Bab 6 - Kad pengembangan

6
BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan Kad-kad Tambahan / Pengembangan Merujuk kepada kad-kad yang boleh dicantum kepada motherboard. Dicantum kepada slot-slot pengembangan seperti PCI, PCI-x, AGP, ISA, CNR dan seumpamanya. Melengkapkan fungsi PC atau memberi fungsi tambahan. Contoh: o Kad Grafik o Kad Bunyi o Kad Modem (internet) o Kad Rangkaian (cantumkan PC kepada PC) o Kad Olahan Video o Kad TV o Kad IDE (PATA) dan SATA o Kad Firewire dan USB Mempunyai chipset tersendiri. Perlukan 'driver' untuk berfungsi (supaya PC dapat mengenalinya). Kad Grafik Biasanya menggunakan slot AGP atau PCI-E (PCI express). Memberi fungsi paparan grafik atau menambah kekuatan paparan grafik PC. Punyai chipset GPU (graphical processing unit) untuk proses grafik 2D dan 3D. [email protected] 1

description

Baikpulih kad

Transcript of Bab 6 - Kad pengembangan

BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan

Kad-kad Tambahan / Pengembangan

Merujuk kepada kad-kad yang boleh dicantum kepada motherboard.

Dicantum kepada slot-slot pengembangan seperti PCI, PCI-x, AGP, ISA, CNR dan seumpamanya.

Melengkapkan fungsi PC atau memberi fungsi tambahan.

Contoh:

o Kad Grafik

o Kad Bunyi

o Kad Modem (internet)

o Kad Rangkaian (cantumkan PC kepada PC)

o Kad Olahan Video

o Kad TV

o Kad IDE (PATA) dan SATA

o Kad Firewire dan USB

Mempunyai chipset tersendiri.

Perlukan 'driver' untuk berfungsi (supaya PC dapat mengenalinya).

Kad Grafik

Biasanya menggunakan slot AGP atau PCI-E (PCI express).

Memberi fungsi paparan grafik atau menambah kekuatan paparan grafik PC.

Punyai chipset GPU (graphical processing unit) untuk proses grafik 2D dan 3D.

[email protected] 1

BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan

Pengeluar chipset grafik utama:

i. nVidia (spt Geforce)

ii. Ati (spt Radeon)

iii. Intel (spt Intel Extreme Graphic)

iv. Via

v. Sis

Pengeluar kad grafik popular:

i. Asus

ii. Winfast

iii. Msi

iv. PowerColor

v. Gigabyte

vi. His

vii. ECS

Kad Bunyi

Biasanya menggunakan slot ISA, PCI dan USB.

Mempunyai chipset pemproses audio.

Antara jenama popular:

i. Creative (spt SoundBlaster Live, Audigy, Audigy2, XiFi)

ii. Turtle Beach

iii. Sonic View

iv. Yamaha

Kualiti mengikut sokongan bunyi:

i. 3D surround

ii. Dolby Digital (tapisan hingar bunyi)

iii. THX (kualiti wayang)

[email protected] 2

BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan

iv. EAX (untuk bunyi keliling Computer Games)

v. Jumlah Output Speaker (2, 2.1, 5.1 , 7.1)

vi. Bit - 16 bit atau 24 bit (sokongan jumlah bunyi)

vii. Jenis sokongan input (punca masukan bunyi)

Kad Modem

MODEM (modulator/demodulator) menukar isyarat gelombang elektrik (talian telefon) kepada

isyarat digital (PC).

Membolehkan PC dihubungkan kepada internet melalui perantara ISP (pembekal perkhidmatan

internet).

Kualiti ditentukan oleh kelajuan maksimum yang disokong (jumlah bit sesaat), keupayaan

mengekalkan kelajuan maksimum dan keupayaan mengekalkan sambungan daripada terputus.

Kelajuan biasa:

56Kbit/s - 1Mbit/s (Kbit/s = kbps = kilobit per second; Mbit/s = Megabit per second)

Masalah/Kerosakan

Secara umumnya, masalah sering berpunca daripada sambungan kad yang telah longgar,

kehilangan/kerosakan 'driver' (pemacu) kad, dan terbakar (akibat lebihan arus).

Jika kad-kad ini tidak disertakan sekali dengan driver yang betul, PC tidak dapat mengenalpasti

ataupun mengendalikan kad tersebut dengan baik. Hal ini boleh disemak menggunakan paparan

'device manager'. Semak tanda '?' ataupun '!'. Tanda '?' menandakan sistem tidak memiliki driver

bagi perkakasan tersebut. Tanda '!' pula menandakan sama ada terdapat masalah pada driver

yang telah dimasukkan ataupun driver yang salah telah dimasukkan.

[email protected] 3

BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan

Kerosakan Kad Grafik

Masalah 'driver' (pemacu) 1

Tanda-tanda: Ada paparan POST (power on self test) dan permulaan boot Windows,

tapi skrin tiba-tiba terpadam apabila masuk Windows. Ini biasanya

kerana driver yang digunakan bermasalah ataupun kesilapan pilihan

driver.

Cara atasi: Masuk 'safemode' (tekan f8 bila boot), buka 'device manager',

delete/uninstall driver kad grafik.

Masalah 'driver' (pemacu) 2

Tanda-tanda: Jumlah bit warna terhad (tidak boleh mencapai maksimum 32 bit) dan

resolusi (saiz paparan) tidak boleh melebih 800 x 600.

Cara atasi: Semak pada 'device manager' jika terdapat tanda '?' atau '!' untuk kad

grafik. Jika ada, klik 2 kali pada tanda tersebut dan pilih install driver

bagi kad grafik. Masukkan driver dari CD driver atau dari sumber yang

sesuai.

Alternatif untuk mengetahui jenis cip grafik adalah:

Klik run>taip cmd>taip debug>taip d c000:0040 atau d c000:0090 (seperti gambar di atas*)

*bagi contoh di atas, M26 adalah kad ATI x700

Masalah perkakasan

Tanda-tanda: Tiada paparan apabila PC dihidupkan, ataupun wujud kotak-kotak kecil

berwarna (ralat) semasa proses POST.

[email protected] 4

BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan

Cara atasi: 1. Matikan bekalan kuasa, ketatkan sambungan kad kepada slot

motherboard, dan pastikan setup CMOS memilih kad grafik pada slot

yang betul. Install semula driver kad grafik jika perlu.

2. Cabut kad grafik yang disyaki bermasalah, gantikan dengan kad

grafik yang lain.

Kerosakan Kad Bunyi

Masalah 'driver'

Tanda-tanda: Timbul paparan ralat 'tiada perkakas bunyi' apabila fail audio cuba

dimainkan, tiada paparan ikon speaker (imej kecil speaker) pada

taskbar berselahan jam PC, ataupun tiada bunyi kedengaran

apabila fail audio dimainkan.

Cara atasi: 1. Semak (untuk memastikan) 'device manager' sekiranya ada tanda '?'

ataupun '!'. Klik 2 kali pada tanda tersebut dan install driver kad bunyi.

2. Matikan bekalan kuasa, cabut dan ketatkan kembali kad bunyi pada

slot motherboard.

Masalah perkakasan

Tanda-tanda: 1. *Jika tanda-tanda seperti di atas muncul, gunakan kaedah

penyelesaian yang sama seperti yang telah dicadangkan di atas.

2. Windows tiba-tiba 'hang' (keadaan beku dalam persekitaran

Windows). Ini boleh berlaku sama ada sewaktu fail audio sedang dibuka

ataupun tidak.

Cara atasi: Pastikan sama ada masalah berpunca dari kad bunyi ataupun tidak.

Cabut kad bunyi dan hidupkan semula PC. Biarkan seketika dan

perhatikan keadaan PC. Pasang semula Kad bunyi tadi dan hidupkan PC.

Perhatikan keadaan PC. Sekiranya PC tidak 'hang' apabila kad dicabut,

tetapi 'hang' kembali apabila kad dipasang, ini membuktikan kad bunyi

tersebut bermasalah. Gantikannya dengan kad bunyi yang lain.

Kerosakan Modem

Masalah driver

Tanda-tanda: Modem tidak dapat dikesan – “Modem not install”

Cara atasi: 1. Semak pada 'device manager' jika terdapat tanda '?' atau '!' untuk kad

komunikasi (communication device). Jika ada, klik 2 kali pada tanda

[email protected] 5

BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan

tersebut dan pilih install driver bagi kad modem. Masukkan driver dari

CD driver atau dari sumber yang sesuai.

2. Jika masih tidak boleh, mungkin masalah perkakasan.

Masalah perkakasan

Tanda-tanda: Modem tidak dapat dikesan – “Modem not install”

Cara atasi: Matikan bekalan kuasa, cabut kad modem dari slot motherboard

(biasanya slot PCI), dan semak jika terdapat kesan terbakar pada kad

modem.

Jika ada, gantikan dengan kad modem yang lain dan install driver kad.

Jika tiada, pasang dan kemaskan kembali kad. Ia kemungkinan longgar.

Uji untuk sahkan kebolehfungsian. Jika masih tak berfungsi, gantikan

dengan kad modem yang lain dan install drivernya.

[email protected] 6