Bab 9

5
BAB 9 : HANG TUAH DALAM BUANGAN DI INDERAPURA Sinopsis Dan Peristiwa Penting Bab ini menceritakan hasad dengki dan khianat pembesar- pembesar negeri Melaka terhadap Hang Tuah. Pembesar negeri Melaka telah membuat fitnah yang menyebabkan Hang Tuah dibuag ke Inderapura. Keadaan ini berlaku akibat Hang Tuah terlalu disayangi oleh Raja Melaka sejak kembali dari Majapahit. Antara peristiwa- peristiwa yang membawa kepada berlakunya pembuangan Hang Tuah ke Inderapura ialah: 1- Pembesar-pembesar Melaka telah bermesyuarat diketuai oleh Patih Kerma Wijaya untuk membuat fitmnah ke atas Hang Tuah supaya Hang Tuah dijatuhkan hukuman oleh Raja Melaka. Hasilnya Patih Kerma Wijaya memberitahu Raja Melaka bahawa Hang Tuah telah bermukah dengan dayang istana. Tanpa usul periksa dan perasaan marah, Raja Melaka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah dan menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh Hang Tuah. 2- Bendahara Paduka Raja yang mengetahui perkara sebenarnya tidak sempat untuk menyatakan kepada Raja

Transcript of Bab 9

Page 1: Bab 9

BAB 9 : HANG TUAH DALAM BUANGAN DI INDERAPURA

Sinopsis Dan Peristiwa Penting

Bab ini menceritakan hasad dengki dan khianat pembesar-pembesar negeri Melaka

terhadap Hang Tuah. Pembesar negeri Melaka telah membuat fitnah yang

menyebabkan Hang Tuah dibuag ke Inderapura. Keadaan ini berlaku akibat Hang

Tuah terlalu disayangi oleh Raja Melaka sejak kembali dari Majapahit. Antara

peristiwa-peristiwa yang membawa kepada berlakunya pembuangan Hang Tuah ke

Inderapura ialah:

1- Pembesar-pembesar Melaka telah bermesyuarat diketuai oleh Patih Kerma

Wijaya untuk membuat fitmnah ke atas Hang Tuah supaya Hang Tuah dijatuhkan

hukuman oleh Raja Melaka. Hasilnya Patih Kerma Wijaya memberitahu Raja

Melaka bahawa Hang Tuah telah bermukah dengan dayang istana. Tanpa usul

periksa dan perasaan marah, Raja Melaka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas

Hang Tuah dan menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh Hang Tuah.

2- Bendahara Paduka Raja yang mengetahui perkara sebenarnya tidak sempat

untuk menyatakan kepada Raja Melaka. Bendahara Paduka Raja menasihatkan

Hang Tuah untuk lari ke Inderapura dan memperhambakan dirinya kepada

Bendahara Seri Buana.

3- Di Inderapura, Hang Tuah memberitahu bahawa dirinya telah difitnah berlaku

curang dengan dayang istana. Hang Tuah diterima oleh Bendahara Seri Buana dan

ditempatkan di kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah telah menjadi anak

angkat Dang Ratna iaitu inang Tun Teja yang paling tua. Kebetulan pula Dang

Ratna tidak mempunyai anak. Oleh sebab budi pekerti Hang Tuah yang baik, dia

disayangi oleh Dang Ratna sehingga menyebabkan Hang Tuah menjadi buah mulut

Page 2: Bab 9

inang-inang lain seperti Dang Rani, Intan Baiduri, Dang Merdu, Dang Senja dan

Cendera Midani.

4- Semasa bermain sepak raga bersama Tun Jenal iaitu anak Bendahara Seri

Buana, Tun Karim dan Tun Megat, Hang Tuah telah menunjukkan kepandaiannya

bermain sepak raga. Tun Jenal menjemput Hang Tuah untuk datang kerumahnya.

Di rumah Tun Jenal diadakan majlis menyambut kedatangan Hang Tuah. Hang

Tuah ingin melihat tarian dan mendengar nyanyian Inderapura lalu Tun Jenal

menjemput biduanda Tun Teja seperti Dang Merdu, Dang Kemala, Dang Warna,

Dang Senja dan Intan BAiduri untuk menari. Suara dan lemah lembut tarian Hang

Tuah sungguh mengkagumkan mereka.

5- Selpas itu, Hang Tuah dipujuk oleh Raja Inderapura untuk menetap di

Inderapura. Hang Tuah berkawan dengan Tun Jenal dan anak pembesar-pembesar

di Inderapura.

6- Di Inderapura, Hang Tuah menceritakan pengalaman-pengalamannya semasa

berada di Majapahit bersama-sama dengan Raja Melaka. Hang Tuah menceritakan

tipu muslihat Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada yang ingin membunuhnya.

7- Hang Tuah menghadiahkan kain Melaka kepada Tun Teja iaitu puteri

Bendahara Seri Buana yang menjadi tunangan Megat Panji Alam Terengganu.

Oleh sebab terlalu suka mendapat kain daripada Hang Tuah, Tun Teja menjemput

Hang Tuah makan di istananya. Tun Teja mula jatuh hati kepada Hang Tuah

sehingga bermimpi. Mimpi Tun Teja itu disampaikan kepada Hang Tuah melalui

Dang Ratna.

Page 3: Bab 9

Watak

Hang Tuah

Raja Melaka

Bendahara Paduka Raja

Patih Kerma Wijaya

Bendsahara Seri Buana

Dang Ratna

Raja Inderapura

Tun Teja

Dang Rani

Intan Baiduri

Dang Senja

Cendera Midani

Tun Jena

Tun Karim

Tun Megat

Dang WArna

Dang Kemala

Dang Anum

Page 4: Bab 9

Dang Sandang

Che Intan

Megat Panji Alam

Latar Tempat

Melaka

Iderapura