Bahagian c Last

6
BAHAGIAN C 4.0 ANALISIS DOKUMEN 4.1 ANALISIS PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran getir dalam usaha menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosio budaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan kepada keperluan negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya pelaksanaan inisiatif yang dirancang oleh kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi hasrat semua pihak yang menjadi pemain utama kejayaan PPPM. Oleh yang demikian berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam, dan rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Melalui pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti

description

edu

Transcript of Bahagian c Last

Page 1: Bahagian c Last

BAHAGIAN C

4.0 ANALISIS DOKUMEN

4.1 ANALISIS PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran getir dalam usaha menyediakan sistem

pendidikan berkualiti. Perkembangan sosio budaya yang sihat dan pembangunan

ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem

pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan kepada keperluan

negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya pelaksanaan inisiatif yang dirancang

oleh kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi hasrat semua pihak yang

menjadi pemain utama kejayaan PPPM.

Oleh yang demikian berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam

dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam, dan

rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini

berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang

berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Pendidikan memainkan peranan penting dalam

perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses

pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu

utama kejayaan masa depan negara.

Sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana

ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Melalui pendidikan, individu

berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta

aktif menyumbang kepada pembangunan negara

Antara tujuan pelaksanaan PPPM adalah untuk menambahbaik kurikulum sedia

ada dan sebagai persediaan untuk menghadapi perubahan persekitaran. Hasrat

kementerian bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti kurikulum dan pentaksiran, tetapi

juga mencapai kesepaduan yang lebih kukuh antara kedua-dua aspek ini. Pihak

kementerian akan terus memurnikan dan menilai semula kandungan kurikulum sejajar

dengan standard antarabangsa KSSR dan KBSM serta diolah dalam satu standard yang

dapat membentuk warga Malaysia yang mampu bersaing pada peringkat

9

Page 2: Bahagian c Last

global.Disamping itu untuk mewujudkan penguasaan bahasa secara meluas dengan

memberi tumpuan kepada penambahbaikan sistem sedia ada.

Dalam PPPM peluang Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti

Bertaraf Antarabangsa. Murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka

berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif

dan berkomunikasi dengan berkesan. peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan

dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi.

Penempatan pengetua atau guru besar berprestasi tinggi di setiap sekolah juga akan

dilakukan untuk menjamin dan mempercepatkan kejayaan PPPM. Guru yang tidak

mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif untuk meningkatkan

kemahiran.

Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard

pada peringkat rendah, merangkumi sekolah jenis kebangsaan. Kementerian juga akan

memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang

tahun 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak

semula.

Bagi melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.Pelajar akan sentiasa

dipupuk dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh

dan jitu. Kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan dengan menyediakan laluan

kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi

Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program

Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan

Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners

atau SiPartners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah dan memanfaatkan

(ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses

internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi

menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif bagi

mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran.

10

Page 3: Bahagian c Last

Peranan PPD bukan lagi sebagai saluran penghubung antara kementerian dan

sekolah, tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau

dan mengurus prestasi sekolah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga memperluaskan jalinan

kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Perhatian khusus akan

diberikan kepada usaha membantu ibu bapa luar bandar dan miskin bandar

meningkatkan prestasi anak masing-masing. Kementerian juga akan meningkatkan

kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada

bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru serta

meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Sepanjang pelaksanaan Pelan ini, semua

pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap

kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian.

Oleh yang demikian Pelan Pembangunan Pendidikan ini adalah satu dokumen

komprehensif yang bukan sahaja mengenal pasti bidang-bidang keutamaan dan

meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-

inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan

menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan bagi

untuk memantap dan memperkukuh sistem pendidikan negara ke arah pendidikan

bertaraf antarabangsa

4.2 PERSEDIAAN GURU DALAM MENGAPLIKASI PPPM DI SEKOLAH

Guru sebagai pemain utama yang memastikan kejayaan PPPM seharusnya guru ber

pengetahuan dan memahami hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi

merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara. Ibu

bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas

keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan

secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem

pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk

melihat impak transformasi yang dilaksanakan. Ianya juga memastikan setiap murid dan

pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ciri-ciri guru yang berkualiti iaitu guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam

pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah,

11

Page 4: Bahagian c Last

kemahiran,kepakaran dan pengurusan amat diperlukan. Para guru haruslah memiliki

sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan

tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu

kepada murid-muridnya.

Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu

kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era

transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir

secara kreatif dan kritis serta memperkembang potensi pelajar dalam semua aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi mencapai pendidikan bertaraf

antarabangsa.Oleh yang demikian guru perlu bertindak sebagai pembentukan nilai atau

role model. Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Guru

harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-

nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan

instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional,

dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik

dengan sempurna

Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti

membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta

mencari pengalaman baru.. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria

utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan di samping mempunyai

kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar

dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan

berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan

menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang

perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing

murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan

teknologi maklumat (ICT) didalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning

Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan

ICT. Seorang guru juga perlu mengamalkan pengajaran efektif. Mak Soon Sang (2007)

mengenal pasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan

penilaian pengajaran 12

Page 5: Bahagian c Last

Seorang guru juga harus mahir dan peka dalam membuat penilaian dan

menghargai perbezaan setiap individu pelajarnya kerana setiap perbezaan itulah yang

akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman

pembelajaran kepada mereka.

5.0 RUMUSAN

Justeru, keberhasilan pelaksanaan tranformasi pendidikan ini adalah bergantung

pada sejauhmana kesungguhan semua pihak yang terlibat dapat memahami,

menghayati dan seterusnya bertindak mengikut kewajaran dan keperluan sebagaimana

yang diharapkan oleh pihak kementerian. Sebagai seorang warga yang prihatin, kita

seharusnya menyokong segala usaha murni yang dilaksanakan untuk memantap dan

memperkukuh sistem pendidikan negara ke arah pendidikan bertaraf antarabangsa

Sebagai pemain utama sebagai pengurus dan pendidik, guru harus memahami

peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini bagi memberikan impak yang

besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara dan memantapkan dan

memperkukuh sistem pendidikan negara ke arah pendidikan bertaraf antarabangsa

13