BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian...

6
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang sama ada cergas atau tidak. Ujian kecergasan yang digunakan oleh negara ini adalah berbeza dengan negara lain. Contohnya, di Amerika Syarikat, terdapat ujian yang dipanggil AAHPER Youth Fitness Test. Pada tahun 1957, ujian ini mengandungi aktiviti mendagu, bangun tubi, 40-yard shuttle run, 50-yard dash, 600-yard run-walk, standing broad jump dan membaling sofball. Pada 1965, ujian flexed arm hang menggantikan mendagu. Pada 1975, balingan sofball dibatalkan dan flexed leg sit-up menggantikan straight leg sit-up. Di California, mereka melakukan 7 ujian, iaitu lompat jauh berdiri, bangun tubi membengkokkan lutut, side step, chair push-up, mendagu dan jog-walk. (Baumgartner, 1999) Di Canada pula, terdapat satu ujian yang dipanggil Canada Fitness Award. Ujian ini mengandungi enam aktiviti, iaitu 50-yard run, speed sit-up, flexed arm hang, shuttle run, lompat jauh berdiri dan 300-yard run. (Baumgartner, 1999) Di Texas, terdapat ujian yang dinamakan Texas Physical Fitness-Motor Ability Test. Ujian ini mengandungi chin up, dip, 90-second flexed arm hang, two-minute bent leg sit up, 12-minute run/walk for distance or 1.5-mile run for time for grades seven through 12, nine-minute run/walk or one-mile run for time for grade four through six, 50-yard dash for time or eight-second run for distance, 15-second shuttle run for

Transcript of BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian...

Page 1: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang ... Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ujian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang

sama ada cergas atau tidak. Ujian kecergasan yang digunakan oleh negara ini adalah

berbeza dengan negara lain. Contohnya, di Amerika Syarikat, terdapat ujian yang

dipanggil AAHPER Youth Fitness Test. Pada tahun 1957, ujian ini mengandungi

aktiviti mendagu, bangun tubi, 40-yard shuttle run, 50-yard dash, 600-yard run-walk,

standing broad jump dan membaling sofball. Pada 1965, ujian flexed arm hang

menggantikan mendagu. Pada 1975, balingan sofball dibatalkan dan flexed leg sit-up

menggantikan straight leg sit-up. Di California, mereka melakukan 7 ujian, iaitu lompat

jauh berdiri, bangun tubi membengkokkan lutut, side step, chair push-up, mendagu dan

jog-walk. (Baumgartner, 1999)

Di Canada pula, terdapat satu ujian yang dipanggil Canada Fitness Award. Ujian

ini mengandungi enam aktiviti, iaitu 50-yard run, speed sit-up, flexed arm hang, shuttle

run, lompat jauh berdiri dan 300-yard run. (Baumgartner, 1999)

Di Texas, terdapat ujian yang dinamakan Texas Physical Fitness-Motor Ability

Test. Ujian ini mengandungi chin up, dip, 90-second flexed arm hang, two-minute bent

leg sit up, 12-minute run/walk for distance or 1.5-mile run for time for grades seven

through 12, nine-minute run/walk or one-mile run for time for grade four through six,

50-yard dash for time or eight-second run for distance, 15-second shuttle run for

Page 2: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang ... Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua

distance or the zig-zag run for time, vertical jump dan standing broad jump.

(Baumgartner, 1999)

Selain itu, pasukan beruniform seperti askar, tentera dan polis juga mempunyai

ujian kecergasan mereka sendiri. Sebagai contoh, tentera udara menjalankan Ujian

Kecergasan Fizikal Tentera Udara atau Army Air Force Physical Fitness Test (AAF

test). Ujian ini mengandungi aktiviti seperti 360-yard run, chinning, dipping, sit up, leg

lift, floor push up, vertical jump, three standing broad jump, shuttle run, 60-yard dash,

Cozen’s dodge run, baseball throw for distance and accuracy dan direction change.

Tentera laut pula mempunyai Navy Standard Physical Fitness Test. Mereka

menjalankan ujian squat thrusts, sit up, push up, squat jumps dan pull up. Tentera darat

menjalankan Army Physical Efficiency Test yang mengandungi ujian pull up, squat

jump, push up, sit up dan 300-yard run. (Miller, 2002)

Di Malaysia, perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan

kewujudan ujian kecergasan. Kerajaan Malaysia telah membuat satu rancangan

“Malaysia Cergas” pada tahun 1985 untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang cergas,

sihat dan produktif. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Di Malaysia, terdapat satu ujian yang dipanggil UDTA(Ujian Daya Tahan

Asas). Ujian itu mengandungi aktiviti bangun tubi, tekan tubi, jangkauan melunjur dan

lari 1500 m. Namun begitu, mamandangkan negara kita sedang menuju ke arah

melahirkan atlit yang bertaraf antarabangsa, satu ujian yang lebih mantap dan sempurna

diwujudkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ujian tersebut ialah Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) merupakan satu ujian yang

menguji tahap kecergasan seseorang dalam beberapa aspek, iaitu komposisi badan,

Page 3: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang ... Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua

kekuatan otot abdomen, kekuatan otot lengan, kepantasan berlari, kebolehan melompat,

kelenturan dan daya tahan kardiovaskular. Ini merangkumi beberapa ujian seperti

komposisi badan, bangun tubi bervariasi, tekan tubi, lari ulang alik 4x10m, lompat jauh

berdiri, duduk jangkauan, lari 2.4 km, jalan 4.8 km, berenang dan mengayuh basikal.

Setiap ujian tersebut amat sesuai untuk menguji kecergasan seseorang.

Untuk melakukan ujian-ujian tersebut, perkara yang penting ialah ujian yang

dilakukan mesti mengikut protokol dan prosedur yang betul. Prosedur dan teknik ujian

hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, mengambil kira peralatan dan

tempat ujian dijalankan. Dengan itu, ujian-ujian tersebut baru boleh dijadikan sebagai

bahan rujukan atau bukti yang menunjukkan tahap kecergasan seseorang.

Teng Boon Tong (1995) berpendapat kecergasan fizikal sebagai satu kaedah di

mana seseorang itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya

tanpa berasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping

itu, seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.

Falls (1980) dalam Johnson dan Nelson (1986) mendefinisikan kecergasan

fizikal sebagai kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan

fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari

ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,

kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula

merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan

dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, berkemahiran dan

sebagainya.

Dalam tahun 1996, Laporan Statistik Utama Malaysia (NutriWEB Malaysia, 18-

5-2001) menunjukkan bahawa 26% kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan

sakit jantung dan penyakit yang berkaitan peredaran darah. Keadaan ini bertambah

buruk dalam tahun1997 kerana 75% kes masuk hospital kerajaan adalah berkaitan

Page 4: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang ... Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua

dengan penyakit tersebut. Secara amnya kematian sakit jantung di dalam dunia ialah

satu daripada empat kematian yang dilaporkan.

Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan

fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan

motor. Terdapat lima aspek dalam komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan

komposisi tubuh badan manakala kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor

terdapat lima aspek iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas

dan kelajuan.

Kecergasan jasmani adalah khusus kepada setiap individu. Ini bererti tahap

kecergasan yang diperlukan oleh setiap orang adalah berbeza dan bergantung kepada

pekerjaan dan gaya hidup seseorang. Tahap kecergasan yang diperlukan oleh seorang

ahli sukan profesional adalah lebih tinggi daripada tahap kecergasan seorang kerani

pejabat. Kanak-kanak sekolah yang mempunyai tahap kecergasan selaras dengan

peringkat umurnya akan menikmati kehidupan yang lebih seronok dan sihat berbanding

dengan mereka yang kurang cergas. Mereka yang cergas akan berkeupayaan dan

berpeluang melibatkan diri secara aktif dengan perlakuan yang lebih cekap dalam

kegiatan masa lapang, misalnya permainan dan sukan. Juga mereka akan pulih dari

kerja yang berat dengan cepat.(Mah, 1997)

Semoga dengan adanya cara-cara mengukur komponen-komponen kecergasan,

minat terhadap kecergasan untuk kesihatan diri yang optimum dapat dikekalkan.

Page 5: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang ... Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua

1.2 Latar Belakang Masalah

Cara lama untuk melakukan ujian-ujian tersebut ialah menggunakan alat ukur

yang bukan digital, memerlukan seorang yang lain untuk membantu mengira dan

seorang untuk mencatat bacaan yang dicatat, memakan masa yang banyak dan ruang

yang agak besar dan dilakukan di outdoor yang akan dipengaruh oleh cuaca untuk

menjalankan ujian. Oleh itu, pengkaji mempunyai satu idea, iaitu mencipta suatu alat

digital yang menggunakan bahan elektronik untuk mengira dan mencatat bacaan. Ini

bukan sahaja memberi bacaan yang tepat tetapi juga membolehkan seseorang menguji

tahap kecergasannya tanpa bantuan orang lain. Selain itu, ujian tersebut dapat dilakukan

dalam bilik dan ini membolehkan seseorang itu melakukan ujian pada bila-bila masa

tanpa menghiraukan keadaan cuaca.

Selain itu, sekolah-sekolah tidak mempunyai alatan sukan yang canggih dan

sempurna. Peralatan yang didadati di sekolah sudah lama dan ketinggalan zaman. Ada

juga peralatan yang sudah rosak dan tidak selamat digunakan. Oleh itu, pengkaji ingin

mereka cipta satu alat yang boleh membantu sekolah untuk meningkatkan mutu sukan

sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengkaji dan kawan-kawan pengkaji ingin mencipta alat untuk menjalankan

ujian UKJK. Terdapat banyak ujian dalam UKJK tetapi ujian yang paling menarik minat

pengkaji ialah ujian bangun tubi. Ini kerana pengkaji melihat terdapat banyak orang

sekarang menghadapi masalah perut buncit. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tentang

keberkesanan bangun tubi untuk membantu seseorang menghilangkan perut buncit.

Selain itu, terdapat banyak produk peralatan sukan yang dikeluarkan oleh

syarikat-syarikat swasta di pasaran. Namun begitu, produk tersebut berharga beribu-ribu

Page 6: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileUjian kecergasan adalah satu ujian yang digunakan untuk menguji seseorang ... Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua

ringgit. Sekolah tidak mampu untuk membeli peralatan tersebut. Oleh itu, pengkaji ingin

mereka cipta satu peralatan yang berkesan, canggih, ringan, selamat digunakan, sesuai

untuk pelajar dan harga yang murah.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Melihat keberkesanan alat ciptaan dalam menguji kekuatan otot abdomen para

pelajar.

1.4.2 Mendapat maklum balas mengenai alat ini daripada mereka yang mengetahui,

melihat, meneliti dan menggunakan alat ini.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, kajian ini ingin menjawab 2 soalan

iaitu:

1.5.1 Sejauhmana keberkesanan alat yang dicipta dalam menguji kekuatan otot

abdomen para pelajar.?

1.5.1 Apakah persepsi pengguna iaitu pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor terhadap alat ini?