Bab 6 Tenaga.docx
-
Upload
rosmariaibrahim -
Category
Documents
-
view
104 -
download
11
description
Transcript of Bab 6 Tenaga.docx
BAB 6 : TENAGA
6.1 Kepelbagaian bentuk dan sumber tenaga
Bentuk Tenaga
1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.2. Unit untuk tenaga ialah Joule (J)3. Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk melaksanakan aktiviti harian.4. Tenaga wujud dalam beberapa bentuk.
Bentuk Tenaga Maksud Contoh
Tenaga keupayaan Tenaga yang tersimpan dalam suatu objek disebabkan kedudukan dan keadaannya
i. Tenaga keupayaan elastik – bengkok, regang, mampat
ii. Tenaga keupayaan graviti
Keadaan Panah yang diregangkan
Spring yang dimampatkan
Kedudukan Buah kelapa
di atas pokok
1
Bentuk–bentuk tenaga
Objek yang berada di tempat yang tinggi
Tenaga kinetik Tenaga yang dimiliki oleh suatu objek yang bergerak
Tenaga kinetik objek bergantung kepada laju dan jisim
Keadaan Kereta yang sedang bergerak
Kipas yang sedang berpusing
Tenaga Haba Suatu bentuk tenaga dalam suatu objek yang panas
Tenaga haba mengalir dari kawasan yang bersuhu tinggi ke rendah
ContohMatahari Bahan api bakar
Tenaga Cahaya Tenaga yang membolehkan kita melihat
ContohMatahari lilin menyala
Mentol menyala
Tenaga Bunyi Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar
Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui pepejal, cecair dan gas tetapi tidak vakum.
ContohApabila dram dipalu
Menepuk tangan
2
Tenaga Elektrik Tenaga yang disebabkan oleh aliran tenaga elektrik seperti cas elektrik atau arus
Tenaga digunakan semasa tenaga elektrik mengalir melalui barangan elektrik
ContohDinamo/ Sel suria
Tenaga Kimia Tenaga yang tersimpan dalam bahan (makanan, bahan api atau bateri).
Tenaga ini boleh dibebaskan semasa pembakaran atau respirasi
Contoh perubahan tenaga kimia: Tenaga kimia → tenaga cahaya
+ tenaga haba
Makanan
Bahan bakar (petroleum, gas asli, arang, kerosin) bateri, lilin
Tenaga Nuklear Tenaga nuklear ialah tenaga yang tersimpan dalam nukleus satu atom
Dihasilkan semasa tindak balas nuklear di mana atom-atom bergabung(pelakuran) atau memecah (pembelahan)
Satu atom uranium yang berat dipecahkan kepada atom barium dan krypton yang lebih ringan dan membebaskan tenaga nuklear yang disimpan dalam atom itu
Tenaga Mekanik Gabungan tenaga keupayaan dan tenaga kinetik dalam satu sistem
Contoh buaian yang bergerak bandul yang berayun jongkang-jongket yang
3
bergerak naik dan turun
1. BAHAN API FOSIL
a) Arang batu, petroleum dan gas asli adalah contoh-contoh bahan api fosil
4
SUMBER TENAGA
Arang batu Gas asli dan petroleum
Kayu api
Air
Bahan radioaktif
Geoterma
Ombak/ Air pasang-surut Matahari
Biojisim (berasal dari benda hidup)
Angin
Bahan api fosil
Tumbuhan
b) Bahan api fosil terbentuk daripada tumbuhan atau haiwan yang telah mati berjuta tahun
dahulu tertanam dalam lumpur dan batuan. Haba dalam Bumi dan tekanan oleh lumpur dan
batuan tadi menukarkan fosil kepada minyak petroleum, gas asli dan arang batu
c) Arang batu merupakan fosil yang paling banyak. Ia keras, hitam dan kelihatan seperti batu
d) Contoh petroleum ialah gas, petrol, kerosin, diesel, minyak kereta dan bitumen
e) Gas asli terbentuk berhampiran dengan petroleum
f) Pembakaran bahan api fosil menghasilkan haba dan cahaya
g) Bahan api fosil digunakan untuk memasak, menjana tenaga hidroelektrik, memanaskan rumah
semasa musim sejuk, bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan, petrokimia unutk
menghasilkan plastik dan lain-lain lagi
2. BAHAN API BIOJISIM
a) Kayu, biogas dari tumbuhan, haiwan dan sisa organik adalah contoh-contoh bahan api biojisim
b) Pembakaran bahan api biojisim menghasilkan haba dan cahaya
c) Bahan api biojisim digunakan untuk menjana tenaga elektrik
3. OMBAK
a) Ombak mempunyai tenaga kinetik dan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik
4. ANGIN
a) Angin digunakan untuk memusingkan kincir angin
b) Angin mempunyai tenaga kinetik digunakan menghasilkan tenaga elektrik
5. MATAHARI
a) Matahari adalah sumber tenaga solar
b) Tenaga solar ditukar kepada tenaga haba dan tenaga elektrik oleh alat solar
6. AIR
a) Air hujan yang dikumpulkan di empangan mempunyai tenaga keupayaan graviti
5
Panel solar
b) Tenaga keupayaan graviti bagi air terjun (menghasilkan kuasa hidro) digunakan untuk
memutarkan turbin yang menggerakkan penjana kuasa untuk menghasilkan tenaga elektrik
7. BAHAN-BAHAN RADIOAKTIF
a) Bahan-bahan radioaktif seperti uranium digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear
b) Pembelahan nukleus uranium menghasilkan haba dan cahaya. Haba ini digunakan untuk
menghasilkan stim. Stim akan menggerakkan penjana kuasa untuk menghasilkan tenaga
elektrik
8. TENAGA GEOTERMA
a) Tenaga geoterma adalah haba semula jadi daripada batu di dalam tanah
b) Contoh : Mata air panas, gieser
c) Tenaga geoterma memanaskan air yang terperangkap di bawah tanah untuk menghasilkan
stim
Stesen tenaga geoterma
Matahari Sebagai SumberTenaga Primer
6
Empangan
Turbin
Air
Dinamo
Stesen jana kuasa hidroelektrik
1. Kebanyakkan sumber tenaga di bumi dihasilkan dari matahari secara tidak langsung
2. Angin terbentuk apabila Matahari memanaskan permukaan bumi dan menyebabkan udara panas
akan naik dan udara sejuk mengalir menggantikan udara panas
3. Ombak terbentuk apabila angin meniup merentasi permukaan laut
4. Tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari untuk membuat makanan (fotosintesis). Tenaga dari
matahari tersimpan sebagai tenaga kimia di dalam tumbuhan. Tumbuha dan haiwan membekalkan
bahan api biojisim.
5. Tumbuhan dan haiwan yang telah mati berjuta tahun dahulu membentuk bahan api fosil
6. Air dipermukaan bumi menyejat apabila dipanaskan oleh matahari. Air yang tersejat membentuk
awan dan hujan. Hujan yang turun di kawasan gunung atau sungai boleh digunakan untuk
menjana kuasa hidroelektrik.
Perubahan Tenaga
7
1. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tetapi, boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk
yang lain.
2. Prinsip keabadian tenaga - Jumlah tenaga selepas perubahan sama seperti sebelum berubah
3. Pengubah tenaga – Medium yang mengubah tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain
4. Contoh pengubah tenaga – Tumbuhan dan mesin
5. Contoh-contoh perubahan tenaga :
Tenaga elektrik Tenaga kinetik Tenaga kimia Tenaga cahaya
Tenaga keupayaan Tenaga kinetik Tenaga kimia Tenaga kinetik
Tenaga kinetik → Tenaga bunyiTenaga kinetik → Tenaga cahaya + Tenaga haba
8
JUMLAH TENAGA SEBELUM BERUBAH = JUMLAH TENAGA SELEPAS BERUBAH
Tenaga kimia Tenaga cahaya
Tenaga kinetik
Tenaga elektrik
Tenaga keupayaan
Tenaga kinetik
Tenaga untuk bermain
Makanan yang kita makan
Tenaga bunyi
Drum dipukul oleh pemain drum
6. Contoh-contoh pengubah tenaga dan perubahan tenaga.
Pengubah tenaga Perubahan tenaga
Tenaga solar Tenaga cahaya → Tenaga elektrik
Kenderaan yang
bergerak
Tenaga kimia → Tenaga mekanikal → Tenaga kinetik
Mercun Tenaga kimia → Tenaga haba + Tenaga cahaya + Tenaga bunyi
Dinamo basikal
Tenaga kimia → Tenaga mekanikal (Tenaga elektrik + Tenaga
cahaya + Tenaga haba)
Kipas angin elektrik Tenaga kimia → Tenaga mekanikal → Tenaga kinetik
Radio Tenaga elektrik → Tenaga bunyi
Televisyen Tenaga elektrik → Tenaga cahaya + Tenaga bunyi
Mikrofon Tenaga bunyi → Tenaga elektrik
Pembesar suara Tenaga elektrik → Tenaga bunyi
Telefon Tenaga bunyi → Tenaga elektrik
Memukul gendang Tenaga kinetik (gerakan tangan) → Tenaga bunyi
Lilin yang menyala Tenaga kimia → Tenaga cahaya + Tenaga haba
Panah yang
terlepas dari busur
Tenaga keupayaan → Tenaga kinetik + Tenaga bunyi
9
Aktiviti Untuk Mengkaji Perubahan Tenaga Dari Tenaga Keupayaan Ke Tenaga Kinetik Dan Sebaliknya
A Satah Condong
Perubahan tenaga dari tenaga keupayaan ke tenaga kinetik
1) Sediakan alat radas seperti ditunjukkan dalam rajah di atas
2) Pegang bola di atas satah condong
Tenaga apakah yang dihasilkan? Tenaga keupayaan
3) Bola dilepaskan
Apakah yang diperhatikan? Bola bergolek ke bawah satah condong
Tenaga apakah yang dihasilkan semasa bola menuruni satah? Tenaga kinetik
Perubahan tenaga apakah yang berlaku? Tenaga keupayaan Tenaga kinetik
Perubahan tenaga dari tenaga keupayaan ke tenaga kinetik ke tenaga keupayaan
1) Dengan menggunakan alat radas yang sama, golekkan bola ke arah satah condong.
Tenaga apakah yang dihasilkan apabila bola bergolek di atas lantai? Tenaga kinetik
Adakah bola itu naik ke atas satah condong? Ya
Terangkan perubahan tenaga apabila bola itu naik ke atas satah condong
Tenaga keupayaan Tenaga kinetik Tenaga keupayaan
10
B Bandul Ringkas
1. Pada kedudukan P, bandul mempunyai tenaga keupayaan yang maximum dan tenaga
kinetik yang minimum
2. Pada kedudukan Q, bandul mempunyai tenaga kinetik yang maksimum dan tenaga
keupayaan yang minimum
3. Pada kedudukan R, bandul mempunyai tenaga keupayaan yang maksimum dan tenaga
kinetik yang minimum
11
Tenaga keupayaan Tenaga kinetik
6.2 Sumber Tenaga yang Boleh Diperbaharui dan Tidak Boleh Diperbaharui
1. Punca-punca tenaga boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu:a. Boleh Diperbaharuib. Tidak Boleh Diperbaharui
2. Definisi
a) Sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah sumber tenaga yang tidak akan habis setelah ianya digunakan iaitu boleh diganti atau diperbaharui secara berterusan.
b) Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah sumber tenaga yang akan kehabisan setelah ianya digunakan.
3. Penjimatan tenaga bermakna menggunakan kurang tenaga dan oleh itu dapat mengurangkan pembaziran tenaga.
4. Mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga
a. Masyarakat moden bergantung kepada bahan api fosil seperti arang dan minyak yang terhad dalam alam
b. Minyak dan arang tidak boleh diperbaharui dan digunakan dengan cepatc. Pembakaran bahan api fosil menghasilkan bahan yang boleh mencemarkan
persekitaran
d. Kecekapan penggunaan tenaga akan membantu memelihara punca-punca tenaga dan
mengurangkan pembaziran
5. Beberapa cara menggunakan tenaga secara cekap
12
a. Menggantikan alat yang kurang cekap dengan alat elektrik yang lebih cekap seperti
mentol, peti sejuk, penghawa dingin
b. Bangunan dan rumah boleh direka bentuk dan dibina agar cekap dalam penggunaan
tenaga
c. Enjin kenderaan boleh direka bentuk untuk menggunakan tenaga dengan cekap seperti
mempunyai sistem kawalan komputer yang lebih berkesan daripada karburator dalam
pembekalan petrol kepada enjin
Gunakan mentol jimat tenaga
Sains dan teknologi telah mencipta mentol yang jimat tenaga
Gosok semua pakaian pada satu masa
Banyak tenaga elektrik diperlukan untuk pemanasan seterika pada peringkat awal
Berkongsi kereta atau guna kenderaan awam (bas, LRT)
Dapat menjimatkan petrol
Kosongkan sampah pada hampagas setelah digunakan
Hampagas yang penuh menyebabkan banyak tenaga elektrik diperlukan untuk menyedut sampah seterusnya
Gunakan alat elektrik yang jimat tenaga
Sains dan teknologi telah mencipta alat elektrik yang jimat tenaga
Jangan letakkan peti sejuk berhampiran dengan tempat memasak
Banyak tenaga elektrik diperlukan untuk menetapkan suhu pada peti sejuk
Kitar Semula bahan buangan terpakai Guna tingkap kaca untuk membenarkan
13
cahaya matahari masuk untuk mengelakkan penggunaan lampu di siang hari
Padam lampu atau tutup tv, kipas apabila tiada orang
Guna suis automatik untuk memadamkan lampu dan alatan
6.3 Kepentingan Pemeliharaan Tenaga
1. Mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum
supaya tidak habis
2. Memastikan cukup sumber tenaga untuk mengekalkan kehidupan
3. Mengurangkan pencemaran persekitaran dengan mengawal penggunaan punca-punca tenaga
4. Memastikan sumber tenaga digunakan tanpa penbaziran
14