BAB 6 mula.doc

4
BAB 6 : LAPORAN TEKNIKAL PEMBUMIAN ELEKTRIK 1. PENGENALAN Suatu sistem sambungan litar elektrik ke bumi, sama ada secara fizikal ataupun sebagai "laluan balik" ke punca kuasa elektrik, bergantung kepada aplikasi yang digunakan seperti logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi. Tujuan utama pembumian dilakukan untuk memastikan 68

Transcript of BAB 6 mula.doc

Page 1: BAB 6 mula.doc

BAB 6 : LAPORAN TEKNIKAL

PEMBUMIAN ELEKTRIK

1. PENGENALAN

Suatu sistem sambungan litar elektrik ke bumi, sama ada secara fizikal ataupun

sebagai "laluan balik" ke punca kuasa elektrik, bergantung kepada aplikasi yang

digunakan seperti logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi. Tujuan

utama pembumian dilakukan untuk memastikan keselamatan pengguna dari bahaya

renjatan elektrik apabila arus bocor ke bumi berlaku.

Pembumian terbahagi dua bahagian iaitu:

i. Pembumian Sistem

ii. Pembumian Peralatan

Sambungan ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya bagi mencegah

bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada terkena voltan

tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain,

68

Page 2: BAB 6 mula.doc

melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu

laluan elektrik ke bumi. Sambungan ke bumi juga boleh mengehadkan pembentukan

cas elektrik statik semasa mengendalikan bahan mudah terbakar ataupun semasa

membaiki peralatan elektronik. Bagi pendawaian kenderaan pula, semua peralatan

elektrik kenderaan dibumikan ke badan kenderaan (tanpa sambungan secara fizikal

ke bumi) bagi menyediakan satu laluan balik ke bateri, sekaligus menjimatkan

penggunaan kuprum.

69