KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

29
KONSEP DAN DEFINISI KECERGASAN Ahli Kumpulan: 1) Changgai anak Chaing 2) Nancy anak Barang 3) Martin anak Sandin

Transcript of KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

Page 1: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KONSEP DAN DEFINISI

KECERGASAN

Ahli Kumpulan: 1) Changgai anak

Chaing2) Nancy anak Barang3) Martin anak Sandin

Page 2: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

PENGENALAN Perkataan kecergasan atau fitness

berkaitan rapat dengan sukan. Kecergasan mempunyai makna yang

pelbagai kepada orang ramai. Jurulatih sukan seharusnya

memahami konsep kecergasan kerana kecergasan adalah kunci kepada kejayaan atlet.

Kecergasan biasanya mempengaruhi kemahiran, keyakinan dan prestasi keseluruhan atlet.

Page 3: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KONSEP KECERGASAN MENYELURUH (TOTAL FITNESS)Menurut Haji Gapor Ahmad (2007).. Kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan

melakukan sesuatu dengan sempurna. Melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan

sosiologikal. Kecergasan secara total boleh digambarkan

sebagai keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta mampu memberi sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik.

Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Setiap satu saling bantu-membantu. Jika satu terganggu maka yang lain akan terjejas dan prestasi individu berkenaan akan mendapat kesan.

Page 4: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KONSEP KECERGASAN MENYELURUH(a) Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

(b) Kecergasan MentalKecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

Page 5: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KONSEP KECERGASAN MENYELURUH(c) Kecergasan Sosial

Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapatmeningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

(d) Kecergasan EmosiKecergasaan emosi adalah keupayaan individumenangani kehidupan harian serta perasaan kendirisecara membina, proaktif, dan optimistik.

(e) Kecergasan RohaniKecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

Page 6: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KONSEP KECERGASAN MENYELURUH

KECERGASAN (FITNESS)

SOSIAL

MENTAL

FIZIKAL

EMOSI

ROHANI

BERLANDASKAN

KESIHATAN

BERLANDASKAN

PERLAKUAN

Page 7: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KONSEP KECERGASAN FIZIKAL Adalah keupayaan menjalankan “tugas” harian

tanpa berasa cepat lesu dan masih bertenaga untuk berekreasi serta boleh bertindak pantas bagi menangani kecemasan.

Melibatkan fungsi pergerakan anggota dan organ tubuh badan. Jika seseorang itu cergas secara fizikal, badannya akan berfungsi dengan efisien menjalankan sebarang tugas atau aktiviti harian disamping mempunyai tenaga untuk beriadah dan mengatasi kecemasan.

Kecergasan fizikal boleh dinilai dengan cara ujian berbentuk perlakuan atau kemampuan jasmani.

Page 8: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KECERGASAN BERASASKAN

KESIHATANTerbahagi kepada 5 komponen :

i. Daya Tahan Kardiovaskular

ii. Kekuatan

iii. Daya Tahan Otot

iv. Kelembutan/kelenturan

v. Komposisi Badan

Page 9: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KECERGASAN BERASASKAN KESIHATANFalls (1980) Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-

aspek yang   berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.

Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya"

Page 10: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

I. DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR Terdapat situasi di mana seseorang itu

mungkin boleh bekerja keras tetapi ia tidak boleh bekerja untuk masa panjang. Ini disebabkan ia tidak dapat bekalan tenaga yang cukup. Jantung, darah dan paru-parunya tidak efisien.

Sekiranya darahnya dapat dibekal dengan oksigen dengan sempurna dan jantung kuat untuk mengepam darah itu  ke seluruh badan, maka dikatakan individu itu mempunyai kecergasan dan dayatahan kardiovaskular.

Page 11: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

SAMBUNGAN… Dayatahan kardiovaskular

merupakan bentuk dayatahan otot khas tertinggi yang melibatkan terutamanya jantung, saluran darah dan paru-paru.

Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya dengan keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang.

Page 12: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

SAMBUNGAN… Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai

kecergasan aerobik, kuasa aerobik atau dayatahan aerobik kerana komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik. Kecergasan karsdiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan.

Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung yang baik.

Page 13: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

II. KEKUATAN OTOT Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil

kucupan otot. Bila otot kuat, maka tarikan dari kucupannya adalah kuat dan mampulah otot itu mengatasi rintangan atau beban yang dikenakan keatasnya.

Kekuatan otot membolehkan manusia mengerjakan berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti ini dapat dilakukan dengan senang.

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja) ataupun jumlah tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh otot. Kuasa kontraksi otot yang maksima.

Pada lazimnya ia diukur dengan jumlah berat yang boleh diangkat oleh seseorang. Dinometer atau tensiometer dapat menentukan daya yang dikeluarkan oleh kumpulan otot.

Page 14: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

III. DAYA TAHAN OTOT Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang

melakukan kegiatan-kegiatan yang membebankan anggota-anggota badan secara berterusan. Contohnya, pukulan badminton  atau tenis yang berulang-ulang kali memerlukan daya tahan otot tangan.

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup untuk satu masa.

Kuasa Otot - Kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksima dalam keadaan eksplosif  dalam jangkamasa yang terpendek sekali.

Page 15: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

IV. KELEMBUTAN / KELENTURAN (FLEXIBILITY) Adalah keupayaan anggota badan bergerak

di sesuatu sendi tertentu melalui satu lingkungan atau julat pergerakan yang biasa.

Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada otot dan sendi tertentu, otot dan sendi-sendi untuk membenarkan pergerakan yang licin tanpa  menghadapi rintangan. Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen, tendon-tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.

Contoh : perbuatan menjangkau, melentur, membongkok dan melentik badan.

Page 16: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

SAMBUNGAN… Kelenturan otot dan anggota badan

meningkat apabila suhu badan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun kemungkinan besar tubuh badan akan kehilangan sehingga 20 peratus kelenturannya.

Ada tiga jenis fleksibiliti1) Fleksibiliti aktif dinamik2) Fleksibiliti aktif statik3) Fleksibiliti pasif

Page 17: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

V. KOMPOSISI BADAN Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan

ialah lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan.

Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah satu simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Bagi seorang wanita pula, apabila lemak badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya.

Page 18: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

SAMBUNGAN… Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan

daripada lelaki. Bagi wanita, peratus lemak badan yang tinggi sedikit daripada lelaki adalah untuk meseimbangkannya dengan kadar metabolisma basal yang lebih rendah. Wanita juga memerlukan kurang kalori daripada lelaki. Purata kadar lemak badan seseorang lelaki  kira-kira 12 - 15 peratus sahaja. Bagi wanita pula ialah kira-kira 22 - 23 peratus.

Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebab biologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.  

Page 19: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

RUMUSAN.. untuk menjadi cergas seseorang itu

mesti mempunyai sebahagian daripada komponen kecergasan berasaskan kesihatan/ fizikal. Individu yang mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan mungkin kurang mengalami penyakit hipokinetik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit belakang dan obesiti.

Page 20: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KECERGASAN BERASASKAN

PERLAKUAN MOTOR

Terbahagi kepada 5 komponen :

i. Koordinasiii. Imbanganiii. Ketangkasaniv. Kuasav. Masa Tindak Balasvi. Kelajuan / kepantasan

vii.

Page 21: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KECERGASAN BERASASKAN PERLAKUAN MOTOR Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai

perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran.

Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.

Page 22: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

I. KOORDINASI Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap

dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan.

Merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin.

Kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki .

Paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat.

Page 23: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

II. IMBANGAN Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan

apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah.

a) Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat.

b) Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

Cth : Perlakuan melombol dan menghambur dlm gimnastik artistik, aksi rejaman permainan bola tampar, badminton dan sepak takraw.

Page 24: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

III. KETANGKASAN Ialah kebolehan seseorang melakukan

pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

Cth: Pergerakan tangkas mengundur ke

belakang dan maju ke depan mengejar bulu tangkis dalam permainan badminton.

Pergerakan tangan menumbuk/mengelak dlm silat judo dan taekwando.

Page 25: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

IV. MASA TINDAK BALAS Merupakan jangkamasa yang diambil untuk

bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan.

Rangsangan dalam sukan kompetitif biasanya wujud drpd pihak lawan seperti menumbuk dan sukan kombatif, bola yang direjam laju oleh pihak lawan dan pergerakan clay-pigeon bagi acara menembak.

Semua rangsangan memerlukan masa tindak balas yang pantas untuk mendapatkan ketepatan tindakan.

Page 26: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

V. KUASA Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot

dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi.

Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.

Contoh: Tendangan kuat sehingga bola membolosi penjaga gol

dalam permainan bola sepak. Bola tampar – rejaman atau smash dilakukan dengan

pergerakan pantas sehingga bola menuju ke gelanggang lawan dengan laju dan tajam.

Keupayaan memecut ke garisan penamat bagi sukan lumba basikal.

Page 27: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

VI. KELAJUAN/KEPANTASAN Kelajuan adalah kemampuan

menggerakkan seluruh badan dengan cepat dari satu tempat ke satu tempat dalam satu arah tertentu.

Sebagai contoh, kelajuan adalah larian memecut sejauh 30, 50, 100 dan 800 meter.

Ujian kelajuan biasa dibuat melalui larian 100 meter.

Page 28: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

KESIMPULAN Kesemua sebelas komponen kecergasan fizikal

yang berlandaskan kesihatan dan perlakuan sukan mesti ditingkatkan melalui latihan tertentu untuk mendapatkan kecergasan fizikal total dan sempurna.

Jika kita mengabaikan mana-mana komponen, dikhuatiri ia menjadi punca kelemahan dalam kecergasan fizikal.

Usaha meningkatkan kecergasan fizikal memerlukan latihan sepanjang musim. Jika latihan tidak konsisten, kecergasan akan merosot dengan cepat sedangkan usaha untuk meningkatkannya memakan masa dan kegigihan.

Page 29: KONSEP & DEFINISI KECERGASAN

RUJUKANWee Eng Hoe (2007) , Siri Sains Sukan, Sains

Kejurulatihan, Oxford Fajar Sdn. Bhd.Haji Gapor Ahmad (2007), Kejurulatihan dan

Sains Sukan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Ramli Nordin (1989), Pendidikan Jasmani Untuk Kecergasan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ACSM Fitness Book (1992), American College of Sports Medicine, Leisure Press Champaign, Illinois.