Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM...

16
Buletin LLM • Edisi Jan - April • 1 LLM Buletin Jilid 1. Bil. 1/2012 EDISI: Jan-April 2012 Back to School Bersama LLM Bil 3/2011 EDISI : Sept-Dis 2011 LLM Bersama Kanak-Kanak Taman Sinar Harapan Berkongsi Kegembiraan Bersama Warga Emas Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2011

Transcript of Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM...

Page 1: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 1

LLMBuletin

LLMBuletin

Jilid 1. Bil. 1/2012 EDISI: Jan-April 2012

Back to School

Bersama LLM

Bil 3/2011 EDISI : Sept-Dis 2011

LLM BersamaKanak-Kanak Taman

Sinar Harapan

Berkongsi Kegembiraan

Bersama Warga Emas

Konvensyen Kumpulan Inovatif &

Kreatif (KIK) 2011

Page 2: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

2 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

ISI KANDUNGAN

2 • Buletin LLM • Edisi Sept - Dis

PeNAUNG:Y.Bhg Dato’ Ir. Hj. Ismail BinMd. Salleh

PeNASIhAt :Pn. Zuraida Bt. Shaharudin

KetUA eDItor :Pn. Haslina Bt. Hashim

eDItor :En. Husain Bin Osman

SIDANG reDAKSI BULetIN LLM 2011Pn. Nor Adibah Bt. RamliPn. Junaidah Bt. JamniEn. Zaimasnizam Bin MaspurPn. Norhaslinda Bt. Abu YazidEn. Shahrizal Bin SharuddinPn. Siti Atikaa Hanom Bt. HadiePn. Karimah Bt. Omar

FotoGrAFI :En. Mohamed Saiful Bin Mohamed Shapri

KoNSeP & reKA LetAK :Jemz Advertising Sdn Bhd53-2, Jalan Dwitasik 1,Dataran DwitasikBandar Sri Permaisuri56000 Kuala LumpurTel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250

tAJUK M/S

Majlis Semarak Ria Aidilfitri LLM 2011 3

LLM Bersama Kanak-Kanak Taman Sinar Harapan 4

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2011 5

Dasar Keselamatan ICT LLM 6

Pembentangan Teknikal Anjuran LLM 7

Lawatan Y.B Menteri Kerja Raya Ke Jambatan 8

Kedua Pulau Pinang (JPP2)

Jasamu Dikenang 9

The First International Seminar on Design & 9

Construction of Second Penang Bridge

Kejohanan Bola Sepak Dan Bola Jaring Piala Ketua 10

Pengarah LLM 2011

Sembelihan Qurban Aidil Adha 1432 H 11

Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya Ke Persimpangan 12

Bertingkat Baru, Seremban, Negeri Sembilan

Wajah Baru Gimnasium LLM 13

Berkongsi Kegembiraan Bersama Warga Emas 14

Back To School Bersama LLM 15

Sudut Lensa 16

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan segala kepujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerbitkan Buletin LLM Edisi 3/2011. Sekali lagi, Buletin LLM Edisi 3/2011 akan memaparkan aktiviti-aktiviti LLM sepanjang bulan September hingga Disember 2011.

LLM sentiasa merancang pelbagai aktiviti dan mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh warga LLM. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang September hingga Disember 2011 ialah Majlis Semarak Ria Aidilfitri, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), dan tidak lupa juga program-program Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) yang turut mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada warga LLM serta syarikat-syarikat konsesi.

Selain itu, dalam konteks ingin memastikan modal insan yang sihat, cergas dan berprestasi tinggi, LLM telah menganjurkan satu Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Piala Ketua Pengarah yang dibuka penyertaannya kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya. Atas semangat kesukanan yang tinggi, pasukan bola sepak LLM telah berjaya meraih tempat kedua manakala pasukan bola jaring pula mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini.

Sejak penubuhannya, LLM sentiasa memainkan peranan dan fungsinya sebagai peneraju dalam pembangunan infrastruktur lebuh raya negara. Adalah menjadi harapan pengurusan LLM agar semua warga LLM sentiasa sedar dan bersedia memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa cemerlang dan membanggakan.

Diharapkan agar Buletin Edisi 3/2011 kali ini dapat memberi input-input yang bermanfaat kepada semua pembaca. Selamat membaca dan selamat tahun baru.

PENGARANG

Page 3: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 3

LLMBuletin

LLMBuletin

Majlis Semarak Ria Aidilfitri LLM 2011 telah diadakan pada 8 September 2011 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna LLM. Antara tetamu yang turut hadir dan memeriahkan majlis tradisi tahunan LLM ini ialah wakil-wakil syarikat konsesi lebuh raya dan Kementerian serta bekas-bekas pegawai dan kakitangan LLM.

Dalam majlis ini, pelbagai jenis juadah seperti lemang, sate dan laksa telah disediakan hasil kerjasama antara bahagian-bahagian dan pejabat Wilayah LLM. Selain itu, sepanjang majlis ini berlangsung, para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan ghazal daripada Kumpulan Ghazal Kebudayaan Negeri Melaka. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali di mana seluruh warga kerja LLM dapat berkumpul dalam suatu majlis yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

MAJLIS SEMARAK RIA AIDILFITRI LLM 2011

Buletin LLM • Edisi Sept - Dis • 3

Page 4: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

4 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLM Bersama Kanak-Kanak Taman Sinar Harapan

Jitra, 13 September - LLM bersama-sama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya telah menganjurkan suatu Program Tanggungjawab Sosial & Korporat di Taman Sinar Harapan, Jitra, Kedah. Taman Sinar Harapan ini merupakan sebuah rumah kebajikan untuk kanak-kanak istimewa di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taman ini dihuni oleh kira-kira seramai 60 orang penghuni yang berumur antara 1 bulan hingga 15 tahun.

Barang-barang keperluan harian seperti susu, makanan tambahan, lampin pakai buang, vitamin serta kereta sorong yang merupakan hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya telah disampaikan oleh Dato’ Ir. Hj. Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM kepada Pengurus Taman Sinar Harapan. Adalah diharapkan ianya dapat membantu meringankan lagi beban di samping memenuhi keperluan kanak-kanak di rumah kebajikan Taman Sinar Harapan ini.

4 • Buletin LLM • Edisi Sept - Dis

Page 5: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 5

LLMBuletin

LLMBuletin

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2011B e r k e s i n a m b u n g a n dari itu, LLM telah m e n g k o o rd i n a s i k a n Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2011 peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia pada 11 Oktober 2011 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR. Konvensyen ini telah disertai oleh KKR dan agensi-agensi di bawahnya termasuk LLM. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Y. Bhg. Datuk Thomas George dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Bt. Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Kajang, 29 September - LLM telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat LLM 2011 bertempat di Dewan Serbaguna LLM. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini disertai oleh empat kumpulan dari LLM dan enam kumpulan dari syarikat konsesi iaitu tiga kumpulan dari PLUS dan masing-masing satu kumpulan dari LITRAK, SDE dan KESAS. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Syed Jamal Bin Syed Jaafar, dan majlis penutup pula disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM.

Konvensyen pada kali ini telah menobatkan Kumpulan Inspira sebagai juara bagi Kategori LLM manakala bagi kategori Syarikat Konsesi dimenangi oleh Kumpulan Jati dari PLUS. Kedua-dua kumpulan telah menerima wang berjumlah RM 1000 serta piala pusingan.

Buletin LLM • Edisi Sept - Dis • 5

Page 6: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

6 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) telah diwujudkan sebagai panduan untuk pengguna demi menjamin kesinambungan urusan kerja dan menghindar kesan insiden keselamatan ICT. Dasar ini akan memastikan maklumat-maklumat penting di LLM bebas daripada ancaman yang boleh merosakkan aset ICT LLM. Dokumen yang disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) ini telah diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pamandu Bil. 2 Tahun 2011 pada 25 Mei 2011 untuk digunapakai di LLM. Pembangunan dokumen ini adalah selaras dengan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2003 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Dalam era ICT masa kini, keselamatan maklumat adalah menjadi perkara utama untuk mengelakkan daripada disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Penyalahgunaan maklumat bukan sahaja akan memberi ruang kebocoran rahsia malah menjejaskan maruah organisasi dan negara.

Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada 7 Oktober 2011 bertempat di Dewan Serbaguna LLM. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Ir. Hj Ismail b. Md Saleh, Ketua Pengarah LLM. Setiap pegawai dan kakitangan LLM juga telah menandatangani Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT LLM pada majlis tersebut sebagai tanda persetujuan untuk mematuhi ketetapan DKICT LLM.

Taklimat pengenalan DKICT LLM telah diberikan oleh Pn Nor Lizam bt Ismail, Pengarah Teknologi Maklumat LLM. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menegaskan tentang tatacara penggunaan dan keselamatan rangkaian ICT LLM yang meliputi:-

• Keselamatan maklumat;• Keselamatan internet;• Keselamatan mel elektronik (E-mel);• Keselamatan dari ancaman virus;• Penggunaan dan pengurusan rangkaian; dan• Keselamatan kata laluan (password).

Pada majlis yang sama juga, satu taklimat Keselamatan Internet telah diberikan oleh wakil dari Cyber Security Malaysia, En Jazannul Azriq b Aripin.

Dasar Keselamatan ICT LLM

6 • Buletin LLM • Edisi Sept - Dis

Page 7: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 7

LLMBuletin

LLMBuletin

Kajang, 13 oktober – LLM sebagai agensi kerajaan yang merupakan badan kawalselia lebuh raya sentiasa mengutamakan tanggungjawab dan bertindak aktif serta inovatif dalam melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan lebuh raya. Justeru itu, salah satu usaha yang telah dilakukan adalah dengan menganjurkan Pembentangan Teknikal bertajuk “Usaha Peningkatan Tahap Keselamatan Lebuh Raya” yang telah berlangsung di Auditorium, LLM.

Pada pembentangan teknikal ini, para peserta telah didedahkan dengan garis panduan terbaru terbitan LLM yang mana LLM telah membuat semakan dan menerbitkan semula garis panduan garisan jalan lebuh raya. Antara usaha yang telah dilakukan ialah dengan

membuat penambahbaikan dari aspek penggunaan bahan dan kaedah yang berasaskan teknologi terkini yang lebih menjurus kepada meningkatkan tahap keselamatan pengguna lebuh raya.

Pada program kali ini juga, para peserta berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai produk dan kaedah perlaksanaan terkini oleh pihak PLUS yang banyak melaksanakan usaha meningkatkan tahap keselamatan lebuh raya serta melaksanakan tindakan inovatif lain.

Diharapkan program pembentangan teknikal anjuran LLM kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh syarikat konsesi, konsultan dan kontraktor lebuh raya serta agensi kerajaan atau swasta termasuk pihak berkuasa tempatan yang dijemput sebagai peserta program. Program yang seumpamanya akan dirancang dari semasa ke semasa selaras dengan misi LLM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman baru secara berterusan.

Pembentangan Teknikal Anjuran LLM

Buletin LLM • Edisi Sept - Dis • 7

Page 8: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

8 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Pulau Pinang, 17 oktober – Lawatan kerja Y.B Menteri Kerja Raya ke Jambatan Kedua Pulau Pinang (JPP2) telah diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kerja Raya serta wakil-wakil syarikat konsesi dan Jambatan Kedua Sdn. Bhd.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan pembinaan JPP2 yang merupakan salah sebuah projek mega yang dilaksanakan di Malaysia. Jambatan yang bernilai RM 4.5 bilion dan dijangka siap pada tahun 2013 ini bakal melakar sejarah baru sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara apabila siap kelak. Projek pembinaan JJP2 yang telah bermula pada tahun 2008 adalah usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd.

Jambatan berukuran 24 kilometer ini akan menjadi penghubung antara Batu Maung di Pulau Pinang dengan Batu Kawan di tanah besar Seberang Prai.

Lawatan Y.B Menteri Kerja Raya Ke Jambatan Kedua Pulau Pinang (JPP2)

8 • Buletin LLM • Edisi Sept - Dis

Page 9: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 9

LLMBuletin

LLMBuletin

Jasamu DikenangKajang, 28 oktober - Perhimpunan pagi LLM bulan Oktober 2011 turut meraikan persaraan Pn Azmah bt Yahya, Pelukis Pelan Bahagian Kawalselia Penyenggaraan yang bersara secara pilihan berkuatkuasa 3 Oktober 2011.

Pn Azmah bt Yahya telah memulakan kerjayanya di LLM sebagai Pelukis Pelan pada 3 Julai 1981. Sepanjang perkhidmatan selama 30 tahun di LLM,

telah banyak jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh beliau kepada LLM.

Kami di LLM m e n g u c a p k a n jutaan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan beliau di samping mendoakan kejayaan serta kesejahteraan Pn Azmah bt Yahya pada hari-hari yang mendatang. Selamat Maju Jaya.

The First International Seminar on Design & Construction of Second Penang Bridge merupakan seminar yang julung kali dianjurkan untuk menghimpunkan pakar-pakar dan individu yang terlibat dalam projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang (JPP2). Seminar ini juga merupakan satu platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam aspek reka bentuk dan pembinaan projek pembinaan JPP2.

Seminar yang berlangsung dari 15-16 November 2011 di Hotel The Legend, Kuala Lumpur telah dimuatkan dengan sesi-sesi pembentangan berkaitan

The First International Seminar on Design & Construction of Second Penang Bridge

reka bentuk fast-track, konsep pembinaan dan pengunaan bahan-bahan alternatif, penerokaan teknologi terkini dalam pembinaan selain aspek penjagaan alam sekitar serta sosial. Seminar ini juga memaparkan sepintas lalu kemajuan projek JPP2 yang dijangka siap pada tahun 2013.

Antara panel yang telah dijemput untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka ialah En Naeem Hussain dari Arup Group Ltd., Hong Kong; Dr. Robin Sham dan Dr Ir. Chiu Sing Lok dari AECOM Asia Co. Ltd., Hong Kong; En Afshim Forouzani dari RB International Sdn. Bhd.; dan Dr Kamarudin Ab. Malek dari Tun Abdul Razak Research Centre, United Kingdom.

Buletin LLM • Edisi Sept - Dis • 9

Page 10: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

10 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Kajang, 29 oktober - LLM bersama-sama Badan Kebajikan Sosial dan Sukan (BKSS) LLM sekali lagi telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Piala Ketua Pengarah LLM 2011. Kejohanan yang berlangsung di Padang LLM, Dewan Serbaguna LLM dan Padang UNITEN turut disertai oleh pasukan daripada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

Pada kejohanan kali ini, pemenang kedua-dua acara akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 1200, medal serta piala pusingan. LLM telah menghantar dua buah pasukan sebagai wakil bagi setiap acara. Keempat-empat pasukan telah menunjukkan permainan yang baik dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kedua-dua acara. Berikut merupakan keputusan akhir kejohanan ini:

KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PIALA KETUA PENGARAH LLM 2011

10 • Buletin LLM • Edisi Sept - Dis

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak LLM ’1980’ dan pasukan bola jaring LLM A.

Bola sepak Bola jaring

Johan : Roadcare Johan : Kesas

Naib johan : LLM ’1980’ Naib johan : PLUS

Ketiga : Teras Ketiga : LLM A

Keempat : Sime Darby Keempat : Shapadu

Page 11: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 11

LLMBuletin

LLMBuletin

Sembelihan Qurban Aidil Adha 1432 HKajang, 8 November - Seperti tahun-tahun sebelumnya, LLM bersama Badan Kebajikan Sosial & Sukan (BKSS) LLM, sekali lagi telah menganjurkan Program Sembelihan Qurban sempena sambutan Aidil Adha 1432 H bertempat di perkarangan Ibu Pejabat LLM.

Seluruh warga LLM telah hadir dan bersama-sama bergotong-royong melaksanakankan penyembelihan tiga ekor lembu korban, melapah daging dan menyediakan juadah untuk majlis itu.

Pada majlis tersebut juga, Dato’ Syed Jamal b. Syed Jaafar, Pengerusi LLM telah turut hadir dan memeriahkan lagi Program Sembelihan Qurban ini. Majlis telah diakhiri dengan bacaan tahlil dan jamuan makan tengah hari.

Buletin LLM • Edisi Sept - Dis • 11

Page 12: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

12 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya Ke Persimpangan Bertingkat Baru, Seremban, Negeri Sembilan

Seremban, 9 November - YB Datuk Seri Shaziman b. Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan Persimpangan Bertingkat Baru, Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat tapak cadangan pembinaan yang dirancang untuk mengurangkan kesesakan trafik di Persimpangan Bertingkat Seremban sediada di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Lawatan ini turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi KKR, LLM dan PLUS Berhad.

Persimpangan bertingkat baru ini bakal dibina di Km 267.5, Lebuhraya Utara-Selatan dan akan menghubungkan lebuh raya ke jalan negeri iaitu Jalan Labu (N38) yang terletak 4km ke arah Utara dari Persimpangan Bertingkat Seremban sediada.

Selain dapat mengurangkan kadar kesesakan trafik terutama sekali pada waktu puncak, pembinaan persimpangan bertingkat baru ini juga dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan setempat dan sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakat di sekitarnya.

12 • Buletin LLM • Edisi Sept - Dis

Page 13: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 13

LLMBuletin

LLMBuletin

Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya Ke Persimpangan Bertingkat Baru, Seremban, Negeri Sembilan

Seremban, 9 November - YB Datuk Seri Shaziman b. Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan Persimpangan Bertingkat Baru, Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat tapak cadangan pembinaan yang dirancang untuk mengurangkan kesesakan trafik di Persimpangan Bertingkat Seremban sediada di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Lawatan ini turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi KKR, LLM dan PLUS Berhad.

Persimpangan bertingkat baru ini bakal dibina di Km 267.5, Lebuhraya Utara-Selatan dan akan menghubungkan lebuh raya ke jalan negeri iaitu Jalan Labu (N38) yang terletak 4km ke arah Utara dari Persimpangan Bertingkat Seremban sediada.

Selain dapat mengurangkan kadar kesesakan trafik terutama sekali pada waktu puncak, pembinaan persimpangan bertingkat baru ini juga dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan setempat dan sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakat di sekitarnya.

Wajah Baru Gimnasium LLMGimnasium yang terletak di tingkat atas Dewan Serbaguna LLM merupakan salah satu kemudahan rekreasi yang disediakan untuk kegunaan seluruh warga LLM. Pada 11 November 2011, gimnasium ini telah dirasmikan oleh Dato’ Ir. Hj Ismail b Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan LLM.

Dengan keluasan yang sederhana, gimnasium ini telah diberi nafas baru dengan kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahan peralatan senaman. Gimnasium ini dibuka setiap hari bekerja, jam 1.00 petang hingga 2.00 petang dan dari jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Diharapkan agar seluruh warga LLM dapat menggunakan kemudahan gimnasium ini sebaik mungkin dan sekaligus dapat beriadah serta mengamalkan cara hidup sihat.

Buletin LLM • Edisi Sept - Dis • 13

Page 14: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

14 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Puchong, 23 November - Walaupun sentiasa sibuk dengan tugas seharian, LLM tidak pernah meninggalkan tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) terhadap masyarakat. Atas tujuan itu, pengurusan LLM dan syarikat-syarikat konsesi, telah mengatur satu program CSR ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong.

Rumah jagaan yang dihuni oleh seramai 50 orang warga emas ini beroperasi di sebuah bangunan bekas masjid yang terletak bersebelahan jajaran Lebuhraya Lembah Klang Selatan. Rumah jagaan yang diasaskan oleh Pn. Muji bt Hj Sulaiman ini merupakan sebuah rumah orang tua yang dibiayainya sendiri dan dibantu oleh ahli keluarga beliau.

Atas keprihatinan Dato’ Ir. Hj Ismail b Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM, bersama-sama wakil dari syarikat konsesi lebuh raya telah berbesar hati hadir ke program ini bagi melihat sendiri keadaan rumah jagaan ini serta penghuninya. Sejumlah sumbangan berupa barang-barang keperluan harian, makanan dan kelengkapan diri telah disalurkan untuk meringankan lagi beban rumah jagaan tersebut.

Berkongsi Kegembiraan Bersama Warga Emas

14 • Buletin LLM • Edisi Sept - Dis

Page 15: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Jan - April • 15

LLMBuletin

LLMBuletin

teluk Intan, 1 Disember - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekali lagi telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) yang mana pada kali ini, LLM telah memilih Teluk Intan, Perak sebagai destinasi. Program yang bertemakan ‘Back to School’ ini bertujuan untuk meyalurkan sumbangan barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak keluarga berpendapatan rendah dari tiga buah sekolah yang terpilih sekitar kawasan Chenderong Balai.

Back To School Bersama LLMProgram ini telah melibatkan seramai 75 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara dan Sekolah Kebangsaan Degong. Sumbangan berupa peralatan sekolah seperti beg, pakaian seragam sekolah, kasut dan alat tulis yang telah disampaikan oleh Dato’ Ir. Hj. Ismail b. Md Salleh, Ketua Pengarah LLM dan wakil syarikat konsesi diharap akan dapat meringankan beban keluarga berkenaan untuk persiapan musim persekolahan yang akan datang. Selain beramal, melalui program CSR ini juga pihak LLM dan syarikat konsesi dapat beramah mesra dengan masyarakat setempat dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

LLM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban di atas kesudian pihak sekolah menyediakan kemudahan lokasi dan kerjasama sepenuhnya sepanjang program ini berlangsung.

Buletin LLM • Edisi Sept - Dis • 15

Page 16: Back to School Bersama LLM · Selamat membaca dan selamat tahun baru. PENGARANG . LLM Buletin LLM Buletin ... Satu majlis pelancaran Dasar Keselamatan ICT LLM telah diadakan pada

16 • Buletin LLM • Edisi Jan - April

LLMBuletin

LLMBuletin

Tahniah...Kelahiran Pertama

Foto Perkahwinan

En. Muhd Naim Bin Razali &Pn. Zaitun Tata Susilawati Bt Mohamad

(03 Disember 2011)

En. Ahmad Azim Bin Muhamad Zahidi &Pn. Norhanim Bt Mohammad

(27 November 2011)

En. Muhammad Amir Bin Abdul Rasyid &Pn. Musyira Bt Md Mushin

(09 Disember 2011)

Nama Anak:Muhammad Zariff Irfan Bin

ZaimasnizamNama Bapa:

En. Zaimasnizam bin MaspurTarikh Lahir:

25 November 2011

Nama Anak:Nur Ariana Balqish Bt Roslan

Nama Ibu:Pn Suhaiza Bt Mat Kassim

Tarikh Lahir:18 Oktober 2011

Nama Anak:Siti Aishah Maisarah Bt Muhd

BurhanuddinNama Bapa:

En. Muhd Burhanuddin Bin Yusoh Azih

Tarikh Lahir:19 Oktober 2011