Bagaimanakah Flipped Classrom Dapat Digunakan Di Dalam Bilik Darjah

8
Bagaimanakah Flipped Classrom Dapat Digunakan di Dalam Bilik Darjah 1.0 penggunaan Model Filpped Classroom di Dalam Bilik Darjah Seperti mana yang diketahui, Flipped Classroom lebih dikenali sebagai model pembelajaran yang melangkau kaedah tradisional seseorang guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. malah, menurut Graham Brent (2013) dimana menyatakan bahawa Flipped Classroom merupakan satu strategi pembelajaran yang dapat disalurkan oleh seseorang tenaga pengajar dengan cara meminumkan jumlah interaksi antara langsung iaitu satu hala di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut bahkan lebih mementingkan interaksi yang pelbagai dalam proses Pengajaran dan pembelajaran tersebut. Strategi ini juga lebih memanfaatkan Teknologi yang menyediakan pelbagai maklumat tambahan bagi mendukung isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh seseorang guru. Maka dengan itu, seorang guru yang menerapkan model pembelajaran ini akan menyediakan maklumat yang lebih awal kepada pelajar terutama dengan mengakses secara online bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Ini bermakna, pelajar akan mendapat maklumat terlebih dahulu sebelum berhadapan denagn guru di dalam kelas. Model Flipped Classroom ini juga adalah untuk memberikan pembelajaran kelas atau bahan tersebut sebagai kerja rumah kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam persiapan untuk mengikuti kelas yang seterusnya pada keesokkan hari, pelajar diwajibkan untuk melihat video pembelajaran yang telah disediakan oleh guru berdasarkan kepada tempat akses yang telah ditetapkan oleh guru seperti Edmodo, Blendspace. E-book, dan lain-lain lagi. Oleh itu, bagaimana untuk diterapkan di dalam kelas ialah pelajar yang telah

description

flipped

Transcript of Bagaimanakah Flipped Classrom Dapat Digunakan Di Dalam Bilik Darjah

Bagaimanakah Flipped Classrom Dapat Digunakan di Dalam Bilik Darjah

1.0 penggunaan Model Filpped Classroom di Dalam Bilik DarjahSeperti mana yang diketahui, Flipped Classroom lebih dikenali sebagai model pembelajaran yang melangkau kaedah tradisional seseorang guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. malah, menurut Graham Brent (2013) dimana menyatakan bahawa Flipped Classroom merupakan satu strategi pembelajaran yang dapat disalurkan oleh seseorang tenaga pengajar dengan cara meminumkan jumlah interaksi antara langsung iaitu satu hala di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut bahkan lebih mementingkan interaksi yang pelbagai dalam proses Pengajaran dan pembelajaran tersebut. Strategi ini juga lebih memanfaatkan Teknologi yang menyediakan pelbagai maklumat tambahan bagi mendukung isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh seseorang guru. Maka dengan itu, seorang guru yang menerapkan model pembelajaran ini akan menyediakan maklumat yang lebih awal kepada pelajar terutama dengan mengakses secara online bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Ini bermakna, pelajar akan mendapat maklumat terlebih dahulu sebelum berhadapan denagn guru di dalam kelas.Model Flipped Classroom ini juga adalah untuk memberikan pembelajaran kelas atau bahan tersebut sebagai kerja rumah kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam persiapan untuk mengikuti kelas yang seterusnya pada keesokkan hari, pelajar diwajibkan untuk melihat video pembelajaran yang telah disediakan oleh guru berdasarkan kepada tempat akses yang telah ditetapkan oleh guru seperti Edmodo, Blendspace. E-book, dan lain-lain lagi. Oleh itu, bagaimana untuk diterapkan di dalam kelas ialah pelajar yang telah menonton video atau bahan yang disediakan oleh guru sebelumnya haruslah mendiskusikan isi video yang telah ditonton berdasarkan kepada kefahaman masing-masing. Pembelajaran berasaskan video ini bermakna untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan sedia ada menegani isi pelajaran yang akan dibangkitkan di dalam kelas. Maka, setelah hadir ke kelas, guru hanya berperanan sebagai motivator, pemudahcara, Pembina dan pemberi saran kerana pelajar akan diminta untuk berbincang di dalam kumpulan dan berdikusi mengenai input bahan yang telah mereka tonton sebelum ini. Malah, pada ketika itu, untuk mencungkil kefahaman pelajar berdasarkan video yang telah ditonton harus juga diterapkan dengan konsep Cooperatif Learning.

Rajah 1: Model pembelajaran Flipped Classroom Diterapkan di dalam kelas

Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada http://amiroh.web.id/mari-beralih-ke-flipped-classroom/Flipped Classroom juga berbeza dengan pendekatan tradisonal yang dilakukan oleh para guru di dalam kelas iaitu hanya berfokuskan kepada penerangan guru semata-mata sehingga beleh menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih bersifat sehala. Hal ini akan menyekat perkembangan berfikir para pelajar terutama dalam mencapai aras yang lebih tinggi kerana peluang pelajar untuk berbahas dan berinteraksi di dalam kelas amatlah terhad. Lebih-lebih lagi, pembelajaran Tradisional melibatkan aktiviti pembelajaran dijalankan di rumah semata-mata berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pelajar. Akan tetapi, ianya berbeza dengan pendekatan Flipped Classroom kerana pelajar akan dideahkan terlebih dahulu dengan bahan dan kerja rumah dan seterusnya akan berbincang di dalam kumpulan dalam bentuk percambahan idea.Di samping itu, guru bertindak dengan mengajukan beberapa soalan yang barkaitan dengan video yang telah ditonton oleh pelajar seperti guru boleh disarankan memberikan kuiz mahupun soalan latihan supaya para pelajar dapat menyedari bahawa kegiatan yang dilakukan oleh mereka bukanlah permainan semata-mata tetapi merupakan proses belajar. Melalui video yang dotonton oleh pelajar semasa berada di luar waktu sesi persekolahan atau boleh dikatakan di luar bilik darjah merupakan satu proses pengumpulan maklumat awal dalam menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan oleh guru. Oleh sebab itu, untuk mengukuhkan lagi pemahaman tersebut di dalam bilik darjah, guru hanya perlu memastikan pengetahuan tersebut dapat di kembangkan pada tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh juga, guru boleh menerapkan kaedah kooperatif dalam sesi pengajaran tersebut terutama dalam konteks permainan berkumpulan.

2.0 Penggunaan Permainan Kooperatif Dalam Penerapan Model Flipped ClassroomSecara umum, strategi kooperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Malah, kebanyakan pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan adalah digunakan sebagai pendekatan utama. Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah. Hal ini bermakna, aktiviti berkumpulan yang dijalankan di dalam kelas adalah berdasarkan kepada maklumat awal yang telah diperolehi mereka berdasarkan kefahaman masing-masing.Selain itu juga, pembelajaran kooperatif menurut Danel (2008), merupakan sikap berkerjasama yang tertumpu kepada usaha untuk membantu kumpulan bagi bersedia menghadapi perubahan tanpa bantuan orang lain. Hal ini merujuk kepada peranan kanak-kanak yang bermain dalam kumpulan mereka dan rakan-rakan kumpulan saling memerlukan kerjasama dalam aktiviti bermain. Penulisan Sutama (2007) juga menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan berinteraksi serta mengambil tanggungjawab dalam pembelajaran mereka (Gokhale, 1995). Manakala bagi Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahman Hamdan (2007), untuk memastikan matlamat pembelajaran kooperatif tercapai, sebagai seorang pelajar perlu memainkan peranan seperti saling bekerjasama dalam kumpulan. Selain itu, setiap pelajar perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan (Meor Ibrahim, 2000). Maka, permainan akan memberi impak positif kepada kanak-kanak yang terlibat dalam permainan tersebut.Malah, Permainan kooperatif ini seterusnya juga dapat mewujudkan saling interaksi bagi kanak- kanak terutama dalam sesi pembelajaran kerana konsep permainan yang dijalankan adalah secara berkumpulan dan ini sekaligus menyebabkan interaksi antara mereka dalam pembelajaran akan membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar. Hal ini dapat ditunjukkan melalui Danel (2008), yang menyatakan bahawa pengetahuan sosial bahasa, nilai- nilai, aturan aturan dan sistem simbol- simbol seperti bacaan dan matematik dapat dipelajari anak hanya apabila terjadi interaksi antara satu sama lain (Hymans, 1996). Hal ini dapat dibuktikan dalam jurnal yang ditulis oleh Murtadlo (2005), yang menyebutkan bahawa belajar kooperatif dalam matematika memperoleh kemajuan yang signifikan khususnya bagi kanak-kanak yang tidak menyukai matematika jika dibandingkan dengan klasikal konvensional. Malah, ianya turut menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif akan dapat memenuhi kebutuhan sosial, dan prestasi akademik pelajar akan jauh meningkat bila dibandingkan saat mempergunakan bahan secara klasikal atau tradisional. Oleh itu, melalui permainan kooperatif, interaksi antara pelajar akan lebih berkembang kerana idea yang diutarakan adalah secara berkumpulan.Pada peringkat permainan kooperatif, pelajar lebih cenderung terhadap semangat pasukan masing-masing kerana kebergantungan antara mereka dapat mewujudkan hasil permainan yang memberansangkan kerana permainan kooperatif dijalankan secara kelompok sama ada kecil mahupun yang lebih besar. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan melalui pendapat yang diberikan oleh Ahmad Fauzi (2011) yang menyatakan bahawa salah satu strategi pembelajaran yang dapat meningkatkan kerjasama antara pelajar adalah belajar dengan kerjasama kelompok kecil yang heterogen dan pembelajaran kooperatif adalah satu sistem yang di dalamnya terdapat elemen-elemen yang saling berkait. Wujud kaitan di sini iaitu dapat mewujudkan saling kebergantungan yang positif antara pelajar, interaksi antara individu dan komunikasi antara dua hala. Maka, melalui permainan kooperatif, kerjasama yang ditunjukkan mampu meningkatkan lagi pemahaman serta pengetahuan antara satu sama lain.Begitu juga, pernyataan ini turut disokong oleh Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, dan Musa Daia (2001), menyebut bahawa pembelajaran kooperatif mempunyai struktur yang membolehkan interaksi sosial berlaku dan dapat meningkatkan pencapaian, minat kepada sekolah, rakan dan mata pelajaran. Pembelajaran kooperatif ini adalah berasaskan teori perkembangan kognitif, persaudaraan sosial dan behaviorisme (Johnson & Johnson, 1994) kerana teori persandaran sosial menekankan kepentingan dinamika kumpulan, kemahiran sosial dan komunikasi untuk mewujudkan semangat berpasukan.Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru yang ingin menerapkan pendekatan kooperatif dalam penggunaan model Flipped Classroom haruslah bijak dalam mengenakan prinsip dan struktur pembelajaran kooperatif. Sebagai contoh, penerapan kemahiran Round Robin dimana setiap pelajar akan memberikan idea setiap kali sampai kepada giliran mereka ataupun satu lagi kemahiran dipanggil Think-Pair- Share dimana pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jagkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas. Rajah 2: Penggunaan pembelajaran Kooperatif di dalam Aplikasi Flipped Classroom

Sumber: https://ctl.utexas.edu/teaching/flipping_a_class/what_is_flippedMaka dengan itu, aplikasi model Flipped Classroom yang digunaka pakaikan oleh guru dengan mengkehendaki pelajar menonton video atau mempelajari terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas. Perkara ini sangat membantu proses pengajarann dan pembelajaran kerana kesan daripada pembelajaran awal tersebut telah menyebabkan perkembangan berfikir pelajar meningkat dan tahap keyakinan pelajar di dalam kelas turut meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui aktiviti yang akan dijalankan oleh guru, pelajar sekurang-kurang sudah mempunyai pengetahuan asas mengenai isi pelajaran tersebut dan tahu serba sedikit dalam menyelesaikan persoalan yang diajukan oleh guru. Oleh sebab itu, Flipped Classroom amat berkesan kerana guru hanya akan bertindak sebagai pmeudahcara dalam aktiviti pembelajaran berbanding pelajar yang menguasai sepenuhnya sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. AKtiviti berkumpulan akan giat dijalankan bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar pada peringkat yang lebih tinggi.Seterusnya, selepas sesi pengajaran dan pembalajaran di dalam kelas, untuk mengekalkan pengukuhan maklumat tersebut, sesi perbincangan di luar kelas masih boleh dijalankan antara pelajar dengan guru dan juga pelajar dengan pelajar dengan menggunakan teknologi maklumat dan juga alam siber. Guru masih mengekalkan interaksi dengan pelajar walaupun di luar sesi pengajran dan pembelajaran. dengan itu, tahap perkembangan pelajar mengenai sesuatu isi pelajaran akan semakin berkembang dan dapat menguasai sepenuhnyai isi pelajaran tersebut pada tahap yang tertinggi bahkan dapat menggabungjalinkan maklumat lain dengan isi pelajaran yang telah dipelajari.