Bab 9 Hubungan Etnik

25
BAB 9: PENGALAMAN HARIAN: MENJALIN KESEPADUAN DAN MELAHIRKAN KEHARMONIAN

description

CREDITED TO THE RIGHTFUL OWNER.

Transcript of Bab 9 Hubungan Etnik

BAB 9: PENGALAMAN HARIAN: MENJALIN KESEPADUAN DAN MELAHIRKAN KEHARMONIAN

BAB 9:PENGALAMAN HARIAN:MENJALIN KESEPADUAN DAN MELAHIRKAN KEHARMONIANFokus Perbincangan:Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik.Aspek makanan, kesenian dan media memainkan peranan penting secara langsung atau tidak langsung dalam proses membina kesepaduan antara etnik.Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha memenuhi keperluan hidup masing-masing.Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin PerpaduanAspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai.Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang bukan hanya menyumbang dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan tetapi juga sebagai satu daripada produk menarik dalam industri pelancongan tempatan dan antarabangsa.

Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan EtnikKeunikan makanan sesuatu etnik telah berperanan menyatukan pelbagai etnik di dalam masyarakat.Makanan juga dapat membahagikan individu kepada kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat.Penyatupaduan dan pembahagian tersebut bergantung kepada bentuk ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat khususnya masyarakat pelbagai etnik.

Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial Melangkaui makanan yang berhubungkait dengan larangan agama - melalui tahap kefahaman, persefahaman dan hormat antara satu sama lain.Menghayati nilai universal boleh atau tidak boleh antara kaum.HINDARKAN BUDAYADEKAT TAPI JAUHJAUH TAPI DEKAT

Contoh: penggunaan telefon bimbit di ruang makan. Duduk semeja tetapi bersembang dengan yang jauh di mata.

Kesepaduan sosial menerusi himpunan seni; muzik, nyanyian, tarian, seni lukis, dan lain-lain.Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan SosialRakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing-masing.Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam memupuk kesepaduan sosial.

Kesepaduan berlaku dalam dua aspek;

Kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni dihasilkan, contoh : penghasilan filem Upin dan Ipin, dll.

Kesepaduan sosial dalam produk seni, contoh: karya filem Tan Sri P. Ramlee, dll.Filem Sini Ada Hantu adalah hasil gabungan dan kerjasama penggiat seni yang terdiri daripada pelbagai etnik.Lagu Pergi nyanyian Aizat dicipta oleh Pete Teo dan diiringi dengan alunan alat muzik cina erhu.Pelukis keturunan Cina iaitu Chuah Thean Teng telah menjadikan corak batik sebagai medium beliau.Sam Karuna adalah pelukis bukan Melayu yang juga menggunakan batik sebagai medium dalam lukisan beliau.

Media perlu bekerja dengan dasar yang betul; ketelusan, akauntabiliti, keadilan dan laporan yang bertanggungjawab.(Datuk Seri Najib Tun Razak, Malam Wartawan 2009)Media dan Kesepaduan SosialPeranan Media, antaranya;Membina kredibiliti/kemakmuran negara.Agen perubahan sosial alat interaksi sosial, politik dan ekonomi.Menyampai maklumat dan mendidik masyarakat.

Klasifikasi Media;

Cetak suratkhabar, majalah, buku, novel dan bahan bertaip yang lain.Elektronik; TV - pengisian program TV ke arah perpaduan sosial. Contoh; melalui kaedah iklan, filem pendek, Upin dan Ipin, Boboiboy, dll.Cabaran;Perkembangan ICT era globalisasi media alternatif mengambil alih fungsi media tradisi; YouTube, Facebook Twitter

Perkongsian Pengamalan Harian BersamaAktiviti perkongsian dengan para pelajar mengenai pengalaman hidup dalam konteks interaksi sosial

KesimpulanRuang mencari kedamaian , keamanan dan keharmonian terbuka luas dalam kepelbagaian .

MENGAPA MENCARI PERPECAHAN