BABA NYONYA (BML3013).doc

21
NO. KUMPULAN: UPSI 19 NAMA PENSYARAH: EN RAZALI B AYOB KERJA KURSUS: TUGASAN 1 BML3113 - Sejarah Bahasa Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu NAMA PELAJAR NORIS BINTI KASSIM NO. ID D20102045539 TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN : 11 NOV 2012

Transcript of BABA NYONYA (BML3013).doc

Page 1: BABA NYONYA (BML3013).doc

NO. KUMPULAN: UPSI 19NAMA PENSYARAH: EN RAZALI B AYOB

KERJA KURSUS:

TUGASAN 1

BML3113 - Sejarah Bahasa Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu

NAMA PELAJAR

NORIS BINTI KASSIM

NO. ID

D20102045539

TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN : 11 NOV 2012

Page 2: BABA NYONYA (BML3013).doc

PENGENALAN

MAKSUD KEBUDAYAAN

Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. Cara hidupyang

dimaksudkan adalah seperti pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohanidan jasmani

serta menjadi amalan hidup manusia sehingga terciptanya hasil-hasilciptaan dan satu gaya

hidup manusia ketika melaksanakan sesuatu perkara.Menurut pandangan YB. Haji Abu

Bakar Abd. Hamid, kebudayaan adalahsesuatu yang amat penting dalam masyarakat.

Seperti kata beliau, “kebudayaanitu sendiri dapat menentukan cara kehidupan, pemikiran,

termasuk politik satu-satu bangsa dan dengan sendirinya kebudayaan itu adalah amat

penting”(Petikan dari Majalah Dewan Budaya, April 1985). Selain itu, menurut Kamus

Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999),kebudayaan adalah cara hidup sesuatu masyarakat,

tamadun, dan peradaban.Secara umumnya, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup

sesuatu masyarakatyang merangkumi seluruh aspek pemikiran serta tingkahlaku manusia

yangdiwarisi dari satu generasi ke generasi lain melalui proses pembelajaran.Kebudayaan

itu dapat dilihat melalui beberapa bidang, pertama melaluifikiran atau idea. Seperti ilmu

pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos,lagenda, kesusasteraan, kepercayaan

dan cerita- cerita lisan. Contohnya sepertitarian menguja dewa serta kepercayaan terhadap

sesuatu benda hidup yangmempunyai kelainan serta yang memberi manfaat. Kedua melalui

kebendaan seperti seni bina, bangunan, alat- alat mesin, pakaian, makanan, ubat- ubatan

dan perabot. Contohnya seperti angkor wat, kerinci angin, pakaian tradisional yangunik dan

sebagainya. Ketiga adalah melalui bidang kesenian, kebudayaan yangdilihat melalui bidang

kesenian adalah melalui dua kemahiran, iaitu seni lakondan seni tampak. Seperti seni lakon,

contohnya adalah seperti teater, tarian,muzik, nyanyian. Manakala seni tampak pula

misalnya adalah seperti ukiran,lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman. Seterusnya,

yang keempatadalah melalui bidang nilai dan norma. Seperti peraturan, undang- undang,

adat-adat resam, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai- nilai

kegamaanserta kesopanan.Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan hasil-hasil

yang berasaskan abstrak atau tidak kelihatan, dan juga bercorak kebendaan. Daripadahasil-

hasil inilah yang akan membentuk satu budaya sesuatu masyarakat yangdilakukan oleh

perbuatan seharian mereka melalui jasmani dan rohani.

Page 3: BABA NYONYA (BML3013).doc

MAKSUD BABA DAN NYONYA.

Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Babaadalah keturunan Cina yang

menetap di Melaka sejak pemerintahan SultanMansur Syah dan mengamalkan kebudayaan

Melayu iaitu termasuk  pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya.Menurut Kamus

Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999) lagi.  Nyonya pula adalah panggilan yang biasanya

dipanggil untuk perempuanCina yang sudah bersuami, iaitu perempuan Cina dari golongan

Baba.Menurut Zalifah Abdullah (2006:23), golongan Baba yang beradadi negeri Kelantan

digelar oleh penduduk Melaka sebagai Cina Peranakan.Baba dan Nyonya adalah

segolongan kaum yang berketurunanasal kaum Cina yang menyerap cara hidup kaum

Melayu. Merekamenggelar diri mereka sebagai Baba atau peranakan kerana

kebudayaanmereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina yang mempunyai pengaruh

unsur-unsur kebudayaan Melayu.

 

SEJARAH BABA DAN NYONYA.

Menurut Zalifah Abdullah dalam catatan beliau, Budaya Berbilang Kaum(2006:24),

masyarakat Baba wujud sejak kurun ke-15. Pada kurun ini kepulauanMelayu sedang

mengeratkan hubungan dengan negara-negara lain, terutamanyanegara Cina. Kedatangan

rombongan Laksamana Cheng Ho bersama Puteri HangLi Po dan para pengiringnya ke

Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik adalah salah satu cara untuk memulakan

hubungan diplomatik.Seterusnya, Puteri Hang Li Po pula dikahwinkan dengan Sultan

Melakasebagai tanda penghargaan. Manakala para pengiring yang yang datang

bersamaPuteri Hang Li Po yang tinggal di Bukit cina telah mewujudkan perkahwinancampur

dengan orang Melayu, maka dari itu lahirnya peranakan. Oleh sebabkan itu juga,

kebanyakan golongan Baba banyak didapati di Melaka. Namun setelah Pulau Pinang dan

Singapura dikembangkan serta dimajukan,ramai golongan Baba ini telah berhijrah ke negeri

tersebut terutamanya diSingapura.Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh

sosio-budaya persekitaran mereka, maka terlalu banyak berlaku percampuran amalan

yangdilakukan oleh masyarakat Baba ini. Misalnya, kebanyakan orang Cina yangdatang

pada ketika itu adalah yang berasal daripada kelompok Hokkien dan bertutur dalam loghat

Hokkien, namun setelah lama kekal di kepulauan Melayumaka kebanyakan mereka dapat

bertutur dalam loghat Melayu yang agak berbezasedikit namun masih dapat difahami oleh

kaum Melayu. Buktinya kaum Babayang kekal pada hari ini masih bertutur dalam bahasa

Page 4: BABA NYONYA (BML3013).doc

Baba, iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh masyarakat Melayu.Masyarakat

Baba juga masih mengekalkan kebanyakan budaya dankepercayaan nenek moyang mereka

seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina.

Manakala dari segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama

Budha,namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian.Melalui cara

masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan denganresipi masakan orang Melayu

dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagimereka seperti makan masakan yang

menggunakan rempah dan santan, bahkancara makan orang Melayu turut menjadi ikutan

iaitu makan dengan menggunakantangan.Bukti berlakunya pencampuran gaya hidup

masyarakat Baba denganmasyarakat Melayu juga dapat diketahui melalui gaya pakaian

yang dipakai olehgenerasi Nyonya, iaitu memakai pakaian kebaya dan kain sarong yang

tidak ubahseperti wanita-wanita Melayu.Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya

Melayu dalam amalanmasyarakat Baba, tetapi mereka masih banyak mengekalkan amalan

asal-usulmereka. Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan

kepadakedua-dua pengantin memakai pakaian yang indah dan berwarna-warni berunsurkan

warisan budaya Cina tradisonal serta kebanyakan rumah Baba yangdibina berdasarkan

pelan-pelan tradisional Cina.

Menurut Zalifah Abdullah (2006:22), seperti masyarakat Cina, masyarakatBaba

dalam sistem keluarga juga lebih memberatkan pihak lelaki atau nasab bapa.Walaupun anak

lelaki lebih penting untuk meneruskan zuriat namun anak  perempuan tetap tidak akan

diabaikan. Bagi masyarakat Baba anak lelakimahupun anak perempuan tetap akan diberikan

hak mewarisi harta ibu bapamereka, anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya,

sementara anak  perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang

tunai bagi menyara kehidupan seterusnya.Masyarakat Baba dengan masyarakat Cina

mempunyai paras rupa yangtidak jauh berbeza. Namun begitu, kita dapat membezakan

masyarakat Babadengan masyarakat Cina berdasarkan nama mereka, ini kerana

masyarakat Babamengamalkan sistem nama yang unik, iaitu nama tengah dan nama akhir

merekaakan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Misalnya seperti nama

seorang Nyonya yang mempunyai nama tengah Kim akan berkongsi nama dengan

adik- beradik dan sepupu perempuannya. Oleh itu, kebanyakan nama masyarakat Babaakan

mempunyai nama yang hampir sama dalam satu keluarga itu, contohnyaKim Ling, Kim Eng,

Kim Ping, begitu juga pada nama akhir prinsip yang samaakan digunakan.

Page 5: BABA NYONYA (BML3013).doc

ADAT PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT BABA DAN NYONYA.

Masyarakat Baba mempunyai adat istiadat perkahwinan yang hampir menyamai adat

istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tetapi masih lagi tidak meninggalkan adat

perkahwinan masyarakat Cina. Menurut Jasman Ahmad danRosnah Ramli (1997:20-28),

adat perkahwinan yang diamalkan masyarakat Babamempunyai tiga tahap untuk pasangan

itu menjadi suami isteri.Tahap pertama iaitu merisik, kebiasaan ibu bapa akan cuba

mengambiltahu tentang bakal menantu yang dipilih atau yang dicalonkan. Merisik

calonmenantu akan dilakukan oleh wakil penyampai yang diupah oleh ibu bapa, tugas

penyampai adalah untuk merisik tentang latar belakang gadis tersebut dari segi budi bahasa,

tutur kata, perlakuan dan paras rupa bagi memastikan gadis tersebutsesuai dengan teruna.

Sekiranya si penyampai berkenan dengan gadis tersebut,maka si penyampai akan

memberitahu kepada ibu bapa teruna, jika pihak teruna juga bersetuju dan berkenan maka

mereka akan menetapkan hari pertunanganyang dipersetujui oleh kedua pihak. Bagi

menyampaikan hasrat tersebut si penyampai akan pergi ke rumah gadis dengan membawa

buah tangan danmenyampaikan berita gembira tersebut, manakala jika sekiranya pihak

gadis tidak  bersetuju, maka kedatangan penyampai hanyalah sekadar untuk

mengeratkanhubungan antara satu sama lain.Seterusnya adalah tahap bertunang,

bertunang ialah proses mengenal hati budi pasangan. Pasangan yang ingin melayari

kehidupan bersama perlu mengenalhati budi supaya akan lebih rapat dan dapat

bekerjasama dalam mendirikan rumahtangga. Hari pertunangan ditentukan oleh kedua belah

pihak mengikut kalendar Cina, ianya ditentukan mengikut kesesuaian bintang kelahiran

kedua-dua pasangan. Masyarakat Baba amat mementingkan tarikh menentukan

hari bertunang kerana kaum Baba percaya pertunangan yang dijalankan pada hari yangtidak

sesuai akan mempengaruhi kebahagian bakal pengantin atau pertunanganakan

terputus.Setelah berlakunya adat merisik dan pertunangan, seterusnya pasanganakan

melalui majlis perkahwinan. Masyarakat Baba akan melangsungkan perkahwinan dengan

penuh istiadat, pengantin akan memakai pakaian yang lengkap dengan dihias pelbagai

aksesori yang menarik dan tradisional. Pakaian pengantin biasanya diperbuat dari kain

sutera yang disulam dengan benang emas,kasut pengantin perempuan pula ditekat dengan

benang emas atau perak.Mengikut adat istiadat masyarakat Baba sebelum

melangsungkan perkahwinan, pasangan pengantin dikehendaki menjalani beberapa

upacara. Bagi pengantin lelaki akan melalui upacara Chai Kee, Chia, Mencukur Rambut

danSojar. Manakala bagi pengantin perempuan pula akan melalui upacaraMenyalakan Lilin,

Mengandam dan Pai Chew.Upacara Chai Kee ialah satu upacara yang dilakukan bertujuan

untuk mengajar dan memberitahu pengantin lelaki tentang tanggungjawab terhadapkeluarga

Page 6: BABA NYONYA (BML3013).doc

yang akan dibina. Kemudian pengantin akan berdoa kepada tuhan diatas sebuah nyiru besar

yang diletakkan di lantai bagi merestui perkahwinannyaserta meminta supaya hidup bahagia

disamping isteri dan dikurniakan anak-anak yang baik dan disaksikan oleh Pak Andam dan

ahli keluarga terdekat.

Setelahselesai berdoa, di atas nyiru itu akan diletakkan satu tin gantang yang

dibalutdengan kain merah dan ditelangkupkan. Seterusnya, Pak Andam akan

membawa pengantin lelaki ke ruang tamu dan memberi nasihat secara berpantun

tentangkehidupan yang bakal dihadapi oleh pengantin kelak seperti

tanggungjawab pengantin ke atas isteri dan anak-anak. Setelah itu, perlaksanaan upacara

inidijalankan dengan menggunakan seorang kanak-kanak lelaki dari kalangan ahlikeluarga

yang dinamakan Ku Yeh dan pengantin lelaki dinamakan Kai Sai. KaiSai akan duduk diatas

gantang yang telah ditutup dengan permaidani, Ku Yeh pula berdiri mengadap Kai

Sai.Setelah upacara Chai Kee dijalankan, Kai Sai dan Ku Yeh akan memberitanda hormat

antara satu sama lain, ia dinamakan sebagai upacara Chia. Ketikaupacara ini, Ku Yeh akan

diberikan pokok daun bawang yang dililitkan dengankertas merah atau tali merah dan

kemudian disapukan pada muka pengantin lelakisebagai proses membuang sial atau soi.

Cara ini penting bagi masyarakat Babakerana dianggap sebagai cara untuk membuang

segala masalah yang dihadapioleh pengantin lelaki ketika bujang dahulu tidak menimpanya

sesudah berumahtangga.

 

Seterusnya, pengantin lelaki akan menjalankan upacara mencukur rambut.Mencukur

rambut adalah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pengantin lelaki adalah dari

golongan yang baik serta untuk menghilangkan unsur  jahat yang terdapat pada diri

pengantin lelaki. Alatan mencukur adalah sepertidacing yang mengandungi pembaris, sikat

dan tali tocang. Pembaris akandipusingkan dikeliling kepala pengantin sebanyak tiga kali

yang membawamaksud pengantin hendaklah berhati-hati menghadapi dunia luar.

Kemudianrambut pengantin akan disikat yang menggambarkan bahawa pengantin

sudahdewasa dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Setelahitu,

tali tocang pula akan diletakkan ditengah kepala pengantin lelaki sebagaisyarat

menunjukkan bahawa pngantin berketurunan Baba.Kemudian pengantin akan dipakaikan

dengan Teng Sah Beh Kuah, iaitu baju labuh panjang dan diluarnya dipakaikan kot pendek

yang bersulamkan benang emas. Setelah itu pengantin lelaki akan menjalankan upacara

Sojar, iaitu pengantin akan menyembah kepada Tuhannya. Selepas selesai

menjalankansemua upacara berikut, pengantin akan dibawa ke bilik untuk berehat

danmenantikan hari perlangsungan.

Manakala bagi pengantin perempuan pula, akan melalui upacaramenyalakan lilin,

mengandam dan Pai Chew sebelum layak menjadi seorangisteri. Upacara istiadat pengantin

Page 7: BABA NYONYA (BML3013).doc

perempuan akan dimulakan denganmenyediakan sebuah meja tinggi yang dikenali sebagai

Sam Kai yang diletakkandi hadapan pintu masuk dewan utama atau ruang rumah, kemudian

ibu bapa pengantin perempuan akan menyalakan lilin utama di atas meja tersebut.Manakala,

ahli keluarga yang lain akan menyalakan lilin masing-masing di atasmeja persembahan

keluarga. Semasa upacara ini diadakan sebuah nyiru besar seperti yang diadakan di rumah

pengantin lelaki juga akan disediakan tetapigantangnya dibuka ke atas.Seterusnya

pengantin akan melalui istiadat mengandam atau dikenalisebagai menyikat rambut yang

akan di lakukan oleh Mak Andam. Pengantin perempuan memakai pakaian serba putih atau

lebih dikenali Shioh Thau bagimasyarakat Baba. Pengantin perempuan akan diiringi oleh

Mak Andam untuk melakukan istiadat menyikat rambut. Istiadat ini akan dimulakan oleh

seorangkanak-kanak perempuan yang terdiri dari golongan keluarga pengantin perempuan

itu sendiri. Ketika itu rambut pengantin akan didandan dengan kemassupaya kelihatan

menarik.Setelah selesai menandan rambut maka tamatlah istiadat mengandam,seterusnya

pengantin perempuan akan melalui istiadat Pai Chew. Iaitu pengantin perempuan akan

diberikan arak oleh bapanya dikuti dengan doa restu oleh ibu bapanya supaya anaknya akan

sentiasa dilindungi setelah menjadi isteri. Setelahselesai, pengantin perempuan akan

beredar ke ruang tamu untuk menunggu pengantin lelaki.Selepas melakukan upacara

secara sendirian, pasangan pengantin akanmenjalani adat istiadat yang lain pula secara

bersama.

Menurut Jasman Ahmaddan Rosnah Ramli (1997:29) antara upcara yang akan dilalui

adalah sepertiMenyambut Pengantin Lelaki, Upacara Berkenalan, Makan Cuntuh, Jamuan

Teh,Istiadat Hari Ketiga dan Majlis Gembira. Upacara-upacara ini adalah bertujuanuntuk

merapatkan lagi hubungan pasangan pengantin. Pasangan pengantin akanmenjadi suami

isteri yang sah setelah melalui upacara-upacara tersebut.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA.

Masyarakat Baba kebanyakannya dipercayai menganuti agama Budha.Mereka

mempercayai kewujudan dewa-dewi dan menyembahnya. MenurutJasman Ahmad dan

Rosnah Ramli (1997:11-14), masyarakat Baba juga seringmenziarahi tokong-tokong Budha

untuk bersembahyang. Walaupun merekamengamalkan kepercayaan yang sama seperti

masyarakat Cina yang lain tetapisedikit berbeza kerana masyarakat Baba akan

menggunakan bahasa Melayu Babaketika menyembah dewa-dewi, namun begitu niat dan

permintaan yang dibuatadalah masih sama.Upacara sembahyang yang dilakukan

kebiasaanya menggunakan colok,lilin serta pelbagai jenis kuih dan buah-buahan seperti

Page 8: BABA NYONYA (BML3013).doc

buah limau dan nanas jugaair teh yang disediakan dalam teko dan cawan kecil yang

diletakkan di atassebuah dulang.Masyarakat Baba juga merupakan golongan yang begitu

taat dan taksubterhadap ajaran agama Budha. Ketaatan inilah yang menunjukkan bahawa

kaumBaba ini masih mengekalkan amalan serta kepercayaan kebanyakan orang

Cina.Buktinya, mereka akan meletakkan satu sudut sebagai tempat pemujaan di ruangrehat

walaupun ruangan tersebut kecil, dan kaum Baba juga akan bersembahyang pada setiap

pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan, amalan ini dikatakanuntuk menjauhi maksiat

dan memohon restu supaya dielakkan dari kecelakaan.Selain itu, masyarakat Baba juga

amat menghormati jasa nenek-moyangmereka semasa masih hidup seperti jasa nenek

moyang yang membolehkanmereka lahir dan menikmati kehidupan dunia sebagai manusia

sehingga beberapagenerasi. Kaum Baba juga percaya bahawa nenek-moyang akan

mengamuk dantidak mahu menjaga keamanan keluarga mereka sehingga

menyebabkan pertengkaran dan penceraian.

Maka dengan itu, kaum Baba akan melangsungkan beberapa upacara bagi

mengenang jasa-jasa nenek-moyang mereka sepertimenjalankan upacara penyembahan

pada ulang tahun kematian mereka denganmenghidangkan buah-buahan dan kuih-muih

juga air teh diatas jirat nenek-moyang mereka, serta akan melekatkan gambar nenek-

moyang mereka di sebuah bingkai sebagai tanda penghargaan dan diletakkan di bahagian

ruang tamu serta akan dihidangkan buah limau supaya mendapat perlindungan dan restu

darimereka.Masyarakat Baba juga mengamalkan kepercayaan kepada keramat.Menurut

Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:15) Kepercayaan keramat iaitusuatu kepercayaan

terhadap sesuatu yang aneh, misalnya seperti kebiasaan sesetengah masyarakat Melayu

yang akan menyanjung seseorang yangmempunyai kelebihan semasa hidupnya walaupun

orang tersebut telah meninggaldunia dengan melakukan sesuatu di makam orang tersebut

atau menjadikan orangtersebut sebagai satu wasilah badi’i, iaitu menuju kejalan kesesatan

dalam bacaandoanya. Namun bagi masyarakat Baba, mereka akan membuat sesuatu

perkarayang berbentuk pemujaan diatas makam orang tersebut dengan tujuan

memohon pertolongan dan sebagainya. Ini kerana mereka menganggap bahawa roh si

matiakan memberi kesejahteraan kepada mereka yang hidup.Selain mempercayai kepada

makam orang yang mempunyai kelebihan,masyarakat Baba juga mempercayai kepada

busut atau batu-batu besar. Inikerana mereka menganggap bahawa batu dan busut yang

besar mempuyai kuasa.Oleh itu, terdapat segelintir masyarakat Baba akan membalut busut

atau batu-batu besar dengan kain kuning sebagai langkah memuja.Walaupun terdapat

pelbagai amalan yang dilakukan oleh masyarakatBaba, namun mereka juga melakukan

beberapa pantang-larang yang mestidituruti. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli

(1997:19), pantang larangini akan didedahkan kepada mereka sejak dari kecil lagi supaya

pantang larang inimenjadi satu amalan dalam diri mereka hingga dewasa.Antara pantang-

Page 9: BABA NYONYA (BML3013).doc

larangnya ialah, seorang itu tidak boleh membuang air merata-rata kerana akan membawa

kecelakaan pada diri mereka. Kaum Baba juga dilarang untuk bersiul dalam rumah

terutamanya anak dara, kerana akanmenyebabkan susah untuk mendapat jodoh.Ketika

menyambut hari perayaan pula, masyarakat Baba dilarang untuk membersihkan rumah

kerana dianggap membuang untung dan mendatangkan sial.Selain itu, masyarakat Baba

juga tidak dibenarkan menyapu serpihan mercun kerana serpihan itu dianggap tuah dan

membawa jalan menuju ke syurga.

PAKAIAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Menurut Kamus Melayu Global (2006), pakaian ialah sesuatu yangdiperbuat daripada

kain. Pakaian masyarakat Baba berbeza dari masyarakat Cina,malah lebih mirip dengan

pakaian masyarakat Melayu, ini dapat dilihat pada beberapa jenis pakaian kaum

Nyonya.Misalnya, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:48) pakaian berikut

adalah seperti baju cekak musang, antara pakaian yang hampir serupadengan baju kurung

namun pakaian tersebut lebih ketat mengikut saiz bentuk  badan pemakai. Warna yang

sering menjadi pilihan kaum nyonya adalah sepertiwarna-warna yang terang dan berbunga

kecil, seperti warna kelabu, putih, merahhati adalah menjadi kegemaran utama. Baju cekak

musang ini akan dipadankandengan kain sarong atau kain pelikat, kadangkala ada juga

kaum wanitamasyarakat Baba yang meletakkan kain batik di bahu untuk di jadikan

selendangketika memakai baju cekak musang.

Selain itu, Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:49) wanita masyarakatBaba juga

gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya labuh ini akan dihiasidengan pelbagai jenis

kerongsang dan dipadankan dengan kain batik sarong,manakala rambut pula akan

disanggulkan dengan sanggul yang menarik. Warnayang menjadi kegemaran untuk dipilih

antaranya ialah biru muda, merah jambudan putih, dan pada kebiasaanya sulam bunga di

baju kebaya mempunyai warnayang sama dan amat menarik. Baju kebaya labuh ini

kelihatan lebih lembut dannipis, oleh itu amat sesuai dipakai oleh golongan wanita muda

masyarakat Babasupaya kelihatan sopan.Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli

(1997:49), bagi masyarakatBaba, mereka mempunyai baju khas bagi kaum wanita

masyarakat Baba yang perlu dipakai ketika hari pertama dalam perkahwinan, iaitu baju

Koon. BajuKoon berbentuk panjang dan labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada

kain baldu. Ketika memakai baju ini rambut akan dihias, berbentuk sanggul bunga yang

dihiasi dengan ikatan dipanggil buntut belangkas kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang

bulat.

Page 10: BABA NYONYA (BML3013).doc

Manakala pakaian yang selalu dipakai bagi lelaki masyarakat Baba ialah teng sah

beh kuah, iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan berseluar kilat kosong

dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Baju inidinamakan teng sah yang bermaksud

baju labuh panjang, beh kuah pulamembawa maksud baju pendek yang dipakai diluar teng

sah.Rekaan kasut yang unik dan amat digemari oleh masyarakat Baba ialahkasut manek.

Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari jalinan manik kaca bersegi-

segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasutmanek tradisional ini sering

memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanyadipengaruhi oleh tembikar Peranakan

dan sarong batik. Kini kasut manek diberirekaan moden serta ditambah tumit.

KEPELBAGAIAN MASAKAN BABA DAN NYONYA.

Pelbagai keunikan yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba.Antaranya

seperti gaya makan dan jenis masakan Baba yang bercampur antaramasyarakat Melayu dan

Cina. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:43), bagi masyarakat Baba, mereka

akan makan menggunakan tangan sepertimasyarakat melayu, tetapi amalan ini hanya

dilakukan dirumah sahaja, mereka juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti

masyarakat Melayu. Masakanmasyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyoya kerana

jenis masakan merekaadalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu yang

menggunakan rempahmasakan melayu. Misalnya seperti ayam kapitan, iaitu sejenis

makanan yangdimasak menggunakan rempah kari dan ayam tersebut perlu dimasak

sehinggakering tanpa berkuah. Masakan ini kebiasaanya dimasak pada waktu

makantengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut perayaan.Selain itu, makanan

yang menjadi kegemaran adalah seperti inci kabin(ayam goreng cara Nyonya), pindang

bandeng (kuah ikan), itik tim (itik yangdimasak dengan sayur jeruk), itik sioh (itik yang disalut

rempah), pang-teh bak-wan kepiting (babi cincang yang dicampur dengan sup ketam), nasi

lemak dan banyak lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa, namun

ianyaakan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambutsebarang

perayaan.Selain itu, masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan yanghanya akan

dihidangkan pada majlis-majlis tertentu. Menurut Jasman Ahmad danRosnah Ramli

(1997:44), misalnya seperti masakan mi sua tau, ia dibuat denganmenggunakan mi khas

dan mi sua tau ini adalah salah satu makanan yangistimewa kerana makanan ini dipercayai

dapat memenuhi hajat sertamemanjangkan umur. Masyarakat Baba hanya akan

menghidangkan mi sua tauini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir

seseorang.Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagiandaripada

Page 11: BABA NYONYA (BML3013).doc

masakan masyarakat Baba secara keseluruhannya, bahkan kuih-muih masyarakat Cina dan

Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaumBaba. Menurut Jasman Ahmad

dan Rosnah Ramli (1997:46), misalnya sepertikuih-muih Cina, iaitu kuih bakul, pulut inti

daging khinzir dan pau kacang merahadalah antara kuih yang digemari oleh masyarakat

Baba. Buktinya, seperti kuih bakul yang menjadi kuih yang paling penting dalam setiap

perayaan dan upacarayang diamalkan oleh masyarakat Baba, kuih bakul juga dikenali

sebagai tih kueyyang diperbuat daripada tepung yang dimasak dengan gula. Kuih bakul ini

adalahsalah satu kuih tradisional yang masih dikekalkan hingga sekarang.Kuih-muih

masyarakat Melayu yang digemari serta menjadi juadah yanglazat ketika mengadakan

perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol,wajik, tapai dan bahulu. Segelintir

masyarakat Baba mahir dalam membuat kuih-muih masyarakat Melayu kerana dipercayai

mempunyai pergaulan yang eratdengan masyarakat Melayu. Namun begitu, bagi

masyarakat Baba dodol yang dibuat denganmenggunakan beras yang ditumbuk halus dan

ditampi adalah lebih sedap berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di pasaran.Kuih

wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu.Manakala kuih bahulu

ynag dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza denganmasyarakat Melayu, kerana

masyarakat Baba menggunakan telur itik berbezadengan masyarakat Melayu yang

menggunakan telur ayam, namun ianya tetapmenghasilkan rasa dan keenakan yang sama.

Cara pembakaran bahulu agak unik kerana bahan api perlu diletakkan dibahagian bawah

dan atas acuan untuk memastikan bahulu masak dengan sempurna.

 

HARI-HARI PERAYAAN BABA DAN NYONYA.

Masyarakat Baba juga adalah golongan yang mengadaptasi perayaan

masyarakatMelayu dan masyarakat Cina. Oleh itu, terlalu banyak perayaan yang mereka

raikan.Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:38), antara perayaan yang

merekaraikan ialah Tahun Baru Cina, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang

Bulan,Ong Yah, Tung Chek dan Perayaan Bulan Mei.Tahun Baru Cina merupakan perayaan

yang disambut dengan meriah dan secara besar-besaran oleh masyarakat cina. Tarikh

perayaan Tahun Baru Cina disambut berdasarkan pengiraan takwim orang cina yang

berasakan sistem lunar, iaitu pengiraanmengikut peredaran bulan. Tahun Baru Cina

merupakan hari pertama pada bulan pertama takwim orang Cina. Perayaan ini dikatakan

lebih menyerupai perayaan musimmenuai padi pada zaman kuno dahulu. Menurut Goh Hin

San (1985, Febuari), mengikut beberapa lagenda, pada zaman purba dahulu masyarakat

cina bermastautin dan bertani disebidang dataran yang subur dan hidup aman dan damai.

Malangnya seekor raksasaghaib akan datang menyerang membunuh penduduk serta

Page 12: BABA NYONYA (BML3013).doc

membinasakan harta bendamereka malam musim sejuk dan akan mengulangi serangannya

setelah matahari terbit365 hari. Akhirnya seorang yang bijaksana mendapati bahawa

raksasa itu Cuma takutterhadap tiga perkara di bumi iaitu, bunyi, cahaya dan warna merah.

Raksasa itudinamakan Nian. Oleh sebabkan itu, maka masyarakat Cina akan membakar

mercununtuk mengeluarkan bunyi, pelita dan dian dinyalakan dan warna merah dijadikan

pilihanutama. Namun pada masa kini, lagenda itu telah diluputkan dan masyarakat Baba

akanmembersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-

muihdan pelbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara

sebelumTahun Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru

Cina,semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga

tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis

makananakan disajikan diatas meja yang besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai

tandakemeriahan. Pada keesokan paginya masyarakat Baba akan bersembahyang

untuk mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut.Selepas itu sanak

saudara akan datang berkunjung dengan membawa pelbagai juadah serta buah limau

mandarin yang menjadi lambang Tahun Baru Cina. Kepadamereka yang telah berkeluarga

adalah diwajibkan untuk memberi angpau kepada merekayang masih bujang.

Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 40), angpau ialah duit

yangdimasukkan ke dalam sampul berwarna merah yang melambangkan

kebahagiaan.Angpau yang diberi mestilah mempunyai dua keping duit kertas walaupun

mempunyainilai yang kecil. Menurut masyarakat Baba, angpau yang mempunyai dua helai

wang kertas eringgit adalah lebih baik daripada sekeping wang kertas seratus ringgit.Selain

perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek Kong juga diraikan

oleh masyarakat Baba. Masyarakat Baba akan melakukan perayaanini pada hari keempat

perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian pintu rumah akan diletakkan

dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih danmerah. Pada hari tersebut juga

masyarakat Baba akan menghidangkan peralatansembahyang datok pauh, iaitu tiga cawan

air teh, dua batang lilin, dan 12 batang colok.Ketika ini masyarakat Baba akan berdoa

supaya dipanjangkan umur dan dimurahkanrezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai

perayaan Tung Chek bagi masyarakat Cina.Selain itu, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah

Ramli (1997: 41-42), upacarasembahyang bulan juga adalah salah satu perayaan yang

diamalkan oleh masyarakatBaba. Upacara ini dilakukan sempena menyambut kelahiran

bulan. Menurut dalamkepercayaan masyarakat Baba, perayaan ini akan disambut pada 15

haribulan lapandalam kelender Cina. Sembahyang bulan dilakukan didalam rumah akhay-

akhay, iaiturumah kecil di halaman rumah yang dihias cantik. Semasa upacara itu

dilakukan, berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai jenis

makananyang lazat akan dihidangkan. Kuih bulan akan diletakkan ditengah-tengah dan

Page 13: BABA NYONYA (BML3013).doc

dikelilingioleh makanan yang lain seperti kuih wajik, dodol, kuih bakul, teh cina dan

sebagainya.Ketika itu masyarakat Baba akan berdoa semoga bulan sentiasa memberi

cahaya kepadamereka.

Manakala menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:40), perayaan

ChengBeng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kelender

cina.Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa

helaikertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang

dipercayaihidup di kubur.Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok

dan kertasemas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan

roh yangtelah mati terutama nenek-moyang mereka.Selain itu, masyarakat Baba juga akan

mengadakan persembahan lauk ketika bersembahyang, iaitu persembahan yang

menggunakan peralatan Baba seperti dulang, pinggan mangkuk dan cawan yang dihias

cantik bagi menggambarkan kegembiraan rohdalam kubur. Roh juga akan dihidangkan

dengan gula tarik, kacang, air arak danmakanan lain. Pemberian hidangan ini adalah

bertujuan untuk memohon kepada rohnenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan

kesejahteraan supaya mendapatkejayaan di dunia.

 

KESENIAN DAN PERALATAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA.

Seni menurut Kamus Melayu Global (2006) ialah sesuatu penghasilanyang halus dan

indah. Kesenian masyarakat Baba kebanyaknya mempunyai motif yang berasal dari negara

China, namun begitu corak-coraknya dapat dilihatmempunyai pengaruh Melayu atau Islam.

Perhiasan kaum Baba kebiasaannyadiukir dengan hasil ukiran yang halus dan ukirannya

timbul. Misalnya sepertikerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul.Selain itu, menurut

Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:51), peralatan masyarakat Baba yang mempunyai

ukiran yang menarik ialah pada porselin. Porselin ini merupakan sejenis alat yang

dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Porselin ini merupakan peralatan khas untuk

kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiangxi dan

Guangdong dinegara China, oleh itu peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran

corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung pheonix, bungadahlia,bunga

mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga botan. Kumpulan porselin

kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselinkaum Baba, ini kerana porselin Nyonya

kebiasaanya dari saduran warna cerahseperti merah jambu, biru tua, hijau dan

kuning.Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakanuntuk

menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamelwarna-warni yang

Page 14: BABA NYONYA (BML3013).doc

dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan, dan biasanya akan digunakan ketika

minum teh pada hari perkahwinan.

Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai tujuan, khasnya sepertihantaran

perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut

dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan.

Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tigatingkat, corak hiasan dan besarnya bakul

sia ini bergantung kepada kehendak  pemiliknya.

 

PENUTUP.

Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyaikebudayaan yang

unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Babaitu sendiri supaya keunikan

budaya mereka tidak semakin dipingggirkan. Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada

proses akulturasi dantelah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir

keseluruhanaspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata

dansebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh prosesakulturasi

inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik danmenarik.Kewujudan

masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telahmewarnai serta menyerikan lagi variasi

kebudayaan di Malaysia. Inimembuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah

negara itu dapatmengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri.Dapat

diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asmilasi dua

kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budayaCina yang mempunyai dua latar

belakang berlainan dan menjadi satu dalamkebudayaan masyarakat Baba.

 

Page 15: BABA NYONYA (BML3013).doc

BIBLIOGRAFI.

Ahmad Razali (1985, April). Budaya : Arah satu bangsa.Majalah dewanbudaya.

16

 

Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997).Masyarakat baba.Melaka: AssocatedEducational

Distributors (M) Sdn. Bhd.(2006).

 

Kamus Melayu Global.Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd.

Zalifah Abdllah (2006).Budaya berbilang kaum.Melaka: AssocatedEducational Distributors

(M) Sdn. Bhd.

Arbak Othman (1999).Kamus bahasa melayu.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Goh Hin San (1985, Febuari). Tahun baru cina lambang perpaduan.Majalahumum.

33.