BAB

35
BAB 1 PENGENALAN Kecergasan fizikal selalu dikaitkan dengan aktiviti sukan. Sememangnya ia telah menjadi syarat utama bagi seseorang atlit atau individu yang melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan. Keperluan semakin mendesak apabila mereka melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan peringkat tinggi. Kebanyakan jurulatih beranggapan bahawa kecergasan adalah elemen yang penting dan haruslah berada dalam tahap yang maksima sebelum sesuatu pertandingan berlangsung. Segala program perlulah di rancang dengan rapi dan tersusun bertujuan untuk melengkapkan atlit sama ada pada kecergasan fizikal ataupun kecergasan mental. Konsep kecergasan telah pun diterima bukan sahaja di dalam bidang sukan, malahan telah diterima serta diamalkan oleh masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan kecergasan fizikal

description

Bab 1,2,3

Transcript of BAB

BAB 1

BAB 1

PENGENALAN

Kecergasan fizikal selalu dikaitkan dengan aktiviti sukan. Sememangnya ia telah menjadi syarat utama bagi seseorang atlit atau individu yang melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan. Keperluan semakin mendesak apabila mereka melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan peringkat tinggi. Kebanyakan jurulatih beranggapan bahawa kecergasan adalah elemen yang penting dan haruslah berada dalam tahap yang maksima sebelum sesuatu pertandingan berlangsung. Segala program perlulah di rancang dengan rapi dan tersusun bertujuan untuk melengkapkan atlit sama ada pada kecergasan fizikal ataupun kecergasan mental.

Konsep kecergasan telah pun diterima bukan sahaja di dalam bidang sukan, malahan telah diterima serta diamalkan oleh masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan kecergasan fizikal telah wujud pada zaman dahulu lagi. Desakkan yang mencabar telah mendesak negara-negara yang bertamadun pada ketika itu telah mengembangkan pengaruh mereka dengan menawan negara-negara lain yang berada di sekitarnya. Bagi mewujudkan angkatan tentera yang gagah dan kuat, askar-askar telah dilatih bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka. Walaubagaimanapun, perhatian yang serius bermula selepas perang dunia kedua di mana pandangan masyarakat mula meningkat. Kali ini kesedaran tersebut bukan lagi ditumpukan untuk tujuan peperangan malah untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri mereka sendiri.

Berbagai-bagai definisi telah dikemukakan oleh pakar dan juga para penyelidik mengenai kecergasan fizikal. Definisi ini juga dapat menperjelaskan dengan lebih tepat apa yang dimaksudkan dengan kecergasan. Umpamanya Clarke (1976), melihat kecergasan fizikal dari sudut fisiologi dengan menjelaskan sebagai kemampuan seseorang untuk melakukan kerja harian dengan bersungguh-sungguh dan bertenaga tanpa merasa lesu dan tenaga yang masih ada dapat melakukan aktiviti-aktiviti riadah serta dapat menghadapi saat-saat kecemasan.

Lamb (1978) pula mengatakan, kecergasan fizikal sebagai kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran fizikal yang berpotensi di dalam kehidupan dengan memperolehi kejayaan. Beliau telah memberikan dua contoh bagi menjelaskan pendapatnya iaitu yang pertama, seorang pemain bola sepak melakukan latihan yang berterusan dapat meningkat dan mengekalkan kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kelembutan bagi menghadapi situasi yang mencabar di dalam pertandingan. Kedua, seorang pustakawan di mana matlamat utama ialah bagi mengekalkan kecergasan fizikalnya ialah untuk mengekalkan sedikit kekuatan otot, kelembutan serta daya tahan kardiovaskular untuk menyertai riadah yang diminati, memastikan ia dapat menjalankan tugas harian dengan baik dan untuk menjaga dirinya daripada sakit belakang (excessive spinal curvature) dan penyakit jantung serta pelbagai penyakit kronik yang mungkin berlaku.

Sementara itu, Johnson dan Nelson (1986),4th menyatakan, kecergasan fizikal adalah satu konsep di mana ianya termasuk elemen-elemen kekuatan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelembutan, kompossisi badan dan juga tidak mempunyai sifat kegemukan (obesity). Seseorang dianggap mempunyai tahap kecergasan yang baik apabila elemen atau komponen di atas berada pada tahap kemampuan tertentu bagi sesuatu aktiviti tertentu.

Bagi Johnson dan rakan-rakan (1975), mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai kemampuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang berpatutan secara kerap di mana termasuk kualiti-kualiti penting bagi kesihatan individu. Secara umumnya kecergasan ini berkait rapat dengan prestasi kemahiran motor khusus. Beliau juga mengemukakan empat hingga lima kualiti asas kecergasan fizikal. Kualiti-kualiti tersebut merangkumi daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, kelembutan dan kegemukan (obesity).

Daripada definisi yang telah dikemukakan di atas, didapati banyak yang ditekankan pada komponen kecergasan. Komponen-komponen tersebut terdiri daripada daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan. Daripada asas ini, penyelidik akan menggunakannya bagi menguji kecergasan fizikal dua pasukan yang akan dinyatakan kemudian.

Kepentingan kecergasan sudah mula mendapat perhatian semua pihak contohnya, ia boleh didapati di tempat-tempat reakreasi, trek jogging, padang permainan dan sebagainya. Kerajaan menyedari akan hakikat ini serta keperluan orang ramai terhadapnya. Keadaan ini juga berlaku pada negara kita di mana melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pelbagai kempen telah dilancarkan seperti Malaysia Cergas dan Rakan Muda. Kempen ini bukan sahaja melibatkan ahli sukan tetapi yang lebih penting ialah penglibatan dan penyertaan aktif semua lapisan masyarakat.

Perlu juga dimuatkan dalam penulisan ini beberapa faktor kecergasan fizikal yang dikemukakan oleh Johnson dan rakan-rakan (1975) bagi menguatkan lagi pendirian serta pengetahuan kita tentang kecergasan di mana antaranya ialah:

i. Kecergasan fizikal bersifat individu dan mempunyai hubungan rapat dengan tugas atau aktiviti harian manusia.

ii. Kemahiran sukan tidak sama dengan kecergasan fizikal, walaupun seseorang atlit perlu meningkatkan tahap kecergasannya.

iii. Kecergasan fizikal berhubungkait dengan kesihatan dan prestasi tugas harian, lebih daripada kemahiran sukan.iv. Sesiapapun boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka.

v. Bagi menganggap dirinya cergas, secara minimumnya seseorang mesti berupaya untuk:

Menjalankan tugas hariannya.

Mencegah diri daripada penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan sakit belakang.

Bertindak cepat dalam keadaan kecemasan.Sebagaimana yang diketahui, pasukan bola sepak dan hoki mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Telah timbul satu persoalan di mana pasukan manakah yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi antara atlit bola sepak dengan pasukan hoki bawah 15 tahun Terengganu. Bagi menjawab sebahagian daripada soalan ini, diharapkan hasil daripada kajian ini sedikit sebanyak ianya akan dapat membantu menjawab soalan tersebut serta boleh menjadi sumber penting kepada kedua-dua pasukan yang akan diuji kelak.

PENYATAAN MASALAH

Perdebatan sering berlaku khususnya antara pasukan yang menjalani latihan di lokasi yang berlainan dan akan timbul isu kecergasan fizikal. Atlit-atlit sering mempertahankan kenyataan bahawa kecergasan fizikal kumpulan mereka lebih tinggi berbanding kumpulan lain. Berbagai-bagai rasional telah dikemukakan bagi mempertahankan hujah atau pegangan mereka.

Hingga pada masa kini, penyelidikan belum lagi dijalankan secara khusus di mana perbandingan tahap kecergasan fizikal kedua-dua pasukan ini. Adalah perlu mencari keputusan yang terbaik walaupun terdapat pelbagai-bagai definisi yang berbeza-beza. Kajian ini bertujuan membandingkan tahap kecergasan fizikal di antara pemain bola sepak lelaki dengan pemain hoki lelaki bawah 15 tahun Negeri Terengganu Darul Iman.

Diharapkan hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi keputusan kecergasan atlit-atlit bola sepak lelaki dan atlit-atlit hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu seperti:

Kecergasan fizikal atlit bola sepak lelaki bawah 15 tahun Terengganu.

Kecergasan fizikal atlit hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pasukan tersebut.

Kecergasan fizikal mengandungi komponen-komponen yang terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi badan dan kelembutan. Kelima-lima komponen ini akan menjadi sasaran kajian bagi mengukur kecergasan fizikal pasukan bola sepak lelaki dan pasukan hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu. Melalui ujian-ujian yang dijalankan, diharapkan penyelidik dapat : Memperolehi nilai atau tahap kecergasan kelima-lima angkubah atlit bola sepak lelaki bawah 15 tahun Terengganu.

Memperolehi nilai atau tahap kecergasan kelima-lima angkubah atlit hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu.

KEPENTINGAN KAJIAN

Penguasaan dan kesedaran yang tinggi di kalangan pemain terhadap kecergasan fizikal sesuatu pertandingan akan memberi kejayaan kepada sesebuah pasukan yang akan menyertai pertandingan. Pasukan yang mana pemain atau atlitnya kurang memiliki tahap kecergasan fizikal, maka ianya mungkin tidak dapat menunjukkan prestasi permainan yang cemerlang dalam sesuatu pertandingan. Tahap kecergasan sesebuah pasukan bukan sahaja dapat memberi kesihatan kepada setiap atlit malahan ianya juga berupaya memberi kejayaan kepada pasukan tersebut.

Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan satu maklum balas yang berguna terhadap tahap kecergasan fizikal yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan agar Negeri Terengganu dapat menghasilkan pasukan bola sepak lelaki dan pasukan hoki lelaki bawah 15 tahun yang mantap serta mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Kajian ini juga diharapkan memberi kesedaran kepada pemain atau atlit kedua-dua pasukan ini mengenai perlu dan pentingnya kecergasan fizikal yang telah dicapai melalui program latihan yang sistematik. Ianya perlu dikekalkan malah dipertingkatkan lagi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Melalui kajian ini juga diharapkan :

Dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam menilai tahap kecergasan kedua-dua pasukan.

Mendedahkan kepada semua jurulatih sukan tentang kaedah pengukuran dan penilaian kecergasan fizikal seseorang atlit.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif seperti berikut :

i. Membandingkan tahap kecergasan fizikal pemain-pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun Terengganu dan pemain hoki lelaki bawah 18 tahun Terengganu mengikut komponen-komponen kecergasan.

ii. Mengenalpasti tahap kecergasan fizikal pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun Terengganu dan pemain hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu.

iii. Memberi pengetahuan khusus kepada pemain-pemain atau atlit-atlit berhubung dengan kecergasan fizikal.

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian yang difikirkan sesuai dengan kajian yang akan dijalankan ialah hipotesis Nol di mana tidak berlaku persamaan yang jelas dalam tahap kecergasan fizikal di antara atlit bola sepak lelaki bawah 15 tahun Terengganu dengan atlit hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu. Berdasarkan kepada hipotesis kajian ini juga, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi perbandingan komponen-komponen kecergasan fizikal di antara dua pasukan yang akan diuji.

Hipotesis Pertama:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecergasn fizikal pemain pasukan hoki dengan pasukan bola sepak bawah 15 tahun Negeri Terengganu.

Hipotesis Kedua:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecergasan kariovaskular pemain pasuka hoki dengan pasukan bola sepak bawah 15 tahun Negeri Terengganu.

Hipotesis Ketiga:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kelembutan pemain pasukan hoki dengan pasukan bola sepak Negeri Terengganu.

Hipotesis Keempat:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap komposisi badan pemain pasukan hoki dengan pasukan bola sepak Negeri Terengganu.

Hipotesis Kelima:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap daya tahan otot pemain pasukan hoki dengan pasukan bola sepak Negeri Terengganu.BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kecergasan fizikal antara dua pasukan yang akan diuji berpandukan kepada perkara-perkara berikut :

1. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang atlit bawah 15 tahun yang terpilih mewakili Terengganu dalam Kejohanan Bola Sepak bawah 15 tahun peringkat kebangsaan dan Kejohanan Hoki Remaja bawah 15 tahun Kebangsaan tahun 2002.

2. Subjek terdiri daripada 20 orang yang terpilih menyertai pertandingan bola sepak Piala Nike dan 20 orang yang terpilih menyertai pertandingan Liga Hoki Remaja bawah 15 tahun kebangsaan tahun 2002.3. Umur subjek yang dipilih antara 13 tahun hingga 15 tahun.4. Bagi mengatasi faktor yang sukar dikawal, maka kajian ini tidak mengambil kira taraf sosio-ekonomi, latar belakang, bentuk badan dan pemakanan.5. Penilaian kecergasan dalam kajian ini adalah berfokuskan kepada lima (5) angkubah yang dipilih iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan.

6. Segala keputusan kajian digunakan bagi membandingkan tahap kecergasan fizikal antara dua pasukan yang dinyatakan.

DEFINISI OPERASIONALKecergasan Fizikal.

Kecergasan fizikal dari aspek fisiologi boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kapasiti untuk mengikuti senaman berintensiti tinggi. Secara amnya kecergasan fizikal merupakan keupayaan individu untuk menguruskan aktiviti dengan segar tanpa menghadapi kelesuan dan melakukan aktiviti rekreasi ataupun menghadapi saat kecemasan. Tafsiran ini diaplikasikan kepada atlit dalam menjalani latihan fizikal serta mengekalkan tahap kesihatan yang sempurna.

Tahap Pencapaian Kecergasan Fizikal.

Tahap pencapaian kecergasan fizikal setiap individu adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor seperti baka, persekitaran dan kekerapan melakukan aktiviti kecergasan seperti melakukan senaman. Tahap pencapaian kecergasan fizikal boleh ditentukan berdasarkan norma-norma yang telah ditetapkan. Komponen-komponen Kecergasan Fizikal.

I. Kekuatan Otot:Komponen ini mengukur keupayaan otot atau sekumpulan otot-otot berkontraksi untuk menghasilkan daya terhadap suatu rintangan melalui usaha yang maksima.II. Daya Tahan Otot:Menurut Johnson and Nelson, (1986), Practical Measurement for Evaluation in Physical Education, 4th menyatakan, daya tahan adalah keupayaan satu otot atau kumpulan otot-otot melakukan kerja secara berulang-ulang dalam jangka masa tertentu dengan berkesan.III. Kelembutan.

Ini adalah satu aspek kecergasan yang relatif kepada sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kelembutan adalah keupayaan pergerakan pada satu-satu sendi (range of movement).IV. Daya Tahan Kardiovaskular.

Kecekapan jantung dan sistem peredaran darah daripada jantung ke seluruh bahagian badan ketika melakukan aktiviti fizikal.

V. Komposisi Badan:

Merujuk kepada pengukuran untuk mengetahui dan menentukan Indeks Jisim Badan atau Body Mass Indeks (BMI).

Pemain bola sepak lelaki dan pemain hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu di antara umur 13 hingga 15 tahun.BAB II

SOROTAN LITERATURE

Kecergasan fizikal adalah faktor utama yang mempengaruhi prestasi dalam acara-acara sukan. Oleh itu, komponen-komponen kecergasan ini telah diberi keutamaan yang serius dalam perancangan sesuatu program latihan.

Corbin & Lindsey (1994) membahagikan kecergasan fizikal kepada kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor.

Kecergasan fizikal menurut Akademik Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat (APJAS) ; (Clarke, 1979) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang keterlaluan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah.

Menurut Seefeldt dan Vogel (1987) pula mengatakan kecergasan fizikal terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan dan komposisi badan. Peningkatan dalam tahap kecergasan fizikal dapat mengelakkan penyakit kononari, obesiti dan mengurangkan risiko sakit pinggang.

Laporan AAPHERD Health-related physical Fitness Test (1980), menyatakan pengukuran bagi tiga bahagian fungsi fisiologi yang berhubung terus dengan kesihatan adalah terdiri daripada bahagian fungsi kardiorespiritori, komposisi badan dan fungsi otot rangka di bahagian abdomen dan hamstring.

Kenyataan ini diperjelaskan oleh William (1995), yang menyatakan, untuk memenuhi tahap kecergasan seseorang itu perlu memiliki komponen kecergasan seperti kecergasan earobik, kekuatan otot, kelajuan, kuasa imbangan, ketangkasan dan koordinasi. Kepentingan komponen kecergasan kepada individu bergantung kepada jenis sukan yang diceburi.

Minkler dan Patterson (1994), menilai Ujian Duduk dan Jangkau yang diubahsuai terhadap pengukuran kriteria hamstring dan lower back. Seramai 51 orang wanita dan 48 orang lelaki berumur 18 hingga 35 tahun telah digunakan dalam ujian beliau. Mereka telah menjalani tiga jenis ujian iaitu Ujian Duduk dan Jangkau yang diubahsuai, Leighton Flexometer dan Kaedah Mac Rac & Wright. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ujian duduk dan jangkau yang diubahsuai mempunyai kolerasi sederhana dengan kelenturan hamstring dan kolerasi sangat rendah dengan kelenturan lower back.

Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan daya tahan otot ialah keupayaan otot mengulang pergerakan menentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu tahap ketegangan melepasi satu jangka masa.

De Vries (1974), mendefinisikan daya tahan otot sebagai kebolehan untuk menghalang kelesuan otot dalam melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.

Ahli-ahli fisiologi berpendapat bahawa kekuatan otot bergantung jumlah filamen protein (aktin dan myosin) yang membentuk otot itu, tetapi daya tahan otot bergantung kepada jumlah mitokondria dan kecekapan sistem sistem enzim untuk membekal tenaga.

Gordon (1967), telah mengkaji kesan latihan kekuatan dan daya tahan terhadap kandungan protein dalam sel otot. Beliau mendapati bahawa latihan menambahkan protein pengucupan tetapi mengurangkan enzim aerobik. Daya tahan otot mempunyai hubungan rapat dengan kekuatan kekuatan. Secara umumnya jenis latihan daya tahan dan kekuatan otot adalah sama. Perbezaan hanya dapat dilihat dari segi intensiti dan jangka masa latihan. Latihan membina kekuatan melibatkan intensiti bebanan yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek, tetapi daya tahan dilakukan dalam jangka masa yang lebih panjang dengan bebanan yang lebih rendah.

Johnson & Nelson (1986), mendefinisikan kelembutan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian badan melalui satu julat pergerakan tanpa rintanga kepada artikulasi dan lekatan otot.

Fox dan Mathew (1981), mendefinisikan kekuatan otot dinamik sebagai rintangan sesuatu otot atau kumpulan otot yang boleh disesuaikan dengan rintangan dalam perlakuan yang maksima. BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini adalah perkara yang berkaitan dengan prosedur dan kaedah kajian dalam menentukan tahap kecergasan fizikal atlit-atlit pasukan bola sepak dan pasukan hoki bawah 15 tahun Negeri Terengganu. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini termasuklah reka bentuk kajian, pembolehubah kajian, instrumen kajian, prosedur dan penganalisian data.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk quarsi-eksperimental ex-post facto. Data kajian diperolehi daripada Bateri Ujian Kecergasan Fizikal yang menggunakan ujian pasca, iaitu melibatkan dua kumpulan pasca ujian ( Two Group Post-Test Design ). Bagi menentukan tahap kecergasan fizikal, data dianalisis dengan menggunakan diskriptif, manakala untuk membandingkan tahap kecergasan fizikal di antara kedua-dua pasukan, penyelidik menggunakan statistik inferensi.

PEMBOLEHUBAH KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa pembolehubah telah dikenalpasti, iaitu pembolehubah tidak bersandar di mana ia adalah item ujian kecergasan fizikal dan pembolehubah bersandar merupakan skor kecergasan fizikal. Pembolehubah ekstranus atau pembolehubah sedia ada terdiri daripada faktor persekitaran, pengalaman dan sikap peserta bertindak.

PROSEDUR PENGUJIAN DAN PENGUKURAN

Subjek diberi taklimat ringkas tentang tujuan ujian, prosedur, syarat serta skor ujian yang akan diambil. Ujian ini akan dikendalikan oleh penguji dan tiga orang pembantu dengan menggunakan kaedah pengukuran, pengujian dan penilaian yang telah ditetapkan supaya menjamin kebolehpercayaan dan kesahan dapatan ujian.

Ujian ini akan diadakan dalam masa dua hari dengan melibatkan kelima-lima ujian dijalankan serentak. Ujian-ujian ini dijalankan mengikut tertib yang sepatutnya dijalankan. Ia adalah seperti berikut:

1. Pengukuran Indeks Jisim Badan ( BMI )

2. Lompat jauh berdiri

3. Duduk dan menjangkau

4. Bangkit tubi lutut bengkok ( AAHPERD MODIFIED )

5. Ujian larian / berjalan 2.4 km

Satu masa rehat telah diperuntukan kepada subjek selama lima minit bagi setiap satu ujian yang dijalankan.

INSTRUMEN KAJIAN

BILUJIAN KOMPONEN KECERGASANALATAN

ILompat jauh berdiri1. Pita pengukur

2. Pita Penanda

IIDuduk dan menjangkau1. Pembaris

2. Bangku

IIIBangkit tubi lutut bengkok

( AAHPERD MODIFIED )1. Jam randik

IVLarian / berjalan 2.4 km1. Jam randik

2. Bendera

3. wisel

VPengukuran Indeks Jisim Badan ( BMI )

Formula ( BMI ) = Berat ( kg)

Tinggi ( m )

1. Ujian Lompat Jauh Berdiri

Objektif

: Diakhir ujian ini subjek dapat mengukur kekuatan otot

bahagian kaki semasa melompat ke hadapan dari

kedudukan statik dengan betul dan tepat.

Kebolehpercayaan: Dilaporkan .963 (Clayton, J. 1996 dalam Johnson &

Nelson, 1986).

Kesahan

: Dilaporan .607 (Johnson & Nelson, 1986).

Alatan

: i. Pita pengukur.

ii. Pita penanda.

Prosedur

: i. Subjek berdiri di belakang garisan dengan keadaan kaki

dibuka seluas bahu.

ii. Subjek bersedia untuk melompat ke hadapan dengan

menghayun tangan kebelakang sambil lutut

dibengkokkan.

iii. Subjek melompat dengan menggunakan kedua-dua

belah kaki seberapa jauh yang boleh ke hadapan.

Skor

: Jarak yang diambil ialah di antara garisan permulaan

dengan tempat di mana tumit atau badan yang terdekat

diambil sebagai skor. Skor dikira dalam unit sentimeter

(sm) yang terhampir.

2. Ujian Duduk dan Menjangkau

Objektif

: Diakhir ujian ini subjek akan dapat mengukur kelenturan

fleksi bahagian pinggang dan ekstensi otot hamstring.

Kebolehpercayaan: Dilaporkan .94 (Johnson & Nelson, 1986).

Kesahan

: Kesahan muka diterima (Johnson & Nelson, 1986).

Alatan

: Flexomeasure, pembaris satu meter dan bangku.

Prosedur

: i. Subjek duduk di lantai dengan kedua-dua kaki lurus ke

hadapan.

ii. Pembantu hendaklah berdiri di hadapan pelaku dan

memastikan lutut dalam keadaan lurus.

iii. Dengan perlahan subjek melunjurkan tangan kehadapan

sambil hujung jari kedua-dua belah tangan menolak

Flexomeasure ke hadapan.

iv. Kekalkan posisi menjangkau selama tiga saat dan

bacaan yang diperolehi akan dicatat.

Pengukuran

: Tiga kali percubaan diberi dan jarak yang terbaik diambil

sebagai skor. Skor dikira dalam unit sentimeter (sm) yang

terhampir.

3. Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok

Objektif

: Di akhir ujian ini subjek dapat menentukan daya tahan otot

abdomen.

Kebolehpercayaan: Dilaporkan .98 (Garcia, 1972 dalam Johnson & Nelson,

1986).

Kesahan

: Kesahan muka diterima (Johnson & Nelson, 1986).

Alatan

: Jam randik.

Prosedur

: i. Subjek baring atas lantai dengan lutut bengkok. Kaki

dibuka seluas bahu dengan tapak kaki rata di permukaan

lantai.

ii. Kedua-dua belah tangan diletakkan bersilang di atas

dada.

iii. Lakukan bangkit tubi dengan siku menyentuh bahagian

atas paha, kemudian balik semula kepada kedudukan

asal.

iv. Bahagian belakang badan mesti menyentuh lantai

v. Buat seberapa banyak ulangan yang mampu dilakukan

dalam masa satu minit.

Skor

: Jumlah bilangan ulangan akan dicatat sebagai skor.

Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan

baring, naik sambil siku menyentuh bahagian atas peha

dan kembali kepada kedudukan baring semula.

4. Ujian Larian / Berjalan 2.4 km

Objektif

: Di akhir ujian ini, subjek dapat mengukur daya tahan

kardiovaskular.

Kebolehpercayaan: Dlaporkan .94 (Doolittle & Bigbee, 1968 dalam Johnson &

Nelson, 1986).

Kesahan

: Dilaporkan .64-90 (Johnson & Nelson, 1986).

Alatan

: Jam randik.

Bendera.

Wisel.

Prosedur

: i. Trek larian ditetapkan terlebih dahulu dan subjek diberi

taklimat

ringkas sebelum ujian dijalankan.

ii. Apabila wisel dibunyikan, subjek akan berlari atau

berjalan mengikut kemampuan sendiri.

iii. Sewaktu subjek melintasi garisan penamat, masa larian

akan dibacakan dan direkodkan oleh pembantu penguji.

5. Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI).

Formula Indeks Jisim Badan (BMI) = Berat (kg)

Tinggi (m)

PENGUMPULAN DATA

Subjek dikehendaki mencatatkan biodata diri dalam borang skor. Data mengenai kecergasan fizikal yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan akan dicatitkan di dalam borang skor untuk di proses.

PENGANALISISAN DATA

Data-data yang diperolehi adalah dalam bentuk skor mentah dan akan ditukarkan kepada bentuk piawai. Bagi menganalisis skor-skor yang diperolehi daripada ujian yang akan dijalankan program SPSS akan digunakan.