Bahan Bantu Mengajar

8
Bahan Bantu Mengajar : Matematik. Sesuai untuk mengajar Perpuluhan. Kertas kuning berpetunjuk dilaraskan mengikut kesesuaian. Sesuai untuk aktiviti sifir dan kiraan nombor biasa. nombor yang diletakkan pada topi sungguh unik dan menarik untuk dijadikan aktiviti di kelas.

description

BAHAN BANTU MENGAJAR

Transcript of Bahan Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengajar : Matematik.

Sesuai untuk mengajar Perpuluhan. Kertas kuning berpetunjuk dilaraskan mengikut kesesuaian.

Sesuai untuk aktiviti sifir dan kiraan nombor biasa. nombor yang diletakkan pada topi sungguh unik dan menarik untuk dijadikan aktiviti di kelas.

Kotak boleh lipat yang digunakan untuk mengajar nilai tempat dalam topik Nombor Bulat.

Sesuai untuk pengajaran pecahan. Bersifat maujud dan boleh dicuba oleh murid-murid.

Kotak berlipat juga boleh digunakan untuk pecahan.

Menggunakan apron untuk kiraan nombor merupakan satu inisiatif menarik bagi menarik minat murid-murid untuk mendalami ilmu matematik.

Multiplication Table / Jadual Sifir.

Panduan ringkas dalam sifir. Jadual ini digunakan untuk menghafal. Setiap sifir sehingga sifir 12. :)

Latihan untuk memantapkan sifir adalah seperti dibawah. Murid-murid boleh salin dan lengkapkan tempat kosong. :)

Sesuai untuk dijadikan latihan semasa ingin mengetahui sama ada anda boleh hafal atau pun tidak.Happy trying! :)

Cara Muda Kuasai Sifir IIDisini Cikgu ingin berkongsi cara menguasai sifir dengan cara yang lebih mudah..Cara ini dikenali sebagai "Number Wheel"...( sila berikan perhatian anak-anak didikku)....

Langkah 1 :Sediakan roda nombor dari 1 hingga 10.

Bukan hingga 10 ye.. 9 da cukup... cuma pastikan anda bermula dengan nombor 0.

Sekarang kita akan berlajar menggunakan kaedah ini untuk sifir darab 8......

Langkah 2 :Buat garisan dari angka 0 kepada 8 iaitu selang satu nombor. Di sisi kirinya, ditulis1 X 8.

Langkah 3 :Dari angka 8, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 6.Di sisi kirinya ditulis 2 X 8 = 16. Nombor 1 di hadapan 6 ditambah kerana 6 lebih kecil daripada hasil darab yang pertama .

Langkah 4 :Dari angka 6, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 4.Di sisi kirinya ditulis 3 X 8 = 24. Nombor 1 di hadapan 6 ditukar menjadi 2 kerana 4 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.

Langkah 5 :Dari angka 4, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 2.Di sisi kirinya ditulis 4X 8 = 32. Nombor 2 di hadapan 4 ditukarkan kerana 2 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.

Langkah 6 :Dari angka 2, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 0.Di sisi kirinya ditulis 5 X 8 = 40. Nombor 3 di hadapan 2 ditukar menjadi 4 kerana 0 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.

Dariapad langkah satu sehingga langkah enam.... siapa dapat bantu cikgu membuat rumusan berkenaan langkah-langkah untuk menggunakan kaedah ini?????.... (siapa dapat menerangkan dengan betul akan mendapat hadiah sagu hati)..... =)