BAB 6

8
BAB 6: Sumber Tenaga Lau Wen Han Lee Mei Rui Jenning Teh Jia Ning

description

s

Transcript of BAB 6

BAB 6: Sumber Tenaga

BAB 6: Sumber TenagaLau Wen Han Lee Mei RuiJenning Teh Jia Ning Kepentingan Memulihara Sumber TenagaSumber tenaga menyumbangkan ke arah pembangunan.Sumber tenaga dari bahan api fosil dan tenaga nuklear adalah terhad dan suatu hari nanti tenaga ini akan habis digunakan.Jadi, kita mestilah memulihara sumber tenaga ini supaya dapat bertahan seberapa lama yang mungkinKita tidak sepatutnya membenarkan sumber tenaga ini habis sebelum kita menjumpai sumber alternatif yang sesuai bagi menggantikannya.

Cara utama untuk Memelihara Sumber TenagaCuba tidak membazirkan tenaga yang diperoleh dari bahan api fosil kerana tenaga ini tidak boleh diperbaharoCari sumber tenaga alternatif yang lain:Tenaga suriaAnginTenaga dari pasang surut air laut dan ombakTenaga dari biojisimPenggunaan dan Pengurusan Sumber TenagaSumber tenaga membekalkan kita tenaga yang menjadikan kehidupan kita lebuh selesa.Sumber tenaga ini mestilah digunakan dan diuruskan dengan baik untuk mengelakkan pembaziran dan menyebabkan masalah alam sekitar

Cara-cara menggunakan sumber tenaga dengan cekap

Jimatkan tenagaKita mestilah menjimatkan tenaga pada bila-bila masa yang bolehDapur gas mestilah ditutup apabila tidak digunakanSuis lampu dan kipas mestilah ditutup apabila tidak digunakanCara-cara menggunakan sumber tenaga dengan cekap

2. Mempertingkatkan kecekapanKecekapan peralatan elektrik perlu dipertingkatkan. Contohnya, mentol berfilamen tidak cekap kerana membazirkan banyak tenaga elektrik dalam bentuk habaKaedah-kaedah yang lebih cekap dalam mengesan petroleum bawah tanah akan membolehkan kita mengesan semua sumber petroleum yang ada bawah tanah dengan lebih mudahKita mestilah sentiasa mempertingkatkan kecekapan dalam menggunakan sumber tenaga. Untuk melakukan ini, kajian yang berterusan mesti dijalankan.

3. Mengurangkan pencemaran alam sekitarBahan api fosil, terutamanya arang batu, mestilah digunakan dengan berhati-hati kerana menghasilkan bahan pencemar seperti gas berasid, jelaga dan debu.Bina enjin yang lebih baik dan lebih cekap dalam kenderaan untuk megelakkan pembakaran yang tidak sempurna yang dapat menyumbangkan pencemaran alam sekitar.Sumber tenaga seperti uranium dan plutonium mestilah dikendalikan dan digunakan dengan berhati-hati kerana boleh mencemarkan alam sekitar dengan sinaran yang berbahaya yang tiudak dapat dilihat dan boleh membawa maut.4. Menggunakan sumber tenaga alternatifKita mestilah selalu mencari cara-cara untuk menggunakan sumber tenaga alternatif sepenuhnya seperti tenaga suria, angin, pasang surut air laut, hidro dan biogas.Metana biogas boleh menggantikan gas asli dan gas petroleum jika gas itu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak pada harga yang murah. Penggunaan biogas akan membantu menyingkirkan bahan buangan organik yang tidak diperlukan di kilang, ladang dan estet.