkan tentang sejarah di Pulau Jawa sejak

zaman purbakala;

2. The Malay Annal, menerangkan tentang kajian beliau terhadap Sejarah

Melayu;

3. Penulisan Jurnal beliau dalam Royal Asiatic Association (1816) yang

bertajuk “On the Melayu Nation, with a Translation of its Maritime

Institutions” yang berkait dengan kajian beliau terhadap Undang-undang

Laut Melaka

Selain itu, pandangan-pandangan beliau terhadap pensejarahan di Malaysia dapat

diteliti sehingga ke hari ini. Antara pandangan beliau termasuklah:

i. Pandangan Raffles terhadap Pensejarahan Malaysia:

Raffles berpendapat, pensejarahan di alam Melayu adalah merupakan

satu kajian yang menyeluruh terhadap naskhah atau undang-undang

Melayu pada zaman dahulu yang mana ianya saling berkaitan dengan

unsur tradisi seperti adat dan undang-undang Melayu pada ketika itu.

Page 17: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

17

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

ii. Pandangan Raffles terhadap Naskhah Perundangan Melayu:

Raffles turut mencatatkan beberapa usaha yang telah dilakukannya

bagi mengumpul manuskrip Melayu untuk dijadikan bahan kajian

tentang kewujudan undang-undang kesultanan Melayu.

Antara manuskrip undang-undang yang telah diperolehinya adalah

Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang

Johor dan Undang-Undang Laut Melaka.

Melalui pengumpulan ini, beliau berharap akan dapat membentuk

sebuah Digest of the Malay Laws.

Yang lebih menarik perhatian pada ketika itu ialah Raffles sudah

memikirkan perlunya suatu kajian yang menyeluruh terhadap naskhah

undang-undang Melayu dan hubungannya dengan teks serta budaya

tradisi kehidupan yang lain bagi memerikan undang-undang adat

Melayu secara keseluruhannya.

iii. Pandangan Raffles terhadap Masyarakat Melayu:

Raffles berpendapat, masyarakat Melayu yang dilihatnya pada ketika

itu merupakan sebuah masyarakat Islam yang tidak terlalu mengikut

ajaran agama secara mendalam dan mereka hidup dalam

kesederhanaan.

Mereka bergaul tanpa diskriminasi dalam masyarakat pada ketika itu

tanpa memiliki pengetahuan tentang pembahagian kasta seperti di

India yang pernah dilihatnya sebelum itu.

Masyarakat Melayu pada masa itu dilihat sangat menghormati

keturunan seseorang terutamanya golongan bangsawan, di mana

golongan bangsawan sangat berpengaruh dalam masyarakatnya.

Page 18: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

18

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

iv. Pandangan Raffles terhadap Ekonomi:

Beliau berpandangan bahawa Semenanjung Tanah Melayu dan

kepulauan sekitarnya mampu memenuhi keperluan perdagangan dari

India dan Eropah pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, ketersediaan sumber ekonomi untuk dibekalkan

adalah terhad untuk kegunaan tempatan semata-mata sedangkan

bumi Tanah Melayu sangat subur untuk pertanian dan kaya dengan

hasil bumi dan perlombongan yang tidak mudah susut.

Raffles berpandangan bahawa Tanah Melayu menjanjikan satu

peluang ekonomi dan pulangan kepada sesiapa yang menguasai

persaingan di alam Melayu.

2. R.O. Winstedt:

Sir Richard Olaf Winstedt (1878-1966) merupakan seorang pegawai kolonial British

di Tanah Melayu di samping merupakan seorang orientalis Barat yang terkemuka.

Sepanjang di Tanah Melayu, beliau memulakan karier sebagai pegawai permulaan di

Perak (1902), pegawai Daerah Kuala Pilah (1912), pegawai Pejabat Pelajaran

(1916), Pengarah Pelajaran bagi NNS dan NNMB (1924) serta Presiden kepada

Raffles College, Singapura (1928) sebelum dilantik menjadi Penasihat Johor (1931).

Dalam bidang pensejarahan Malaysia, beliau merupakan salah seorang daripada

pegawai kolonial British yang memainkan peranan penting dalam kajian dan

tulisannya berkait dengan Tanah Melayu.

Ternyata sepanjang perkhidmatannya di Tanah Melayu, beliau merupakan seorang

orientalis yang sangat prolifik dengan menerbitkan sembilan buah kamus, lapan

buah buku nahu bahasa Melayu, enam buah buku sejarah, sebelas buah teks

hikayat dan sastera lisan Melayu, sebuah buku analisis ilmiah evolusi sastera

Melayu, 23 buah rencana etnografi dan ratusan tulisan lain berkait dengan mitos,

magis, lagenda, kraftangan dan Melayu.

Page 19: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

19

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Winstedt dianggap sebagai seorang orientalis yang begitu berminat meneliti dan

menulis tentang masyarakat dan budaya yang didampinginya selama tiga dekad itu.

Antara kajian dan tulisan yang pernah dihasilkan beliau termasuklah:

1. Menyelenggara Misa Melayu karangan Raja Chulan (1919) yang

merupakan antara sumber pensejarahan tradisional Melayu Perak;

2. Malaya: the Straits Settlements and the Federated and Undefederated

Malay States (1923) berkait dengan NNS, NNMB dan NNMTB;

3. Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic (1925)

yang merupakan tesis beliau berkait dengan ritual perbomohan di Tanah

Melayu;

4. A History of Perak (1934) berkait dengan sejarah negeri Perak;

5. Menjadi Editor kepada penerbitan Paper on Malay Subjects sejak zaman

awalnya sebagai pegawai pendidikan di Perak;

6. Menulis ringkasan terhadap Hikayat Hang Tuah dalam Jurnal SBRAS

(1921);

7. A History of Johore (1932);

8. A History of Malaya (1935);

9. Menulis analisis beliau mengenai kesusasteraan Melayu dalam A History

of Classical Malay Literature;

10. dan banyak lagi.

Selain itu, pandangan-pandangan beliau terhadap pensejarahan di Malaysia dapat

diteliti sehingga ke hari ini. Antara pandangan beliau termasuklah:

i. Pandangan Winstedt terhadap Pensejarahan Malaysia:

Berkenaan Sejarah Melayu yang menjadi antara sumber

pensejarahan tradisional Melayu, Winstedt berpandangan bahawa

pengarangnya telah mengasimilasikan semasa pada ketika itu dengan

unsur-unsur dongeng seperti cerita dewa-dewi.

Winstedt mengenalpasti perbezaan salinan dalam beberapa naskhah

Sejarah Melayu yang menampakkan bagaimana Winstedt

berpendapat bahawa penyalin membuang jalan cerita yang tidak

sesuai dengan zamannya.

Page 20: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

20

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

ii. Pandangan Winstedt terhadap Pensejarahan Berbentuk Undang-

undang:

Winstedt melakukan kajian terhadap beberapa teks pensejarahan

berbentuk undang-undang termasuklah Undang-undang Kedah

(1928), Hukum Kanun Pahang (1948), Undang-undang Minangkabau

dari Perak (1953) berserta dua kajiannya bersama Josselin den Jong

iaitu Undang-undang Sungai Ujong (1954) dan Undang-undang Laut

Melaka (1956).

Pandangan Rigby dan Wilkinson yang menganggap undang-undang

tradisional Melayu hanya bersifat digest semata-mata ditolak oleh

Winstedt dan beliau berpandangan kedudukan undang-undang

adalah setaraf dengan legal code di Eropah disebabkan penurunan

authoriti ke atas perundangan tersebut.

iii. Pandangan Winstedt terhadap Kesusasteraan Melayu:

Winstedt menghasilkan sebuah kajian berkenaan analisis

kesusasteraan Melayu yang bertajuk “A History of Classical Malay

Literature”.

Beliau mengkelaskan kesemua sastera Melayu kepada beberapa

kumpulan tertentu iaitu:

i. Sastera rakyat;

ii. Sastera Melayu zaman Hindu;

iii. Sastera Melayu berunsur Jawa;

iv. Sastera Melayu transisi Hindu kepada Islam;

v. Sastera lagenda Muslim;

vi. Cerita-cerita bersumberkan Muslim;

vii. Hukum Kanun;

viii. Puisi Melayu (bahasa berirama, syair dan pantun)

Page 21: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

21

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Beliau juga berpandangan bahawa Hikayat Hang Tuah dipengaruhi

oleh unsur-unsur Jawa-Hindu yang bersifat sastera Panji yang mirip

Hikayat Seri Rama.

iv. Pandangan Winstedt terhadap Masyarakat:

Dalam pendidikan kepada masyarakat Melayu, beliau berpandangan

bahawa orang Melayu tidak patut diberi pendidikan di peringkat yang

terlampau tinggi kerana beliau beranggapan bahawa pendidikan untuk

golongan petani Melayu tidak harus melampaui darjat hidup mereka

yang rendah itu.

Sebagai Pengarah Pelajaran di NNS dan NNMB pandangan Winstedt

itu sangat mempengaruhi tahap pendidikan terhadap masyarakat

Melayu yang sangat ketinggalan pada ketika itu sedangkan pada

ketika itu munculnya gerakan kesedaran dan desakan dari Kaum

Muda dan nasionalis Melayu.

v. Pandangan Winstedt terhadap Nasionalisme Melayu:

Usaha O.T Dussek, Pengetua MPSI yang menubuhkan Jabatan

Karang-Mengarang yang menggalakkan kegiatan pemikiran dan

penulisan dalam kalangan pensyarah dan pelajar tidak begitu

dipersetujui Winstedt.

Beliau beranggapan tindakan Dussek hanya akan menyemarakkan

nasionalisme Melayu dan keadaan ini berbahaya selaras dengan

pergerakan anti-penjajahan pada waktu itu. Walaubagaimanapun,

Winstedt tidak pernah mengarahkan supaya jabatan tersebut ditutup.

Page 22: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

22

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

3. R.J. Wilkinson:

Richard James Wilkinson (1867-1941) merupakan seorang pegawai kolonial British

di Tanah Melayu dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pelajaran di

Pulau Pinang, Ketua Jemaah Nazir Sekolah NNS, Residen British di Negeri

Sembilan dan jawatan terakhir di Tanah Melayu sebagai Setiausaha Kolonial bagi

NNS sebelum menjadi Gabenor British di Sierra Leone pada tahun 1916.

Antara sumbangan terbesar beliau sehingga kini kepada pendidikan di Malaysia

termasuklah merintis penubuhan Maktab Perguruan Melaka (1900) dan Maktab

Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1922.

Beliau juga banyak membantu kepada pensejarahan Malaysia melalui kajian dan

penulisan yang telah dilaksanakan oleh beliau. Antara tulisan beliau yang pernah

diterbitkan termasuklah:

1. A Vocabulary of Central Sakai (1915), buku yang berkait dengan

Dialek Suku Sakai;

2. The Achehnese (1906) berkait dengan Acheh;

3. A History of Perak (1908);

4. A History of Peninsular Malays (1920) yang mengandungi bab

mengenai Perak dan Selangor;

5. Penulisan mengenai Undang-undang 99 Perak dalam Papers on

Malay Subject;

6. Membantu penerbitan Kisah Pelayaran Abdullah (1907)

Selain itu, pandangan-pandangan beliau terhadap pensejarahan di Malaysia dapat

diteliti sehingga ke hari ini. Antara pandangan beliau termasuklah:

i. Pandangan Wilkinson terhadap Pensejarahan Malaysia:

Wilkinson menyatakan pensejarahan Malaysia adalah undang-undang

adat Melayu yang tidak sepatutnya terpengaruh dengan maksud

„code‟ dalam undang-undang moden Inggeris yang telah melalui

proses legislatif (perundangan). Beliau menambah undang-undang

Melayu lebih bercorak ikhtisar (adat resam).

Page 23: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

23

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

ii. Pandangan Wilkinson tentang Politik Perak:

Wilkinson berpendapat, Raja Ismail (yang hanya ditulisnya sebagai

Ismail) sebagai pemerintah Perak yang sah dalam krisis perebutan

takhta di Perak manakala Raja Abdullah hanyalah seorang pewaris.

Beliau menolak permintaan Raja Abdullah yang memohon pas senjata

untuk baginda dan orang-orang baginda daripada Leftenan Gabenor.

iii. Pandangan Wilkinson tentang Perang Larut:

Wilkinson berpendapat adalah sukar untuk menentukan punca

sebenar kepada persengketaan Ghee Hin dan Hai San di Larut.

Wilkinson juga berpandangan bahawa pentadbiran British di Pulau

Pinang berada dalam dilema kerana walaupun golongan Hai San

(Tao Peh Kong) mempunyai jumlah ahli yang kurang berbanding

Ghee Hin di Pulau Pinang, akan tetapi kebanyakan pedagang kaya,

pembuat dan pengedar senjata dan peluru di Pulau Pinang dikuasai

oleh golongan Hai San.

4. J.M. Gullick:

J.M Gullick merupakan seorang pegawai kolonial British di Tanah Melayu pada era

pra-kemerdekaan di Tanah Melayu.

Merupakan seorang pegawai tentera British, beliau kemudiannya pernah menjadi

pegawai kepada Dato‟ Onn Jaafar yang menjadi Pengerusi RIDA pada ketika itu.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha dalam Sistem Ahli yang

diperkenalkan British ke arah kemerdekaan.

Page 24: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

24

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Antara kajian dan penulisan Gullick yang berkait dengan pensejarahan Malaysia

termasuklah:

1. Penulisan Jurnal beliau dalam JSBRAS bertajuk Captain Speedy

of Larut;

2. Malaysia and Its Neighbours;

3. Malaya;

4. Rulers and Residents: Influence and Powers in Malayan States

1870-1920;

5. Indigenous Political Systems of Western Malaya;

6. Malaya through Four Centuries: An Anthology 1500-1900;

7. Malaysia: It’s Political and Economic Developement;

8. Glimpses of Selangor;

9. A History of Negri Sembilan;

10. The Story of Kuala Lumpur: 1857 - 1939.

Selain itu, pandangan-pandangan beliau terhadap pensejarahan di Malaysia dapat

diteliti sehingga ke hari ini. Antara pandangan beliau termasuklah:

i. Pandangan Gullick tentang Pensejarahan Malaysia:

Gullick menjelaskan bahawa soal sentrik bukanlah asas dalam

penulisan sejarah.

Gullick mengambil pendekatan yang tidak begitu bias (terlalu euro-

centric) dalam penulisannya walaupun kajiannya masih berkisar

tentang kolonial.

ii. Pandangan Gullick tentang Politik Tempatan:

Gullick berpendapat tiada keraguan lagi kedudukan Raja sebagai

pemerintah di alam Melayu sejak sekian lama dan menyokong

pemerintahan beraja berperlembagaan untuk Malaya yang merdeka.

Page 25: Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial

25

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

iii. Pandangan Gullick tentang Masyarakat:

Kesan penjajahan kolonial ke atas Tanah Melayu telah mewujudkan

masyarakat Melayu berbilang suku termasuklah Kerinchi, Mandaling,

Acheh dan Banjar melalui penempatan mereka di Selangor dan

Perak.