Bahagian b

22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN SIDANG AKADEMIK 2014 – SEMESTER 4 SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3107 NAMA : LEE SEO LIN NO K.P. : 930207-13-5908 KUMPULAN/UNIT : 4 PISMP – PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN : JAN 2013 NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULLAH BIN DERAMAN

description

dd

Transcript of Bahagian b

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS SULTAN MIZAN

SIDANG AKADEMIK 2014 SEMESTER 4SENI DALAM PENDIDIKANWAJ3107

NAMA : LEE SEO LINNO K.P. : 930207-13-5908KUMPULAN/UNIT : 4 PISMP PENDIDIKAN JASMANIAMBILAN : JAN 2013NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULLAH BIN DERAMANTARIKH HANTAR : 1 SEPTEMBER 2014

BIODATA DIRI

Nama : LEE SEO LINOpsyen : 4 PISMP Program : PENDIDIKAN JASMANINo.Kad Pengenalan : 930207-13-5908Tarikh Lahir : 7-2-1993Alamat : 4A, LORONG 22, REJANG PARK, 96000 SIBU, SARAWAK.Nama Penjaga : LEE YOK HUINo. Telefon : 1. 0128916999 2. 0198261767Alamat Di IPG : 212 - ANo. Matrik : 6603

ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURATHalaman pengakuanPenghargaan1.0 Rancangan pengajaran harian

2.0 Penulisan akademik

3.0 Penulisan reflektif

4.0 Bibliografi

5.0 Lampiran

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan:Nama : LEE SEO LINTarikh :

PENGHARGAANPenghargaan dan setinggi-tingginya ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi sumbangan, idea dan pendapat serta sokongan yang padu kepada saya untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan anda semua, sukar bagi saya untuk menghasilkan kerja kursus ini.Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Abdullah bin Deraman. Beliau telah bersusah payah memberi tunjuk ajar kepada saya tanpa rasa jemu. Setiap curahan ilmu yang diberikan oleh beliau sememangnya amat saya hargai. Dengan adanya bimbingan daripada para pensyarah, akhirnya saya dapat menjayakan tugasan ini dengan sempurna . Tidak dilupakan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan saya yang sudi berkongsi maklumat melalui perbincangan dari semasa ke semasa tanpa merungut dan tidak mementingkan diri. Mereka juga sentiasa memberi sokongan kepada saya agar saya tidak mudah berputus asa semasa saya menghadapi masalah dalam menbuat tugasan ini. Sudah tentulah sekalung penghargaan juga diberi kepada ahli keluarga yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini . Semasa saya membuat kerja kursus ini ahli keluarga saya sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada saya ,apa yang diberi oleh mereka banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih sekali lagi kerana anda semua faham akan situasi saya dan sentiasa memberi dorongan sepanjang saya membuat tugasan ini. Sekian, budimu akan dikenang.

BAHAGIAN B: 2.0 PENULISAN AKADEMIKSejauh mana mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan, dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain.

PengenalanSeni adalah suatu ciptaan atau atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Seni Dalam Pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, (2005), seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan. Menurut Marhanim A. Razak & Mohd. Shahrizal Dolah (2007), visual memberi maksud sesuatu yang nampak atau tampak. Muzik merupakan satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama didefinisikan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Dalam Seni Dalam Pendidikan, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Seni pergerakan membolehkan murid-murid belajar melalui pergerakan.

Mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkanPengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu murid-murid untuk mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Teori Otak Kiri dan Otak Kanan adalah salah satu teori yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia mempunyai otak kiri dan kanan. Otak kiri memiliki fungsi sebagai pengendali Intelligence Quotient iaitu IQ seperti angka, tulisan, hitungan, urutan, bahasa dan logikal. Otak kanan berfungsi dalam perkembangan Emotional Quotient atau EQ, seperti hal kreativiti, khayalan, persamaan, muzik, bentuk dan ruang, emosi, serta warna. Mengikut kajian Gardner, H., & Hatch, T. (1989), kebanyakan pembelajaran yang produktif dan optimum boleh berlaku apabila fungsi otak kiri dan otak kanan dipertingkatkan secara keseluruhan. Semua bakat dan potensi seseorang boleh diperkembangkan melalui kesepaduan gerak kerja otak dan minda. Murid-murid mestilah bersikap positif dan yakin tentang fakta dan potensi diri dan otaknya. Para murid akan merasakan aktiviti belajar itu adalah senang dan menyeronokkan dengan mengetahui potensi diri.

Dalam Teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu Linguistik, Muzik, Intrapersonal, Interpersonal, Logik-matematik, Naturalis, Kinestetik dan Visual. Teori ini telah menyokong peranan Seni Dalam Pendidikan yang penting dalam kurikulum. Hal ini demikian kerana kebanyakan sekolah hanya mementingkan kecerdasan linguistik dan matematik dalam kalangan murid tanpa mengira kecerdasan yang lain. Tanpa disedari, manusia perlu memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan. Seni Dalam Pendidikan menyarankan guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza. Sebagai contoh, dalam pengajaran subjek pendidikan jasmani, guru boleh memainkan lagu dan meminta murid-murid menyanyikan lagu sambil melakukan pergerakan berjalan mengikut rentak. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan seperti kecerdasan muzik, interpersonal, kinestetik mewujudkan pembelajaran yang bersepadu dan memudahkan penerimaan murid terhadap maklumat yang disampaikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Seni Dalam Pendidikan menekankan teori konstruktivisme. Teori ini membantu dalam menghasilkan pembelajaran yang optimum. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisime bermaksud pengetahuan yang dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru akan mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Murid akan membina sesuatu pengetahuan dan kemahiran mengikut pengalaman dan usaha masing-masing. Contoh aplikasi teori ini bagi mata pelajaran muzik, murid-murid perlu meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, membuat ciptaan berasaskan bunyi dan sebagainya dalam aspek ekspresi kreatif.

Teori ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini, murid-murid digalakkan untuk mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti. Sebagai contoh, murid-murid dapat mengadun warna asas dengan warna sekunder mengikut kreativiti masing-masing bagi menghasilkan warna-warna baharu dalam karya seni visual mereka. Satu lagi contoh ialah guru boleh menjelaskan dan memperkenalkan warna dan pasangan warna iaitu warna yang bertindak positif dan negatif dalam pembelajaran pendidikan seni visual. Warna yang bertindak positif dan negatif merangkumi warna-warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya. Dengan pengaplikasian teori ini, murid-murid memperolehi maklumat, pembentukan konsep-konsep melalui pembelajaran konstruktif dan mereka juga mampu mengelas dan membandingkan warna-warna yang pelbagai. Sebagai contoh, kombinasi warna hijau untuk latar dan putih untuk tulisan adalah sesuai pada papan tanda. Melalui aktiviti Seni Dalam Pendidikan, murid-murid boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran. Interaksi ini meningkatkan kepekaan deria yang membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya. Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat meningkatkan naluri ingin tahu seseorang melalui ekplorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria. Contoh deria seperti deria sentuh, deria dengar, deria lihat, deria rasa dan lain-lain.

Perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Melalui sentuhan, murid-murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental tentang sesuatu. Sebagai contoh, murid-murid diberikan buah-buahan yang sebenar seperti buah epal, oren untuk dipegang bagi mendapatkan imej mental apabila nama-nama buah-buahan disebut dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan konkrit, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu murid-murid bagi menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Sentuhan terhadap bahan konkrit akan meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Dengan menggunakan deria rasa, pelajar dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Murid-murid akan dapat meluahkan perasaan positif atau negatif apabila membuat sesuatu aktiviti Seni Dalam Pendidikan. Deria pendengaran digunakan untuk memberi perhatian kepada persoalan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam aktiviti muzik contohnya, murid-murid akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan pula, murid-murid dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat. Murid-murid dapat mengekspresikan diri melalui seni dalam pembelajaran dan pengajaran. Deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Murid-murid akan tertarik dengan pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung, murid-murid dapat meningkatkan kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Murid-murid dapat membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman. Contohnya, dari segi warna, warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, keyakinan dalam diri kita dapat dibentuk. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang ingin dipelajari oleh murid-murid. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Pembelajaran optimum ialah suatu sistem pembelajaran berasaskan penggabungan rangsangan dengan proses untuk menghasilkan sistem pembelajaran yang pantas dan berkesan. Melalui sistem ini keupayaan murid-murid untuk menerima pengetahuan akan menjadi lebih terbuka dan berkesan. Seni Dalam Pendidikan adalah memberangsangkan dan dapat menghasilkan kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat murid-murid bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Melalui lakonan tentang pergerakan sesuatu haiwan dalam aktiviti, murid-murid akan mengenali pergerakan haiwan dengan lebih lanjut. Selain itu, Seni Dalam Pendidikan akan membantu kanak-kanak membuat improvisasi atau mengubahsuaikan satu-satu perkara baru. Sebagai contoh, murid-murid akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza dalam muzik semasa mendengar sesebuah lagu.

Seni mampu memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi. Seni Dalam Pendidikan juga menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Penghubungkaitan dalam Seni Dalam Pendidikan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari Seni Dalam Pendidikan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu penghubungkaitan juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsung, pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.

Sebagai contoh, sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoal jawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Sebagai contoh, elemen Sains dan seni pergerakan boleh dihubungkaitkan dengan meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Sebagai contoh, Di dalam kotak itu ada sepuluh guli, dua biji guli telah diambil oleh Asri. Berapakah biji guli yang masih tinggal? Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, murid-murid disuruh untuk berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan.

Menurut Russel (1998), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur (seni) dan irama dalam kalangan murid-murid. Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok dengan adanya seni dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Murid-murid boleh mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan pelbagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu mereka juga dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Sebagai contoh, semasa guru mengajar tentang lagu burung, kanak-kanak akan diminta untuk membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyikan lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat pelbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, sama ada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Secara tidak langsung, bidang Seni Dalam Pendidikan boleh menajamkan perkembangan emosi dan imaginasi.

Howard Gardner menyatakan, sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Hal ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Teknik dan strategi yang guru gunakan juga mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus mempelbagaikan teknik, kaedah, pendekatan dan strategi dalam mana-man mata pelajaran. Salah satu kaedah ialah kaedah belajar secara bermain. Kaedah ini adalah menggunakan aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan bagi meningkatkan motivasi murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran. Contoh pendekatan yang digunakan ialah pendekatan inkuiri penemuan. Murid-murid menggunakan pendekatan ini untuk mencari maklumat mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru boleh memperbanyakkan strategi pengajaran berpusatkan murid, bahan dan aktiviti. Guru juga boleh menyelitkan strategi lain seperti bercerita, perbincangan dan permainan. Pembelajaran secara bersepadu ini dapat menambah minat murid untuk belajar.. Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukkan muzik sebagai unsur dalam melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Murid-murid akan memberi respon kepada muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri melalui pendengaran muzik. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik mempengaruhi proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik. Pengalaman muzik yang menarik membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi peluang untuk murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan kawan.

Seni Dalam Pendidikan dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Hal ini demikian kerana seni banyak dihubungkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Dalam mata pelajaran ini, pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Kaedah ini membolehkan pelajar belajar untuk bergerak dan belajar sambil atau semasa bergerak. Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanak -kanak dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pendidikan pergerakan bermatlamat untuk menyediakan pengalaman pengalaman berkaitan bagi membantu pelajar dalam mencapai keupayaan diri, mendorong kepada kegiatan penerokaan, kreativiti, prosesproses berfikir dan penyelesaian masalah. Melalui pergerakan, pelajar dapat mempelajari tentang dirinya sendiri dan membentuk pengukuhan imej kendiri yang utuh. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi murid-murid untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Seni dapat memupuk displin diri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan. Dengan itu, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan penuh keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.

Di samping itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya. Melalui seni, murid-murid juga dapat mempelajari cara orang lain berfikir. Kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Hal ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni dalam sanubari dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. Murid akan rasa riang, bebas daripada tekanan emosi dan mempunyai kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran.

Kesimpulannya, mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan, dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain.

3.0 PENULISAN REFLEKTIF Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

Saya menghadapi kekurangan masa dalam menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian saya juga menerima tugasan bagi subjek yang lain. Walau bagaimanapun saya telah belajar untuk membahagikan masa dengan baik. Saya mencatat tarikh penghantaran tugasan bagi semua subjek pada papan notis saya. Hal ini dapat merangsang saya untuk merancang masa saya dengan baik dengan mengutamakan serta menyiapkan dahulu tugasan yang perlu dihantar awal.

Dalam tugasan ini, saya membuat rancangan pelajaran harian berdasarkan Panduan RPH Standard Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR dan KSSR yang diberikan oleh pensyarah pada suatu masa dahulu. Namun begitu, saya tidak menambah pengetahuan saya dari semasa ke semasa. Tanpa saya sedari, berlakunya perubahan dari segi panduan RPH tersebut. Dengan itu, saya telah menggunakan format yang salah dalam menyediakan rancangan pengajaran harian. Namun begitu, saya diberikan tunjuk ajar oleh pensyarah untuk memperbaiki kesalahan dari segi format.

Semasa melakukan tugasan ini, saya mendapati saya kurang memahami maksud Seni Dalam Pendidikan. Tambahan pula, saya kekurangan maklumat untuk menulis penulisan akademik saya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencari maklumat daripada pelbagai sumber iaitu buku, jurnal dan internet. Saya berkunjung ke pusat sumber ipg ksm. Hal ini demikian saya ingin membuat rujukan serta meminjam buku tentang mata pelajaran ini. Secara tidak langsung, saya menyedari institut saya mempunyai pusat sumber yang serba lengkap dengan pelbagai buku rujukan. Dengan merujuk dengan buku rujukan mengenai Seni Dalam Pendidikan, hal ini telah membantu kefahaman saya tentang maksud Seni Dalam Pendidikan serta bidangnya. Selain itu, saya juga mendapat idea dalam menjawab soalan iaitu sejauh mana mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan. Saya juga telah membuat rujukan kepada maklumat-maklumat serta nota-nota yang saya cari daripada internet.

Semasa dalam penulisan akademik, saya takut saya akan menghasilkan penulisan yang kurang menepati kehendak soalan. Oleh itu, saya telah bertanya kepada kawan saya yang telah menyiapkan tugasan ini untuk menolong saya membuat semakan. Selain itu, saya didedahkan tentang kesalahan dari segi penggunaan perkataan dalam ayat. Melalui tugasan ini, saya mendapati kelemahan saya ialah saya kurang pandai dalam penulisan karangan bahasa Malaysia. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat mengembangkan sesuatu hujah atau fakta dengan sempurna. Contohnya apabila saya perlu menghasilkan satu penulisan akademik berkaitan dengan tugasan, saya tidak dapat menghuraikannya dengan menggunakan cara ilmiah yang betul. Oleh itu, untuk memperbaikinya, saya telah bertanya kepada pensyarah dan kawan-kawan saya yang fasih dalam bahasa Malaysia. Mereka mengajar saya dalam pengubahsuaian ayat yang saya telah tulis agar menjadi lebih lengkap dan bebas daripada sebarang kesalahan dalam sesuatu ayat.

Kesimpulanya, saya mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui kerja kursus yang telah saya buat terutamanya tentang mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Saya juga faham dengan kekuatan dan kekurangan saya sendiri. Oleh sebab itu, saya perlu berusaha gigih untuk mengatasi kekurangan saya, supaya pada masa hadapan nanti saya dapat menguasai ilmu ini dengan baik. Pengetahuan membolehkan saya menjadi seorang guru yang lebih cemerlang pada masa depan.