Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

14
BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN 1.1 PENGENALAN Salah satu kesan globalisasi ekonomi ialah kemunculan multinational corporation (MNCs) yang secara perlahan-lahan mengambil peranan sebagai pembuat keputusan dan penentu tahap pembangunan sesebuah negara daripada institusi politik iaitu kerajaan. Hal ini berlaku atas desakan luar iaitu pengantarabangsaan ekonomi dan desakan dalaman iaitu keperluan pembangunan ekonomi domestik. Kewujudan pelbagai MNCs yang bertapak di dalam negara ini telah mengakibatkan kerajaan sebagai autoriti pusat telah terhakis kuasanya. Pelaburan dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh MNCs kepada rakyat di sesebuah negara menyebabkan ia memiliki daya untuk mempengaruhi kerajaan dalam membuat sebarang keputusan politik yang melibatkan soal ekonomi. Kerajaan boleh dikatakan sebagai satu autoriti yang mengalami dilema apabila sebarang keputusan politik terpaksa dibuat sama ada memberi lebih peluang kepada MNCs dari luar negara atau peluang kepada peniaga, buruh, pengguna mahupun etnik majoriti. Peluang bagi MNCs ialah memperluas pelaburan dan perniagaan mereka di negara ini manakala peluang di peringkat peniaga, buruh, pengguna dan etnik majoriti ialah ruang untuk mereka memperolehi keperluan asas dan kehendak diri dengan pemilikan ekonomi yang dimiliki. Isu pembangunan timbul apabila MNCs dalam negara mengejar keuntungan semata-mata tetapi mengambil buruh dari luar negara atau negara periferi, meningkatkan pengeluaran tetapi mengabaikan aspek kualiti dan menjadi pesaing hebat bagi syarikat-syarikat anak tempatan. Oleh itu, kerajaan tidak lagi boleh diharapkan sepenuhnya untuk membela nasib golongan miskin, buruh dan pengguna di Malaysia kerana perkiraan politik kerajaan harus juga mengambil kepentingan MNCs di Malaysia. Maka, wujud badan bukan kerajaan yang dirujuk sebagai masyarakat sivil untuk memperjuangkan isu pembangunan dalam ruang lingkup mereka. Badan-badan bukan kerajaan ini telah memainkan peranan penting dalam isu-isu pembangunan. Esei ini akan membincangkan peranan badan bukan kerajaan. Bahagian pertama akan menjelaskan takrif dan konsep badan bukan kerajaan. Bahagian kedua akan menghuraikan faktor kewujudan badan bukan kerajaan dengan melihat desakan luar dan desakan dalam negara. Bahagian ketiga, badan bukan kerajaan akan dikelaskan ke dalam beberapa jenis dengan mencirikan ia kepada golongan yang diwakili dan peranannya. Bahagian keempat pula akan mengandungi contoh-contoh badan bukan kerajaan seperti Malaysian Trade Union Congress (MTUC), (FOMCA), Consumer Association of Penang (CAP) dan Dewan Perniagaan Ekonomi Melayu. Bahagian kelima merupakan rumusan seluruh bahagian seterusnya kesimpulan.

Transcript of Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

Page 1: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN1.1 PENGENALAN

Salah satu kesan globalisasi ekonomi ialah kemunculan multinational corporation (MNCs) yang secara

perlahan-lahan mengambil peranan sebagai pembuat keputusan dan penentu tahap pembangunan

sesebuah negara daripada institusi politik iaitu kerajaan. Hal ini berlaku atas desakan luar iaitu

pengantarabangsaan ekonomi dan desakan dalaman iaitu keperluan pembangunan ekonomi domestik.

Kewujudan pelbagai MNCs yang bertapak di dalam negara ini telah mengakibatkan kerajaan sebagai autoriti

pusat telah terhakis kuasanya. Pelaburan dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh MNCs kepada rakyat

di sesebuah negara menyebabkan ia memiliki daya untuk mempengaruhi kerajaan dalam membuat

sebarang keputusan politik yang melibatkan soal ekonomi. Kerajaan boleh dikatakan sebagai satu autoriti

yang mengalami dilema apabila sebarang keputusan politik terpaksa dibuat sama ada memberi lebih

peluang kepada MNCs dari luar negara atau peluang kepada peniaga, buruh, pengguna mahupun etnik

majoriti. Peluang bagi MNCs ialah memperluas pelaburan dan perniagaan mereka di negara ini manakala

peluang di peringkat peniaga, buruh, pengguna dan etnik majoriti ialah ruang untuk mereka memperolehi

keperluan asas dan kehendak diri dengan pemilikan ekonomi yang dimiliki. Isu pembangunan timbul apabila

MNCs dalam negara mengejar keuntungan semata-mata tetapi mengambil buruh dari luar negara atau

negara periferi, meningkatkan pengeluaran tetapi mengabaikan aspek kualiti dan menjadi pesaing hebat

bagi syarikat-syarikat anak tempatan. Oleh itu, kerajaan tidak lagi boleh diharapkan sepenuhnya untuk

membela nasib golongan miskin, buruh dan pengguna di Malaysia kerana perkiraan politik kerajaan harus

juga mengambil kepentingan MNCs di Malaysia. Maka, wujud badan bukan kerajaan yang dirujuk sebagai

masyarakat sivil untuk memperjuangkan isu pembangunan dalam ruang lingkup mereka. Badan-badan

bukan kerajaan ini telah memainkan peranan penting dalam isu-isu pembangunan. Esei ini akan

membincangkan peranan badan bukan kerajaan. Bahagian pertama akan menjelaskan takrif dan konsep

badan bukan kerajaan. Bahagian kedua akan menghuraikan faktor kewujudan badan bukan kerajaan dengan

melihat desakan luar dan desakan dalam negara. Bahagian ketiga, badan bukan kerajaan akan dikelaskan

ke dalam beberapa jenis dengan mencirikan ia kepada golongan yang diwakili dan peranannya. Bahagian

keempat pula akan mengandungi contoh-contoh badan bukan kerajaan seperti Malaysian Trade Union

Congress (MTUC), (FOMCA), Consumer Association of Penang (CAP) dan Dewan Perniagaan Ekonomi Melayu.

Bahagian kelima merupakan rumusan seluruh bahagian seterusnya kesimpulan.

2.1 BADAN BUKAN KERAJAAN

2.2 Takrif dan Konsep

Page 2: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental organization (NGO). Badan

bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-

sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti

langsung kerajaan dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang

penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan

tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik

negara. Tambahannya, kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan

kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi.

Badan bukan kerajaan dapat dihuraikan tujuannya berdasarkan teori pluralisme iaitu satu keadaan yang

mana terdapat pelbagai kumpulan berkepentingan dalam satu arena politik. Seterusnya, kumpulan-

kumpulan ini bersaing untuk mempromosikan kepentingan masing-masing dan ia mempengaruhi

pembentukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Baradat

(1979), bahawa proses pembuatan keputusan merupakan satu keadaan persaingan yang mana terdapat

pelbagai kumpulan pendesak mewakili kepentingan masing-masing untuk menghasilkan dasar kerajaan

yang merupakan satu bentuk manifestasi dan kompromi terhadap tuntutan kumpulan-kumpulan tersebut.

Dalam hal ini, kerajaan mesti bersifat bebas agar dasar yang dibentuk tidak bersifat bias.

Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik perhatian pembuat-

pembuat dasar. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik melobi, demonstrasi dan menarik

perhatian umum seperti pengedaran risalah, syarahan umum dan promosi kepada orang awam. Maka,

kaedah-kaedah ini akan dapat merealisasikan hasrat badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan

kepentingan masing-masing dalam isu pembangunan.

2.2 Teori Pluralisme: Kewujudan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia

Bahagian ini akan menjelaskan kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan dalam teori pluralisme yang

mengiktiraf kepelbagaian kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam sistem politik. Penghuraian ini penting

kerana ia dapat membantu untuk memahami bagaimana badan bukan kerajaan mendapat keabsahan,

autoriti dan kesignifikanannya dalam mempengaruhi isu pembangunan di Malaysia.

2.2.1 Keabsahan dan Autoriti

Badan-badan bukan kerajaan diabsahkan kewujudannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan

Persekutuan iaitu Perkara 10. Kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

Walaubagaimanapun, badan bukan kerajaan harus mendaftarkan kumpulan melalui Jabatan Pendaftaran

Persatuan Malaysia (JPPM) berdasarkan kehendak Akta Persatuan 1966. Setelah itu, badan bukan kerajaan

akan diiktiraf sebagai sebuah badan yang berautoriti.

2.2.2 Ciri-ciri Pluralisme

Page 3: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

Terdapat beberapa ciri dalam teori pluralisme. Pertama, tiada kumpulan mendominasi kumpulan lain. Dalam

hal ini kumpulan tersebut merujuk kepada badan bukan kerajaan. Kedua, kerajaan bersifat bebas atau

‘neutral’. Ketiga, peranan negara adalah untuk mengawal dan memantau konflik antara kumpulan bukan

untuk mendominasi. Keempat, negara akan membuat dasar-dasar hasil interaksi pelbagai kumpulan ini.

2.2.3 Kelebihan Pluralisme

Pluralisme juga memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri. Antara kelebiahannya ialah setiap kumpulan

berpeluang dan berkebolehan untuk mempengaruhi kerajaan dalam pembuatan dasar. Hal ini mustahak

kerana ia akan memberi peluang kepada semua kumpulan untuk menyuarakan pandangan dalam isu

pembangunan. Tambahannya, kerajaan juga memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan terlibat.

Perhatian sebegini sangat penting untuk memastikan setiap isu berbangkit akan disertai tindakan oleh pihak

berwajib.

2.2.4 Kelemahan Pluralisme

Terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam pluralisme ini. Pertama, peluang untuk membentuk kumpulan

mungkin akan terbatas jika terdapat masalah kekurangan sumber kewangan dan kumpulan yang wujud

tidak efisien. Buruh-buruh yang berpendapatan rendah contohnya tidak dapat menubuhkan kesatuan

sekerja yang efisien dalam mempengaruhi kerajaan terhadap isu-isu mereka jika dibandingkan dengan

kesatuan sekerja yang mempunyai sumber kewangan dan tenaga yang lengkap seperti Kesatuan Sekerja

Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Selain itu, kerajaan adakalanya bersifat tidak ‘neutral’ kerana

berpihak kepada badan bukan kerajaan tertentu. Hal ini akan mengganggu prinsip dalam pluralisme itu

sendiri iaitu kerajaan harus bersikap bebas.

Jadi, teori pluralisme ini harus difahami dengan memahami ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan kerana ia

akan dapat membantu badan bukan kerajaan menjalankan peranannya dengan cekap dan berkesan dalam

memperjuangkan isu pembangunan di Malaysia.

3.1 FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN

Pembangunan merupakan proses maka ia berterusan. Jika dilihat dalam konteks Malaysia, pembangunan

telah mula dijalankan sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ia telah diteruskan setelah

kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Pembangunan

secara holistik telah dijalankan dengan berpandukan rangka rancangan lima tahun. Selain itu, terdapat juga

dasar-dasar ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru(DEB), Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan yang terbaru

Model Baru Ekonomi (MBE). Kesemuanya merupakan dasar dan rancangan Malaysia ke arah pembangunan

negara.

Page 4: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

Walaubagaimanapun, pembangunan yang harus merangkumi prinsip kesaksamaan, kelestarian, produktiviti

dan pemberdayaan masih lagi tidak dapat diselesaikan berpandukan dasar-dasar ekonomi ini atau lebih

tepat lagi. Peranan kerajaan masih tidak dapat menangani isu-isu pembangunan yang timbul di pelbagai

peringkat kumpulan masyarakat. Oleh itu, wujud badan-badan bukan kerajaan sebagai entiti politik yang

berperanan dalam isu pembangunan. Kerajaan juga tidak harus dipersalahkan seratus-peratus dalam isu

pembangunan kerana ia juga berkaitan dengan faktor luaran iaitu tuntutan pasaran global yang kian

mendesak.

Antara isu pembangunan yang sering timbul dalam konteks Malaysia ialah hak dan kebajikan pekerja atau

buruh, isu pengguna dan isu taraf ekonomi Bumiputera. Isu-isu seperti ini timbul akibat pembangunan yang

tidak setara, ekonomi bercirikan kapitalisme yang bermotifkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan

soal kebajikan pekerja serta kepuasan pengguna. Maka, beberapa faktor akan dijelaskan merangkumi faktor

luaran dan faktor dalaman seterusnya membawa kepada kemunculan badan-badan bukan kerajaan.

3.2 Faktor Luaran: Pasaran Global dan PersainganMultinational Corporation (MNCs)

Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana tuntutan pasaran global dan persaingan antara multinational

corporations (MNCs) telah membawa kepada kemunculan badan bukan kerajaan di Malaysia. Globalisasi

yang merupakan proses pemampatan masa dan ruang serta dibantu kemajuan teknologi mempunyai

beberapa cabang. Salah satu daripada cabang globalisasi ialah pengantarabangsaan ekonomi

(internationalization of economy). Menurut Petrella (1996), proses pengantarabangsaan ekonomi ialah satu

himpunan aliran pertukaran bahan mentah, barangan separuh siap dan barangan siap serta perkhidmatan.

Ia juga boleh meliputi kewangan dan buruh antara dua atau lebih negara. Pendefinisian

pengantarabangsaan ekonomi oleh Petrella ini secocok dengan Teori Sistem Dunia oleh sarjana Immanuel

Wallerstein yang melihat kesalingan hubungan pergantungan antara negara pusat atau ‘core’ dengan

negara ‘semi-periphery’ dan negara ‘periphery’.

3.2.1 Teori Sistem Dunia Wallerstein

Teori sistem dunia diperkenalkan oleh Immanuel Wallerstein. Ia merujuk kepada hubungan antara pusat

(core), separa pinggir (semi-periphery) dan pinggir (periphery). Ketiga-tiga pembahagian ini didasarkan

kepada fungsi ekonominya. Pertama, negara-negara pusat berperanan sebagai pemilik utama modal dan

melabur dalam ekonomi negara separa pinggir. Kedua, negara separa pinggir pula menjalankan fungsi

ekonomi sebagai pengeluar produk separa siap dan siap. Ketiga, negara-negara pinggir berperanan sebagai

pembekal bahan mentah dan buruh yang murah untuk proses penghasilan produk. Ketiga-tiga segmen

dalam teori sistem dunia ini bergantungan antara satu sama lain. Teori ini akan menerangkan bagaimana

ekonomi sesebuah negara dibuka kepada pasaran luar seterusnya didominasi oleh MNCs.

Page 5: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

Dalam keadaan pergantungan antara satu sama lain, ekonomi sesebuah negara bukan lagi bersifat tertutup

bagi keperluan domestik sahaja sebagaimana negara Korea Utara yang mengamalkan sistem ekonomi

sosialisme dan fahaman politik komunisme berdasarkan Juche Idea. Ekonomi sesebuah negara dalam

konteks teori sistem dunia bersifat terbuka untuk pasaran antarabangsa. Ia berjalan dalam sistem ekonomi

bercirikan kapitalisme iaitu bermotifkan keuntungan yang maksima. MNCs yang wujud perlu bersaing antara

satu sama lain dalam sebuah pasaran bebas (laissez-faire). Dalam hal ini, wujud kegiatan import dan eksport

antara MNCs dan negara. Di Malaysia, MNCs yang wujud adalah seperti produk makanan iaitu McDonalds,

Coca Cola dan Kentucky Fried Chicken. MNCs ini mengembangkan pasaran untuk melipatgandakan

keuntungan. Selain itu, wujud juga MNCs dalam pengeluaran barangan elektronik seperti Sony, Panasonic

dan Philips. MNCs yang datang daripada negara-negara pusat seperti ini akan menyediakan peluang

pekerjaan di negara-negara ‘semi-periphery’ dalam bentuk pengeluaran barangan separuh siap dan siap.

Pekerja-pekerja pula didatangkan daripada negara-negara pinggir seperti Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

3.2.2 Teori Globalisasi

Teori globalisasi menerangkan satu bentuk pergantungan negara-negara pasca kolonial seperti Malaysia.

Pergantungan ini wujud hasil sistem ekonomi semasa penjajahan dahulu seperti bekalan buruh, pemindahan

teknologi dan pasaran untuk produk serta perkhidmatan. Selain itu, ciri dalam teori globalisasi juga ialah

kuasa modal asing atau ‘foreign direct investment’ (FDI). Malaysia sendiri telah meliberalisasikan ekonomi

untuk pelaburan luar. Tambahannya, kekuatan MNCs juga turut melebihi kuasa negara. Maka, teori

globalisasi ini akan dapat menjelaskan keadaan ekonomi di Malaysia sehingga ia telah menghakis kuasa

negara dan memulakan peranan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan ekonomi.

Kewujudan pelbagai MNCs dalam ekonomi negara ini menyebabkan isu-isu pekerja menjadi lebih kompleks

seperti soal upah, masa kerja, perlindungan pekerja dan jaminan pekerjaan. Isu buruh di negara ini juga

bertambah rumit apabila ia melibatkan buruh-buruh asing. Isu ekonomi bukan lagi eksklusif kepada

konteksnya sahaja tetapi melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara pembekal

tenaga buruh seperti Indonesia. Isu buruh luar ini melibatkan isu-isu seperti layanan berat sebelah,

ketiadaan permit dan isu jenayah oleh buruh yang bekerja di Malaysia. Jadi, kesan-kesan negatif terhadap

proses pembangunan ini membuktikan bahawa kewujudan MNCs telah menghakis kuasa dan peranan

negara dalam urusan pembangunan maka badan bukan kerajaan dalam bentuk kesatuan sekerja, persatuan

pengguna dan persatuan peniaga telah beransur-ansur memainkan peranan untuk memperjuangkan isu-isu

yang telah dinyatakan di atas. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Sity (2002), pemerintah tidak lagi

dianggap sebagai sumber kuasa yang unggul sebaliknya banyak lagi institusi sosial nasional dan

antarabangsa yang lain seperti persatuan peniaga, persatuan pengguna dan kesatuan sekerja yang turut

menentukan arah dan matlamat pembangunan sesebuah negara pada hari ini.

Page 6: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

Oleh itu, jelas bahawa faktor luaran yang dijelaskan dengan Teori Sistem Dunia Wallerstein dan Teori

Globalisasi telah meningkatkan kebergantungan ekonomi negara dan peranan MNCs seterusnya

mencambahkan pelbagai isu pembangunan. Isu-isu pembangunan ini pula telah mendesak kepada

kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan yang bertindak sebagai kumpulan yang mempengaruhi dasar-

dasar dan menyediakan fungsi semak imbang.

3.3 Faktor Dalaman: Ciri-ciri ‘Liberalisation, Deregulation and Privatisation’ dalam Ekonomi

Malaysia

Pembangunan ekonomi di Malaysia melibatkan ciri-ciri ‘liberalisation, deregulation and privatization’ hasil

dasar-dasar yang diperkenalkan pihak kerajaan. Walaupun dasar-dasar yang melibatkan ciri-ciri ini adalah

untuk tujuan pembangunan ia hanya dilihat sebagai berjaya menunjukkan kesan positif jika dinilai daripada

segi makroekonomi. Namun, jika dilihat daripada segi mikroekonomi, ia telah menimbulkan ketidakadilan.

Hal ini dapat diungkap dalam kata-kata seperti ‘free trade is not a fair trade’ dan ‘one man’s freedom,

another man’s infringement’.

3.3.1 Liberalisasi (Liberalisation)

Usaha liberalisasi ekonomi Malaysia telah dijalankan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana

Menteri Malaysia. Usaha liberalisasi ini telah diumumkan pada tahun 2009 sebagai salah satu cara untuk

memperkenalkan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa dan memanfaatkan aset atau lebihan

dalam negara kepada pelaburan asing. Walaubagaimanapun, usaha liberalisasi ekonomi ia dilihat sebagai

penghakisan hak-hak istimewa Bumiputera dalam pemilikan ekonomi dan anak tempatan lain. Mantan

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir sendiri menyifatkan liberalisasi ekonomi sebagai mengambil

hak-hak Bumiputera. Dalam kaca mata politik dan ekonomi Malaysia, isu taraf ekonomi Bumiputera

sememangnya sesuatu yang dominan dan signifikan kerana ia melibatkan soal perlembagaan iaitu Perkara

153. Perlembagaan Persekutuan dan sokongan politik etnik majoriti di Malaysia. Tambahannya, syarikat-

syarikat sedia ada perlu bersaing dengan syarikat-syarikat luar. Oleh itu, isu pemilikan ekonomi Bumiputera

ini telah mewujudkan dan memperkukuhkan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi

Bumiputera dan peniaga-peniaga tempatan.

3.3.2 Peloggaran Undang-undang dan Peraturan(Deregulation)

Usaha ‘deregulation’ merupakan salah satu pakej yang harus ada dalam usaha liberalisasi ekonomi.

Pelonggaran undang-undang seperti pengurangan tarif dan bukan tarif, penyediaan infrastruktur,

penyediaan tapak perindustrian dan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu amat perlu untuk menarik

pelabur-pelabur asing. Malaysia sendiri contohnya telah melonggarkan peraturan dengan membenarkan

pelabur dan syarikat asing untuk melakukan pembelian sehingga 30 peratus nilai saham dan ekuiti dalam

badan korporat pada awal tahun 1990-an. Galakan kepada pelaburan asing ini telah menimbulkan isu

Page 7: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

pemilikan ekonomi Bumiputera dalam sektor korporat. Kerisauan ini berpunca daripada Dasar Ekonomi Baru

(DEB) yang bersifat pembela kepada Bumiputera tetapi dilihat tidak efektif untuk menangani masalah

tersebut. Keadaan sedia ada dikhuatiri akan bertambah buruk hasil ciri ‘deregulation’ dalam ekonomi. Oleh

itu, ia telah menggalakkan lagi kewujudan badan bukan kerajaan yang bergerak atas kapasiti pembela

ekonomi Bumiputera.

3.3.3 Penswastaan (Privatisation)

Dasar ini bertentangan dengan konsep pemiliknegaraan yang memusatkan kuasa urusan ekonomi kepada

kerajaan. Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan penswastaan melalui Dasar Persyarikatan yang memiliki

ciri ‘privatisation’ pada tahun 1983. Penswastaan bermotifkan kebaikan seperti kecekapan, kualiti barangan

atau perkhidmatan dan pengurangan beban kerajaan. Walaubagaimanapun, penswastaan di Malaysia tidak

berjalan dengan pengurusan yang baik sebagaimana di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Masih lagi

timbul soal produktiviti, kebajikan pekerja dan perkhidmatan yang melibatkan kos yang amat tinggi

seterusnya membebankan pelanggan. Secara tidak langsung, ia telah memencarkan kuasa kerajaan kepada

badan bukan kerajaan terutamanya dalam isu kelemahan pelaksanaan dasar penswastaan di Malaysia

seperti produktiviti dan kebajikan pekerja.

4.1 JENIS-JENIS BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN

Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam pembangunan di

Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan tersendiri sebagaimana

yang telah diterangkan dalam teori pluralisme. Pelbagai badan bukan kerajaan menggunakan kaedah-

kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat ‘neutral’ dalam membentuk sesuatu dasar.

4.1.1 Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja memiliki fokus tersendiri dalam isu kebajikan pekerja, dasar-dasar yang melindungi

pekerja, isu upah, masa kerja, faedah saraan dan perlindungan di tempat kerja. Badan bukan kerajaan

seperti ini wujud hasil penindasan dan pengabaian terhadap isu dan tuntutan para pekerja. Di Malaysia,

terdapat dua contoh kesatuan sekerja yang berpengaruh iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan

Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). MTUC merupakan kesatuan sekerja yang

melibatkan keahlian yang lebih umum berbanding CUEPACS yang hanya mengkhususkan keahlian kepada

penjawat-penjawat awam.

4.1.2 Persatuan Pengguna

Isu-isu pengguna seperti kualiti produk, soal harga barangan, jaminan halal bagi muslim dan soal kesedaran

terhadap hak pengguna menjadi fokus kepada persatuan pengguna. Usaha persatuan pengguna ini

Page 8: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

melibatkan kempen, pengedaran risalah dan penyebaran maklumat melalui laman web. Setiap negeri di

Malaysia mempunyai persatuan pengguna tersendiri. Consumer Association of Penang (CAP) merupakan

sebuah persatuan pengguna paling aktif dan berpengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi telah menjadi

contoh kepada negeri-negeri lain. Selain itu, terdapat persatuan pengguna yang merupakan himpunan

semua persatuan pengguna di Malaysia iaitu Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA).

Gabungan seperti ini akan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memperjuangkan isu

pembangunan.

4.1.3 Persatuan Peniaga Melayu atau Bumiputera

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam bahagian faktor kewujudan badan bukan kerajaan iaitu isu

pemilikan dan taraf ekonomi Bumiputera telah mewujudkan persatuan peniaga yang mewakili kepentingan

ekonomi Bumiputera. Kewujudan badan bukan kerajaan seperti ini lahir bukan sahaja daripada kesedaran

terhadap keadaan ekonomi mereka tetapi juga adalah kerana tindak balas mereka terhadap jaminan

keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang dilihat masih tidak efektif dalam membela taraf ekonomi mereka

selain kegagalan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih belum mampu untuk

membasmi kemiskinan dan kemelaratan hidup penduduk terutamanya di kawasan luar bandar. Antara

persatuan peniaga yang terdapat di Malaysia ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

5.1 BADAN BUKAN KERAJAAN / NON-GOVERNMENTAL ORGANIZATION (NGO) DI MALAYSIA DAN

PERANANNYA DALAM ISU PEMBANGUNAN

5.1.1 Malaysian Trade Union Congress (Kesatuan Sekerja)

Malaysian Trade Union Congress (MTUC) atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia merupakan gabungan

kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja seluruh Malaysia dengan 500, 000 keahlian. Kesatuan sekerja ini telah

didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966 yang mana pada awal penubuhannya dikenali sebagai National

Trade Union Organisation. Kesatuan sekerja ini penting untuk menunjukkan kesatuan berdasarkan

prinsipnya iaitu ‘Unity is Strength’. Antara pemimpin MTUC ialah P. Narayanan dan Zainal Rampak.

MTUC berperanan dalam banyak perkara yang melibatkan isu pembangunan dalam kumpulan pekerja di

Malaysia. Pertama, MTUC menuntut agar kadar upah minimum yang setimpal ditetapkan oleh kerajaan dan

dijadikan dasar ekonomi negara. Kedua, MTUC juga berperanan dalam menyediakan pusat-pusat latihan

untuk para pekerja sebagai nilai tambah kepada kemahiran, menyediakan peluang untuk melanjutkan

pelajaran dalam bidang akademik, teknikal dan professional. Ketiga, MTUC berperanan untuk menjaga

kebajikan para pekerja dengan melindungi pekerja daripada kehilangan pekerjaan, faedah saran,

kemalangan dan keselamatan sosial para pekerja. Contohnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

ditubuhkan untuk menjalankan fungsi pengurusan kebajikan para pekerja dan ahli keluarga pekerja.

Keempat, MTUC juga menuntut agar waktu bekerja dihadkan kepada lima hari kerana para pekerja perlu

Page 9: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

untuk diberi waktu bersama keluarga dan urusan peribadi. Kelima, MTUC juga lantang mendesak agar

pindaan dilakukan terhadap beberapa akta yang dilihat tidak mesra pekerja iaitu Emplyment Act, Akta

Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

5.1.2 Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam/ CUEPACS (Kesatuan Sekerja)

Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau Congress of Unions of Employees in the Public and Civil

Services (CUEPACS) merupakan gabungan kesatuan-kesatuan sekerja dalam sektor awam di seluruh

Malaysia termasuk badan-badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan. Kesatuan sekerja ini telah

didaftarkan pada 23 Oktober 1957 di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja dan terus unggul sebagai kesatuan

sekerja kepada sektor awam di Malaysia. Sebagai sebuah kesatuan sekerja terulung di negara ini, CUEPACS

mengekalkan misinya sebagai organisasi yang mampu memperjuangkan kepentingan pekerja sektor awam

dan menjadi pusat rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin berlandaskan kepimpinan

berpengalaman atau knowledge leadership (k-leadership). Keahlian CUEPACS dibuka kepada semua

kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yang berdaftar di bahagian Semenanjung Malaysia, Sabah dan

Sarawak.

CUEPACS juga berperanan dalam menjaga kebajikan para pekerja tetapi terhad kepada kepentingan dan

kumpulan sasarannya iaitu pekerja-pekerja sektor awam di Malaysia. Ia juga berperanan untuk membantu

mana-mana kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya dalam bentuk kewangan. Seterusnya, CUEPACS

bertanggungjawab dalam kebajikan material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung

di bawahnya dengan apa sahaja kaedah yang sah dan berpatutan mengikut pendirian Konvensyen Kongres

atau Majlis Kongres. Sebagai sebuah gabungan kesatuan sekerja yang besar, CUEPACS turut berperanan

untuk menyelia dan memberi khidmat nasihat perundangan kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang

bernaung di bawahnya berdasarkan perbekalan-perbekalan dalam undang-undang kesatuan sekerja yang

berkuatkuasa. Terakhir, CUEPACS juga menjalankan fungsi untuk menubuhkan jentera yang dipersetujui

majikan bagi menjalankan peranan untuk merunding dan membincangkan segala perkara mengenai

kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya.

5.1.3 Federation of Malaysian Consumers Associations (Persatuan Pengguna)

Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) merupakan sebuah persatuan pengguna yang

menggabungkan persatuan-persatuan pengguna lain di seluruh Malaysia. Kumpulan sasaran dan

kepentingan bagi persatuan ini ialah golongan pengguna. Hal ini kerana terdapat pengguna yang dinafikan

hak seperti tanda harga, barangan sudah mencapai tarikh luput, barangan tidak berkualiti dan tidak

mencapai piawaian. Ia telah ditubuhkan secara sukarela, tidak bermotifkan keuntungan, bukan bersifat

politik dan merupakan sebuah pertubuhan sivik. Demi menjalankan peranannya, FOMCA telah bekerjasama

Page 10: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk

menyebarkan maklumat, memberi pendidikan dan melindungi pengguna. Misi FOMCA bukan hanya terhad

untuk nilai kewangan pengguna tetapi untuk nilai kemanusiaan seperti soal keselamatan dan kesihatan.

FOMCA berperanan untuk menambah kuasa beli pengguna dan memastikan pembangunan berasaskan

keperluan demi menjamin keadilan sosioekonomi dan alam sekitar. Hal ini adalah untuk menjamin kualiti

hidup yang lebih baik untuk semua rakyat. Sebagai sebuah persatuan pengguna, FOMCA berperanan

terhadap beberapa aspek kebajikan terhadap pengguna-pengguna di Malaysia. Pertama, FOMCA bertindak

memberi dan menyebarkan maklumat mengenai hak-hak pengguna, senarai harga barang kawalan dan

kualiti produk melalui laman web, risalah dan kempen. Kedua, FOMCA berperanan untuk memberi

pendidikan secara percuma kepada semua pengguna. Penumpuan sering diberikan kepada ahli komuniti

masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah. Ketiga, ia merupakan badan bertindak yang memberi perlindungan

kepada pengguna. Kelima, FOMCA bertanggungjawab dalam menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk

memperoleh maklumat yang benar sebelum disampaikan kepada para pengguna.

5.1.4 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (NGO Melayu dan Bumiputera)

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merupakan sebuah persatuan peniaga dan badan bukan

kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Isu pembangunan di Malaysia seperti

yang telah dinyatakan mempunyai kaitan rapat dengan isu pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera

kerana terdapatnya dasar-dasar yang mencakupi kepentingan mereka iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang mewakili Bumiputera, DPMM bermatlamatkan suatu masyarakat

perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang bernilai, mantap, berjaya menguasai ekonomi dan

kejayaan setiap negeri-negeri di Malaysia. DPMM beribu pejabat di Kuala Lumpur dan memiliki 14 cawangan

lain di setiap negeri seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali negeri

Sarawak. Umumnya, DPMM berperanan untuk memastikan kelangsungan ekonomi Bumiputera di Malaysia

melalui aktiviti perniagaan.

Dalam isu pembangunan, DPMM berperanan dalam beberapa hal yang melibatkan kepentingan ekonomi

Melayu dan Bumiputera. Pertama, DPMM berperanan untuk mewujudkan sebuah pertubuhan perniagaan

Melayu di peringkat kebangsaan dan di setiap negeri untuk kepentingan dan faedah kaum Melayu dalam

lapangan perniagaan dan ikhtisas. Kedua, DPMM berperanan dalam usaha untuk menyatukan seluruh

peniaga Melayu demi keperntingan dan faedah bersama dalam perniagaan. Ketiga, dengan adanya

pertubuhan ini diharapkan agar ia dapat mempengaruhi pembentukan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan

dengan perniagaan agar ia tidak mengabaikan kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Keempat,

DPMM berperanan juga dalam kegiatan penyelidikan masalah-masalah perniagaan agar ia dapat dijadikan

panduan dalam memajukan dan menyediakan arah terhadap kaedah-kaedah tindakan. Hal ini adalah untuk

Page 11: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

mengukuhkan strategi dan pemilikan sedia ada dalam lapangan ekonomi. Kelima, DPMM turut memelihara

kebajikan para ahli dewan perniagaan dengan menubuhkan yayasan untuk kebajikan, pelajaran, latihan,

pengurusan dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

5.2 Perbandingan Peranan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia dan Negara Maju dalam Isu

Pembangunan

Umumnya terdapat banyak persamaan peranan dan tanggungjawab badan bukan kerajaan di Malaysia dan

badan-badan bukan kerajaan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan

Korea Selatan. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan

di negara-negara maju. Perbezaan ini terletak pada isu atau tuntutan yang diperjuangkan oleh golongan

pekerja. Tujuan bahagian ini adalah untuk membandingkan Malaysia yang diklasifikasikan sebagai negara

membangun dan negara-negara yang telah mencapai status maju.

Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara-negara maju.

Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and balance) dalam sesebuah sistem politik

terutamanya dalam hal-hal berkaitan pembentukan dasar dan matlamat ekonomi sesebuah kerajaan. Badan

bukan kerajaan juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan hak

sivil. Peranan ini selalunya dimainkan oleh persatuan pengguna. Tambahannya, persatuan pengguna

berperanan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang bersifat mesra pengguna. Akhir sekali, badan

bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau di negara-negara maju memainkan peranan dalam jaminan sosial

terhadap para pekerja, pengguna dan kumpulan sasaran tertentu.

Perbezaan isu pembangunan antara Malaysia dan negara-negara maju ialah isu gaji minimum dan isu gaji

maksimum. Isu gaji minimum diperjuangkan di Malaysia oleh kesatuan sekerja seperti MTUC manakala

negara-negara maju memperjuangkan isu gaji maksimum. Dalam konteks Malaysia, isu gaji minimum adalah

untuk menetapkan gaji paling rendah boleh dibayar kepada para pekerja. Tujuannya untuk membela nasib

pekerja dan membasmi kemiskinan melalui kuatkuasa undang-undang. Isu gaji maksimum pula

diperjuangkan kerana ia diyakini dapat mengelakkan akumulasi wang ringgit dalam segelintir pemilik.

Akumulasi wang ringgit ini tidak sihat untuk ekonomi kerana wang harus sentiasa dijual beli dan mengalir

dalam pasaran.

6.1 RUMUSAN

Esei ini telah menjelaskan peranan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan. Dalam bahagian

pengenalan, inti pati kepada keseluruhan esei telah diberikan untuk menerangkan objektif utama isi esei ini

dan bahagian-bahagian lain secara umum. Dalam bahagian takrif dan konsep badan bukan kerajaan,

pengertian kepada badan bukan kerajaan telah dijelaskan dengan menerangkan ciri-ciri badan bukan

kerajaan, kaedah-kaedah yang digunakan badan bukan kerajaan dan pendapat sarjana iaitu Baradat

Page 12: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

mengenai pluralisme agar ia dapat memberi kefahaman mengenai apa yang dimaksudkan sebagai badan

bukan kerajaan. Dalam bahagian seterusnya, penerangan ditumpukan kepada teori pluralisme, ciri-ciri

pluralisme, kelebihan pluralisme dan kelemahan pluralisme supaya ia dapat menunjukkan kesignifikanan

badan bukan kerajaan dalam menanggapi isu-isu pembangunan di Malaysia. Selain itu, perhatian juga turut

diberikan terhadap keabsahan dan autoriti badan bukan kerajaan melalui Perkara 10, Perlembagaan

Persekutuan dan pendaftaran dalam Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia. Ia bertujuan untuk

memperlihatkan pengiktirafan terhadap kewujudan badan bukan kerajaan sebagai salah satu entiti politik.

Bahagian faktor-faktor kewujudan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan pula telah merangkumi

penjelasan dan penghuraian terhadap punca kemunculan badan-badan bukan kerajaan mengikut

kepentingan tersendiri. Faktor-faktor ini telah dibahagikan kepada dua iaitu faktor luaran dan faktor

dalaman. Faktor luaran telah menjelaskan bagaimana pasaran global dan persaingan MNCs menyebabkan

isu-isu pembangunan di Malaysia menjadi bertambah kompleks selain percambahan masalah-masalah

baharu. Untuk menjelaskan lagi kefahaman dan mengukuhkan hujah, Teori Sistem Dunia Wallerstein dan

Teori Globalisasi telah digunakan untuk menerangkan perkaitannya dengan pengantarabngsaan ekonomi

dan penghakisan kuasa negara akibat kemunculan MNCs dalam ekonomi sesebuah negara. Faktor-faktor

dalaman pula telah diterangkan dengan memperlihatkan ciri-ciri dasar ‘liberalisation, deregulation and

privatization’dalam memberi kesan terhadap golongan pekerja, pengguna dan etnik Melayu Bumiputera.

Ketiga-tiga faktor dalaman ini merupakan hasil peranan kerajaan maka ia telah mewujudkan pertentangan

dengan badan bukan kerajaan sebagai alat semak dan imbang terhadap kerajaan. Dalam bahagian

seterusnya, jenis-jenis badan bukan kerajaan telah dikemukakan hasil daripada faktor luaran dan faktor

dalaman. Antara jenis badan bukan kerajaan ialah kesatuan sekerja, persatuan pengguna dan persatuan

peniaga Melayu Bumiputera. Kesatuan sekerja mewakili kepentingan golongan pekerja iaitu Malaysian Trade

Union Congress (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Persatuan pengguna

pula ditubuhkan untuk mewakili kepentingan para pengguna seperti Federation of Malaysian Consumers

Associations (FOMCA) dan Consumers Association of Penang (CAP). Persatuan peniaga Melayu dan

Bumiputera pula mewakili kepentingan ekonomi etnik Melayu dan Bumiputera seperti Dewan Perniagaan

Melayu Malaysia (DPMM). Bahagian badan bukan kerajaan dan peranannya dalam isu pembangunan

menerangkan secara ringkas sejarah, organisasi dan maklumat berkaitan beberapa badan bukan kerajaan

iaitu MTUC, CUEPACS, FOMCA dan DPMM. Setiap badan bukan kerajaan ini telah dihuraikan peranannya

dalam isu-isu pembangunan di Malaysia. Bahagian terakhir ialah perbandingan peranan badan bukan

kerajaan di Malaysia dan negara maju dalam isu pembangunan. Perbandingan ini adalah untuk menjelaskan

persamaan dan perbezaan antara Malaysia iaitu negara membangun dan negara-negara maju seperti

Amerika Syarikat. Oleh itu, jelas bahawa badan bukan kerajaan sememangnya berperanan besar dalam isu

Page 13: Badan Bukan Kerajaan Dalam Isu Pembangunan

pembangunan kerana ia mewakili kelompok masyarakat yang nyata terpinggir atau terlepas pandang dalam

arus ekonomi yang kian dipengaruhi pasaran global dan kewujudan MNCs. Kesimpulannya, badan bukan

kerajaan harus menjalankan peranan sebagai wakil kumpulan pekerja, pengguna dan etnik Melayu

Bumiputera dengan lebih berkesan agar ia dapat memberi impak yang berterusan dalam pembangunan di

Malaysia yang dihimpit proses pengantarabangsaan ekonomi.

RUJUKAN

Evans, T. 2005. The Politics of Human Rights: Global Perspective. London: Pluto Press.

Ghazali Mayudin (penyt.). 2008. Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit UKM.

Mohd Foad Sakdan. 1999. Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norani Othman & Sumit K. Mandal. (sunt). Malaysia menangani globalisasi: Peserta atau mangsa?. Bangi:

Penerbit UKM.

2009. Profil FOMCA. http://www.fomca.org.my/v2/index.php/mengenai-fomca. [9 Oktober 2010]

2009. About MTUC. http://www.mtuc.org.my/about_us.htm. [9 Oktober 2010].

2010. Profil CUEPACS. http://www.cuepacs.org.my/profile.html. [9 Oktober 2010].

2010. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Melaka. http://www.dpmmnm.org/peranan_1.html.

[9 Oktober 2010].

DI CAT AT O L EH   M UHAM M AD R AHI M I B I N HAS AN   DI   9 :2 5 P G  

L ABE L:   PE N G ANT A R E K ON OM I PO L IT I K