Bahagian A.doc

1
Bahagian A (i) : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang strategi untuk melahirkan graduan berkualiti. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 1. Berikan maksud rangkai kata dikaji dengan serius dalam petikan tersebut. [2 markah] 2. Apakah faktor yang menyebabkan graduan universiti sukar mendapat pekerjaan? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah pengangguran di negara kita dapat diatasi? [4 markah] Bahagian A (i) : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang strategi untuk melahirkan graduan berkualiti. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 1. Berikan maksud rangkai kata dikaji dengan serius dalam petikan tersebut. [2 markah] 2. Apakah faktor yang menyebabkan graduan universiti sukar mendapat pekerjaan? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah pengangguran di negara kita dapat diatasi? [4 markah] Universiti ialah tempat untuk mempersiapkan bakal graduan sebelum mereka menceburi bidang kerjaya. Universiti juga dianggap sebagai pusat melahirkan tenaga kerja berketerampilan. Bagaimanapun, peningkatan jumlah graduan menganggur sejak kebelakangan ini menyebabkan kemampuan universiti tempatan memenuhi kehendak pasaran kerja diragui. Situasi semasa menyebabkan timbul desakan supaya universiti tempatan menumpukan perhatian kepada kursus yang dapat memenuhi tuntutan pasaran kerja. Gesaan ini perlu dikaji dengan serius. Universiti seharusnya menerapkan ilmu pengetahuan sebagai asas utamanya kepada mahasiswa. Mahasiswa juga perlu terdedah kepada wacana dan perbahasan tentang idea dan teori tertentu untuk memenuhi tuntutan semasa. Kita perlu sedar bahawa mahasiswa perlu dilatih untuk menilai dan melakukan sesuatu perkara secara rasional. Hal ini penting supaya tindak-tanduk individu untuk memenuhi kepentingan peribadi dapat dikawal dan seterusnya mampu menarik perhatian bakal majikan. Sesetengah universiti menyarankan pelajarnya mengambil subjek ataupun kursus di luar bidang pengkhususan mereka agar pengetahuan mereka lebih menyeluruh. Bagi membolehkan proses pembelajaran dijalankan secara holistik, pelajar juga perlu didedahkan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh pensyarah atau ahli akademik agar kekuatan sesuatu teori dapat dihuraikan. Suatu hal yang sangat penting ialah mahasiswa perlu dilengkapkan dengan kemahiran menghasilkan resolusi dan penyelesaian terhadap sesuatu persoalan yang dihadapkan kepada mereka. Menerusi kemahiran ini, sesuatu teori yang lebih mapan dapat diutarakan. Allahyarham Pak Hamka berpendapat sesuatu ilmu itu perlu diamalkan oleh penuntutnya. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan mestilah menjadi kekuatan dalaman seseorang bakal pekerja. Selain pendedahan di dewan kuliah, pendedahan boleh dijana dalam bentuk aktiviti kokurikulum yang diselia oleh pihak universiti. Mahasiswa sewajarnya bergiat aktif dalam kegiatan ini untuk mengasah bakat kepimpinan dalam diri mereka. Usaha ini amat membantu universiti melahirkan pelajar berkualiti. Apa-apa jua keadaannya, negara amat memerlukan graduan yang bermutu tinggi. Sistem pendidikan yang ada sebenarnya memadai untuk menghasilkan tenaga kerja yang berwibawa. Pihak universiti tidak sepatutnya dipersalahkan jika graduan tidak memperoleh pekerjaan. Pelbagai sudut harus dikaji sebelum sesuatu kesimpulan dibuat oleh mana-mana pihak. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Graduan Mahir, Bermutu Mudah Dapat Kerja Oleh Mohd Firdaus Md Hamsin, Berita Harian, Mei 2008) Universiti ialah tempat untuk mempersiapkan bakal graduan sebelum mereka menceburi bidang kerjaya. Universiti juga dianggap sebagai pusat melahirkan tenaga kerja berketerampilan. Bagaimanapun, peningkatan jumlah graduan menganggur sejak kebelakangan ini menyebabkan kemampuan universiti tempatan memenuhi kehendak pasaran kerja diragui. Situasi semasa menyebabkan timbul desakan supaya universiti tempatan menumpukan perhatian kepada kursus yang dapat memenuhi tuntutan pasaran kerja. Gesaan ini perlu dikaji dengan serius. Universiti seharusnya menerapkan ilmu pengetahuan sebagai asas utamanya kepada mahasiswa. Mahasiswa juga perlu terdedah kepada wacana dan perbahasan tentang idea dan teori tertentu untuk memenuhi tuntutan semasa. Kita perlu sedar bahawa mahasiswa perlu dilatih untuk menilai dan melakukan sesuatu perkara secara rasional. Hal ini penting supaya tindak-tanduk individu untuk memenuhi kepentingan peribadi dapat dikawal dan seterusnya mampu menarik perhatian bakal majikan. Sesetengah universiti menyarankan pelajarnya mengambil subjek ataupun kursus di luar bidang pengkhususan mereka agar pengetahuan mereka lebih menyeluruh. Bagi membolehkan proses pembelajaran dijalankan secara holistik, pelajar juga perlu didedahkan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh pensyarah atau ahli akademik agar kekuatan sesuatu teori dapat dihuraikan. Suatu hal yang sangat penting ialah mahasiswa perlu dilengkapkan dengan kemahiran menghasilkan resolusi dan penyelesaian terhadap sesuatu persoalan yang dihadapkan kepada mereka. Menerusi kemahiran ini, sesuatu teori yang lebih mapan dapat diutarakan. Allahyarham Pak Hamka berpendapat sesuatu ilmu itu perlu diamalkan oleh penuntutnya. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan mestilah menjadi kekuatan dalaman seseorang bakal pekerja. Selain pendedahan di dewan kuliah, pendedahan boleh dijana dalam bentuk aktiviti kokurikulum yang diselia oleh pihak universiti. Mahasiswa sewajarnya bergiat aktif dalam kegiatan ini untuk mengasah bakat kepimpinan dalam diri mereka. Usaha ini amat membantu universiti melahirkan pelajar berkualiti. Apa-apa jua keadaannya, negara amat memerlukan graduan yang bermutu tinggi. Sistem pendidikan yang ada sebenarnya memadai untuk menghasilkan tenaga kerja yang berwibawa. Pihak universiti tidak sepatutnya dipersalahkan jika graduan tidak memperoleh pekerjaan. Pelbagai sudut harus dikaji sebelum sesuatu kesimpulan dibuat oleh mana-mana pihak. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Graduan Mahir, Bermutu Mudah Dapat Kerja Oleh Mohd Firdaus Md Hamsin, Berita Harian, Mei 2008)

Transcript of Bahagian A.doc

Bahagian A (i) : Ringkasan

[20 markah]Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang strategi untuk melahirkan graduan berkualiti. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahagian A (ii) : Pemahaman

[10 markah]

1. Berikan maksud rangkai kata dikaji dengan serius dalam petikan tersebut.

[2 markah]

2. Apakah faktor yang menyebabkan graduan universiti sukar mendapat pekerjaan?[4 markah]

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah pengangguran di negara kita dapat diatasi?

[4 markah]

Universiti ialah tempat untuk mempersiapkan bakal graduan sebelum mereka menceburi bidang kerjaya. Universiti juga dianggap sebagai pusat melahirkan tenaga kerja berketerampilan. Bagaimanapun, peningkatan jumlah graduan menganggur sejak kebelakangan ini menyebabkan kemampuan universiti tempatan memenuhi kehendak pasaran kerja diragui.

Situasi semasa menyebabkan timbul desakan supaya universiti tempatan menumpukan perhatian kepada kursus yang dapat memenuhi tuntutan pasaran kerja. Gesaan ini perlu dikaji dengan serius. Universiti seharusnya menerapkan ilmu pengetahuan sebagai asas utamanya kepada mahasiswa. Mahasiswa juga perlu terdedah kepada wacana dan perbahasan tentang idea dan teori tertentu untuk memenuhi tuntutan semasa.

Kita perlu sedar bahawa mahasiswa perlu dilatih untuk menilai dan melakukan sesuatu perkara secara rasional. Hal ini penting supaya tindak-tanduk individu untuk memenuhi kepentingan peribadi dapat dikawal dan seterusnya mampu menarik perhatian bakal majikan. Sesetengah universiti menyarankan pelajarnya mengambil subjek ataupun kursus di luar bidang pengkhususan mereka agar pengetahuan mereka lebih menyeluruh. Bagi membolehkan proses pembelajaran dijalankan secara holistik, pelajar juga perlu didedahkan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh pensyarah atau ahli akademik agar kekuatan sesuatu teori dapat dihuraikan.

Suatu hal yang sangat penting ialah mahasiswa perlu dilengkapkan dengan kemahiran menghasilkan resolusi dan penyelesaian terhadap sesuatu persoalan yang dihadapkan kepada mereka. Menerusi kemahiran ini, sesuatu teori yang lebih mapan dapat diutarakan. Allahyarham Pak Hamka berpendapat sesuatu ilmu itu perlu diamalkan oleh penuntutnya. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan mestilah menjadi kekuatan dalaman seseorang bakal pekerja.

Selain pendedahan di dewan kuliah, pendedahan boleh dijana dalam bentuk aktiviti kokurikulum yang diselia oleh pihak universiti. Mahasiswa sewajarnya bergiat aktif dalam kegiatan ini untuk mengasah bakat kepimpinan dalam diri mereka. Usaha ini amat membantu universiti melahirkan pelajar berkualiti. Apa-apa jua keadaannya, negara amat memerlukan graduan yang bermutu tinggi. Sistem pendidikan yang ada sebenarnya memadai untuk menghasilkan tenaga kerja yang berwibawa. Pihak universiti tidak sepatutnya dipersalahkan jika graduan tidak memperoleh pekerjaan. Pelbagai sudut harus dikaji sebelum sesuatu kesimpulan dibuat oleh mana-mana pihak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Graduan Mahir, Bermutu Mudah Dapat Kerja

Oleh Mohd Firdaus Md Hamsin, Berita Harian, Mei 2008)