Bahan

13
1.0 LATAR BELAKANG Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah ibni Sultan Abdullah Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah adalah Sultan Pahang moden ke-4. Baginda telah diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi'ul Awal tahun 1322 Hijrah. Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah. 2.0 PENDIDIKAN AWAL Baginda telah diasuh, dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Hajjah Aishah sehingga dewasa. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan. Selepas itu, Baginda menyambung pendidikannya di dalam aliran Inggeris di Maktab Melayu Kuala Kangsar atau dikenali sebagai MCKK di Negeri Perak. Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu

description

h

Transcript of Bahan

1.0LATAR BELAKANG

Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah ibni Sultan AbdullahSultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah adalah Sultan Pahang moden ke-4. Baginda telah diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi'ul Awal tahun 1322 Hijrah. Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah.2.0PENDIDIKAN AWALBaginda telah diasuh, dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Hajjah Aishah sehingga dewasa. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan. Selepas itu, Baginda menyambung pendidikannya di dalam aliran Inggeris di Maktab Melayu Kuala Kangsar atau dikenali sebagai MCKK di Negeri Perak.Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu. Ketika pemerintahan Baginda jugalah telah lahir ramai pendekar-pendekar yang handal di negeri Pahang.Semasa remajanya, Baginda mempunyai kegemaran dan minat dalam seni budaya seperti Gamelan, Zapin, Inang, Canggong, Cinta Sayang hinggalah tarian-tarian moden yang lain. Pada tahun 1972, Baginda telah membawa balik Gamelan ke Negeri Pahang yang telah dibeli dari Tengku Mariam, ibu saudara Baginda dari Terengganu. Selain itu, Baginda juga begitu aktif dalam lapangan sukan seperti permainan Polo, Tenis, Lumba Kuda, Lumba Perahu, dan sebagainya,

Logo Maktab Melayu Kuala Kangsar

3.0KELUARGABaginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah

4.0 TAKHTA

Pada 4 Jun 1930, Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah berkenan melantik Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah sebagai Tengku Mahkota Pahang.Baginda merupakan putera raja yang pertama dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam sejarah Kesultanan Pahang.Berikutan kemangkatan ayahanda baginda, baginda menaiki takhta Kerajaan negeri Pahang pada 24 Jun 1932. Baginda kemudiaannya ditabalkan sebagai Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei 1933 di Istana Pantai, Pekan. Pada waktu itu, usia baginda baru mencecah 28 tahun dan baginda merupakan Sultan Pemerintah yang paling muda di kalangan Raja-Raja Tanah Melayu pada ketika itu.

5.0PEMERINTAHANDi zaman pemerintahan Baginda, bermulalah mercu tanda pembangunan Negeri Pahang moden, di mana perubahan dari segi politik dan sosial berlaku dengan cukup pesat walaupun dengan kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia KeduaSemasa Penjajahan JepunSemasa penjajahan Jepun dalam tahun 1941 hingga tahun 1945, Al-Marhum telah bersetuju dengan secara sulit supaya orang-orang Melayu dalam negeri ini menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah yang dikenali dengan nama 'Pasukan 136' yang ketika itu diketuai oleh Yoep Mahidin, Tun Haji Abdul Razak Hussain, Tan Sri Ghazalie Shafie dan Abdul Rahman Ismail. Peranan yang dimainkan oleh baginda dalam menghadapi jajahan Tentera Jepun di Pahang telah membuktikan kewibawaan baginda sebagai Raja yang berdaulat.Peristiwa di mana Baginda ditahan selama 27 hari di Ladang Getah Ng Tiong Kiat, Sungai Jerik (17 Ogos 1945 - 9 September 1945) menjadi natijah kecekapan, kecekalan, kesabaran dan kewibawaan Baginda dalam mengatasi saat-saat yang sangat kritikal. Kejadian tersebut telah menggemparkan masyarakat Pahang pada ketika itu.6.0PEMBANGUNANKepesatan pertumbuhan ekonomi seperti perlombongan bijih timah, emas dan perladangan getah berlaku pada zaman pemerintahan baginda sejurus selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Semasa pemerintahan baginda juga, ibu negeri Pahang yang pada ketika itu Kuala Lipis, telah dipindahkan ke Kuantan. Sebagai seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin atas segala hal ehwal berkaitan perkembangan agama Islam di Negeri Pahang, baginda telah mengambil beberapa langkah untuk kemajuan dan kebangkitan agama. Di antaranya, pada Mac 1950 menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, menghidupkan kembali jawatan Mufti kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kuliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar Pahang dalam tahun 1941. Baginda merupakan seorang Raja pencetus kemodenan atau pembawa arus perubahan di dalam sejarah Negeri Pahang moden. Banyak adat-adat yang tidak bersesuaian pada masa itu ditinggalkan. Baginda mengikut dan bergerak menurut masa dari segi pemikiran, pemerintahan dan memimpin rakyat.

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR

7.0ALAT KEBESARAN7.1GAMELANPahang merupakan negeri Melayu yang pertama melahirkan seni persembahan bersifat ensemble istana sejak awal kurun ke-19 . Dikatakan gamelan buat pertama kalinya diperdengarkan di Tanah Melayu semasa majlis perkahwinan di antara Tun Esah (Adik Bendahara Ali-pemerintah Pahang) dengan Tengku Hussin putera Sultan Johor-Riau pada tahun 1811. Satu rombongan penari dari pemain gamelan telah didatangkan khas dari Penyengat bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut. Sir Frank Swettenham , seorang pegawai British di Pahang juga pernah menulis tentang persembahan joget Pahang yang disaksikannya di istana Pahang atas jemputan Bendahara Ahmad pada tahun 1875 di dalam artikelnya yang bertajuk The JogetKesenian gamelan ini dikatakan diciptakan di istana Kerajaan Srivijaya dalam abad ke 7-13 masihi. Ia kemudiannya berkembang ke istana Kesultanan Riau dan akhirnya dibawa masuk ke Istana Pahang dalam abad ke 19. Terdapat tiga kumpulan muzik gamelan di Istana Pahang yang dikelolakan oleh isteri-isteri Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah tetapi antara kumpulan yang paling menonjol ialah kumpulan Che Bedah yang kemudiannya diteruskan oleh anaknya Tengku Mariam dengan Sultan Terengganu , Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1913. Seni muzik yangdiwarisi dari istana ke istana kini terus dipelihara dengan baik dengan mengekalkan geraktari yang lemah gemalai bersama iringan muzik gamelan yang mengasyikkan . Set alat muzik gamelan yang dipamerkan merupakan alat yang dibawa oleh Bendahara Tun Ali dari Pulau Penyengat , Riau Lingga ke Pekan , Pahang pada tahun 1835. Ia dianggarkan berusia hampir 200 tahun

Gamelan

7.2TENGKOLOKTengkolok diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun denagn sutera yang diikat dengan berbagai bentuk sejak pemerintahan Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari segi sesebuah negeri.

Tengkolok7.2 PENDING DIRAJAPending diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu betatah dan bersulamkan sebelas biji permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.

7.3 COKMARCokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.

Cokmar diraja

7.4 KERIS PANJANG DIRAJAAlat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris PanjangDiraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering.

KERIS PANJANG DIRAJA

7.5 KERIS PENDIK DIRAJA

Keris Pendik Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan Hulu Pekaka dan berupa kepala Garuda.

KERIS PENDIK DIRAJA

7.6 COGAN ALAM Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.

Cogan alam

7.7 PAYUNG UBUR-UBUR KUNINGPayung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

PAYUNG UBUR-UBUR KUNING

7.8 TOMBAK BERAMBUTombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.

TOMBAK BERAMBU