Bahan Blog Edu
-
Upload
mizan-mohd-noor -
Category
Documents
-
view
230 -
download
5
description
Transcript of Bahan Blog Edu
KESEDARANKEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
BAHASA STRUKTUR MASYARAKAT
BANGSAKEPERCAYAAN
JANTINAADAT RESAM
PENGENALAN
Pengenalan
Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa
Sanskrit, iaitu Buddayah. Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari
cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud
kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh.Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup
manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil
kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan Dalam konteks
pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau
sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan di didik untuk berbudaya
sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan
mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai
kaum. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian
budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Sehubungan dengan hal sedemikian, sebagai
seorang guru yang bertanggungjawab, guru hendaklah mempunyai kesedaran tentang
keunikan pelbagai budaya dan adat resam dan ini boleh membantu seorang guru untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang
mesra.
Konsep Bangsa
Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai
ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama
Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang
sama asal usulnya serta serupa sifatnya.
Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang di anggap memiliki identiti bersama,
yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut
Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan
telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini.
Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-
menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan
kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik
darjah yang sihat dan dinamik.
Jantina
Menurut Butler & Manning (1998), “the term gender describes masculinity and feminity-
the thoughts, feelings and behaviour that identify one as either male or female”.
Walaupun terdapat persamaan antara lelaki dan perempuan, namun masih terdapat
perbezaan antara mereka.
Guru hendaklah mengenalpasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang
bersesuaian dengan jantina.
Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah, justeru itu,
guru harus mengetahui pengaruh jantina terhadap pembelajaran murid
Campuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki dan
perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan
yang wujud dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.
Kesimpulan