BADAN PERTOLONGAN CEMAS

28
BADAN PERTOLONGAN CEMAS NAMA : NUR SYAFIQAH BINTI OTHMAN NO.MATRIK : 2010430904 KOD KURSUS : AS115 KUMPULAN : HBUAP JURULATIH : MANSOR BIN ABDULLAH

Transcript of BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Page 1: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

BADAN PERTOLONGAN CEMAS

NAMA : NUR SYAFIQAH BINTI OTHMAN

NO.MATRIK : 2010430904

KOD KURSUS : AS115

KUMPULAN : HBUAP

JURULATIH : MANSOR BIN ABDULLAH

Page 2: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

ISI KANDUNGANBIL. TAJUK M/S

PENGENALAN1. MAKSUD KELAHIRAN KECEMASAN 12. KEDUDUKAN BAYI 23. JENIS KELAHIRAN KECEMASAN

-BERSALIN-KEGUGURAN

3-4

4 BERSALIN-PERINGKAT KELAHIRAN-PERALATAN-KOMPLIKASI

5-13

5. KEGUGURAN-PERINGKAT KEGUGURAN-SIMPTOM KEGUGURAN-PUNCA-PUNCA

14-20

6 Lampiran 20-23PENUTUP

PENGENALAN

Apakah yang di maksudkan dengan kelahiran kecemasan? Kelahiran kecemasan ialah proses bayi keluar dari rahim ibu selepas beberapa tanda seperti sakit dibahagian belakang, abdomen serta pelbagai lagi

Page 3: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

tanda-tanda. Setiap ibu mengandung akan merasai proses kelahiran. Kelahiran pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu bersalin (normal delivery) dan keguguran.

Bersalin terdiri daripada 3 peringkat iaitu pertama,kedua dan ketiga. Keguguran pula terdiri daripada 6 jenis keguguran seperti keguguran terancam,keguguran yang tidak dapat dielakkan, keguguran tidak lengkap,keguguran akibat kuman, keguguran lengkap dan keguguran tertinggal.

MAKSUD KELAHIRAN KECEMASAN

Bersalin atau kelahiran merupakan suatu proses biasa bagi wanita yang mengandung. Oleh itu, sebelum tiba kelahiran terdapat tanda- tanda dan gejala awal ditunjukkan sebelum lahirnya bayi.

Page 4: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Tanda- tandaa) Sakit di bahagian belakang terutama bahagian pinggang.b) Sakit di bahagian abdomen iaitu di sekitar pusat.c) Sakit berselang seli dengan keredaan. Ini diikuti dengan sakit yang lebih memanjang berbanding masa keredaannya.d) Ibu berkeadaan gelisah, cemas dan berpeluh.e) Peringkat awal keluar lendir berserta dengan sedikit darah dari kemaluan ibu. Ini diikuti dengan keluar air tuban dengan banyak akibat pecahnya tuban kandungan.f) Kelihatan kepala bayi menonjol pada bahagian faraj ibu.

KEDUDUKAN BAYI DI DALAM PERUT IBU.

Page 5: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

JENIS KELAHIRAN KECEMASAN

Page 6: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

BERSALIN

Bermaksud proses kelahiran bayi melalui saluran peranakan berlaku secara spontan. Ianya bermula dari sakit bersalin sehingga uri dikeluarkan. Masa adalah 2 minggu sebelum atau 2 minggu selepas masa yang ditetapkan tarikh untuk bersalin. Sakit

KELAHIRAN KECEMASAN

BERSALIN

KEGUGURAN

Page 7: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

untuk bersalin mengambil masa 12 hingga 18 jam bagi anak pertama dan anak seterusnya 6 hingga 8 jam. Biasanya usia kandungan antara 38 hingga 40 minggu.

KEGUGURAN

Keguguran adalah kehilangan kandungan pada saat janin berusia di bawah 20 minggu. (Bila lebih maka dianggap sebagai kelahiran prematur). Sekitar satu daripada enam kehamilan berakhir dengan keguguran, sebahagian besar berlaku sebelum minggu ke-16 kehamilan. Satu dari 200 wanita mengalami keguguran berulang, bahkan lebih dari tiga kali berturut-turut.

BERSALIN

Page 8: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

PERINGKAT KELAHIRAN

Peringkat pertama (1st stage).

Semasa ini uterus akan mengembang dan menguncup dan dalam masa yang sama cervix akan menipis dan terbuka secara perlahan lahan.

Peringkat pertama (1st stage) bermula dari mula rasa sakit

untuk bersalin sehingga cervix habis terbuka.( 10 cm ).

Peringkat kedua ( 2nd stage ) bermula dari masa cervix habis

terbuka sehingga bayi dilahirkan

Peringkat ke tiga (3rd stage)bermula dari masa bayi

dilahirkan sehingga uri (Placenta) dikeluarkan

Page 9: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Ibu akan mengalami rasa sakit.Contraction semakin kerap dan kuat serta mengambil masa yang lama sehingga cervix habis terbuka.Biasanya masa yang diambil 8 jam sehingga cervix terbuka hingga 4 cm . Cervix akan terus membuka sehingga 10 cm dimana masanya 5 hingga 7 jam dan contraction akan terus terjadi.Masa sakit ini tidak boleh melebihi 20 jam bagi anak pertama dan 12 jam bagi mutipara

Apa perlu dilakukan?

Beri sokongan emosi agar ibu tenang dan bersedia menghadapi sakit untuk bersalin. Beri bantuan

Page 10: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

bagi menyediakan kelengkapan untuk bersalin seperti barang keperluan bayi, kad ante natal dan keperluan ibu. Pakaian ibu perlu longgar dan selesa mudah untuk penyerapan peluh. Tanya ibu ada apa yang keluar dari farajnya samada lendir , darah atau air dan apa warnanya. Tanya ibu kekerapan sakitnya dalam 10 minit berapa kerap sakitnya. Panggil bantuan untuk membawa ibu ke hospital. Ibu boleh diberi makan pada peringkat awal untuk memberi tenaga. Galakan ibu mandi dan menjaga kebersihan. Pakaikan pad. Ibu digalakan menarik nafas seperti biasa dan bernafas melalui mulut dengan menarik dan menghembus secara perlahan untuk mengurangkan rasa kesakitan. Ibu tidak dibenarkan untuk meneran bayi keluar diwaktu ini untuk mengelakan dari cervix terkoyak dan akan membuang tenaga yang banyak.

Peringkat kedua ( 2nd stage )

• Masa bayi dikeluarkan ( 1 jam )

Page 11: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Contraction akan terus berlaku dan masa ini ibu akan rasa untuk meneran seperti membuang air besar. Proses bermula dengan kepala bayi. Masa ini ibu digalakkan untuk meneran sehingga kepala bayi keluar. di ikuti dengan bahu dan seterusnya badan dan kaki.

Page 12: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Apa yang boleh anda lakukan ?

c) Sediakan tempat tidur dengan selesa. Lapikkan tilam dengan plastik atau kain getah bagi mengelakan darah dan air tuban membasahi tilam.d) Sediakan alatan kelahiran seperti besin berisi air, sabun, pisau atau gunting bersih, tali pengikat atau benang, lampin dan tuala.e) Baringkan ibu melentang, bengkokkan kedua-dua kakinya. Buka kelengkapannya.f) Cuci tangan dan basuh kemaluan ibu bagi tujuan menjaga kebersihan.g) Setelah saat kelahiran tiba, galakkan ibu meneran sewaktu berlaku pengecutan otot rahim. Tarik nafas secara dalam dan melepaskannya melalui mulut

Page 13: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

berulang-ulang kali.

Peringkat ketiga ( 3rd stage )Masa uri keluar mengambil masa 15-20 min. Darah dan placenta yang akan keluar.

Apa yang anda lakukan?

h) Sambut bayi dengan kedua belah tangan. Jangan cuba menarik atau memusingkan semasa bayi mula menonjol keluari) Pastikan tali pusat tidak membelit leher bayi. Uraikan belitan sekiranya berlaku belitan tali pusat.j) Cuci badan, mata, dan hidung bayi dengan kapas

yang

Page 14: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

dibasahkan.k) Angkat bayi dengan memegang kedua belah pergelangan kakinynya agar lendir dapat keluar dari mulut dan hidungnya.l) Tepuk bahagian tapak kaki bayi bertujuan memberi ransangan kepadanya. Lakukan berulang kali sehingga bayi menangis.m) Sekiranya selepas 3 minit, tiada sebarng tangisan, beri bantuan pernafasan kepada bayi.

Page 15: BADAN PERTOLONGAN CEMAS
Page 16: BADAN PERTOLONGAN CEMAS
Page 17: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

PERALATAN KELAHIRAN KECEMASAN

• Selimut lembut

• Plastik 1.2 meter persegi

• 2 kain bersih

• 2 tuala

• Tuala wanita ( pad )

• Basin

• Sarong getah.

• Tali pita 25 cm panjang.

• Gunting.

Komplikasi semasa kelahiran• Bayi lemas dan menyebabkan kematian bayi.

• Bayi terjatuh

• Bayi boleh patah bahu

• Jangkitan.

• Perdarahan

• Lekat uri

• Kematian ibu

KEGUGURAN

Page 18: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Keguguran spontan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :

Keguguran terancam

(Threatened Abortion)

Keguguran yang tidak dapat dielakkan 

(Inevitable Abortion)

Keguguran tidak lengkap  

(Incomplete Abortion)

Pendarahan yang berlaku pada peringkat awal kehamilan dianggap sebagai keguguran terancam.Dianggarkan 1/4 daripada wanita hamil mengalami pendarahan semasa dua trimester yang pertama.Bagaimanapun, hanya separuh daripada mereka yang mengalami keguguran

IEA diertikan sebagai pendarahan yang disertai dengan pengembangan laluan pangkal rahim.Pada peringkat lanjut, pintu rahim telah mula terbuka. Pendarahanyang berlaku lebih teruk dari TA dan disertai sakit perut di bahagianari-ari.

Keguguran jenis ini berlaku ekoran daripada TA.Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius disertai rasa sakit perut.Biasanya, ICA menyebabkan pintu rahim terbuka dan sebahagian produk kehamilan terkeluar.Janin yang gugur ini berumur dalam lingkungan kurang dari 16 minggu.

Keguguran akibat jangkitan kuman (Septic Abortion)

Keguguran lengkap

(Complete Abortion)

Keguguran tertinggal 

(Missed Abortion)

Page 19: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

merupakan keguguran yang dikaitkan akibat berlakunya jangkitan dalam rahim ekoran pereputan tisu.Jangkitan ini boleh merebak pada tisu-tisu janin dan dinding rahim, otot-otot rahim atau organ berhampiran.

Wanita yang mengalami CA biasanya mengalami gejala-gejala seperti pendarahan, sakit perut dan pengeluaran tisu-tisu.Selalunya, keguguran yang berlaku selepas 16 minggu adalah lengkap kerana semua janin terkeluar dari rahim.

MA diertikan sebagai janin yang mati tetapi masih berada dalam rahim. Biasanya, janin berusia kurang daripada 28 minggu dan rahim tidak membesar seperti biasa.

KOMPLIKASI SEMASA KELAHIRAN

Keguguran selalunya disebabkan oleh

a) Penyakit-penyakit seperti SLE,  Masalah auto imun. 

Page 20: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

    antifosfofolipid (5 peratus)

b)  Pintu rahim yang tidak kuat , servik longgar,

c) Struktur rahim yang abnormal –kejadian rahim

d) kelainan pada rahim – fibroid dsb 11 peratus)

e) Kecacatan dari segi genetic ibu

f) Kecacatan kromosom atau genetik (15 peratus)

g) Jangkitan kuman pada organ pelvik akibat dari STD ( jangkitan penyakit seksual e.g.sifilis atau torches) (1-4 peratus)

h) Masalah ketidakseimbangan hormon yang dikaitkan dengan corpus luteum.

i)Genetik kedua-dua ibu bapa memiliki banyak persamaan yang dikenali sebagai alli imune disorder

SIMPTOM-SIMPTOM KEGUGURAN

- Sakit perut yang teruk

- Kekejangan yang berterusan

- Pendarahan yang teruk

- Sakit belakang

jika berkaitan dengan jangkitan kuman

Page 21: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

- Keputihan atau pendarahan yang berbau busuk

- Demam yang teruk

- Menggigil

- Tekanan darah dan suhu badan rendah

- Masalah pernafasan

- Penghasilan air kencing yang sedikit atau tiada langsung

Bagaimanapun, gejalanya selalunya tidak teruk ;

- Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan berwarna coklat yang sedikit sahaja tetapi berterusan.

Lampiran Bukaan faraj ketika bersalin

Page 22: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

bayi yang baru dilahirkan

Page 23: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

keuguran

Contoh janin yang gugur

Page 24: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Penutup

Page 25: BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Secara kesimpulan, kelahiran kecemasan merupakan proses bayi keluar dari rahim ibu melalui vagina. Proses ini berlaku dalam tempoh beberapa jam. Jika proses ini terganggu ataupun terlambat ia akan membahayakan nyawa ibu dan juga bayi.proses ini juga harus berlangsung dengan cara yang betul supaya ia tidak membahayakan mana-mana nyawa.