BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

15

Click here to load reader

Transcript of BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Page 1: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Soalan 1(a) mengapakah hutan masih dianggap

sebagai sumber ekonomi yang penting kepada negara

di asia tenggara?(10 markah)

Page 2: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Penting kepada sistem ekonomi tradisional

Masyarakat orang asli menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip hasil hutan dan memburu. Ekosistem hutan dianggap sebagai tempat tinggal mereka, di samping menggunakan sumber-sumber hutan sebagai sumber makanan, menjual hasih-hasih hutan seperti damar, rotan dan akar kayu untuk perubatan tradisional.

Page 3: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

. Penting untuk sektor pembalakan

Menghasilkan sumber kayu yang keras dan berkualiti tinggi dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport, contohnya Malaysia mengeksport kayu cengal, merbau dan papan lapis   ke Negara Jepun, Eropah.

Page 4: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

. Penting untuk sektor (eko pelancongan)

Kawasan hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis flora dan fauna menjadi daya tarikan pelancong dan dapat menambahkan pendapatan penduduk dan negara, contohnya T.N. Endau Rompin, Royal Belum

Page 5: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Membantu memajukan industri yang berkaitan dengan sumber hutan

Industri pembuatan perabot, industri pembinaan     (perumahan) serta industri pengangkutan dapat berkembang pesat. Dengan adanya industri-industri yang berkaitan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot

Page 6: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Sumber            perubatan tradisional

Kawasan hutan kaya dengan pelbagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan tradisional seperti Tongkat Ali, Mas Cotek, Misai Kucing yang turut menyumbang kepada pendapatan Negara

Page 7: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

B) HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAN HUTAN YANG TALAH DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NEGARA TERSEBUT.

Page 8: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Langkah pemeliharaan. Melalui dasar perhutanan negara,1978.

dasar ini dibentuk untuk memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dan keberterusannya agar sentiasa dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi di negara malaysian. Melalui dasar ini, mewujudkan hutan simpan kekal.daripada 19.42 juta hektar jumlah keseluruhan kawasan hutan di Malaysia, 74% atau 14.29 juta hektar telah diwartakan sebagai hutan simpanan kekal.

Page 9: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Selain itu,langkah pemeliharan hutan melalui memperkasakan agensi-agensi penguatkuasaan,contohnya jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar,1976 . Ini bertujuan untuk memastikan spesies hidupan liar ada didalam hutan di Malaysian dapat dilindungi supaya tidak pupus agar dapat memnerikan memberikan faedah kepada generasi akan datang.

Page 10: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Langkah memelihara sumber hutan

Langkah untuk memelihara hutan ialah sistem penebangan terpilih. Sistem pengurusan tebangan terpilih menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik, berjadual dan terkawal. Sistem ini hanya membenarkan pokok balak yang matang dan cukup ukur lilit sahaja yang ditebang. Pokok-pokok balak yang masih muda atau tidak cukup ukur lilit ditinggalkan untuk penebangan pada pusingan seterusnya. Dalam konteks inihanya pokok-pokok yang cukup umur (antaraa 60 hingga 80 tahun ) dan mempunyai diameter minimum.

Page 11: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Selain itu, penghutanan semula. Perlandangan hutan merupakan projek menanam semula pokok-pokok balok di kawasan yang telah ditebang. Program ini bukan sahaja menanam pokok cepat tumbuh, malaqh turut menanam pokok yang bermutu tinggi spesies pokok jati. Namun begitu, spesies utama pokok balak yang ditanam di kawasan ini terdiri daripada spesies kayu keras tropika yang cepat membesar dan berhasil dan jangkaan pusingan hidup selama15 tahun seperti acacia mangium,yamane, dan batai.

Page 12: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Berikut nya langkah memelihara ialah kaedah silivikultur . Silvikultur ialah satu cara pemulihan, penjagaan,perawatan,dan penggantian benih hutan khususnya di kawasan yang telah dijadikan projek perladangan hutan .Benih-benih hutan yang ditananm perlu dijaga dengan rapi,dirawat daripada segala ancaman perosak dan penyakit.Penjagaan secara saintifik dan sistematik oleh jabatan hutan dan FRIM membolehkan sumber perhutanan sentiasa ada dan berterusan.

Page 13: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Langkah seterusnya ialah melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kerajaan mewujudkan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) bagi memajukan sektor R&D sumber hutan di Malaysia. Hasilnya sumber perhutanan semakin berkualiti contohnya peningkatan kualiti anak benih, kaedah penebangan dan mengenal pasti sumber alternatif.

Page 14: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

Kempen dan pendidikan juga merupakan antara langkah penting dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan di Malaysia. Kempen sayangi sumber hutan kita yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan contohnya merupakan antara kempen yang dijalankan bagi menjaya usaha ini.

Page 15: BAHAGIAN B - Tema 3 - Soalan 1.pptx

SEKIAN TERIMA KASIH. ASSALAMUALAIKUM