Badminton.pptx

72
Badminton

Transcript of Badminton.pptx

Page 1: Badminton.pptx

Badminton

Page 2: Badminton.pptx

Sejarah A

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam dan sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir.

Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16.

Page 3: Badminton.pptx

Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil.

Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan.

Page 4: Badminton.pptx

Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort.

Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Page 5: Badminton.pptx

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India.

Selain itu, undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.

Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.

Page 6: Badminton.pptx

Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas.

Page 7: Badminton.pptx

India menyertai pertubuhan ini pada 1936.

Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah.

Page 8: Badminton.pptx

China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

Page 9: Badminton.pptx

GelanggangGelanggang badminton

mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter.

Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi.

Page 10: Badminton.pptx

Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu.

Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh di luar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis ‘shuttlecock’ jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.

Page 11: Badminton.pptx

Gelanggang badminton

Page 12: Badminton.pptx

Alatan Dua jenis alatan ini adalah alatan utama bagi permainan badminton.

Bulu tangkisRaket badminton

Page 13: Badminton.pptx

Bulu tangkisBulu tangkis merupakan "bola"

yang digunakan dalam permainan badminton. Ia berbentuk kon: kon itu diperbuat daripada enam belas bulu angsa bertindan yang dicucuk pada tapak gabus bulat, yang dilapik dengan kulit nipis.

Beratnya adalah lebih kurang 4.74-5.50gm.

Page 14: Badminton.pptx

Bulu tangkis

Page 15: Badminton.pptx

Raket badminton B

Merupakan salah satu alat badminton dan kegunaannya adalah untuk melakukan teknik-teknik badminton seperti menahan bola, ‘smash’ dan lain-lain.

Page 16: Badminton.pptx

Pemakaian semasa pertandinganSeperti atlet lain pada

umumnya, setiap pemain badminton memiliki kelengkapan utama ketika tampil di sebuah permainan atau pertandingan.

Baju, seluar pendek, kasut tergolong dalam aksesori utama, sedang pengikat tangan, ikat kepala, pelapik lutut biasa disebut tambahan.

Page 17: Badminton.pptx

Kasut badminton haruslah baik, namun selesa bila dipakai di lapangan agar pemain dapat bergerak, baik maju mahupun mundur tanpa tergelecek.

Kasut badminton umumnya berwarna putih dengan garis-garis yang mempunyai pelbagai warna.

Page 18: Badminton.pptx

Stoking kaki tidak wajib namun sebaiknya memiliki daya serap peluh yang tinggi dan agak tebal supaya lembut dan mengurangi kemungkinan terjadinya iritasi kulit akibat pergeselan kulit dengan kasut.

Seluar pendek dan baju sebenarnya bebas, tetapi di peringkat antarabangsa banyak baju yang dipakai jenis baju yang sejuk dan mampu menyerap peluh dengan cepat.

Page 19: Badminton.pptx

Kadang-kala pemain menggunakan kain pengikat tangan, pengikat kepala atau pelindung lutut untuk keperluan penting iaitu mengelakkan daripada tercedera.

Page 20: Badminton.pptx
Page 21: Badminton.pptx

Jenis-jenis Permainan

1) Kompetitif Perseorangan a) kompetitif perseorangan lelaki 

b) kompetitif perseorangan wanita

2) Kompetitif Beregu

a) beregu lelaki

b) beregu wanita

c) beregu campuran

Page 22: Badminton.pptx

Teknik Permainan Badminton 1. Cara Memegang Raket (Grip)

Badminton dikenali sebagai olahraga yang banyak menggunakan pergelangan tangan. Cara memegang raket menentukan kualiti pukulan seseorang.

Salah satu teknik dasar yang penting untuk dikuasai secara tepat adalah pegangan raket. Cara pegangan raket yang betul merupakan modal penting untuk bermain badminton dengan baik.

Pegangan raket yang benar dapat meningkatkan semua jenis pukulan dalam permainan.

Page 23: Badminton.pptx

Raket harus dipegang dengan menggunakan jari-jari tangan (ruas jari tangan) dengan luwes, rileks, namun harus tetap bertenaga. Hindari memegang raket dengan cara menggunakan telapak tangan.

Page 24: Badminton.pptx

Jenis Pegangan RaketSemua jenis pukulan dalam

bulutangkis dilakukan dengan cara memegang raket forehand dan backhand .

Kedua-dua cara memegang ini akan digunakan secara bergantian bersesuaian dengan situasi permainan.

Para pemula biasanya diajarkan cara memegang forehand, kemudian backhand.

Page 25: Badminton.pptx

Cara Memegang Raket Forehand

1. Pegang raket dengan tangan kiri dan dengan cara seperti “jabat tangan”. Bentuk “V” tangan diletakkan pada bahagian gagang raket.2. Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah.3. Letakkan ibu jari di antara tiga jari dan jari telunjuk.

Page 26: Badminton.pptx

Cara Memegang Raket BackhandUntuk backhand grip, “V” tangan dibawa ke arah dalam.

Page 27: Badminton.pptx
Page 28: Badminton.pptx

2. FootworkFootwork merupakan dasar untuk

menghasilkan pukulan yang kuat, iaitu apabila dilakukan dalam posisi baik. Untuk memukul dengan posisi yang tepat dan betul, seseorang atlet harus memiliki kecepatan pergerakan. Kecepatan gerak kaki tidak mudah dicapai sekiranya footwork tidak teratur.

Page 29: Badminton.pptx

3. Sikap dan Posisi

a) Sikap dan Posisi Berdiri di LapanganSikap dan posisi berdiri di lapangan harus baik dan sempurna agar dapat bergerak secara cepat ke segala penjuru lapangan permainan.

Faktor yang harus diperhatikan:1. Berdiri dengan berat badan berada pada kedua-dua belah kaki dan menjaga keseimbangan tubuh.

Page 30: Badminton.pptx

2. Bengkokkan kedua-dua lutut dan berdiri pada hujung kaki, posisi pinggang tetap tegak dan releks. Kedua-dua belah kaki dibuka seluas bahu dengan posisi salah satu kaki diletakkan di depan kaki yang lain.

3. Kedua-dua belah lengan dan siku dibengkokkan, lengan bahagian atas yang memegang raket bebas bergerak.4. Raket harus dipegang degan betul dan memastikan kepala raket berada lebih tinggi dari kepala.

Page 31: Badminton.pptx

Sikap dan Tahap Kerja Langkah KakiSikap dan langkah kaki yang benar dalam permainan bulu tangkis merupakan syarat untuk meningkatkan tahap ketrampilan pemain.

Faktor yang harus diperhatikan:1. Sentiasa berdiri dengan posisi yang tepat di atas Iapangan.2. Bergerak ke depan, ke belakang, ke kanan dan kiri pada saat memukul bulu tangkis, sambil menjaga keseimbangan tubuh.3. Bergerak sambil meluncur cepat.4. Tidak berdiri dengan telapak kaki di lantai pada saat menunggu bulu tangkis, atau pada saat bergerak untuk memukul bulu tangkis.

Page 32: Badminton.pptx

4. Hitting Position

Posisi memukul bola dikenali sebagai preparation. Waktu persiapan ini adalah untuk menentukan jenis pukulan yang akan dilakukan. Posisi persiapan ini sangat penting untuk menghasilkan pukulan yang kuat.

Perkara yang perlu diperhatikan:

a. Overhead (atas) untuk right handed- Posisi badan bersampingan dengan arah net. Posisi kaki kanan berada di belakang kaki kiri. Semasa memukul bola, perpindahan beban berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri terjadi.- Posisi badan harus selalu berada di belakang bola yang akan dipukul.

Page 33: Badminton.pptx

b. Pukulan underhand(bawah)/net- Posisi memukul - kaki kanan berada di depan dan kaki kiri di belakang.- Lutut kaki kanan dibengkokkan sehingga paha bahagian bawah hampir sentuh tanah. Kerendahannya sesuai dengan ketinggian bola yang akan dipukul. Apabila bola dipukul, kaki kiri harus tetap berada di belakang dan hanya bergeser ke depan sedikit.

c. Untuk footwork maju-mundur

- Cara Latihan1. Dari tengah ke depan

- 2. Dari tengah ke belakang.3. Dari depan ke belakang dan sebaliknya.

Page 34: Badminton.pptx

5. Service (Service) C

Servis merupakan modal awal untuk memenangkan pertandingan. Dengan kata lain, seorang pemain tidak akan menang jika tidak melakukan servis dengan baik.

Terdapat tiga jenis servis, iaitu servis pendek, servis tinggi, dan flick atau servis setengah tinggi. Namun, biasanya servis digabungkan dengan servis forehand dan backhand.

Page 35: Badminton.pptx

Servis Forehanda. Servis Forehand Pendek- Tujuan:memaksa pihak lawan agar tidak dapat melakukan serangan. Pihak lawan terpaksa berada dalam posisi bertahan.- Bulu tangkis harus dipukul dengan hayunan raket yang relatif pendek.- Semasa raket terkena bulu tangkis, siku perlu dibengkokkan untuk menghindari penggunaan tenaga pergelangan tangan, dan sentiasa memerhatikan peralihan titik berat badan Anda.- Cara latihannya adalah berlatih secara berulang-ulang.

Page 36: Badminton.pptx
Page 37: Badminton.pptx

b. Servis Forehand Tinggi- Jenis servis ini biasanya digunakan dalam permainan perseorangan.- Bulu tangkis harus dipukul dengan menggunakan sepenuh tenaga agar buluh tangkis dapat melayang tinggi dan jatuh tegak lurus di bahagian belakang garis lapangan lawan.- Semasa memukul bulu tangkis, kedua-dua belah kaki dibuka seluas punggung dan bertapak.- Memerhatikan gerakan hayunan raket - Ke belakang, ke depan dan setelah melakukan pukulan, harus dilakukan dengan sempurna. Peralihan titik berat badan dari kaki belakang ke kaki depan yang harus berlangsung.- Perlu sentiasa berlatih dengan tekun dan berulang-ulang agar dapat menguasai teknik ini dengan sebaik-baiknya.

Page 38: Badminton.pptx
Page 39: Badminton.pptx

Servis Backhand- Arah dan jatuhnya bulu tangkis sedekat mungkin dengan garis serang pemain lawan. Bulu tangkis dapat melayang dekat di atas jaring. Jenis servis ini kerap digunakan oleh pemain ganda.

1. Kaki kanan di depan kaki kiri, hujung kaki kanan mengarah ke sasaran yang diinginkan. Kedua-dua belah kaki terbuka seluas pinggung, lutut dibengkokkan, titik berat badan berada di antara kedua kaki. Sikap badan tetap releks.

Page 40: Badminton.pptx
Page 41: Badminton.pptx
Page 42: Badminton.pptx

2. Hindari daripada menggunakan tenaga pergelangan tangan yang berlebihan, hal ini demikian kerana ini akan mempengaruhi arah dan ketepatan pukulan.

3. Sebelum melakukan servis, perhatikan posisi berdiri lawan agar dapat mengarahkan bulu tangkis ke sasaran dengan tepat.

4. Sentiasa berlatih dengan berulang-ulang agar dapat menguasai pergerakan servis ini dengan baik dan sempurna.

Page 43: Badminton.pptx

Servis yang Benar :1. Pada saat memukul, ketinggian kepala raket harus berada di bawah pegangan raket.2. Kedudukan bulu tangkis harus berada di bawah pinggang.3. Kaki kiri dalam keadaan statik.4. Kaki hanya bergeser, tetapi bukan lepas dari tanah.5. Rangkaian mengayun raket harus dalam satu rangkaian.6. Penerima servis bergerak sesaat setelah servis dipukul.

Page 44: Badminton.pptx

6. Pengembalian Service

Arahkan bulu tangkis ke arah sisi kanan,kiri lapangan,sudut depan atau belakang lapangan pihak lawan. Dengan penempatan bulu tangkis yang tepat, pihak lawan akan bergerak untuk memukul bulu tangkis sehingga terpaksa meninggalkan posisi strategiknya di titik tengah lapangannya.

1. Dalam permainan perseorangan, servis lob lawan dikembalikan dengan teknik pukulan keras dan tinggi ke salah satu sudut bahagian belakang lapangan lawan, atau dengan teknik “pukulan pendek” ke sudut depan lapangan lawan.

Page 45: Badminton.pptx

1. Hindari melakukan “smes keras walaupun berdiri pada posisi di bahagian belakang lapangan sendiri. Posisi ketika itu kurang menguntungkan.

2. Dalam permainan beregu, bulu tangkis sepatutnya dipukul dengan cepat, dan arah pukulan sentiasa menuju ke lapangan lawan atau ke bahagian tubuh lawan.

Page 46: Badminton.pptx

7. Underhand (Pukulan dari Bawah)

Seperti dengan teknik dasar “pukulan dari atas kepala”, untuk menguasai teknik dasar ini, seseorang pelatih harus berlari sambil melakukan langkah lebar, dengan kaki kanan berada di depan kaki kiri untuk menjangkau kejatuhan bulu tangkis. Siku harus dibengkokkan, tubuh tetap tegak semasa jangkauan dilakukan.

Page 47: Badminton.pptx

Semasa memukul bulu tangkis, gunakan tenaga kekuatan siku dan pergelangan tangan, sehingga gerakan lanjut dari pukulan ini berakhir di atas bahu kiri. Tapak kaki kanan tetap diletakkan di lantai sambil menjangkau bulu tangkis.

Fungsi pukulan dasar ini :- Untuk mengembalikan pukulan pendek atau permainan net lawan.- Sebagai cara bertahan akibat pukulan serang lawan. - Pukulan dasar ini dapat dilakukan dengan teknik pukulan forehand dan backhand.

Page 48: Badminton.pptx

Cara efektif untuk menguasai teknik dasar ini:

- menciptakan suasana berlatih dalam kumpulan dengan memukul bulu tangkis yang diarahkan relatif jauh dari jangkauan.

- Berlatihlah dengan tekun

- Selalu mengetahui kesalahan yang dilakukan agar tidak mengulangi lagi.

Page 49: Badminton.pptx

Underhand

Page 50: Badminton.pptx

Hal yang Perlu Diperhatikan1. Pegangan raket forehand untuk underhand forehand, dan pegangan backhand untuk underhand backhand.2. Pergelangan tangan agak bengkok ke belakang, siku juga agak bengkok.3. Sambil melangkahkan kaki kanan ke depan, hayunkan raket ke belakang lalu pukul bola, posisi tangan adalah lurus.4. Bola dipukul kira-kira dekat kaki kanan bahagian luar.5. Posisi akhir raket sesuai dengan arah bola.

Page 51: Badminton.pptx

Pukulan overhead lobPukulan overhead lob adalah

bola yang dipukul dari atas kepala, posisinyabiasanya dari belakang lapangan dan diarahkan ke atas pada bahagian belakang gelanggang.

Ada dua jenis overhead lob:1. Deep lob / Clear, bolanya tinggi ke belakang.2. Attacking lob / Clear, bolanya tidak terlalu tinggi.

Page 52: Badminton.pptx
Page 53: Badminton.pptx

Hal yang Perlu Diperhatikan D

1. Pergunakan pegangan forehand, pegang raket dan posisinya di samping bahu.

2. Posisi badan menyamping (vertikal) dengan arah net. 

3. Posisi kaki kanan berada di belakang kaki kiri dan pada masa memukul bola, harus terjadi perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

Page 54: Badminton.pptx

4. Posisi badan harus selalu berada  di belakang bola.

5. Bola dipukul seperti gerakan melempar.

6. Pada saat perkenaan bola, tangan mesti lurus.

7. Posisi akhir raket mengikuti arah bola, Ialu dilepas, sedang raket jatuh di depan badan.

8. Lecutkan pergelangan (raket) saat kena bola.

Page 55: Badminton.pptx

SmashPukulan overhead (atas) yang

diarahkan ke bawah dan dilakukan dengan tenaga penuh. 

Pukulan ini adalah pukulan menyerang. 

Tujuan utamanya untuk mematikan lawan. 

Pukulan smesy adalah bentuk pukulan keras yang sering digunakan dalam permainan badminton. 

Page 56: Badminton.pptx

Terdapat 4 jenis pukulan smash:

Pukulan smash penuh Pukulan smash potongPukulan sines backhandPukulan smash melingkar

atas kepala

Page 57: Badminton.pptx
Page 58: Badminton.pptx

Netting  Adalah pukulan yang dilakukan

berhampiran net, diarahkan sedekat mungkin ke net, dipukul dengan sentuhan tenaga halus sekali. 

Pukulan netting yang baik iaitu apabila bolanya dipukul halus dan melintir tipis dekat sekali dengan net. 

Penyelarasan gerak kaki, lengan, keseimbangan tubuh, posisi raket dan daya konsentrasi adalah faktor-faktor penting yang mempengaruhi kejayaan pukulan ini. 

Page 59: Badminton.pptx

Hal yang Perlu Diperhatikan 

Pegangan raket forehand untuk forehand net dan backhand untuk backhand samping net. 

Siku agak bengkok dan pergelangan ditekuk sedikit ke belakang. 

Pada saat memukul, kaki kanan berada di depan dan bola dipukul pada posisi setinggi mungkin. 

Sesaat sebelum perkenaan bola, buat tarikan kecil dan pergelangan tangan.

Pukul bola pada bahagian lengkung kanan dan kiri sampai pada bahagian bawah bola. 

Akhir kepala raket menghadap atau sejajar dengan langit-langit.

Page 60: Badminton.pptx

DriveAdalah pukulan cepat

dan mendatar banyak digunakan dalam permainan.

 Tujuannya untuk mengelakkan lawan menyerang atau sebaliknya memaksa lawan mengangkat bola dan berada pada kedudukan berlangsung.

Page 61: Badminton.pptx

Ansur majuSebelum praktikal

melakukan latihan pukulan, seseorang itu perlu melakukan latihan untuk menggerak-gerakkan pergelangan tangan, pergerakan ini perlu dilakukan dengan tetap dan kita perlu memegang raket dengan cara yang betul.

Page 62: Badminton.pptx

1. Peserta dilatihkan selalu memegang raket dengan jari-jari, luwes, dan mengamalkan hati yang relax.

2. Lakukan gerakan raket ke arah kanan dan kiri dengan menggunakan tenaga pergelangan tangan. Begitu juga gerakan ke depan dan ke belakang, sehingga terasa betul rasa dibengkokkan pada pergelangan tangan.

Page 63: Badminton.pptx

3. Gerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah.

4. Memukul bola ke tembok.

5. Melantun ball dengan menggunakan raket.

Page 64: Badminton.pptx

Peraturan Permainan

1. Undian dibuat Sebelum Permainan Bermula

Pengadil melambung syiling Pemain yangg menang undi

layak membuat pilihan (sama ada mahu buat servis ATAU memilih gelanggang)

Page 65: Badminton.pptx

2.Sistem PemarkahanPemain A memberi servis kepada

Pemain B dari sebelah Kiri gelanggang jika mata Pemain A adalah angka-angka ganjil. (1,3,5,7 dan seterusnya)

Pemain A memberi servis kepada Pemain B dari sebelah Kanan gelangang jika kedudukan mata adalah 0 dan angka-angka genap (2,4,6,8 dan seterusnya).

Page 66: Badminton.pptx

Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.

Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.

Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain.

Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .

Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.

Page 67: Badminton.pptx

3. Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan

Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.

Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.

Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.

Page 68: Badminton.pptx

4. Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

Page 69: Badminton.pptx

Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai

Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun

Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai

Page 70: Badminton.pptx

Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang

Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia

Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia

Page 72: Badminton.pptx

Terima Kasih