BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN...

41
BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, pengkaji telah pun mengutarakan permasalahan dan tujuan utama kajian dijalankan iaitu untuk (a) mengenalpasti tahap kompetensi komunikatif bahasa Arab, (b) melihat hubungan beberapa pembolehubah dengan tahap kompetensi komunikatif pelajar, (c) mengenalpasti halangan-halangan untuk berkomunikasi bahasa Arab dan (d) mengenalpasti strategi komunikasi yang digunakan pelajar ketika berkomunikasi. Sementara di dalam bab kedua pula, pengkaji telah menerangkan (a) teori pembelajaran bahasa kedua dan ketiga, (b) model-model strategi komunikasi. Pengkaji juga memaparkan kajian lampau berkaitan (a) pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua / bahasa asing dan (b) penggunaan strategi komunikasi oleh pelajar bahasa kedua. Bab ini pula akan membincangkan tentang langkah-langkah yang diambil oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian iaitu (a) rekabentuk kajian, (b) kaedah kajian, (c) subjek kajian, (d) instrumen kajian, (e) kajian rintis dan (f) prosedur analisis data kajian.

Transcript of BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN...

Page 1: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

BAB III

REKABENTUK DAN METODOLOGI

PENDAHULUAN

Di dalam bab pertama, pengkaji telah pun mengutarakan permasalahan

dan tujuan utama kajian dijalankan iaitu untuk (a) mengenalpasti tahap

kompetensi komunikatif bahasa Arab, (b) melihat hubungan beberapa

pembolehubah dengan tahap kompetensi komunikatif pelajar, (c)

mengenalpasti halangan-halangan untuk berkomunikasi bahasa Arab dan

(d) mengenalpasti strategi komunikasi yang digunakan pelajar ketika

berkomunikasi. Sementara di dalam bab kedua pula, pengkaji telah

menerangkan (a) teori pembelajaran bahasa kedua dan ketiga, (b)

model-model strategi komunikasi. Pengkaji juga memaparkan kajian

lampau berkaitan (a) pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua /

bahasa asing dan (b) penggunaan strategi komunikasi oleh pelajar

bahasa kedua.

Bab ini pula akan membincangkan tentang langkah-langkah yang

diambil oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian iaitu (a) rekabentuk

kajian, (b) kaedah kajian, (c) subjek kajian, (d) instrumen kajian, (e) kajian

rintis dan (f) prosedur analisis data kajian.

Page 2: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

108

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang akan dilaksanakan secara

keratan rentas (cross-section) dengan menggunakan kaedah analisis data

secara kuantitatif dan kualitatif. Newman dan Benz (1998) menjelaskan ;

“All behavioral research is made up of a combination of

qualitative and quantitative constructs … We believe that

conceptualizing the dichotomy (using separate and distinct

categories of qualitative and quantitative research) is not

consistent with a coherent philosophy of science”

(m.s: 9)

Mengikut Patton (1990), pendekatan kuantitatif mampu mengukur

reaksi dan tindak balas responden terhadap soal selidik yang terhad dan

dapat menganalisis masalah yang dikaji dengan ringkas dan tepat. Ini

kerana data kuantitatif adalah sistematik, piawai, mudah dianalisis dan

dikemukakan dalam masa yang singkat.

Page 3: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

109

“The advantage of quantitative approach is that it’s possible

to measure the reaction of a great many people to a limited

set of questions , thus facilitating comparison and statistical

aggregation of the data. This gives abroad, generalizable

set of findings presented succinctly and parsimoniously”

(Patton, 1990 m.s :14)

Analisis data secara kualitatif pula digunakan untuk mengenalpasti

dan mengkategorikan bentuk-bentuk strategi komunikasi verbal dan

nonverbal yang digunakan pelajar ketika berkomunikasi di dalam

beberapa aktiviti tugasan komunikasi lisan. Cara pendekatan ini juga telah

digunakan oleh pengkaji-pengkaji lalu di dalam mengkaji strategi

komunikasi pelajar bahasa kedua (Ang Lai Hoon; 1992, Aminah Mahmud;

1996, Sri Juriati Ownie; 1997 dan Sheila March Rocky; 1998).

Pengkaji telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah (a)

tinjauan dan (b) kajian kes. Dalam kaedah tinjauan, pengkaji

menggunakan instrumen borang soal selidik dan ujian kompetensi lisan.

Kaedah tinjauan dipilih untuk mengumpul maklumat mengenai profil

responden, mengenalpasti tahap kompetensi responden dan melihat

hubungan pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan

kompetensi komunikatif mereka. Sementara kaedah kajian kes digunakan

pengkaji untuk mengenal pasti penggunaan strategi komunikasi bahasa

Arab di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Page 4: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

110

(SMKA) terdapat di negeri Selangor melalui transkripsi rakaman video

beberapa aktiviti tugasan komunikasi lisan yang diberikan kepada 18

orang responden yang terpilih (purposive sampling) berdasarkan tahap

kompetensi komunikatif mereka.

Dua kategori pembolehubah terlibat dalam kajian ini, iaitu

pembolehubah bebas (independent variable) dan pembolehubah berkait

(dependent variable). Pembolehubah bebas terdiri daripada aspek-aspek

profil responden iaitu jantina, aliran pengajian dan keputusan bahasa

Arab Komunikasi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Di samping itu,

pembolehubah bebas juga ialah pembolehubah-pembolehubah yang

berkaitan dengan pembelajaran bahasa iaitu (a) sikap, (b) motivasi, (c)

strategi pembelajaran pelajar, (d) pendekatan pengajaran guru dari

persepsi pelajar, (e) pendedahan luaran dan persekitaran bahasa Arab di

sekolah, masalah kekurangan kosa kata serta bentuk-bentuk strategi

komunikasi yang digunakan pelajar ketika berkomunikasi.

Manakala pembolehubah berkait (dependent variable) ialah skor

tahap kompetensi komunikatif bahasa Arab pelajar-pelajar dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang diperolehi melalui ujian

kompetensi lisan yang dijalankan terhadap setiap subjek.

Page 5: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

111

Rekabentuk kajian ini dapat digambarkan seperti dalam rajah 3.1

berikut ;

Pembolehubah Bebas (independent variable)

(a) Sikap (b) Motivasi

(c) Strategi Pembelajaran (d) Pendekatan Pengajaran

(e) Pendedahan Persekitaran (f) Pendedahan Luaran

Tahap kompetensi komunikatif

(a) Aras Kompetensi Tinggi (b) Aras Kompetensi Sederhana

(c) Aras Kompetensi Rendah

Pembolehubah Bersandar

(dependent variable)

Strategi Komunikasi

Rajah 3.1 : Rekabentuk Kajian

ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF

[analisis min, peratus, frekuensi]

Skor Ujian Kompetensi

Lisan Bagi

Menilai 7 elemen Kompetensi

Komunikatif Pelajar

Korelasi P

earson r Transkripsi R

akaman V

ideo Aktiviti Kom

unikasi Lisan

Page 6: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

112

PROSEDUR KAJIAN

Prosedur kajian dapat dijelaskan secara berperingkat-peringkat dari

bermula dari kelulusan cadangan kajian sehinggalah analisis data dibuat.

Setelah cadangan tesis ini diluluskan oleh Jawatankuasa Ijazah Tinggi,

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, pengkaji mengemukakan

permohonan kepada Bahagian Perancangan dan Kajian Dasar

Pendidikan (BPPRD) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

mendapatkan kebenaran menjalankan kajian ini.

Kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah

menengah kebangsaan agama di Negeri Selangor dan Wilayah

Persekutuan telah juga diperolehi dari Pengarah Jabatan Pendidikan

Selangor dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah. Setelah itu,

pengkaji mengadakan membuat lawatan awal ke sekolah terbabit untuk

berbincang dengan pihak pentadbir sekolah mengenai prosedur

menjalankan kajian termasuklah menentukan masa dan sampel yang

akan terlibat di dalam kajian yang akan dijalankan. Lawatan seterusnya

oleh pengkaji ke sekolah-sekolah berkenaan adalah mengedarkan (a)

borang soal selidik, (b) mengadakan ujian kompetensi lisan dan (c)

mengadakan aktiviti tugasan komunikasi lisan.

Data kajian dikumpul melalui tiga peringkat, iaitu pertama

responden diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan

Page 7: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

113

maklumat mengenai profil mereka, sikap dan motivasi mereka terhadap

bahasa Arab, strategi pembelajaran bahasa Arab, pendekatan pengajaran

guru dan persekitaran budaya bahasa Arab di sekolah serta halangan-

halangan komunikasi yang dihadapi responden untuk berkomunikasi

dalam bahasa Arab. Responden diberi penerangan terlebih dahulu

sebelum mereka menjawab soal selidik dan menjalani ujian kompetensi

lisan. Ianya bagi mengelakkan daripada berlaku keraguan dan salah

faham. Masa diperuntukkan untuk menjawab soalan kaji selidik ialah

selama satu jam.

Dalam peringkat kedua, responden menjalani sesi ujian

kompetensi lisan. Ianya tujuan mengenalpasti tahap kompetensi

komunikatif mereka di dalam tujuh elemen kemahiran bertutur yang

diambil dari sukatan bahasa Arab Tinggi Edisi Semakan (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2002). Tiada masa dihadkan untuk setiap

responden menjawab soalan ujian kompetensi lisan. Ini memberi

keselesaan dan peluang kepada mereka memberi respon terhadap setiap

soalan yang dikemukakan.

Pengendalian borang soal selidik dan ujian kompetensi lisan

dijalankan oleh pengkaji dan dibantu oleh dua orang guru bahasa Arab di

setiap sekolah berkenaan. Ianya bertujuan bagi mewujudkan suasana

yang lebih mesra dan bersahaja responden ketika menghadiri sesi ujian

Page 8: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

114

kompetensi lisan. Ini kerana mereka sudah pun mengenali guru-guru

berkenaan.

Peringkat ketiga pula, satu sesi aktiviti tugasan komunikasi lisan

diadakan terhadap 18 orang subjek yang mempunyai tahap kompetensi

komunikatif bahasa Arab yang berbeza. Pemilihan mereka ini

berdasarkan persampelan terpilih (purposive sampling). Subjek ini

dikenalpasti berdasarkan skor yang mereka perolehi semasa menjalani

ujian kompetensi lisan. Kajian dilakukan dengan menggunakan data

ujaran lisan (speech production) yang dipungut secara keratan rentas

(cross-section) daripada sekelompok responden yang terpilih di dalam

satu masa (Dulay, Burt & Krashen,1992). Ia bertujuan bagi mengenalpasti

bentuk strategi komunikasi yang mereka gunakan ketika menghadapi

masalah untuk menyampaikan sesuatu mesej. Korpus data mentah dalam

aktiviti tugasan komunikasi lisan ini ialah penghasilan pertuturan (speech

production) 18 orang pelajar yang mewakili tiga tahap kompetensi

komunikatif iaitu (a) tahap rendah, (b) tahap sederhana dan (c) tahap

tinggi.

Bagi memastikan semua ujaran lisan dan tingkah laku responden

dapat cerap dan diperhatikan, alat perakam video Panasonic NV-DS60

digunakan semasa aktiviti komunikasi lisan dijalankan. Rakaman ini

dijalankan setelah pengkaji mendapat kebenaran secara lisan dari

responden terbabit. Data rakaman video ini penting kerana ianya dapat

membantu pengkaji semasa menganalisis dan mentranskripsikan data.

Page 9: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

115

Pengisian borang soal selidik, ujian kompetensi lisan dan aktiviti

tugasan komunikasi lisan bagi setiap sekolah yang terlibat dijalankan

pada hari yang berlainan. Proses pemungutan data melalui ujian

kompetensi lisan dan aktiviti tugasan lisan mengambil masa dua minggu

bagi sebuah sekolah. Ia bertujuan untuk memberi keselesaan kepada dan

keyakinan kepada responden memberi respon terhadap soal selidik dan

ujian kompetensi lisan serta aktiviti tugasan komunikasi lisan yang

dikemukakan pengkaji.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Ringkasnya kajian ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: (a)

Mengenalpasti tahap kompetensi bahasa Arab Pelajar, (b) Mengenalpasti

hubungan beberapa pembolehubah terpilih dengan tahap kompetensi

komunikati pelajar dan (c) Mengenalpasti strategi komunikasi yang

digunakan pelajar apabila menghadapi masalah menyampaikan mesej .

Ini dijelaskan dalam rajah 3.2 berikut.

Page 10: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

116

Rajah 3.2 Tiga Peringkat Pelaksanaan Dalam Kajian Ini

Bagi peringkat yang pertama iaitu mengenalpasti tahap kompetensi

bahasa Arab Pelajar , langkah-langkah berikut dalam rajah 3.3 berikut

telah dilaksanakan pengkaji;

Peringkat 2 : Kajian Deskriptif Mengenalpasti hubungan beberapa pembolehubah terpilih dengan tahap

kompetensi komunikati pelajar

Peringkat 3 : Kajian Kes Mengenalpasti strategi komunikasi yang digunakan pelajar apabila menghadapi

masalah menyampaikan mesej

Peringkat 1 : Kajian Deskriptif Ujian kompetensi bahasa Arab Pelajar

Page 11: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

117

Langkah 1

Temubual bersama guru bahasa Arab dari

3 buah sekolah terbabit.

Langkah 2

Taklimat kepada responden tentang

prosedur ujian kompetensi lisan

Langkah 3

Melaksanakan Ujian Kompetensi Lisan

Langkah 4

Menganalisis Data Menggunakan Perisian

SPSS

Langkah 5

Menulis laporan kajian

Rajah 3.3 : Langkah-Langkah Peringkat Pertama

Bagi peringkat yang kedua iaitu mengenalpasti hubungan beberapa

pembolehubah terpilih dengan tahap kompetensi komunikati pelajar,

pengkaji telah melaksanakan langkah-langkah rajah 3.4 berikut;

Page 12: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

118

Langkah 1

Memilih sampel secara rawak berlapis dari

kelas tingkatan 4

Langkah 2

Taklimat kepada responden tentang

objektif soal selidik dijalankan

Langkah 3

Mengedar soalselidik kepada responden

dan memberi waktu yang mencukupi untuk

responden memberi respon

Langkah 4

Menganalisis Data Menggunakan Perisian

SPSS

Langkah 5

Menulis laporan kajian

Rajah 3.4: Langkah-Langkah Peringkat Kedua

Bagi peringkat yang ketiga pula iaitu mengenalpasti strategi-

strategi komunikasi yang digunakan responden ketika menghadapi

masalah komunikasi dalam bahasa Arab, pengkaji telah melaksanakan

langkah-langkah dalam rajah 3.5 berikut;

Page 13: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

119

Langkah 1

Memilih sampel secara purporsive

sampling melalui skor yang diperolehi

respondan semasa ujian kompetensi lisan

Langkah 2

Taklimat kepada responden tentang

objektif aktiviti tugasan komunikasi yang

dijalankan.

Langkah 3

Menjalankan aktiviti tugasan komunikasi

lisan secara berpasangan

Langkah 4

Menjalankan rakaman sepanjang aktiviti

tugasan lisan setelah mendapa persetujuan

responden

Langkah 5

Menjalankan transkripsi setiap ujaran lisan

yang terhasil semasa aktiviti tugasan lisan.

Langkah 6 Menganalisis transkripsi bagi

mengenalpasti strategi komunikasi yang

digunakan

Langkah 7 Menulis laporan

Rajah 3.5: Langkah-Langkah Peringkat Ketiga

Page 14: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

120

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji pada 14 September 2004

hingga 26 September 2005. Seramai 25 orang pelajar tingkatan empat

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur telah terlibat di dalam kajian

rintis ini.

Tujuan kajian rintis ini dijalankan ialah untuk ; (a) menguji

kebolehpercayaan dan meneliti ketekalan alat pengukuran yang

digunakan, (b) menentukan jangka masa yang diperlukan oleh responden

untuk menjawab soal selidik, menjalani ujian kompetensi lisan dan

mengikuti sesi aktiviti lisan yang dijalankan, (c) menentukan kesesuaian

format ujian kompetensi lisan dan aktiviti komunikasi lisan dengan tujuan

kajian dan (d) memastikan perkataan yang digunakan di dalam ujian

kompetensi lisan mempunyai maksud yang jelas bersesuaian dengan

laras bahasa pelajar.

SAMPEL KAJIAN

Terdapat dua peringkat sampel kajian ini. Peringkat pertama ialah sampel

bagi ujian kompetensi lisan dan borang soal selidik. Sampel kajian

peringkat pertama ini ialah 155 pelajar tingkatan empat yang belajar di

tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang terdapat

di negeri Selangor . Sampel kajian ini dipilih menggunakan kaedah rawak

Page 15: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

121

barlapis. Bilangan sampel ini adalah memadai bagi kajian berbentuk

tinjauan atau deskriptif kerana menurut Fraenkel dan Norman (1996) ;

“There are a few guidelines that we would suggest with

regard to minimum number of subjects needed. For

descriptive studies, we think a sample with minimum

number of 100 is essential. For correlational studies, a

sample of at least 50 is deemed necessary to establish

the existence of a relationship…”

(m.s: 106)

Kaedah rawak berlapis dipilih digunakan bertujuan memastikan

bahawa sub-kumpulan di dalam populasi terpilih akan diwakili mengikut

kadar yang sama seperti populasi terpilih di dalam sampel. Ini penting

untuk mendapatkan kesimpulan yang sah berdasarkan analisis data.

Teknik ini digunakan kerana sub-kumpulan di dalam populasi ini adalah

tidak seragam seperti jumlah pelajar berdasarkan pencapaian bahasa

Arab PMR, yang berlainan jantina dan jumlah aliran pengajian pelajar

dari sekolah SMKA yang berbeza kuantitinya. Melalui teknik ini, saiz sub-

kumpulan yang kecil akan diambil kira bagi mengawal kehilangan subjek

dari sampel dan memenuhi kehendak analisis statistik.

Page 16: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

122

Sementara dalam peringkat kedua kajian, pengkaji memilih

seramai 18 orang sampel secara purposive sampling yang mewakili tiga

tahap kompetensi komunikatif yang berbeza. Pemilihan ini berdasarkan

kepada skor yang mereka perolehi semasa ujian kompetensi lisan yang

telah dijalankan. Sampel dalam bahagian kedua ini adalah untuk

mengenalpasti bentuk strategi komunikasi yang digunakan sampel melalui

aktiviti tugasan komunikasi lisan yang diberikan kepada mereka.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah

berbentuk (a) soal selidik, (b) ujian kompetensi lisan, dan (c) aktiviti

tugasan komunikasi lisan yang dirakam dan ditranskripsikan.

Soalselidik

Instrumen soal selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan dalam

pengumpulan data (Mohd Majid Konting,1990). Untuk tujuan ini, pengkaji

akan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden untuk

mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan.

Item-item di dalam soal selidik sikap dan motivasi terhadap bahasa

Arab telah diadaptasi daripada beberapa kajian lalu di antaranya

Page 17: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

123

Mohamad Awang (1996), Tarmizi Ahmad (1997), Ibtisam Mahmoud

Hassan Naji (1999) dan Hassan Mohamed Doka (2000). Sementara

instrumen soal selidik berkaitan strategi pembelajaran diubahsuai

daripada Strategi Inventory for Language Learning (Oxford, 1990).

Manakala item berkaitan pendekatan pengajaran bahasa Arab, faktor

persekitaran dan luaran dibina hasil daripada perbincangan pengkaji

dengan pensyarah penasihat. Kajian rintis telah dilakukan bagi menguji

kebolehpercayaan (reliability) dan meneliti ketekalan (validity) alat

pengukuran yang digunakan di mana pekali kebolehpercayaan yang

didapati daripada kajian rintis ini ialah alpha 0.8517.

Pembahagian Item Soalselidik

Kandungan borang soal selidik ini terbahagi kepada 6 bahagian iaitu A,

B ,C, D , E, F dan G. Ia adalah seperti berikut ;

BAHAGIAN A : Lata belakang responden

Bahagian ini mengandungi 4 item mengenai maklumat diri responden.

Item-item berkaitan dengan jantina, aliran pengajian, tahap pencapaian

Bahasa Arab PMR dan nama sekolah.

BAHAGIAN B : Sikap dan Motivasi Pelajar

Bahagian ini mengandungi 12 item bagi meninjau sikap dan motivasi

pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Page 18: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

124

Pengelasan soalan adalah seperti berikut ;

Bil Pembolehubah Nombor item

1. Sikap B1, B2, B4, B7, B9, B11

2 Motivasi B3, B5, B6, B8, B10, B12

BAHAGIAN C : Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Pelajar

Bahagian ini mengandungi 20 item bagi mengetahui strategi

pembelajaran yang biasa diamalkan dalam pembelajaran bahasa Arab.

Terdapat enam elemen dalam strategi ini yang diadaptasi dari Strategy

Inventory for Language Learning (Oxford, 1990) iaitu;

Bil Pembolehubah Nombor item

1 Strategi mengingat (memory strategies) C1, C2, C3,

2 Strategi kognitif (cognitive strategies) C4, C5, C6, C7, C8

3 Strategi kompensasi (compensation

strategies)

C9, C10, C11,

4 Strategi meta-kognitif (meta-cognitive

strategies)

C12, C13, C14,

5. Strategi afektif (affective strategies) C15, C16, C17,

6. Strategi sosial (social strategies). C18, C19, C20

BAHAGIAN D : Pendekatan dan Teknik Pengajaran Bahasa Arab

Bahagian ini mengandungi 22 item yang berkaitan dengan amalan

Page 19: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

125

pendekatan komunikatif yang diamalkan oleh guru ketika mengajar

bahasa Arab berdasarkan prinsip pendekatan komunikasi Littlewood

(1981) dan teknik-teknik pengajaran. Pengkelasan soalan adalah seperti

berikut ;

Bil Pembolehubah Nombor item

1. Prinsip komunikasi D1, D2, D3,

2. Prinsip tugasan D4, D5, D6,

3. Prinsip bermakna D7,D8, D9, D10,

D11,

4. Aktiviti komunikasi D12i,D12ii,D12iii,

D12iv, D12v,

D12vi, D12vii,

D12viii, D12ix,

D12x, D12xi, D12xii

BAHAGIAN E : Pendedahan Luaran dan Persekitaran B. Arab Sekolah

Bahagian ini mengandungi 12 item yang berkaitan dengan pendedahan

luaran dan persekitaran sekolah, iaitu

Bil Pembolehubah Nombor item

1. Aktiviti Kokurikulum E1, E2

2. Iklim bahasa Arab dalam persekitaran

sekolah

E3, E4, E5, E6

Page 20: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

126

3. Bahasa komunikasi di luar Kelas. E7, E8,

4. Menghadiri kelas tuisyen dan kursus

bahasa Arab

E11, E12

5. Pengaruh media massa. E9, E10

BAHAGIAN F : Halangan-Halangan Berkomunikasi Di Dalam Bahasa Arab

Bahagian ini mengandungi 10 item bagi meninjau masalah yang dihadapi

pelajar berkomunikasi dalam bahasa Arab iaitu;

Bil Pembolehubah Nombor item

1. Halangan psikologi F1, F2, F7, F8,

2. Halangan kekurangan leksikal bahasa

Arab

F3, F4, F5, F6,

F9, F10

Pengkelasan Item Soal selidik

Di dalam menganalisis soal selidik ini, pengkaji menggunakan skala Likert

sebagai pengukuran bagi membolehkan data ini dianalisis menggunakan

statistik paramartik. Skala yang digunakan untuk mengkaji hubungan

pelbagai pembolehubah dan kompetensi komunikatif pelajar telah

diseragamkan bagi memudahkan kefahaman responden dan kaedah

menganalisis data oleh pengkaji.

Page 21: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

127

Skala yang diberi kepada setiap pernyataan berhubung (a) sikap,

(b) motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab dan (c)

halangan-halangan yang dihadapi pelajar untuk berkomunikasi di dalam

bahasa Arab, seperti berikut;

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Tidak pasti

4 Setuju

5 Amat setuju

Sementara skala yang diberi kepada setiap pernyataan berhubung

(a) strategi komunikasi yang digunakan pelajar, (b) strategi pembelajaran

pelajar, (c) pendekatan pengajaran guru bahasa Arab dan (d)

pendedahan luaran dan persekitaran sekolah seperti berikut;

1 Tidak pernah

2 Jarang-jarang

3 Kadang-kadang

4 Kerap kali

5 Selalu

Page 22: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

128

Skala ini memberi lima nilai skor yang perlu dijawab oleh responden iaitu

nilai 1, 2, 3, 4 dan 5. Responden perlu memilih satu nilai bagi setiap

pernyataan yang diberi pada ruang yang disediakan mengikut maklum

balas yang difikirkan sesuai. Nilai skor yang tinggi iaitu 4 dan 5 mewakili ;

a. Sikap yang positif dan motivasi yang tinggi responden

terhadap bahasa Arab.

b. Pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran

dalam memupuk kompetensi bahasa Arab yang

berkesan.

c. Pendekatan komunikatif dan kepelbagaian teknik

pengajaran kerap diamalkan guru semasa pengajaran.

d. Persekitaran sekolah dan pendedahan luaran banyak

memberi input bahasa Arab kepada pelajar.

e. Pelajar menghadapi banyak masalah untuk berkomunikasi

dengan bahasa Arab.

Manakala nilai skor yang rendah pula iaitu 1, 2 dan 3 mewakili sebaliknya

iaitu ;

a. Sikap yang negatif dan motivasi yang rendah responden

terhadap bahasa Arab.

b. Pelajar kurang menggunakan pelbagai strategi

pembelajaran dalam mempelajari bahasa Arab.

Page 23: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

129

c. Guru kurang mengamalkan pendekatan komunikatif ketika

mengajar.

d. Persekitaran sekolah dan pendedahan luaran banyak

memberi input bahasa Arab kepada pelajar

e. Pelajar tidak menghadapi banyak halangan untuk

berkomunikasi di dalam bahasa Arab.

Ujian Kompetensi Lisan

Untuk mengenalpasti tahap kompetensi komunikatif pelajar, definisi

kompetensi komunikatif Canale dan Swain (1980) digunapakai dan model

ujian kompetensi lisan Skehan (1998) telah diaplikasikan oleh pengkaji.

Model ujian kompetensi lisan ini dapat dilakarkan dalam rajah 3.6 berikut ;

Page 24: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

130

Berdasarkan model ini, pengkaji menentukan dimensi kompetensi

komunikatif pelajar yang ingin dinilai iaitu tujuh elemen kemahiran

bertutur terpilih yang terkandung di dalam sukatan bahasa Arab Tinggi

Tingkatan Empat Edisi Semakan (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2002).

Elemen-elemen yang akan diuji dalam ujian kompetensi lisan ialah

seperti berikut; (a) menyampaikan ucapan bertatasusila, (b)

mengungkapkan sesuatu mengenai perasaan, emosi dan keinginan (c)

menerangkan sesuatu mengenai diri, keluarga dan masyarakat, (d)

Rater

Scale Criteria

Performance Interactants Examiners

Other Candidates

Task Tasks characteristics

Task condition

Candidate

Ability for use Dual Coding

Underlying competences

Score

Rajah 3.6 : Model Ujian Kompetensi Lisan Skehan (1998)

Page 25: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

131

menyampaikan arahan dan panduan, (e) mengutarakan pendapat

mengenai isu-isu semasa, (f) menyebut angka serta menggunakan di

dalam ungkapan, dan (g) menterjemahkan ungkapan bahasa Melayu ke

dalam bahasa Arab secara spontan.

Setelah elemen-elemen ini dikenal pasti, pengkaji menentukan nilai

skor yang digunakan untuk tujuan penilaian iaitu dari skor 1 hingga 5.

Seterusnya pengkaji menentukan kriteria bagi setiap nilai skor. Skor yang

diberi bagi setiap item ujian lisan dinilai secara holistik bagi semua jenis

kompetensi komunikatif Canale dan Swain (1980) iaitu (a) kompetensi

tatabahasa (kebolehan bertutur dalam bahasa kedua dengan tatabahasa

yang betul), (b) kompetensi sosiolinguistik (kebolehan untuk menghasilkan

pertuturan yang sesuai dengan situasi komunikasi ), (c) kompetensi

wacana dan (d) kompetensi strategik. Pengkaji menggunakan skala skor

min yang diadaptasi dari Panduan Penilaian Bahasa Arab Kendalian

Sekolah Menengah, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Ianya seperti jadual berikut;

Page 26: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

132

Jadual 3.1 : Nilai Skor Ujian Kompetensi Lisan dan

Kriteria PenilaianKompetensi Komunikatif

Skor Kriteria Kompetensi Komunikatif

1

Sangat Lemah Responden berdiam diri, tidak dapat difahami apa yang

diujarkan tentang tajuk yang dipilih, tema yang diberi dan

gambar bersiri yang dikemukakan.

2

Lemah Ujaran lisan susah hendak difahami, kosa kata sangat

terhad dan terdapat banyak kesilapan tatabahasa dan

konteks wacana tidak bersesuaian dengan situasi yang

diberikan.

3

Sederhana Ujaran lisan masih lagi boleh difahami oleh penutur jati,

terdapat sedikit kesalahan tatabahasa dan konteks wacana

kurang bersesuaian.

4

Baik Ujaran lisan tidak sebaik dengan penutur jati, fasih

menggunakan bahasa Arab bagi tajuk yang diperbualkan,

penguji mudah memahami apa yang diujarkan, kesilapan

tatabahasa di tahap minima dan konteks wacana

bersesuaian dengan situasi yang diberikan.

5

Cemerlang Ujaran setaraf dengan penutur jati, fasih menggunakan

bahasa Arab bagi tajuk yang dibualkan dan penguji sangat

mudah memahami apa yang dituturkan dan tidak melakukan

sebarang kesilapan tatabahasa serta konteks wacana amat

bersesuaian dengan situasi yang diberikan.

Page 27: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

133

Pembahagian Soalan Ujian Kompetensi Lisan

Ujian kompetensi lisan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu A, B ,C, dan

D. Ia adalah seperti berikut ;

BAHAGIAN A : Melafazkan Ungkapan

Bahagian ini mengandungi 10 item yang merangkumi aspek kemahiran

menyampaikan bertatasusila seperti ucapan selamat sejahtera, ucapan

tahniah, ucapan takziah dan membalasnya .

BAHAGIAN B : Perbualan Tentang Sesuatu Tajuk

Bahagian ini mengandungi item 5 yang merangkumi aspek kebolehan

pelajar mengutarakan pendapat dan menganalisis maklumat yang

berkaitan individu, masyarakat, persekitaran dan isu-isu semasa.

BAHAGIAN C : Berucap Menurut Tema

Bahagian ini mengandungi 2 gambar yang bertujuan menilai kebolehan

pelajar memberi arahan dan panduan. Gambar pertama meminta

pelajar memberi arahan berdasarkan pelan perjalanan dan gambar

kedua meminta pelajar menerangkan cara-cara membuat minuman teh.

Page 28: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

134

BAHAGIAN D : Menterjemahkan Ayat Secara Spontan

Bahagian ini mengandungi 5 item. Pelajar diminta untuk

menterjemahkan 5 ungkapan bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab

secara spontan.

Pengkaji akan mencari nilai skor min yang diperoleh responden

pada setiap elemen kompetensi lisan yang diuji. Ianya bertujuan

mengenalpasti tahap kompetensi komunikatif responden bagi setiap

elemen kemahiran bertutur. Ianya adalah seperti jadual # berikut ;

Jadual 3.2 : Nilai Skor Min dan Aras Kompetensi Komunikatif

Nilai Skor Min Deskripsi

3.67 – 5.00 Pelajar mempunyai aras kompetensi komunikatif

bahasa Arab Tahap Tinggi.

2.34 – 3.66 Pelajar mempunyai aras kompetensi komunikatif

bahasa Arab Tahap Sederhana.

1.00 –2.33 Pelajar mempunyai aras kompetensi komunikatif

bahasa Arab Tahap Rendah.

Page 29: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

135

Aktiviti Komunikasi Lisan

Aktiviti komunikasi lisan digunakan pengkaji bagi mengenal pasti dan

mengklasifikasikan bentuk strategi komunikasi yang digunakan oleh

responden semasa aktiviti tugasan komunikasi lisan dijalankan.

Instrumen ini dipilih kerana kajian ini memberi tumpuan kepada strategi

komunikasi lisan verbal dan nonverbal pelajar yang mana ianya hanya

dapat dicerap melalui pemerhatian. Instrumen ini telah diguna pakai oleh

pengkaji-pengkaji lalu di dalam kajian mereka dalam menentukan strategi

komunikasi pelajar bahasa kedua (Ang Lai Hoon; 1992, Aminah Mahmud;

1996, Sri Juriati Ownie; 1997 dan Sheila March Rocky; 1998).

Walaupun pemerhatian lebih sinonim kepada kajian kualitatif,

namun kini ianya mula popular digunakan di dalam kajian kuantitatif.

Menurut Seliger dab Shoamy (1990) ;

“Observations have always been considered a major data

collection tool in qualitative research. Recently, how ever,

the more structured types of observations have also been

used for collecting data in quantitative studies”

(hlm : 162)

Bentuk strategi komunikasi yang akan dikenalpasti melalui

pemerhatian berstruktur ini adalah menggunakan taksonomi Tarone

Page 30: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

136

(1983) iaitu; (a) Penghampiran, (b) Penciptaan perkataan baru, (c)

Penghuraian, (d) Terjemahan literal, (e) Penukaran kod bahasa, (f)

rayuan kerjasama, (g) penggunaan Isyarat (mime) , (h) pengelakan topik

dan (i) peninggalan mesej

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat

penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah

kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan

diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Majid

Konting, 2000)

Kesahan

Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran

(truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan

(usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan

(Fraenkel Jack. R dan Norman. E. Wallen, 2005). Tujuan penyelidik

membuat kesahan instrumen (Fraenkel Jack. R dan Norman. E. Wallen,

2005) adalah bagi menjamin keesahan item-item (instrumen) agar

bersifat ; (a) defensibility (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan

berguna), (b) accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian), (c)

Page 31: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

137

appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian), (d)

meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)

dan (e) usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan

berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana

keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang

bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk

menginferenkan data kajian) .

Menurut Fraenkel, Norman & Wallen (2005) , terdapat tiga teknik

dalam menentukan validity instrument;

(a) content-related evidence of validity Ia merujuk kepada ketepatan

kandungan dan format instrumen, sifat komprehensif instrumen,

kebolehgunaan variabel, ketepatan dan kecukupan kandungan item-item

yang boleh memberi kefahaman kepada sampel untuk menjawabnya

serta ketekalan kandungan dan format item untuk diukur dan dinilai oleh

sampel. Teknik ini menggunakan sekumpulan pakar rujuk (expert

judgment / intelligent judgment) bagi membuktikan ketepatan kandungan

item ketika menilai instrumen.

(b) criterion-related evidence of validity Ia merujuk kepada perhubungan

antara skor yang diperolehi dari satu instrumen dengan skor yang

diperolehi daripada satu atau lebih instrumen yang lain untuk melihat

bagaimana kekuatan hubungan instrumen-instrumen tersebut.

Page 32: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

138

(c) construct-related evidence of validity. Ia merujuk kepada darjah

pembuktian yang total yang diperolehi secara tekal daripada pelbagai

bukti yang berbeza.

Bagi instrumen soal selidik dan ujian kompetensi lisan, penyelidik

telah menggunakan teknik Criterion – Related Evidence untuk

mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen

melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgment). Penyelidik telah

melantik beberapa orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian

seperti jadual 3.3 . Jadual 3.3 berikut menunjukan senarai pakar rujuk

bagi mengesahkan kesahan luaran dan kesahan kandungan instrumen

soal selidik dan instrument ujian kompetensi lisan.

Jadual 3.3: Senarai Pakar Rujuk Kesahan Instrumen

Bil Aspek Rujukan Pakar Nama Panel dan Jawatan

1. Menilai aspek kandungan

instrumen menepati

kehendak kurikulum

Bahasa Arab Tinggi

Tn. Hj. Mohd. Zahidi B. Ariffin

Penolong Pengarah Kanan,

Bahagian Kurikulum,

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Menilai aspek kandungan

instrumen menepati

En. Mohd. Zuhair bin Abdul Rahman

Penolong Pengarah Kanan,

Page 33: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

139

kehendak buku teks Buku

Teks Bahasa Arab Tinggi

Tingkatan 4.

Bahagian Buku Teks,

Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Menilai aspek tata bahasa

instrument menepati

kaedah tata bahasa Arab

Dr. Mohamad bin Seman

Ketua Jabatan Bahasa Timur Tengah

Fakulti Bahasa dan Linguistik

Universiti Malaya

4. Menilai aspek laras bahasa

instrumen menepati aras

bahasa arab pelajar

Tingkatan 4 di SMKA

Ustazah Siti Aisyah bte Hj. Ashari

Ketua Panatia Bahasa Arab,

SMKA Nibung Tebal,

Pulau Pinang

Kebolehpercayaan Instrumen

Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan

ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama

diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang

berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama

atau hampir sama (Howard Wainer & Henry I. Braun,1988). William

Wiersma (2000 ) menjelaskan;

“Reliability means consistency, an observed score can be seen as

consisting of two parts, one part in individual’s “true” score and the

other part an “ error “ score”.

(m.s : 297)

Page 34: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

140

Pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima mengikut

pengamal penyelidikan dalam sains sosial ialah lebih daripada a = .60.

Dengan menggugurkan butiran-butiran yang merendahkan pekali

tersebut (dalam construct dan indicator item), penyelidik boleh

meningkatkan nilai reliabiliti terhadap alat ukur. Mengikut Mohd. Majid

Konting (2000) tahap a = 0.71 – 0.99 adalah tahap yang terbaik

.Fraenkel dan Wallen (1996) meletakkan nilai reliability item yang diterima

pada tahap a = 0.70 – 0.99 . Kubiszyn dan Borich (2000) menentukan nilai

a = .80 - .90 reliability coefficients yang diterima.

Dalam kajian ini, penyelidik telah telah menjalankan kajian rintis

untuk melihat nilai pekali kebolehpercayaan. Pekali kebolehpercayaan

yang didapati daripada kajian rintis ini ialah Cornbach alpha 0.8517.

Menurut Sakaran (1992), semakin hampir nilai Cornbach alpha kepada

1.0 maka semakin tinggi tahap kebolehpercayaannya. Nilai alpha yang

kurang dari 0.6 dianggap lemah, 0.7 boleh diterima, manakala melebihi

0.8 dianggap baik. Lantaran itu, nilai Cronbach alpha instrumen soal

selidik kajian ini adalah tinggi dan berada dalam julat yang sesuai dan

ketekalan alat pengukuran boleh dipercayai.

Hasil kajian rintis menunjukkan soal selidik dan ujian kompetensi

lisan yang digubal mudah difahami oleh pelajar serta menepati objektif

kajian. Namun demikian, beberapa ayat yang kurang jelas maknanya

telah dibaiki bagi memantapkan lagi soal selidik tersebut agar ia lebih

senang difahami. Responden juga memberi respon terhadap hampir

Page 35: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

141

setiap item yang terkandung di dalam ujian kompetensi lisan yang

dijalankan. Ini menunjukkan format soalan dan aras bahasa Arab yang

digunakan di dalam ujian kompetensi lisan bersesuaian dengan tahap

pelajar tingkatan empat di sekolah menengah.

PROSEDUR ANALISIS DATA

Terdapat dua jenis data yang diperoleh melalui 3 jenis instrumen kajian

iaitu (a) data kuantitatif yang diperoleh melalui instrumen soal selidik dan

ujian kompetensi lisan dan, (b) data kualitatif iaitu ujaran lisan (speech

production) yang diperoleh dalam kajian kes melalui aktiviti komunikasi

lisan yang dijalankan terhadap 18 orang responden. Berikut adalah

prosedur analisis data bagi data kuantitatif dan data kualitatif.

Prosedur Analisis Data Kuantitatif

Untuk tujuan kajian ini, analisis data berkomputer SPSS For Windows

Release 14.0 (Statistical Package for Social Science) digunakan pengkaji

bagi menganalisis data kuantitatif. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk

(a) min, (b) sisihan piawai, (c) frekuensi, (d) peratusan dan statistik

inferensi iaitu ujian korelasi Pearson r digunakan untuk menganalisis data

yang diperolehi dan digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Secara

spesifik dijelaskan seperti berikut;

Page 36: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

142

Analisis Min, Frekuensi dan Peratusan

Kaedah analisis statistik deskriptif ini digunakan untuk mendapat

maklumat mengenai demografi sampel. Ia juga digunakan untuk

menjawab persoalan pertama kajian iaitu mengenalpasti tahap

kompetensi komunikatif pelajar dan persoalan ketiga kajian iaitu

mengenalpasti halangan-halangan pelajar untuk berkomunikasi di dalam

bahasa Arab serta strategi komunikasi yang biasa digunakan pelajar

ketika berkomunikasi.

Korelasi Pearson r

Korelasi Pearson r digunakan untuk mencari hubungan di antara

pembolehubah-pembolehubah sikap, motivasi, strategi pembelajaran

pelajar, pendekatan pengajaran guru dan pendedahan luaran serta

persekitaran bahasa Arab sekolah dengan tahap kompetensi komunikatif

pelajar. Ianya bagi menjawab persoalan kedua kajian. Kaedah korelasi

pearson r digunakan pada aras signifikan p<0.05. Nilai r di antara +1 dan

-1 digunakan dalam perkiraan tersebut.

Sekiranya r = +1 bermakna terdapat korelasi yang tinggi antara

dua pembolehubah. Sekiranya r = -1 bermakna sebaliknya.

Sekiranya r = 0 bermakna tidak terdapat korelasi antara dua

pembolehubah berkaitan. (Yahaya Mahamood, 2001)

Page 37: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

143

Bagi menganalisis korelasi di antara hubungan tahap kompetensi

responden dan pembolehubah-pembolehubah terpilih, penyelidik telah

menggunakan sistem pengekodan atau “coding system”. Menurut Majid

Koting (2000), pengekodan data perlu dilakukan untuk membolehkan

data-data berkenaan diproses dan dianalisis oleh perisian komputer.

Dalam kajian ini, setiap soal selidik responden diberi kod bermula dari 001

sehingga 155. Dalam ujian kompetensi lisan, setiap responden diberi kod

yang sama dalam soalselidik iaitu bermula dari 001 sehingga sehingga

155. Kemudian skor yang diperolehi oleh responden dalam ujian

kompetensi lisan dikorelasikan dengan skor min responden dalam item-

item soal selidik mengikut urutan kod 001 sehingga 155 untuk pemperoleh

nilai r.

Prosedur Analisis Data Kualitatif Kajian Kes

Analisis data kualitatif ini digunakan pengkaji bagi menerangkan

bagaimana responden mengatasi masalah komunikasi yang timbul akibat

kekurangan kosa kata bahasa Arab dalam menyampaikan sesuatu mesej

ketika memberi respon semasa sesi aktiviti komunikasi lisan dijalankan.

Ini bagi menjawab persoalan keempat kajian. Prosedur analisis data

kualitatif kajian kes ini melalui tiga peringkat iaitu (a) rakaman video, (b)

transkripsi ujaran lisan, (c) menganalisis bentuk-bentuk strategi

komunikasi.

Page 38: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

144

Rakaman Video Digital

Data kualitatif ini diperolehi melalui rakaman video yang dilakukan semasa

sesi temubual ke atas 18 orang responden. Rakaman video dilakukan

bagi membolehkan pengkaji menggunakannya berulang kali bagi

mengesan bentuk strategi komunikasi yang digunakan pelajar. Proses

menganalisis data melalui instrumen rakaman video melibatkan tiga

peringkat. Ia dinyatakan seperti rajah 3.7 di bawah;

RAKAMAN VIDEO

DIGITAL

UJARAN LISAN

TRANSKRIPSI (pengolahan

data)

TULISAN

ANALISIS (perolehan

data)

KUALITATIF &

KUANTITATIF

Rajah 3.7 : Proses Analisis Data Kualitatif Kajian Kes

Transkripsi Rakaman Video Digital

Ujaran lisan yang dirakamkan menggunakan perakam video digital ini

perlu ditranskripsikan ke dalam data tulisan untuk memudahkan kerja-

kerja menganalisis data. Pengkaji akan menganalisis data yang

ditranskripsikan berdasarkan pemerhatian terhadap CD rakaman. Proses

transkripsi ini melibatkan empat langkah ;

Page 39: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

145

Pertama : Pengkaji menonton seluruh CD rakaman video sambil

mengkategorikan bahagian-bahagian item yang terdapat di

dalam aktiviti lisan tersebut.

Kedua : Pengkaji menonton ulangan keseluruhan CD rakaman

beberapa kali. Pemerhatian dan tumpuan diberikan kepada

ciri-ciri penggunaan strategi komunikasi.

Ketiga : Pengkaji menonton sekali lagi CD rakaman sedikit demi

sedikit sehingga selesai seluruh CD rakaman, sambil

mentranskripsikan semua data ujaran lisan oleh responden

kajian. Di samping itu, maklumat tambahan tentang konteks

wacana juga dicatatkan pada data transkripsi. Ia termasuklah

perasaan responden, gerak badan, mimik muka dan tempoh

selang waktu responden mengeluarkan ujaran.

Keempat : Hanya bahagian data transkripsi yang berkaitan penggunaan

strategi komunikasi sahaja dipilih untuk dianalisis. Manakala

transkripsi data yang tidak berkaitan diasingkan.

Kriteria Mengenal pasti Strategi Komunikasi

Pengkaji telah merujuk beberapa kriteria yang dicadang Tarone

(1983) untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan.

Semasa transkripsi data melalui CD rakaman video digital dilakukan,

Page 40: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

146

pengkaji mengesan dan mengenal pasti strategi komunikasi berdasarkan

kriteria berikut ;

Berlaku komunikasi tergendala yang menunjukkan responden mengalami

masalah untuk menyampaikan mesej. Tanda-tanda ini dikenalpasti

apabila responden berhenti bercakap untuk memikirkan sesuatu.

a. Responden bersungguh-sungguh untuk menyampaikan sesuatu

mesej seperti percubaan menyampaikan mesej yang sama

berulang-kali.

b. Responden melahirkan ujaran yang janggal yang sama sekali

menyalahi peraturan tatabahasa Arab yang standard.

c. Responden berusaha mencari jalan lain untuk menyampai maksud

seperti mengolah semula susunan ayat atau meminta bantuan dari

rakan yang sama-sama mengikuti aktiviti komunikasi lisan.

d. Responden menggunakan unsur-unsur paralinguistik dan bukan

verbal seperti mimik muka. Ianya hanya dapat dicerap melalui

pemerhatian terhadap cd rakaman video yang dimainkan berulang-

ulang kali..

Page 41: BAB III REKABENTUK DAN METODOLOGI …repository.um.edu.my/645/5/BAB III.pdf · REKABENTUK DAN METODOLOGI PENDAHULUAN Di dalam bab pertama, ... pendekatan pengajaran guru dan persekitaran

147

KESIMPULAN

Bab ini menjelaskan tentang metodologi kajian. Ia meliputi rekabentuk dan

kaedah kajian yang menjadi garis panduan dalam menjalankan kajian ini.

Di samping itu, dijelaskan juga tentang subjek kajian, instrumen kajian dan

prosedur analisis data kajian yang menggunakan gabungan pendekatan

kuantitatif dan kualitatif. Diharap kajian ini merupakan langkah rintis di

Malaysia dalam mengkaji kompetensi komunikatif dan strategi komunikasi

pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua mereka.