Bagi mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan murid sekolah.docx

2
Bagi mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan murid sekolah, semua pihak perlu bersama mengerah tenaga mencari penyelesaian bagi membendung masalah emosi di kalangan pelajar. Selain daripada peranan ibu bapa yang memainkan peranan penting dan golongan yang pertama dalam merialisasikan perancangan bagi membendung masalah emosi di kalangan murid- murid, guru-guru pada masa kini juga menempuhi cabaran yang besar dalam mendidik murid-murid. Mereka perlu mempunyai kemahiran mendidik dan mengasuh yang meliputi kefahaman terhadap jiwa murid, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak serta menguasai perkembangan teknologi dan perkembangan masa kini. Interaksi antara murid-murid pada masa kini tidak lagi bersifat sehala seperti zaman dahulu. Guru-guru juga bertanggungjawab untuk membantu murid dalam memahami perubahan fizikal, mental dan emosi mereka. Sesetengah murid berpendapat perubahan yang dialami oleh mereka telah membuatkan mereka berfikir mahu membina jati diri sendiri dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Guru perlu menasihati ibu bapa yang masih bersikap mengongkong dan melindungi anak-anak tanpa kerelaan mereka, akan menyebabkan mereka merasakan ibu bapa sebagai ancaman untuk mereka merasa bebas. Ini akan menyebabkan terus wujudnya masalah emosi di kalangan pelajar- pelajar ini. Guru dan pihak pentadbiran sekolah perlu memantau pelajar ketika berada di sekolah. Ini kerana peranan ibu bapa hanya terhad ketika mereka berada di rumah. Semasa pelajar ini berada di sekolah, menjadi tanggungjawb para guru dan pentadbir sekolah untuk mengambil alih tugas terbabit. Selain pemantauan, pihak sekolah boleh menggalakkan pelajar menyertai aktiviti ko-kurikulum dengan menyediakan pelbagai aktiviti tambahan yang boleh menarik minat pelajar, antaranya perkhemahan, lawatan, perlawanan persahabatan, seminar, ceramah motivasi, kem keusahawanan dan sebagainya. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mengelakkan pelajar daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Dengan mengadakan aktiviti yang sebegini, para pelajar dapat menyihatkan fizikal dan mental, meluaskan rangkaian sosial mereka, menambah pengetahuan baru, mendapat pengalaman

Transcript of Bagi mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan murid sekolah.docx

Page 1: Bagi mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan murid sekolah.docx

Bagi mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan murid sekolah, semua pihak perlu bersama mengerah tenaga mencari penyelesaian bagi membendung masalah emosi di kalangan pelajar. Selain daripada peranan ibu bapa yang memainkan peranan penting dan golongan yang pertama dalam merialisasikan perancangan bagi membendung masalah emosi di kalangan murid-murid, guru-guru pada masa kini juga menempuhi cabaran yang besar dalam mendidik murid-murid. Mereka perlu mempunyai kemahiran mendidik dan mengasuh yang meliputi kefahaman terhadap jiwa murid, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak serta menguasai perkembangan teknologi dan perkembangan masa kini.

Interaksi antara murid-murid pada masa kini tidak lagi bersifat sehala seperti zaman dahulu. Guru-guru juga bertanggungjawab untuk membantu murid dalam memahami perubahan fizikal, mental dan emosi mereka. Sesetengah murid berpendapat perubahan yang dialami oleh mereka telah membuatkan mereka berfikir mahu membina jati diri sendiri dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Guru perlu menasihati ibu bapa yang masih bersikap mengongkong dan melindungi anak-anak tanpa kerelaan mereka, akan menyebabkan mereka merasakan ibu bapa sebagai ancaman untuk mereka merasa bebas. Ini akan menyebabkan terus wujudnya masalah emosi di kalangan pelajar-pelajar ini.

Guru dan pihak pentadbiran sekolah perlu memantau pelajar ketika berada di sekolah. Ini kerana peranan ibu bapa hanya terhad ketika mereka berada di rumah. Semasa pelajar ini berada di sekolah, menjadi tanggungjawb para guru dan pentadbir sekolah untuk mengambil alih tugas terbabit.

Selain pemantauan, pihak sekolah boleh menggalakkan pelajar menyertai aktiviti ko-kurikulum dengan menyediakan pelbagai aktiviti tambahan yang boleh menarik minat pelajar, antaranya perkhemahan, lawatan, perlawanan persahabatan, seminar, ceramah motivasi, kem keusahawanan dan sebagainya.

Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mengelakkan pelajar daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Dengan mengadakan aktiviti yang sebegini, para pelajar dapat menyihatkan fizikal dan mental, meluaskan rangkaian sosial mereka, menambah pengetahuan baru, mendapat pengalaman baru, memupuk semangat berpasukan, bertukar pandangan dan membina sifat kepimpinan pelajar.

Kesimpulannya, pelajar merupakan golongan yang akan mencorak masa depan Negara. Mereka merupakan asset yang terpenting dan bakal mentadbir Negara. Masa depan Negara terletak sepenuhnya kepada golongan pelajar yang ada pada masa kini. Namun demikian, masalah emosi yang dialami oleh pelajar merupakan salah satu ancaman besar kepada sumber tenaga manusia untuk masa hadapandan akan merugikan Negara untuk jangka masa panjang.

Oleh itu segala masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh para pelajar harus dibendung dan di atasi supaya tidak mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. Dalam mencari penyelesaian kepada semua masalah berbangkit, kerjasama antara semua pihak amat diperlukan. Kolaborasi antara ibu bapa, guru-guru, pihak sekolah dan rakan sebaya memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini.