Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

11

Transcript of Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

Page 1: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com
Page 2: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

2

LATIHAN PAUTAN BORANG GOOGLE https://forms.gle/nAia59NPeWNoGMsu8

LATIHAN PENYUNTINGAN

1. Ketika berada di pusat beli-belah, ibu bapa hendaklah mengingati anak-anak supaya tidak

bermain di kawasan eskalatur. 2. Jangkaut digunakan untuk menggaul sisa sawit yang sudah menjadi kompos kerana

langkah itu lebih praktikal dan dapat jimatkan penggunaan tenaga elektrik. 3. Agensi pelancong hendaklah menyediakan kemudahan pakej kepada ajen yang membawa

pelancong kesihatan ke Malaysia seperti yang terdapat di luar negara. 4. Antiseptik yang diberikan oleh doktor perlu pesakit habiskan kerana tujuannya adalah

untuk membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit. 5. Peningkatan harga barang keperluan harian telah meresahkan pengguna sebab mereka

mendapati wang yang dimiliki semakin kecil kedudukannya. 6. Mentol kalimantang lebih jernih dari mentol bulat walaupun menggunakan kuasa watt

yang sama. 7. Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico baru-baru

ini. 8. Lintasan keretapi tanpa pagar amat merbahaya kepada penduduk setempat. 9. Kehebatan pasukan bola sepak Korea yang selalu diwar-warkan oleh media telah dibukti

apabila mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Malaysia. 10. Semasa berbual di hadapan orang ramai di daerah itu, ahli politik itu asyik

membincangkan isu yang sudah tidak releven lagi.

BIL SALAH BETUL BIL SALAH BETUL

1 11

2 12

3 13

4 14

5 15

6 16

7 17

8 18

8 19

10 20

Page 3: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

3

KRITERIA PENSKORAN: KARANGAN BAHAGIAN A

Karangan Cemerlang (26 hingga 30 markah)

• Karangan menepati tema bahan rangsangan. • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. • Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Wacananya lengkap. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang

menarik. • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan

matang. Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia

Page 4: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

4

LATIHAN PENULISAN KARANGAN 2

Maklumat-maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca. Huraikan pendapat anda tentang pemupukan amalan membaca dalam diri anak-anak. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

PEMUPUKAN BUDAYA MEMBACA

Pada 13 Februari 2020, Perdana Menteri telah melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bandar Baru Bangi. Hal ini merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara ini. Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat Malaysia membaca 15 judul buku setahun sementara rakyat negara-negara maju membaca 40 judul buku setahun. Melalui inisiatif itu, kerajaan akan memantapkan persekitaran asas dalam usaha galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif. Inisiatif ini juga selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menjadi suri

teladan

Menyediakan sudut

bacaan

Membeli bahan bacaan bersesuaian

-------------------------------------

Ilmu ................................ Secara realitinya, ilmu dapat dimantapkan melalui amalan membaca. Demi merealisasikan Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030, ............................................................................?

.............................. begitulah gubahannya, ........................ ibu bapa seyogianya bertindak sebagai ............................... kepada anak-anak. ......................... sebahagian masa anak-anak kebanyakannya dihabiskan di rumah. .................................................., ibu bapa mewujudkan budaya membaca di rumah pada waktu terluang. ............................., ibu bapa perlu berperanan sebagai ................................... kepada anak-anak mereka.

....................... tangga kejayaan. Dalam konteks tersebut, ibu bapa hendaklah ............................. ....................................... Mengapakah ..........................? Bahan-bahan tersebut menjadi pencetus amalan membaca anak-anak. ..........................................., ibu bapa membelikan surat khabar atau majalah tertentu untuk anak-anak mereka. .............................., pembelian ........................................ dapat memupuk amalan membaca .

Page 5: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

5

........................................, Bangsa Berjaya. Rentetan itu, ibu bapa sewajarnya ............................... di rumah. ......................................., ibu bapa perlu melengkapkannya dengan variasi bahan sebagai gedung ilmu. ............................................ , anak-anak akan menjadikan sudut ini sebagai medan untuk meningkatkan ilmu. ........................................... minat membaca anak-anak dapat dirangsang dengan memanfaatkan ................................. ini.

.................................., ibu bapa hendaklah mengorak langkah dalam memupuk minat membaca anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh ....................................... Oleh itu, hasrat menjadikan Malaysia negara membaca bukan suatu retorik.

LATIHAN PENULISAN KARANGAN (KENDIRI)

Maklumat-maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca. Huraikan pendapat anda tentang pemupukan amalan membaca dalam diri anak-anak. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

PEMUPUKAN BUDAYA MEMBACA

“Membaca Amalan Mulia”. Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen membaca kebangsaan agar rakyat mengenali kepentingan membaca kerana tak kenal maka tak cinta. Selain itu, pelaksaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah menggalakkan murid berfikir, Kemudahan perpustakaan perlu diperbanyak. Oleh itu, pihak kerajaan boleh bergading bahu dengan pihak swasta untuk membina dan menjayakan projek pembinaan pusat sumber mini di setiap daerah. Perpustakaan bergerak di luar bandar juga seharusnya diaktifkan untuk mengurangkan kadar buta huruf di luar bandar. Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh mengurangkan cukai pendapatan terhadap rakyat yang membeli bahan bacaan.

SCAN ME

Page 6: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

6

KRITERIA PENSKORAN: KARANGAN BAHAGIAN B

Karangan Cemerlang (60 hingga 70 markah)

• Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis • Ejaan dan tanda baca yang betul • Laras bahasa sesuai dengan tugasan • Penggunaan kosa kata luas dan tepat • Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan

contoh yang sesuai • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerenggan sesuai. • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan • Penggunaan unsur bahasa bervariasi • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia

UJI MINDA KAEDAH MEMAHAMI SOALAN KARANGAN: i. Kemerdekaan negara kita dicapai dengan adanya pengorbanan yang besar dan perjuangan

yang panjang. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, terangkan cara-cara anda mengisi kemerdekaan yang telah dicapai itu.

● Isu : ● Kehendak Soalan : ● Format / kata kunci :

ii. Sempena sambutan Hari Keluarga di tempat anda, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan satu pertandingan syarahan. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut dan memilih tajuk “Berkongsi Hobi dengan Keluarga Mendatangkan Kebaikan”. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

● Isu : ● Kehendak Soalan : ● Format / kata kunci :

Page 7: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

7

iii. Pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja membimbangkan pelbagai pihak. Huraikan faktor-faktor yang menjerumuskan remaja dalam kancah gejala sosial tersebut dan saranan-saranan yang boleh diambil untuk membendungnya.

● Isu : ● Kehendak Soalan : ● Format / kata kunci :

iv. Menjalin hubungan baik dengan negara serantau menguntungkan negara kita. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas untuk disiarkan dalam akhbar arus perdana.

● Isu : ● Kehendak Soalan : ● Format / kata kunci :

KARANGAN PENDEK

300 – 349 : T 6, I 16, B 33, P 13 (57) 251 – 299 : T 4, I 13, B 29, P 10 (46) Kurang 251 : T 4, I 10, B 21, P 6 (31) Terkeluar Tajuk : T 0, I 0, B 25, P 8 (23) Terpesong : T 0, I 0, B 18, P 5 (13)

CARA-CARA MEMASUKKAN PERIBAHASA DALAM AYAT (KARANGAN)

melepaskan anjing tersepit bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

melepaskan batok di tangga.

seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi

batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut.

kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi

berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.

1. Dalam mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini seseorang itu

patut bekerja di sesuatu tempat dengan penuh dedikasi dan jangan sesuka hati mencari kerja lain oleh sebab ......................................................................

Page 8: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

8

2. Soon membuat kerja sementara terlebih dahulu sementara menunggu keputusan peperiksaannya persis kata peribahasa ..............................................................

3. Mahaguru itu mengajarkan semua ilmu yang dikuasainya kepada para penuntutnya lantaran beliau sedar bahawa ............................................................

4. Seseorang itu hendaklah menjaga budi bahasa dan pertuturan tidak kira di mana-mana sahaja seseorang itu berada kerana .......................................

5. Majikan yang memecat pemuda itu dapat diumpamakan seperti ..................................... ......................... kerana kesalahannya yang kecil jika dibandingkan dengan jasanya selama ini.

6. Perbuatan Ali seperti kata peribahasa ........................................................kerana lelaki yang ditolongnya telah mencuri dompetnya ketika dia mandi.

7. Mereka yang bersikap ………………………………………………………………..telah mencemarkan sungai.

8. ………………………………………………………………………. Sehubungan dengan itu , kita perlulah berfikir dengan rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan supaya tidak menyesal.

9. Modus operandi yang dilaksanakan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar ……………………………………………………...

10. Rakyat Malaysia hendaklah bersatu dalam merealisasikan aspirasi negara seperti yang terungkap dalam peribahasa ……………………………………………………………

KARANGAN BERFORMAT - KARANGAN JENIS UCAPAN

Atur cara tersebut berkaitan dengan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri. Selaku Pengetua sekolah tersebut, anda diminta menyampaikan ucapan alu-aluan. Sediakan teks ucapan itu selengkapnya.

Page 9: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

9

Memahami Soalan:

Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Selamat Sejahtera. Terima kasih Pengacara Majlis pada pagi ini. Yang Dihormati Puan Chong Poh Leng, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Encik Ahmad Nadzri bin Jusoh, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azhar bin Mat Akhir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Che Rohana Binti Cha, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru kanan, para guru, ahli jawatankuasa PIBG, Ibu bapa, waris pelajar dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,

celahan angsana sanubari jiwa; Ucapan aluan pembuka bicara,

majlis gemilang kita bersua. Hadirin sekalian, Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya dapat saya berdiri di sini untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, majlis yang diadakan ini khusus bagi meraikan kecemerlangan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri dalam bidang akademik, koakademik mahupun kokurikulum. Tidak lupa saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dan komited dalam menjayakan majlis Anugerah Cemerlang pada pagi ini. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Berpegang pada prinsip tersebut, Pihak sekolah sentiasa berpadu kudrat dalam usaha mengiktiraf kecemerlangan para pelajar. Saya juga ingin mengalu-alukan kebersamaan Yang Dihormati Puan Chong Poh Leng, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru serta waris pelajar dalam majlis pada hari ini. Sesungguhnya, kehadiran Yang Dihormati Puan Chong Poh Leng, tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan betapa prihatinnya kalian terhadap perkembangan pelajaran anak-anak kalian di sekolah ini. Kesudian kalian amat kami hargai dan junjung tinggi. Tak cukup tangan, nyiru kami tadahkan. Hadirin yang dihormati sekalian, Secara amnya, sesuatu kejayaan yang dicapai itu sebenarnya banyak bergantung pada keberkesanan kerja berpasukan antara pendidik dan ibu bapa, dan bukan disebabkan oleh usaha seorang individu semata-mata. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Lantaran itu, hubungan erat antara pendidik dan ibu bapa diharapkan berterusan bagi tujuan bersama-sama memburu kecemerlangan hidup anak-anak kita. Dengan cara ini, kita berharap agar wujud pembentukan diri pelajar yang seimbang dan harmoni dalam pelbagai aspek sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Senario ini terbukti melalui Permuafakatan Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan peranan PIBG perlu digembleng supaya semua pihak dapat mengambil bahagian dalam melaksanakan hala tuju dalam meningkatkan sistem penyampaian dan peningkatan tahap profesionalisme. Jelaslah bahawa kemajuan sekolah harus dikongsi bersama oleh ibu bapa sebagai indikator kerja berpasukan.

Page 10: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

10

Tuan-tuan dan puan-puan, Pepatah ada menyatakan bahawa bagaimana contoh begitulah gubahannya. Pepatah ini mengingatkan kita betapa besarnya peranan pendidik dalam kehidupan seseorang pelajar. Memang tidak dapat dinafikan pendidik merupakan pendorong kejayaan seseorang pelajar. Oleh itu, para pelajar seharusnya berterima kasih kepada guru-guru kita yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Sesungguhnya, amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh para pendidik amat besar dan mencabar. Cabaran yang dipikul ini dapat menguji sejauh mana komitmen para pendidik kepada para pelajar. Cabaran ini sudah pasti akan mengundang pengorbanan yang bukan kepalang sedikitnya. Namun, saya yakin dengan berpaksikan prinsip seikat bak sirih serumpun bak serai yang menjadi pegangan para pendidik di sekolah ini sudah tentu sebarang cabaran akan digagahi jua. Analogi yang diketengahkan ialah golongan pendidik amat berpengaruh dalam membina kecemerlangan dan kegemilangan para pelajar dalam semua bidang yang merangkumi kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pembangunan sahsiah walaupun menghadapi pelbagai kekangan ketika penularan wabak Covid-19 ini. Ringkasnya, saya yakin sekiranya majlis seperti ini diimplementasikan secara konsisten dan kompeten, sudah tentu amanah pendidik akan seiring dengan ledakan tranformasi yang tercetus ketika ini. Hadirin sekalian, Nampaknya sudah sarat muatan ucapan saya ini. Marilah kita bersama-sama mengambil peranan penting dan menjadi tonggak dalam mendewasakan anak-anak kita agar mereka menjadi modal insan berkualiti. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya dan tambahan pula bagaimana contoh begitulah gubahannya. Di bahu mereka juga tersandarnya harapan bangsa dan negara. Saya mohon maaf sekiranya sepanjang ucapan tadi terdapat keterlanjuran kata yang tidak disengajakan. Sesungguhnya, ‘Kecemerlangan Pelajar Tanggungjawab Bersama. Saya akhiri ucapan saya dengan puisi ini:

Daun selasih permainan budak, Bunga melur mekar mewangi. Bertaut kasih bertalak tidak, lain ketika bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

FORMAT UCAPAN

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

Page 11: Bahan Intensif Karangan siri 03 - cikgumuin.com

cikgum uin.com KELAS IN TEN SIF | SIR I 3

11

LATIHAN PENULISAN KARANGAN KENDIRI

Atur cara tersebut berkaitan dengan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri. Selaku pelajar cemerlang sekolah tersebut, anda diminta menyampaikan ucapan. Sediakan teks ucapan itu selengkapnya.

Memahami Soalan:

Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : MAKLUMAT KARANGAN: melakukan pelbagai usaha untuk mencapai kecemerlangan / ingin berkongsi beberapa rahsia yang dapat menggenggam kecemerlangan / bijak membahagikan masa. / badan sihat, otak cerdas. / menyediakan jadual belajar peribadi / membahagikan waktu belajar dan beriadah secara teratur/memberikan tumpuan ketika guru mengajar / memahami sesuatu topik itu dengan mudah dan lancar / sentiasa mengulang kaji pelajaran / dorongan dan bimbingan daripada guru dan ibu bapa / menyuntik semangat /kekal positif dan bersungguh-sungguh dalam mengecapi kejayaan/ berusaha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan/ kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

LATIHAN TAMAT