bab 9.3

45
9.3 PENGKATALOGAN 9.3.1 PENGENALAN Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi kepada sesebuah sekolah. Pusat Sumber mengandungi bahan cetak dan bahan bukan cetak. Untuk menggunakan bahan-bahan ini dengan mudah dan berkesan, satu indeks atau senarai bahan perlu disediakan. Indeks atau senarai bahan dalam koleksi perpustakaan atau pusat sumber dikenali sebagai KATALOG. Proses menyediakan katalog ini dipanggil PENGKATALOGAN. 9.3.2 TUJUAN PENGKATALOGAN A. Untuk menyimpan satu rekod yang lengkap tentang koleksi bahan dalam pusat sumber. B. untuk semakan stok dan mengesan semula bahan dalam simpanan. C. untuk memudahkan pencarian bahan mengikut aspek- aspek yang diketahui oleh pengguna. D. untuk membantu dalam pemilihan bahan: a. dari segi format fizikal b. dari segi kandungan c. dari segi edisi 9.3.3 FUNGSI PENGKATALOGAN 1

description

Fail Kuasa PSS

Transcript of bab 9.3

Page 1: bab 9.3

9.3 PENGKATALOGAN

9.3.1 PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi kepada sesebuah sekolah. Pusat

Sumber mengandungi bahan cetak dan bahan bukan cetak. Untuk menggunakan

bahan-bahan ini dengan mudah dan berkesan, satu indeks atau senarai bahan

perlu disediakan. Indeks atau senarai bahan dalam koleksi perpustakaan atau

pusat sumber dikenali sebagai KATALOG. Proses menyediakan katalog ini

dipanggil PENGKATALOGAN.

9.3.2 TUJUAN PENGKATALOGAN

A. Untuk menyimpan satu rekod yang lengkap tentang koleksi bahan

dalam pusat sumber.

B. untuk semakan stok dan mengesan semula bahan dalam simpanan.

C. untuk memudahkan pencarian bahan mengikut aspek-aspek yang

diketahui oleh pengguna.

D. untuk membantu dalam pemilihan bahan:

a. dari segi format fizikal

b. dari segi kandungan

c. dari segi edisi

9.3.3 FUNGSI PENGKATALOGAN

Katalog merupakan direktori atau rekod mengenai semua koleksi Pusat Sumber

bagi membolehkan pengguna mencari bahan dengan mudah dan cepat.

9.3.4 BENTUK, UKURAN DAN WARNA KATALOG

Terdapat pelbagai bentuk katalog, antaranya ialah Kad, Microfis, CD ROM,

Automasi dan sebagainya.

Ukuran katalog sama ada kad atau bentuk lain ialah 3 in. x 5 in. atau

7.6 cm x 12 cm.

1

Page 2: bab 9.3

Warna yang biasa digunakan untuk kad katalog ialah warna putih untuk

buku dan warna merah jambu untuk bukan buku.

9.3.5 JENIS-JENIS ENTRI KATALOG

A. Entri Senarai Rak

a. Merupakan maklumat lengkap bagi sesebuah bahan buku atau

bukan buku sebagai satu rekod stok yang lengkap.

b. Kad rujukan untuk Guru Penyelaras PSS.

c. Disimpan dalam laci katalog yang terletak di pejabat PSS.

d. Disusun mengikut Nombor Perolehan bahan buku atau bukan

buku.

e. Kad Entri Utama di bawah pengarang atau judul sahaja dijadikan

sebagai Kad Senarai Rak.

B. Entri Utama

DI BAWAH PENGARANG

a. Kad utama bagi bahan buku dan bukan buku yang menggunakan

nama pengarang.

b. Nama pengarang dicatat sebagai kad utama.

DI BAWAH JUDUL

a. Nama judul dicatat sebagai kad utama.

b. Menggunakan judul sebagai kad utama jika tiada pengarang atau

lebih dar 3 orang pengarang.

C.Entri Tambahan

a. Kad Tambahan disediakan di bawah:-

Nama pengarang bersama

Nama pihak penanggungjawab

Judul

Siri

b. Kad-kad ini disediakan mengikut urutan daripada maklumat yang

terdapat dalam bahagian ‘Trasing”.

2

Page 3: bab 9.3

D.Entri Perkara

a. Kad perkara disediakan untuk bahan buku dan bukan buku yang

berbentuk bukan fiksyen sahaja.

b. Kad-kad ini disediakan mengikut urutan daripada maklumat yang

terdapat dalam bahagian ‘Trasing”.

c. Buku Senarai Tajuk Perkara digunakan untuk menentukan kad ini.

E. Entri Rujukan

a. Kad-kad entri rujukan disediakan berdasarkan maklumat yang

terdapat pada buku Senarai Tajuk Perkara.

b. Kad rujukan ‘lihat’ dan ‘lihat juga’ merupakan kad arahan supaya

pengguna dapat melihat kad seterusnya seperti yang diarahkan

berikut:-

x - lihat

xx - lihat juga

9.3.6 PENENTUAN ENTRI UTAMA

A. Entri Utama Di Bawah Pengarang

Pengarang perseorangan ialah orang utama yang bertanggungjawab

ke atas kandungan kreatif dan intelektual sesuatu karya.

a. Karya oleh seorang pengarang

i. Entri Utama di bawah nama pengarang.

ii. Entri Tambahan di bawah judul.

Contoh:-

Darmawan Rahman Pelabuhan cinta terakhir / Darmawan Rahman.

I. Judul

3

Page 4: bab 9.3

b. Karya oleh dua orang pengarang

i. Entri Utama di bawah nama pengarang pertama.

ii. Entri Tambahan di bawah pengarang kedua dan judul.

Contoh:-

Munir Ali Puteri Indera Bayu / Munir Ali dan Omar Din.

I. Omar Din II. Judul

c. Karya oleh tiga orang pengarang perseorangan

i. Entri Utama di bawah nama pengarang pertama.

ii. Entri Tambahan di bawah pengarang kedua dan ketiga serta

judul.

Contoh:-

Bentsy, Li Prinsip Akaun SPM / Betsy Li, Tan Sai Kim dan Goh Ling Chin.

I. Tan, Sai Kim II. Goh, Ling Chin III. Judul

d. Karya hasil terjemahan

i. Entri Utama di bawah nama pengarang perseorangan yang

asal.

ii. Sekiranya pengarang asal tidak dapat dikenalpasti, Entri

Utama di bawah judul.

iii. Entri Tambahan di bawah penterjemah,.

4

Page 5: bab 9.3

Contoh:-

Mc Gregor, Douglas Aspek kemanusiaan dalam perusahaan / Douglas Mc

Gregor ; diterjemahkan oleh Hassan Ali

I. Hassan Ali II. Judul

e. Karya Semakan

i. Karya yang disemak semula, diringkas, ditokok tambah,

dipadat dan dikemaskinikan.

ii. Entri Utama di bawah nama pengarang yang asal.

iii. Entri Tambahan di bawah kenyataan Pihak

Penanggungjawab..

Contoh:-

Fowler, H.W. A dictionary of modern English usage / by H.W. Fowler. 2nd ed. / revised by Sir Ernest Gowers.

I. Gowers, Earnest, Sir. II. Judul

f. Karya dipadankan

i. Karya yang ditulis semula dalam bentuk sastera lain, ditulis

semula atau disesuaikan untuk kanak-kanak.

ii. Entri Utama di bawah nama Pihak Penanggungjawab.

iii. Entri Tambahan hendaklah disediakan di bawah judul.

Contoh:-

Sulton, Felix

5

Page 6: bab 9.3

Adventure of Tom Sawyer / by Mark Twain ; rewritten for young readers by Felix Suton

I. Twain, Mark II. Judul

g. Karya hasil kerjasama antara Pengarang dan Pelukis

i. Karya yang ditulis semula dalam bentuk sastera lain, ditulis

semula atau disesuaikan untuk kanak-kanak.

ii. Entri Utama di bawah nama Pihak Penanggungjawab.

iii. Entri Tambahan hendaklah disediakan di bawah judul.

Contoh:-

Sulton, Felix Adventure of Tom Sawyer / by Mark Twain ; rewritten for young readers by Felix Suton

I. Twain, Mark II. Judul

9.3.7 PERATURAN MENULIS NAMA PENGARANG

Berikut adalah cara menulis nama-nama Pengarang mengikut peraturan

katalog, iaitu AACR:-

A. Nama Orang Barat

a. Rekodkan nama orang Barat di bawah keluarganya dahulu diikuti

dengan tanda koma dan nama sendiri.

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Roger Mills Mills, Roger

ii. J.E. Kane Kane, J.E.

iii Mary Russel Vick Vick, Mary Russel

6

Page 7: bab 9.3

b. Nama yang ada tanda sengkang

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Cecil Day - Lewis Day - Lewis, Cecil

ii. Jan Krok - Paszkowsi Krok – Paszkowsi,Jan

c. Nama dengan kata awalan

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Walter de la Mare De la Mare,Walter

d. Nama dengan gelaran British seperti Sir, Dame Lord dan Lady.

Rekodkan nama keluarga dahulu diikuti dengan tanda koma,

gelaran dan nama diri. Gariskan gelaran.

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Sir Frank Sweetenham Sweetenham, Sir Frank

ii. Sir Stamford Raffles Raffles, Sir Stamford

B. Nama Orang Melayu

a. Rekodkan nama Melayu di bawah unsur pertama nama itu.

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Nik Aziz Nik Samad Nik Aziz Nik Samad

ii. A. Samad Said A. Samad Said

iii. Ismail b. Bachik Ismail b. Bachik

iv.Noor Azlina Tunas Noor Azlina Tunas

b. Nama dan gelaran. Rekodkan nama dahulu diikuti dengan

gelaran. Gariskan gelaran.

7

Page 8: bab 9.3

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Haji Ali bin Akhbar Ali bin Akhbar, Haji

ii. Tan Sri Dahlan Yusof Dahlan Yusof, Tan Sri

iii. Tengku Anuar Tengku Din Anuar Tengku Din,Tengku

C. Nama Orang Indonesia

a. Jika nama Indonesia ada perkataan yang menunjukkan pertalian

ibubapa seperti bin,binti, ibn, maka direkodkan nama itu di bawah

unsur pertamanya.

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Abdullah bin Nuh Abdullah bin Nuh

c. Jika nama Indonesia itu mempunyai lebih dari satu unsur dan

tidak ada perkataan yang menunjukkan pertalian ibubapa,

rekodkan nama itu di bawah unsur akhirnya.

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Dr. Mohamamad Hatta Mohamad Hatta, Dr.

ii. B.J.Habibie Habibie, B.J.

d. Rekodkan di bawah unsur pertama jika nama Indonesia itu

bermula dengan salah satu dari unsur-unsur seperti Adi, Sudi,

Sastra , Sri Suma, Suria dan Tri.

8

Page 9: bab 9.3

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Adi Waskito Adi Waskito

ii. Alan Budi Kasuma Alan Budi Kasuma

D. Nama Orang India

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. M. Amutha Amutha, M.

ii. Rabindranath Tagore Rabindranath Tagore

iii. Tan Sri V.Manicka Vasagam Manicka Vasagam,V.,Tan Sri.

iv. Dr. C. Baranitharan Baranitharan, C., Dr.

v. Steven Raj Raj, Steven

E. Nama Orang Cina

a. Rekodkan nama Cina di bawah nama keluarganya, iaitu unsur

pertama.

Contoh:

Nama Direkodkan sebagai

i. Tan Cheng Lek Tan, Cheng Lek

ii. Tun H.S. Lee Lee, H.S., Tun.

iii. Yap Lay Choo Yap, Lay Choo

b. Jika nama Cina didahului dengan unsur nama Kristian, rekodkan

di bawah nama keluarganya dulu, diikuti dengan tanda koma,

nama Kristian dan unsur lain.

Contoh:

9

Page 10: bab 9.3

Nama Direkodkan sebagai

i. Francis Wong Hoy Kee Wong, Francis Hoi Kee

ii. Virginia Ng Teng Kin Ng, Virginia Teng Kim

iii. Aloysius Ooi Ooi, Aloysius

iv. Peter Lim Lim, Peter

9.3.8 ENTRI UTAMA DI BAWAH NAMA BADAN BERGABUNG (SELEMBAGA)

Badan Bergabung (Selembaga) ialah satu organisasi atau kumpulan

orang yang mempunyai satu nama dan mungkin bertindak sebagai satu

badan.

Kerajaan (Persekutuan / Tempatan)

Agensi-agensi Kerajaan

Persatuan

Institusi

Agensi Antarabangsa

Persidangan

Pameran

Pertunjukan

Contoh:-

Malaysia, Bank Pertanian. Laporan pertanian.

Malaysia. Labour Law.

Malaysia. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Peristilahan ilmu

perpustakaan dan dokumentasi.

Seminar Bengkel Kemudahan Memperoleh Penerbitan Di peringkat

Kebangsaan (1987 : Kuala Lumpur)

9.3.9 ENTRI UTAMA DI BAWAH JUDUL

10

Page 11: bab 9.3

Entri Utama di bawah judul ditetapkan berdasarkan keadaan-keadaan

berikut:-

Pengarangnya tidak diketahui dan tiada badan bergabung

(selembaga) yang bertanggungjawab.

Karya yang ditulis oleh lebih daripada tida orang pengarang dan tiada

di antara mereka adalah pengarang utama.

Satu koleksi karya atau satu karya dihasilkan di bawah sidang

pengarang dan mempunyai satu judul kolektif.

Kitab suci

9.3.10 JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM REKOD KATALOG

A. Tajuk

a. Pengarang atau orang lain atau nama badan bergabung

(selembaga) yang dipilih sebagai entri utama.

b. Judul, jika yang di atas tidak dipilih.

B Deskripsi

a. Judul dan Kenyataan Pihak Penanggungjawab

Judul benar termasuk judul pilihan jika ada.

Judul selari dan judul-judul kecil

Petunjuk Media (bahan bukan buku sahaja)

Kenyataan Pihak Penanggungjawab

C Kenyataan Edisi

a. Kenyataan edisi (nama, nombor atau kedudukannya).

D Butiran Khusus Bahan (atau jenis penerbitan)

11

Page 12: bab 9.3

Untuk bahan-bahan kartografi, terbitan bersiri, muzik, bahan mikro,

fail-fail komputer dan sebagainya.

a. Penerbitan

i. Tempat Penerbitan, pengedaran dll.

ii. Nama Penerbit, Pengedar dll.

iii. Tahun hak cipta.

b. Huraian Fizikal Bahan

i. Keluasan bahan (ms., discs, frame)

ii. Butiran fizikal yang lain (ilustrasi, had laju)

iii. Dimensi (tinggi, lebar)

iv. Bahan yang disertakan (panduan guru, peta)

c. Kenyataan Siri

i. Judul benar, selari, judul kecil

ii. Kenyataan Pihak penanggungjawab dengan siri

iii. Nombor ISBN

iv. Nombor ISSN

d. Nota

i. Maklumat tambahan mengenai bahan yang dikatalog yang

dikira penting.

e. Nombor Standard dan Syarat Perolehan

i. Nombor Standard (ISBN, ISSN)

ii. Syarat Perolehan (harga, peruntukan kewangan)

9.3.11 KATALOG BUKU

A. JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM KAD ENTRI UTAMA

12

Page 13: bab 9.3

a. Nombor panggilan

745 - Nombor Pengelasan (SPPD)

AHM - Tiga huruf awal tajuk entri utama

(iaitu sama ada Pengarang atau Judul)

b. Judul

i. Judul Sebenar

Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat

pada sumber maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa

mengikut tanda bacaan dan cetakan huruf.

Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf kecil

lainnya kecuali ‘NAMA KHAS’.

Contoh 1:

Judul Direkodkan sebagai

Guru Dan Perguruan Guru dan perguruan

Contoh 2 :

Judul Direkodkan sebagai

Waktu & Kejayaan Waktu & kejayaan

ii. Judul Selari

Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul

tersebut terdapat di dalam dua bahasa atau lebih dan satu

lagi judul sebagai judul selari.

Contoh:

AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580) &

COUNSELLORS ACT 1998 (ACT 580)

Direkodkan sebagai:

13

Page 14: bab 9.3

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) = Counsellors Act 1998 (Act

580)

c. Maklumat lain mengenai judul

i. Maklumat lain mengenai judul

Contoh:

PENGKATALOGAN BAHAN BUKAN BUKU

Panduan untuk Pusat Sumber Sekolah

Direkodkan sebagai:

Pengkatalogan bahan bukan buku : panduan untuk pusat

sumber sekolah

d. Judul yang sangat panjang

Contoh:

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat Kegiatan Guru

Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan Tahun

1993 – 1997

Direkodkan sebagai:

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat...

(ringkas dan tidak meninggalkan idea utama)

e. Kenyataan Pihak Penanggungjawab

Contoh:

KATALOG MENGKATALOG UNTUK PERPUSTAKAAN

SEKOLAH

Atma Singh

disunting dan diterjemahkan oleh Wong Kim Siong

14

Page 15: bab 9.3

Direkodkan sebagai:

Katalog mengkatalog untuk perpustakaan sekolah /

Atma Singh ; disunting dan diterjemahkan oleh Wong Kim

Siong

f. Kenyataan Edisi

a. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada buku.

b. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan.

Contoh:

Edisi Kedua

Third Edition

Direkodkan sebagai:

Ed. Ke2

3rd ed.

g. Maklumat Imprin:

Tempat penerbitan

Nama Penerbit

Tarikh Penerbitan

Contoh 1:

Petaling Jaya

Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd.

c1999

Direkodkan sebagai:

15

Page 16: bab 9.3

Petaling Jaya : Fajar Bakti, c1999.

Contoh 2:

(tidak dinyatakan tempat penerbitan)

Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd.

c1998

Direkodkan sebagai:

[T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c1998.

Contoh 3:

Kuala Lumpur

(tidak dinyatakan nama penerbit)

c1993

Direkodkan sebagai:

Kuala Lumpur : [T.N.P.], c1993.

Contoh 4:

Melaka

Penerbitan Kota

(tidak dinyatakan tarikh penerbitan)

Direkodkan sebagai:

Melaka : Penerbitan Kota, [t.t.].

h. Huraian fizikal

Muka surat Roman, Muka surat Rumi ; Kenyataan ilustrasi

16

Page 17: bab 9.3

Contoh 1:

Muka surat Roman : vii

Muka surat Rumi : 128

Ilustrasi : ada

Direkodkan sebagai:

vii, 128 ms. : ill.

Contoh 2:

Muka surat Roman : xi

Muka surat Rumi : 128

Ilustrasi : tiada

Direkodkan sebagai:

xi, 128 ms.

Contoh 3:

Muka surat Roman : tiada

Muka surat Rumi : 128

Ilustrasi : ada

Direkodkan sebagai:

128 ms. : ill.

i. Kenyataan Siri

17

Page 18: bab 9.3

Direkodkan dalam kurungan bulat

Contoh:

SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI

Direkodkan sebagai:

(Siri Pendidikan Fajar Bakti)

j. Nota

i. Memberi maklumat tambahan mengenai buku berkenaan.

ii. Menunjukkan kandungan sesuatu buku.

iii. Menunjukkan bilangan buku atau saiz.

iv. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah

maksima.

k. ISBN

Ia merupakan International Standard Book Number.

Jika terdapat pada buku berkenaan, rekodkan seperti

berikut:

ISBN 967 933 024 9.

ISBN 967-89-0927-8.

l. ISSN

Singkatan bagi ‘ International Standard Serial Number’

ISSN digunakan sekiranya buku dibeli dalam set lengkap.

m. Trasing

Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu.

18

Page 19: bab 9.3

Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI

PERKARA dan ENTRI TAMBAHAN.

Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKAR dan direkod

dalam huruf besar

Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN di bawah

pengarang, judul, siri.

Contoh 1 (untuk buku fiksyen):

I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri

Contoh 2 (untuk buku bukan fiksyen):

1. SAINS PERPUSTAKAAN I. Wong, Kim Siong. II.

Judul III. Siri

9.3.12 KATALOG BAHAN BUKAN BUKU

A. JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM KAD ENTRI UTAMA

a. Nombor panggilan

FJ - Petunjuk media

745 - Nombor Pengelasan (SPPD)

FIZ - Tiga huruf awal tajuk entri utama (iaitu sama ada

Pengarang atau Judul)

b. Judul

i. Judul Sebenar

Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat

pada sumber maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa

mengikut tanda bacaan dan cetakan huruf.

Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf kecil

lainnya kecuali ‘NAMA KHAS’.

19

Page 20: bab 9.3

Contoh 1:

Scan – Glob A / S

Direkodkan sebagai:

Scan – Glob A / S

Contoh 2:

Masyarakat Sihat Negara Maju

Direkodkan sebagai:

Masyarakat sihat negara maju

ii. Judul Selari

Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul

tersebut terdapat di dalam dua bahasa atau lebih dan satu

lagi judul sebagai judul selari.

Contoh:

KAYU

Struktur sifat dan penggunaan

Direkodkan sebagai:

Kayu [ carta ] : struktur sifat dan penggunaan

c. Maklumat lain mengenai judul

i. Maklumat lain mengenai judul

20

Page 21: bab 9.3

Contoh:

KATALOG PERPUSTAKAAN

Jenis-jenis entri

Direkodkan sebagai:

Katalog perpustakaan [ Slaid ] : jenis-jenis entri

ii. Judul yang sangat panjang

Contoh:

Ahmad Zamani mempersembahkan rangkaian lagu-lagu di

Hari Penyampaian Sijil

Direkodkan sebagai:

Ahmad Zamani mempersembahkan lagu-lagu …

(ringkas dan tidak meninggalkan idea utama)

iii. Tiada judul

Tulis judul deskriptif dalam kurungan siku

Contoh:

Terdapat 12 keping peta dengan judul masing-masing

dalam sebuah kotak tetapi tiada satu judul kolektif

untuk kesemua 12 keping peta tersebut. Tiap-tiap

satu peta menunjukkan ibu negeri masing-masing di

Malaysia seperti Alor Star, Ipoh …

Direkodkan sebagai:

21

Page 22: bab 9.3

[Ibu-ibu negeri di Malaysia]

d. Nama Petunjuk Media

Direkod dalam kurungan siku dalam Bahasa Melayu

Contoh:

[ Slaid ], [ Carta ], [ Video ]

e. Kenyataan Pihak Penanggungjawab

Contoh:

PANDUAN IBADAH

Teori dan Pratikal

oleh

Ustaz Md. Tahir bin Md. Yusof

Direkodkan sebagai:

Panduan Ibadah [ Pita Audio ]: teori dan pratikal / Ustaz Md.

Tahir bin Md. Yusof

f. Kenyataan Edisi

a. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada bahan.

b. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan.

Contoh:

Edisi Kedua

Third Edition

Direkodkan sebagai:

22

Page 23: bab 9.3

Ed. Ke2

3rd ed.

g. Maklumat Imprin:

Tempat penerbitan

Nama Penerbit

Tarikh Penerbitan

Contoh 1:

Petaling Jaya

Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd.

c1999

Direkodkan sebagai:

Petaling Jaya : Fajar Bakti, c1999.

Contoh 2:

(tidak dinyatakan tempat penerbitan)

Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd.

c1998

Direkodkan sebagai:

[T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c1998.

Contoh 3:

Kuala Lumpur

(tidak dinyatakan nama penerbit)

c1993

Direkodkan sebagai:

Kuala Lumpur : [T.N.P.], c1993.

23

Page 24: bab 9.3

Contoh 4:

Melaka

Penerbitan Kota

(tidak dinyatakan tarikh penerbitan)

Direkodkan sebagai:

Melaka : Penerbitan Kota, [t.t.].

h. Huraian fizikal

i. Bahan : Carta, Lukisan, Gambar, Poster, Slaid,

Transparensi.

Huraian : Jumlah : hp/bwn.: saiz

Contoh :

CARTA :

C

381

JAD Jadual pertukaran metrik untuk perniagaan

Emas [ Carta ]: metric conversion table

for gold trade. Kuala Lumpur : Kementerian

Perdagangan dan Perindusterian, 1975.

1 : bwn.: 77 X 51cm.

LUKISAN :

24

Page 25: bab 9.3

L

759

JOH Johnson, Jeanette

Mother earth [ Lukisan ]: in the bosom of

Mother radiates the life energy of the sun /

Jeanette Johnson.

1 : pasir atas kayu ;bwn. : 33 X 18cm.

ii. Bahan : Rakaman bersuara

Huraian :Kaset-Jumlah:masapermainan :mono/stereo

Katrij - Jumlah : masa permainan :mono/stereo

P.Hitam- Jumlah : kelajuan : mono/ stereo

Contoh:

Pita Video:

VK

750

DIA Diamond, Neil

I am glad that you are here with me[Pita Video]/

Neil Diamond. Ultrecht : Vestron, 1987.

1 : 45 min. : stereo.

Piring Hitam :

25

Page 26: bab 9.3

PH

784

USM Usman Awang

Uda dan dara [ Piring Hitam ]: dalam lagu dan

Suara / Karya dan lirik oleh Usman Awang : cipta

lagu dan gubahan oleh Basil Jayatilaka. Kuala

Lumpur : Kementerian Kebudayaan dan Sukan, 199?.

1 : 33 1/3 psm : stereo.

iii. Bahan : Glob, Peta

Huraian : Skala. Jumlah : hp/bwn. : saiz

Contoh:

Glob:

G

912

TOL Tolman, Le Roy M

World nation series[ Glob ]/ Le Roy M Tolman.

Skala 1:31,363,000. Meredith Corporation,

1987.

1:bwn.

Peta:

P

912

MAL Malacca [Peta] / prepared under the direction of

The Surveyor General Malaya. Skala 1:63,360.

Kuala Lumpur: Surveyor General,Federation of

Malaya, 1961.

1:bwn.:89 X 64cm.

i. Kenyataan bahan yang disertakan

Contoh:

26

Page 27: bab 9.3

Satu set carta disertakan dengan buku panduan guru dan buku

kerja murid.

Direkodkan:

1:bwn. + 1 buku panduan guru + 1 buku kerja murid

j. Kenyataan Siri

Direkodkan dalam kurungan bulat

Contoh:

SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI

Direkodkan sebagai:

(Siri Pendidikan Fajar Bakti)

k. Nota

i. Memberi maklumat tambahan mengenai bahan berkenaan.

ii. Menunjukkan kandungan sesuatu bahan.

iii. Menunjukkan bilangan bahan atau saiz.

iv. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah

maksima.

l. Trasing

Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu.

Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI

PERKARA dan ENTRI TAMBAHAN.

Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKARA dan direkod

menggunakan huruf besar.

Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN di bawah

pengarang, judul dan sir

27

Page 28: bab 9.3

Contoh 1

I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri

Contoh 2

1. SAINS PERPUSTAKAAN I. Wong, Kim Siong. II. Judul

III. Siri

B. Contoh penyediaan kad katalog bukan buku

a. Bahan yang mempunyai pengarang

i. Entri utama di bawah pengarang

FJ

915

CRO Crossfield,L

The physical geography [Filem Jalur]/L,

Crossfield. London : Hulton Educational

Publications, 1987.

1(46 fr):bwn.+1 buku panduan.(MCE series)

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung.

1.MALAYSIA-GEOGRAFI FIZIKAL i.Judul

ii.Siri

ii. Entri tambahan di bawah judul

FJ

915 The physical geography

28

Page 29: bab 9.3

CRO Crossfield, L

The physical geography[ Filem Jalur]/ L,

Crossfield. London : Hulton Educational

Publications, 1987.

1(46 fr):bwn.+1 buku panduan.(MCE series)

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung.

iii. Entri tambahan di bawah perkara

FJ

915 MALAYSIA-GEOGRAFI FIZIKAL

CRO Crossfield, L

The physical geography[ Filem Jalur]/ L,

Crossfield. London : Hulton Educational

Publications, 1987.

1(46 fr):bwn.+ 1 buku panduan.(MCE series)

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung

iv. Entri tambahan di bawah siri

FJ

915 MCE series

CRO Crossfield, L

The physical geography[Filem Jalur] / L,

Crossfield. London : Hulton Educational

Publications, 1987.

1(46 fr):bwn.+1 buku panduan.(MCE series)

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung.

b. Bahan yang tiada mempunyai pengarang atau lebih dari 3

orang pengarang

i. Entri utama di bawah judul

29

Page 30: bab 9.3

S

500

HOW How tiny creatures living in water[Slaid].

Tokyo : Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.

12:. (Elementary School Science)Kandungan: Water made green by plants-

bwn Means of observation-Tiny water plants-

How to collect water plants.

1.RUMPAI AIR i. Siri

ii. Entri tambahan di bawah perkara

S

500 RUMPAI AIR

HOW How tiny creatures living in water[Slaid].

Tokyo : Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.

12 : bwn. (Elemantary School Science)

Kandungan: Water made green by plants-

Means of observation-Tiny water plants-

How to collect water plants.

iii. Entri tambahan di bawah siri

S

500 Elementary School Science

HOW How tiny creatures living in water [Slaid ].

Tokyo : Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.

12 : bwn. (Elementary School Science)

Kandungan : Water made green by plants-

Means of observation-Tiny water plants-

How to collect water plants.

9.3.13 Panduan memfail kad katalog

A. Susunan berabjad

- susun semua entri menurut urutan abjad

30

Page 31: bab 9.3

B. Perkataan demi perkataan

- fail menurut abjad berdasarkan perkataan demi perkataan.

Contoh:

- I met a man

- Image books

- Image of America

- In the days of giants

- In unknown world

C. Tanda baca

- pemberian tanda baca tidak diambil kira.

Contoh:

- Hand action games

- Hand – ball

- Hand – book

- Hand in hand

D. Kata sandang awal

- perkataan “A”, “The”, “de” tidak diambil kira.

Contoh:

The man in black

Ditulis:

Man in black

E. Kependekan

- kependekan seperti “St”, “Dr”, dan “Mc” difailkan seperti

dieja dengan penuh.

31

Page 32: bab 9.3

Contoh:

- Saint

- Doctor

F. Akronim

- akronim dikira sebagai satu perkataan jika tidak diselangi

dengan noktah

Contoh:

- U.N.E.S.C.O.

- Unemployment

- UNESCO handbook

G. Angka-angka

Contoh:

- 2 budak nakal

- 2 little Indians

Seperti dieja :

- Dua budak nakal

- Two little Indians

H. Banyak judul

- sekiranya terdapat banyak buku ditulis oleh seorang

pengarang susun ikut judul buku secara abjad.

9.3.14 RUJUKAN:

A. Atma Singh, Pengkatalogan bahan bukan buku. Kuala Lumpur :

Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1992.

32

Page 33: bab 9.3

B. Faridah Abdul Manaff, Pusat sumber perpustakaan sekolah : kaedah

dan kegunaan. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn.

Bhd.,1988.

C. Salmah Haji Salleh, “ Deskripsi bahan-bahan perpustakaan”.

33