ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH MELAYU Ahmad ...
-
Upload
vuongkhanh -
Category
Documents
-
view
273 -
download
6
Transcript of ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH MELAYU Ahmad ...
25
ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH MELAYU
Ahmad Farid Abdul Jalal, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Huzaimah Ismail, Nor Adina
Abdul Kadir, Muhammad Ikhlas Rosele & Ab. Halim Ismail.
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur
ABSTRAK
Sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah pun
mempunyai tamadun ilmu yang tinggi. Namun begitu, pihak British melalui ilmu kolonial
telah berjaya melakukan penaklukan epistemologi ke atas daya fikir Melayu. Ia
kemudiannya berjaya menanamkan stigma pemikiran bahawa hanya British sahaja yang
mampu membawa perubahan tamadun sains terbaik untuk masyarakat Melayu. Atas dasar
itu, kajian ini akan membongkarkan kelemahan ilmu kolonial dalam isu sains. Ia akan
dijawab menggunakan epistemologi sains Melayu Islam sejak zaman awal sehinggalah
zaman era kebangkitan Islam sekitar tahun 1970an-1990an. Di zaman post kebangkitan
Islam ini, pelbagai kesedaran sains Islam yang dibawa oleh ASASI akan ditonjolkan.
Kata kunci: ilmu Kolonial, Sains Barat, Tanah Melayu, Kebangkitan Islam
PENGENALAN
Secara fitrah, setiap manusia dari pelbagai bangsa apa sekalipun pasti akan mempunyai
keupayaan akal untuk membina budaya dan tamadun yang tersendiri. Di antara kemampuan
akal ini termasuklah kemampuan manusia berinteraksi dengan fenomena kemasyarakatan
dan alam semesta. Apa yang jelasnya, potensi berinteraksi dengan fenomena alam semesta
inilah yang menjadi asas kepada pengetahuan sains dalam catatan sejarah tamadun dunia
(Abdul Rahman Abdullah 2010 :33). Hal ini ditegaskan sebagai: “kebolehan mencerap
alam tabii dan menginduksikannya secara rasional serta memancarkan idea dan konsep
sains dalam bentuk dan bahasa sesuatu bangsa itu terdapat pada semua manusia dan
adalah sifat sejagat umat manusia.” Aksioma ini dicetuskan berasaskan kemampuan akal
manusia yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia. Ianya terdiri daripada
kemampuan akal manusia yang cukup tinggi, hinggakan mengatasi kemampuan mahkluk
Allah yang lain, termasuklah haiwan, malaikat dan syaitan itu sendiri. (Ithnin Abdul Jalil
2001: 453)
Antara kemampuan akal manusia yang diterangkan oleh al-Quran terdiri dari (1) melihat
dan merenung sesuatu fenomena di alam ini. Ianya termasuk kemampuan mengaitkan
hubungan antara sebab dengan akibat dan menyingkap pelbagai faktor lain yang
menyebabkan akibat tersebut; (2) mentafsir dan menganalisa sesuatu fenomena yang
ditanggap oleh pancaindera lain. Ianya termasuklah keupayaan untuk memahami hikmah
sesuatu perkara yang berlaku daripada peringkat teori yang bersifat abstrak dan
mengubahnya menjadi sesuatu yang praktikal untuk diamalkan, memperbaiki dan
memperkembangkannya untuk tujuan kehidupan. (3) merakam maklumat yang dilalui oleh
proses (i) dan (ii) serta mengingat semula apabila diperlukan untuk kegunaan
menyelesaikan masalah; (4) membuat andaian dan ramalan tentang apa yang bakal terjadi
di masa hadapan. Hal ini kelihatan dengan penekanan yang diberikan oleh al-Quran
Projek penyelidikan ini dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang.
26
terhadap subjek sejarah umat nabi-nabi terdahulu, untuk diambil iktibar oleh umat Islam
bagi merangka program perancangan masa hadapan dengan lebih baik dan terancang
(Abdul Halim el-Muhammady 2002: 95-107) dan (5) tafakur untuk tujuan muhasabah diri,
menambah pengetahuan dan meningkatkan tahap keimanan kepada Allah.
Ilmu sains adalah bersifat universal yang wujud dalam setiap tamadun dunia. Ia sesuai
dengan sifat manusia berakal yang mampu menganalisa kejadian alam dan mengambil
manafaat ilmu bagi tujuan penambahbaikian hidup manusia. Dalam proses pembangunan
tamadun sains ini ia saling mempengaruhi dan tiru meniru antara satu sama lain. Atas dasar
itu, kita tidak boleh mendakwa tamadun sains sebagai insklusif tanpa ada kaitan dengan
tamadun sains lain. Proses difusi ini ditambah disertai dengan elemen sentesis akan
memperkaya dan memperkasakan sesuatu tamadun. Artikel ini akan melihat bagaimana
peranan dan impak ilmu kolonial British membawa pengetahuan sains di Malaysia.
ALAM MELAYU, SAINS DAN KOLONIALISASI
Dalam peta dunia, rantau Alam Melayu yang dikenali sebagai negeri Di Bawah Angin agak
penting kerana beberapa sebab utama; Pertama, ia merupakan masyarakat maritim (tepi
laut) yang terbuka dengan pengaruh luar. Keterbukaan ini disertai dengan budaya ilmu telah
menjadi syarat asas yang melahirkan sesuatu tamadun dunia. Mengikut Ibn Khaldun, sifat
manusia itu sangat bergantung kepada pengaruh iklim yang berada di sekitar mereka. Atas
dasar ini beliau menegaskan bahawa manusia yang ditakdirkan mendiami kawasan iklim
sederhana akan melahirkan manusia yang berjiwa lembut, berbanding dengan penduduk
kawasan iklim yang panas seperti Timur tengah. (Ibn Khaldun: 82-95) Hal ini terbukti
apabila Islam secara mudah telah diterima oleh manusia Alam Melayu tanpa menumpahkan
darah seperti mana yang berlaku di Timur Tengah, Afrika dan Eropah.( Rahimin Affandi
Abdul Rahim 2003: 42-47).
Bertepatan dengan teori ini, kita melihat hasil pengaruh iklim telah melahirkan watak
masyarakat Alam Melayu yang berbeza dengan kawasan lain. Kehidupan mereka
terpengaruh dengan alam dan laut. Ianya terdiri:
1. Mereka mempercayai kuasa tuhan yang menentukan untung nasib hidup mereka
semasa belayar di lautan yang luas. Kuasa ketuhanan ini diperlukan untuk meminta
pertolongan apabila terdesak termasuk juga untuk memberikan keyakinan dan
ketenangan diri. (Haron Daud 2002) Lebih tepat lagi, hal ini menyebabkan mereka
mempercayai kewujudan dan bergantung kepada kuasa tuhan yang menguasai
sepenuhnya kehidupan manusia.
2. mereka menganggap laut sebagai tempat membekalkan rezeki kepada mereka. Atas
dasar itu hukum menjaga keseimbangan alam dan lautan mesti dijaga. Sebarang
tindakan yang merosakkan alam dan lautan sangat ditegah kerana ianya bakal
menjejaskan kehidupan mereka. (Zainal Kling 2000)
3. Seorang yang tabah dan sabar menghadapi gelora lautan. Mereka mudah membantu
orang dalam kesusahan. Mereka selalu bersedia dengan sebarang hal yang bakal
berlaku kerana perubahan cuaca dan monsun di laut.
4. Insan yang sanggup belajar dengan alam - laut sebagai guru yang mengajar dan
membentuk pemikiran mereka. Mereka perlu patuh dan akur dengan jadual perubahan
monsun setiap tahun. Pada waktu musim tengkujuh, kerja sebagai pelaut tidak akan
dilakukan dan menumpukan pada kerja lain. Untuk belayar meredah lautan mereka
memerlukan ilmu pelayaran dan tahu mengunakan bintang di langit sebagai pedoman
perjalanan.
27
5. Manusia yang mudah terbuka dengan pengaruh difusi asing yang datang daripada luar.
(Abdul Rahman Abdullah 1999).
6. manusia yang mementingkan elemen kesederhanaan di dalam proses berfikir dan
bertindak. (Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din 1993) Mereka
mementingkan soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat dan menentang keras
sebarang elemen yang bersifat individualism. Ia dapat dirujuk sebagai manusia yang
mementingkan kerukunan hidup bermasyarakat (Egalitarian) yang cukup tinggi. (Wan
Abdul Halim Othman 1993) Hal ini dilakukan sesame sendiri, bahkan juga kepada
masyarakat asing. (Idris Zakaria 2003)
Kedua, Alam Melayu memang mempunyai sejarah berinteraksi dengan pelbagai bangsa
asing. Antaranya bangsa Arab, Parsi, Cina dan Eropah. Ia termasuk juga dengan agama
besar dunia, seperti hindu, budhha, Islam dan kristian. Jadi, daripada aspek hubungan dan
pendedahan luar, masyarakat Alam Melayu amat dinamik sekali, yang menjadi tempat
pertemuan pelbagai budaya dan tamadun besar dunia. Proses ini berlaku dalam bentuk yang
adil dan timbal balik. Ia terdorong dengan sifat masyarakat Alam Melayu yang berbentuk
terbuka dengan pengaruh luar.
Ketiga, ia memiliki iklim, kesuburan biodiversiti tumbuhan dan sumber galian yang
banyak. Rantau Alam Melayu adalah pusat biodiversiti tumbuhan yang hebat. Ia
mempunyai komposisi kepelbagaian tumbuhan per unit kawasan antara yang paling padat
di dunia. Kedudukannya dalam kawasan tropika mempunyai ramuan iklim yang baik iaitu
taburan hujan dan panas yang hampir sekata setiap tahun. Hal ini menyumbang kepada
pembentukan tanah tanih yang subur dan sesuai untuk menampung pelbagai jenis
tumbuhan. Tumbuhan yang pelbagai ini menarik minat perkembangan fauna yang tinggi.
Dilaporkan tidak kurang dari 60,000 species tumbuhan, kira-kira 25% species tumbuhan
di dunia berbanding Eropah (5,000 species tumbuhan), Amerika utara (18,000 species
tumbuhan) dan Afrika (30,000 species tumbuhan). Ia meliputi tumbuhan berbunga, palma,
rumpur, rumpair, lumut, pokok herba, pemanjat di darat dan kawasan paya air. Masyarakat
Melayu memang telah lama berinteraksi secara harmoni dengan semua tumbuhan di sekitar
mereka.
Atas dasar itu rantau Alam Melayu memang menjadi tumpuan bangsa Eropah, India, Cina
dan Arab sepanjang sejarah. Ini didokong dengan realiti Alam Melayu yang memiliki
sumber galian dan rempah yang sangat diperlukan dunia pada masa itu.
ILMU KOLONIAL DAN KONSEP SAINS BARAT
Secara amnya, ilmu kolonial adalah ilmu yang diusahakan oleh pihak kolonial British
mengumpulkan serba serbi maklumat tentang masyarakat tanah jajahan bagi tujuan
pengawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Ia berasaskan dasar dan epsitemologi
(falsafah, pendekatan, metodologi dan tafsiran) Kolonial British terhadap masyarakat
Tanah jajahan. Tujuannya untuk menguasai aspek politik dan pemikiran masyarakat Tanah
jajahan. Ia adalah sinonim dengan disiplin orientalism, iaitu ilmu yang mengkaji ruang
fizikal dan abstrak/pemikiran masyarakat bukan barat. Orientalis ialah sekelompok ilmuan
mengkaji Islam dari sudut pandang mereka. Mereka mengkaji ‘Timur’ secara budaya
bahkan ideologi, sebagai suatu bentuk wacana dengan dokongan institusi, kosa kata,
keilmuan, imajinasi, doktrin, bahkan birokrasi kolonial dan gaya kolonial. (Edward W Said
1985: 2) Mereka mendakwa kajian itu dilakukan demi nilai ilmiah murni tanpa ada maksud
dan tujuan yang lain. Namun begitu, pandangan metodologi orientalis mengandung
28
pelbagai bentuk konfrontasi terhadap kebudayaan tertentu. Ia dikonstruk khusus untuk
membezakan antara kedua masyarakat tadi tanpa mengambikkira persetujuan masyarakat
timur.
Menurut Abid al-Jabiri, dalam pendekatan orientalis ada dua aspek yang perlu dikaji.
Pertama, aspek yang berkaitan dengan hubungan antara orientalis dan imperialisme.
Biasanya, hal ini kelihatannya tersembunyi, khususnya dengan konflik antara Islam dan
Kristian pada abad pertengahan. Hasilnya daripada paparan konflik ini, mereka merendah-
rendahkan pemikiran Islam. Hal ini agak jelas apabila pemikiran umat Islam dikatakan
sebagai pemikiran bangsa Semit yang dianggap sangat mundur. Kedua, aspek yang
berkaitan dengan situasi objektif, pensejarahan dan metodologi yang diaplikasikan oleh
orientalis. Pada masa orientalisme muncul, begitu pula pemikiran Eropah mengenal
gerakan intelektual yang bertujuan melakukan reviewing (ulang kaji) sejarah kebudayaan
Eropah. Dengan tersusunnya sejarah kebudayaan Eropah ini, mereka mendakwa tentang
keuniversalan metodologi sejarah Eropah ini dan menganggap sejarah lain tidak
mempunyai peranan yang signifikan.
Proses pembangunan ilmu kolonial di kawasan Tanah Jajahan seperti Tanah Melayu
memang menjadi polisi utama kuasa penjajah British di Britain. Di Britain, pada masa itu,
projek Enlightmen dan Renaisance (program menghidupkan falsafah positivisme -
sekularisme) memang berpengaruh dan diterima oleh kerajaan Britain dalam dasar
negara.(Samuel Wee Tien Wang 1991) Pejabat Tanah Jajahan di London telah menetapkan
dasar agar ilmu kolonial diwujudkan bagi memastikan penjajahan dapat bertahan lama.
Untuk itu, mereka memerlukan korpus ilmu khusus untuk menjayakan program ini. Atas
dasar itu mereka memerlukan pakar-pakar orientalis untuk membangun ilmu kolonial ini.
Pakar ini akan memberikan panduan bagaimana ilmu kolonial boleh dibangunkan. Pihak
pusat perlu menerima pakai cadangan yang diberikan oleh pakar-pakar orientalis ini (Kees
Groeneboer (1999). Antara mekanisme pembentukan sarjana-pentadbir kolonial;
1. Memilih kader tertentu yang mampu menguasai bahasa dan budaya masyarakat tanah
jajahan. Mereka perlu diterapkan dengan falsafah Euro- Centric dan memandang
rendah bangsa bukan barat. Mereka dilarang mengambil sikap bersimpati dengan
masyarakat tanah jajahan. (Sivachandralingam Sundara Raja 2015)
2. IPT di barat (British dan Belanda) ditugaskan melatih kader-kader ini tentang sejarah,
bahasa, budaya dan ilmu philologi bagi menjalankan misi mendapatkan maklumt
tentang masyarakat tanah jajahan.
3. Calon yang terpilih ini perlu menjalankan misi mendapatkan sebanyak mungkin
maklumat tentang masyarakat Tanah Jajahan untuk tujuan pentadbiran masyarakat.
Contohnya, hal ini memang telah dikumpulkan oleh sejarahwan Portugis, Belanda dan
British.
4. kader yang bertugas di tanah jajahan diwajibkan menjalankan tugas hakiki mereka
bersama dengan usaha pengumpulan data melalui beberapa langkah; (Shamsul Amri
Baharuddin 1999)
a. Menguasai bahasa pribumi untuk membolehkan proses komunikasi dan
menjalankan program law and order di dalam masyarakat.
b. Menjalankan survey ataupun kajian tinjauan bagi mengumpulkan maklumat
mengenai kehidupan sosial, alam sekitar, etnobatani dan segala perkara yang
berkait dengan masyarakat pribumi.
c. Mengumpul maklumat statistikal melalui kaedah banci yang kemudiannya
dikategorikan mengikut pembahagian yang khusus.
29
d. Menyimpan pelbagai bahan dan artifak yang dikutip dari survey and banci
untuk dipamerkan kepada kalangan yang berminat.
e. Mengasaskan suatu sistem pengintipan dan perisikan yang dianggap perlu bagi
menjamin keselamatan dan kestabilan politik pemerintahan kolonial
f. Membina suatu perpustakaan historigrafi yang dicopkan sebagai hak milik
pribumi yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan utama pengajaran kepada
masyarakat.
g. Melakukan proses kajian philology terhadap koleksi historigrafi milik orang
Melayu yang kemudiannya diterbitkan dalam pelbagai bentuk penerbitan ilmiah
untuk tujuan rujukan pentadbir dan akademik.
5. Semua bahan mentah yang terkumpul ini dianalisa dan dijadikan sebagai asas untuk
memahami dan menguasai masyarakat tanah jajahan. Terpenting lagi, banyak dasar
British di Tanah Melayu dibuat berasaskan dapatan kajian daripada bahan mentah ini.
6. Pihak Pejabat Tanah Jajahan perlu menerimapakai nasihat yang dicadangkan oleh
sarjana-pentadbir kolonial. Contoh yang paling jelas dalam soal ini adalah dasar
mewajibkan penggunaan bahasa penjajah di sekolah masyarakat tanah jajahan. Hal ini
telah dijalankan mengikut cadangan yang dikemukakan oleh sarjana orientalis, di
Tanah Melayu dan India serta pihak Belanda di Indonesia. (Kees Groeneboer 1999:
201-220)
Di Tanah Melayu, Raffles dianggap sebagai tokoh utama yang mewajibkan langkah-
langkah ini dilakukan sehingga melahirkan ilmu kolonial. Secara terang-terangan kita
boleh melihat bahawa ia dibuat demi kepentingan kuasa penjajah sepenuhnya tanpa
mengambikkira kebajikan masyarakat tanah jajahan.
Merujuk kepada ilmu sains kolonial, ia adalah hasil usaha sarjana-pentabdir-saintis British
dalam mencatat, mengklasifikasi dan menerapkan paradigma sains barat dalam masyarakat
Melayu. Ia bukan setakat menjadi rakaman sejarah silam bahkan berupakan garis panduan
tentang bagaimana kajian sains perlu dilakukan. Bersesuaian dengan kepentingan ekonomi
British di Tanah Melayu, ilmu sains kolonial ini dibahagikan kepada dua bidang utama;
perubatan dan Botani. Kedua bidang ini turut menekankan diwujudkan agensi penyelidikan
yang khusus; (Mohd Hazim Shah 2007)
1. Perubatan – apa yang dihasilkan oleh pusat penyelidikan perubatan (The Institute Of
Medical Research) yang diasaskan pada tahun 1900. Ia membabitkan kajian tentang
penyakit tropika dan kaedah rawatan yang sepatutnya.
2. Botani – apa yang dihasilkan melalui The Botanical Garden dan The Rubber Research
Institute. Ia membabitkan kajian tentang jenis flora dan fauna, tanaman yang
diperkenalkan dan bagaimana teknologi untuk tanaman yang lebih baik.
Dalam proses ini, pihak British memang mendapat bantuan dan terpengaruh dengan pakar
masyarakat Melayu sendiri. Contohnya, Gimlett dan Burkill (1930) telah merujuk
manuscript Inche Ismail apabila menerangkan tentang Etnobotani; ubatan dan penyakit
tropika yang ada di Alam Melayu. Kedua sarjana ini telah menerbitkan manuscript ini
dalam bahasa Inggeris berjudul; The Medicinal Book Of Malayan Medicine. Karya ini
mengandungi 543 ramuan perubatan tradisional, 230 jenis penyakit, 1262 tumbuhan dan
376 species tumbuhan ubatan. Daripada 543 ramuan perubatan tradisional, 74 merawat
penyakit demam (typoid dan malaria), 44 penyakit perut, 44 penyakit kulit, 39 rawatan
wanita, 31 rawatan pendarahan, 22 rawatan sakit badan, 20 rawatan mata, 20 rawatan
rheumatism, 19 rawatan sembelit, 15 rawatan bisul, 13 rawatan gonorrhoea, 12 rawatan
tenaga batin, 12 rawatan cacing dalam perut, 10 rawatan tulang, 9 rawatan penyakit hati, 8
rawatan leucorrhoea, 7 rawatan dada, 7 rawatan dipteria, 7 rawatan pitam, 6 rawatan
30
haemmorhoids, 4 rawatan leprosy, orthitis, kegilaan dan muntah-muntah. (Abdul Manap
Mahmud (2011)
Sarjana British juga telah memberikan tafsiran ekonomi kepada setiap tumbuhan yang
ditemui. Beberapa orang ahli Botani British telah dihantar ke tanah Melayu, seperti Isaac
Henry Burkhill, penolong curator Herbarium Royal Botanical Garden London 1897-1899),
H,N, Ridley (Pengarah Taman Botani Singapura 1888-1911), Richard Eric Holttum
(Pengarah Taman Botani Singapura 1926-1946). Hasilnya, mereka telah menghasilkan
beberapa manuscript utama seperti The Malay Material Medica (Ridley 1894), Tree Flora
Of Malaya (Ridley 1922), The Medical Book Of Malayan Medicine (Burkhill 1930), Malay
Village Medicine (Burkhill 1930), A Dictionary Of Economic Products Of Malay Peninsula
(Burkhill 1935), Wayside Tree Of Malaya (Corners 1952) dan Plant Life In Malaya (
Holttum 1954) Kesemua warisan ilmu sains kolonial ini diterimapakai di Malaysia selepas
merdeka dengan sedikit penambahbaikian. Ia telah diwacanakan dan dikaji oleh pengkaji
Melayu sehingga mencetuskan kesedaran sains Islam yang berwawasan world-view
Malaysia. (Sh. Mohd Saifuddeen Bin Sh. Mohd Salleh (2012)
1. Warisan Sains Kolonial: Pengajaran Dan Manafaat Kita selalu menggunakan pendekatan nastolgia dalam melihat sejarah silam. Kita sering
mengagungkan kehebatan sejarah silam dan mempersalahkan kuasa penjajah British di atas
kejatuhan tamadun Islam. Sepatutnya kita patut belajar daripada peristiwa sejarah dengan
mengambil apa yang baik sebagai tauladan, manakala keburukan sendiri dijadikan
sempadan.
Daripada pembentukan ilmu kolonial ini amnya dan ilmu sains khususnya beberapa perkara
boleh dipelajari;
Sifat Dinamik Pihak British Yang Mementingkan Ilmu Dalam Membina Tamadun.
Bertepatan dengan teori budaya ilmu yang dibawa oleh Wan Mohd Nor Wan Daud,
tamadun dunia yang agung dibangunkan atas dasar budaya ilmu akan menyebabkan ianya
bertahan lama. Merujuk khusus kepada penjajahan British di Tanah Melayu, projek
kolonialisasi dapat bertahan lama, di mana sesetengah hasilnya masih kekal hingga zaman
sekarang, (Mohd. Noor Mat Yazid 2014) semua berpunca daripada pengamalan budaya
ilmu. Hal ini dapat dilihat daripada usaha pihak kolonial mengumpul, mengklasifikasi,
mengkaji, mengulas dan menerapkan dasar yang khusus untuk masyarakat Melayu
daripada bahan ilmu atau maklumat yang terkumpul ini.
1. Sebelum mereka menjajah, mereka mempelajari masyarakat Tanah Melayu secara
mendalam. Hasilnya mereka mengetahui aspek kekuatan dan kelemahan masyarakat
Melayu. Contohnya potensi perluasan perdagangan di kawasan Pantai timur Malaya
dibuat hasil usaha pedagang tempatan yang bertanggungjawab mengumpul maklumat
tentang negeri Melayu dan mempengaruhi kerajaan British di India untuk
campurtangan di Tanah Melayu. Antara maklumat ini; (i) Terengganu sebagai
pelabuhan core yang maju - terkenal dengan bahan ekspot emas dan lada hitam.
Terengganu telah menjadi rebutan antara pihak British dengan belanda yang
memandang ianya terletak dalam kawasan dagang yang strategik; jalan dagang antara
Tanah Melayu dengan china ataupun tempat persinggahan jalan dagang antara kawasan
timur dan barat. Dalam hal ini, kapten Joseph Jackson menulis : Terengganu adalah
negeri yang kaya dan maju dan mempunyai pelbagai jenis barangan. Orang china
mempunyai penempatan yang besar dan menjalankan perdagangan yang giat disini;
(ii) pelabuhan Terengganu dan pahang dikatakan bersifat kosmopolitan dengan
pelbagai bangsa seperti China, Arab, parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan
baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan
31
hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu.
(iii) berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya
terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.
2. semasa penjajahan berjalan mereka tetap mempelajari dengan mengumpul semua
maklumat tentang masyarakat Melayu. Ia bukan dibuat secara kosong tapi lebih
praktikal (berdasarkan data yang lebih praktikal). Contohnya, sebelum mereka ingin
memperluaskan kuasa di Pahang, mereka bergantung kepada laporan lengkap tentang
masyarakat dan potensi ekonomi di Pahang demi memastikan pelaburan mereka
mendapat pulangan yang terbaik. Terdapat beberapa orang pentadbir-kolonial yang
terlibat mengkaji, melawat dan mencatat perkembangan yang berlaku di Pahang pada
abad 18. Antaranya adalah Abdullah Munsyi, W. Linehan, W.M. Davison, R.G. Cant,
W.P. Panton, J.B. Scrivener, Frank Swethnam, R.O. Winstedt dan Moshe Yegar. kita
dapat mengetahui bagaimana reality negeri Pahang daripada paparan para kolonialis
ini. Antara maklumat ini; (Mohd Samsudin 2010)
i. kekayaan hasil bumi dan potensi ekonomi negeri Pahang yang mempunyai banyak
galian berguna seperti bijih timah, besi dan emas. Pahang dikatakan memiliki hasil
hutan yang banyak dan masih belum ditebus guna sepenuhnya. Selain daripada
orang cina dan siam, bangsa eropah belum lagi datang untuk mengambil hasil
potensi Pahang. Secara terang-terangan mereka bimbang kedatangan bangsa eropah
yang lain ke Pahang yang bakal menganggu polisi monopoli mereka di Tanah
Melayu.
ii. Maklumat terperinci tentang muka bumi Pahang yang penuh dengan hutan, bukit
gunung ganang, hasil sungai yang kaya, tanah yang subur, alam fauna dan flora
yang sangat kaya untuk dipergunakan sepenuhnya.
3. mereka bergantung pada kajian tentang masalah ketidak seragaman pentadbiran British
di NMB sebelum memutuskan untuk melakukan penambahbaikian pentadbiran di
NMB. (Sivachandralingam Sundara Raja 2009)
Merujuk khusus kepada proses pembangunan ilmu sains kolonial yang menyentuh Alam
Melayu, beberapa manafaat boleh dipelajari. Antaranya;
1. Orang barat mempunyai sifat suka merantau dan mengumpul maklumat daripada
sumber bahan kawasan Alam Melayu, yang telah melahirkan koleksi dan korpus ilmu
sains berguna tentang masyarakat Alam Melayu. Sejarah perantauan ilmiah ini
terbahagi kepada beberapa zaman dengan tren world-view khusus. Pada abad 16 -18
M, pelayar daripada Andalusia yang sampai ke Alam Melayu telah mencatat serba
serbi tentang masyarakat Alam Melayu. Hal ini terbukti dengan wujudnya tulisan awal
tentang Alam Melayu. Ia digambarkan sebagai kawasan yang subur dan penuh dengan
galian berharga. Selepas kejatuhan Andalusia dan berlakunya perkembangan falsafah
Renaissance, catatan awal ini diperolihi oleh bangsa portugis dan sepanyol yang
melancarkan pengembaraan dakwah dan perdagangan ke Alam Melayu. Hubungan
bangsa Eropah awal ini dengan masyarakat Alam Melayu adalah agak tegang dan tiada
pertembungan budaya dan intelektual positif yang berlaku.
2. Selain daripada pengembara kolonial ini, terdapat juga sejumlah pengembara-saintis
yang merantau ke Alam Melayu. Ia termasuk bangsa Jerman, Austria, Perancis,
Belanda dan British. Penjelajah awal ini juga menjalankan espedisi ilmiah apabila
mereka mencatat dan membawa pulang sample-sample botani daripada Alam Melayu
ke Eropah untuk dibuat kajian. Hasil penemuan awal ini mendapat sambutan yang
memungkinkan masyarakat Eropah mengetahui tentang kemakmuran Alam Melayu.
Di zaman kemudian, maklumat tentang bahasa, masyarakat, sumber alam dan agama
masyarakat Alam Melayu menjadi rujukan baku di kalangan sarjana dan polisi maker
32
di Eropah. Contohnya, kamus dan buku tata bahasa Melayu yang disusun oleh Marsden,
W. (1812. A Grammar of the Malayan Language) pada masa ini mendapat sambutan
hangat di Eropah, memandangkan bahasa Melayu telah linqua franca di Alam Melayu.
(Hashim musa 2014)
3. Pada abad 19 -20 M, pelayar British yang kebetulannya terlibat dengan world-view
revolusi intelektual di Eropah telah mula menjajah dunia Alam Melayu. British dengan
tipu muslihat dan diplomasi berjaya menjajah ruang politik dan epistemlogi masyarakat
Melayu.
Program penjajahan politik ini berjalan lancar dengan adanya pengenalan sains dan
teknologi barat. Mengikut Mohd Hazim Shah yang mengulas teori George Basalla tentang
proses pemindahan teknologi barat ke Alam Melayu, menegaskan bahawa proses
penaklukan epistemologi sains barat di Tanah Melayu berlaku dalam beberapa langkah
utama. (Mohd Hazim Shah 2007)
1. Mewujudkan sekolah untuk golongan elit Melayu, Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Mereka mengajar tentang world-view sains barat dalam soal-soal matlamat hidup, apa
yang penting, bagaimana pengurusan serta penyelesaian masalah dan terpenting sekali
mereka menolak semua world-view, cara hidup dan paradigma pemikiran
Melayu.(Naoki, Soda 2001)
2. Pegawai British menyebarkan pemikiran saintifik barat dan mendedahkan kelemahan
mentaliti Melayu yang berpegang pada agama dan budaya hidup yang bertentangan
dengan nilai kemajuan barat. Dalam soal ini, Winstedt menegaskan bahawa Malaya
adalah seperti keadaan di Britain pada zaman sebelum muncul idea renaisance yang
percaya kepada tahyul dan agama yang tidak membawa kemajuan. Mereka juga
berpendapat bahawa penjajahan British adalah untuk membawa kemajuan bagi
masyarakat Melayu. Orang Melayu dianggap seperti kanak-kanak kecil yang perlu
diajar bagi memajukan diri mereka. Disamping itu juga, mereka mendedahkan
kelemahan sistem perubatan tradisional Melayu berbanding dengan perubatan British.
Mereka menganggap doktor British bukan setakat dapat menyembuhkan penyakit
bahkan ingin bawa kemajuan kepada orang Melayu. (Danielle Falconer 2015)
3. Penubuhan pusat penyelidikan tentang penyakit tropika, getah dan perhutanan. Melalui
pusat penyelidikan ini, pihak British secara langsung telah memperkenalkan konsep
sains dan paradigm penyelidikan barat. Hal ini telah memajukan program penyelidikan
sains moden yang terkini di Malaysia. (Choon-Lee Chai 2008) Walaupun diakui
pengetahuan sarjana Melayu tradisi memang ada canggih dalam isu perubatan ini, tetapi
perbincangan tentang kaedah penyelidikan lanjutan bagi memajukan bidang perubatan
ini menang agak langka sekali. Hal ini memang boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh
sarjana Melayu selepas merdeka.
2. Pihak British Telah Melakukan Proses Preservasi Artifak Dan Manuskript
Melayu.
Merujuk khusus pada manuskrip Islam, termasuk dalam bidang sains Melayu tradisi,
memang banyak sekali manuskript Islam telahpun rosak kerana tanpa penjagaan rapi.
Contohnya boleh dilihat kepada koleksi manuskript Tanah Abe di Aceh yang telah musnah
dan rosak teruk kerana faktor cuaca persekitaran. Iklim panas lembab menyebabkan
berlaku proses pereputan, di samping lahirnya anai-anai yang merosakkan manuskript ini.
Hal ini tidak akan berterusan andainya manuskript Islam ini diletakkan di bawah kelolaan
perpusatakan moden seperti Perpustakaan Nasional Indonesia, perpustakaan negara, British
muzuim, Public Office dan Leiden. Dalam perkembangan terkini, manuskript berharga ini
33
telah dijadikan dalam bentuk digital yang mampu dijaga dan diaseskan oleh semua lapisan
Masyarakat.
Atas dasar itu, usaha pihak kolonial seperti British dan belanda ini boleh dianggap sebagai
penyelamat kerana berjaya menyelamatkan bahan-bahan ini terus musnah. Pihak kolonial
memang menghargai manuskrip Melayu dan menaruh perhatian terhadap pengumpulan
dan penyalinannya. Pihak Belanda di Indonesia sejak tahun 1819 telah mewujudkan
General Sekretariat bagi tujuan pengumpulan dan penyalinan ini. Malah orang
perseorangan daripada pihak British dan Belanda mempunyai inisiatif sendiri untuk tujuan
pengumpulan dan menyalinnya dengan bantuan jurutulis. Misalnya Raffles mempunyai
jurutulis khusus untuk tujuan ini. Hasil yang dikumpul ini dibawa pulang ke Eropah.(Abu
Hassan Sham (1995)
3. Proses Pengumpulan Dan Pengklasifikasi Bahan Tentang Tanah Melayu
Proses pengumpulan dan pengklasifikasi bahan ini dalam bentuk record dan historigrafi
Tanah Melayu, termasuk dalam bidang sains Melayu tradisi memang dilakukan di British
Muzuim. Ia menjadi bahan kajian lanjutan oleh pengkaji barat dan Islam selepas
merdeka. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa teknik dan kaedah presivasi dan klasifikasi
ini telah dipelajari oleh masyarakat bekas tanah jajahan dengan barat. Pusat kajian orientalis
yang bernaung di bawah beberapa IPT terkenal di barat memang cukup prolific sekali di
dalam melahirkan kajian kritikal terhadap subjek Melayu dan Islam. Ini kerana mereka
memiliki ases kepada sumber historigrafi masyarakat Tanah jajahan seperti mana terdapat
di British Muzium dan Leiden.
Berasaskan kepada fakta ini, kita terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih adil,
terbuka dan selektif di dalam menilai genre orientalisme khususnya yang berkaitan dengan
sejarah tamadun Islam di Alam Melayu. Maknanya, kaedah penilaian yang agak berbeza
perlu diambik, berbeza dengan pendekatan anti melulu terhadap dunia barat yang biasanya
dipakai oleh sarjana Islam semasa. Mengikut hemat penulis, paradigma ini memang
mempunyai justifikasinya dalam sejarah tamadun keilmuan Islam sendiri. Hal ini
ditegaskan dengan cukup tuntas oleh Wan Mohd Nor Wan Daud yang apabila meneliti
tentang sikap yang terlalu negatif terhadap genre orientalisme, telah menegaskan bahawa
terdapat sejumlah besar dari sarjana Islam sendiri yang telah dijangkiti penyakit
Westophobia, sikap takut dan benci yang tidak rasional terhadap barat. Pada dasarnya,
penyakit ini adalah serpihan daripada penyakit akal, Xenophobia yang menyebabkan
penghidapnya sentiasa takut kepada unsur-unsur luar. (Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
1999)
RESPON SARJANA MALAYSIA TERHADAP ILMU SAINS KOLONIAL.
Dewasa ini, perjuangan menegakkan usaha pelestarian Islam dalam masyarakat dikatakan
boleh dibuat melalui beberapa cara; terlibat dalam sistem pemerintahan, pendidikan dan
NGO. Sarjana Islam bersepakat bahawa peranan NGO Islam amat diperlukan bagi
memperjuangkan sesuatu gagasan tertentu. Peranan NGO ini yang ditubuhkan atas tujuan
tertentu dan dianggotai oleh sejumlah besar pakar ilmu (Intellectual Circle) memang
mmpunyai sejarah yang panjang dalam memperkembangkan keilmuan Islam dalam
pelbagai falsafah yang tersendiri. Di zaman klasik, walaupun ianya bukan bernama NGO
tetapi intipati utama perjuangan intellectual circle ini memang menyamai konsep NGO di
zaman moden ini. Di Malaysia, gagasan Islamisasi ilmu telah melahirkan beberapa NGO
khusus. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan tersebarnya gelombang kebangkitan
semula Islam di tahun-tahun 1970-2000an, telah muncul intellectual circle saintis Melayu-
Islam yang bernaung di bawah ASASI. Kebanyakan mereka terdiri daripada kakitangan
34
akademik Melayu yang mendapat didikan daripada universiti di Barat, tetapi kuat
terpengaruh dengan idealism Islam. (Mohamad Abu Bakar 2001)
Kita boleh mengenalpasti beberapa peranan ASASI ini dalam memperjuangkan konsep
sains Islam. Antaranya; Pertama, pendedahan tentang dasar negatif yang dibawa oleh pihak
kolonial di Tanah Melayu. Ianya terdiri dari;
1. Penjajah British telah menjalankan dasar penjajahan yang sangat buruk seperti tipu
muslihat, monopoli dan penindasan dalam mengembangkan kuasa di Alam Melayu.
Hal ini jauh berbeza dengan bentuk interaksi yang berlaku di antara pelbagai bangsa di
Alam Melayu sebelumnya. Bagi ASASI, era ini dianggap sebagai globalisasi
gelombang kedua berlaku dengan kedatangan pelbagai kuasa penjajah barat yang
bersifat menindas (contohnya pihak barat membahagikan dunia kepada dunia dan
kawasan tanah jajahan, wujudnya perniagaan hamba, rosaknya demografi penduduk
pribumi dengan datangnya bangsa imigran asing dan lahirnya ilmu orientalis yang sebar
idea kelemahan bangsa dijajah yang kekal sehingga pada masa sekarang.
2. Penjajah British berusaha menghapuskan potensi Islam daripada;
a. memperkenalkan konsep nation state berasaskan semangat asabiyah sempit
kepada sesuatu negeri dan kawasan yang tertentu mengantikan semangat
perpaduan ummah Islam. (Abdul Rahman Embong 2000) Dasar ini lebih
merupakan usaha untuk memecah belahkan perpaduan umat Melayu di rantau
ini agar ianya tidak menjadi ancaman kepada kuasa penjajah barat. Contohnya,
penjajah British dan Belanda begitu bimbangkan peranan institusi haji dan
pendidikan Islam di timur tengah, yang dimaklumi oleh mereka menjadi
pengerak utama kepada jalinan ukhuwah Islam di rantau Alam Melayu.
b. penerapan proses sekularisme di dalam masyarakat Melayu dan
memperkenalkan sistem pendidikan barat. (Mehmet Ozay 2011) Apa yang
jelasnya kita boleh melihat bahawa sebab utama berlakunya jalinan perpaduan
umat Melayu Islam serantau di Alam Melayu adalah kerana faktor Islam dan
ilmu pengetahuan. Jadi, dalam soal ini, pihak British secara halus cuba
menghapuskan institusi pengajian Islam tradisional berasaskan pengetahuan
Islam dan tulisan jawi. Kedua-duanya telah dijadikan sasaran utama yang
ditonjolkan kepada masyarakat Melayu sebagai ketinggalan zaman, tidak
mempunyai nilai-nilai komersial dan menyekat semangat intelektual moden.
(Muhammad Abu Bakar 1990) Sebagai gantinya, penjajah British telah
memperkenalkan sistem pensekolahan British berteraskan pemberian
pengetahuan am yang amat terhad dan bersifat perkauman untuk ketiga etnik
kaum yang terdapat di Tanah Melayu. (Abdul Shukor Ariffin dan Hasan haji
Ali 1983) Pihak British telah menerapkan di dalam mata pelajaran yang
diajarkan bahawa mereka sebagai hero, penyelamat kepada orang Melayu dan
ambassador of civilization (R.O. Winstedt 1934)untuk masyarakat di Alam
Melayu.
3. Dasar penjajah telah meninggalkan kesan epistemologi negatif yang kekal sehingga
selepas Malaysia merdeka. Kesan ini antaranya;
1. Seandainya kemajuan dan pembangunan mahu dilaksanakan, negara bekas Tanah
Jajahan(negara sedang membangun) perlu menjalankan sistem barat yang
bernuansa fahaman sekular dalam segenap segi kehidupan.
2. Semua sistem yang bertentangan dengan pandangan alam barat seperti sistem
Melayu-Islam akan dianggap sebagai ketinggalan zaman dan hanya mementingkan
suatu etnik tertentu semata-mata.
3. memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat
Melayu. Ianya terdiri daripada;
35
a. Pengosongan alam tabii dan akal insani daripada unsur ketuhanan – manusia
bebas melakukan sesuatu program pembangunan tanpa mempedulikan kuasa
tuhan.
b. Penafian terhadap kekuasaan politik yang berdasarkan sumber agama.
c. Pengenalan sistem penilaian nisbi/relatif terhadap agama; manusia bebas
menentukan masa depannya sendiri.
d. Penurunan taraf ilmu agama, berbanding dengan ilmu bukan agama – tumpuan
lebih diberi kepada ilmu bukan agama yang kononnya boleh membawa
kemajuan.
e. Penakrifan konsep kebenaran yang keliru dan mengikut paradigma sekularisme.
Kedua, kritikan dibuat terhadap konsep sains Barat. Butiran kritikan ini
merangkumi;
1. Masyarakat Melayu seolah-olah tertipu apabila menganggap sains Barat berfahaman
sekular yang berasaskan logico positivisme sebagai paling benar dan universal
pengunaannya. Sedangkan konsep sains Barat ini sebenarnya dikritik hebat oleh
golongan saintis Barat di Eropah sendiri. (Mohd Hazim Shah Abdul Murad 2005)
2. Sains Barat yang diagung-agungkan sebenarnya sains yang paling muda usianya
berbanding dengan ilmu sains yang berteraskan ciri tempatan dan ada hubungan dengan
tuhan. Di Alam Melayu sendiri sebelum kedatangan penjajah Barat telahpun ada
warisan sains melayu yang agak cemerlang (seperti meriam Melayu yang dilaporkan
lebih hebat daripada meriam Portugis, kapal Melayu lebih kukuh daripada kapal
Eropah). Memang ada manuskrip melayu yang mengandungi semua maklumat sains
Melayu ini. (Shaharir Mohamad Zin 2003)
Ketiga, Intellectual circle Melayu semasa seperti GAPENA dan ASASI secara kuat
memperjuangkan tentang kemampuan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu
untuk pengembangan ilmu sains. Mereka secara terang-terangan mencabar dakwaan
bahawa bahasa Melayu tidak mampu digunakan untuk membangunkan pengetahuan
bertaraf tinggi seperti konsep sains Islam.
Keempat, ASASI memperjuangkan gagasan Pemeribumian sains Melayu-Islam. Mengikut
Osman Bakar, status negara Malaysia yang maju hanya akan dapat dicapai apabila
masyarakat Melayu membangunkan kaedah sainsnya sendiri, di mana sains Barat diterima
dan ditapis secara selektif dengan sains Melayu-Islam. Dengan cara ini, masyarakat Melayu
akan mempunyai kekuatan dari segi peralatan, bahkan juga pemikiran. (Osman Bakar
1989) Sebelum kedatangan kuasa penjajah, masyarakat Melayu telahpun mempunyai
pengetahuan dari segi sains dan teknologi. Antaranya dalam bidang astronomi, astrologi,
kosmogeni, matematik, perubatan, fizik dan sains hayat.
Shaharir Mohamad Zin menyebut ada 124 manuskrip dalam sains teknologi di Malaysia;
36 bidang sains hayat, 9 bidang astronomi, 70 bidang perubatan, 4 bidang sains fizik dan 5
bidang teknologi. Bahkan dalam sastera klasik seperti Malim Demam, Awang Sulung
Merah Muda dan sebagainya juga mempunyai maklumat sains dan teknologi. Gagasan
Pemeribumian sains Melayu-Islam berasaskan kepada beberapa premis;
1. Pemikiran Melayu mampu menyumbang kepada kajian sains - berasaskan penggunaan
logik, memberikan takrif dan kaedah deduktif kepada pengubatan Melayu – hasil kajian
terhadap kitab al-Tibb Melayu. (Roziah Binti Sidek 2010)
2. Memang telah wujud amalan sains Melayu dalam acuannya sendiri, terbukti dengan
wujudnya sains perubatan Melayu (mss1292 ada mengemukakan 694 kaedah rawatan;
70 kaedah rawatan kepala, 3 untuk muka,78 rawatan untuk mata, 17 untuk telinga, 15
untuk hidung, 9 untuk mulut dan gigi, 63 untuk leher, 33 untuk angin, 109 untuk
36
penyakit dalam perut dan 124 untuk pinggang). Kaedah rawatan Melayu yang
berasaskan sains Melayu ini telah dibudayakan dalam masyarakat untuk semua lapisan
masyarakat menggunakan ramuan Melayu daripada tumbuhan seperti halia, cekur,
sirih, pegaga, haiwan dan ayat Quran (sebagai asas psikologi). Disamping itu juga
terdapat etika khusus untuk perubatan Melayu seperti berpegang pada pantang larang
dan pemakaian ayat Quran yang khusus.
3. Asas world-view Islam memang menjadi teras sains Melayu.
4. Pemindahan (penterjemahan) sains daripada tamadun lain ke dalam bahasa Melayu.
5. Menggali khanazah sains Melayu lama daripada tamadun Funan, Campa, Srivijaya dan
Melaka. Kesemuanya perlu diterima secara selektif berasaskan prinsip tauhid.
Contohnya, terdapat 100 manusckrip tamadun Campa yang mengandungi maklumat
tentang sains tabii dan teknologi yang tersimpan dalam bentuk microfilm di
Perpustakaan Negara Malaysia.
6. Menyahpusatkan teori, tokoh dan kaedah Barat dalam sains Melayu. Sebaliknya perlu
ditonjolkan sumbangan sarjana tempatan, istilah tempatan dan rujukan kepada sumber
data tempatan. Contohnya istilah gram dan kilogram ditukar kepada istilah sukatan
Melayu, gantang dan kati.
7. Menghasilkan karya sains Melayu asli berdasarkan acuan sendiri. Contohnya karya
Mohamed Salleh Mohamed Said, Qua Vadis Taksonomi Serangga Dalam Masyarakat
Melayu. Konsep sains Melayu ini yang dibangunkan oleh masyarakat Melayu
kemudiannya perlu diungkap dalam bahasa Melayu dan sesuai dengan budaya Melayu.
(Mohamed Salleh Mohamed Said (2002), 56-59)
Dalam konteks Malaysia, perjuangan ASASI ini bukan berada diluar kerajaan bahkan turut
menyerap di dalam institusi pendidikan dan diterima oleh pihak kerajaan sendiri. Salah
seorang daripada anggota ASASI iaitu Tengku Mohd Azzman Shariffadeen telah dilantik
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, yang kemudiannya telah mencadangkan
gagasan MSC kepada pihak kerajaan Malaysia. (Hairudin Harun 2001: 60-63)
KESIMPULAN
Kita dapat merumuskan bahawa pihak kolonial British yang didorong oleh budaya ilmu
telah berjaya membangunkan ilmu sains kolonial berasaskan kajian mereka terhadap rantau
Alam Melayu. Kerana budaya ilmu ini kemudiannya pihak British dapat mengekalkan
kuasa mereka, khususnya dalam aspek epistemology yang agak berkekalan di Malaysia.
Walaupun banyak pihak cuba mengkritik kelemahan dasar penjajahan British, tetapi
sumbangan mereka dalam memajukan kaedah penyelidikan bidang sains di Tanah Melayu
adalah suatu perkara yang baik dan perlu diambik iktibar oleh sarjana Malaysia selepas
merdeka.
RUJUKAN
Abu Hassan Sham (1995), “Langkah-Langkah Memasyarakatkan Manuskrip Melayu“
Dalam Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu Pada 3-4hb Oktober 1995, Kuala
Lumpur: PNM, h. 3
Abdul Halim el-Muhammady (2002), Tasawwur Islam: Huraian Konsep Dan Implikasi
Dalam Kehidupan, Kuala Lumpur, h. 95-107
Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993), “Sifat Kesederhanaan“, Dalam
Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 102-109.
Ahmad Jelani Hakim (2006), Perdagangan Dan Pekapalan Melayu Di Selat Melaka, h. 4.
37
Abdul Manap Mahmud (2011), Kesedaran Etnobotani: Suatu Sorotan Tentang Peradaban
Melayu Terhadap Sains Tumbuhan, Dalam International Conference On Islamic
Civilization And Malay Identity 2011, 14-15 November 2011, Melaka, h. 766-778.
Abdul Mujib (1999), M. Ag, Fitrah Dan Keperibadian Islam: Sebuah Pendekatan
Psikologis, Jakarta, h. 49-55.
Abdul Rahman Abdullah (2010), Wacana Falsafah Sains: Sejarah Dan Pemikiran, Pulau
Pinang: IESDEV USM.
______________ (1999), Pemikiran Umat Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur:
DBP, h. 54-56.
Abdul Rahman Embong (2000), Negara-Bangsa: Proses Dan Perbahasan, Bangi, h. 34-43.
Abdul Shukor Ariffin dan Hasan haji Ali (1983), “Pergolakan Dasar Ekonomi Negara
Sebelum Dan Selepas 1969“, dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan,
Kuala Lumpur, h. 307-308.
Barlow, H.S.(1995), Swettenham, Kuala Lumpur : Southdene Bhd, h. 1-31.
Boxer, C.R. (1965), Some Portuguese Sources For Indonesian Historiography, Dalam
Soedjatmoko (Eds), An Introduction To Indonesian Historiography, New Haven :
Cornell University Press.
Choon-Lee Chai (2008), Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and
Societal Rationalization in Malaysia, tesis Ph.D untuk Department of
Sociology University of Saskatchewan, khususnya dalam bab 4-6.
Danielle Falconer (2015), British Implementation of Western Medicine in Malaysia and
the Malaysian Reaction, dalam The Forum Journal Of History, v. 7, h. 43-58.
Edward W Said (1985), Orientalism, Middlesex: penguin Books, h. 2.
Ezwan Arman (2008), Science And Technology Transfer Under Kolonial Administration:
A Case Study Of Agricultural Policy And Development In British Malaya
(1905-1957) Tesis Ph.D Untuk Fakulti Sains Universiti Malaya Kuala Lumpur
Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 85-88
Fadzulullah Hj. Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam,
Kuala Lumpur, h. 33
F. Swettenham (1893), About Perak, Singapore, h. 5 dan 9.
Hairudin Harun (2001), Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat; Antara Akal
Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital, h. 60-63.
_____________ (2004), Retorik Sains Dan Teknologi Di Malaysia, DBP : Kuala Lumpur,
h. 71-74.
Hashim musa (2014), Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan
dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini. International Journal
of The Malay World and Civilization, 2 (2)
Haron Daud (2002), “ Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri “, Dalam Ed.
Oleh Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan
Hakikat Diri : Kumpulan Kertas Kerja Kolokium Bahasa Dan Pemikiran
Melayu/Indonesia 11, Kuala Lumpur : DBP, h. 113-138
Ibn Khaldun, Muqaddimah Al-‘Allamah Ibn Khaldun, Dar Al-Fikr, T.T., h. 82-95.
Idris Zakaria (2003),” Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Alam Melayu “, Dalam (Edit)
Zulkiple Abd Ghani, Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan
38
Dakwah Dan Kepimpinan, UKM, h. 150-165
Ithnin Abdul Jalil (2001), “ Pemikiran Saintifik Orang Melayu Melalui Peribahasa “, dalam
Yaacob Haron Kosmologi Melayu(ed.), Kuala lumpur : APMUM, h. 453.
Jeyamalar Kathirithamby-Wells (2009), Peninsular Malaysia In The Context Of Natural
History and Kolonial Science, dalam New Zealand Journal of Asian Studies 11, 1
(June 2009): 337-374.
Kees Groeneboer (1999), Politik Bahasa Kolonial Di Asia, Wacana, v. 1, no 2, h. 201-
220.
Lim Peng Han (2008), Malay Schools And School Libraries In The Straits Settlements
Under British Kolonial Rule Before The Second World War, 1876-1941, dalam
Malaysian Journal of Library & Information Science, Vol.13, no.1, July 2008:
1-15.
Mehmet Ozay (2011), A Revisiting Cultural Transformation : Education System In
Malaya During The Kolonial Era, World Journal Of Islamic History And
Civilization, v. 1(1), h. 37-48
Mohamed Salleh Mohamed Said (2002), Qua Vadis Taksonomi Serangga, Bangi :
Penerbit UKM, h. 56-59.
Muhammad Abu Bakar (1990), “Dari Pusat Ke Penggiran: Masa Kini Dan Masa Depan
Pondok Di Malaysia “, dalam Jurnal pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 10-12.
Mohamad Abu Bakar (2001), “Pengaruh Luar Dan Pengislaman Dalam Negeri: United
Kingdom Dan Eire Dalam Kebangkitan Semula Islam Di Malaysia”, dalam
Mohammad Redzuan Othman (ed.), Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena
Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h.
407- 410.
________________ (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan
Pondok Di Malaysia “,Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 17-18.
Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “Epistemology Kolonial : Satu Analisistem Cirri
Dan Kesannya”, Dalam (Edit) Mohamad Daud Mohamad, Pascakolonialisme
Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur, h. 91-92
________________ (2007), Historicising Rationality: The Transmission of Rationality and
Science to the Malay States under British Rule, dalam Asian Journal of Social
Science 35, h. 216–241
Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2003), Ketamadunan Melayu Dan Sains: Satu Analisis
Awal Ke Atas Pencapaian Masyarakat Melayu Dalam Bidang Sains, Jurnal
Teknologi, 39(E) Dis. 2003: 47–61
Mohd Noor Mat Yazid (2014), Kolonial Policy And The Impact To The Politico-Economy
Stability After Independence: The Case Of Indonesia Under The Dutch And
Malaysia Under The British, Review of History and Political Science ,
December 2014, Vol. 2, No. 3 & 4, pp. 69-84
Mohd Samsudin (2010), Pahang Sekitar Abad Ke 18 Menurut Pandangan Pegawai-
Pegawai British, Jebat, v. 37, h. 105-121
Mujiyono Abdillah (2001), Agama Ramah Lingkungan: Perspektif Al-Quran, Jakarta :
Paramadina, 2001, h. 147-152.
39
Natalie A. Mault (2005), Java As A Western Construct : An Examnination Of Sir Stamford
Raffles's History Of Java, Tesis Sarjana Untuk Louisiana State University.
Naoki, Soda. 2001. “The Malay World in Textbooks: Th e Transmission of Kolonial
Knowledge in British Malaya”. Southeast Asian Studies, 39(2): 188–234.
Nurdeng Deuraseh (2011), Rukyah (Jampi) dalam Perubatan Tradisional Melayu sebagai
Rawatan Penyakit, Pencegahan, Pendinding Diri dan Harta: Kehebatan dan
Sumbangan Ilmuwan Nusantara, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun)
Iv: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi
Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim
Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah,
Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun
Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,
h. 383-391.
Osman Bakar (1989), “Perkembangan Penting Dalam Pemikiran Sains Masa Kini : Satu
Tinjauan Umum”, dalam Osman Bakar (ed.), Islam Dan Pemikiran Sains Masa
Kini, Kuala Lumpur : ASASI, h. 10.
Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan
Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, Dalam Zulkiple Abd. Ghani(ed.)
Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah
Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara
(UMSU), Bangi, h. 47-74.
R.O. Winstedt (1934), “ A History of Perak “, dalam JMBRAS, 12(1), 1934, h. 73.
Roziah Binti Sidek (2010), “Sains Peribumi Di Malaysia : Satu Kajian Mengenai
Khazanah Lama Sains Dalam Bentuk Manuskrip MSS1292 Kitab Tibb”, Tesis
Ph.D Untuk APIUM dan Fakulti Sains UM, h. 189-195
Raja Masittah Raja Ariffin (2013), Konsep Merantau Ke Alam Melayu : Serampang
Banyak Mata, International Journal Of The Malay World And Civilization,
v. 1(2), h. 115-125.
Sh. Mohd Saifuddeen Bin Sh. Mohd Salleh (2012), Tipologi Interaksi Antara Agama Dan
Sains: Satu Penilaian Dan Cadangan Menurut Perspektif Islami, Tesis Ph.D Untuk
Fakulti Sains Universiti Malaya Kuala Lumpur;
Siddiq Fadhil (1995), “Tulisan Jawi: Plestarian Dan Pendaulatannya Di Alam Melayu “,
Seminar Tulisan Jawi 1995, Kuala Lumpur, h. 6.
Sivachandralingam Sundara Raja (2015), The Early British Administrators In The Malay
States, 1874-1909, Jurnal Sejarah, v. 23, no 1,h. 32-39.
_________________________ (2009), Charles Alma Baker’s Uneasy Role In The
Expansion Of The Malayan Economy 1890s-1910s, dalam New Zealand Journal
of Asian Studies 11, 1 (June 2009): 189-207 dan....(2015) The Eraly British
Administrators In The Malay State : 1874-1909, Jurnal Sejarah , v. 23, no
1.
__________________________ (2001), "Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders)
Dalam Penulisan Sejarah Malaysia", dalam (edit) Mohamed Redzuan Othman,
Jendela Masa: Kumpulan
40
Siti Nor Azhani Mohd Tohar (2011), Acceptance Of Kuala Lumpur Malay’s Residents
Towards Rukyah (Incantation), Dalam Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 19 (2): 305 –
317.
Shaharir Mohamad Zin (2003), “Sains Dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajahan
Eropah”, dalam Melayu : Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, v. 1, bil. 2, h.
157-203.
Shamsul Amri Baharuddin (1983), “ Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka
1957-1975 : Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia “, dalam
Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, h. 337-339.
____________________(1999), Kolonial Knowledge And The Construction Of Malay
And Malayness: Exploring The Literary Component. SARI: Journal Of The Malay
World And Civilization 17: 3-17.
Sudibyo (2007), Kembali Ke Filologi: Filologi Indonesia Dan Tradisi Orientalisme,
Humaniora, v. 19, h. 107-118.
Syed Muhd Khairudin Al-Junied (2005), Western Images Of Meccan Pilgrims In The
Dutch East Indies, 1800-1900, SARI, 23, h. 105-122.
Samuel Wee Tien Wang (1991), British Strategic Interests In The Straits Of Malacca
1786- 1819, Tesis Sarjana Untuk Simon Fraser University.
Wan Abdul Halim Othman (1993), “ Hubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu
“, Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 61-101.
Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam buku Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (1999),
Epistemologi Islam: Teori Ilmu Dalam Al-Quran, Kuala Lumpur : DBP, h. xv.
Zainal Kling (2000), “ Manusia Melayu, Alam Dan Tamadunnya “, Dalam Ed. Oleh Abdul
Latiff Abu Bakar Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu : Kumpulan
Kertas Kerja Hari Sastera 1995, Kuala Lumpur : DBP, 2000, h. 294-304;