Bab 6

6
6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA Kaedah pengumpulan data yang tepat dan sesuai harus dipilih dan dikenal pasti agar maklumat berkaitan kajian dapat dikumpul dengan tepat dan telus. Dalam kajian yang dijalankan ini, beberapa kaedah pengumpulan data telah dipilih bagi mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan objektif kajian. Antara instrumen pengumpulan data yang digunakan semasa kajian ini dijalankan ialah praujian, pascaujian, soal selidik dan temu bual. 6.1 Soalan Praujian dan Pascaujian Penggunaan kaedah pengumpulan data praujian dan pascaujian dalam kajian ini adalah untuk menjawab soalan kajian yang pertama iaitu Bolehkah penggunaan kaedah projek buku skrap meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 terhadap tajuk Kemandirian Spesies Haiwan? Dalam praujian dan pascaujian, kesemua murid yang telah dipilih sebagai responden perlu menjawab soalan yang telah disediakan. Soalan praujian (Lampiran B) merupakan ujian yang diberikan kepada murid-murid untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mereka terhadap topik Kemandirian Spesies Haiwan selepas mempelajari topik itu dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu chalk and talk. Terdapat 10 soalan item soalan aneka pilihan jawapan disediakan di dalam praujian tersebut dan murid-murid perlu menjawab kesemua soalan tersebut dalam masa 15 minit. 21

description

tesis

Transcript of Bab 6

6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATAKaedah pengumpulan data yang tepat dan sesuai harus dipilih dan dikenal pasti agar maklumat berkaitan kajian dapat dikumpul dengan tepat dan telus. Dalam kajian yang dijalankan ini, beberapa kaedah pengumpulan data telah dipilih bagi mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan objektif kajian. Antara instrumen pengumpulan data yang digunakan semasa kajian ini dijalankan ialah praujian, pascaujian, soal selidik dan temu bual.

6.1Soalan Praujian dan PascaujianPenggunaan kaedah pengumpulan data praujian dan pascaujian dalam kajian ini adalah untuk menjawab soalan kajian yang pertama iaitu Bolehkah penggunaan kaedah projek buku skrap meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 terhadap tajuk Kemandirian Spesies Haiwan? Dalam praujian dan pascaujian, kesemua murid yang telah dipilih sebagai responden perlu menjawab soalan yang telah disediakan. Soalan praujian (Lampiran B) merupakan ujian yang diberikan kepada murid-murid untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mereka terhadap topik Kemandirian Spesies Haiwan selepas mempelajari topik itu dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu chalk and talk. Terdapat 10 soalan item soalan aneka pilihan jawapan disediakan di dalam praujian tersebut dan murid-murid perlu menjawab kesemua soalan tersebut dalam masa 15 minit.

23

21

Bagi melihat peningkatan tahap kefahaman murid dalam topik Kemandirian Spesies Haiwan dengan menggunakan kaedah Projek Buku Skrap, pascaujian (Lampiran C) diberikan kepada murid-murid setelah mereka selesai menyiapkan projek buku skrap. Tujuan penggunaan pascaujian adalah untuk melihat perbezaan data antara praujian dan pascaujian bagi menilai keberkesanan penggunaan kaedah projek untuk meningkatkan kefahaman murid. Dalam pascaujian, soalan yang sama seperti praujian digunakan dengan kedudukan nombor soalan yang berbeza. Sekali lagi, murid-murid perlu menjawab kesemua soalan dalam masa 15 minit. Kedudukan nombor soalan praujian dan pascaujian adalah seperti Jadual 2.Jadual 2 Kedudukan nombor soalan praujian dan pascaujianUjianKedudukan nombor soalan

Praujian12345678910

Pascaujian32561109478

Seterusnya dalam kajian ini juga, analisis terhadap kedua-dua data ujian turut dilakukan untuk melihat perbandingan markah antara praujian dan pasca ujian. Bagi praujian dan pascaujian, markah setiap ujian telah diperoleh dengan mengira peratus dan dikelaskan mengikut gred A, B, C , D dan E yang dirujuk pada Gred Sekolah Rendah Darjah 1 hingga Darjah 6 dalam sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Lampiran D). Setelah itu, nilai min bagi praujian dan pascaujian diperoleh dengan menggunakan rumus min iaitu :

6.2Soal selidikSoal selidik (Lampiran D) merupakan keadah lain yang digunakan ke atas murid-murid untuk mengetahui sejauh mana minat mereka terhadap Topik Kemandirian Spesies Haiwan setelah menggunakan kaedah projek buku skrap. Kaedah soal selidik dipilih kerana ianya lebih berkesan dan praktikal untuk populasi yang besar iaitu seramai 20 orang serta mampu untuk meningkatkan kebolehpercayaan terhadap data yang diperoleh. Kesemua murid dipilih untuk menjawab soalan soal selidik dalam masa yang ditetapkan. Disamping itu, dalam kaedah ini terdapat 10 soalan yang diberikan kepada murid-murid untuk menilai minat mereka. Soalan soal selidik yang digunakan adalah berbentuk soalan tertutup dichotomous dan skala yang digunakan adalah berbentuk ya/tidak. Bagi tujuan analisis, data yang diperoleh dianalisis berdasarkan frekuensi dan peratus sebagai bahan untuk menilai keberkesanan kaedah ini.

6.3Temu bualKaedah temu bual berstruktur (Lampiran F) dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai minat murid terhadap aktiviti kaedah projek buku skrap. Kaedah ini amat sesuai dijalankan ke atas murid murid yang terlibat dalam kajian ini kerana hampir 40% daripada murid-murid kelas ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dalam temu bual yang dijalankan, empat orang murid telah dipilih untuk ditemu bual bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kaedah projek buku skrap. Bagi memastikan tiada bias terhadap intrumen pengumpulan data ini, dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki telah dipilih untuk ditemu bual bagi mendapatkan maklumat. Dalam sesi temu bual yang dijalankan, terdapat empat soalan yang telah diajukan kepada murid secara separa-terbuka. Tujuan utama kaedah temu bual dipilih dalam mengumpul dan menganalisis data ini adalah untuk menjawab soalan kajian yang kedua iaitu Adakah penggunaan kaedah projek buku skrap dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik Kemandirian Spesies haiwan ?. Hasil daripada jawapan yang diberikan murid semasa sesi temu bual akan dianalisis secara kualitatif iaitu menggunakan kod dan tema. Kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data yang digunakan dalam penyelidikan tindakan ini dirumuskan dalam Jadual 3. Jadual 3 Rumusan kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data yang digunakan dalam penyelidikan tindakanSoalan kajianKaedah pengumpulan dataKaedah analisis data

Bolehkah penggunaan kaedah projek buku skrap dapat meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 terhadap dalam Kemandirian Spesies Haiwan ?

Praujian dan PascaujianKekerapan, peratus dan nilai min

Adakah penggunaan kaedah projek buku skrap dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik Kemandirian Spesies haiwan ?Soal selidikTemu bualKekerapan dan peratus Pengelasan mengikut tema

24