Bab3.Teori.tinjauan.literatur.

download Bab3.Teori.tinjauan.literatur.

of 9

description

test

Transcript of Bab3.Teori.tinjauan.literatur.

  • 1

    Bab 3: Teori dan Tinjauan Literatur Berkaitan (A)

    3.1 Mukadimah 3.2 Apakah teori? 3.3 Teori yang baik 3.4 Membuktikan teori 3.5 Asas teori 3.6 Tinjauan literatur berkaitan 3.7 Memastikan tinjauan literatur berkaitan memenuhi syarat

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    menjelaskan maksud teori dalam penyelidikan

    senaraikan ciri-ciri teori yang baik

    membezakan antara kerangka keteorian dan kerangka konseptual

    menerangkan tujuan meninjau literatur berkaitan

    memahami cara menjalankan tinjauan literatur berkaitan

    mengkritik bahan bacaan

  • 2

    Bab ini akan membincang tentang apa itu teori, peranan teori dan contoh-contoh teori.

    Juga dibincangkan ialah fungis dan tujuan tinjauan literatur berkaitan serta cara

    menganalisis secara kritis sesuatu artikel penyelidikan.

    Kerap kali pelajar yang menjalankan sesuatu kajian ditanya, Apakah asas teori penyelidikan kamu? Apakah sumbangan kajian kamu kepada bidang yang

    diterokai? Adakah kajian kamu membukti teori atau memperkembangkan teori?

    Kerlinger (1973) menyifatkan teori sebagai satu set variabel, definisi dan

    proposisi yang memberi suatu gambaran sistematik berkenaan sesuatu fenomena. Teori

    ialah penjelasan tentang sesuatu fenomena; iaitu fenomena Z berlaku kerana X dan Y

    saling bertindak.

    Contohnya, teori pembelajaran sosial yang diutarakan of Bandura pada tahun 1963

    menerangkan bahawa seseorang akan meniru sesuatu tingkahlaku sekiranya wujudnya

    TIGA elemen berikut:

    1. subjek telah memerhati tingkahlaku berkenaan, setelah memberi tumpuan (attention),

    2. memproses apa yang diperhatikan (processing) 3. menghasil semula (reproduction) tingkahlaku itu.

    Teori adalah penting kerana ia memandu penyelidikan dengan mencadangkan hubung

    kaitan serta membuat ramalan. Tanpa teori yang kukuh sebagai panduan, penyelidikan

    mungkin bertumpu kepada isu-isu remeh-temeh yang tidak menyumbang kepada

    pengetahuan baru sepertimana dikehendaki untuk memajukan bidang pendidikan (Borg

    dan Borg, 1983). Berikut ini ialah beberapa teori pembelajaran:

    Teori Transformatif Generatif oleh Chomsky menyatakan bahawa manusia

    dilahirkan dengan kecekepan semula jadi untuk berbahasa.

    3.1 Mukadimah

    3.2 Apakah Teori?

  • 3

    Teori Pelaziman Operan oleh Skinner (1940) mencadangkan bahawa organisme

    akan melakukan sesuatu sekiranya organisme to diberi penguhan positif.

    Teori Ingatan Jangka Pendek - Sebanyak 5 2 chunk maklumat dapat disimpan

    dalam ingatan jangka pendek (Miller, 1957).

    Bacaan adalah proses interaktif yang melibatkan pemprosesan atas ke bawah

    dan pemprosesan bawah ke atas.

    Dalam kehidupan seharain, kita kerap menggunakan intuisi serta pengetahuan umum

    untuk menjelaskan kewujudan sesuatu fenomena. Bagaimana pun, penerangan yang

    berlandaskan teori adalah lebih konsisten dan lazimnya tidak bercanggah sama sendiri

    kerana teori diperkembangkan setelah data dikumpulkan secara sistematik dan dianalisis

    berhati-hati. Perkara yang paling menarik berkenaan teori ialah ia membolehkan

    membuat ramalan. Contohnya, salah satu teori pembelajaran Skinner menyatakan bahawa

    tingkahlaku sesuatu organisme boleh dibentuk dengan menjadualkan peneguhan.

    Teori yang baik adalah cukup umum untuk diaplikasi dalam beberapa situasi dan

    dikalangan orang tertentu. Contohnya, teori yang menjelaskan sikap terhadap matematik

    di kalangan remaja Cina sahaja kurang berguna berbanding teori yang menerangkan

    sikap terhadap matematik di kalangan remaja Malaysia.

    Teori yang baik menunjukkan hubungan yang dinamik antara variabel dan tidak hanya mengutarakan istilah tentang kewujudan sesuatu fenomena dengan

    tidak memberi penjelasan yang bermakna. Contohnya, mengapakah setengah remaja mencuri atau kerap dihadapkan ke mahkamah juvana? Teori yang lazim dikemukakan ialah pengalaman pahit waktu kecil atau kepincangan keluarga yang menyebabkan setengah remaja terjebak dengan jenayah.

    Kita mengaitkan kewujudan sesuatu tingkahlaku buruk dengan pengalaman buruk

    yang lampau. Apakah mekanisme sebenar yang membuat pengalaman pahit itu

    mendorong seorang kanak-kanak melakukan perkara yang tidak diingini?

    Bagaimanakah otak bertindak untuk menyebabkan satu perkara buruk

    mempengaruhi perkara buruk yang lain? Ini adalah aspek-aspek teori yang perlu

    dinyatakan untuk layak menjadi teori yang baik, bermakna dan berguna.

    Teori yang baik secara umum boleh diuji untuk membolehkan pembinaan ilmu. Bagaimana pun, tidak semua teori boleh diuji. Oleh itu apabila memilih teori,

    tentukan bahawa ia boleh diuji dan terdiri daripada variabel yang boleh dioperasi

    3.3 Teori yang Baik

  • 4

    untuk membuat ramalan tentang sesuatu fenomena. Sebaliknya, teori yang terdiri

    daripada variabel yang tidak boleh dioperasi sukar diuji. Contohnya, teori-teori

    berkenaan percintaan agak sukar diuji kerana konstruk cinta tidak mudah diukur kerana terdiri daripada pelbagai tafsiran.

    Teori yang baik boleh dibuktikan sebagai salah. Jika tidak ada cara pengumpulan data untuk membuktikan sesuatu teori sebagai salah, teori itu adalah tidak

    berbaloi. Contohnya, pekerja dalam sebuah organisasi bekerja kuat kerana sesuatu

    yang dipanggil motivasi. Kita membuat inferen bahawa seorang yang bekerja kuat adalah bermotivasi tinggi dan jika dia tidak bekerja kuat, dia tidak

    bermotivasi. Teori berputar ini sukar dibuktikan salah kerana jika seorang

    bermotivasi dia akan bekerja kuat dan jika dia bekerja kuat, dia bermotivasi.

    Sesuatu teori hanya boleh dibuktikan sebagai salah tetapi tidak boleh dibuktikan sebagai

    betul. Sesuatu teori akan terus berkekal sebagai teori tidak kira berapa kerap ia diuji dan

    ini ketara seli dalam pendidikan kerana subjek yang dikaji ialah manusia. Contohnya,

    anda menguji teori bahawa pembaca yang mempunyai skema tentang bahan bacaan akan

    memahami lebih berbanding dengan pembaca yang tidak mempunyai skema sebanyak 10

    kali dan dapati fenomena ini memang wujud. Tetapi pada kajian ke-11 fenoemana

    tersebut itu tidak wujud dan teori itu ditolak. Dalam bidang pendidikan keputusan

    seumpama ini kerap wujud kerana bahan kajian kita ialah manusia dan seperti diketahui

    umum, manusia mempamerkan pelbagai tingkahlaku disebabkan berlainan latar

    belakang, sikap, minat, kebolehan, perwatakan, kecenderungan dan sebagainya yang

    mempengaruhi keputusan sesuatu kajian yang tidak terkawal.

    Bila kita menguji sesuatu teori dan gagal membuktikan fenomena itu wujud teori itu

    ditolak. Kemungkinan terdapat data lain atau situasi lain yang tidak diambil kira yang

    menyebabkan anda gagal membuktikan kewujudan fenomena berkenaan. Sebaliknya,

    orang lain yang menjalankan ujian tersebut mungkin dapat menunjukan fenomena itu

    wujud. Seumpama kamu kehilangan kunci kereta dalam rumah. Kamu mencarinya dan

    3.4 Membuktikan Teori

    a) Apakah teori? b) Berikan contoh-contoh teori dalam pendidikan bahasa. c) Nyatakan ciri-ciri teori yang baik. d) Bolehkah sesuatu teori dibuktikan salah?

  • 5

    menjumpainya; terbukti kunci itu ada dalam rumah. Kamu mencarinya tetapi gagal

    menjumpainya. Ia tidak bermakna kunci itu tidak ada dalam rumah cuma anda tidak

    bertembung dengan tempat kunci itu terletak.

    Memperolehi Teori dalam Pendidikan - Manakah mendapatkan maklumat berkenaan teori dalam bidang pendidikan? Satu opsyen ialah membaca buku teks yang

    memberi rumusan beberapa teori. Contohnya, buku teks:

    Pengenalan kepada Psikologi Pendidikan,

    Pengenalan kepada Psikologi Sosial,

    Pengantar Psikologi Kognitif

    Pengantar Sosiologi Pendidikan

    Teori Pendidikan Bahasa

    Teori-Teori Pendidikan Bacaan

    Adalah beberapa sumber bacaan yang mengutarakna pelbagai teori. Satu masalah ialah

    kebanyakkan teori yang dibincangkan merupakan ringkasan dan telah dipermudahkan.

    Penyelidik yang terlalu bergantung kepada ringkasan daripada buku teks mungkin

    memperolehi pengetahuan yang agak cetak berkenaan teori yang dikaji.

    Dengan merujuk kepada bahagian rujukan buku teks itu, penyelidik boleh mencari bahan asal teori-teori berkenaan. Kebanyakkan teori-teori pendidikan diperkenalkan oleh

    pengasasnya dalam jurnal dan penyelidik yang memperolehi bahan tersebut akan dapat

    mengkaji dengan terperinci apa yang dikemukakan oleh teori berkenaan.

    Lagi satu opsyen ialah untuk membaca sumber-sumber yang membincang atau

    meringkaskan teori-teori yang diperkembangkan oleh para penyelidik seperti American

    Psychologist, Psychological Abstracts, Review of Research in Education dan sebagainya.

    Penyelidik novis atau pelajar yang bermula menjalankan penyelidikan dalam pendidikan

    kerap kali keliru dengan asas teori. Menurut Lester (1991), kebanyakkan pelajar apabila bermula penyelidikan tidak begitu jelas tentang apa itu asas teori. Pelajar ini bermula dengan mengenal pasti masalah yang hendak dikaji dan terus menuju ke reka

    bentuk kajian tanpa menempatkan kajian merek bersama dengan hasil kerja orang lain.

    Hanya mengemukakan tinjauan bahan literatur dengan tujuan memaklumkan dan

    memandu kajian yang dirancangkan tidak mencukupi.

    Adalah perlu suatu deskripsi eksplisit mengenai asas teoti. Eisenhart (1991)

    memerihalkan asas teori sebagai suatu struktur yang memandu penyelidikan dengan berasaskan suatu teori formal yang diperkenalkan untuk memberi penerangan sesuatu

    3.5 Asas Teori

  • 6

    fenomena dan hubung kaitan antara variabel-variabel. Contohnya ialah teori

    konstructivisme sosial Lev Vygotsky. Marshall dan Rossman (1989) menjelaskan

    bagaimana seorang penyelidik dapat meletakkan masalah kajiannya dalam suatu

    kumpulan teori; tetapi lokasi ini dipilih berdasarkan andaian penyelidik dan andaian ini

    hendak dinyatakan secara eksplisit. Jadi, asas teori dijangka melahirkan pelbagai nilai dan kepercayaan yang dikongsi dalam paradigma sama dengan cendiakawan lain. Oleh

    itu, para penyelidik lazimnya tidak meletakkan kerja mereka dengan kerangka keteorian

    yang semua baru tetapi mengenal pasti perspektif sedia ada dan sama aliran dengan

    penyelidik lain.

    Setelah mengenal pasti bidang, permasalahan penyelidikan dan soalan penyelidikan ajian,

    tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan literatur berkaitan. Beberapa perkataan

    lain juga digunakan seperti sorotan literatur, tinjauan kajian lepas, tinjauan bahan bacaan. Kita akan menggunakan istilah tinjauan literatur berkaitan. Tinjaun literatur berkaitan ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan

    berkaitan dengan topik yang anda ingin mengkaji.

    Tujuan tinjauan literatur berkaitan ialah:

    untuk menyampaikan kepada pembaca; ilmu, idea dan dapatan yang bersabit dengan topik anda.

    memilih bahan-bahan yang berkait rapat dengan permasalahan penyelidikan dan soalan penyelidikan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan.

    bukan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-mata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki.

    3.6 Tinjauan Literatur Berkaitan

    a) Apakah yang dimaksudkan sesuatu teori hanya boleh dibuktikan sebagai salah tetapi tidak boleh dibuktikan sebagai betul.

    b) Bagaimana penyelidik memperolehi sesuatu teori dalam pendidikan bahasa?

    c) Mengapakah sesuatu penyelidikan harus berasaskan sesuatu atau beberapa teori?

  • 7

    Tujuan tinjauan literatur berkaitan ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu, idea,

    teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian anda.

    Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan penyelidikan,

    buku, monograph, prosiding persidangan dan sebagainya.

    Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan

    kepada soalan penyelidikan yang ketengahkan, metodologi yang digunakan, penemuan

    yang diperolehi serta perbincangan penulis (Lihat Rajah 3.1).

    Artikel

    Rajah 3.1 Tumpuan kepada Artikel

    Berikut ini ialah senarai semak yang anda boleh gunakan ketika menganalisis secara

    kritis sesuatu artikel penyelidikan:

    SENARAI SEMAK MENGKRITIK ARTIKEL PENYELIDIKAN

    Pengenalan

    Apakah rasional dan pernyataan masalah kajian? Adakah ia dinyatakan dengan jelas?

    Adakah soalan kajian atau hipotesis dinyatakan dengan jelas?

    Adakah penulis memberi definsi operasi variabel yang dikaji?

    Permasalahan

    Penyelidikan

    Soalan

    Penyelidikan

    Metodologi

    Penyelidikan

    Penemuan

    Penting

    Rumusan

    Penyelidik

  • 8

    Adakah kajian berdasarkan teori? Adakah teori disebut?

    Metodologi /Kaedah

    Adakah hubung kaitan antara kaedah pengumpulan data dan soalan penyelidikan atau hipotesis?

    Sejauh manakah penulis mendefinisi dan memerihal tentang pemilihan sampel? Adakah kaedah pemilihan sampel diterangkan dengan terperinci?

    Adakah usaha untuk mempertingkatkan kesahan dalaman?

    Sejauh manakah insturmen sesuasi dengan kajian? Adakah dinicangankan tentang kebolehpercayaan dan kesahan instrumen?

    Adakah diterangkan prosedur pentadbiran instument? Adakah dikenal pasti limitasi kajian?

    Penemuan / Keputusan

    Adakah jadual dan graf disampaikan dengan jelas dan boleh difahami?

    Adakah teknik statistik yang digunakan sesuai dan tahap signifikan dilaporakan?

    Adakah anda mahu cadangkan analisis statistik untuk kajian ini?

    Perbincangan / Rumusan

    Apakah kesimpulan kajian? Adakah ramalan yang dibuat berkenaan penemuan munasabah?

    Adakah penulis mengaitkan menemuan dengan teori?

    Adajak penulis mencadangkan penyelidikan masa depan?

    Apakah baik tentang kajian ini?

    Gunakan kad 5 x 7 untuk mencatat nota penting setiap bahan yang dibaca. Diakhir

    pencarian literatur, susun kad-kad berkenaan

    mengikut kategori dan untuk memudahkan

    penulisan rujukan atau bibliografi kad-kad itu

    boleh disusun mengikut abjad.

    Tajuk: _________________________

    Penulis: ________________________

    Sumber: ________________________

    Ringkasan:

    Kaedah __________________

    Keputusan / Penemuan ______

    Perbincangan ______________

  • 9

    Memang benar, tinjauan literatur berkaitan adalah suatu tugas yang sukar. Sebagai

    bantuan, anda digalakkan sentiasa tanya diri sendiri soalan-soalan berikut:

    Sejauh manakah tinjauan bacaan saya menerangkan pernyataan masalah dan soalan kajian saya?

    Adakah jenis-jensis bahan yang saya telah merujuk memadai? (Iaitu, artikel jurnal, bab-bab buku, dokuman kerajaan, akhbar, majalah dan sebagainya)

    Adakah pencarian saya mencukupi? o Adakah saya telah menyentuh bahan-bahan terkenal berkaitan topik saya? o Adakah pencarian saya terlalu sempit? o Adakah bilangan bahan memadai?

    Adakah saya telah menganalisis dengan kritis setiap bahan? (Atau pun saya hanya merumus setiap bahan atau menyalin daripada tesis /disertasi /projek orang lain)

    Sejauh manakah tinjauan bahan bacaan saya relevan, sesuai dan berguna?

    [Pastikan anda membaca Bahagian (B) Sorotan Literatur oleh

    pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia]

    3.7 Memastikan Tinjauan Literatur Memenuhi Syarat

    a) Apakah tinjauan literatur berkaitan? b) Nyatakan tujuan dan fungsi tinjauan literatur berkaitan? c) Apakah anda perlu memberi perhatian apabila menganalisis secara

    kritis sesuatu artikel penyelidikan? d) Apakah tinjauan literatur berkaitan yang baik?