BAB 6 KEPELBAGAIAN AGAMA: MENCARI TITIK … Kedua... · •Hubungan yang suci. ... Asal usul...
Transcript of BAB 6 KEPELBAGAIAN AGAMA: MENCARI TITIK … Kedua... · •Hubungan yang suci. ... Asal usul...
BAB 6
KEPELBAGAIAN AGAMA:
MENCARI TITIK PERTEMUAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kuliah ini, para pelajar dapat :
1.Memupuk kefahaman tentang
kepelbagaian agama di Malaysia;
2. Memahami kepercayaan agama utama di
Malaysia;
3. Mengamalkan nilai tolak ansur dalam
konteks kebebasan beragama di Malaysia
SKOP KULIAH
1. Definisi dan rasional agama
2. Mengapakah manusia beragama?
3. Peranan agama
4. Penggolongan agama
5. Agama-agama di Malaysia
6. Mencari titik pertemuan
Agama
• Hubungan antara manusia dengan sesuatu
kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat
memberikan perlindungan.
• Hubungan yang suci.
• Sistem keyakinan yang dianuti dan
diamalkan.
• Adanya konsep hidup selepas mati.
4
Definisi
Mengapakah Manusia Beragama?
• Pemikiran tentang agama telah wujud
dalam diri manusia semenjak mereka lahir.
• Faktor keselamatan: kuasa agung yang
dipercayai akan menjaga keselamatannya.
• Agama merupakan ciri yang membezakan
kelompok manusia.
• Menurut Durkheim (1915) kepercayaan
dan amalan yang sama dalam sesuatu
agama akan menyatukan semua anggota
yang menganutinya dalam satu komuniti
bermoral.
6
Sumber nilai moral
Pengesahan program pembangunan
Penyatuan
Menumbuhkan semangat kebangsaan
Perpaduan nasional
Kewujudan tamadun
Mengembangkan kesenian
Fungsi pemerintahan
Peranan
Agama
Penggolongan Agama
1. Agama Samawi
Agama yang bersumberkan wahyu tuhan seperti
agama Islam, Kristian dan Yahudi.
2. Agama Ciptaan Manusia (Agama Alam)
Agama yang lahir dalam kebudayaan, dibentuk
oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh
ahli fikir masyarakat seperti agama Primitif,
Animisme, Buddha, Hindu, Sikh, Konfucius, Tao,
Shinto dan Mesir Kuno.
Agama Islam
Latar belakang
• Dianuti lebih dari 60% masyarakat Malaysia.
Asal Usul
• seseorang yang beragama Islam bermakna
berserah diri dan mengikut perintah Allah SWT
serta mencontohi Nabi Muhammad SAW.
Sumber
• Al-Quran, sunah rasullullah, ijtihad, ijmak,
qiyas, syura dan sebagainya.
Prinsip:
• Mementingkan keharmonian dan mengiktiraf
perbezaan.
• Ciri-ciri sistem ekonomi Islam (menolak
monopoli, eksploitasi, menindas, memeras dan
sebagainya).
• Dari aspek politik Islam mementingkan
musyawarah dan keadilan.
• Dari segi sosial Islam mementingkan
kehormatan.
• Kebebasan beragama dalam Islam.
• Mementingkan ilmu pengetahuan.
• Konsep Halal.
Perayaan
• Hari raya Aidilfitri
• Hari raya Aidiladha
Agama Buddha
Latar belakang
• Agama ke-dua terbesar di Malaysia.
• Majoriti penganut dari etnik Cina.
• Ramai berpegang kepada mazhab Buddha
Mahayana.
• Ada juga yang berpegang kepada mazhab
Theravada terutama bagi komuniti Thai.
Asal Usul
• Diasaskan oleh Siddharta Gautama.
• Mendapat ilham di bawah pokok Bodhi.
Ajaran
• Lebih mementingkan aspek moral.
• Satu bentuk perjalanan kerohanian melalui
jalan 8 lapis.
• Objektif adalah untuk mencapai Nirvana.
• Ajaran terpentingnya adalah menghormati
kehidupan tidak kira manusia, tumbuhan
mahupun haiwan
• “Tiga Permata” – Buddha, dharma dan
sangha.
Perayaan
• Hari wesak
Agama Hindu Latar belakang
• dianuti oleh sebahagian besar masyarakat India.
Asal usul
• mengalami evolusi semasa zaman tamadun
Lembah Indus.
Sumber
• Kitab Veda, Upanishad, Mahayana dan
Mahabrata membentuk Etika Hindu.
• Objektif adalah untuk mencapai Moksha.
Prinsip
• Konsep trimutri (3 dewa utama): Dewa
Brahma (pencipta) , Dewa Vishnu
(memelihara) dan Dewa Siva (memusnah)
• Sistem kasta
Perayaan
• Deepavali
• Thaipusam
• Ponggal
Agama Kristian
Latar belakang
– Agama Kristian menganggap Jesus sebagai
jelmaan tuhan – penyelamat (al-Masih)
– Penganut Kristian percaya kepada doktorin
Triniti iaitu Tuhan, Anak Tuhan dan Roh
Kudus.
Asal usul
– Mazhab daripada kepercayaan orang Yahudi
yang menerima Jesus sebagai kristus.
Sumber
• Holy Bible: ada Perjanjian Lama dan Baru.
Prinsip
• Setiap manusia dikehendaki mengikut
peraturan moral yang ditetapkan oleh Tuhan.
• Pembaptisan.
• Eukaris – roti dan “wine”.
Perayaan
• Krismas, Good Friday & Easter.
18
Agama Sikh
Latar belakang
• Dianuti oleh masyarakat Punjabi.
• Identiti mereka memakai serban, berjanggut
panjang.
• Nama bagi lelaki berakhir dengan Singh
bermakna singa.
• Nama wanita menggunakan Kaur bermaksud
puteri.
• Asal usul
• Diasaskan oleh Guru Nanak pada 1469M.
• Kemudian dikembangkan oleh 9 orang Guru
lain.
• Sumber
• Kitab dikenali Sri Guru Granth Sahib Ji.
• Tempat ibadat dipanggil Gurdwara.
Prinsip
• Penganut Sikh mengamalkan prinsip 5K:
• Kesh (berambut panjang)
• Kangha (sikat)
• Kara (gelang besi)
• Kirpan (pedang kecil)
• Kachera (seluar pendek khas)
Perayaan
• Vaisakhi
Animisme
Latar belakang
• Animisme adalah kepercayaan yang
melibatkan pemujaan roh dan semangat alam
semula jadi.
• Penganutnya menyembah batu, pokok,
sungai dan lain-lain
Asal usul
• Diperturunkan secara turun temurun dari
generasi ke generasi (agama nenek moyang).
Sumber
• Wujud dari sifat semula jadi manusia yang
mencari Tuhan/pencipta.
Prinsip
• Semua objek memiliki jiwa.
• Percaya kepada kuasa makhluk halus.
Perayaan
• Bergantung pada masyarakat yang
berkenaan. Misalnya orang Melayu dulu
menyambut perayaan puja pantai.
Ajaran Konfucius
Latar belakang
• Konfucius – ahli falsafah China, Dinasti Chou.
• Konfuciusme - prinsip-prinsip hidup yang
baik.
Prinsip
• Menekankan perasaan perikemanusian
terhadap orang lain dan harga diri.
• Lima kebaikan – budi bahasa, kemurahan
hati, amanah, kerajinan & sifat baik.
• Berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa
• Mementingkan kesopanan dan kesusilaan
dalam kehidupan.
• Hormat kepada ibu bapa, orang tua dan
negara.
Sumber
• Buku Analekta atau dipanggil juga Lun Yu.
25
Ajaran Tao
Latar belakang
• Dianuti oleh ramai orang Cina di dunia dan di
Malaysia.
Asal usul
• Ajaran Tao diasaskan oleh Lao Tze.
• Ajarannya bertentangan dengan Confucius.
Prinsip
• Menarik diri daripada duniawi.
• Bebas daripada peraturan ciptaan
manusia.
Sumber
• Kitab Tao Te Ching dan kitab Chuang Tzu
Konflik Agama
• April 1992 – konflik antara Bosnia-
Hersegovina dengan Serbia.
• Disember 1992 – konflik Hindu-Islam di
India.
• Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan
Almahera di Indonesia dan banyak tempat
lagi.
Isu Laungan Azan
• September 2008 – Puchong – YB
Theresa Kok (Seputih)
• 2011 - Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan
Pantai Permai – Ng Kian Nam – tidak
tahu membezakan laungan azan
dengan ceramah.
• 2015 - Masjid At-Taqwa Taman Tun
Sardon, Pulau Pinang.
29
Isu Laungan Azan
Isu Penggunaan Nama Allah
• Majalah The Herald – The Catholic
Weekly – permit penerbitan digantung
kerana menggunakan perkataan
“Allah”.
31
Isu Penggunaan
Nama Allah
Isu Gereja Dibakar
• 2009 & 2010 – dipercayai berkait
dengan penggunaan kalimah “Allah”
• Gereja Assumption, Petaling Jaya.
• Gereja Katolik Metro Tabenacle, Desa
Melawati, Kuala Lumpur.
• Gereja Life Chapel, Petaling Jaya –
kerosakan kecil.
• 8 buah gereja dibakar atau dirosakkan
33
Isu Gereja
Dibakar
Isu Kepala Lembu
• 28 Ogos 2009 - Demostrasi – pintu
pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor, Shah Alam.
• Berarak dari Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah selepas sembahyang.
• Bantahan pindahan Kuil dari S19 ke
S23.
35
Isu Kepala Lembu
Isu Penurunan Salib
• April 2015 – Taman Medan, Petaling
Jaya.
• bantahan – mendesak lambang salib
diturunkan – meletakkan salib di luar
bangunan gereja dianggap
mencabar penyebaran Islam dan
mempengaruhi golongan anak muda
Islam.
37
Isu Penurunan Salib
38
• Konflik terjadi kerana:
– tafsiran berbeza dalam memahami ajaran
agama.
– Kepentingan diri dalam politik atau ekonomi.
– Gagal memahami ajaran dan tidak
menghormati ajaran dan upacara agama
orang lain.
39
MENCARI TITIK PERTEMUAN
• Agama berpontensi membina ikatan dan
hubungan merentasi individu dan
kumpulan agama yang berlainan.
• Kepekaan kepada ruang sosial sedia ada
– bergerak ke arah persefahaman.
• Tafsiran autoriti – memisah dan
mengasingkan apabila agama diideologi
dan dipolitikkan.
• Semua agama memiliki nilai kesejagatan
yang berpontensi membina keharmonian,
kestabilan dan kemajuan.
• Kini, sifat masyarakat moden – pelbagai
agama.
• Interaksi penganut pelbagai agama
mampu membina ikatan sosial yang kuat
dengan nilai kesejagatan.
41
KESIMPULAN
• Malaysia mempunyai 4 agama besar
dunia dan agama-agama lain.
• Kebebasan beragama tedapat dalam
perlembagaan Malaysia.
• Malaysia mempunyai ruang yang luas
dan terbuka untuk meraikan hubungan
etnik dengan pengukuhan hubungan
antara penganut pelbagai agama.
OBJEKTIF
1. Memahami konsep segregasi dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
2. Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.
3. Menghargai peranan masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
DEFINISI SEGREGASI DAN INTEGRASI
Segregasi
Pengasingan atau pemisahan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain.
Pengasingan berlaku dalam dalam beberapa keadaan: • tempat tinggal • jenis pekerjaan • sistem persekolahan • penerbitan akhbar
INTEGRASI
Merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi agama budaya, sosial, dan kawasan penempatan.
CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA
Prasangka
Diskriminasi
Streotaip
Rasisme
Etnosentrism
Faktor yang mencetuskan perpecahan
Kedudukan lokasi kelas
Taraf pendidikan
Kemahiran kerja
Pendapatan
Batasan Mobiliti Sosial
Kos hidup meningkat
Perkhidmatan awam kurang memuaskan
Pengangguran kemiskinan
Keterpinggiran & ketidaksamarataan
Konflik boleh berlaku, jika
• Namun, Malaysia sering dijadikan contoh kepada negara lain kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan etnik.
• Kejayaan ini merupakan usaha kerajaan yang bersifat top-down dan disokong oleh pihak swasta, NGO dan rakyat sendiri yang bersifat bottom-up.
• Usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk pastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta kestabilan politik.
PERANAN KERAJAAN
• Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni telah menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan melalui dasar-dasar tertentu.
• Pelbagai agensi kerajaan yang ditugaskan untuk memastikan usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik. Antara usaha yang dirancang dan dilaksanakan ialah:
• Bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini.
• Diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Penubuhan Jabatan
Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN)
• Merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan.
• Cth. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Dasar-Dasar Kerajaan
• Memupuk perpaduan negara berasaskan peruntukan dalam perlembagaan.
• Merangkumi sistem kerajaan persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembgaan, Kedudukan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, Hak Asasi Manusia, Kedudukan Istimewa Bumiputera, dan lain-lain.
Strategi Persefahaman
Politik
• Mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan wilayah serta mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kaum.
• Mengurang dan membasmi kemiskinan tanpa kira kaum dan wilayah.
Keseimbangan Ekonomi
• Menyemai semangat perpaduan dan menanamkan sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional.
• Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.
• Menyeragamkan kurikulum, peperiksaan, persijilan yang mempunyai pengiktarafan yang sama
Sistem Pendidikan
• Penggunaan satu bahasa membolehkan pelbagai etnik berkomunikasi antara satu sama lain dengan selesa.
• Kemampuan bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua-franca pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Penggunaan Bahasa
Kebangsaan
• Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakayat Malaysia bebas menganut agama dan kepercayaan masing-masing.
• Walaupun agama Islam agama Persekutuan, tetapi agama lain dilindungi oleh perlembagaan.
Kepercayaan Agama
• Mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara ini sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan.
• Tiga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
• Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.
• Islam menjadi unsur penting.
• Kebudayaan sukuan yang lain bebas di amalkan selagi tidak jejaskan kesopanan dan kesusilaan
Kebudayaan
• Melakukan penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan , perluasan sistem radio dan televisyen nasional di Sabah dan Sarawak dan Labuan.
• Penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan di Sabah dan Sarawak.
• Mengadakan lawatan pemimpin masyarakat untuk melahirkan integrasi yang kukuh.
• Memperluaskan interaksi dan pergaulan antara rakyat di Semenanjung, Sabah & Sarawak.
• Menyeimbangkan kemajuan antara bandar dan luar bandar.
Integrasi Wilayah
• Mengatur langkah keselamatan untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan.
• Mencegah daripada berlakunya ancaman keselamatan negara dan ketenteraman awam iaitu termasuk penguatkuasaan undang-undang ke atas:
• Kebebasan bercakap.
• Berhimpun dan tubuhkan persatuan.
• Tahanan preventif.
• Akta Hasutan.
• Kawalan penerbitan.
• Pemulihan melalui usaha mententeramkan keadaan setelah berlakunya konflik.
Keselamatan
• Memajukan penempatan baru dengan mengambil kira aspek perpaduan etnik.
• Menubuhkan Rukun Tetangga dan anjurkan aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa kira kaum dan agama.
• Menyediakan prasarana seperti dewan komuniti dan serba guna untuk lakukan aktiviti kemasyarakatan.
• Membina perumahan yang mengandungi pelbagai kos – rendah, sederhana dan mewah.
Pembangunan Kawasan
• Memastikan agar sebarang lantikan jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya.
• Majikan memainkan peranan yang penting menerapkan unsur perpaduan di kalangan pekerja melalui dasar , program dan aktiviti syarikat.
• Menggalakkan interaksi antara pekerja pelbagai etnik bagi mengurangkan sikap prejudis dan salah tanggapan.
Penggunaan Tenaga
Manusia
• Memupuk perpaduan melalui penyampaian maklumat melalui media massa dan elektronik.
• Menghubungkan rakyat dan masyarakat terpencil di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak.
Media Massa
• Mewujudkan pergaulan dan interaksi sosial bagi memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan.
• Meningkatkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnocentrisme.
Kesukanan
• Menubuhkan jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan penduduk bagi menjayakan penerapan nilai-nilai murni dan perpaduan melalui aktiviti kemasyarakatan
Perpaduan &
Pertubuhan Sukarela
• Memperbanyakkan penyelidikan tentang perpaduan dan hubungan etnik
• Hasil kajian digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program berkesan serta mengukur semangat perpaduan
Penyelidikan dan
Penerbitan bahan bacaan
• Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik.
Pemantauan isu-isu semasa
dan konflik
• Bertujuan untuk membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional.
• Bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggung jawab menasihat, melapor dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri tentang isu yang berkaitan dengan perpaduan.
Panel Penasihat Perpaduan
Negara (PANEL) &
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri
(JKPPN)
• Merangka program pemetaan perpaduan untuk tingkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran.
• Melaksanakan aktiviti berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang dicadangkan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
• Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya.
Program dan aktiviti
Perpaduan
• Menyatupadukan rakyat berbilang etnik tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan.
• Berkemampuan mendidik pelajar pelbagai etnik dan juga menanam nilai-nilai perpaduan.
• Mempertingkatkan jumlah guru yang memiliki ijazah. 100% di sekolah menengah dan 25 % di sekolah rendah pada tahun 2012.
Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan
• Memperkenalkan konsep sekolah Wawasan sebagai satu daripada pendekatan alternatif untuk pupuk perpaduan dan integrasi nasional.
• Menggabungkan dengan membina dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar.
Memperkasakan Sekolah
Wawasan
• Memperkenalkan PLKN bagi menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
• Memupuk perpaduan etnik dan integrasi nasional.
• Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN)
PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEK HUBUNGAN ETNIK
Peranan
Masyarakat
RukunTetangga
Rumah Terbuka
Penerimaan Budaya
Program IPT
PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
• Memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia.
• Terdapat pertubuhan yang tidak berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia (seperti Majilis Belia Malaysia), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.
• Terdapat juga NGO mengikut etnik seperti pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia.
• Multi Nasional Corporation (MNC)- menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik - YTL Corporation, Lion Group, Maxis, Berjaya Group.
• Syarikat berkenaan sering menganjur aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik - Corporate Social Responsibility (CSR)
• Matlamat syarikat MNC memberi peluang kepada golongan sasar tanpa megira etnik khususnya di luar bandar menikmati bantuan daripada program CSR.
KESIMPULAN
Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan
tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata.
Pelbagai dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan
seharusnya disokong oleh masyarakat, NGO ataupun pihak swasta bagi memastikan
hubungan etnik sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.
Bab 8
Pemerkasaan Pendidikan Ke
Arah Kesepaduan Sosial
Pengenalan • Pendidikan – asas penyatuan dalam proses
pembinaan negara bangsa.
• Pendidikan formal – mensosialisasikan
pelajar yang berlatar belakang sosiopolitik
yang berbeza – bertolak ansur dan saling
memahami.
• Sistem pendidikan Malaysia – jenis
kebangsaan – berorientasikan komuniti
etnik tertentu.
80
Sejarah Pendidikan Di Malaysia Dan
Hubungan Etnik
• Bahasa dan pendidikan – saling berkait
rapat.
• Setiap komuniti etnik – mempertahankan
sistem pendidikan masing-masing.
• Sukar membentuk satu identiti
kebangsaan menerusi sistem pendidikan
kebangsaan dengan bahasa Melayu.
81
• Penjajahan British – dasar pecah dan
perintah untuk mengelakkan konflik entik –
setiap komuniti mempertahankan warisan
budaya dan peradaban – mengukuhkan
lagi kedudukan sistem pendidikan
vernakular.
82
Komuniti Melayu
• 2 bentuk sekolah:
1. Tidak formal: sekolah pondok - agama
2. Formal: sekolah vernakular Melayu –
membaca, mengira, menulis & ilmu
pertukangan – lebih vokasional.
83
Komuniti Cina
• Sangat menekankan kepentingan
pendidikan - pengaruh ajaran Konfusius
• Menubuhkan sistem pendidikan tersendiri –
Cina klasik.
• Bahasa Cina – bahasa pengantar.
• Sukatan, buku, guru – dari China.
• Pengaruh politik - 1920-an, pengaruh
Kuomintang & Komunis – anti-imperialis
British. 84
• British bertindak tegas – menggubal
“Enakmen Pendaftaran Sekolah” – cuba
mengawal pendidikan vernakular Cina.
• 1924 – sebahagian besar sekolah
menerima bantuan kewangan dan
dipantau kerajaan.
• Namun, usaha tersebut tidak berkesan –
penentangan komuniti Cina terhadap
campur tangan British.
85
Komuniti India
• Tidak ada sumber & dana untuk
menubuhkan sekolah sendiri.
• British sediakan sekolah vernakular Melayu
tetapi mereka menolak.
• Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh
pihak estet.
• Bahasa Tamil bahasa pengantar - Sukatan
pelajaran & guru dari India.
86
Sekolah Vernakular Inggeris
• Semenjak penubuhan Penang Free School
1816.
• Dikuasai mubaligh Kristian & Inggeris
bahasa pengantar.
• Untuk melahirkan pegawai tadbir rendah.
• Komuniti Cina, India di bandar & Melayu
kelas atasan.
• Boleh lanjut pelajaran ke kolej & universiti.
87
Era Penjajahan di Tanah Melayu
(1800-1945)
• Sehingga 1920, 2 bentuk pendidikan
menjadi keutamaan British:
1. Pendidikan Inggeris yang disediakan
British.
2. Pendidikan vernakular Melayu –
vokasional.
88
• Bandingkan dengan Melayu, komuniti Cina
& India lebih berpeluang menyambung
pendidikan ke peringkat menengah dan
universiti.
• 3 faktor Melayu kurang berpeluang:
1. Perjanjian – adat resam dan agama Islam.
2. Kebanyakan sekolah di kawasan bandar.
3. Yuran tinggi.
89
• Selepas 1920 – sistem pendidikan
vernakular – Inggeris, Melayu, Mandarin
dan Tamil.
• Merancakkan pemisahan komuniti –
seterusnya mempengaruhi bidang
ekonomi dan politik.
• Pendudukan Jepun (1942-45) – bahasa
Jepun digunakan – pendidikan Cina &
Inggeris disekat – tidak mengganggu
pendidikan Melayu.
90
Dasar Pendidikan dalam Tempoh
1945-1970
Dasar Cheeseman 1946
• Peruntukan pendidikan peringkat rendah
secara percuma.
• Pendidikan Inggeris didedahkan semenjak
sekolah rendah.
• Peluang pendidikan sama kepada
golongan wanita.
91
Jawatankuasa Car-Saunders 1947
• Merangka pendidikan tahap universiti di
Tanah Melayu.
• Peluang dibuka kepada komuniti Melayu
memasuki pendidikan Inggeris.
92
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
1949
• Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib
diajar di peringkat sekolah rendah.
• Sekolah kebangsaan ditubuhkan.
• Bahasa ibunda masing-masing boleh
diajar.
93
Laporan Barnes 1951
• Menyemak dan memperbaiki bentuk
pendidikan Melayu.
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah.
• Sekolah vernakular dimansuhkan dan
diganti dengan sistem pelajaran
kebangsaan sekolah rendah.
94
Laporan Fenn-Wu 1951
• Mempertahankan kedudukan sekolah
Cina.
• Kedudukan bahasa Cina sebagai bahasa
terbesar dunia.
• Sekolah Cina tidak perlu sukatan
pendidikan dari negara China.
95
Ordinan Pendidikan 1952
• Pilihan sama ada bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah.
• Menjadikan sistem pendidikan sebagai
teras penyatuan kaum.
96
Laporan Razak 1956
• Dijadikan Dasar Pendidikan pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu.
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah rendah & sekolah menengah.
• Sekolah jenis kebangsaan bebas memilih bahasa pengantar.
97
• Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama.
• Pendidikan menggunakan bahasa Melayu dilanjutkan ke peringkat menengah dan universiti.
98
Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta
Pendidikan 1961
• Bahasa kebangsaan ialah medium
penghubung di Malaysia.
• Menyeragamkan sistem peperiksaan dan
persekolahan.
• Memberi penekanan terhadap pendidikan
teknik dan vokasional.
• Memberi penekanan kepada pendidikan
moral dan keagamaan.
99
Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah
Vernakular
Sekolah rendah yang dibiayai oleh kerajaan:
1. Sekolah Kebangsaan - Bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar.
2. Sekolah Jenis Kebangsaan - Bahasa
Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai
bahasa penghantar.
100
• Sekolah Vernakular (Melayu, Cina dan
Tamil) hanya mampu membekalkan murid-
murid dengan pendidikan asas melalui
Bahasa Kebangsaan, atau dialek Cina
(kemudian ditukar kpd Bahasa Mandarin,
atau Tamil).
• Kerajaan menubuhkan Sekolah Jenis
Kebangsaan bagi menggantikan Sekolah
Vernakular.
101
• Ibu bapa semua etnik berpeluang
menghantar anak-anak mereka belajar
bersama-sama etnik yang lain di sekolah
kebangsaan atau jenis kebangsaan.
• Kewujudan sistem pendidikan seperti ini
memberikan ruang integrasi kepada
penduduk melalui sistem kurikulum yang
dibentuk.
102
• Usaha penyatuan etnik dalam pendidikan
diteruskan di peringkat menengah dengan
pelaksanaan Program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
–menggalakkan percampuran antara
murid.
103
Pendidikan Menengah
• Terbuka kepada semua kaum dan
menggunakan sukatan pelajaran yang
sama.
• Melibatkan kategori Sekolah Menengah
Harian, Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh,
Sekolah Kluster, Sekolah Teknik dan
Vokasional, Sekolah Menengah Agama,
Sekolah Seni dan Sukan.
104
• Pengajian dalam bahasa ibunda adalah
dibenarkan jika memenuhi syarat
(pengekalan identiti menerusi bahasa
ibunda masing-masing.)
• Sekolah Berasrama Penuh – MRSM –
terbuka ruang kuota untuk bukan-Melayu
– integrasi dan interaksi – memahami
budaya masing-masing.
Sekolah Wawasan
• Menempatkan ketiga-tiga buah sekolah
jenis kebangsaan di sebuah kawasan
yang sama.
• Membolehkan pelajar berinteraksi dan
berkomunikasi antara satu sama lain
sama ada di dalam kawasan sekolah,
kantin dan padang permainan.
• Tidak mendapat sambutan etnik bukan
Melayu.
106
Pendidikan Prauniversiti
107
Tingkatan 6
- Selama 2 tahun
- Menduduki STPM
Matrikulasi
- Selama 1 atau 2 tahun
Diploma
- Sekurang-kurangnya 3 tahun
Asasi
- Selama 1 atau 2 tahun
Pendidikan Prauniversiti (Selepas menduduki
SPM)
108
Institusi Pengajian
Tinggi
Institusi Pengajian
Tinggi Awam
Institusi Pengajian
Tinggi Swasta
Institusi Pengajian Tinggi
• Para pelajar berlatarbelakangkan pelbagai
aliran peringkat institusi pengajian tinggi.
• Mereka berasal daripada seluruh pelusuk
tanah air dan menjalani kehidupan kampus
selama tiga hingga empat tahun atau lebih.
• Pelajar mula memahami persekitaran
perkongsian.
109
• Ruang untuk para pelajar bergaul antara
etnik lebih luas.
• Perkongsian dalam pelbagai aktiviti
memupuk kepada kesepaduan sosial yang
lebih kukuh.
• Keadaan ini penting dalam konteks
mencapai perpaduan nasional dalam
masyarakat pelbagai etnik menjelang
tahun 2020.
110
Cabaran dalam Pendidikan dan
Bahasa
• Usaha menghalang polarisasi antara etnik.
• Kepelbagaian dalam sistem pendidikan
negara.
• Menekankan pemahaman tiga rukun politik
Cina kepada masyarakat.
• Rukun pertama : Mempertahankan
pendidikan Cina.
111
• Rukun kedua : Mempertahankan
penerbitan akhbar Cina.
• Rukun ketiga : Mempertahankan
persatuan Cina.
• Peranan Dong Jiao Zong - menjadikan
pendidikan Cina sebagai satu daripada
aliran pendidikan negara.
112
Komitmen Kerajaan
• Memansuhkan Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan.
• Membentangkan akta baharu, iaitu Akta Pendidikan 1996.
113
• Mewujudkan pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
• Mewujudkan pendidikan berasaskan 1 Malaysia.
• Menyatukan semula hubungan antara etnik dengan mewujudkan satu jenis sekolah sahaja di peringkat menengah.
114
KESIMPULAN
• Ternyata bahawa peranan pendidikan
amat dominan dalam proses sosialisasi.
• Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia
juga amat unik jika hendak dibandingkan
dengan negara-negara lain.
Bab 9
Pengalaman Harian:
Menjalin Kesepaduan dan
Melahirkan Keharmonian
Pengenalan
Aspek makanan, kesenian dan media –
penting – proses membina kesepaduan
antara etnik.
Mengambarkan sifat saling kebergantungan
- tidak ada individu mahupun kelompok
yang sempurna kebolehan, keupayaan dan
kehendak naluri – usaha memenuhi
keperluan hidup masing-masing.
Kesepaduan
(makanan dikongsi bersama)
Kepelbagaian makanan
Masyarakat pelbagai etnik
Kepelbagaian Makanan Etnik
Pemangkin Perpaduan
Kepelbagaian makanan – ruang kepada
pembentukan kesepaduan sosial –
mencerminkan latar belakang kehidupan
masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai.
Kepelbagaian makanan – aset bernilai –
mengeratkan ikatan perpaduan & produk
menarik – industri pelancongan tempatan
dan antarabangsa.
Makanan dan Ruang Sosial
dalam Konteks Hubungan Etnik Keunikan makanan – berperanan
menyatukan pelbagai etnik di dalam
masyarakat.
Makanan – membahagikan individu kepada
kumpulan sosial tertentu.
Penyatupaduan dan pembahagian tersebut
bergantung kepada bentuk ruang sosial
sesuatu makanan mengikut fungsinya
dalam masyarakat khususnya masyarakat
pelbagai etnik.
Masa: pagi, tengahari dan malam – di tempat yang sama – “mamakteria”, kopitiam, warung, dll.
Penggunaan alat: tangan, chopsticks, daun pisang, sudu garfu – budaya sepunya.
Cara Makan
- Ruang Awam
- Ruang Bukan
Awam
Fungsi Makanan
dan Pembentukan Ruang
Sosial
Ruang Awam
• Tiada kaitan dengan acara agama/ kepercayaan/ etnik .
• Adakala berkaitan dengan acara agama/keraian keagamaan, contoh perayaan/kenduri yang boleh dikongsi bersama.
Ruang Bukan Awam
• Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan – contoh makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan/kebudayaan sesuatu kaum.
Peranan Makanan dalam
Kesepaduan Sosial
• Melangkaui makanan yang berhubungkait dengan larangan agama - melalui tahap kefahaman, persefahaman dan hormat antara satu sama lain.
• Menghayati nilai universal “boleh atau tidak boleh” antara kaum.
Hindarkan Budaya
Dekat Tapi Jauh
Jauh Tapi Dekat
Contoh: penggunaan telefon bimbit di
ruang makan. Duduk semeja tetapi
bersembang dengan “yang jauh di
mata.”
• Kesepaduan sosial menerusi
himpunan seni; muzik, nyanyian,
tarian, seni lukis, dan lain-lain.
Kesenian Pelbagai Etnik dan
Kesepaduan Sosial
Rakyat Malaysia – kaya dengan
pelbagai corak seni warisan yang
menggambarkan identiti etnik
masing-masing.
Penerimaan, penghormatan dan
pengiktirafan masyarakat kepada
kepelbagaian corak seni – penting
dalam memupuk kesepaduan sosial.
• Kesepaduan berlaku dalam
dua aspek;
1. Kesepaduan sosial yang
wujud sewaktu proses
penghasilan sesuatu
bentuk seni dihasilkan,
contoh: penghasilan
filem Upin dan Ipin, dll.
2. Kesepaduan sosial
dalam produk seni,
contoh: karya filem Tan
Sri P. Ramlee, dll.
• Filem “Sini Ada
Hantu” adalah hasil
gabungan dan
kerjasama penggiat
seni yang terdiri
daripada pelbagai
etnik.
• Lagu “Pergi” nyanyian Aizat dicipta oleh Pete Teo
dan diiringi dengan alunan alat muzik Cina ‘Erhu’.
• Pelukis keturunan
Cina, iaitu Chuah
Thean Teng telah
menjadikan corak
batik sebagai
medium beliau.
• Sam Karuna
adalah pelukis
bukan Melayu
yang juga
menggunakan
batik sebagai
medium dalam
lukisan beliau.
• Peranan Media, antaranya;
• Membina kredibiliti/kemakmuran
negara.
• Agen perubahan sosial – alat
interaksi sosial, politik dan
ekonomi.
• Menyampai maklumat dan
mendidik masyarakat.
Media dan Kesepaduan Sosial
• Klasifikasi Media;
• Cetak – suratkhabar, majalah, buku,
novel dan bahan bertaip yang lain.
• Elektronik; TV - pengisian
program TV ke arah perpaduan
sosial. Contoh; melalui kaedah iklan
(1M’sia – As One We Care), filem
pendek (2009-M15), Upin dan Ipin,
Boboiboy, dll.
• Cabaran;
• Perkembangan ICT era globalisasi
– media alternatif – mengambil alih
fungsi media tradisi;
• YouTube,
Kesimpulan
Ruang mencari kedamaian , keamanan
dan keharmonian terbuka luas dalam
kepelbagaian.
Mengapa Mencari Perpecahan?