BAB_2_SEJARAH_PLURALITI.ppt

41
BAB2/ctu 553 1 PLURALITI PLURALITI MASYARAKAT ALAM MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM MELAYU DALAM SEJARAH SEJARAH

Transcript of BAB_2_SEJARAH_PLURALITI.ppt

  • BAB2/ctu 553*PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

  • BAB2/ctu 553*PENDAHULUAN

    Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat pluralistik (plural society).

    Asia Tenggara semasa pra-Eropah merupakan satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia yang didorong oleh serampang tiga mata iaitu Ketuhanan, Kekayaan dan Kemenangan (God, Gold and Glory).

  • BAB2/ctu 553*CIRI-CIRI PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURAL

    PLURALITI : Bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel.

    MASYARAKAT PLURAL: Bercirikan pemaksaan dan perbezaan.

  • BAB2/ctu 553*PERSAMAAN Wujudnya masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, China, India, Eropah, Jepun dan lain-lain.

  • BAB2/ctu 553*PERBEZAANPLURALITI

    Melalui proses semulajadi tanpa sebarang pemaksaan.

    Datang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan.

    Disertai oleh ahli keluarga.

  • BAB2/ctu 553*.sambunganKeadaan ini menjamin ketenangan fikiran dan perasaan para pendatang.

    Hasilnya mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem:

    Sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan. Mengamalkan budaya kehidupan seharian orang Melayu. Amalan dan adat resam pendatang diterima pakai oleh penduduk tempatan.

  • sambunganContohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan.Disamping itu, mereka juga mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu.Selain itu, amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam majlis perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India

    BAB2/ctu 553*

  • BAB2/ctu 553*PERBEZAANMASYARAKAT PLURALISTIK

    Berlaku secara paksaan.

    Demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

    Tidak disertai oleh kaum keluarga.

  • BAB2/ctu 553*.sambunganAkibatnya hasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing tidak pernah padam Hasilnya mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar serta sistem:

    Wujudkan kelompok masyarakat berserta sistem mereka sendiri.Terasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat sama. Gagal mengenali antara satu sama lain.

  • sambunganNamun. ini tidak bermakna tiada kehidupan yang harmonis. Kehidupan yang harmonis antara kaum tetap dan terus wujud dalam bentuk akomodasi sosial. Akomodasi sosial telah membenarkan setiap kaum iaitu Melayu, Cina dan India menjalani kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing secara harmonis. Keharmonian ini terus berkekalan sehingga ke hari ini.

    BAB2/ctu 553*

  • Pra Kerajaan MelakaHubungan antara peradaban Alam Melayu dengan peradapan China dan India telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Dipercayai bahawa pedagang-pedagang India telah datang ke Gugusan Kepulauan Melayu sejak selewat-lewatnya pada abad pertama Masihi. Hubungan perdagangan secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan China telah diasaskan pada awal abad ke-5 Masihi.Hubungan tersebut terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan pendidikan.

    BAB2/ctu 553*

  • Hasilnya perkembangan tamadun awal dalam Alam Melayu amat dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan India. Masyarakat Alam Melayu (terutamanya dalam kalangan raja dan kaum bangsawan) telah menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercanggah dengan kepercayaan tempatan. George Coedes (1948) menggunakan istilah Indianisation atau "pengindiaan" bagi melambangkan proses perluasan pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara.

    BAB2/ctu 553*

  • Contohnya konsep raja dan kerajaan ialah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu sementara konsep negeri atau negara ialah perkataan Sanskrit Pelantikan para pegawai kerajaan awal dalam Alam Melayu secara berangka seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua dipengaruhi oleh astrologi Hindu.

    BAB2/ctu 553*

  • BAB2/ctu 553*PENJAJAHAN: TITIK PEMISAH ANTARA PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURAL

  • BAB2/ctu 553*SambTitik pemisah di antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dengan ketibaan penjajah ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu.

    Walaupun sebelum kedatangan Inggeris, Asia Tenggara telah dikunjungi kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol namun kedatangan Inggeris membawa fenomena yang berbeza.

  • BAB2/ctu 553*.sambunganKuasa-kuasa Eropah lain lebih banyak menekankan imperialisme di dalam misi-misi kedatangan mereka.

    Inggeris pula menggunakan senjata serampang dua mata di dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme.

    Ini bermakna mereka menjajah kedua-dua aspek fizikal dan mental masyarakat yang dijajah.

  • BAB2/ctu 553*sambunganIMPERIALISME: Mereka menjajah secara fizikal iaitu segala kekayaan muka bumi seperti bijih timah dan emas diambil demi kepentingan ekonomi negara mereka sendiri. Oleh itu buruh dari China dan India dibawa masuk untuk mengusahakan lombong-lombong dan ladang getah.

    KOLONIALISME: Mereka memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan. Hasilnya mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit.

  • BAB2/ctu 553*PLURALITI ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

  • BAB2/ctu 553*PEMERINTAHANZaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.

    Sultan/pembesar mempunyai misi & visi yang hebat.

    Tempat pertemuan para pedagang (The Venice of The East).

  • BAB2/ctu 553*SambunganPemerintahan diplomasi & terbuka.

    Perlembagaan Melaka yang dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka).

  • BAB2/ctu 553*PERDAGANGANPerdagangan rancak hasil sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang sangat cekap.

    Panglima dan laksamana Melaka proaktif mengawal keselamatan dari ancaman perompak dan lanun.

  • BAB2/ctu 553*Samb.Tahap keselamatan yang tinggi di Selat Melaka.

    Kepulauan Melayu terkenal dengan hasil rempah ratus yang dianggap barang mewah.

  • BAB2/ctu 553*KEPENDUDUKANProses penghijrahan berlaku secara alamiah tanpa ada paksaan. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri.

    Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.

  • BAB2/ctu 553*KEBUDAYAANKeterbukaan pemerintah empayar Melaka, keselamatan perairan Selat Melaka menjadikan Melaka sebagai pelabuhan dan kota metropolitan serta kota multi budaya.

  • BAB2/ctu 553* MASYARAKAT PLURALISTIK ZAMAN PENJAJAHAN

  • BAB2/ctu 553*PRINSIPPemisahan negara dari agama: Pentadbiran negara dikawal oleh mereka manakala hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan.Hasil daripada perubahan epistemologi di Eropah iaitu pemisahan antara negara dan agama.(Sekularisme)

  • Perkara itulah yang mahu diterapkan oleh Inggeris di tanah jajahannya.(negara kolonial sekular)India, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka dan Nepal

    BAB2/ctu 553*

  • Bernard Cohn seorang ahli antropologi berbangsa Amerika) mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal; apa yang lebih penting ialah Kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi. Penaklukan ini berlaku melalui proses penghuraian sistem pemikiran peribumi yang mengakibatkan hilangnya kekuatan sistem pemikiran tersebut sebagai kuasa pentakrif kehidupan.

    BAB2/ctu 553*

  • Pengagihan kuasa :

    kehakiman, eksekutif dan perundangan serta federalisme.BAB2/ctu 553*

  • BAB2/ctu 553*Sambungan.Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampuraduk. Ini berbeza dengan sistem di zaman sebelum Inggeris di mana tiada agihan kuasa berlaku kerana raja dan sultan mempunyai kuasa mutlak.

  • BAB2/ctu 553*SISTEM DAN STRUKTURSebelum kedatangan Inggeris:Sistem kerajaan yang mencantumkan kedua-dua aspek agama dan negara.

    Raja merujuk kepada penasihat agama untuk membuat keputusan penting negara.

    Agamawan dan raja saling berperanan di dalam sistem kerajaan tersebut.

  • BAB2/ctu 553*.sambunganSelepas kedatangan Inggeris:Pemisahan di antara agama dan negara iaitu negara ditadbir oleh pentadbir sekular dan agama diletakkan di bawah kuasa sultan-sultan Melayu.

  • BAB2/ctu 553*Sambungan..Oleh itu terdapat dua bentuk sistem kerajaan di Alam Melayu iaitu: Pertama: Kerajaan yang peranan agama dan negara saling bertautan (KERAJAAN).Kedua: Kerajaan yang telah memisahkan di antara negara dan agama (kerajaan).

  • BAB2/ctu 553*DASARIlmu kolonial yang berasaskan sains moden yang bersifat rasional saintifik telah mencorakkan dasar-dasar pentadbiran, ekonomi dan pendidikan penjajah Inggeris.

    Pentadbiran: Sistem pentadbiran yang memisahkan di antara negara dan agama.

  • BAB2/ctu 553*SambEkonomi: Ekonomi pula telah berubah dari hanya berasaskan pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan (sistem ekonomi kapitalis).

    Pendidikan: Dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekular.

  • BAB2/ctu 553*MASYARAKAT PLURALISTIK PASCA MERDEKA

  • BAB2/ctu 553*POLITIKPolitik dipengaruhi aspek etnik.

    Kerjasama parti-parti politik Parti Perikatan (1974).

    Dasar-dasar kerajaan mengukuhkan kerjasama dan hubungan harmoni antara etnik.

    Hubungan lebih bersifat utilitarian.

  • BAB2/ctu 553*PERLEMBAGAANSumber segala perundangan dan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik.

    Perlembagaan berlandaskan kontrak sosial antara kaum

  • BAB2/ctu 553*PENDIDIKANSistem pendidikan kebangsaan berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.

    Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) bermatlamat menyatukan etnik-etnik.

    Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

  • BAB2/ctu 553*EKONOMIRancangan pembangunan ekonomi negara digiatkan bagi mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik.

    Dasar-dasar pembangunan negara dirangka bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi.

  • BAB2/ctu 553*RUMUSANPerkembangan hubungan etnik di alam Melayu terbahagi kepada 3 zaman; pra penjajahan, penjajahan & pasca penjajahan dan 2 peristiwa penting; ketibaan penjajahan barat & kemerdekaan.Struktur sosial setiap zaman berbeza dan mempengaruhi zaman lain.Usaha kita adalah untuk mewujudkan pluraliti baru seperti sebelum datangnya penjajah barat.