Bab i Tumpuan Dalam Sains
-
Upload
ziela-zila -
Category
Documents
-
view
98 -
download
6
Transcript of Bab i Tumpuan Dalam Sains
1
1
UNIT 1
KEMAHIRAN SAINTIFIK: KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN KEMAHIRAN MANIPULATIF
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Membincangkan maksud kemahiran saintifik yang merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
2. Menghuraikan setiap satu daripada 12 kemahiran proses sains, dengan memberikan contoh-contoh aktiviti yang memupuk setiap kemahiran tersebut.
3. Menjelaskan setiap daripada 5 kemahiran manipulatif dengan memberikan contoh-contoh aktiviti yang memupuk setiap kemahiran tersebut.
4. Menerap dan mengaplikasikan kemahiran saintifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALAN
Apakah itu kemahiran saintifik?
Apakah itu kemahiran proses sains?
Apakah itu kemahiran manipulatif?
Bagaimanakah kemahiran saintifik, kemahiran proses sains, dan kemahiran manipulatif
itu berkaitan di antara satu sama lain?
Pada pendapat anda, kenapakah kita perlu memupuk kemahiran saintifik dalam
kalangan pelajar kita mulai daripada sekolah rendah?
Pada 17 Oktober 1957, Rusia telah melancarkan Sputnik ke orbit yang mengelilingi bumi. Pelancaran
Sputnik ini telah menyedarkan Amerika tentang kemunduran mereka dalam bidang sains dan
teknologi relatif kepada kemajuan sains dan teknologi Rusia. Rentetan peristiwa ini seterusnya
membawa kepada perubahan drastik dalam kurikulum sains dan matematik di Amerika, di mana
kurikulum sebelum ini yang memberikan penekanan terhadap penguasaan isi kandungan digubal
semula untuk memberikan perhatian dan penekanan kepada proses-proses sains.
Perubahan dalam sistem pendidikan sains di Amerika ini telah mempengaruhi sistem
pendidikan sains di kebanyakan negara, termasuk Malaysia. Di dalam dokumen-dokumen rasmi
spesifikasi sukatan pelajaran sains sekolah rendah dan juga menengah, pemupukan kemahiran
saintifik yang merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif dalam pengajaran dan
pembelajaran sains telah diberikan penekanan. Mulai tahun pertama persekolahan, pelajar-pelajar
2
2
kita telah mula didedahkan kepada perbendaharan kata kemahiran proses sains semasa mereka
mengalami aspek teori dan amalan dalam pendidikan sains.
ISI KANDUNGAN
Apa itu Kemahiran Saintifik? Pendidikan sains dalam abad ke 21 ini memberikan penekanan kepada proses inkuiri. Penekanan yang diberikan kepada proses inkuiri dinyatakan secara eksplisit dalam dokumen-dokumen rasmi seperti kurikulum standard sains, program pendidikan sains, mahupun projek sains negara. Ringkasnya, penekanan kepada proses inkuiri sudah menular ke merata dunia dan dijelmakan dalam kurikulum, program mahupun projek yang mengambil pelbagai bentuk dan ragam. Misalnya, Australia telah membangunkan program Primary Connection dan Negara Cina pula memulakan projek Learning by Doing, manakala Perancis pula telah mempelopori program La main a la pate (LAMAP). Begitu juga dengan pendidikan sains di Malaysia yang memberikan penekanan kepada proses inkuiri sebagaimana yang tersurat dalam Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3, serta Dokumen Standard Sains Tahun 4 dan seterusnya.
Sebenarnya, proses inkuri merupakan satu aktiviti yang melibatkan pelbagai segi dan ianya meliputi aktiviti seperti membuat pemerhatian terhadap sesuatu fenomena; menyoal; memeriksa dan meneliti buku-buku dan juga sumber-sumber maklumat yang lain untuk mengetahui apa yang diketahui tentang fenomena tersebut; mengaju dan mencadangkan jawapan, penerangan dan ramalan; membuat hipotesis; merancang penyiasatan sains untuk menguji hipotesis; menggunakan alat dan radas untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data; mengulas apa yang diketahui berdasarkan bukti-bukti daripada hasil penyiasatan sains; dan berkomunikasi dalam menyampaikan hasil dapatan.
Sehubungan itu, proses inkuiri adalah mirip kepada langkah-langkah penyiasatan yang dilaksanakan oleh para saintis. Oleh itu, untuk membolehkan para pelajar kita melaksanakan proses inkuiri, maka mereka perlu mempelajari kemahiran saintifik yang bersangkutan dengan proses inkuiri tersebut. Kemahiran saintifik ini terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada 7 kemahiran proses sains asas dan 5 kemahiran proses sains bersepadu. Tujuh kemahiran proses sains asas terdiri daripada
(i) memerhati, (ii) mengelas, (iii) mengukur dan menggunakan nombor, (iv) membuat inferens, (v) meramal, (vi) berkomunikasi, dan (vii) menggunakan perhubungan ruang dan masa.
Lima kemahiran proses sains bersepadu pula terdiri daripada
(i) mentafsir data, (ii) mendefinisi secara operasi, (iii) mengawal pembolehubah, (iv) membuat hipotesis, dan (v) mengeksperimen.
3
3
Dalam pada itu, kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor yang membolehkan para pelajar melakukan, antara lain, 5 perkara berikut:
(i) mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul; (ii) menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat; (iii) membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul; (iv) mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat; dan (v) melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Pertalian antara kemahiran saintifik, kemahiran proses sains, dan kemahiran manipulatif diringkaskan dalam rajah di bawah.
Pengenalpastian kemahiran proses sains Cuba lengkapkan dengan menandakan √ pada petak yang sesuai sebagai respon atau maklum balas kepada dua persoalan: (1) sejauh manakah setiap istilah tersebut anda kenali atau biasa, dan (2) sejauh manakah setiap istilah tersebut anda minati.
Bahagian 1: Kebiasaan
Istilah Istilah yang tak biasa kepada saya
Istilah yang biasa kepada saya tetapi kurang faham
Istilah yang biasa kepada saya dan saya faham maknanya
1. Memerhati
2. Mengelas
3. Mengukur & menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramal
6. Berkomunikasi
Kemahiran Saintifik
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Manipulatif
Asas Bersepadu
4
4
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen
Bahagian 2: Minat
Istilah Tidak berminat langsung untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam
Berminat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam
Sangat berminat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam
1. Memerhati
2. Mengelas
3. Mengukur & menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramal
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen
Mendefinisi Kemahiran Proses Sains Cuba mendefinisi atau menghurai dengan menggunakan perkataan sendiri, maksud istilah berikut dalam konteks sains.
1. Memerhati:
2. Mengelas:
3. Mengukur & menggunakan nombor:
4. Membuat inferens:
5
5
5. Meramal:
6. Berkomunikasi:
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa:
8. Mentafsir data:
9. Mendefinisi secara operasi:
10. Mengawal pembolehubah:
11. Membuat hipotesis:
12. Mengeksperimen
KEMAHIRAN PROSES SAINS
1. Apakah itu memerhati?
Kemahiran memerhati yang merupakan asas kepada semua kemahiran proses sains, melibatkan
proses pengumpulan maklumat tentang sesuatu objek, peristiwa atau fenomena dengan
menggunakan sebahagian atau kesemua deria (pancaindera), yakni deria lihat, deria dengar, deria
sentuh, deria bau, dan deria rasa. Dengan itu, memerhati dalam konteks sains adalah jauh lebih luas
dan mendalam maknanya berbanding dengan kefahaman sehari-harian di mana “memerhati” hanya
dikaitkan atau terhad kepada deria lihat menggunakan mata sahaja.
Lantaran itu, memerhati dalam sains bukanlah suatu perkara yang enteng. Anda perlu mempunyai
soalan dalam minda anda tentang objek, peristiwa atau fenomena tersebut supaya anda dapat
memerhati dengan lebih baik. Ini bermaksud apabila anda memerhati sesuatu objek, peristiwa atau
fenomena dengan lebih teliti atau cermat, nescaya anda akan melihat benda-benda yang belum
6
6
pernah anda lihat. Misalnya, ramai yang pernah melihat kuda belang di zoo dan juga dalam buku
ataupun internet. Memang benar kuda belang mempunyai jalur-jalur pada badannya. Namun, jikalau
ingin memerhati kuda belang dengan lebih cermat dan teliti, maka persoalan-persoalan berikut dapat
membantu. Misalnya, di bahagian badan manakah jalur-jalur tersebut
(a) paling luas?
(b) paling rapat?
(c) membengkang-bengkok?
(d) melintang (mengufuk)?
Setiap objek atau peristiwa mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat tersendiri yang membezakan sesuatu
objek dengan objek yang lain, atau sesuatu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Melalui deria-deria,
kita boleh memerhati sifat-sifat sesuatu objek atau peristiwa dengan melihat, mendengar, menyentuh,
merasa, atau menghidu objek atau peristiwa tersebut. Lantaran itu, kemahiran memerhati melibatkan
kebolehan mengenal pasti dan menghuraikan sifat-sifat sesuatu objek atau peristiwa. Seterusnya, ini
membolehkan kita mengenal pasti persamaan dan perbezaan bagi objek-objek atau peristiwa-
peristiwa yang berlainan.
Bila memerhati, kita
(a) melihat (warna, saiz, bentuk, ukuran)
(b) mendengar (jenis dan keamatan bunyi)
(c) menyentuh (tekstur, suhu, tekanan)
(d) merasa (spt. manis, pahit, masam, masin)
(e) menghidu (spt. wangi, hapak, bau telur busuk)
Bila kita memerhati sehelai daun secara kualitatif, antara pemerhatian yang didapati adalah daun
tersebut berwarna hijau (deria lihat), berbau wangi (deria bau), permukaannya mempunyai tekstur
seperti lilin (deria sentuh), mengeluarkan bunyi kosak-kosek apabila digosok (deria dengar). Namun,
apabila kita memerlukan maklumat yang lebih tepat daripada apa yang dapat diperoleh daripada
deria-deria, maka kita merujuk kepada unit-unit pengukuran yang tertentu. Misalnya, daun tersebut
berukuran 10 cm panjang dan 5 cm lebar, manakala jisimnya adalah 5 gram. Tumbuhan tersebut
akan terus membesar dengan baik pada suhu bilik 20 °C. Oleh itu, pemerhatian secara kuantitatif
dibuat dengan menggunakan alat-alat standard seperti pembaris, pembaris meter, silinder penyukat,
termometer dan sebagainya. Walaupun pemerhatian kuantitatif memberikan maklumat tentang
kuantiti seperti sesuatu nombor atau amaun, namun penganggaran dan perbandingan seperti daun
ini lebih panjang daripada daun itu, juga merupakan pemerhatian kuantitatif.
Setakat ini, kita sudah membincangkan pemerhatian kualitatif yang menggunakan deria-deria kita dan
pemerhatian kuantitatif yang mana kita merujuk kepada suatu unit pengukuran yang standard.
Terdapat satu lagi jenis pemerhatian, yakni pemerhatian perubahan. Jenis pemerhatian ini penting
memandangkan dalam sains, kita memerhati sesuatu objek atau fenomena itu mengalami perubahan
fizikal atau kimia. Dalam menghuraikan suatu perubahan, adalah penting bagi kita untuk menyatakan
apa yang kita perhatikan sebelum, semasa dan selepas perubahan itu berlaku. Ini juga bermakna,
dalam pemerhatian perubahan bagi sesuatu fenomena, ia melibatkan pemerhatian kualitatif dan juga
kuantitatif. Laksanakan aktiviti seterusnya untuk mendapatkan suatu pengalaman tentang
pemerhatian perubahan.
7
7
Aktiviti Memerhati
Dapatkan sebatang lilin. Huraikan pemerhatian kualitatif dan
kuantitatif anda SEBELUM, SEMASA, dan SELEPAS lilin itu
dibakar. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual yang
disediakan.
Pemerhatian Kualitatif Pemerhatian Kuantitatif
Sebelum:
1. 1.
2. 2.
3. 3.
Semasa:
1. 1.
2. 2.
3. 3.
Selepas:
1. 1.
2. 2.
3. 3.
8
8
2. Apakah itu mengelas?
Kemahiran mengelas ialah kebolehan untuk menyusun, mengasing dan mengumpulkan objek atau
fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan sesuatu kriteria atau sifat tertentu.
Misalnya, dalam kalangan pelajar, kita boleh kelaskan mereka berdasarkan jantina, yakni lelaki dan
perempuan. Kita boleh kelaskan mereka berdasarkan kumpulan etnik, yakni Melayu, Cina, India,
Orang Asli, Bumiputera Sarawak, dan Bumiputera Sabah. Kita boleh juga kelaskan mereka
berdasarkan cermin mata, yakni pelajar-pelajar yang memakai cermin mata dan pelajar-pelajar yang
tidak memakai cermin mata. Jantina, kumpulan etnik dan cermin mata dalam konteks ini merupakan
kriteria atau sifat yang digunakan untuk mengasingkan sekumpulan pelajar.
Secara amnya, terdapat tiga bentuk pengelasan. Bentuk pengelasan pertama ialah
Pengelasan Tahap Tunggal yang melibatkan pengasingan satu set objek kepada dua atau lebih
subset berdasarkan sekurang-kurangnya satu sifat yang nyata. Misalnya, benih-benih boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan, sama ada benih satu bahagian (monokotiledon) atau benih dua
bahagian (dikotiledon), manakala benda hidup dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu manusia,
haiwan dan tumbuhan. Bentuk yang paling ringkas dalam Pengelasan Tahap Tunggal ialah
pengelasan perduaan di mana satu kumpulan objek dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan
sama ada setiap objek tersebut mempunyai atau tidak mempunyai satu sifat tertentu. Ringkasnya,
pengelasan perduaan merupakan satu sistem pengkategorian ya/tidak. Contohnya, sekumpulan
pelajar dalam kelas boleh dibahagikan kepada bertudung dan tidak bertudung, di mana pelajar-
pelajar perempuan yang bertudung digolongkan ke dalam kumpulan bertudung manakala pelajar-
pelajar perempuan yang tidak bertudung dan juga pelajar-pelajar lelaki yang lain digolongkan ke
dalam kumpulan tidak bertudung!
Bentuk pengelasan kedua ialah Pengelasan Peringkat Tahap, di mana ianya merupakan pengelasan
tahap tunggal yang berulang-ulang. Dengan erti kata yang lain, satu kumpulan objek dibahagikan
secara pengelasan tahap tunggal kepada dua subset, dan kemudiannya, setiap subset tadi
dibahagikan pula secara pengelasan tahap tunggal kepada dua subset lagi menjadikan empat subset
kesemuanya. Contohnya, kita sudah membahagikan pelajar-pelajar kita kepada dua subset, iaitu
bertudung dan tidak bertudung. Setiap subset ini kemudiannya dibahagian secara pengelasan tahap
tunggal kepada berjam tangan dan tak berjam tangan sebagaimana yang diwakilkan dalam rajah di
bawah. Oleh itu, pelajar 1 merupakan seorang pelajar berjam tangan dan bertudung, manakala
pelajar 4 merupakan seorang pelajar yang tak berjam tangan dan tak bertudung. Apa pula sifat
pelajar 2 dan pelajar 3?
Pelajar
9
9
Bertudung Tak Bertudung
Berjam
tangan
Tak Berjam
tangan
Berjam
tangan
Tak
Berjam
tangan
1 2 3 4
Bentuk pengelasan yang ketiga ialah Penyusunan Bersiri di mana objek-objek disusun berdasarkan
sejauh mana ianya memaparkan sesuatu sifat tertentu. Bergantung kepada tujuan pengelasan,
sekumpulan objek boleh disusun berdasarkan saiz, bentuk, berat, kekerasan dan pelbagai sifat yang
lain. Misalnya, dalam sains, bahan galian disusun mengikut tahap kekerasan menggunakan skala
Mohs bagi kekerasan mineral. Dalam sesebuah kelas, kita boleh menyusun para pelajar mengikut
ketinggian. Untuk menggambarkan penyusunan bersiri secara grafik, satu anak panah dilukis untuk
menggambarkan penambahan atau pengurangan bagi objek-objek untuk memaparkan sesuatu sifat
yang tertentu. Lantaran itu, penyusunan bersiri untuk ketinggian pelajar boleh digambarkan secara
berikut.
Hawa Ah Kow Aminah Ramasamy Jason Nasir Sabri Lingam
Paling Rendah Paling Tinggi
Ketinggian
Aktiviti Pengelasan
Set Bentuk-Bentuk Pasta
Lingkaran Cangkerang Siku
Tali Leher Kupu-kupu Roda Tiub
(a) Dalam carta di bawah, kenal pastikan sekurang-kurangnya 3 sifat yang mana
bentuk-bentuk pasta boleh dikelaskan dalam pengelasan perduaan. Dalam lajur
yang berkenaan, nyatakan bentuk mana yang mempunyai dan tidak mempunyai
setiap sifat tersebut.
Sifat yang diperhatikan Ya Tidak
1.
10
10
2.
3.
4.
5.
3. Apakah itu mengukur dan menggunakan nombor?
Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor melibatkan pemerhatian secara kuantitatif dengan
menggunakan alat-alat pengukuran standard seperi pembaris meter dan termometer yang
mempunyai unit pengukuran piawaian untuk mengukur isipadu, jisim, berat, suhu, luas, panjang, dan
masa. Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor juga merangkumi kebolehan mengukur dan
menganggar sama ada menggunakan unit pengukuran piawaian atau bukan unit piawaian.
Pengukuran menjadikan pemerhatian kita lebih tepat dan jitu.
Aktiviti Mengukur Menggunakan Silinder Penyukat
Baca bacaan paras air pada setiap silinder penyukat dan tuliskan bacaan tersebut
dalam kotak yang disediakan.
Aktiviti Mengukur Menggunakan Pembaris Meter
Apakah bacaan-bacaan pada pembaris meter ini?
11
11
4. Apakah itu membuat inferens?
Kemahiran membuat inferens merupakan kemahiran untuk menjelas, menerang atau
menginterpretasikan sesuatu pemerhatian berasaskan maklumat daripada pengalaman yang lampau
dan/atau data yang baru diperhatikan melalui deria kita. Inferens merupakan suatu pernyataan yang
cuba untuk menginterpretasi atau menerangkan satu set pemerhatian. Lantas, setiap inferens mesti
diasaskan pada satu atau lebih pemerhatian. Inferens bukanlah suatu tekaan kerana tekaan
lumrahnya dibuat berdasarkan sedikit atau tiada bukti. Walaupun inferens yang dibuat mungkin benar
atau mungkin tidak benar, namun inferens perlu munasabah dan logik. Misalnya, saya melihat
bendera berkibaran melalui tingkap rumah saya, dan saya membuat inferens bahawa besar
kemungkinan keadaan di luar adalah berangin. Juga, bila saya melihat sebiji bintang yang bersinar
dengan begitu cerah berbanding dengan bintang-bintang lain, maka saya membuat inferens bahawa
bintang tersebut adalah lebih dekat dengan bumi berbanding dengan bintang-bintang yang lain.
12
12
Aktiviti Membuat Inferens
Kedudukan 1 Kedudukan 2 Kedudukan 3
Perhatikan kesan tapak pada permukaan salji. Bagi membantu anda untuk berfikir
dengan lebih logik mengenai gambar ini, ianya telah dibahagikan kepada tiga bingkai
yang mengggambarkan kedudukan kesan tapak. Berdasarkan kesan tapak bagi setiap
bingkai, nyatakan dua pemerhatian, dan untuk setiap permerhatian yang dinyatakan,
tulis sekurang-kurangnya satu inferens yang boleh dibuat terhadap pemerhatian
tersebut.
Pemerhatian Inferens
Kedudukan 1
Kedudukan 2
Kedudukan 3
5. Apakah itu meramal?
13
13
Meramal merupakan satu jangkaan tentang pemerhatian yang akan datang atau berlaku, dan ini
dibuat berdasarkan pemerhatian yang lampau, data-data yang sedia ada, pola-pola data yang
diperhatikan, atau graf yang dilukis daripada data-data awal. Terdapat dua jenis ramalan: ramalan
secara interpolasi, dan ramalan secara ekstrapolasi. Suatu ramalan secara interpolasi merupakan
ramalan yang dibuat dalam atau antara pemerhatian-pemerhatian yang diketahui, manakala ramalan
secara ekstrapolasi pula merupakan ramalan yang dibuat melampaui pemerhatian-pemerhatian yang
diketahui.
Aktiviti Meramal
Jadual di bawah memaparkan data tentang pemanjangan satu spring apabila objek
yang mempunyai jisim yang sama digantung ke atasnya. Sila gunakan data berikut
untuk menjawab soalan soalan 1-4.
Jadual di bawah memaparkan data mengenai sejauh manakah
spring diregang apabila objek-objek yang sama jisim digantung
kepadanya. Sila gunakan jadual di bawah untuk menjawab soalan-
soalan berikut.
Bilangan objek yang
sama jisim
Jarak pemanjangan
spring (cm)
0 0
2 2
3
4 6.5
5
6 12
7
20
1. Ramal jarak pemanjangan spring apabila 3, 5, 7 dan 20
objek digantung pada spring tersebut.
2. Ramalan interpolasi merupakan ramalan yang dibuat di
antara poin-poin data yang diketahui. Ramalan yang mana
satukah dalam Soalan 1 merupakan ramalan interpolasi?
3. Ramalan ekstrapolasi merupakan ramalan yang dibuat di
luar atau melampaui pemerhatian yang diketahui. Ramalan
yang mana satukah dalam Soalan 1 merupakan ramalan
ekstrapolasi?
4. Antara ramalan-ramalan anda, manakah ramalan yang
anda paling yakin, dan yang paling tidak yakin? Kenapa?
6. Apakah itu berkomunikasi?
14
14
Kebolehan berkomunikasi merupakan kebolehan mempersembahkan idea atau maklumat dalam
pelbagai bentuk, misalnya secara lisan, secara tulisan, menggunakan graf, rajah, model, jadual, dan
simbol. Kebolehan berkomunikasi juga merangkumi kebolehan untuk mendengar idea orang lain dan
merespon terhadap idea tersebut. Rajah di bawah memberikan contoh-contoh berkomunikasi.
Aktiviti Berkomunikasi
Bahasa
Peta Konsep
Muzik
Carta
Simbol
Jadual
Model
Rajah
Graf
Berkomunikasi
15
15
1. Periksa kacang tersebut dengan lebih dekat. Di dalam kotak, surih kacang
tersebut dan lukis garisan yang menunjukkan corak kacang.
2. Kupaskan kulit kacang kepada 2 belah. Lukis bahagian dalam bagi kulit kacang di
dalam kotak berikut.
3. Kupaskan biji kacang kepada 2 belah. Lukis bahagian dalam bagi biji kacang di
dalam kotak berikut.
4. Perhatikan dengan teliti semua bahagian kacang. Senaraikan perkara-perkara
yang istimewa tentang kacang tersebut.
16
16
7. Apakah itu menggunakan perhubungan ruang dan masa?
Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa merupakan kemahiran dalam memerihal
dan menjelaskan perubahan-perubahan dalam parameter (seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu,
suhu dan jisim) dengan masa. Antara petunjuk prestasi kemahiran ini ialah menghuraikan kedudukan,
pergerakan, arah, susunan dalam ruang, simetri dan bentuk suatu objek mengikut masa atau
perbandingan dengan objek lain. Juga, kemahiran ini melibatkan kemahiran menyusun kejadian atau
peristiwa mengikut kronologi.
Aktiviti Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Masa (minit)
Suatu penyiasatan dilakukan untuk menentukan bagaimana jangkamasa seketul ais
dalam air mempengaruhi suhu air. Dalam melaksanakan eksperimen, seketul ais
diletakkan dalam segelas air dan suhu air diukur pada setiap 5 minit
Satu tanda telah dilukis pada graf tersebut untuk menunjukkan tempat di mana graf
mula membengkok.
1. Dengan menggunakan satu ayat sahaja, terangkan apa yang berlaku dari
permulaan graf sehingga tanda tersebut.
2. Sekarang, terangkan apa yang berlaku pada graf di atas tanda tersebut.
Suh
u A
ir (°
C)
17
17
8. Apakah itu mentafsir data?
Kemahiran mentafsir data merupakan kemahiran dalam memberikan penerangan yang rasional
tentang suatu objek, peristiwa, pola daripada maklumat yang dikumpul. Maklumat-maklumat yang
dikumpul ini terdiri daripada bentuk-bentuk yang berlainan.
Aktiviti Mentafsir Data
Purata Panjang (dalam meter)
Perhatikan graf di atas yang memberikan maklumat tentang jenis-jenis ular di dunia.
Anda boleh menggunakan kalkulator untuk menjawab soalan-soalan di bawah.
1. Berapakah panjang ular yang paling pendek?
2. Berapakah panjang ular yang paling panjang?
3. Apakah perbezaan panjang di antara ular paling panjang dengan ular paling
pendek?
4. Apakah perbezaan panjang di antara anaconda dengan king cobra?
5. Apakah perbezaan panjang di antara python denagn boa constrictor?
6. Apakah perbezaan panjang di antara king cobra dengan mamba?
18
18
7. Senaraikan ular mengikut kepanjangan dalam tertib menurun.
19
19
9. Apakah itu mendefinisi secara operasi?
Kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan kemahiran mendefinisi sesuatu konsep atau
pembolehubah dengan menyatakan secara spesifik apa yang mesti dicerap dan bagaimana
pembolehubah tersebut dapat diukur. Misalnya, anda melaksanakan suatu program khas untuk
melihat kesannya ke atas “keseronokan membaca”. Namun, bagaimana pembolehubah “keseronokan
membaca” ini dapat dicerap dan diukur? Lantas, “keseronokan membaca” boleh didefinisi dalam
salah satu daripada cara-cara berikut:
(a) Jumlah masa yang dihabiskan secara sukarela di meja pembacaan;
(b) Bilangan bahan bacaan yang dipinjam untuk dibawa balik ke rumah; atau
(c) Bilangan sinopsis buku yang dicatat dalam buku Nilam pelajar.
Bolehkan anda memberikan dua lagi definisi secara operasi untuk “keseronokan membaca?
Aktiviti Mendefinisi Secara Operasi
Sekiranya anda ingin mendefinisi secara operasi untuk pembolehubah saiz seseorang.
Nyatakan sekurang-kurangnya tiga cara bagaimana pembolehubah ini boleh
didefinisikan secara operasi.
0. Jumlah air yang disesarkan apabila seseorang itu memasuki tab
mandi yang penuh dengan air.
1.
2.
3.
4.
Suatu penyiasatan dilakukan untuk mengetahui bagaimana suhu awal suatu cecair
mempengaruhi jumlah penyejatan. Nyatakan sekurang-kurangnya tiga cara bagaimana
jumlah penyejatan dapat didefinisikan secara operasi.
0. Tentukan perbezaan di antara jisim awal cecair tersebut dengan
jisimnya selepas 24 jam.
1.
2.
3.
20
20
4.
21
21
10. Apakah itu mengawal pembolehubah?
Kemahiran mengawal prmbolehubah merupakan kemahiran mengenal pasti pembolehubah-
pembolehubah yang dimalarkan, pembolehubah yang dimanipulasikan, dan pembolehubah bergerak
balas dalam sesuatu penyiasatan sains. Pembolehubah yang dimanipulasikan diubah untuk melihat
hubungannya dengan pembolehubah bergerakbalas, dan pada masa yang sama, semua
pembolehubah yang dimalarkan itu diangkatapkan
Aktiviti Mengawal Pembolehubah
1. Sediakan satu tanjakan (ramp) dengan meletakkan hujung sebatang
pembaris di atas sebuah buku
2. Golekkan sebiji guli daripada bahagian atas tanjakan dan ukur jarak yang
dilalui daripada hujung tanjakan.
3. Rekodkan jarak yang dilalui dalam jadual yang diberikan di bawah.
4. Ulangi 1, 2, dan 3 dengan menggunakan 2, 3, 4, 5 dan 6 buah buku.
Tinggi Tanjakan
(bilangan buah buku)
Jarak yang dilalui dari hujung
tanjakan (dalam cm)
1
2
3
4
5
6
5. Apakah pembolehubah yang dimanipulasikan?
6. Apakah pembolehubah yang bergerak balas?
7. Apakah pembolehubah-pembolehubah yang dimalarkan?
22
22
23
23
11. Apakah itu membuat hipotesis?
Kemahiran membuat hipotesis merupakan kemahiran untuk meramal bagaimana satu pembolehubah
boleh memberikan kesan kepada pembolehubah kedua. Hipotesis adalah penting kepada seseorang
penyiasat kerana ia menetapkan satu fokus yang tepat untuk penyiasatan sains dilaksanakan.
Kadang-kadang, hipotesis juga dikenali sebagai “inferens yang boleh diuji” kerana ia merupakan satu
penerangan yang munasah yang dinyatakan dalam bentuk satu “ujian” (misalnya, ujikaji yang boleh
dilaksanakan).
Aktiviti Membuat Hipotesis
Masalah:
Apakah faktor-faktor yang menentukan kadar sesuatu objek jatuh melalui udara?
Nyatakan empat faktor (pembolehubah) yang mungkin
1. Isipadu objek
2.
3.
4.
Bagi setiap faktor di atas, bina satu hipotesis yang bersesuaian.
1. Semakin bertambah isipadu bagi objek tersebut, kadar objek
jatuh melalui udara semakin berkurangan
2.
3.
4.
|
24
24
12. Apakah itu mengeksperimen?
Mengeksperimen merupakan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis. Proses mengeksperimen
melibatkan penggunaan semua atau gabungan kemahiran-kemahiran proses sains yang lain.
Semasa mengeksperimen, kebiasaannya langkah-langkah saintifik berikut diikuti:-
Masalah:
Apa yang mempengaruhi kadar garam melarut dalam air?
Hipotesis:
Lebih banyak kuantiti garam, lebih lama garam melarut.
Tatacara:
Jumlah garam yang berlainan (misalnya, 6, 12, 19, 24, dan 30 grams) akan diukur
dan diletakkan ke dalam 250 ml air.
Air akan dikacau sehingga tiada hablur garam diperhatikan, dan jumlah masa yang
diambil oleh garam untuk melarut direkodkan.
Prosedur di atas diulangi dua kali lagi dan purata masa untuk garam melarut
dihitungkan.
Pembolehubah yang dimalarkan adalah suhu air, jenis garam yang digunakan, dan
cara mengacau.
Keputusan:
Jumlah garam
(gram)
Masa untuk melarut (saat) Purata masa
untuk melarut
(saat) Cubaan
1 2 3
6 35 34 35 35
12 53 51 53 52
19 60 60 61 52
24 75 77 73 60
30 86 87 87 75 Berdasarkan jadual di atas, sila plotkan satu graf yang sesuai.
Kesimpulan: Semakin banyak jumlah garam yang ditambah ke dalam air, semakin lama
25
25
masa untuk melarut.
26
26
Aktiviti Mengeksperimen
Masalah:
Antara magnet-magnet ini, yang mana satukah adalah paling kuat?
Huraikan apa yang anda akan lakukan untuk menentukan magnet yang mana satu
adalah paling kuat.
Bina satu jadual untuk menunjukkan hasil penyiasatan anda.
Jumlah klip kertas yang ditarik
Jenis Magnet Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Purata
Lukiskan satu graf berdasarkan data dalam jadual anda.
Apakah kesimpulan anda?
27
27
Apakah yang anda pelajari dalam proses mengeksperimen ini?
Bagi menunjukkan kefahaman anda tentang setiap kemahiran proses sains, rancang
dan sediakan aktiviti (atau aktiviti-aktiviti) yang sesuai untuk pelajar-pelajar anda
dalam bentuk Lembaran Kerja untuk setiap kemahiran proses sains.
1. Lembaran Kerja: Memerhati 2. Lembaran Kerja: Mengelas 3. Lembaran Kerja: Mengukur & Menggunakan Nombor 4. Lembaran Kerja: Membuat Inferns 5. Lembaran Kerja: Meramal 6. Lembaran Kerja: Berkomunikasi 7. Lembaran Kerja: Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa 8. Lembaran Kerja: Mentafsir Data 9. Lembaran Kerja: Mendefinisi Secara Operasi 10. Lembaran Kerja: Mengawal Pembolehubah 11. Lembaran Kerja: Membuat Hipotesis 12. Lembaran Kerja: Mengeksperimen
28
28
KEMAHIRAN MANIPULATIF
1. Mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Untuk memerhati dengan lebih jitu, tepat dan teliti, maka kita gunakan alat-alat pengukuran
untuk membantu kita dalam mengutip data dan membuat pemerhatian. Oleh itu, penggunaan
alat-alat saintifik dengan betul adalah penting, dan sehubungan ini, pelajar perlu diajar untuk
mengguna dan mengendalikan alat-alat pengukuran tersebut dengan tepat dan selamat.
Termometer Celsius
Termometer yang digunakan untuk mengukur suhu adalah mudah pecah dan perlu digunakan
dengan cermat dan selamat. Sila baca panduan penggunaan termometer di bawah.
1. Jangan "mengoncang ke bawah" satu termometer untuk set semula.
2. Jangan menggunakan termometer untuk mengacau cecair.
3. Jangan membenarkan termometer menyentuh dasar bekas yang sedang dipanaskan.
4. Bila menggunakan termometer,
(a) Letak hujung bebuli termometer ke dalam objek yang suhunya tidak diketahui
(b) Tunggu beberapa minit untuk termometer melaras kepada suhu objek
(c) Tanpa mengambil keluar termometer daripada objek tersebut, catat nombor
pada hujung lajur cecair dalam termometer.
Silinder Penyukat
1. Letakkan silinder penyukat pada satu permukaan yang rata.
2. Lihat silider dari bahagian tepi pada paras mata.
3. Bahagian atas cecair mesti berada pada paras mata. Bahagian atas cecair akan
kelihatan melengkung, dan lengkungan ini dipanggil “meniskus”
4. Baca silinder penyukat itu pada bahagian bawah meniscus.
Lengkungan meniskus
Bacaan yang tepat
29
29
Penunu Bunsen
1. Sambung hos penunu ke sumber gas. Jikalau menggunakan penunu Bunsen
mudah alih, sumber bahanapi sudah dimasukkan dalam “tong” tersebut.
2. Pegang nyalaan api pada mancis atau pemetik api pada hujung penunu dengan
sebelah tangan, manakala sebelah tangan pula membuka gas dengan perlahan.
3. Laraskan nyalaan api dengan mengawal ijab bekalan udara.
1. Apabila nyalaan sudah selamat dan tetap, anda membuka injab bekalan air
dengan lebih besar lagi. Apakah kesan ini ke atas nyalaan?
2. Huraikan apa itu nyalaan sempurna?
3. Sebelum anda menyalakan penunu, apakah langkah-langkah keselamatan yang
perlu anda ikuti?
4 Di manakah bahagian yang paling panas pada nyalaan di penunu?
30
30
2. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
1. Apakah peralatan-peralatan sains yang ada di makmal sekolah saya?
2. Apakah bahan-bahan sains yang ada di makmal sekolah saya?
3. Antara bahan-bahan sains itu, apakah bahan-bahan sains yang bukan isian
semula (non-consumables) dan bahan-bahan yang isian semula
(consumables)?
Penyimpanan Magenet
Betul Salah “Penjaga”
Terdapat cara-cara yang betul untuk menyimpan peralatan sains. Misalnya, dalam
menyimpan magnet, ianya harus disimpan dalam bekas yang tertutup supaya ianya
tidak menarik habuk-habuk logam. Jikalau beberapa magnet disimpan bersama, ianya
harus disimpan dalam posisi bertentangan, maksudnya, kutub selatan bersama dengan
kutub utara. Di samping itu, magnet mudah menjadi nyah-magnet. Bagi menghindarkan
keadaan ini daripada berlaku, magnet-magnet disimpan dengan “penjaga” (kepingan
besi atau keluli bermagnetik yang menghubungkan kutub-kutub magnet).
Cuba senaraikan peralatan sains di makmal anda, dan dapatkan cara penyimpanannya
dengan betul.
Peralatan sains Cara penyimpanan yang betul
31
31
Tabung uji
Termometer
32
32
3. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
Pembersihan peralatan sains yang
diperbuat daripada kaca, misalnya tabung
uji.
1. Bersihkan dengan segera selepas penggunaan. Lagi lama peralatan kaca
dibiarkan, lagi susah untuk membersihkannya.
2. Gunakan bahan pencuci khas untuk makmal bagi membersihkan peralatan
kaca. Asid kromik (campuran dikromat dan asid sulfurik) tidak boleh digunakan
untuk membersihkan peralatan kaca.
3. Pastikan peralatan kaca dibilas dengan baik.
4. Bila menggunakan berus, pastikan bahagian logam berus tersebut tidak
mencalar peralatan kaca.
Cuba senaraikan peralatan sains di makmal anda, dan dapatkan cara pembersihannya
yang betul.
Peralatan sains Cara pembersihan yang betul
33
33
4. Mengendalikan specimen dengan betul dan selamat
Apakah specimen yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains?
Adakah anda menggunakan binatang yang hidup atau yang diawetkan?
Dalam mengawetkan binatang ataupun bahagian-bahagian binatang, bahan kimia
digunakan. Bahan-bahan kimia tersebut mungkin toksik, mudah terbakar, dan berbahaya
jikalau digunakan secara tidak betul atau dalam keadaan yang tidak selamat. Etanol,
formaldehid, dan fenol merupakan bahan-bahan kimia yang lumrah digunakan dalam
pengawetan. Tidak kira apa jenis bahan kimia, berikut merupakan langkah-langkah
keselamatan apabila berhadapan dengan specimen yang diawet:-
1. Pakai gogal pada setiap masa untuk melindingi mata kita.
2. Pakai alat pelindung yang sesuai seperti sarung tangan dan kot makmal.
3. Hanya menjalankan kerja makmal di kawasan yang mempunyai pengudaraan
yang baik.
3. Sekiranya tersentuh atau terdedah kepada bahan kimia, cuci kulit dengan
sabun dan air; untuk mata, bersihkan dengan menggunakan aliran air.
4. Sekirannya terdedah kepada bahan kimia pada kadar yang tinggi, jumpa
doktor dengan segera.
5. Spesimen yang diawet dengan formalin perlu dikaji dalam kawasan makmal
yang berpengudaraan baik untuk menghindar kerengsaan atau kegatalan
pada mata, kulit atau saluran respirasi. Penggunaan gogal boleh
mengurangkan kerengsaan daripada wap formaldehid.
6. Bila berhadapan dengan spesimen yang diawet, berhati-hati dengan bahagian
yang tajam seperti gigi.
Apakah pula langkah-langkah yang harus diambil dalam mengendalikan
spesimen hidup, misalnya tikus dalam makmal?
34
34
5. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Lakaran-lakaran saintifik adalah penting kerana ia bukan sahaja merekod imej tentang
spesimen yang anda perhatikan, malah ia juga membantu anda mengingat spesimen tersebut
dan juga sifat-sifat penting tentang spesimen tersebut. Lakaran spesimen memerlukan
perhatian terperinci supaya anda boleh membina semula spesimen itu dalam helaian kertas.
Dengan hanya melihat gambar dalam buku atau pada skrin computer adalah kurang efektif
berbanding dengan apa yang anda lihat, ingat dan faham melalui pemerhatian sebenar pada
spesimen. Semua lakaran perlu bersandar kepada beberapa peraturan ilustrasi saintifik.
Antara peraturan tersebut adalah:
1 Lihat spesimen dengan teliti dan periksa sifat-sifat signifikan yang akan dimasukkan
dalam lakaran.
2 Lukis hanya apa yang anda lihat. Jangan memasukkan apa yang anda fikir anda patut
lihat.
3 Semua lakaran mesti dibuat HANYA dengan menggunakan pensil.
4 Lakaran mesti besar dan jelas supaya sifat-sifat boleh dibezakan.
5 Pada sesuatu muka surat, tidak boleh ada lebih daripada dua lakaran.
6 Sentiasa melukis dengan menggunakan satu garis yang jelas.
7 Untuk menunjukkan kawasan yang lebih gelap pada spesimen, gunakan titik-titik atau
percikan.
8 Semua lakaran perlu ada perkara-perkara berikut:-
(a) Tajuk
(b) Pembesaran (nyatakan kuasa pembesaran pada mikroskop melalui mana
spesimen itu diperhatikan)
(c) Pelabelan (labelkan sifat-sifat penting spesimen. Setiap garis label perlu lurus
dan tidak boleh bertindih dengan garisan-garisan label yang lain. Semua garis
label perlu menuju ke satu bahagian sahaja, misalnya kiri atau kanan lakaran)
SALAH BETUL
SALAH BETUL
35
35
(d) Anotasi (Ini boleh ditulis di tepi atau di bawah label. Anotasi memberikan
maklumat tentang spesimen yang tidak dapat dilihat pada lakaran, misalnya
mukleus dicela dengan warna biru, atau terdapat 2 flagela yang tidak dapat
dilihat pada spesimen dan oleh itu tidak dimasukkan dalam lakaran.
(e) Skala (masukkan bar skala untuk menunjukkan panjang atau lebar spesimen
yang dilukis).
9 Pastikan nama-nama saintifik digariskan. Semua nama saintifik perlu ditulis seperti
berikut: Genus (bermula dengan huruf besar) spesis (bermula dengan huruf kecil),
misalnya Amoeba proteus.
36
36
RUMUSAN
1. Kemahiran saintifik boleh dibahagikan kepada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif.
2. Kemahiran proses sains, mengikut spesifikasi kurikulum sains keluaran Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, terdiri daripada 12 kemahiran, yakni
(i) memerhati,
(ii) mengelas,
(iii) mengukur dan menggunakan nombor,
(iv) membuat inferens,
(v) meramal,
(vi) berkomunikasi,
(vii) menggunakan perhubungan ruang dan masa.
(viii) mentafsir data,
(ix) mendefinisi secara operasi,
(x) mengawal pembolehubah,
(xi) membuat hipotesis, dan
(xii) mengeksperimen.
3. 12 Kemahiran proses sains tersebut boleh dibahagikan kepada kemahiran proses sains asas
dan kemahiran proses sains bersepadu. (i) – (vii) dalam 2 adalah kemahiran proses sains
asas, manakala (viii) – (xii) adalah kemahiran proses sains bersepadu.
4. Kemahiran manipulatif pula terdiri daripada 5 kemahiran, yakni
(i) mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul;
(ii) menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat;
(iii) membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
(iv) mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat; dan
(v) melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
37
37
PETA KONSEP
Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta
Konsep di bawah.
terdiri daripada
A
terdiri daripada
iaitu
contoh
contoh
KEMAHIRAN SAINTIFIK
___ Kemahiran Utama
contoh
38
38
PENILAIAN KENDIRI
1. Berikut merupakan satu senarai12 kemahiran proses sains:-
(i) memerhati,
(ii) mengelas,
(iii) mengukur dan menggunakan nombor,
(iv) membuat inferens,
(v) meramal,
(vi) berkomunikasi,
(vii) menggunakan perhubungan ruang dan masa.
(viii) mentafsir data,
(ix) mendefinisi secara operasi,
(x) mengawal pembolehubah,
(xi) membuat hipotesis, dan
(xii) mengeksperimen.
Bagi setiap kemahiran proses sains tersebut,
(a) huraikan maksudnya dengan menggunakan perkataaan sendiri.
(b) berikan contoh aktiviti yang boleh digunakan untuk memupuknya dalam kalangan pelajar
anda.
2. Senaraikan 5 (lima) kemahiran manipulatif.
3. Bagi setiap kemahiran manipulatif yang disenaraikan dalam 2 tadi, huraikan aktiviti yang boleh
digunakan untuk memupuk kemahiran tersebut.
39
39
RUJUKAN
Ong Eng Tek & Johairi Abd. Rahim. (2011). Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu
(KPSB) dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 di Daerah Temerloh. Jurnal Pengajian Pendidikan, 1, 1-
20.
Ong, E.T., & Ruthven, K. (2005). Acquisition of science process skills amongst Form 3 students in
Malaysian smart and mainstream schools. Journal of Science and Mathematics Education in
Southeast Asia, 28(1), 103-124.
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Sopia Md Yassin, Sadiah Baharom, & Asmayati Yahaya. (2011).
The Development and Validation of an Encompassing Malaysian-Based Science Process Skills Test
for Secondary Schools. Journal of Science and Mathematics Education in Southeast Asia, 34(2), 203-
236.
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Sopia Md Yassin, Sadiah Baharom, Asmayati Yahaya, & Zahid Md
Said. (2011). The Development and Validation of Malaysian-Based Basic and Integrated Science
Process Skills (MB-BISP). Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Sopia Md Yassin, Sadiah Baharom, Asmayati Yahaya, & Zahid Md
Said. (2011). Inventori Kemahiran Proses Sains Asas dan Bersepadu Berkonsepkan Malaysia: Edisi
Guru. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Ong Eng Tek, Wong Yew Tuang, Sopia Md Yassin, Sadiah Baharom, Asmayati Yahaya, & Zahid Md
Said. (2011). Inventori Kemahiran Proses Sains Asas dan Bersepadu Berkonsepkan Malaysia: Edisi
Pelajar. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Ostlund. K. L. (1995). Science process skills: Assessing hands on student performance. Menlo Park.
CA: Addison Wesley.
Rezba, R. J., Sprague, C., & Fiel, R. L. (2003). Learning and assessing science process skills (4th
ed.). Dubuque, Ioqa: Kendall Hunt.
40
40
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
PETA KONSEP
Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta
Konsep di bawah.
A
terdiri daripada
iaitu
contoh
contoh
Kemahiran Proses
Sains
KEMAHIRAN SAINTIFIK
DUA Kemahiran Utama
Kemahiran Manipulatif
Asas 1. mengguna dan mengendalikan peralatan
dan bahan sains dengan betul; 2. menyimpan peralatan dan bahan sains
dengan betul dan selamat; 3. membersihkan peralatan sains dengan
cara yang betul; 4. mengendalikan specimen dengan betul
dan selamat; dan 5. melakar specimen, peralatan dan bahan
sains dengan tepat.
Bersepadu
contoh
1. memerhati, 2. mengelas, 3. mengukur dan
menggunakan nombor,
4. membuat inferens,
5. meramal, 6. berkomunikasi, 7. menggunakan
perhubungan ruang dan masa
1. mentafsir data, 2. mendefinisi
secara operasi, 3. mengawal
pembolehubah, 4. membuat
hipotesis, dan 5. mengeksperimen.